tugasan pengalaman berasaskan sekolah

16
Bagi tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS 3103) PISMP Semester 3 kali ini, pelajar PISMP Ambilan Januari 2012 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang mengambil kursus minor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diberi tugasan untuk menjalankan pemerhatian di sekolah di mana PBS dijalankan. Pemerhatian dilakukan terhadap program Pendidikan Jasmani yang mencakupi prasarana, etika pakaian dan etika dalam melakukan aktiviti. Semasa di sekolah, saya bersama seorang rakan telah melawat stor sukan sekolah di Sekolah Anak-Anak Angkatan Tentera di Kem Tok Jalai, Jitra. Di sekolah tersebut memang terdapat sebuah stor yang menyimpan alatan Pendidikan Jasmani. Semua peralatan disusun dengan sangat kemas pada pandangan saya. Setiap peralatan diletakkan di atas rak khusus dan dikelaskan mengikut fungsi dan ciri-ciri alatan tersebut. Pemerhatian yang saya lakukan ketika kelas Pendidikan Jasmani diadakan ialah alatan yang digunakan bagi mengajar murid adalah mencukupi bagi saiz kelas yang diajar memandangkan secara puratanya jumlah murid dalam sebuah kelas ialah 30 orang dan jumlah alatan pula sentiasa melebihi jumlah murid. Pada kebanyakan masa, guru Pendidikan Jasmani membawa murid-murid melakukan aktiviti di atas gelanggang simen. Melalui pemerhatian saya tidak ada padang khusus yang boleh dijadikan sebagai kawasan permainan di sekolah tersebut. Namun begitu, aktiviti yang dijalankan adalah sesuai dengan kawasan permainan dan gelanggang tersebut pula dalam keadaan baik. Apabila meneliti semula stor sukan sekolah dan aktiviti pendidikan jasmani yang diadakan, kami mendapati tidak terdapat alat- alat reka ganti yang diusahakan oleh guru. Murid menggunakan alatan yang sedia ada. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru Pendidikan Jasmani di sekolah tersebut tidak mengamalkan pemikiran kreatif dan

Upload: man-saint-loco

Post on 12-Dec-2014

200 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

PBS PJM3106 Semester 3

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Bagi tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS 3103) PISMP Semester 3 kali ini, pelajar

PISMP Ambilan Januari 2012 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang

mengambil kursus minor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diberi tugasan untuk

menjalankan pemerhatian di sekolah di mana PBS dijalankan. Pemerhatian dilakukan terhadap

program Pendidikan Jasmani yang mencakupi prasarana, etika pakaian dan etika dalam

melakukan aktiviti.

Semasa di sekolah, saya bersama seorang rakan telah melawat stor sukan sekolah di

Sekolah Anak-Anak Angkatan Tentera di Kem Tok Jalai, Jitra. Di sekolah tersebut memang

terdapat sebuah stor yang menyimpan alatan Pendidikan Jasmani. Semua peralatan disusun

dengan sangat kemas pada pandangan saya. Setiap peralatan diletakkan di atas rak khusus

dan dikelaskan mengikut fungsi dan ciri-ciri alatan tersebut. Pemerhatian yang saya lakukan

ketika kelas Pendidikan Jasmani diadakan ialah alatan yang digunakan bagi mengajar murid

adalah mencukupi bagi saiz kelas yang diajar memandangkan secara puratanya jumlah murid

dalam sebuah kelas ialah 30 orang dan jumlah alatan pula sentiasa melebihi jumlah murid.

Pada kebanyakan masa, guru Pendidikan Jasmani membawa murid-murid melakukan

aktiviti di atas gelanggang simen. Melalui pemerhatian saya tidak ada padang khusus yang

boleh dijadikan sebagai kawasan permainan di sekolah tersebut. Namun begitu, aktiviti yang

dijalankan adalah sesuai dengan kawasan permainan dan gelanggang tersebut pula dalam

keadaan baik. Apabila meneliti semula stor sukan sekolah dan aktiviti pendidikan jasmani yang

diadakan, kami mendapati tidak terdapat alat-alat reka ganti yang diusahakan oleh guru. Murid

menggunakan alatan yang sedia ada. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru Pendidikan

Jasmani di sekolah tersebut tidak mengamalkan pemikiran kreatif dan inovasi dalam melakukan

penambahbaikan demi keselamatan dan variasi permainan agar lebih menarik.

Page 2: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Stor sukan sekolah berada dalam keadaan

kemas

Kawasan permainan (gelanggang) dalam

keadaan baik

Stor sukan sekolah (Bilik PJK) bersebelahan dengan Bilik Sukan dan terletak tidak jauh dari

gelanggang.

Page 3: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pemerhatian yang dijalankan semasa kelas Pendidikan Jasmani oleh kelas Tahun 2

Aman dan Tahun 3 Aman yang masing-masing bawah seliaan Encik Zamri dan Encik Pengiran

mendapati bahawa semua guru dan murid berpakaian sesuai dan kemas untuk kelas tersebut.

Murid lelaki khususnya dididik untuk memasukkan baju ke dalam seluar (tuck-in) supaya

nampak lebih kemas dan memandangkan perkara tersebut merupakan etika berpakaian yang

betul bagi lelaki.

Encik Zamri (guru PJ) berpakaian sukan yang

kemas dan sesuai mengikut aktivitiPelajar perempuan berpakaian sukan

Pelajar lelaki berpakaian sukan

Page 4: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Semasa aktiviti dijalankan, peralatan yang digunakan adalah sesuai dengan aktiviti yang

dirancang. Sebagai contoh, Encik Zamri memilih untuk menggunakan skittle kecil untuk

menandakan sempadan sesuatu kawasan permainan daripada menggunakan skittle besar

yang lebih berat dan bepotensi mendatangkan kecederaan kepada murid. Bola yang digunakan

juga bersaiz kecil, sesuai dengan saiz tubuh rata-rata murid Tahun 3 Aman, kerana bola besar

dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada murid.

Guru menggunakan skittle kecil sebagai penanda kawasan permainan.

Seterusnya, melalui pemerhatian saya, terdapat persamaan dan perbezaan antara

Pendidikan Jasmani pada Tahap 1 dengan Tahap 2. Antara persamaan pada kedua-dua tahap

ialah aktiviti yang dijalankan mementingkan elemen kecergasan. Kecergasan menitikberatkan

keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan

diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

Persamaan yang kedua ialah dari aspek kemahiran yang menitikberatkan keupayaan

murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus. Tumpuan

diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan

rekreasi. Persamaan yang ketiga ialah dari aspek kesukanan yang menitikberatkan kefahaman

dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi

kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani

dan sukan.

Page 5: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Selain daripada mempunyai persamaan, Pendidikan Jasmani pada kedua-dua tahap

ternyata mempunyai perbezaan yang sangat besar. Antara perbezaan yang ketara ialah aktiviti

bagi murid Tahap 1 adalah lebih mudah dan ringan jika dibandingkan dengan aktiviti murid

Tahap 2 yang lebih kompleks. Selain itu, dari segi peralatan pula, murid Tahap 2 dibenarkan

menggunakan alatan yang lebih besar. Alatan yang digunakan merupakan alatan yang

sebenar. Sebagai contoh, semasa Tahap 1 , murid hanya dibenarkan menggunakan bola baling

yang bersaiz lebih kecil daripada bola sepak sebenar semasa bermain bola sepak supaya

mereka dapat menguasai kemahiran asas dalam permainan tersebut dengan mudah. Secara

tidak langsung, saiz yang lebih kecil lebih selamat bagi mereka.

Di samping itu, perbezaan lain yang dapat dilihat ialah murid Tahap 1 diajar di bawah

kawalan sepenuhnya oleh guru. Mereka mendengar saja setiap arahan guru. Manakala murid

Tahap 2 cenderung untuk diberi tugasan berkumpulan dan diberi kepercayaan untuk melakukan

tugasan secara berkumpulan kerana perkembangan kognitif mereka lebih ke hadapan

berbanding murid Tahap 1.

Berdasarkan pemerhatian saya ketika kelas Pendidikan Jasmani Tahun 3 Aman bawah

seliaan Encik Zamri, beliau memang mematuhi etika latihan dengan memulakan aktiviti dengan

sesi memanaskan badan. Aktiviti pemanasan badan ialah lompat bintang, lari mengelilingi

gelanggang dan lari tendang belakang. Semua sekali mengambil masa selama 10 minit.

Aktiviti Memanaskan Badan

Page 6: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Lompat bintang

Berlari mengelilingi gelanggang

Lari tendang belakang

Page 7: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Tidak ketinggalan juga, setelah selesai melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani, Encik Zamri

telah mengarahkan murid Tahun 3 Aman melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Aktiviti Menyejukkan Badan

Meregangkan tangan Menggerak-gerakkan tangan

Menggerak-gerakkan kaki Menarik nafas dan menghembus kuat

Page 8: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Berdasarkan temu bual saya bersama beberapa guru Pendidikan Jasmani Sekolah

Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera, mereka memberitahu bahawa cuma terdapat tiga

masalah utama yang dialami ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Tiga masalah tersebut

ialah sikap murid, kekangan masa dan prasarana.

Di Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera, kebanyakan murid sangat

agresif, tidak mengira lelaki atau perempuan. Mereka sangat aktif sehingga kadang-kadang

sukar bagi guru untuk mengawal tingkah laku mereka. Bagi guru-guru yang sudah lama

berkhidmat di situ, mudah bagi mereka untuk mengawal tingkah laku murid kerana sudah biasa

mengalami situasi tersebut dan murid pula sudah biasa dengan guru mereka.

Namun begitu, masalah timbul apabila guru-guru baru mula masuk. Murid-murid

mempunyai satu ‘mindset’ iaitu guru-guru yang baru masuk mengajar merupakan guru yang

baik dan tidak mudah marah serta senang dibawa bermain. Maksudnya di sini, mereka

mengambil mudah kehadiran guru-guru baru. Tambahan pula, pengalaman semasa praktikum

belum tentu cukup untuk membantu mereka mengawal tingkah laku pelajar pada awal

kemasukan mereka ke sekolah tersebut. Maka, guru-guru kebiasaannya menggunakan nada

yang tinggi ketika mengajar supaya suara mereka dapat menyaingi suara murid. Selain itu, guru

juga menggunakan pendekatan yang lebih mengutamakan hubungan guru-murid supaya murid

lebih mendengar kata dan berasa selesa dengan guru mereka.

Masalah kedua yang dialami ialah kekangan masa untuk setiap aktiviti dijalankan.

Sebelum ini, tempoh satu-satu masa pembelajaran ialah 40 minit. Ada guru yang mengatakan

bahawa 40 minit sebelum ini adalah cukup bagi mencapai objektif pembelajaran pada masa itu.

Namun begitu, kini satu masa dihadkan selama 30 minit sahaja. Maka, apabila masa semakin

disingkatkan, objektif pembelajaran sering tidak dapat dicapai, ditambah pula dengan masalah

tingkah laku murid yang kadang-kadang sukar dikawal. Kebiasaannya, dua masa (1 jam)

diperuntukkan untuk kelas Pendidikan Jasmani. Kata guru Pendidikan Jasmani sendiri, 1 jam

sebenarnya tidak begitu relevan kerana banyak perkara perlu dilakukan dalam satu-satu sesi.

Pada pemerhatian saya, ketika Encik Zamri mengajar Pendidikan Jasmani, beliau sentiasa

memerhatikan jamnya dan setiap aktiviti berlangsung kira-kira 10 minit. Beliau nampak tergesa-

gesa ketika kelas dijalankan. Namun begitu, kelasnya berjalan dengan lancar dan teratur.

Masalah ketiga yang dihadapi oleh sekolah ini ialah ketiadaan padang. Kadang-kadang,

terdapat aktiviti yang memerlukan murid untuk menggunakan padang contohnya bermain bola

sepak, bola jaring dan lain-lain aktiviti padang. Umum mengetahui jika ada padang, maka ada

Page 9: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

rumputnya. Rumput yang terdapat di padang sebenarnya membantu menyerap daya hentakan

yang dihasilkan tubuh badan ketika bermain sekaligus mengurangkan risiko kecederaan kerana

sifat rumput dan tanah yang lembut dan pasti tidak akan menyebabkan kesan calar sekiranya

tersungkur dan terjatuh. Sekolah ini bergantung kepada kawasan permainan yang berbentuk

gelanggang. Gelanggang merupakan kawasan yang agak berisiko kerana sifatnya yang keras

dan tidak menyerap kesan hentakan. Permukaannya yang kasar akan menghasilkan geseran

teruk antara permukaan gelanggang dengan kulit tubuh badan sekiranya murid terjatuh atau

tersungkur. Memang ada aktiviti yang perlu menggunakan gelanggang tetapi bukan semuanya

sesuai dimainkan di kawasan tersebut.

Page 10: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan di Sekolah Anak-Anak Angkatan

Tentera di Kem Tok Jalai, Jitra, saya mendapati bahawa aktiviti Pendidikan Jasmani yang

diadakan menepati keperluan dalam rancangan pengajaran tahunan. Guru-guru yang mengajar

sangat berdedikasi dan memberi sepenuh komitmen ketika mengajar. Mereka tidak ketinggalan

menerapkan nilai murni ketika mengajar contohnya menerima teguran sebagai suatu

pengajaran. Jadi, saya sebagai bakal guru perlu sentiasa bersemangat dan bersedia

sepenuhnya untuk mengendalikan satu-satu kelas supaya saya mudah mengawal kelas.

Tambahan pula, saya sebagai rol model kepada murid perlu menunjukkan nilai-nilai

positif sepanjang masa agar menjadi ikutan murid-murid. Guru-guru di sekolah itu juga bijak

dalam membina hubungan antara mereka dengan murid. Jadi, murid-murid berasa selesa dan

tidak terancam serta mudah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian yang

saya lakukan di sekolah-sekolah sewaktu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang

sebelum ini mendapati bahawa guru yang tegang dan garang tidak dapat menarik perhatian

pelajar sepenuhnya kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana mereka takut

dimarahi. Isi pembelajaran pula tidak dapat dihayati dan difahami sepenuhnya kerana guru

terlalu mengejar objektif pembelajaran pada hari tersebut. Jadi, untuk menjadi guru yang baik,

saya perlu bersikap tegas tetapi pada masa yang sama ada sifat kompromi dan memahami

pelajar supaya isi pembelajaran dapat disampaikan dengan mudah.

Dari segi prasarana pula, saya mendapati bahawa sekolah ini mempunyai semuanya

kecuali padang. Sekolah ini bergantung sepenuhnya dengan penggunaan gelanggang untuk

menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Bagi saya, sebagai guru yang baik dan

bertanggungjawab, saya harus mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan bantuan atau dana

dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi kelengkapan prasarana di sekolah saya. Guru-guru

di sini perlu lebih proaktif dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan lancar. Pada pendapat saya, pihak pentadbiran perlu mempertimbangkan untuk

memohon kepada pihak yang berkenaan untuk menambah infrastruktur dan prasarana serta

alatan yang kurang supaya aktiviti Pendidikan Jasmani dapat dijalankan dengan lebih mudah

dan tanpa apa-apa gangguan serta memberi keselesaan kepada kedua-dua pihak guru

mahupun murid.

Page 11: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Di samping itu, berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan, guru-guru di sini tidak

kreatif dalam menghasilkan alat–alat reka ganti dan juga tidak menggalakkan murid mereka

berfikiran kreatif serta memupuk kemahiran inovasi dalam diri mereka. Ketika saya dalam

Semester 2 PISMP untuk subjek PJM 3102, saya dan pelajar-pelajar lain banyak mencipta alat

reka ganti yang lebih selamat, lebih menarik, lebih berkesan dan lebih melucukan kerana

sifatnya yang jauh berbeza dengan alatan sebenar walaupun mempunyai fungsi yang sama.

Melalui alat reka ganti ini juga, bahan-bahan yang mesra pengguna digunakan untuk

mengurangkan risiko kecederaan disebabkan alatan semasa bermain. Saya yakin, melalui alat

reka ganti yang dicipta oleh guru, murid-murid akan lebih berminat dalam sesi pengajaran dan

pengajaran Pendidikan Jasmani kerana mereka tertarik kepada alat reka ganti yang unik,

menarik dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Apabila murid tertarik kepada sesuatu maka

mereka akan berasa teruja untuk menggunakannya. Jadi ini akan menjadikan Pendidikan

Jasmani lebih bermakna.

Selain itu, dari aspek pakaian pula, guru dan murid mengenakan pakaian sukan yang

sesuai. Namun begitu, pada suatu hari, sedang saya berjalan-jalan melihat persekitaran

sekolah, saya ternampak seorang guru dalam lingkungan umur 50-an mengenakan pakaian

sukan yang tidak kemas. Beliau tidak memasukkan baju ke dalam seluar dan menggunakan

baju yang tidak kelihatan seperti baju Pendidikan Jasmani. Bagi saya, hal ini tidak dapat

diterima kerana guru merupakan rol model kepada murid. Murid-murid cenderung untuk meniru

perbuatan orang dewasa. Jadi pada saya, guru tersebut harus sedar bahawa dirinya menjadi

perhatian murid dan berubah penampilan. Jika guru tersebut berterusan begitu, maka murid

akan beranggapan bahawa tidak salah bagi mereka untuk tidak memasukkan baju ke dalam

seluar kerana guru mereka juga begitu. Jadi, perkara ini memberi ikhtibar kepada saya untuk

terus mengaplikasikan apa yang saya belajar sepanjang berada di Institut Pendidikan Guru

Kampus Darulaman dan akan diteruskan sehingga akhir hayat saya kerana para guru

cenderung untuk meninggalkan amalan institut sesudah berada di sekolah. Bagi saya, dalam

mendidik anak murid, guru itu sendiri perlu membetulkan dirinya terlebih dahulu supaya

perbuatannya tidak akan dipersoalkan oleh murid dan mana-mana pihak.

Page 12: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Melalui amalan guru-guru di sekolah ini, aktiviti Pendidikan Jasmani bagi murid Tahap 1 dan

Tahap 2 adalah berbeza. Bagi saya, apa yang dilakukan oleh guru-guru tersebut adalah sesuai

kerana murid Tahap 1 tidak boleh melakukan sesetengah aktiviti murid Tahap 2 kerana aktiviti-

aktiviti yang diakukan lebih kompleks manakala murid Tahap 2 tidak boleh melakukan aktiviti

murid Tahap 1 kerana terlalu senang kerana sudah didedahkan sebelum ini dan hal ini boleh

menyebabkan murid menjadi bosan dan seterusnya mencetuskan masalah tingkah laku. Guru-

guru di sini ternyata menitikberatkan keselamatan murid dan mengambil kira perkembangan

murid berdasarkan penggunaan alatan dan kaedah kawalan kelas. Murid Tahap 1 yang bersaiz

lebih kecil disuruh menggunakan alatan lebih kecil dan lembut supaya mudah dikawal dan

sesuai dengan keadaan mereka manakala murid Tahap 2 yang bersaiz lebih besar dibenarkan

menggunakan alatan sebenar untuk mendedahkan mereka dengan gaya permainan yang

sebenar. Namun begitu, dalam Pendidikan Jasmani bagi kedua-dua tahap, teras Pendidikan

Jasmani tidak pernah berubah iaitu dari aspek kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Perkara

ini dapat dijadikan panduan buat saya apabila ditugaskan di sekolah nanti supaya tidak

terpesong daripada tunjang pengajaran Pendidikan Jasmani di atas. Melalui Pengalaman

Berasakan Sekolah sebelum ini, saya telah melihat bahawa ada dalam kalangan guru-guru

Pendidikan Jasmani menjalankan aktiviti dengan sambil lewa. Kadang-kadang, setiap masa

Pendidikan Jasmani murid disuruh bermain bola sepak. Hal ini akan mempengaruhi

perkembangan kognitif, fizikal dan emosi mereka kerana tidak ada perubahan dalam aktiviti.

Seterusnya,

Page 13: Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah