laporan pengalaman berasaskan sekolah pbs pqe 3102

16
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD, BESUT, TERENGGANU. Pada 18 Ogos 2013 hingga 22 Ogos 2013 yang lalu, saya bersama rakan-rakan yang lain telah menjalani satu program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud di Besut, Terengganu. Tujuan utama saya memilih sekolah itu ialah kerana saya merupakan bekas pelajar di sekolah itu. Tambahan pula, ini merupakan PBS yang terakhir maka ada baiknya saya kembali seketika ke sekolah untuk mengimbau kembali nostalgia lama disamping berjumpa guru-guru yang pernah mengajar saya lapan tahun yang lepas. Selain itu, sekolah itu juga merupakan satu-satunya sekolah jenis kluster di Besut dan diantara sekolah gred A di Malaysia, jadi ia memudahkan saya untuk melaksanakan tugasan disana kerana sistem pentadbirannya berkualiti dan pelajar di sekolah itu juga kebanyakannya cerdas dari segi IQ. Guru Besar sekolah tersebut adalah Encik Abdul Rahman bin Sardar yang juga merupakan Guru Besar Cemerlang. Saya melaksanakan aktiviti PBS ini bersama-sama dengan tiga lagi rakan daripada IPG Kampus Dato’ Razali Ismail iaitu Muhammad Khairie bin Jusoh, Mohd Izzudin bin Md Yasin dan juga Mohd Syukur bin Abdullah. Kedatangan kami ke sekolah ini tidak lengkap sama sekali tanpa menjalankan sebarang tugasan. Maka, selepas dibelek-belek kertas tugasan dapatlah kami ketahui bahawa saya dan rakan-rakan yang lain telah diarahkan untuk membuat beberapa tugasan berkaitan dengan kajian dan

Upload: muizimba-muhamad

Post on 21-Jan-2016

130 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD, BESUT, TERENGGANU.

Pada 18 Ogos 2013 hingga 22 Ogos 2013 yang lalu, saya bersama rakan-

rakan yang lain telah menjalani satu program Pengalaman Berasaskan Sekolah

(PBS) di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud di Besut, Terengganu. Tujuan

utama saya memilih sekolah itu ialah kerana saya merupakan bekas pelajar di

sekolah itu. Tambahan pula, ini merupakan PBS yang terakhir maka ada baiknya

saya kembali seketika ke sekolah untuk mengimbau kembali nostalgia lama

disamping berjumpa guru-guru yang pernah mengajar saya lapan tahun yang lepas.

Selain itu, sekolah itu juga merupakan satu-satunya sekolah jenis kluster di Besut

dan diantara sekolah gred A di Malaysia, jadi ia memudahkan saya untuk

melaksanakan tugasan disana kerana sistem pentadbirannya berkualiti dan pelajar

di sekolah itu juga kebanyakannya cerdas dari segi IQ. Guru Besar sekolah tersebut

adalah Encik Abdul Rahman bin Sardar yang juga merupakan Guru Besar

Cemerlang.

Saya melaksanakan aktiviti PBS ini bersama-sama dengan tiga lagi rakan

daripada IPG Kampus Dato’ Razali Ismail iaitu Muhammad Khairie bin Jusoh, Mohd

Izzudin bin Md Yasin dan juga Mohd Syukur bin Abdullah. Kedatangan kami ke

sekolah ini tidak lengkap sama sekali tanpa menjalankan sebarang tugasan. Maka,

selepas dibelek-belek kertas tugasan dapatlah kami ketahui bahawa saya dan

rakan-rakan yang lain telah diarahkan untuk membuat beberapa tugasan berkaitan

dengan kajian dan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang al-Quran.

Selain itu, kami juga diminta untuk membuat laporan, merekod dan membuat

refleksi tentang penggunaan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah dalam aspek

penggunaan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku teks dan Buku

Panduan Guru Pendidikan Islam.seterusnya, saya dan rakan-rakan yang lain diminta

untuk membuat pemerhatian dan berbincang dengan guru tersebut mengenai cara

penulisan rancangan pengajaran semester dan harian, penyediaan dan penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dan juga mengenai strategi dan kaedah mengajar yang

digunakan oleh guru tersebut semasa mengajar di dalam kelas.

Page 2: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

Hari Ahad merupakan hari pertama persekolahan. Seperti biasa, saya dan

rakan-rakan tiba di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud seawal yang mungkin.

Sebagai guru pelatih, kami perlulah menepati waktu agar tidak pula terjebak dengan

isu rasuah waktu. Dengan jiwa yang penuh bersemangat kami melangkah masuk ke

sekolah untuk mencari pengalaman baru di sekolah tersebut. Kami dikehendaki

memperkenalkan diri di hadapan perhimpunan. Murid-murid kelihatan sangat teruja

apabila kami memperkenalkan diri kepada mereka kerana mereka melihat kami

berlima terlalu kemas dan bergaya. Bagi mereka, tidak ada seorang pun di antara

guru mereka mempunyai persamaan dengan kami berlima.

Selepas tamat sesi perhimpunan, kami pergi ke pejabat untuk melaporkan diri

kepada Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Wan Rosli Wan Su. Pada mulanya,

kami menyangkakan beliau seorang yang tegas memandangkan mukanya yang

garang. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan kami berasa janggal untuk

berkomunikasi. Rupa-rupanya apabila memulakan bicara, beliau seorang yang

peramah dan baik hati, maka benarlah pepatah tak kenal maka tak cinta. Beliau

memberi taklimat ringkas mengenai latar belakang sekolah dan memberi sedikit

sebanyak panduan kepada kami agar aktiviti PBS ini berjalan dengan lancar. Bagi

melancarkan lagi tugasan, kami telah diberi seorang guru pembimbing, iaitu guru

pendidikan Islam sebagai tutor kami.

Tutor kami, Ustazah Hangkikah Jusoh merupakan salah seorang guru

Pendidikan Islam di sekolah tersebut. Berkelulusan Diploma Pendidikan Pengajian

Agama Islam, seorang yang tegas dengan murid-muridnya tetapi baik tutur kata,

lembut bicaranya. Hal yang demikian memudahkan kami untuk berbincang

bersamanya mengenai maklumat yang diminta untuk menyelesaikan tugasan ini.

Pada hari seterusnya pula, kami melaksanakan tugasan kami dengan membuat

pemerhatian terhadap strategi dan kaedah mengajar yang digunakan oleh Ustazah

Hangkikah selama 30 minit. Beliau mengajar tajuk yang berkaitan dengan Asuhan

Tilawah al-Quran iaitu hafazan surah-surah pendek. Melalui pemerhatian tersebut,

kami telah melihat pelbagai kaedah dan strategi yang telah digunakan oleh Ustazah

untuk mengajar tajuk tersebut.

Melalui aktiviti PBS ini juga, saya telah memperoleh banyak pengalaman

antaranya saya telah diarahkan oleh guru tersebut untuk menggantikan kelas.

Page 3: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

Dengan pengalaman ini, saya berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan murid-

murid apabila sudah menjadi guru yang sah nanti. Dengan ini saya amat bersetuju

bahawa aktiviti PBS ini amat berguna kepada kami untuk digunakan pada masa

hadapan kelak.

Laporan Aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Pada 18 hingga 22 Ogos 2013, saya dan rakan-rakan yang lain telah menjalani

aktiviti pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Tengku

Mahmud, Besut. Semasa aktiviti PBS ini dijalankan, kami telah diminta untuk

membuat beberapa laporan aktiviti di sekolah tersebut. Kami dikehendaki membuat

pemerhatian, berbincang dengan guru, mengumpul maklumat, merekod dan

membuat refleksi tentang perkara-perkara berikut:

a) Penggunaan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah dalam aspek

penggunaan Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan Buku Panduan Guru

Pendidikan Islam.

b) Penyediaan dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar.

c) Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan semasa mengajar dalam

kelas.

d) Kemahiran Guru dalam mengawal kelas, menerapkan nilai,

penggabungjalinan dan membuat penilaian P&P

Page 4: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

Penggunaan oleh guru Pendidikan Islam di sekolah dalam aspek penggunaan

Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan Buku Panduan Guru Pendidikan Islam.

Sepanjang menjalankan tugasan PBS ini, saya kerap diajak oleh tutor untuk

bersama-sama masuk ke kelas bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai

penggunaan bahan kerana guru juga memerlukan penyediaan yang rapi sebelum

mengajar. Ustazah Hangkikah juga menambah, sukatan pelajaran sangat penting

dalam merangka strategi yang sesuai untuk penulisan rancangan pengajaran harian.

Dari situ, saya dapat lihat penggunaan sukatan pelajaran adalah menyeluruh.

Sukatan pelajaran akan membantu guru, mengenai apakah tajuk yang bakal diajar.

Manakala penggunaan Huraian Sukatan juga tidak boleh dinafikan. Tambah

ustazah lagi, dari sukatan pelajaran tadi, kita perlu merujuk huraian sukatan bagi

menentukan aras-aras pembelajaran yang

sesuai bagi murid. Kesimpulannya penggunaan

Sukatan pelajaran serta Huraian Sukatan

Pelajaran dikalangan guru sangat

menggalakkan.

Selain itu, Buku teks ialah sumber

pembelajaran penting kepada guru dan juga

murid. Di sekolah tersebut, Buku teks digunakan

sebagai sumber sebelum, ketika dan selepas

pengajaran dan pembelajaran. Di antara contoh

penggunaan buku teks disekolah ialah

digunakan sebagai sumber kerja rumah, sumber

kegiatan kokurikulum, sumber penulisan, sumber

kajian tempatan dan sumber peristiwa semasa.

Buku teks boleh dikatakan bahan utama bagi

guru di seklah tersebut ketika mengajar. Buku

teks juga merupakan bahan utama yang wajib

dibawa oleh murid ke sekolah. Penggunaan

buku teks terus relevan walaupun guru

mempunyai pilihan untuk melaksanakan kegiatan di bilik darjah dengan bantuan

peralatan canggih teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Page 5: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

Buku Panduan Guru juga turut membantu, memudahkan dan juga memberi

panduan yang lengkap kepada guru-guru untuk mengajar sesuatu tajuk. Dengan

adanya Buku Panduan Guru tersebut, guru-guru dapatlah mengetahui tentang setiap

hasil pembelajaran yang perlu dicapai apabila mengajar

sesuatu tajuk. Di dalam buku panduan guru juga

terdapat contoh jawapan bagi soalan-soalan didalam

buku teks serta buku latihan pelajar. Bagi Ustazah

Hangkikah, buku panduan guru sangat membantu beliau

dalam pengurusan masa serta teknik-teknik

pembelajaran kerana buku ini ditulis bagi menolong

guru-guru mengajarkan teknik-teknik berfikir kepada

para pelajar.

Penulisan Rancangan Pengajaran Semester dan Harian.

Penulisan rancangan pengajaran semester dan harian ini amat penting

kepada setiap guru di sekolah. Semasa membuat aktiviti PBS di sekolah, saya

sempat berbincang dan melihat sendiri contoh dan cara-cara untuk membuat

rancangan pengajaran semester dan harian ini melalui bantuan daripada guru

Pendidikan Islam di sekolah itu. Rancangan Pengajaran Semester dan Harian yang

telah disediakan oleh pihak kementerian sedikit sebanyak membantu guru dalam

melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran

Semester adalah merupakan suatu rancangan pengajaran yang ditulis mengikut

semester, manakala Rancangan Pengajaran Harian pula merupakan rancangan

pengajaran yang ditulis mengikut hari dan waktu setiap kali ketika hendak mengajar.

Rancangan pengajaran semester dan harian ini pada asasnya merupakan

catatan mengenai perancangan yang berkaitan sesi pengajaran. Bagi guru-guru,

rancangan pengajaran haruslah disiapkan dengan baik dan tersusun sebelum sesi

pengajaran dimulakan. Rancangan pengajaran yang disiapkan dengan sempurna

dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan dengan sendirinya menjadikan

proses pengajaran berjalan dengan sempurna juga. Selain itu, rancangan

pengajaran yang baik juga dapat mengelak atau mengurangkan berlakunya

kesilapan yang boleh mengganggu proses pengajaran. Pada asalnya rancangan

Page 6: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

pelajaran diperlukan dengan tujuan untuk melatih guru merancang semua

kompenan yang patut diwujudkan dalam sesi pengajaran. Selain itu, ia juga melatih

guru berfikir secara mendalam tentang isi, bahan dan langkah-langkah pengajaran

dan kemudian merangka dan menyusunnya secara teratur sebelum pengajaran

sebenar disampaikan.

Dengan adanya rancangan pengajaran semester dan rencangan pengajaran

harian ini, para guru akan dapat mengajar dengan lebih berkesan dan sistematik.

Selain itu, rancangan pengajaran semester ini juga amat membantu kepada para

guru untuk merancang dengan lebih awal tentang pengajaran yang akan dilakukan

nanti.

Penyediaan dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar.

Setelah membuat pemerhatian di sekolah, saya mendapati bahawa

penggunaan bahan bantu mengajar ini amat penting kepada murid-murid.

Penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat membantu murid-murid untuk lebih

memahami tentang apa yang akan mereka pelajari.

Ketika berada di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud ini, saya dapat

melihat sendiri bagaimana alat bahan bantu mengajar ini digunakan oleh guru

Pendidikan Islam ketika sesi pembelajaran dijalankan khususnya dalam subjek al-

Quran. Penggunaan bahan bantu mengajar ini amat berkesan kepada murid-murid

di dalam kelas. Melalui pemerhatian saya, setelah bahan bantu mengajar ini

Page 7: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

digunakan, saya mendapati bahawa penglibatan murid-murid lebih aktif berbanding

ketika tiada penggunaan bahan bantu mengajar digunakan. Perkara ini memberi

impak dan kesan yang positif kepada murid-murid untuk lebih memahami sesuatu

pembelajaran itu dengan lebih cepat dan efektif.

Seterusnya, bagi menarik minat murid untuk belajar, para guru mestilah

menyediakan alat bahan bantu mengajar itu dengan lebih menarik dan mengikut

tahap murid tersebut supaya P&P dapat dijalankan dengan lebih seronok dan murid-

murid akan menjadi lebih aktif dan berani untuk melibatkan diri di dalam situasi ini.

Page 8: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan di dalam kelas

Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada pemilihan

strategi yang sesuai dengan tujuan untuk memperolehi hasil pencapaian objektif

pengajaran dalam peringkat optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh

ditentukan berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran seperti kaedah demonstrasi,

penyoalan, perbincangan dan lain-lain. Di samping itu, kaedah keseluruhan kelas,

kaedah kumpulan dan kaedah individu juga harus diambil kira semasa menentukan

strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara am, tujuan menentukan strategi ini

adalah untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti

pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran dengan berkesan.

Sepanjang melakukan PBS, saya

mendapati kebanyakan guru

pendidikan Islam di Sekolah

Kebangsaan Tengku Mahmud

menggunakan kaedah hafalan.

Contohnya guru membacakan satu

surah pendek iaitu Surah al-Zalzalah

dengan jelas. Kemudian guru meminta

seorang murid mengulang bacaan guru. Manakala murid-murid yang lain pula

diminta mengikut bacaan Surah al-Zalzalah dengan suara yang kuat sambil

melihat buku teks. Semua ini antara tujuannya supaya pelajar dapat

mengingat surah tersebut. Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran

yang penting dalam pendidikan Islam. Kaedah ini digunakan dalam

pengajaran al-Quran. Pada peringkat hafalan, guru tidak menghuraikan

maksud disebabkan ketidak mampuan kanak-kanak memahaminya.

Selain itu, antara kaedah yang sering digunakan oleh guru pendidikan Islam

ialah kaedah Tasmi’. Kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru

dengan pelajar dan lebih sesuai digunakan dalam kemahiran hafazan, namun begitu

kaedah ini juga boleh dipraktikkan dalam kemahiran bacaan Al Quran untuk menguji

bacaan murid yang telah mahir dalam penguasaan membaca Al-Quran. Dalam

kaedah ini, murid akan diminta membaca surah surah yang ditetapkan di hadapan

Page 9: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu, murid boleh

ditanya tentang hukum hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda tanda bacaan

dalam ayat yang dibaca. Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara sama ada guru

mendengar dan meneliti bacaan murid, murid membaca secara kumpulan atau

individu secara bergilir gilir atau murid membaca dengan suara yang nyaring. Antara

kekuatan kaedah ini adalah seperti berikut:

(i) Guru dapat memperbetulkan bacaan murid dengan tepat;

(ii) Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan;

(iii) Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan sebenar murid;

(iv) Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid; dan

(v) Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik.

Selain itu juga, Ustazah Hangkikah menggunakan kaedah tikrar. Kaedah

tikrar atau ulangan ini bolehlah kita samakan dengan kaedah latih tubi. Pendekatan

kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat secara berulangkali.

Caranya adalah :

(i) Selepas guru membaca, murid akan mengikut bacaan guru;

(ii) Kemudian, seorang murid membaca dan diikuti oleh murid murid lain lalu

murid murid membaca secara kelas; dan

(iii) Seterusnya, murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan,

sementara kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca,

sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut.

Bagi menjadikan kaedah ini mendatangkan kesan yang lebih baik, ia

hendaklah dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Berhubung kaedah tikrar

ini,Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan hadis yang bermaksud :

‘Rasulullah s.a.w suka mengulang ulang suatu perkara kepada para sahabat

sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.’

Persoalan berapa kerapkah proses ulangan ini perlu dilakukan supaya ia

berkesan tetapi tidak membosankan dan membuang masa, Saidatina Aisyah r.a

meriwayatkan sebuah lagi hadis yang bermaksud :

‘Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu satu

ayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w

Page 10: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk

memahaminya.’

Maksud hadis di atas menyatakan bahawa kesesuaian kaedah ulangan ini

adalah dilakukan sebanyak tiga kali berturut turut pada masa yang sama dan jangan

lupa memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit selang di antaranya. Untuk

menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, guru juga memperdengarkan

bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain untuk

didengar oleh murid. Kemudian, apabila murid mengikut bacaan tersebut,rakam

suara murid di dalam kaset. Perdengarkan kembali rakaman tersebut kepada murid

agar mereka dapat mengesan kesilapan kesilapan bacaan mereka sebelum anda

membetulkan kesilapan tersebut.

Antara kekuatan kaedah ini adalah :

(i) Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid;

(ii) Kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan; dan

(iii) Kaedah ini dapat membina keyakinan murid.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik

pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan, mahir,

berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermodal tinggi. Guru

merupakan orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara

yang akan dipelajari oleh pelajar. Di samping itu, mereka juga mestilah orang yang

berpengetahuan dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Oleh itu, guru juga

mestilah dididik terlebih dahulu. Perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak

dapat memenuhi kehendak dan minat pelajar. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan

menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan.

Kemahiran Guru dalam mengawal kelas, menerapkan nilai, penggabungjalinan

dan membuat penilaian P&P

Sesungguhnya untuk mengawal satu kelas adalah sesuatu yang sukar apatah

lagi apabila melibatkan jumlah murid yang begitu ramai sehinggakan guru tidak

menang tangan hendak melayan kerenah murid satu persatu. Namun, melalui

pemerhatian saya sepanjang PBS ini, Ustazah Hangkikah mempunyai caranya yang

tersendiri dalam mengawal kelas. Suaranya yang lantang dan tegas sudah cukup

Page 11: LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS PQE 3102

menggetarkan jiwa murid-murid untuk diam dan menghayati pelajaran dengan

tenang. Beliau juga menggunakan peneguhan positif apabila sesi pembelajaran

berlaku dengan memberikan hadiah seperti gula-gula kepada mana-mana murid

yang dapat mengikuti kelas dengan tertib. Hal yang demikian menyebabkan kelas

dapat dikawal dan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan

sempurna tanpa sebarang masalah.

Kisah-kisah teladan dijadikan contoh dan sebagai selingan seusai sesuatu

topik dibahaskan. Ini menjadikan pembelajaran lebih menarik apabila murid-murid

menunjukkan minat dan tidak kebosanan. Terutamanya dalam bidang al-Quran

apabila guru bercerita mengenai kisah-kisah di dalam al-Quran lebih-lebih lagi

apabila melibatkan surah-surah yang terkandung didalam sukatan pelajaran. Dalam

pada masa yang sama, guru dapat menerapkan nilai melalui kisah-kisah teladan

yang diceritakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung.

Alat bantu mengajar yang digunakan juga sedikit sebanyak mempamerkan

keberkesanan guru dalam kawalan kelas apabila murid-murid dapat memberikan

kerjasama yang sepenuhnya baik kerjasama kepada guru mahu pun sesama

mereka. Aktiviti yang dijalankan juga dapat membentuk keperibadian dan sahsiah

murid-murid apabila mereka belajar untuk hidup dalam suasana berkomuniti.

Kesedaran yang timbul dalam diri murid-murid bahawa hidup berkomuniti ini

umpama suatu badan manusia, salah satu anggotanya terasa sakit maka sakitlah

seluruh anggotanya. Hal yang demikian mewujudkan suasana kerjasama, tolong

menolong, dan saling memerlukan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Akhir sekali, guru membuat penilaian proses pengajaran dan pembelajaran

yang berlangsung dengan mengambil kira segala aspek yang melibatkan

keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ujian bertulis

dan amali praktikal adalah salah satu penilaian yang ringkas seusai sesuatu tajuk itu

tamat. Dengan cara ini, hasil pembelajaran dapat diukur dan guru perlu merekod

dan prestasi murid akan dipantau dari masa ke semasa.