pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

Upload: aini-anur

Post on 03-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    1/24

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARUJABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

    SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD 2,

    22200, BESUT, TERENGGANU

    Nama Pelajar:

    Noraini Binti Anur

    Angka Giliran:

    2012081340156

    No Kad Pengenalan:

    920225-11-5522

    Kumpulan / Unit:

    Pismp Semester 3 Ambilan Januari 2012/ Sains

    Nama Pensyarah Kursus:

    Encik Wan Azmanan bin Wan Yusoff

    Tarikh Serahan:

    1 April 2013

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    2/24

    1.0 ERGONOMIK MURID

    Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergon yang bermaksud kerja

    sementara nomos membawa maksud peraturan. Menurut International Labour

    Organization (ILO) pula, ergonomik ialah aplikasi sains biologi manusiaberhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitarannya.

    Pemerhatian yang dilakukan saya pada kali ini ialah mengenai ergonomik (tabiat

    dan gaya badan) murid di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Saya telah

    membuat pemerhatian ke atas tiga perkara iaitu postur badan murid ketika

    mereka duduk di atas kerusi, berdiri dan mengangkat barang.

    1.1 Postur Badan Ketika Duduk Di Atas Kerusi

    Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, saya dapati hampir kesemua

    murid di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2 tidak mengamalkan tabiat

    duduk yang betul. Pemerhatian ini telah dijalankan baik di dalam kelas

    semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mahupun ketika mereka

    makan di kantin pada waktu rehat. Berikut merupakan gaya dan tabiat duduk

    murid yang telah saya perhatikan:

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    3/24

    Untuk mengelakkan gangguan dan ketidakselesaan ketika belajar adalah

    penting untuk murid mengekalkan postur badan yang betul. Berikut

    merupakan cara untuk mengekalkan postur badan yang betul:

    i) Duduk sehingga bahagian belakang bersandar pada kerusi (backrest).

    ii) Pastikan lutut adalah searas atau lebih rendah dari pinggul.

    iii) Pastikan juga kaki murid juga disokong.

    Di samping itu, untuk memastikan postur badan yang betul ketika duduk,

    terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian iaitu ketinggian

    kerusi. Kaki hendaklah berada dalam keadaan rehat di atas lantai. Sekiranya

    perlu, gunakan footrest. Murid boleh menjadikan kaki meja sebagai footrest.

    Lutut pula hendaklah berada dalam posisi searas atau rendah sedikit daripada

    pinggul.

    Seterusnya, murid juga perlu memastikan panjng tempat duduk (seatpan)

    yang sesuai. Pastikan ada ruang selebar 2 hingga 3 inci di antara belakang

    kaki murid dan kerusi. Jika tempat duduk terlalu pendek, ia akan menekan

    bahagian bawah peha dan menimbulkan perasaan tidak selesa.

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    4/24

    Pastikan juga seat pan dan backrest berada dalam sudut yang sesuai.

    Lengkuk backrest mestilah menyokong lengkuk semulajadi tulang belakang.

    Gunakan bantal atau gulungan tuala untuk menyesuaikan belakang anda

    dengan backrest. Bagi kerusi yang mempunyai armrest, seperti kerusi di

    dalam makmal komputer, pastikan ketinggian armrest hendaklah menyamai

    ketinggian siku dalam keadaan rehat

    1.2 Postur Badan Ketika Berdiri

    Seterusnya, saya telah membuat pemerhatian ke atas murid tentang postur

    badan mereka berdiri. Pemerhatian ini dilakukan semasa waktu perhimpunan

    rasmi pada hari Ahad. Melalui pemerhatian yang telah lakukan, kebanyakan

    murid mengamalkan tabiat berdiri yang tidak betul.

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    5/24

    Sebagai asasnya postur badan akan menjadi normal jika sekiranya anda

    mampu membayangkan dan meletakkan anggota-anggota badan berada di

    tempatnya dengan kesan daya luaran yang minimum seperti daya graviti atau

    daya tindakbalas bumi. Anda boleh melakukannya di hadapan cermin dan

    memastikan daya graviti berada di garisan tengah badan dan daya

    tindakbalas bumi berada di keseluruhan tapak kaki semasa melakukan aktiviti

    harian.

    Garisan tulang belakang mestilah berada selari atau rapat kepada garisan

    tengah badan. Garisan tengah sendi hendaklah selari dengan bumi atau

    sedikit condong ke hadapan bagi membolehkan berat badan disebarkan sama

    rata keseluruhan permukaan sendi. Garisan tengah kaki mestilah selari ataurapat dengan garisan tengah badan bagi membolehkan berat badan

    disebarkan secara sama rata keseluruhan bahagian anggota kaki iaitu sendi

    pinggul, tulang paha, sendi lutut, tulang kaki, sendi pergelangan kaki dan

    tapak kaki. Berikut merupakan langkah-langkah berdiri dengan betul:

    i) Berdiri dengan posisi tegak (telinga, leher, pinggang, lutut dan

    pergelangan kaki berada di garisan tengah badan).

    ii) Tarik bahu agar tidak menutup. Kembangkan dada dan tarik perut ke

    dalam.

    iii) Kedudukan kaki pula hendaklah selesa. Bagi perempuan, kedudukan

    kedua-dua belah kaki adalah rapat. Rapatkan tumit dan biarkan kedua-

    dua belah kaki hadapan tebuka. Bagi lelaki, pastikan lebar antara dua

    kaki tidak melebihi bahu.

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    6/24

    1.3 Postur Badan Ketika Mengangkat Barang

    Melalui pemerhatian yang dilakukan cara mengangkat barang yang diamalkan

    oleh murid juga tidak mengikut langkah dan aturan yang selamat. Berikut

    merupakan hasil pemerhatian yang telah dijalankan. Saya mendapati bahawa

    murid membengkokkan badan ketika memungut barang. Mereka juga

    memusingkan pinggang ketika membawa barang yang berat. Selain itu, ada

    segelintir mereka yang mengangkat barang berat melebihi kepala.

    Berikut merupakan prinsip-prinsip yang perlu dititikberatkan semasa

    mengangkat barang:

    I. Mengangkat bebanan 50% kurang daripada berat badan

    II. Jangan mengangkat barang sambil memusingIII. Letakkan bebanan berdekatan dengan badan

    IV. Pastikan ruang bebas daripada objek yang bertaburan

    V. Lantai tidak licin

    Jangan tergesa-gesa semasa mengangkat barang. Sebaik-baiknya fikirkan

    langkah-langkah pergerakan yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Sebelum

    mengangkat barang, jarakkan kaki anda dengan salah satu kaki ke hadapan

    sedikit untuk mendapatkan posisi yang selesa. Bengkokkan kedua-dua belah

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    7/24

    lutut, kekalkan bahu dan belakang dalam keadaan selesa. Kemudian, pastikan

    juga kedua-dua bahu berada selari dengan pinggul. Pegang barang tersebut

    yang hendak diangkat dengan kuat dan padu. Sekiranya anda perlu

    mengubah kedudukan barang semasa mengangkat, lakukan dengan teliti.

    Kemudian, tegakkan kepala ketika mengangkat barang secara berhati-hati.

    Semasa berjalan pastikan kedudukan anda ialah tabil sambil bahagian yang

    berat didekatkan dengan badan. Semasa meletakkan barang, letak secara

    perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian barulah kedudukan barang

    tersebut jika diperlukan. Jangan sesekali mengubah kedudukan barang

    semasa anda berjalan.

    Secara ringkas berikut merupakan beberapa langkah yang betul semasa

    mengangkat barang:

    Pakai kasut yang stabil dan selesa, bukannya sandal, selipar atau

    kasut tumit tinggi.

    Pastikan kaki anda dalam keadaan teguh dan selesa, dalam

    kedudukan 90 darjah dan rapatkan kaki kepada barang yang hendak

    diangkat.

    Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.

    Pastikan belakang anda tegak.

    Angkat barang tadi ke paras abdomen anda dan angkat barang

    perlahan-lahan.

    Jika barang agak berat, tampan dengan otot kaki.

    Pastikan lutut anda bengkok ketika mengangkat barang tadi.

    Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang.

    Gunakan troli atau peralatan lain untuk mengalihkan barang yang berat.

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    8/24

    2.0 PEMERHATIAN SEMASA AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

    2.1 AKTIVITI MEMANASKAN BADAN & MENYEJUKKAN BADAN

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    9/24

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    10/24

    berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan aktiviti memanaskan badan

    dilakukan mengikut teknik yang betul. Tempoh masa yang dipperuntukkan

    oleh guru untuk aktviti memanaskan dan menyejukkan badan ialah kira-kira

    10 minit. Antara aktiviti regangan yang dibuat untuk memanaskan badan

    ialah:

    i) Regangan betis

    Berdiri dengan sebelah kaki berada di depan. Secara perlahan-lahan

    pindahkan berat badan kepada kaki depan. Ini menyebabkan otot betis

    diregang ke arah belakang. Kekalkan kedudukan itu kira-kira lima minit.

    ii) Kepantasan

    Aktiviti berbentuk kepantasan seperti berjalan pantas dan jogingperlahan meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot.

    iii) Regangan bahu dan dada

    Kedua-dua belah tangan di bahagian belakang dalam keadaan seperti

    bersalam. Tangan kemudian digerakkan ke atas dan kekalkan keadaan

    itu selama lima minit.

    iv) Melonggarkan bahagian atas tubuh

    Gerakkan kedua belah tangan dari bahagian atas secara berperingkat-peringkat hingga ke bawah.

    Semasa menjalankan PBS saya turut membuat perbincangan dengan guru

    sukan , Encik Saiful Bahri mengenai teknik-teknik yang betul semasa

    melakukan aktiviti memanas dan menyejukkan badan. Hasil daripada

    perbincangan saya dapati amatlah penting untuk murid melakukan aktiviti

    regangan dengan betul.

    Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan

    ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting

    terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang

    memerlukan pelbagai gerakan. Latihan memanaskan badan juga

    meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan

    saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih

    lembut.

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    11/24

    Bagaimanapun, pastikan senaman dilakukan segera selepas aktiviti

    memanaskan badan. Jika melewati tempoh 10 minit, badan akan kembali

    sejuk dan usaha memanaskan badan akan menjadi sia-sia. Selain mencegah

    kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan senaman. Dari

    segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti

    sukan, terutama pertandingan peringkat tinggi.

    Sama seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan,

    berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Ambil

    sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan

    kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan

    menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul'yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

    Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-

    ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau

    berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan

    melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam.

    Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam

    kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    12/24

    2.2 TEKNIK LARIAN MURID

    Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk

    satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung

    kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah.

    Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, para guru hendaklah menerangkan

    cara pergerakan yang betul kepada para pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas

    acara lari pecut adalah seperti berikut:

    Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.

    Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat

    oleh kaki tersebut

    Tangan digerakkan dengan pantas.

    Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan)

    Terdapat dua teknik mulaan lari pecut iaitu:

    i. Mulaan gaya berdiri

    ii. Mulaan gaya dekam

    Pemerhatian Yang Dijalankan Ke Atas Teknik Mulaan Lari Pecut Murid SKTM2

    Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh terdapat segelintir murid yang berlari

    secara flat-footed iaitu menggunakan tapak kaki. Namun kebanyakan murid

    mengamalkan teknik larian yang betul. Daripada pemerhatian juga didapati bahawa

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    13/24

    semua murid mengamalkan teknik mulaan lari pecut gaya berdiri. Berikut merupakan

    hasil pemerhatian bagi amalan teknik mulaan gaya berdiri secara keseluruhan:

    Mulaan Gaya Berdiri

    TEKNIK AMALAN

    Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh

    dengan titik atau garis mula

    Bengkokkan sedikit kaki hadapan.

    Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa

    seperti telah terkumpul di kaki hadapan.

    Condongkan badan ke hadapan

    Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk

    bergerak.

    Apabila mula berlari, kaki hadapan hendaklah menolak

    keseluruhan bahagian badan kuat.

    Semasa berlari, peserta hendaklah berlari dengan lurus dan

    memandang tepat ke arah hadapan.

    .

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    14/24

    2.3 TEKNIK MANIPULASI ALATAN

    Pemerhatian Terhadap Teknik Membaling

    Pergerakan ini terdiri daripada dua bentuk gerakan iaitu gerakan balingan bawah

    aras bahu dan gerakan balingan atas paras bahu. Bentuk gerakan balingan bawah

    aras bahu dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan bagi kanak-

    kanak yang tidak mahir lagi dan bagi yang telah mahir balingan bolehlah dilakukan

    dengan sebelah tangan sahaja menggunakan sebiji bola kecil. Pergerakan ini

    memerlukan cara balingannya yang tersendiri iaitu pembaling berdiri dengan

    merapatkan kaki menghadap sasaran, tangan kanan diluruskan ke bawah dan ke

    belakang. Pada masa yang sama, badan berpusing sedidit ke kanan dan berat

    badan disokong oleh kaki kanan. Seterusnya tangan dihayun pantas ke hadapan dan

    pada masa yang sama kaki kiri melangkah ke hadapan serta bola dilepaskan apabila

    bola berada pada sudut tepat bersetentangan dengan sasaran. Di samping itu,

    tangan kiri menghayun ke belakang untuk menyokong imbangan badan. Bentuk

    pergerakan membaling yang kedua ialah gerakan balingan atas paras bahu. Aktiviti

    balingan ini memerlukan cara yang betul bagi menjalankannya, tidak kiralah dengan

    menggunakan bola atau alatan lain. Antara caranya, pembaling yang menggunakan

    tangan kanan mestilah berdiri dalam kedudukan kaki kiri ke hadapan dan sisi kiri

    menghala ke sasaran. Jejari menggengam bola dan tangan pembaling dihayun ke

    belakang sehingga kedudukannya menjadi sudut tegak dengan badan dan bola

    berada pada kedudukan di belakang telinga serta pergelengan tangan dikunci.

    Kemudian bawa tangan yang mengengam bola ke arah hadapan dengan siku

    mendahului dan bola dilepaskan pada paras bahu. Seterusnya keseluruhan tangan

    dilajakkan menghala ke arah sasaran dengan melangkahkan kaki kanan untuk

    membaiki imbangan.

    Pemerhatian Terhadap Teknik Menyambut

    Gerakan ini mudah dilakukan oleh kanak-kanak samada berseorangan mahupun

    berpasangan kerana pergerakannya tidak susah dan tidak memerlukan tenaga yang

    banyak. Pergerakan menyambut ini, boleh meningkatkan lagi motor kasar kanak-

    kanak dan dapat merenggankan otot-otot serta dapat menyihatkan tubuh badan.

    Walaupun aktiviti ini mudah dilakukan, ianya memerlukan cara yang betul bagi

    malakukannya. Cara-cara pergerakan menyambut dilakukan dengan seseorang

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    15/24

    penyambut haruslah berada setentang, tepat di belakang atau di bawah paras bola

    yang dihantar bagi memastikan tangkapan yang baik. Di samping itu, kedua-dua

    belah tangan dihulurkan ke hadapan bagi membuat tangkapan. Sebaik sahaja bola

    sampai ke tangan undurkan tangan ke arah badan untuk menghasilkan tangkapan

    yang sempurna. Contoh-contoh aktiviti pergerakan menyambut adalah melambung

    pundit kacang ke udara dan menyambut semula, menyambut pundit kacang yang

    dilempar oleh pasangan, melantun bola di dinding dan menengkap semula.

    Murid menggolek gelung rotan ke arah rakan

    Murid membaling dan menyambut bola

    Murid membaling dan menyambut

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    16/24

    3.0 KEMUDAHAN & PERALATAN

    Kemudahan pemerhatian

    Padang

    Penggunaan digunakan

    secara maksima untuk

    pelbagai aktiviti sukan

    seperti olahraga mahupun

    permainan seperti bola

    sepak dan bola jaring

    Dewan Dewan digunakan

    sebagai satu tempat

    alternatif untuk aktiviti

    pendidikan jasmani jika

    keadaan tidak

    mengizinkan seperti hari

    hujan

    Kemudahan tempat letak

    beg, fail, buku

    - Tiada kemudahan tempat

    letak yang khusus

    disediakan

    Jenis kerusi & meja murid Kerusi dan meja murid

    adalah berbeza mengikut

    tahap umur murid. Bagi

    murid tahap 1, kerusi dan

    jenis kayu dengan

    ketinggian yang sesuai.

    Manakala bagi murid

    tahap 2 pula terdapat

    beberapa kelas yang

    menggunakann kerusi

    platik

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    17/24

    Bentuk susunan meja &

    kerusi

    Susunan meja dan kerusi

    murid di kebanyakan

    kelas ialah dalam bentuk

    kumpulan-kumpulan kecil

    Kualiti dan kuantiti alatan

    sukan

    Kemudahan alatan sukan

    dalam keadaan baik,

    kemas dan teratur.

    Peralan juga mencukupiuntuk aktiviti pendidikan

    jasmani

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    18/24

    4.0 PENERAPAN ANATOMI & FISIOLOGI DALAM MATAPELAJARAN

    PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

    Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati

    kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan

    psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk

    mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekataan aktiviti

    fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti

    berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini pendidikan jasmai yang di

    ajar terutama di sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan

    kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkan pengajaran

    yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar.

    Dalam pendidikan Jasmani terdapat dua asas sains yang terdiri sains dalam

    perkembangan pertumbuhan manusia dan sains dalam tubuh badan manusia. Sains

    dalam perkembangan pertumbuhan manusia inilah yang meliputi kajian asas

    anatomi dan fisiologi. Salah satu penerapan anatomi dan fisiologi dalam Pendidikan

    Jasmani ialah melalui pergerakan asas. Pergerakan asas melibatkan pergerakan

    lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam komponen ini murid diajar untuk melakukan

    aktiviti pergerakan dengan gaya yang betul.

    Satu daripada komponen anatomi dan fisiologi ialah sistem kardiovaskular yang

    dikenali sebagai system peredaran darah. Sistem ini merangkumi jantung, kapilari,

    arteri, dan vena. Jantung mengepam darah. Arteri membawa darah dari jantung ke

    tisu-tisu. Arteri bercabang membentuk kapilari dan kaoilari membentuk vena. Vena

    mengalirkan darah ke tisu badan dan kembali semula ke jantung. Pengetahuan

    mengenai sistem kardiovaskular adalah berkaitan dengan satu bidang pembelajaran

    PJ iaitu daya tahan kardiovaskular. Semasa berlatih atau bersenam otot kita

    memerlukan oksigen yang boleh diperolehi melalui peningkatan jumlah darah yang

    dipam oleh jantung.

    Sebelum memulakan sebarang aktiviti, guru pendidikan jasmani di SKTM2 terlebih

    dahulu memastikan murid-muridnya memanaskan badan terlebih dahulu. Sambil

    memanaskan badan beliau menjelaskan kepentingan memanaskan badan.

    Memanaskan badan memainkan peranan yang penting kepada tubuh badan seperti:

    menyediakan kestabilan tubuh untuk menanggung beban, Mengurangkan

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    19/24

    kebarangkalian kecederaan dan Penyediaan minda untuk menjalani

    latihan.Memanaskan badan perlulah terdiri daripada memanaskan sendi-sendi yang

    terlibat dalam latihan. Bahagian sendi yang utama yang perlu diberi perhatian adalah

    pada sendi bahu. Ini kerana sendi ini adalah yang paling lemah berbanding sendi-

    sendi yanglain

    Selepas aktiviti juga beliau turut memastikan murid-murid beliau aktiviti menyejukkan

    badan dan beliau menerangkan kebaikan menyejukkan badan. Tempoh beberapa

    minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu

    dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan

    badan. Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang

    asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darahke hati. Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di

    belakang otot boleh menyebabkan kekejangan. Aktiviti regangan untuk

    menyejukkan badan pula ialah:

    i. Gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan

    regangan terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan

    kaki kanan dan angkatkan ke atas. Regangan di tendon boleh dirasai

    apabila teknik ini dilakukan. Kekalkan kedudukan dengan mengira satu

    hingga lima. Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki kiri pula.

    i) Memperlahankan kepantasan

    Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa minit

    memastikan darah bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid

    laktik.

    ii) Menurun

    Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan

    kemudian turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa

    menggunakan tangan. Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali.

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    20/24

    5.0 GAYA HIDUP SIHAT DI SEKOLAH

    Warga SKTM2 amat mementingkan gaya hidup sihat pelajarnya meskipun sibuk

    dengan pelbagai komitmen pendidikan yang lain, warga SKTM 2 tetap mengambil

    berat dan menerap nilai-nilai berdasarkan gaya hidup sihat untuk pelajarnya.Pelbagai aktiviti dilakukan dalam usaha untuk menyemai amalan gaya hidup sihat

    dalam kalangan pelajarnya. Antaranya ialah:

    1) Aktiviti Senaman

    Setiap hari Rabu, satu aktiviti senamrobik dilakukan selepas perhimpunan

    harian. Aktiviti ini bukan sahaja melibatkan murid akan tetapi semua warga

    sekolah seperti guru, pihak pentadbir dan semua kakitangan sekolah. Masa

    yang diambil untuk aktiviti ini adalah hanya beberapa minit sahaja tetapi dapat

    memberi impak yang positif kepada kesihatan.

    2) Pemakanan

    Di samping itu pihak sekolah juga memastikan setiap murid mengamalkan

    gaya pemakanan sihat dan seimbang melalui beberapa rancangan dan

    aktiviti. Antaranya ialah memaparkan piramid makanan di sekitar sekolah

    seperti di kawasan kantin. Ini bertujuan untuk membantu murid dalam memilih

    makanan di samping memberi kesedaran tentang kepentingan diet seimbang.

    Selain itu, banner senarai makanan dan minuman yang dijual di kantin

    sekolah digantung. Banner ini bukan sahaja mengandungi senarai makanan

    dan minuman semata-mata bahkan disertakan juga sukatan bagi isi rumah,

    berat dan jumlah kalori. Di samping itu, terdapat juga banner bagi purata

    pengambilan kalori sehari bagi murid mengikut umur dan jantina dan senarai

    kandungan kalori dan menu harian bagi murid sekolah rendah mengikut waktu

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    21/24

    makanan. Banner ini digantung pada kaunter pembelian makanan bertujuan

    untuk membantu murid memilih makanan secara seimbang dan berkhasiat.

    3) Rancangan makanan tambahan (RMT)

    Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid

    yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam

    usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat

    memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid

    sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang

    seimbang. awatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang

    bertanggungjawab mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang

    makanan, membersih peralatan serta tempat hidangan. Sekolah akan memilih

    5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang disediakan oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau dua minggu

    mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan

    sesuaian dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses penyediaan

    makanan, 95% sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan

    makanan akan dinikmati oleh murid beberapa minit sebelum waktu rehat.

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    22/24

    4) Program 3K

    Program 3K melibatkan faktor keselamatan , keceriaan dan kebersihan

    kawasan sekolah. Sekolah yang ceria dan kondusif dapat menarik minat

    pelajar datang ke sekolah setiap hari dan dapat membentuk nilai sayang ,

    bangga dan cintakan sekolah. Gambaran awal terhadapimej sesebuah

    sekolah terletak pada keindahan persekitarannya dan wajah bangunan yang

    seronok mata memandang. Untuk mencapai hasrat ini , pihak pengurusan

    sekolah harus melihat faktor berikut :

    i. Keciaan kawasan persekitaran sekolah

    ii. Keceriaan bangunan

    iii. Keceriaan landskap

    iv. Keceriaan kantin

    v. Keceriaan bilik darjah

    vi. Kemudahan pasarana

    Untuk mengindahkan kawasan persekitaran sekolah memerlukan kos dan

    masa untuk melaksanakannya. Untuk tujuan itu pihak sekolah boleh :

    i. Mengadakan aktiviti gotong royong menceriakan kawasansekolah

    ii. Mengadakan usahasama dengan pihak pibg

    iii. Mendapatkan sumbangan dana dari pihak luar

    iv. Sumbangan ikhlas dari ibubapa pelajar

    Kantin yang ceria dan selesa menambah seri sesebuah sekolah. Kemudahan

    asas hendaklah lengkap , dalam keadaan baik dan teratur.Manu

    makanan haruslah dipelbagaikan terutama barang makanan yang berkhasiat.

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    23/24

    Keceriaan dan keselesaan ini boleh dibantu oleh pengusaha kantin

    dan kekerapan ahli jawatankuasa kantin menilai tahap kebersihan , keceriaan

    dan keselamatan pelajar. Laporan mingguan harus diteliti dan jika ada

    sebarang isu atau pandangan , hendaklah diambil tindakan pantas. Faktor

    penting adalah keselesaan dan keselamatan pelajar.

    Kelas yang ceria dan selesa serta bersih dapat meransang minda pelajar

    untuk belajar dalam suasana yang kondusif. Maklumat - maklumat yang

    ditampal pada papan kenyataan harus menarik dan diselenggara selalu

    supaya dikemaskini. Untuk tujuan ini pihak sekolah harus mengerakkan :

    i. Penglibatan guru darjah dan seluruh warganya

    ii. Mengadakan program pertandingan keceriaan kelas setiap minggu

    iii. Memberi pengiktirafan berstatus bintang yang dilekatkan pada papan

    kenyataan dalam kelas yang bertujuan untuk memberi ransangan

    supaya terus berusaha mengekal dan mempertingkatkan keceriaan

    kelas mereka.

    iv. Penglibatan pihak persatuan ibubapa serta ibubapa pelajar kelas

    tersebut dengan cara memberikan bantuan dari aspek pembelian cat

    dan kain langsir.

    Asas utama kepada kejayaan program ini adalah kerjasama yang bersepadu

    serta seronok melaksanakan keceriaan dengan bantuan pelbagai pihak. Penat

    lelah akan terubat jika segala usaha yang dijalankan mendapat sokongan dari

    pelbagai pihak khasnya ibubapa pelajar itu sendiri.

  • 7/28/2019 pengalaman berasaskan sekolah- pjm3106

    24/24