assignment(sem 1)

Post on 29-Feb-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kkbi

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

NAMA

NO. KP

1.CHU KHOON THIN

900729-03-5448

2.NASUHA BT KAMARULDIN

900210-03-5636

3.MASITAH BT MD. YUSOF

900526-08-5576

KURSUS : PPISMP (SN/BI/BM) SEM 1

NAMA PENSYARAH : EN HASBI B HARON

TARIKH HANTAR : 7 OGOS 2008

ISI KANDUNGAN

Halaman Penghargaan

1

Asal Usul Bangsa Melayu

2-7

Asal Usul Bahasa Melayu

8-24

Perkembangan Bahasa Melayu

25-29

Alat-alat Artikulasi

30-34

Bunyi Bahasa Melayu

35-42

Refleksi

43

Bibliografi

44Lampiran

45PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, En. Hasbi bin Haron sudi memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyempurnakan tugasan ini. Sebarang ilmu yang bernas dalam buku ini terhasil dengan sumbangan dan kebijaksanaan beliau.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang memberi dorongan dan sumber kewangan dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya buku ini tidaklah juga akan dapat saya hasilkan tanpa nasihat dan galakan dari rakan-rakan saya yang telah sama-sama memberi pendapat dan kritik terhadap isi, pengolahan dan penyampaiannya.

Akhir sekali, kami ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada semua kakitangan am di Unit Perpustakaan Institut Perguruan Kota Bharu yang banyak membantu kami untuk memperoleh bahan-bahan rujukan dan salinannya.

KONSEP BAHASA

Penggunaan bahasa adalah untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu dan sebagainya.Bahasa mencerminkan pemikiran, sikap, kebudayaan dan peradaban sesuatu bangsa dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.

Ciri-ciri Bahasa

1. Bahasa sebagai satu sistem

Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu ataupun bentuk sintaksis. Bahasa terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna megikut strukturnya. Percantuman unit-unit terjadi menurut tatacara dan peraturan yang tertentu. Percantuman inilah yang dikatakan bersistem.

2. Bahasa sebagai simbol

Pertuturan menggambarkan pelbagai pengalaman atau pertuturan yang bermakna. Apabila kita mengucap sesuatu bunyi, misalnya buku, maka ini mengaitkan bunyi itu dengan benda yang dimaksudkan oleh bunyi itu. Dalam pertuturan, dua keadaan terjadi iaitu penanggapan bunyi dan kemudian mempertalikan bunyi dengan benda atau makna.

3. Bahasa bersifat arbitrari

Arbitrari bermaksud hubungan yang tidak tetap antara makna bahasa dan ungkapan bahasa. Bunyi atau simbol bahasa yang dihasilkan secara sewenang-wenangnya tanpa mempunyai perkaitan khusus dengan makna yang dirujuk. simbol-simbol yang digunakan ini hendaklah dipersetujui bersama oleh anggota masyarakat.4. Bahasa sebagai alat komunikasi

Bahasa bergantung kepada struktur atau bentuk masyarakatnya. Unsur yang paling penting dalam komunikasi ialah informasi yang harus dikongsi bersama. Proses penting dalam komunikasi ialah penggunaan bersama iaitu melibatkan diri bersama-sama iaitu melibatkan diri bersama-sama orang lain dalam pemikiran, perasaan atau aksi.

5. Bahasa bersifat sejagat

Setiap bahasa memiliki sifat-sifat yang universal dalam segi penggolongan kata nama dan kata kerja, pembahagian pola bunyi kepada konsonan dan vokal, pembahagian suku kata dan sebagainya. Bahasa bersifat kesejagatan kerana cirri-ciri ini membolehkan semua bahasa dianalisa, dibandingkan, diklasifikasikan dan direkonstruksi mengikut kaedah-kaedah linguistik.

6. Bahasa bersifat dinamis

Sifat bahasa boleh berubah-ubah dari segi fonologi, leksikal, morfologi, sintaksis atau semantik. Banyak konsep baru yang tercipta dalam sesuatu bahasa sama ada melalui proses peminjaman, penterjemahan, penciptaan dan sebagainya.7. Bahasa bersifat unik

Setiap bahasa mempunyai pelbagai peringkat seperti pola, bunyi, kata dan ayat.

ASAL USUL BANGSA MELAYU

TEORI TENTANG ASAL USUL ORANG MELAYUTEORI PERTAMA Berasal dari tanah besar Asia Tenggara.

Pendapat ini banyak didukung oleh pengkaji dari Barat.

H.Kern misalnya menyatakan bahawa penduduk di Kepulauan Asia berasal dari Assam,India.

Beliau membuat kesimpulan begitu kerana terdapat persamaan adat resam beberapa suku kaum di Sumatera dan Borneo dengan suku kaum di Assam seperti suku kaum Naga di India. TEORI KEDUA Henry Yule berpendapat seperti J.R.Logan, iaitu tenteng wujudnya persamaan adat resam antara penduduk di dataran Asia Tenggara dengan yang terdapat di Kepulauan Melayu.

Persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.TEORI KETIGA A.H.Keane telah membuat kajian pada separuh abad yang lalu.Mengkaji dari sudut antrapologi budaya,iaitu tenteng penduduk di tanah besar Asia Tenggara dengan yang terdapat di daerah kepulauan.

Banyak lagi pengkaji Barat yang membuat kajian seperti Dr.Hamy, K.Himly, G.K.Niemann, A.Cabaton,E.Aymonier dan lain-lain.

Kesimpulannya,pengkaji dari Barat mengatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara.

Berdasarkan alasan-alasan dan hujah-hujah lain yang tidak sempat dibentangkan, kebanyakan pengkaji dari Barat tadi percaya bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik berasal dari tanah besar Asia Tenggara.

Ini bermakna asal-usul penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari tanah besar Asia Tenggara.

Mereka kemudian berpindah menuju ke selatan melalui pelbagai laluan.

Perpindahan ini berlaku secara berperingkat-peringkat.

Perpindahan Pertama

Berlaku dari tanah Yunnan di barat daya China pada kira-kira 3000-2500 tahun hingga 1500 tahun sebelum Masihi,

Dilakukan oleh satu puak bangsa yang diberi nama Proto-Malays atau Melayu Proto.

Mereka berpindah dari kawasan pergunungan di barat daya China melalui beberapa laluan seperti dari hulu sungai-sungai di Myanmar ke selatan dan terus ke pulau-pulau Nicobar dan hujung utara pulau Sumatera(Aceh).Dari situ terus ke selatan dan ke pulau-pulau yang lain di Asia Tenggara.

Laluan kedua ialah dari hulu sungai di utara Thailand,menuju ke selatan hingga ke Segenting Kra.Dari sana terus ke Semenanjung Tanah Melayu,Sumatera,Jawa dan pulau-pulau yang lain.

Laluan ketiga ialah dari hulu-hulu sungai di Vietnam dan Laos ke selatan dan menyeberang ke Kalimantan dan kemudian ke pulau-pulau yang lain.

Laluan keempat ialah dari Formosa atau Taiwan ke pulau-pulau Filipina dan terus ke seaman dan pulau-pulau lain.

Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai bagi memudahkan kerja-kerja mencari makan.

Perpindahan Kedua

Terdapat kerencaman jenis bahasa di Kalimantan dan juga di Perpindahan kedua,kira-kira 1500 tahun sebelum Masihi hingga kira-kira 300 selepas Masihi.

Mereka ini dikenali sebagai Deutero-Malays atau Melayu Deutero, iaitu Melayu kedua.

Berpindah ke selatan melalui jalan dan laluan yang pernah dilalui oleh Melayu Proto.

Apabila sampai di selatan mereka yang lebih tinggi tamadunnya telah mendesak Melayu Proto ke daerah pinggiran.Itu sebabnya pada masa ini keturunan orang Melayu Proto tinggal di kawasan hulu.

Sebelum kedua-dua bangsa ini sampai kepulauan Asia Tenggara pada 2000 hingga 5000 tahun lalu,bangsa apakah yang mendiami kepulauan Asia Tenggara?mengikut temuan arkeologi dan tinggalan sejarah terdapat manusia yang telah lama tinggal di kepulauan Tanah Melayu.

Terdapat manusia yang datang dari kumpulan Melanesoid. Contohnya,penduduk Andaman di Nicobar.

Terdapat kerencaman jenis bahasa di Kalimantan dan juga di Pulau Irian.

Bukti sejarah menunjukkan bahawa wujud teori seperti orang Barat tadi telah ada penempatan manusia yang mantap.

ASAL USUL BAHASA MELAYUApabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

Berasal dari Asia TengahR.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini .

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India. J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.(a) Orang Negrito Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-ProtoBerdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-DeutroPerpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

Berasal dari NusantaraSeorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun. Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Mereka yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Manakala yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung.Mereka yang berpindah ke arah utara pula menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil :

1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.

Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

2. Bahasa-bahasa Polinesia

Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti

3. Bahasa-bahasa Melanesia

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia

4. Bahasa-bahasa Mikronesia

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.

Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :

1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang

2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Palembang

3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) Pulau Bangka, Palembang

4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) Palembang

Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi. :

1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) Gandasuli, Jawa Tengah

2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.

3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya

4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya.

Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi)

Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan Bahasa Melayu telah dijumpai :

1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) ditulis dalam tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.

2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) juga ditulis dalam tulisan India dengan beberapa perkataan Arab

3. Batu Bersurat Terengganu dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi.

Abad ke 13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.

Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.

2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :

Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.

Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)

2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)

3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London

Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah :

1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin)

2. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin)

3. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab)

4. Hamzah Fansuri (Syair Perahu)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab Hikayat Al-Salakin.

Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan Syair Rakis, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab Sabil Al-Muhtadin. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan Matlaal Badrain dan Furu Al-Masail.

Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi)

Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu selanjutnya.

Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab Al-Hakim oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan Sabil Al-Hidayat oleh Sayyed Aluwi Baaluwi (1899 M)

Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu Bustan Al-Katibin (1857 M), Pengetahuan Bahasa (1859 M), Salasilah Melayu dan Bugis (1865 M) dan Tuhfat Al-Nafis (1865 M). Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti Hikayat Negeri Johor dan Kitab Pemimpin Johor.

Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.

Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.

Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.

Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka.

Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu.

Dalam pada itu, Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa MelayuAhli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

Bahasa Melayu Kuno,

Bahasa Melayu Klasik dan

Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu KunoMerupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

Pengaruh agama Hindu

Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.

Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)

Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit

Susunan ayat bersifat Melayu

Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu KlasikPeralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

ditulis dalam huruf India

mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.

bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

masih memakai abjad India

buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

ditulis dalam tulisan Jawi

membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu KlasikKegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

Zaman kerajaan Melaka

Zaman kerajaab Acheh

Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.

banyak ayat pasif

menggunakan bahasa istana

kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

ayat songsang

banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu ModenBermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

ALAT-ALAT ARTIKULASIALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

1. Bibir atas

2. Bibir bawah

3. Gigi atas

4. Gigi bawah

5. Gusi

6. Lelangit keras

7. Lelangit lembut

8. Anak tekak

9. Hujung lidah

10. Hadapan lidah

11.Tengah lidah

12. Belakang lidah

13. Akar lidah

14. Epiglotis

15. Pita suara

16. Rongga tekak

17. Rongga Hidung

18. Rongga mulut

19. Rahang

20. Tenggorok

FUNGSI ALAT-ALAT PERTUTURAN

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Anak tekak

Anak tekak terletak pada bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit . anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Rahang

Rahang tidak memainka peranan penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa tetapi kedudukannya penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka antara kedua-dua rahang adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [i]mdan [u] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [a].

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

BUNYI BAHASA MELAYU

Definisi FonologiFonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutanBunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bibir

Gigi

Gusi lelangit keras

Lelangi lembut

Anak tekak

Lidah

Rongga tekak

Rongga mulut

Ringga hidung

Paru-paru

Peti suara dan pita suara

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

Pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.

Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.

Daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.

Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

Vokal

Vokal merupakan bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.

Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.

Lambang fonetikContoh perkataanNota

[a]anak, tanah, lada

[]ela, semak, sate

[i]iring, kita, seri

[]emak, betulTidak terdapat di hujung perkataan

[o]obor, botak, moto

[u]ular, sultan, saku

Penghasilan Bunyi Vokal

Vokal Depan Sempit (i)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

Vokal Depan Separuh Sempit (e)

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i).

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e).

Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

Vokal Belakang Sempit (u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

Vokal Separuh Sempit ( o )

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Vokal Tengah

Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

Diftong.Diftong nerupakan bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.

Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Konsonan

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Konsonan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

Konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat sembilan belas bunyi konsonan.

Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.

[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]FonemFonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.

Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.

Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.

Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.

Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.AlofonFonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.

Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.

Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

Suku KataSuku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka mankala suku kata yang diakhiri dengan kosonan pula dipanggil suku kata tertutup.Jenis-jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata

Suku kataContoh

KVyu

VKam

KKVKdraf, gred. brek

2. Kata tunggal dua suku kata

Suku KataContoh

V + KVibu, ela, era

V + VKair, aib

V + KVKadat, emas

VK + KVanda, unta, angsa

VK + KVKantah, untuk, ingkar,

KV + KVKbukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata

Suku KataContoh

KV+V+KVbiasa, cuaca, suara

KV + V +KVkaedah

V + KV + Vabai, usia

KV+KV+VKmaruah, peluang

KV+KVK+KVKkelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata

Suku KataContoh

KV+KV+KV+KVpanorama

KV+KV+KV+KVKmasyarakakat

KVK+KV+V+KVsentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:

universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

REFLEKSISebagai seorang warganegara yang cinta akan Negara seharusnya mengetahui tentang sejarah atau asal usul bangsa dan bahasa Melayu untuk menambahkan kecintaan terhadap tersebut.Penutur-penutur bahasa Melayu juga harus mengetahui alat-alat artikulasi yang terlibat dan fungsi-fungsinya dengan tepat dalam menghasilkan bunyi fonem-fonem. Kami diminta untuk menjalankan satu tugasan secara berkumpulan berkaitan dengan perkara di atas. Kami diminta mencari maklumat tentang asal usul bangsa dan bahasa Melayu dan membuat catatan/nota/grafik,membuat rujukan tentang alat-alat artikulasi dan fungsi-fungsinya,melukis gambar rajah alat-alat artikulasi yang lengkap dan menghuraikan fungsi setiap alat-alat artikulasi yang ditunjukkan pada gambar rajah tersebut.

Kami juga diminta untuk membuat refleksi tentang tugasan yang diberikan. Banyak yang kami perolehi dari tugasan tersebut,terutamanya mengenai bahasa Melayu. Kami dapat mengetahui lebih mendalam tentang asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Ia diperolehi dari buku-buku yang dicari di perpustakaan. Maklumat yang dijumpai kami kumpul bersama dan membentuk satu tugasan. Daripada ini,dapat memupuk sifat kerjasama dalam sesuatu kumpulan.Kami juga diminta untuk melukis gambar rajah mengenai alat-alat artikulasi dan menghuraikan setiap alat-alat artikulasi yang ditunjukkan pada gambar rajah tersebut. Dengan melakukan tugasan sebegini kami dapat memahami dan mengetahui dengan lebih mudah tentang fungsi-fungsi alat-alat artikulasi.

Akhirnya kami dapat juga menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna dan tepat pada masanya. Ia adalah hasil kerjasama dari ahli kumpulan ini. Kami juga bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah dalam menghasilkan tugasan ini. Sekian,terima kasih.

BIBLIOGAFILinguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Prof. Abdullah Hassan, halaman 37-39.

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, halaman 3,5,298.

Bahasa Melayu Kertas 1 [910/1] Edisi Kedua, penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. , Halimah Abdul Rahman, halaman 109-114

http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/fonologi/Fonologi.htmhttp://www.babadbali.com/aksarabali/books/cckpab/cc2211fonetik.htmLAMPIRANPERPINDAHAN BESAR

Persamaan unsur-unsur bahasa di tanah besar Asia Tenggara dengan di kepulauan Asia Tenggara,iaitu terdapat banyak persamaan seperti kosa kata, fonologi, morfologi, sintaksis;konsep yang berbeza antara kami dengan kita,sistem bilangan, gender dan lain-lain.

Persamaan dari segi kebudayaan Hoa-binh dan Dongson yang ditemukan di daerah Vietnam dan juga di daerah-daerah lain di Asia Tenggara seperti yang telah diteliti dan dikaji oleh Robert Von Heine Geldern.

Persamaan dari segi adat resam dan trait kebudayaan seperti kepercayaan kepada semangat, kepercayaan yang berkaitan dengan pertanian dan kegiatan pertanian, adat makan sirih, adat kelahiran bayi dan lain-lain.

Persamaan dari segi alat perkakas dan peralatan yang lain seperti kapak batu, kapak persegi bujur, tulang mawas, hasil kerja tangan seperti tembikar, pasu, tempayan, takar dan lain-lain.

Persamaan dari segi sistem sosial, susunan keluarga, sistem perkahwinan dan lain-lain.

KESIMPULAN DIBUAT DENGAN BERDASARKAN BEBERAPA HUJAH

Perpindahan kedua

Perpindahan pertama

BAHASA BAHASA AUSTRIS

BAHASA-BAHASA TIBET-CINA

BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA

BAHASA-BAHASA AUSTRO-ASIA

Bahasa-Bahasa Austronesia

Bahasa-Bahasa Mikronesia

Bahasa-Bahasa Melanesia

Bahasa-bahasa Polinesia

Bahasa-Bahasa Nusantara

Penggolongan Bunyi

vokal

diftong

konsonan

PAGE 1