kenyataan sebelum pengalaman berasaskan sekolah

22
Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah Sebelum menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, Encik Awang telah memberikan taklimat tentang pekara- pekara yang berkenaan dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sepanjang taklimat tersebut, Encik Awang telah berulang kali mengingatkan kami semua bahawa kami perlulah menunjukkan imej yang baik. Setelah tiba ke sekolah tersebut, kita perlu bersopan-santun ,berhemah, dan hormat-menghormati kepada semua orang serta menunjukkan kita bahawa merupakan seorang bakal guru yang baik. Di samping itu, Encik Awang juga telah memberi penerangan tentang tugasan yang perlu kita lakukan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Kami dimaklumkan bahawa selain melakukan pemerhatian terhadap semua keadaan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, kami juga perlu melaksankan tugasan yang diberi seperti menemu bual guru-guru, guru besar, ketua panitia, guru darjah, dan juga para murid sekalian. Selain itu, kami juga diminta untuk mendapatkan semua maklumat yang ada berkenaan dengan sekolah tersebut. Pengalaman Berasaskan Sekolah ini merupakan pengalaman saya yang pertama. Dalam aktivti ini, saya telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina iaitu Sekolah Lok yuk Batu Satu di Kudat, di mana Ia juga merupakan sekolah lama saya. Tujuan saya untuk memilih sekolah ini adalah

Upload: junny-isabelle

Post on 03-Aug-2015

121 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Sebelum menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, Encik Awang telah

memberikan taklimat tentang pekara-pekara yang berkenaan dengan

Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sepanjang taklimat tersebut, Encik Awang

telah berulang kali mengingatkan kami semua bahawa kami perlulah

menunjukkan imej yang baik. Setelah tiba ke sekolah tersebut, kita perlu

bersopan-santun ,berhemah, dan hormat-menghormati kepada semua orang

serta menunjukkan kita bahawa merupakan seorang bakal guru yang baik.

Di samping itu, Encik Awang juga telah memberi penerangan tentang tugasan

yang perlu kita lakukan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan

Sekolah. Kami dimaklumkan bahawa selain melakukan pemerhatian terhadap

semua keadaan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah,

kami juga perlu melaksankan tugasan yang diberi seperti menemu bual guru-

guru, guru besar, ketua panitia, guru darjah, dan juga para murid sekalian.

Selain itu, kami juga diminta untuk mendapatkan semua maklumat yang ada

berkenaan dengan sekolah tersebut.

Pengalaman Berasaskan Sekolah ini merupakan pengalaman saya yang

pertama. Dalam aktivti ini, saya telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina iaitu Sekolah Lok yuk Batu Satu di Kudat, di mana Ia juga merupakan

sekolah lama saya. Tujuan saya untuk memilih sekolah ini adalah disebabkan

ia merupakan sekolah yang pernah saya duduki, di samping itu saya ingin

mempelajari kemahiran-kemahiran dan juga ilmu pengetahuan daripada guru-

guru yang pernah mengajar saya. Selain daripada itu, sekolah ini juga

merupakan sebuah sekolah yang cermerlang. Sekolah ini amat dikenali oleh

orang ramai khususnya di Bandar Kudat kerana semua murid yang berasal

dari sekolah tersebut mempunyai akhlak yang baik, dan juga cerdik dalam

menuntut ilmu.

Sebelum menuju ke sekolah tersebut, saya adalah begitu gementar sekali

kerana saya akan bertemu dengan guru-guru yang pernah mengajar saya.

Setelah tamat persekolahan sekolah rendah saya yang sekian lama, saya

jarang bertemu dengan semua guru tersebut. Walaupun saya berasa sangat

Page 2: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

gementar, namun saya juga berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk

balik ke sekolah lama saya dan juga dapat membelajari banyak pekara

daripada guru-guru yang pernah mengajar saya. Saya adalah begitu teruja

sekali dan tidak sabar menunggu ketibaan tersebut. Sebelum menjalankan

Pengalaman Berasaskan sekolah ini, saya telah banyak membuat persediaan

, khususnya mencari pelbagai bahan dan maklumat yang diperlukan semasa

menjalankan Pengalaman ini.

Akhir kata, saya tidak sabar untuk menanti ketibaan hari tersebut. Dengan ini,

saya juga berharap agar saya dapat menjalankan aktiviti ini dengan lancer

sekali tanpa sebarang masalah, begitu juga harapan saya kepada rakan-

rakan seperjuangan yang akan menjalankan Pengalaman Berasaskan

Sekolah ini.

Page 3: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti 1 Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah

Aktiviti : Peperiksaan

Tarikh : 05/3/2012

Masa : 8:30 am-9:30 am

Tempat :Bilik Darjah 6

Aktiviti pertama yang saya jalankan semasa menjalankan Pengalam an

Berasaskan Sekolah ialah mengawal peperiksaan. Pada hari pertama iaitu

pada 05/3/2012, hari Isnin, saya telah ditugaskan sebagai pengawas

peperiksaan di bilik darjah 6 dari jam 8:30 pagi hingga 9:30 pagi.

Sebelum memasuk ke bilik peperiksaan, guru berkenaan telah memberikan

sedikit penerangan apa yang perlu saya lakukan ketika mengawal

peperiksaan. Setelah memahami tugasan yang diberikan, saya bersedia

untuk memasuki bilik peperiksaan untuk melaksanakan tugasan saya.

Ketika mengawal bilik peperiksaan, saya mendapati bahawa terdapat

beberapa murid tidak memberi perhatian kepada peperiksaan yang

dijalankan. Keadaan ini mengganggu murid lain yang sedang fokus

menduduki peperiksaan. Dengan itu, saya telah mengambil tindakan.

Tindakan saya tersebut adalah memberi amaran kepada murid-murid tersebut

agar mereka boleh fokus menduduki peperiksaan, dan tidak mengganggu

murid yang lain.

Sepanjang mengawal peperiksaan, saya berasa sangat bersyukur kerana

dapat melaksanakan tugasan dengan lancar. Di samping itu, saya ingin

mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru

yang telah memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam

tugasan ini. Kesempatan ini memberi peluang saya untuk mempelajari pekara

yang baru.

Page 4: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti 2 Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah

Aktiviti : Pemerhatian Kepada Guru yang Mengajar / Suasana Bilik Darjah

Tarikh : 06/3/2012

Masa : 10:am -11am

Tempat :Bilik Darjah 5

Aktiviti kedua yang saya lakukan ialah menjalankan pemerhatian terhadap

guru yang mengajar dan juga suasana proses pembelajaran dan pengajaran.

Pada hari terakhir saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya

telah meminta kebenaran Guru Lee untuk melakukan pemerhatian

terhadapnya. Dengan bangganya, Guru Lee telah meluluskan permintaan

saya. Pada Jam 10 pagi saya telah mengikuti Guru Lee ke darjah 5.

Guru Lee merupakan seorang guru matematik. Oleh yang demikian, Guru

Lee mengajar subjek matematik darjah 5. Sepanjang guru mengajar, saya

mendapati bahawa cara dan juga kemahiran mengajar Guru Lee adalah

begitu menarik sekali. Sepanjang proses pembelajaran tidak membosankan,

ia sangat menarik perhatian murid-murid sekalian dan juga termasuk saya.

Saya mendapati bahawa Guru Lee merupakan seorang guru yang

mempunyai humor yang tinggi. Mungkin hal ini menyebabkan murid-muridnya

gemar belajar dengannya. Di samping itu, sepanjang Guru Lee mengajar,

beliau juga telah melakukan aktivti kecil yang sangat menarik agar murid

dapat memberi perhatian ketika guru sedang mengajar. Aktiviti kecil yang

dijalankan ialah , beliau telah membahagikan murid-muridnya kepada

beberapa kumpulan, dan telah mengeluarkan beberapa soalan di papan

putih. Murid-murid dikehendaki bertanding untuk menjawab soalan tersebut.

Kepada kumpulan yang menang, kumpulan tersebut akan memperolehi

hadiah kecil sebagai galakkan.

Page 5: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Cara ini adalag begitu kreatif sekali, melalui cara atau kaedah ini, murid

bukan sahaja dapat mempelajari ilmu pengetahuan yang disampaikan malah

ia juga dapat meningkatkan keyakinan mereka sendiri untuk berdiri di depan

dan menjawab soalan. Ia juga boleh meningkatkan potensi setiap murid.

Kesimpulannya, saya rasa sangat bertuah kerana dapat mempelajari kaedah

ini daripa Guru Lee. Di sampinng itu, Guru Lee juga telah banyak memberi

nasihat dan juga tunjuk ajar kepada saya apakah yang perlu diambil perhatian

ketika mengajar. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Lee. Sekian terima kasih.

Page 6: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Ilmu Pengetahuan Baru Melalui Pemerhatian

Sepanjang pemerhatian yang saya lakukan , saya telah meyedari dan juga

telah mempelajari beberapa pekara. Antara pekara pertama yang saya sedari

adalah menjadi seorang guru adalah tidak begitu mudah sekali. Tugas

seorang guru adalah sangat berat sekali, selain mengajar, guru juga perlu

melibatkan diri dalam pelbagai bidang tugas seperti pentadbiran dan juga

pengurusan sekolah. Sepanjang saya menjalankan Pengalaman Berasaskan

Sekolah , saya dapati bahawa semua guru sangat sibuk sekali. Mereka bukan

sahaja perlu mengajar bilangan murid yang ramai, tetapi juga perlu

memastikan bahawa mereka faham apa yang diajar. Guru-guru juga perlu

menghadiri kursus-kursus pendek seminggu tiga kali. Hal ini menyebabkan

guru-guru tidak mempunyai masa peribadi yang mencukupi.

Selain daripada itu, saya juga mendapati bahawa semua guru dapat

berkomunikasi dengan baik, mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain

seperti rakan baik. Hal ini telah menyedarkan saya bahawa kita merupakan

satu keluarga perlu saling bantu-menbantu antara satu sama lain. Pada

amnya, terdapat beberapa buah sekolah yang guru-gurunya mempunyai

geng-geng yang masing-masing. Namun itu, sekolah ini adalah bebas geng.

Mereka dapat bergaul dengan baik. Pekara yang amat penting dan perlu kita

pelajari ialah guru –guru saling bantu-membantu.

Dari segi pemerhatian terhadap suasana sekolah pula, didapati bahawa di

sekeliling sekolah mempunyai tanaman. Pada setiap hari rabu iaitu hari

kokurikulum, murid-murid akan melakukan aktiviti tanaman yang kecil. Hal ini

adalah begitu menarik sekali. Sekolah ini adalah begitu mementingkan nilai

cinta kepada alam semula jadi dan juga alam sekeliling. Ia telah

mennyedarkan saya betapa pentingnya nilai ini. Di samping itu, pekara ini

perlulah kita pelajari

Keimpulanya, merujuk kepada huraian di atas, kesemuanya merupakan

pekara yang saya pelajari melalui pemerhatian.

Page 7: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Ilmu Pengetahuan Baru Melalui Temu Bual

Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah menemu

bual beberapa guru sekolah tersebut. Melalui temu bual yang telah

dijalankan, saya telah mempelajari beberapa pekara.

Pengetahuan baru yang saya dapat melalui temu bual ialah komunikasi

merupakan satu kaedah yang amat penting untuk mengeratkan hubungan

antara satu sama lain. Semasa sesi menemu bual, saya telah berinteraksi

dan berkomunikasi dengan guru-guru. Untuk mendapatkan sesuatu maklumat

daripada mereka, maka kita perlu berkomunikasi dengan mereka agar dapat

memperolehi maklumat yang kita perlukan. Tanpa kaedah ini, maka kita

mungkin tidak akan dapat maklumat yang diperlukan. Namun itu, cara

komunikasi kita haruslah berhemah, bersopan-santun, dan juga berbudi-

bahasa.

Selain daripada itu , melalui temu bual juga, hubungan saya antara guru-guru

bertambah lebih erat dan baik.Selepas tamat sesi temu bual , saya dan juga

guru-guru lain bertukar pendapat masing-masing. Kami juga berbual tentang

banyak pekara dan berkongsi tentang kehidupan masing-masing. Hal ini

menyebabkan wujudnya persahabatan yang positif antara satu sama lain.

Pekara baru yang saya pelajari ialah cara menemu bual. Tugasan menemu

bual merupakan pengalaman baru saya. Selama ini, saya tidak pernah

menemu bual orang. Oleh yang demikian, tugasan ini telah memberi peluang

kepada saya bagaimana cara untuk menemu bual orang. Sebelum sesi temu

bual bermula, kita perlulah meminta kebenaran orang yang kita hendak

menemu bual, setelah mendapat kelulusan daripadanya, maka kita boleh

memulakan sesi temu bual. Sepanjang sesi temu bual dijalankan, bahasa

yang diguna perlulah bersopan dan berhemah agar tidak menyinggung

perasaan orang lain.

Page 8: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Kesimpulanya, saya rasa sangat bersyukur kerana berpeluang untuk

menemu bual orang. Ia telah memberi kesempatan kepada saya untuk

mempelajari ilmu pengetahuan yang baru melalui aktiviti temu bual ini.

Ilmu Pengetahuan Baru Melalui Senarai Semak

Melalui senarai semak, ia juga telah memberi ilmu pengetahuan kepada saya.

Dengan adanya senarai semak, saya dapat melakukan kerja saya dengan

lengkap. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, kita boleh merujuk kepada

senarai semak apa yang hendak dilakukan.

Selain daripada itu, dengan adanya senarai semak, kita juga boleh

melakukan sesuatu kerja atau tugasan dengan lebih teratur dan tersusun.

Tugasan yang dilakukan tidaklah kelihatan kelam kabut seperti tidak tersusun.

Oleh itu, dengan adanya senarai semak, kita boleh menyemak senarai

tersebut agar kertas kerja kita sentiasa tersusun.

Di samping itu, saya juga telah pelajari sesuatu pekara yang amat penting.

Pekara tersebut adalah menyediakan satu senarai semak sebelum

melakukan sesuatu tugas atau kerja. Hal ini akan membantu kita dapat

melaksanakan tugas dengan lebih dan lancar.

Page 9: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Ilmu Pengetahuan Baru Melalui Soal Selidik

Selain melakukan tugas menemu bual, membuat pemerhatian, saya juga

telah melakukukan soal selidik. Semasa Menjalankan Pengalaman

Berasaskan Sekolah, saya telah menyediakan beberapa boring soal selidik

kepada murid-murid.

Dalam konteks ini, saya telah pelajari bagaimana untuk menghasilkan

ataupun menyediakan borang soal selidik. Jika dibandingkan dengan masa

yang lalu, saya tidak mahir ataupun boleh dikatakan langsung tidak tahu

bagaimana cara untuk menyediakannya.

Namun dengan kesempatan yang diberi, saya telah mengumpul maklumat

yang banyak tentang penyediaan borang soal selidik. Maklumat yang

dikumpulkan ini adalah berguna pada masa kelak. Oleh itu, ia adalah tidak

rugi untuk kita belajar cara untuk menyediakan boring soal selidik kerana

pada masa akan datang ataupun pada suatu hari nanti, kita sebagai seorang

guru pasti akan menggunakan kaedah tersebut untuk membuat sebarang

kajian atau sesuatu selidik.

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin berkongsi dengan anda semua bahawa

saya berasa sangat bersyukur kerana dapat mempelajari banyak ilmu

pengetahuan yang baru melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Saya

menanti ketibaan Pengalaman Berasaskan Sekolah yang akan dijalankan

pada masa yang akan datang.

Page 10: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Laporan Tugasan A

Tarikh : 06/3/2012

Laporan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan interaksi dengan warga

sekolah semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah.

Sepanjang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, kami telah

melakukan pemerhatian dan juga telah mengumpul maklumat mengenai

peranan pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk menyokong

pembangunan fizikal ,kognitif dan sosio-emosi murid sekolah secara

berkesan.

Objektif atau matlamat:

Objektif atau matlamat tugasan kami ini adalah ingin mengkaji sejauh

manakah peranan pihak pengurusan ,pentadbiran, prasarana, program dan

aktiviti dapat meningkatkan aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek,

dan sosial dikalangan murid-murid dalam hasrat merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Kaedah :

Dalam tugasan ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk

mendapatkan pelbagai maklumat. Kaedah-kaedah yang telah saya guna

adalah seperti soal selidik, temu bual dan juga rakaman.

Setelah menyempurnakan tugasan ini, saya berasa adalah baiknya untuk

mencadangkan satu aktiviti atau program yang dapat meningkatkan

pembangunan kanank-kanak sama ada secara fizikal , kognitif atau sosio-

emosi murid-murid. Oleh itu, saya mencadangkan pihak sekolah boleh

mengadakan kem motivasi untuk murid-murid tersebut, hal demikian kerana

aktiviti ini dapat meningkatkan aspek JERIS murid-murid.

Page 11: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Dalam kem tersebut, pihak penganjur boleh memberikan taklimat ataupun

ceramah tentang info yang berkenaan dengan sudut akedemik. Dengan ini,

murid-murid dapat meningkatkan ilmu mereka selaras dengan aspek intelek.

Selain daripada itu, dalam kem tersebut, murid-murid dapat berkenalan

dengan rakan-rakan yang lain. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa

kumpulan untuk menyertai sesuatu aktiviti, dalam suasana tersebut mereka

akan saling bekerjasama dan saling mengenali antara satu sama lain,maka

wujudnya persahabatan yang positif. Di samping itu, murid juga boleh

mengenali gurunya dengan lebih erat. Oleh itu, aktiviti yang dicadangkan ini

juga boleh meningkatkan aspek sosial murid dengan baik.

Aktiviti ini juga dapat meningkatkan aspek jasmani murid-murid. Dalam kem

tersebut, pihak pengurusan boleh mengadakan aktivti senaman pada setiap

pagi dan juga boleh menyediakan beberapa permainan yang boleh

meningkatkan perkembangan tahap fizikal murid-murid.

Aspek emosi dan juga rohani dapat dipertingkatkan. Dengan aktiviti yang

diadakan, murid-murid pasti akan berasa sangat seronok, menikmati dan juga

gembira. Dengan ini, emosi murid-murid dapat diseimbangkan. Apabila

keseimbangan emosi murid tercapai, maka secara amnya rohani murid-murid

juga akan bertambah baik.

Akhir sekali, saya berharap agar cadangan yang dicadangkan ini serba sedikit

dapat membantu meningkatkat perkembangan aspek JERIS murid-murid

dalam hasrat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

Page 12: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Temu Bual 1

Nama Guru : Encik Chan Ket Min

Jawatan : Guru

1 ) Sudah berapa lamakah Encik bertugas sebagai seorang guru?

Saya bertugas sebagai seorang guru selama 12 tahun. Bidang yang

saya mengajar adalah bahasa cina, matematik, dan juga pendidikan

seni.

Saya mengajar bahasa cina pada darjah empat, subjek matematik pada

darjah dua, manakala mengajar pendidikan seni pada darjah tiga hingga

darjah kelima.

2 ) Pernahkah Encik menghadapi sebarang masalah ketika mengajar dan

apakah tindakan yang Encik ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Ya, pernah. Masalah yang saya pernah saya hadapi adalah masalah

murid –murid kurang memberikan perhatian apabila proses p&p sedang

dijalankan. Namun itu, masalah ini telah saya selesaikan. Tindakan yang

saya ambil ialah, setiap kali proses p&p dijalankan ,saya akan membuat

satu aktiviti kecil yang berkenaan dengan tajuk yang akan diajar pada

hari tersebut. Sebagai contohnya, mengadakan pertandingan membuat

latihan di papa putih. Dengan ini, mereka akan berasa sangat seronok

dan sangat menikmati proses p&p yang dijalankan. Dengan ini juga, ia

dapat menarik perhatian mereka untuk belajar.

Page 13: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

3 ) Pada Pendapat Encik, apakah yang perlu diperbaiki tentang sekolah ini?

Pada pendapat saya, aspek yang perlu dipertingkatkan adalah apek

minat membaca di kalangan murid-murid. Saya mendapati bahawa

murid-murid kurang minat untuk membaca. Oleh itu, saya

mencadangkan bahawa pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti

minggu membaca agar dapat memperbaiki masalah ini.

4 ) Pada Pendapat Encik, apakah pula kebaikkan yang terdapat dalam

sekolah ini ?

Pada pendapat saya, kebaikkan yang terdapat dalam sekolah ini adalah

semua guru boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik seperti

satu keluarga yang besar dan bahagia.

Page 14: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Temu Bual 2

Nama Guru : Cik Lam Ko Shiun

Jawatan : Guru

1 ) Sudah berapa lamakah Encik bertugas sebagai seorang guru?

Saya bertugas sebagai seorang guru selama 13 tahun. Bidang subjek

yang saya mengajar adalah Matematik.

2 ) Pernahkah cik menghadapi sebarang masalah ketika mengajar dan

apakah tindakan yang cik ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Ya. Masalah yang saya hadapi adalah murid sangat nakal sekali. Ketika

saya mengajar, ada di kalangan mereka yang enggan mendengar

arahan dan tidak sudi memberi perhatian ketika prosese p&p dijalankan.

Hal ini amat memrunsingkan saya. Namun itu, saya tetap bersabar. Oleh

itu, saya tindakan yang saya dapat lakukan ialah memberi perhatian

lebih kepada murid-murid yang bermasalah. Kadang-kala saya akan

memuji mereka agar mereka dapat berasa bahawa mereka adalah

berguna dan guru adalah begitu mengambil berat tentang mereka.

Dengan ini, mereka akan berusaha dan akan memberikan perhatian

semasa belajar agar tidak mengecewakan guru yang mengambil berat

terhadap mereka.

3 ) Pada Pendapat cik ,apakah yang perlu diperbaiki tentang sekolah ini?

Page 15: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pada pendapat saya, prasarana sekolah ini perlu diperbaiki khususnya

bilik darjah adalah tidak mencukupi. Pada masa kelak, bilangan murid

akan bertambah. Namun, pekara yang dikhuatir adalah kekurangan bilik

darjah. Oleh itu, saya berharap agar pihak pengurusan sekolah boleh

mengambil tindakan agar masalah ini dapat diselesaikan.

4 ) Pada Pendapat Cik, apakah pula kebaikkan yang terdapat dalam sekolah

ini ?

Kebaikkan yang terdapat pada sekolah ini ialah, sekolah ini

mengamalkan dasar pendidikan yang berkonsepkan pendidikan kasih

sayang. Selain daripada itu, ibu bapa sekolah ini adalah sangat

mengambil berat terhadap pencapaian anak-anak mereka.

Page 16: Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Lampiran Ruang Pembelajaran

Bilik Darjah 6

Suasana bilik darjah ketika belajar

Sudut bacaan dalam bilik darjah