pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

13
e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016 http://worldconferences.net Page 76 PENGALAMAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SEJARAH BERASASKAN DIALOG ANTARA BUDAYA DI DALAM KELAS Azarudin Bin Awang Akademi Kontemporari Pengajian Islam Universiti Teknologi Mara Terengganu [email protected] Azman Che Mat Universiti Teknologi Mara Terengganu. Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara Terengganu [email protected] ABSTRAK Dialog antara budaya merupakan komunikasi yang terhasil dalam kalangan masyarakat yang berbeza latar belakang kehidupan. Kurangnya menghayati dan memahami perbezaan yang wujud dalam budaya kehidupan orang lain menyebabkan para pelajar gagal merasai kebersamaan dan empati diri terhadap perbezaan budaya yang wujud dalam sesebuah etnik/sub etnik yang lain. Perkongsian pengalaman pembelajaran CTU 555 (Sejarah Malaysia/Hubungan Etnik) melalui kaedah dialog secara langsung dengan pengamal budaya memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar dengan lebih efektif. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti keberkesanan pengajaran melalui kaedah dialog secara langsung antara pengamal budaya dan para pelajar. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan melihat signifikan kaedah ini wajar digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Operasi kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Hasil dapatan menunjukkan bahawa aplikasi kaedah berdialog dalam pembelajaran memberi kefahaman, merangsang sikap yang lebih positif terhadap kepentingan integrasi inter dan intra kaum. Respons yang diberikan oleh pelajar menunjukkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dengan kaedah berdialog adalah tinggi dengan min purata yang diperolehi melebihi 3.80 mata. Justeru, pengajaran sebegini boleh dijadikan satu model untuk membantu para pelajar memahami nilai etnik/sub etnik lain dengan lebih mendalam dan fokus. Kata Kunci: PdP, dialog, budaya, kelas ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Integrasi antara dan sesama etnik merupakan aspek penting dalam membangunkan sesebuah negara. Di Malaysia, ternyata perpaduan erat antara pelbagai kaum, agama dan budaya telah membuahkan kemajuan sebagaimana yang dirasai pada hari ini. Sememangnya, pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan lanjutan legasi kepimpinan negara dan sekaligus akan mencorak pemikiran masyarakat akan datang. Seandainya berlaku konflik senyap dalam kalangan pelajar yang berbeza etnik, budaya dan agama, maka akan timbul persoalan bagaimanakah halnya yang akan berlaku dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia akan datang. Dengan demikian, aktiviti pendidikan sama ada di sekolah atau di IPT sewajarnya memberi fokus kepada usaha-usaha

Upload: vuongthuan

Post on 13-Jan-2017

272 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 76

PENGALAMAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SEJARAH BERASASKAN

DIALOG ANTARA BUDAYA DI DALAM KELAS

Azarudin Bin Awang Akademi Kontemporari Pengajian Islam Universiti Teknologi Mara Terengganu

[email protected]

Azman Che Mat Universiti Teknologi Mara Terengganu.

Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara Terengganu

[email protected]

ABSTRAK

Dialog antara budaya merupakan komunikasi yang terhasil dalam kalangan masyarakat yang

berbeza latar belakang kehidupan. Kurangnya menghayati dan memahami perbezaan yang wujud

dalam budaya kehidupan orang lain menyebabkan para pelajar gagal merasai kebersamaan dan

empati diri terhadap perbezaan budaya yang wujud dalam sesebuah etnik/sub etnik yang lain.

Perkongsian pengalaman pembelajaran CTU 555 (Sejarah Malaysia/Hubungan Etnik) melalui kaedah

dialog secara langsung dengan pengamal budaya memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar

dengan lebih efektif. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti keberkesanan pengajaran melalui

kaedah dialog secara langsung antara pengamal budaya dan para pelajar. Selain daripada itu, kajian

ini juga bertujuan melihat signifikan kaedah ini wajar digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran (PdP). Operasi kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan

kuantitatif. Hasil dapatan menunjukkan bahawa aplikasi kaedah berdialog dalam pembelajaran

memberi kefahaman, merangsang sikap yang lebih positif terhadap kepentingan integrasi inter dan

intra kaum. Respons yang diberikan oleh pelajar menunjukkan pengalaman pengajaran dan

pembelajaran (PdP) di dalam kelas dengan kaedah berdialog adalah tinggi dengan min purata yang

diperolehi melebihi 3.80 mata. Justeru, pengajaran sebegini boleh dijadikan satu model untuk

membantu para pelajar memahami nilai etnik/sub etnik lain dengan lebih mendalam dan fokus.

Kata Kunci: PdP, dialog, budaya, kelas

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Integrasi antara dan sesama etnik merupakan aspek penting dalam membangunkan sesebuah

negara. Di Malaysia, ternyata perpaduan erat antara pelbagai kaum, agama dan budaya telah

membuahkan kemajuan sebagaimana yang dirasai pada hari ini. Sememangnya, pelajar di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) merupakan lanjutan legasi kepimpinan negara dan sekaligus akan mencorak

pemikiran masyarakat akan datang. Seandainya berlaku konflik senyap dalam kalangan pelajar yang

berbeza etnik, budaya dan agama, maka akan timbul persoalan bagaimanakah halnya yang akan

berlaku dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia akan datang. Dengan demikian, aktiviti

pendidikan sama ada di sekolah atau di IPT sewajarnya memberi fokus kepada usaha-usaha

Page 2: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 77

memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Ini adalah kerana,

dorongan untuk memahami dan bertoleransi di kalangan pelbagai kaum, agama dan budaya adalah

teras muhibbah bagi masyarakat Malaysia.

Kurangnya memahami dan merasai kebersamaan budaya masyarakat lain menyebabkan timbul

pelbagai stigma yang negatif seperti prasangka, streotaip, etnosentik dan sebagainya. Pengalaman

yang lepas memperlihatkan salah faham tersebut boleh menyebabkan konflik yang lebih buruk.

Ekspresi rasa kecewa, resah, gusar yang dipaparkan di media yang kadangkala mengarahkan kepada

celaan kepada komuniti yang lain memberi gambaran kepada pembaca tentang kerapuhan

masyarakat multi etnik di Malaysia (Ahmat, 2014). Suraya (2014) menyenaraikan antara isu yang

dikenalpasti ialah agama, kaum, tadbir urus kerajaan, keselamatan, sara hidup, alam sekitar dan isu

sejagat. Lanjutannya insiden yang sering berlaku ialah keganasan, rusuhan, pergaduhan, serangan,

perarakan, piket, protes, protes senyap, mogok lapar, mogok duduk, nyalaan lilin dan umum.

Permasalahan ini bukan hanya melibatkan kelompok masyarakat yang tertentu malah turut

melibatkan para pelajar di IPT.

2. Relevansi Pembelajaran Sejarah Malaysia (Hubungan Etnik) Dalam Konteks Semasa

Matapelajaran Hubungan Etnik merupakan subjek teras yang mesti diambil oleh setiap pelajar Ijazah

Sarjana Muda di Universiti Malaysia. Subjek ini membicarakan tentang Sejarah Malaysia menyentuh

tentang sejarah, hubungan antara kaum, konsep hubungan etnik, integrasi kaum dan sebagainya.

Matlamat pengajian subjek ini ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang peri pentingnya

perpaduan kaum agar hasrat melahirkan suasana hidup aman dan harmoni berkekalan. Selain

daripada itu, pengajian subjek ini diharapkan semangat saling menghormati dan memahami

perbezaan yang ada pada orang lain dapat dirasai (Shamsul, 2011). Justeru, pemahaman dengan

lebih mendalam mampu mengelakkan sebarang anasir yang negatif seperti hasad dengki, streotaip,

prejudis dan sebagainya. Apa yang nyata ialah hubungan yang baik yang terjalin erat bukan sahaja

menjadi asas kehidupan yang tenteram malah juga menjadi pra syarat untuk memakmurkan negara.

Di Universiti Teknologi Mara (UiTM), seorang pensyarah perlu menghabiskan masa selama

14 minggu bagi 8 sub topik berdasarkan kepada silibus Matapelajaran CTU 555-Sejarah Malaysia

(Hubungan Etnik) yang diberikan. Pelajar-pelajar yang mewakil terdiri daripada komuniti Bumiputera

yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Melayu, Iban, Kadazan, Orang Asli dan

sebagainya. Manakala dalam kelompok etnik Melayu, mereka terdiri daripada sub etnik seperti

Jawa, Banjar, Bugis dan kumpulan etnik Melayu yang kuat berpegang kepada semangat kenegerian

seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan sebagainya. Biarpun UiTM hanya menyediakan pengajaran

kepada kelompok Bumiputera, namun setiap etnik dan sub etnik sebagaimana yang dinyatakan di

atas mewarisi budaya dan norma hidup yang berbeza. Bagi Thay (2008), perbezaan sewajarnya

bukan sahaja dilihat dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama.

Ahmat (2014) menyatakan bahawa dalam sesebuah negara yang merangkumi pelbagai etnik,

komuniti bukan asal akan lebih mudah mengetahui dan akhirnya menyesuaikan diri dalam

lingkungan budaya setempat khususnya setelah memahami sejarah negara tersebut. Dalam kata

lain, tanpa memahami budaya orang lain dengan jujur dan kebenaran, pastinya sesebuah negara

gagal membangun. Untuk itu, pengertian budaya inter dan intra etnik perlu dilestarikan agar sejarah

Page 3: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 78

tentang konflik antara dan sesama suku, ras dan etnik tidak akan berulang lagi. Mengambil kira

Malaysia merupakan sebuah negara yang pluralistik, adalah wajar setiap masyarakat mengambil

peduli tentang sejarah agar nilai-nilai yang negatif seperti cemburu, tidak percaya, prejudis dapat

disingkirkan. Abd Rahim (2000) berpandangan bahawa sejarah sewajarnya ditonjolkan sebagai suatu

kuasa yang hidup dengan menghubungkan peristiwa masa yang lalu dan hakikat semasa. Justeru

Zahara & Nik (2007) menyatakan corak pengajaran guru sejarah memberi pengaruh penting kepada

kualiti pengajaran di dalam kelas. Bahkan ia memberi persepsi yang baru dan lebih bermakna kepada

pelajar apabila ia tidak lagi menjadi subjek yang kaku dan membosankan.

Menurut Zahara dan Nik Azalena (2007), hasil pembelajaran dalam matapelajaran Sejarah

kurang memuaskan disebabkan kurangnya kritis dan analitis dalam penyampaian. Sebagai contoh,

dalam konteks pembelajaran budaya orang lain, ada dalam kalangan pelajar yang hanya mendengar

wujudnya budaya popular yang diamalkan dalam sesebuah etnik tetapi langsung tidak mengetahui

bagaimana budaya tersebut diaplikasikan. Ini bermakna corak pengajaran dan pembelajaran (PdP)

adalah bersifat kaku, iaitu dengan hanya mendengar dan memahami fakta-fakta sejarah.

Kebanyakan para pelajar mendapat informasi sepintas lalu tentang perbezaan budaya melalui

syarahan dan buku-buku nota (Azmi Shah et al. 2007). Bagi Maharom (1998), proses pengajaran

dan pembelajaran (PdP) yang ‘bermakna’ sahaja boleh merangsang pemikiran pelajar. Untuk itu,

kaedah pengajaran berdialog dengan pengamal budaya diharapkan dapat memberi nilai tambah

terhadap mata pelajaran Sejarah Malaysia. Persoalan yang timbul, adakah kaedah pengajaran

berdialog secara langsung dengan pelaku budaya dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap

mata pelajaran yang dijalankan. Apakah persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang

dijalankan. Justeru, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran (PdP) melalui penggunaan kaedah dialog di dalam kelas dan melihat persepsi pelajar

terhadap penggunaan kaedah sebegini.

Terdapat beberapa kajian yang lepas yang membicarakan hubungan antara pelajar dalam perspektif

yang berbeza misalnya agama, budaya dan etnik. Dalam kajian Mansor Mohd. Noor dan rakan-rakan

(2001) mendapati tahap atau darjah etnik seseorang individu itu akan menentukan tingkahlakunya

dipengaruhi oleh perkiraan etnik atau tidak. Individu yang tebal batas etniknya akan mengutamakan

perkiraan etnik di dalam tingkahlakunya. Kajian yang dilakukan oleh Azmi dan Azrinah (2010)

menunjukkan bahawa wujud kecenderungan yang tinggi dalam kalangan pelajar yang berbeza etnik,

budaya dan agama untuk mengetahui perbezaan yang ada dalam kehidupan masyarakat lain. Beliau

mencadangkan agar persepsi ‘perlu diubah’ dan melihat elemen perbezaan itu bukanlah satu unsur

yang boleh mencetuskan sensitiviti. Kajian yang dilakukan oleh Mustafa dan Jaffary (2012)

mendapati responden memperolehi maklumat awal tentang perbezaan yang ada dalam masyarakat

lain melalui pembacaan dan ‘jawapan-jawapan’ yang diberikan oleh peserta dialog meningkatkan

lagi tahap toleransi terhadap masyarakat lain. Selain itu Mustafa dan Jaffary (2012) mendapati

majoriti daripada responden berpandangan memahami perbezaan yang ada pada masyarakat lain

mampu membetulkan sikap (misalnya prasangka) terhadap perbezaan amalan kelompok tersebut.

Kajian lain yang dilakukan oleh Azmi et al. (2007) mendapati penglibatan dialog dalam rakan yang

berbeza agama dan budaya di IPTA adalah sederhana. Justeru, beliau menyarankan agar pihak

pengurusan di universiti perlu menganjurkan program-program yang bersifat ‘dialog antara etnik’

bagi merangsang pemupukan hubungan antara dan sesama kaum. Kajian yang dilakukan Rusimah et

al. (2004) juga mendapati tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum di kalangan

pelajar di dalam kampus berada dalam keadaan yang sederhana .Dicadangkan supaya program

Page 4: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 79

program yang boleh menghangatkan suasana/iklim interaksi antara kaum dapat diperbanyakkan

agar dapat membentuk suatu kehidupan yang harmoni di dalam kampus dan seterusnya diamalkan

dalam kehidupan di luar sana.

3. Konsep Dialog

Dialog merupakan satu ‘aktiviti’ yang melibatkan soal jawab antara dua pihak dan berperanan

menjelaskan realiti sebenar yang berlaku dalam sesebuah masyarakat (Azizan, 2008). Aktiviti dialog

boleh dilakukan samada secara formal ataupun bersifat non-formal. Justeru, konsep sebenar dialog

bukan hanya dibincangkan oleh ketua (agama atau masyarakat) tetapi dialog sewajarnya turut

melibatkan semua anggota masyarakat (Swidler 2003). Matlamat dialog ialah memupuk kesedaran

dan mengurangkan salah faham yang sewajarnya menjadi paksi hubungan antara kaum (Mitias &

Jasmi 2004). Justeru, kesedaran dan kefahaman yang menyeluruh tentang budaya hidup orang lain

akan membantu tercapainya cita-cita untuk menyatukan masyarakat multi etnik.

Sesungguhnya, aktiviti dialog dengan melibatkan semua peringkat lapisan masyarakat menjadi kian

perlu bagi mencapai hasrat pemupukan hubungan kaum, agama dan budaya. Pemupukan hubungan

antara dan sesama etnik bukan sahaja berkenaan soal-soal perbezaan tetapi juga dari segi

persamaan yang boleh dikongsi. Bertunjangkan kepada satu bentuk perkongsian kehidupan dalam

masyarakat yang berbeza agama dan budaya, maka dialog memberi ruang dan peluang yang cukup

luas kepada setiap manusia untuk mengenal, memahami dan menghayati nilai yang ada pada

komuniti yang lain. dialog kehidupan berfungsi merapatkan ‘jurang inklusivisme’ dan’ ekslusivisme’

dalam masyarakat yang berbeza agama atau budaya pada peringkat akar umbi. Natijahnya, setiap

manusia mampu menggamit nilai-nilai spiritual dan budaya masing-masing dalam suasana harmoni

tanpa dibelenggu sebarang perasaan prejudis (Samwini 2010).

Dialog mewujudkan satu ‘padang yang rata’ yang memberi peluang bagi setiap anggota masyarakat

menampilkan nilai kehidupan masing-masing di samping membetulkan salah faham yang sebenar.

Selain membuka ruang kerjasama yang lebih menyeluruh melalui perkongsian aktiviti masyarakat

yang berbeza agama dan budaya seperti solat, sambutan perayaan, adat perkahwinan dan adat

resam mampu. Lebih jauh lagi, ia mampu mengikis sikap prejudis, rasis, melampau dan

mementingkan diri dalam kalangan peserta. Dalam kata yang mudah, maklumat dan pengetahuan

tentang agama serta budaya yang berbeza dapat disalurkan dengan sekelip mata kepada sesiapa

sahaja dan di mana-mana. Contoh ini boleh diperlihatkan melalui aktiviti kolaborasi ‘Spiritual Camp

2009’ anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia dan Malaysia Young Movement (MYM) yang

merupakan organisasi belia Cina dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Golongan belia Islam mendapat

pendedahan tentang senaman Tai Chi yang merupakan ritual yang sering kali ditonjolkan dalam

peribadatan agama Buddha. Manakala golongan belia Cina yang beragama Buddha didedahkan

tentang pelaksanaan amalan solat secara individu dan berjemaah oleh belia-belia Muslim

(Muhammad Nur 1997). Pengalaman yang berlaku dalam ini memaparkan pengalaman merentasi

budaya dan agama yang mampu mengukuhkan perpaduan kaum boleh diketengahkan dalam dialog

di dalam bilik kuliah. Bagi Syed Najmuddin et al. (2009) pelajar akan seronok apabila pembelajaran

yang dilakukan memaparkan aktiviti yang sebenar. Tor (2004) menyatakan, kaedah yang bersifat

koperatif ini memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain untuk meneroka lebih mendalam melalui

pengamatan dan memberi pemahaman yang lebih berkesan. Pelajar-pelajar boleh berdialog secara

Page 5: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 80

langsung dengan pengamal budaya tersebut. Selain menjimatkan, proses ini juga merupakan satu

model (PdP) yang cukup berkesan. Kualiti pembelajaran kadang kala menyebabkan pelajar-pelajar

merasa bosan dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah. Justeru kaedah

pembelajaran wajar diperbaiki, dikemaskini agar ia memberi impak yang berkesan, menjimatkan

masa, tenaga ditambah lagi adanya rasa seronok.

4. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan dua pendekatan, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Dalam pendekatan

kuantitatif, objektif utama kajian dicapai dengan menggunakan beberapa prosedur, iaitu

menentukan populasi, persampelan, instrumen dan analisis. Oleh kerana kajian ini mirip kepada

eksperimen, maka populasi yang terlibat dengan eksperimen ini sahajalah yang menjadi responden

kajian. Jumlah mereka yang mengambil subjek ini ialah 97 orang semuanya yang merangkumi 5

kelas. Namun hanya satu kelas sahaja yang terlibat untuk memberi maklumbalas terhadap kajian

eksperimen yang dilakukan. Oleh kerana bilangan satu kelas yang terlibat adalah sedikit, penyelidik

menggunakan teknik sensus, iaitu semua populasi terlibat sebagai sampel kajian. Justeru,

keseluruhannya pelajar terdiri daripada 22 orang di mana 4 orang merupakan panel dialog manakala

bakinya 18 orang adalah peserta. Instrumen kajian adalah soal selidik yang dibangunkan sendiri oleh

pihak penyelidik. Ia terbahagi kepada empat bahagian, iaitu latarbelakang, tahap pengetahuan

sebelum dan selepas eksperimen dijalankan, sikap pelajar pada sebelum dan selepas; dan persepsi

pelajar terhadap amalan dialog budaya di dalam kelas. Borang soal selidik ini hanya mengandungi

satu halaman dengan skala likert 1-5 digunakan bagi melihat pengetahuan dan sikap pelajar

terhadap topik yang dilaksanakan. Data tersebut dianalisis menggunakan statisitik seperti peratusan

dan min melalui perisian SPSS 20. Manakala dalam pendekatan kualitatif pula teknik temubual tidak

berstruktur ke atas 5 orang pelajar dan pemerhatian bahan dilakukan oleh pihak penyelidik bagi

mengetahui lebih mendalam kesan pelaksanaan aktiviti tersebut di dalam kelas.

5. Hasil Kajian dan Perbincangan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan pendekatan dialog antara budaya di

dalam kelas melibat tiga pihak iaitu pensyarah berperanan sebagai fasilitator, panel dialog adalah

terdiri daripada beberapa orang pelajar yang dipilih dalam kelas manakala peserta adalah terdiri

daripada pelajar-pelajar lain. Setiap peserta dialog dalam kelas diberi masa 5-7 minit untuk

mencerita satu budaya yang popular yang berlaku dalam etnik/sub etnik masing-masing. Pelajar-

pelajar lain akan bertanya tentang persoalan yang berkaitan tentang budaya yang dipersembahkan

oleh peserta dialog. Manakala fasilitator bertindak mencadangkan budaya yang wajar

dipersembahkan, mengawal masa dan mengawal keadaan agar persempahan yang dilakukan

memberi kesan yang maksima. Kelainannya, pelajar-pelajar menimba perkongsian pengalaman

secara langsung daripada pelaku budaya berbanding pada sebelum ini pelajar-pelajar hanya

mendengar daripada pensyarah. Gambaran rangka kerja adalah sebagaimana berikut:

Rajah 1 : Rangka Kerja PdP Dialog Antara Budaya

A A

A A

C

Panel Dialog

Page 6: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 81

Sumber: Kajian lapangan

Rajah 1: Rangka kerja

Empat orang pelajar dipilih dari sub etnik atau etnik yang berbeza untuk menceritakan satu budaya

yang popular yang diaplikasikan dalam masyarakatnya. Hasil dapatan adalah sebagaimana berikut:

5.1 Tahap Pengetahuan & Pemahaman

Jadual 1: Skala pemahaman pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan

Bil Soalan Pra Pasca

1 Saya mengetahui latar belakang budaya yang diceritakan 2.60 4.65

2 Saya mengetahui keistimewaan budaya yang diceritakan 2.67 4.33

3 Saya mengetahui amalan utama budaya etnik tersebut 2.33 4.20

4 Saya mengetahui proses perjalanan amalan tersebut dilakukan 2.60 4.00

Purata 2.55 4.30

Sumber: Soal selidik 2015

Berdasarkan kepada borang soal selidik yang diberikan, persepsi terhadap skala pengetahuan pelajar

pada item ‘latar belakang budaya’ yang dipersembahkan oleh rakan pelajar berada pada tahap

sederhana kepada tinggi. Skala min sebelum pelaksanaan aktiviti dialog dilakukan di dalam kelas

ialah 2.60 (sederhana) manakala selepas aktiviti dilaksanakan ia berada pada tahap yang tinggi

apabila min yang diperolehi 4.65 (tinggi). Begitu juga pengetahuan responden terhadap

keistimewaan budaya yang diceritakan. Hasil dapatan menunjukkan skala min pada sebelum aktiviti

adalah sederhana iaitu 2.67 manakala skala selepas aktiviti dilaksanakan berada pada skala yang

tinggi apabila min yang diperolehi 4.33. Bagi item pengetahuan terhadap ‘amalan utama’ budaya

tersebut, skor min sebelum aktiviti yang diperolehi ialah 2.33 (sederhana) manakala skala yang

diperolehi pada selepas aktiviti ialah 4.20 (tinggi). Yang lain, hasil dapatan menunjukkan skala min

yang diperolehi terhadap ‘mengetahui proses perjalanan amalan tersebut’, min yang diperolehi pada

sebelum ialah 2.60 mata dan 4.00 pada selepas aktiviti dijalankan. Keseluruhannya, purata 4 item

Pensyarah

sebagai fasilitator

Responden

Page 7: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 82

yang diberikan menunjukkan tahap responden terhadap budaya yang dibincangkan di dalam kelas

pada sebelum aktiviti adalah sederhana dengan min 2.55 mata manakala setelah aktiviti dialog

dijalankan, min yang diperolehi 4.30 mata.

Berdasarkan kepada temubual yang dilakukan kepada pelajar yang terlibat, jawapan yang diberikan

adalah sebagaimana berikut:-

Responden Sejauhmana pelajar mengetahui/memahami budaya orang lain

1 Sebelum ini, saya mendengar budaya masyarakat lain melalui media tidak begitu

mendalam.

2 Saya pernah melihat persembahan dikir barat, tetapi saya tidak tahu banyak sangat

maklumat tentang budaya ini.

3 Bila program ini dibuat, banyak maklumat tentang sejarah dan budaya sesebuah

masyarakat saya tahu. Saya tahu amalan budaya tersebut melalui pembacaan, bila

pelajar (pengamal budaya) menceritakan budaya masing-masing, rupanya saya dapat

tahu lebih banyak perkara tentang budaya tersebut

4 Saya fikir sambutan hari Gawai hanya untuk orang Iban tetapi masyarakat Bumiputera

lain juga ada yang menyambut perayaan ini. Saya dengar macam-macam budaya di

Malaysia melalui TV dan buku-buku.

5 Tidak kesemua budaya-budaya yang diceritakan oleh rakan, saya mengetahuinya. Ada

yang hanya saya mendengarnya, apabila program ini dijadikan dalam bentuk yang

lebih formal dan akademik, ia banyak memberi maklumat yang baru.

Berdasarkan data-data temubual yang diperolehi, ternyata pelajar memperolehi pengetahuan

tentang sesuatu budaya itu melalui mekanisme pembacaan buku-buku yang berkaitan, menonton

telivisyen atau mendengarnya dari saluran media elektronik. Justeru, program pengalaman

perkongsian mendengar budaya orang lain di dalam kelas banyak memberi maklumat baru tentang

sesuatu budaya tersebut.

5.2. Sikap Sebelum & Selepas Aktiviti

Jadual 2: Sikap pelajar terhadap perbezaan budaya komuniti lain pada sebelum dan selepas aktiviti

dijalankan

Bil Soalan Pra Pasca

Page 8: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 83

1 Saya menghormati perbezaan budaya 3.67 4.80

2 Saya menghormati keistimewaan yang ada pada etnik/sub etnik

lain

3.73 4.73

3 Saya menghargai perbezaan budaya orang lain 3.87 4.80

4 Saya menghormati perjalanan amalan budaya orang lain 4.07 4.67

Purata 3.84 4.75

Sumber: Soal selidik 2015

Selanjutnya, responden ditanya tentang sikap terhadap perbezaan budaya komuniti lain. Dalam

perihal ini, hasil dapatan menunjukkan pada item ‘menghormati perbezaan budaya’, min sebelum

aktiviti dialog dilakukan ialah 3.67 (sederhana) manakala darjah yang diperolehi setelah aktiviti ini

dijalankan ialah 4.80 (tinngi). Begitu juga bagi item ‘menghormati keistimewaan yang ada pada

etnik/sub etnik yang lain’, perolehan min sebelum aktiviti 3.73 mata menunjukkan ia berada pada

tahap yang sederhana manakala min yang diperolehi 4.73 selepas aktiviti menunjukkan ia berada

pada tahap. Bagi item ‘saya menghargai budaya orang lain’, perolehan min sebelum dan selepas

aktiviti adalah tinggi. Biarpun begitu, skala mata min yang diperolehi adalah berbeza iaitu 3.87 pada

dan 4.80 pada selepas. Darjah dapatan yang sama diperolehi bagi item ‘menghormati perjalanan

amalan budaya orang lain’ menunjukkan skala yang tinggi diperolehi pada sebelum dan selepas

aktiviti dialog dijalankan. Pun begitu, mata yang diperolehi adalah 4.07 dan 4.67. Ternyata, ujian

terhadap sikap pelajar pada sebelum aktiviti dijalankan berada pada tahap yang tinggi iaitu purata

min yang diperolehi ialah 3.84 mata manakala selepas ujian dijalankan purata min semakin

meningkat kepada 4.75 mata.

Hasil dapatan daripada temubual pula dijelaskan sebagaimana berikut:

Responden

Sikap pelajar apabila mengetahui/memahami budaya orang lain

1 Aktiviti begini dapat membantu saya memahami budaya hidup orang lain dengan lebih

baik. Walaupun sebelum ini saya sudah bersikap baik terhadap masyarakat lain tetapi

apabila saya memahami budaya mereka lebih mendalam, saya merasakan setiap

bangsa akan mempertahankan budaya mereka. Kita perlu hormatlah budaya

perbezaan yang ada.

2 Bila para pelajar mempersembahkan aktiviti ini, saya boleh bertanya nilai-nilai budaya

yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Saya rasa, aktiviti sebegini dapat membuka

mata para pelajar bahawa setiap bangsa atau etnik mempunyai keistimewaan nilai

kehidupan yang tersendiri.

Page 9: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 84

3 Saya rasa, bila kita berkongsi pengalaman sebegini, kita dapat mewujudkan perasaan

hormat budaya orang lain. Dalam masyarakat Melayu pun ada bermacam-macam

budaya. Oleh kerana Malaysia merupakan negara yang ada macam-macam kaum, bila

kita faham budaya kaum lain maka mereka akan hormat kita.

4 Bila ada program macam ni, saya boleh tanya dia. Sebelum ini dalam kelas pensyarah

cerita sepintas lalu.

5 Kita memahami budaya orang lain bukan hanya pada musim perayaan sahaja, program

dalam kelas macam ini misalnya dapat memupuk hubungan antara masyarakat. Bila

kita memahami budaya orang, sikap kita kepada mereka lebih baik…

Pelaksanaan dialog budaya di dalam kelas mendorong para pelajar untuk lebih menghargai dan

menghormati perbezaan yang ada dalam komuniti lain. Malahan para pelajar berpeluang untuk

berinteraksi secara langsung dengan pengamal budaya tersebut bagi menghilangkan sebarang

bentuk kekeliruan yang ada dalam fikiran.

5.3 Persepsi Pelajar Terhadap PdP Dialog Budaya

Jadual 3: Persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dijalankan

Bil Soalan Min

1 Aktiviti ini tidak membosankan 4.60

2 Aktiviti ini menjelaskan lagi informasi saya tentang subjek CTU 555 4.40

3 Aktiviti menambahkan lagi kesedaran tentang hubungan kaum 4.67

4 Saya dapat bertanya secara langsung tentang perbezaan budaya orang lain 4.60

5 Saya merasakan aktiviti ini wajar dilakukan untuk semester yang berikutnya 4.60

6 Saya merasakan program ini perlu dikemaskinikan 4.13

Page 10: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 85

Purata 4.50

Sumber: Soal selidik 2015

Bagi melihat persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan, 6 item soalan

telah ditanya kepada pelajar. Majoriti responden berpandangan pelaksanaan aktiviti di dalam dialog

tidak membosankan dengan skala min yang diperolehi ialah 4.60. Malah, responden beranggapan

aktiviti sebegini menjelaskan lagi subjek pengajaran yang dijalankan dengan skala yang diperolehi

adalah tinggi iaitu 4.40. Begitu juga, responden berpandandan bahawa aktiviti dialog di dalam kelas

dapat menambahkan lagi kesedaran pelajar tentang perbezaan budaya orang lain. Skala min 4.60

yang diperolehi menunjukkan ia berada pada tahap yang tinggi. Justeru, responden mencadangkan

aktiviti-aktivi sedemikian wajar dilaksanakan pada semester yang datang. Skala min 4.60

menunjukkan darjah persetujuan berada pada tahap yang tinggi. Biarpun begitu, responden

merasakan program dialog dalam kelas ini perlu dikemaskinikan dengan skala min 4.13 menunjukkan

ia berada pada tahap yang tinggi. Skor purata min yang diperolehi 4.50 terhadap 6 soalan yang

dikemukakan menunjukkan pelaksanaan dialog budaya sangat signifikan terhadap keberkesanan

pengajaran CTU 555 khususnya dalam sub topik yang berkait tentang ‘Dari Segregasi ke Integrasi’.

Bagi melihat keberkesanan penggunaan dialog antara budaya dalam PdP mata pelajaran CTU

555, trankrip temubual telah dilakukan kepada 5 orang orang pelajar menjelaskan sebagaimana

berikut:

Responden Apakah persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran

1 Saya merasakan aktiviti ini wajar diteruskan untuk masa-masa yang

berikutnya

2 Selain itu, saya rasa aktiviti ini lebih menarik sekiranya setiap panel memakai

pakaian tradisi masing-masing.

3 Saya rasa program ini perlu dilakukan setiap semester bagi CTU 555.

4 Program macam mana ini, memberi keseronokan seolah kita berada

bersama mereka, tidak boring dan tidak mengantuk. Saya rasa program ini

wajar diteruskan untuk masa-masa akan datang.

Page 11: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 86

5 Perlu dilakukan dalam kelas CTU 555 dan dalam masa yang sama perlu

dilakukan penambahbaikan

Hampir kesemua pelajar memberi respon yang positif iaitu aktiviti ini wajar dilakukan pada semester

yang akan datang memandangkan program ini tidak membosankan. Biarpun begitu dalam kalangan

pelajar mencadangkan agar panel dialog wajar mengenakan pakaian tradisi etnik/sub etnik masing.

Tujuannya ialah aktiviti ini tampak lebih menarik dan menampak program yang bersifat mengenal

budaya.

6. Kesimpulan

Pengalaman pengajaran dan pembelajaran berdialog di dalam kelas mampu mempertingkatkan

keberkesanan di dalam kelas. Selain bersifat mesra insan, kaedah ini juga dapat menarik minat

pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat santai, menyeronok dan berinformasi. Dengan demikian,

penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran matapelajaran CTU 555 ini memudahkan

pelajar memahami budaya komuniti-komuniti lain melalui dialog secara langsung dengan pelaku-

pelaku yang pernah mengamal budaya tersebut.

Page 12: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 87

Rujukan

Ahmat Adam. (2014). Pendidikan Sejarah di Malaysia Dewasa ini: Sejauh Manakah ia Relevan kepada

Pembinaan Nasion? SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 2(1) Mac 2014, 101-

114.

Azmi Shah Suratman dan Azrinah Abdul Rahah. (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Dialog Antara Agama: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (Utm), Skudai, Johor. Persepsi Pelajar Terhadap Dialog Antara Agama: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor . pp. 1-10. (Unpublished)

Azmi Shah Suratman. Mohd Nasir Ripin, Ramli Awang, Sayed Mahussain Sayed Ahmad, Zulkifli

Nordin. (2007). Tahap Dialog Peradaban: Kajian Di Kalangan Pelajar Tahun Tiga Universiti Teknologi

Mara. Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial, UTM.

Maharom Mahmod. (1998). Analisis Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Peringkat

Sekolah Menengah Rendah. Tesis Sarjana UKM.

Mansor Mohd Noor et al. (2001). Kajian Arah dan Tahap Pencapaian Perpaduan Negara Di Insititusi

Pengajian Tinggi, Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia.(tidak

diterbitkan)

Mustafa Kamal Amat Misra & Jaffary Awang. (2012). Persepsi Wanita Buddha dan Wanita Muslim

terhadap Dialog Agama: Kajian di Kuala Lumpur. Jurnal al-Hikmah 4 : 131-147

Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Salma Ishak. (2004). Kajian Hubungan Kaum

Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia

Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Hubungan Etnik. Shah Alam: UPENA UiTM.

Suraya Wen. (2014). Kajian Mengenalpasti Isu Dan Punca Konflik Yang Mempengaruhi Tahap

Keharmonian Masyarakat Di Malaysia Bagi Tahun 2011 Dan 2012. (Tesis Sarjana UUM)

Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab.Halim Tamuri, Isahak Othaman & Mohd Sabri Mamat. (2008). Guru

Bahasa Arab Terlatih di Sekolah: Satu Keperluan di Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam

Peringkat Kebangsaan Siri ke-6: Pendidikan Islam Teras Pembangunan Modal Insan. 555-569.

Swidler, L. (2003). Dialogue in Malaysia and The Global Scenario. Siri Monograf Pusat Dialog

Peradaban. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Thay Cheow Yin. (2008). Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008, Semester 2

Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Tesis Sarjana Musa UTM.

Tor Geok Hwa. (2004) . Masalah Pembelajaran Sejarah: Satu Kajian Tindakan. Tesis Sarjana Muda

Fakulti Sains Kognitif Dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia

Page 13: pengalaman pengajaran & pembelajaran sejarah berasaskan

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t Page 88

Zahara Aziz dan Nik Azleena Nik Ismail. (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah

Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar. Jurnal Pendidikan 32. 119-137.

Temubual dengan pelajar 1 – 6 dilakukan pada 14 Disember 2015 di dalam kelas 12 B 3, UiTM

Terengganu.