mach sem 3

Upload: pitjoangin

Post on 16-Jul-2015

450 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

OBJEKTIF TUGASAN

1. Meningkatkan pengetahuan di kalangan Pelatih Penolong Pegawai Perubatan tentang situasi sebenar epidemiologi di kawasan yang terlibat. 2. Mengaplikasikan tugasan sebenar Penolong Pegawai Perubatan dalam diri pelatih. 3. Mendedahkan calon kepada pelaksanaan statistik kesihatan. 4. Mendedahkan calon kepada kaedah pengutipan data-data kesihatan. 5. Mendedahkan calon kepada kemahiran berkomunikasi dalam komuniti

PENGENALAN KEPADA DEMAM DENGGI

DEFINISI Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

TABURAN PENYAKIT Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk. Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi.

ETIOLOGI DEMAM DENGGI Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti. Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

CARA TRANSMISI Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara- negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbezabeza mengikut umur pesakit. Antara cara pemindahan penyakit ialah: y Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi. y Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah). Seseorang pesakit yang telah mendapat denggi akan menjadi pembawa sepanjang hayat. y Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari). y Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti. y Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti / dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

PATOFISIOLOGI DEMAM DENGGI Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Rajah 1 : Nyamuk Aedes Aegypti

Rajah 2 : Nyamuk Aedes Albopictus

MANIFESTASI KLINIKAL DEMAM DENGGI Demam denggi ialah sejenis penyakit viral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

1. DEMAM DENGGI Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit: y Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza- bezakan beserta dengan kemunculan ruam. y Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. y y Pendarahan kulit adalah fenomena lazim. Kadar kematian amat rendah.

2. DEMAM DENGGI BERDARAH y Demam denggi berdarah sebenar dicirikan oleh demam yang kuat, fenomena pendarahan (dikaitkan atau menyebabkan kehilangan darah), pembesaran hati dan kegagalan peredaran darah. y Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik. y Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah. y Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41rC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan. y Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh. y Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

SINDROM RENJATAN DENGGI Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal. Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi) (keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.

INVESTIGASI BAGI DEMAM DENGGI Untuk menentukan pesakit mengalami demam denggi beberapa investigasi perlu dibuat antaranya ialah : y y Ujian Hess yang digunakan untuk mengesan pendarahan di bawah kulit. Ujian darah untuk kajian virus. Ia diguna untuk mengesan antibody bagi demam denggi yang sesuai. y y y Ujian darah untuk kultur bagi mengesan jenis virus. Packed Cell Volume bagi mengesan kandungan sel darah merah. Full Blood Count bagi mengesan anemia dan jangkitan.

KOMPLIKASI DEMAM DENGGI Komplikasinya ialah post viral sindrom, anemia, konjuktivitis, renjatan, koma, pendarahan dan tekanan darah akan menjadi rendah.

PENGURUSAN / RAWATAN DEMAM DENGGI Tiada rawatan khusus untuk demam denggi. y Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah. y Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, Salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan. y Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan. y RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI

Rawatan termasuk: y y Meningkatkan pengambilan cecair. Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

PENDIDIKAN KESIHATAN DAN NASIHAT 1. Perlindungan dari gigitan nyamuk. 2. Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari. 3.Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk. 4. Hapuskan nyamuk Aedes dewasa. 5. Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. y Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah: y Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong - tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya. y y Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu. Periksa saluran air hujan setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air. y Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

PROGNOSIS Jika tidak dirawat dengan segera, demam denggi boleh menyebabkan kematian.

STATISTIK DAN EPIDEMIOLOGI PENYAKIT BAGI TAHUN 2010

STATISTIK PENYAKIT BAGI TAHUN 2010 PKD MACHANG33 4.55% 70 9.66% 55 7.59% 18 2.48%

Dengue Dysentry 162 22.34% Food Poisoning HIV/AIDS Tuberculosis Typhoid 366 50.48% Others 21 2.90%

Note : other merangkumi kes-kes seperti : - Cholera - Gonorrhoea - Leprosy - Measles - Syphilis - Tetanus - Viral Encephalitis - Viral Hepatitis - Whooping Cough Jumlah kes 2 kes 1 kes 1 kes 4 kes 1 kes 1 kes 1 kes 6 kes 1 kes 18 kes

Rumusan mengenai carta pie diatas

Statistik menunjukkan bahawa Food Poisoning merupakan kes yang tertinggi yang dikesan di Daerah Machang. Hal ini mungkin adalah disebabkan oleh kejadian banjir yang menimpa beberapa tempat di daerah ini yang menyebabkan kebersihan ketika menyediakan makanan terabai akibat kekurangan sumber yang bersih seperti sumber air yang bersih. Keterukkan kes ini juga mungkin berpunca daripada gerai gerai makanan yang kotor dalam menyediakan makanan. Kes demam Denggi pula merupakan kes ke-2 yang tertinggi yang dikesan di Daerah Machang pada tahun 2010 dengan mencatatkan 162 kes sepanjang tahun. Hal ini mungkin disebabkan oleh terdapat banyak tempat untuk nyamuk aedes untuk membiak di kawasan sekitar ini. Disamping itu kadar migrasi penduduk yang meningkat juga turut menyumbang kepada peningkatan kes ini. Penyakit Tuberculosis pula mencatatkan kes sebanyak 70 kes pada tahun 2010 di Daerah Machang. Hal ini mungkin disebabkan oleh peningkatan golongan pendatang tanpa izin (PATI) dimana tahap kesihatan golongan ini selalunya adalah teruk dan merebak secara cepat tanpa disedari. Terdapat juga kes dimana pesakit mendapat jangkitan ini dari negara asal mereka. Penyakit Typhoid pula mencatatkan kes sebanyak 55 kes pada tahun 2010. Ini mungkin juga disebabkan oleh banjir yang melanda di beberapa kawasan di daerah ini. Selain itu kurangnya penjagaan kebersihan oleh golongan pendatang asing ini juga turut menjadi faktor kehadiran penyakit ini. HIV/AIDS pula mencatatkan 33 kes sepanjang tahun 2010. Hal ini mungkin disebabkan oleh kegiatan sosial yang semakin berleluasa di daerah ini. Hal ini juga disebabkan kadar migrasi penduduk yang turut sama membawa individu yang telah terinfeksi ke daerah ini. Dysentry pula mencatatkan kes sebanyak 21 kes. Hal ini juga mungkin disebabkan kejadian banjir yang melanda daerah ini pada 2010. Kekurangan penjagaan kebersihan terutamanya pendatang asing juga turut menjadi salah satu punca atau etiologi jangkitan penyakit ini berlaku. Gabungan penyakit seperti kolera,gonorrhoea,leprosy,measles,syphilis,tetanus,viral encephalitis,viral hepatitis dan whooping cough pula mencatatkan sebanyak 18 kes sepanjang tahun 2010. Kadar ini menunjukkan penurunan berbanding tahun 2009. Hal ini mungkin disebabkan keberjayaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang dijalankan.

EPIDEMIOLOGI DAN STATISTIK KES DEMAM DENGGI PADA TAHUN 2010

Jumlah kes Denggi bagi tahun 2010 mengikut bulan di Machang40 35

30

25

20

15

10

5

0

Jumlah kes mengikut bulan

Jumlah kes : 162

JUMLAH KES DENGGI YANG DILAPORKAN MENGIKUT MINGGU BAGI TAHUN 2010

Minggu Epidemiologi Daftar 1 2 4 5 6 7 8 9 10 11 12 14 15 16 19 21 22 24 25 26 27 28 29 30 31 32

Kes yang dilaporkan 2 1 1 2 1 1 4 4 1 1 1 1 1 2 1 2 4 2 2 3 4 5 6 3 5 5

33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 49 Jumlah kes

6 11 8 9 10 6 6 8 11 5 4 2 1 7 2 1 162

Analisis data-data pada graf

Peningkatan bilangan kes demam denggi di Malaysia amat membimbangkan kerajaan dan rakyat. Banyak usaha dijalankan bagi mengawal semula kejadian penyakit ini. Peningkatan ini turut sama terjadi di daerah Machang. Hal ini ditunjukkan dengan peningkatan yang diperolehi pada tahun 2010 berbanding pada tahun 2009. Pada tahun 2010 sebanyak 162 kes dikesan positif dengan jangkitan denggi. Berdasarkan pada graf yang ditunjukkan diatas bacaan tertinggi bagi kes denggi di daerah Machang ini adalah pada bulan September dengan mencatatkan kes sebanyak 34 kes. Kes terendah yang tercatat bagi tahun 2010 ini adalah pada bulan Mei dengan catatan sebanyak 1 kes. Sekiranya diperhatikan kadar jangkitan pada awal tahun adalah rendah berbanding pada akhir tahun. Jika dilihat berlakunya peningkatan kes pada bulan Jun hingga ke September dan berlakunya penurunan pada bulan Oktober ke Disember namun perbezaan bagi jangkitan pada bulan- bulan ini adalah tidak ketara. Jumlah jangkitan pada bulan ini adalah besar berbanding bulan Januari hingga ke Mei. Peningkatan yang begitu ketara pada hujung tahun boleh dikaitkan dengan beberapa faktor. Misalnya kejadian banjir yang biasanya melanda negeri pantai timur adalah pada bulan tengkujuh yang pada kebiasaanya berlaku pada hujung tahun. Seperti diketahui pada bulan tengkujuh hujan akan turun dengan sebegitu kerapnya dan keadaan ini membuka ruang kepada nyamuk Aedes untuk membiak dengan mudah. Kadar jangkitan yang kurang pada awal tahun adalah kerana pada ketika ini adalah merupakan musim panas. Keadaan seperti ini menyukarkan untuk nyamuk Aedes membiak kerana pada ketika ini orang ramai mempunyai banyak masa untuk membersihkan persekitaran sekeliling. Aktiviti kawalan juga rancak dilakukan pada ketika ini, hal ini adalah kerana aktiviti yang dijalankan tidak terhalang dengan hujan. Selain daripada itu,antara faktor lain yang mendorong kepada peningkatan penyakit demam denggi ini adalah kesan daripada kebanjiran pendatang asing ke daerah ini. Seperti tersedia maklum pendatang asing ini kebiasaanya kurang menjaga kebersihan keadaan persekitaran dan apabila persekitaran kotor maka ia akan menjadi perumah yang baik untuk Aedes ini membiak. Migrasi penduduk ke daerah ini juga turut menyumbang kearah peningkatan jangkitan. Hal ini kerana dengan perpindahan ini akan membuatkan penempatan di daerah ini menjadi padat dan seterusnya usaha kawalan akan menjadi sukar untuk dijalankan.

Peranan Penolong Pegawai Perubatan

Kawalan Pengesanan awal terhadap tanda-tanda yang ditunjukkan bagi sesuatu penyakit dan pemeriksaan terhadap pesakit-pesakit yang disyaki. Misalnya kes demam denggi pemeriksaan dilakukan bagi pesakit yang menunjukkan tanda kehadiran penyakit berkenaan. Melakukan ujian yang membantu mengesan jangkitan dan sekiranya keputusan adalah positif rawatan awal diberikan terhadap pesakit. Setelah itu,notifikasi dilakukan agar tindakan seterusnya dapat dilakukan. Peranan lain adalah seperti mengemaskini rekod,data,laporan berkaitan sesuatu penyakit dan peta operasi.

Pencegahan Terlibat secara langsung dalam kempen cara hidup sihat seperti mengalakkan orang ramai menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Memberi pendidikan kesihatan misalnya dari segi aspek kawalan pembiakan vektor misalnya vektor denggi iaitu nyamuk Aedes, memahami tanda dan gejala demam denggi dan pemberian rawatan awal.

Rehabilitasi Memberikan rawatan susulan berkaitan sesuatu penyakit. Selain itu turut terlibat secara langsung dalam sebarang program pemulihan terhadap pesakit. Membantu dalam sebarang kes komplikasi yang dihadapi oleh pesakit.

KESIMPULAN

Demam denggi adalah salah satu penyakit berjangkit yang mempunyai banyak kes yang dikesan di seluruh negara. Hal ini mungkin kerana rakyat Malaysia masih kurang kesedaran tentang bahayanya demam denggi ini. Justeru pihak yang berwajib haruslah memperbanyakkan promosi promosi serta kempen secara meluas bagi menyedarkan rakyat Malaysia tentang bahayanya demam denggi. Hal ini adalah perlu bagi mengelakkan kadar mortality akibat daripada penyakit berjangkit ini.

RUJUKAN

Pejabat kesihatan Daerah Machang,Kelantan

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA

KESIHATAN KOMUNITI 3 TAHUN 2 SEMESTER 1 (MACH 2114)

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK LAPORAN TENTANG PENYAKIT DEMAM DENGGI DI DAERAH MACHANG KELANTAN

BIL 1. 2. 3. 4. 5.

NAMA PELATIH MOHD HAFIZ IZZUDDIN BIN RIDZUAN MARZUKI BIN MOHD SAUPI M.SAEKAL JAMALHURI MOHAMMAD AMIRUL NAIM MOHD HAFIDZI BIN CHE HASSAN

NOMBOR MATRIKS BPP2010-1441 BPP2010-1431 BPP2010-1429 BPP2010-1433 BPP2010-1451

JUMLAH PERKATAAN :1995 patah perkataan TARIKH PENYERAHAN : 1 April 2011 NAMA PENGAJAR : En.Azahar bin Mohd Danial PENGESAHAN PENGAJAR :