pengalaman berasaskan sekolah semester 3 anatomi dan fisiologi

18
1.0 Laporan Pengalaman Bersaskan Sekolah Tugasan : Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru, soal jawab dengan pelajar dan merekod tentang perkara-perkara berikut. Pemerhatian terhadap langkah langkah keselamatan yang diambil atau yang diamalkan di sekolah berkenaan Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi memastikan keselamatan dan kebajikan murid semasa berada dalam kawasan sekolah. Antaranya, bilik kesihatan yang baru di buka di bangunan baru sekolah ini. Bilik ini merupakan bilik rawatan sementara kepada murid yang menghadapi masalah kesihatan semasa berada dalam waktu sekolah. Malah akses untuk kenderaan masuk ke kawasan tempat ini juga mudah. Disini juga disediakan bilik sakit bagi murid yang sakit. Contohnya pitam, sakit perut dan klinik kesihatan gigi juga dilakukan disini ketika Kementerian kesihatan melakukan klinik pergigian sekolah setiap tahun. Terdapat juga bahan-bahan bacaan kesihatan dan perkhidmatan informasi berkenaan kesihatan. Selain itu, guru juga ada membuka kelab Doktor Kecil yang mana mendedahkan kepada murid akan pengetahuan dalam perkara yang berkaitan kesihatan. Murid didedahkan dengan pengetahuan tentang ubat- ubat asas dan prosedur asas bagi menghadapi situasi kecemasan. 1

Upload: mohamad-syafie-bin-samsir

Post on 03-Jul-2015

1.299 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

1.0 Laporan Pengalaman Bersaskan Sekolah

Tugasan : Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat,

berbincang dengan guru, soal jawab dengan pelajar dan merekod tentang

perkara-perkara berikut.

Pemerhatian terhadap langkah – langkah keselamatan yang diambil atau yang

diamalkan di sekolah berkenaan

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi

memastikan keselamatan dan kebajikan murid semasa berada dalam kawasan

sekolah. Antaranya, bilik kesihatan yang baru di buka di bangunan baru sekolah ini.

Bilik ini merupakan bilik rawatan sementara kepada murid yang menghadapi

masalah kesihatan semasa berada dalam waktu sekolah. Malah akses untuk

kenderaan masuk ke kawasan tempat ini juga mudah.

Disini juga disediakan bilik sakit bagi murid yang sakit. Contohnya pitam, sakit

perut dan klinik kesihatan gigi juga dilakukan disini ketika Kementerian kesihatan

melakukan klinik pergigian sekolah setiap tahun. Terdapat juga bahan-bahan bacaan

kesihatan dan perkhidmatan informasi berkenaan kesihatan.

Selain itu, guru juga ada membuka kelab Doktor Kecil yang mana mendedahkan

kepada murid akan pengetahuan dalam perkara yang berkaitan kesihatan. Murid

didedahkan dengan pengetahuan tentang ubat-ubat asas dan prosedur asas bagi

menghadapi situasi kecemasan.

1

Page 2: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

1. Adakah terdapat pelajar melakukan aktiviti ergonomik (tabiat dan gaya

badan) seperti duduk di kerusi, berdiri dan mengangkat barang dengan

postur yang betul ?

Duduk mengikut postur yang betul Postur mengambil barang kecil

Secara keseluruhannya masih ada pelajar yang boleh duduk dan melakukan

aktiviti mengikut postur badan yang betul dan ada yang sebaliknya. Jika dilihat pada

gambar diatas, kedua – dua pelajar melakukan aktiviti mereka dengan mengikut

postur badan yang elok. Duduk di kerusi dengan postur badan yang tegak dan

mengambil barang kecil dari lantai haruslah dalam keadaan postur badan yang betul.

Namun masih ada murid yang mengamalkan tabiat tidak baik semasa didalam

kelas. Antaranya segelintir mereka suka menjungkitkan kerusi semasa guru sedang

memberikan sesi pengajaran. Saya ada menegur dan mereka mengatakan mereka

2

Page 3: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

sudah terbiasa melakukannya. Hakikatnya, perlakuan ini bukan sahaja tidak baik

bagi postur ketika duduk malah ia berbahaya sekiranya berlaku kemalangan.

Tetapi apabila dinasihati dan diberitahu, murid tersebut dapat menerimanya

secara terbuka. Bagi menyampaikan sesuatu maklumat dan nasihat, gunakan

kaedah yang betul semasa berkomunikasi dengan murid. Ia penting bagi

memastikan penerimaan mereka terhadap teguran kita lebih terbuka dan difahami.

2. Adakah terdapat pelajar (terutamanya yang tinggi ) yang berdiri di

barisan hadapan semasa perhimpunan sekolah, berdiri dengan postur

yang betul ?

Postur berdiri yang betul Postur berdiri yang tidak betul

Semasa perhimpunan sekolah, saya ada mengenalpasti beberapa

permasalahan yang berhubung dengan soalan tugasan. Murid perempuan yang

berdiri dalam barisan hadapan berdiri dalam postur badan yang betul. Namun, masih

ada juga pelajar yang berdiri dalam keadaan postur badan yang salah. Seperti

contoh murid lelaki diatas yang berdiri dalam postur yang tidak baik.

Gambar dibawah ini menunjukkan postur tubuh yang tidak baik semasa

berdiri. Dengan merujuk gambar dibawah saya dapat mengenalpasti bagaimana

3

Page 4: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

postur tubuh yang baik semasa berdiri. Postur tubuh yang baik memberi kelebihan

kepada kita untuk mengelakkan kecederaan dan kesan buruk kepada tubuh badan.

3. Adakah terdapat pelajar yang melakukan aktiviti PJ berlari dengan

kaedah betul ?

Cuba perhatikan pelajar yang berlari secara “flat – footed” ?

Cuba diagnos pergerakan mereka. Kenapa berlaku demikian ?

(1-3 Semoga anda dapat menyelamat mereka daripada mempunyai

postur yang tidak baik bila mereka besar nanti.

Pada 22 Mac saya berjumpa dengan salah seorang guru Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan iaitu Pn. Norazah Bt. Md Mahadi semasa beliau menjalankan kelas

PJK bagi tahun 1 Gemilang. Saya berbincang dengan beilau untuk melihat mereka

melakukan aktiviti.

Bersama saya saya juga sertakan borang senarai semak yang saya buat bagi

mengenalpasti beberapa komponen masalah dan soalan yang berkaitan dengan

tugasan ini.

Pertamanya saya melihat cara bagaimana murid tahun satu berlari. Dalam

pemerhatian saya tiada murid yang berlari secara “flat-footed”. Begitu juga bagi

murid tahun 5 dan 6. Mereka juga tiada yang saya dapat kesan mengalami masalah

tersebut. Oleh kerana saya menganggap mereka tidak melakukannya semasa waktu

pendidikan jasmani, maka saya membuat pemerhatian sepanjang waktu rehat.

4

Page 5: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Pada waktu rehat, ramai murid yang tidak makan dikantin, sebaliknya mereka

bermain dan berkejaran di dalam kawasan padang yang terletak di tengah kawasan

sekolah. Antara murid yang sedang berlari juga tiada yang menghadapi masalah

tersebut. Jadi saya dapat simpulkan bahawa, masalah “flat-footed” tidak berlaku

dalam kalangan murid sekolah ini.

Hasil pemerhatian saya sepanjang waktu rehat tiada murid yang menghadapai

masalah berlari secara flat-footed dan juga berjalan secara tidak betul. Ini mungkin

disebabkan persekitaran dan keadaan kawasan luar bandar.

Merujuk kepada gambar diatas murid berlari dengan koordinasi tangan yang

betul. Apabila kaki kanan melangkah tangan kiri diayunkan kehadapan ia adalah

perlakuan sepontan yang mana murid sendiri melakukannya secara tidak

disengajakan. Namun, tidak dapat dinafikan jika ada dalam seelintir murid yang

menghadapi masalah dalam berlari mengikut postur badan yang betul.

4. Bagaimana penerimaan pelajar terhadap teguran guru tentang

kepentingan mempunyai postur badan yang baik.

Saya ada membuat pertemuan secara rawak dengan murid-murid yang mana

mereka mengahadapi masalah dalam melakukan aktiviti. Mereka yang saya pilih

merupakan murid yang duduk dengan postur badan yang tidak betul, koordinasi

tangan yang tidak betul semasa berlari.

Semasa sesi temubual mereka tidak tahu dan ada dalam kalangan mereka yang

pernah ditegur oleh guru mereka. Pada mereka apa yang mereka lakukan sudah

terbiasa dan ibu bapa mereka tidak menegur mereka dalam keadaan sebegitu.

5

Page 6: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Mungkin tiada pendekatan dan ibu bapa sendiri tidak tahu akan masalah yang

berlaku kepada anak-anak mereka.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah, keperihatinan ibu dan bapa penting dalam

menyelesaikan masalah ini. Guru juga harus perihatin terhadap masalah yang

anak murid mereka hadapi. Ini kerana kita bertanggungjawab memastikan

generasi sihat dan sejahtera dapat dicapai.

5. Peralatan dan kemudahan yang berkaitan :

a. Kemudahan tempat letak beg

b. Jenis kerusi /meja murid

c. Susunan kerusi dan meja pelajar

Jenis kerusi dan meja yang digunakan

6

Page 7: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Kemudahan meletakkan bekal dan minuman murid

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah

Semasa saya melakukan tinjauan semasa di sekitar sekolah saya dapat

mengenalpasti beberapa kemudahan yang disediakan oleh guru kelas. Setiap kelas

mempunyai kerusi dan meja yang sama jenis iaitu meja dan kerusi kayu berwarna

biru. Ia bersesuaian dengan murid kerana ia tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu

kecil. Bagi kelas pra-sekolah meja dan kerusi lebih kecil saiznya dan hanya sesuai

untuk murid pra-sekolah yang kebanyakannya kecil saiz tubuhnya.

Susunan bilik darjah mereka kebanyakannya berbentuk bilik darjah KBSR. Ia

memberi ruang kepada guru untuk bebas bergerak didalam kelas. Meja dan kelas

tiadak terlalu padat dan mengelakkan murid duduk dalam keadaan sempit dan

7

Page 8: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

berasak-asak. Jika kelas sempit dimuatkan dengan pelajar yang ramai akan

meyesakkan trafik didalam kelas. Murid akan sukar bergerak dan mereka akan jadi

malas untuk bergerak. Jarak tempat duduk yang sempit akan menyukarkan postur

murid untuk duduk dengan selesa dan betul semasa dalam kelas. Peranan guru

penting dalam memastikan kebajikan murid terjamin.

6. Adakah terdapat guru mengamalkan sesi memanaskan badan dan

menyejukkan badan dalam pengajaran pendidikan jasmani ?

Aktiviti memanaskan badan

Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal.

Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali

gus mengelakkan daripada berlaku kecederaan.

Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan

seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin

anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin

berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang,

mulakan dengan renangan yang ringan.

Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas

memanaskan badan.

Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan

suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan;

meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk

kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori).

8

Page 9: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Aktiviti menyejukkan badan

Kelas pendidikan jasmani dijalankan oleh semua kelas bagi setiap tahun. Murid

tahun 1 hingga 6 akan menjalani sesi pendidikan jasmani sebanyak 1 jam seminggu.

Gambar diatas menunjukkan aktiviti PJ yang di kendalikan oleh guru sekolah ini.

Merka memulakan sesi senaman dengan memanaskan badan dan mengakhiri sesi

dengan aktiviti menyejukkan badan.

Setiap pergerakan dilakukan oleh guru dan murid dikehendaki mengikut cara

guru mereka melakukannya. Setiap kali murid melakukan pergerakan yang salah,

guru akan menegur murid untuk melakukannya dengan betul. Secara tidak langsung

murid akan dapat mempelajari kaedah melakukan pemanasan dan penyejukkan

badan yang betul.

Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan

melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk

atau merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-

kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari,

perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.

Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan

badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan

pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot,

mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.

9

Page 10: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

7. Bagaimanakah sistem aktiviti memanaskan badan yang diamalkan ?

Sistem pemanasan badan dilakukan dengan memulakan sesi memanaskan

badan dengan melakukan regangan. Guru melakukan regangan bermula daripada

kepala hingga ke kaki. Ia adalah salah satu bentuk pendedahan yang baik bagi murid

dalam melaksanakan aktiviti pendidikan jasmani dengan prosedur yang betul.

Bagi murid tahap dua, mereka akan melakukan aktiviti memanaskan badan

dengan melakukan regangan dan membuat larian sekeliling padang.(Rujuk Gambar

dibawah) Malah, jika ada murid yang tidak mampu melakukannya, dia akan

melakukan aktiviti tersebut dalam kadar kemampuan yang dia boleh lakukan.

Murid berlari selepas melakukan regangan

8. Adakah pengajaran Anatomi & Fisiologi diterapkan pada pelajar semasa

mata pelajaran pendidikan Jasmani & Kesihatan ?

10

Page 11: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Ya, semasa sesi pendidikan jasmani, guru ada menunjukkan dan menerapkan

pengajaran Anatomi dan Fisiologi pada murid-muridnya.

Guru menunjukkan cara berdiri dalam postur badan yang betul. Secara tidak

langsung murid dapat mengetahui postur badan yang sepatutnya semasa mereka

berdiri.

Semasa kelas ini menjalankan aktiviti melompat, guru mereka memberikan

tujuk ajar dengan melakukan demonstrasi melompat dengan satu kaki, melompat

dengan dua kaki dengan betul. Guru juga menunjukkan bagaimana untuk mendarat

dengan betul selepas melompat.

Selepas iu guru menunjukkan bagaimana untuk melompat dan bergerak

kehadapan dengan cara melompat dan melayangkan badan kehadapan.

Murid melakukan pergerakan dan apabila murid selesai melakukannya guru akan

menegur cara mereka melakukan pergerakan samada betul atau pun tidak. Secara

ammnya, murid akan melihat dan memperbaiki cara mereka melakukan pergerakan.

Malah, murid juga meminta guru menunjukkan cara yang betul sekali lagi.

11

Page 12: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

9. Adakah pihak sekolah mementingkan gaya hidup sihat kepada

pelajarnya melalui aktiviti senaman, rancangan diet, pemakanan

seimbang dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

12

Page 13: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Piramid Makanan yang dinyatakan di kantin Menu RMT untuk setiap minggu

Kempen kebersihan yang dijalankan

sekolah

Sekolah ini juga mementingkan kesihatan

dan gaya hidup sihat dalam kanalgan murid sekolah ini. Bermula dengan program

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid yang mendapat bantuan dari

bentuk makanan tambahan bagi mereka yang layak. Menu yang disediakan dipantau

oleh pihak sekolah kerana ia adalah penting bagi memastikan program ini dapat

membantu murid –murid supaya lebih sihat dan bersedia untuk belajar dengan lebih

baik.

Jualan makanan dan program makan secara sihat dijalankan oleh sekolah ini.

Makanan pada waktu rehat dijual dengan kadar yang berpatutan dan terdiri daripada

makanan yang berkhasiat. Contohnya mee goreng yang dicampurkan sayur-

sayuran, nasi putih sayur dan lauk ikan atau ayam.

Selain itu, kebanyakan murid membawa bekal makanan mereka dari rumah.

Biasanya ia bukan terdiri dari makanan berat, ia lebih seperti kuih, makanan sarapan

pagi mereka yang dimasak dirumah.

Setiap kali perhimpunan sekolah, akan ada guru yang menyentuh soal serta

perihal makanan secara tidak langsung. Didalam kelas ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran guru juga ada memberi nasihat akan cara memilih makanan dan

makan makanan yang seimbang. Ia penting kerana, kebanyakan murid yang ada

disini tidak memilih makanan yang betul. Contohnya, mereka akan memlilih makanan

13

Page 14: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

ringan berbanding makanan yang lebih baik semasa berbelanja di kantin atau diluar

sekolah.

Sememangnya warga sekolah amat mengambil berat akan kesihatan dan

keperluan murid sekolah ini dalam usaha membina murid yang sihat dan cerdas

seiring dengan matlamat membina negara bangsa yang rakyatnya sihat serta

cerdas.

Refleksi Individu

Mohamad Syafie Bin Samsir PISMP SEM 3 SAINS/PK/PSK

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu

tugasan yang kami perolehi dari pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kami

iaitu Encik Wan Zamri b. Wan Muhamad. Tugasan adalah berkenaan beberapa

soalan berkaitan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan dijalankan di sekolah,

pendekatan anatomi yang diadakan oleh guru pendidikan jasmani dan kesihatan.

Seterusnya soalan berkenaan analisis postur murid yang mana ia melibatkan

bagaimana kesalahan postur tubuh itu dilakukan. Sebelum itu juga saya ada

14

Page 15: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

berjumpa dengan para pensyarah pembimbing bagi mendapatkan nasihat dan cara

untuk menjawab soalan tersebut.

Pertamanya kami mencari bahan rujukan dalam bentuk multimedia dalam

bentuk maya (soft copy) dari internet berkenaan tajuk serta bahan rujukan.

Kemudian melakukan pemerhatian, temu-bual, semakan dan rujukan melalui guru,

murid serta kakitangan bagi memastikan maklumat yang diperlukan diperolehi

dengan tepat dan bermakna.

Saya ada melakukan sesi dokumentasi bagi mendapatkan bahan sumber

penulisan dan kaedah pelaksanaan pendidikan jasmani di sekolah ini. Secara

keseluruhan saya berpendapat sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah

berjalan dengan peruntukan waktu sepenuhnya dan memerlukan sedikit

oenambahbaikan. Bermula dengan kaedah pelaksanaan dan prosedur semasa

melakukan kelas PJ serta selepas melakukan aktiviti dalam kelas PJ.

Pada pandangan saya pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah rendah

memerlukan penglibatan guru yang benar-benar terlatih untuk tujuan itu dan bukan

secara tangkap muat. Ini kerana teknik dan cara yang betul penting bagi memastikan

keselamatan diri dalam melakukan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah. Saya tidak

dapat menafikan memang jika di sekolah semua guru boleh mengajar pendidikan

jasmani, namun bagaimana mereka melakukannya samaada betul atau salah.

Kekangan guru yang benar-benar arif tentang ilmu pengajaran dan

pembelajaran pendidikan jasmani amat mendukacitakan. Malah, jika ada guru yang

bukan opsyen melakukan kesalahan semasa melaksanakan kelas pendidikan

jasmani. Pada hakikatnya, pendidikan jasmani merupakan satu subjek yang tidak

boleh dipandang remeh. Ini kerana,ia adalah teras pembinaan murid yang sihat,

cerdas dan berkualiti dari segi jasmani.

Pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi memberi kesan yang besar dalam

hidup kita. Bukan sahaja untuk memberi pengetahuan berkenaan badan namun

kaedah serta cara untuk menjaganya. Segalanya memerlukan ilmu dan praktikal bagi

melengkapi ilmu tersebut. Saya juga dapat mempelajari pelbagai teori berkenaan

anatomi dan fisiologi yang mana membantu saya untuk mengetahui kaedah dan cara

yang betul berkenaan postur, pemakanan, kesihatan dan tubuh manusia. Secara

15

Page 16: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

tidak lansung ia membuka mata saya akan kelebihan mempelajari anatomi dan

fisiologi.

Ilmu tanpa amal umpama pohon yang hidup subur tapi tidak berbuah.

Pengajaran anatomi dalam kalangan murid membuka dan memberi mereka peluang

untuk bergerak, melakukan kerja dan bermain secara kaedah postur badan yang

betul.

Saya berharap agar tugasan ini dapat membimbing saya untuk melengkapkan

diri sebagai seorang guru. Secara keseluruhannya saya dapat mengetahui sedikit

sebanyak berkenaan Anatomi dan Fisiologi. Ia membantu saya dalam usaha

menghadapi cabaran sebagai seorang guru disekolah kelak. Terima kasih kepada

semua pihak yang membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Rujukan

www.fitness-programs-for-life.com/good_posture.html

www.bodymindandmodem.com/Basics/posture.html

www.shedyourweight.com/

how_to_improve_your_posture_get_a_good_body_posture.html

www.sooperarticles.com/.../good-bad-body-posture-2801.html

www.shedyourweight.com/

how_to_improve_your_posture_get_a_good_body_posture.html

16

Page 17: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

www.bodyzone.com › Home › Posture & Health

17

Page 18: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

LAMPIRAN

18