penyakit penyakit (pj)

Upload: saidatul-fatini-athirah

Post on 07-Mar-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jenis-jenis penyakit

TRANSCRIPT

Pengenalan

NCD adalah singkatan kepada Non- Communicable Disease atau diterjemahkan ke dalam bahasa, bermaksud penyakit tidak berjangkit. Penyakit tidak berjangkit ini adalah penyakit yang tidak menyebabkan jangkitan kepada orang lain atau kata lain penyakit ini tidak akan menjangkiti orang lain. Contohnya, obesiti, diabetes, darah tinggi, sakit jantung, kanser dan lain lain lagi. Permasalahan Penyakit Tidak Berjangkit ini mengancam kita dan dunia pada hari ini adalah amat serius dan membimbangkan. Hal yang demikian, ini kerana kebanyakkan dari kita lebih bimbang penyakit penyakit yang berjangkit seperti AIDS, demam denggi, selsema burung dan lain lain sedangkan penyakit NCD menyumbang utamanya kematian di negara kita.

Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit merupakan antara 10 penyebab utama yang menyumbangkan kepada beban penyakit negara. Laporan KKM juga menunjukkan peningkatan tren penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular .

Kebanyakan penyakit tidak berjangkit mempunyai faktor risiko yang sama seperti peningkatan darah tinggi, peningkatan paras gula darah, kegemukan, paras lemak darah yang tinggi, tabiat merokok, pemakanan yang tidak sihat dan cara hidup yang tidak aktif. Peningkatan faktor risiko ini boleh menyumbang ke arah peningkatan penyakit tidak berjangkit.

Penyebab penyakit NCD ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor risiko gaya hidup iaitu pemakanan tidak sihat, merokok, tidak aktif secara fizikal dan stres yang di manifestasi melalui faktor risiko biologi seperti lebih berat badan dan obesiti, hipertensi, pre Diabetes dan paras lemak darah yang tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan cara hidup tidak cergas dan tidak aktif telah menyumbang kepada 1.9 juta kematian di dunia setiap tahun dan didapati sebanyak 60% penduduk dunia tidak aktif secara fizikal.

Di Malaysia, kajian faktor risiko NCD menganggarkan terdapat kira-kira 11.6 juta orang dewasa mempunyai sekurang-kurang satu faktor risiko penyakit yang boleh diubah yang antaranya adalah diet tidak sihat (kadar prevalen 72.8%), tidak aktif secara fizikal (kadar prevalen 60.1%), merokok (kadar prevalen 25.5%), obsiti (kadar prevalen 16.3%), hipertensi (kadar prevalen 25.7%), gula darah abnormal (kadar prevalen 11.0%) dan hiperkolesterolemia (kadar prevalen 53.5%). Kajian Adequacy audit ke atas pengurusan Diabetes dan Hipertensi di fasilti kesihatan pada tahun 2005 pula menunjukkan kualiti rawatan masih tidak memuaskan contohnya peratus pesakit diabetes terkawal hanya 10% dan peratus pesakit hipertensi terkawal hanya 28% sahaja.

Bagi memastikan masalah serius berkaitan penyakit tidak berjangkit ini dapat ditangani dengan berkesan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengujudkan satu cawangan khas - Bahagian Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan satu Unit Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang serupa diujudkan di Jabatan Kesihatan Negeri. Fungsiutama bahagian dan unit ini ialah bagi merangka polisi, strategi polisi, strategi serta memantau pelaksanaan program-program pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit dapat diuruskan secara optima di setiap peringkat.

Oleh itu, adalah diharapkan agar implementasi Perkhidmatan Intervensi Faktor Risiko NCD dapat mengekang dan mengurangkan prevalen faktor risiko NCD dan seterusnya dapat menurunkan beban penyakit NCD.

PENYAKITPUNCASIMPTOMCARA MENGATASI

Obesiti

Rajah 2.1 menunjukkan perbezaan individu yang normal dan individu yang obesiti GenetikKegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Kerosakkan pada salah satu bahagian otak iaitu hipotalumus. Pola makananOrang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Makan pada waktu malam Kurang bersukan. Pengaruh emosional. Faktor persekitaran

Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45kilogrammelebihi berat badan sepatutnya Indeks Jisim Badan(BMI) melebihi 40 atau 35 Letih lesu dan kurang bermaya Perubahan pada nada dan kotak suara Hormon wanita menjadi rendah. Kerap kencing dan pembuangan najis tidak lancar. Bau badan yang kuat Masalah gatal gatal kulit. Makan makanan yang seimbang Melakukan aktiviti sukan atau bersenam. Menjalani pemeriksaan kesihataan

Penyakit Obesiti

Obesiti atau kata lain kegemukan merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Penyakit obesiti menjadi suatu masalah yang besar pada rakyat zaman sekarang. Oleh hal ini kerana, penyakit obesiti boleh menggangu dan mencederakan organ organ badan seperti jantung dan seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Seseorang yang obesiti juga akan dihadkan kegiatan fizikal dan sosialnya dari berinteraksi dengan orang ramai, ini kerana individu tersebut malu untuk berhadapan dengan orang ramai kerana keadaan saiz badannya. Selain itu, penghidap obesiti berisiko untuk mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, strok, serangan jantung, Arthritis iaitu sakit sendi dan Vena Varikos, urat berpintal. Lebih buruk lagi, jangka hayat bagi orang obesiti adalah pendek.

Seseorang yang obesiti mempunyai berat badan sekurang kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal (lihat lampiran A). Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (lihat lampiran B). Kebiasaannya, individu ini gagal untuk mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka masa panjang walaupun, telah mengikuti diet yang disarankan oleh pakar pakar pemakanan. Manusia dilahirkan dengan saiz, berat badan dan ketinggian yang berbeza. Oleh itu, berat badan yang sepatutnya adalah kategori sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus.

Antara punca punca atau faktor seseorang itu menghidap penyakit obesiti adalah faktor genetik. Kita sering lihat dan bertemu dengan ibu bapa yang gemuk begitu juga dengan anak anaknya. Hal ini kerana, kegemukkan boleh diwarisi atau diturunkan dari generasi sebelumnya ke generasi seterusnya. Kemungkinan ketika ibu yang obesiti sedang hamil, unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah jika kita lihat anak anak mempunyai saiz badan yang besar sama dengan ibu bapanya.

Punca yang seterusnya, kerosakan pada salah satu bahagian otak bagi seseorang yang obesiti adalah besar. Sistem pengawal yang mengawal makanan yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut hipotalamus, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah otak. Hipotalamus mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah. Dua bahagian hipotalamus yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu hipotalamus lateral (HL) yang menggerakkan nafsu makan (pusat makan), hipotalamus ventromedial (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan (pusat kenyang). Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila hipotalamus ventromedial rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian hipotalamus ventromedial, maka seseorang akan menjadi gelojoh dan kegemukan.

Pola makanan yang tidak stabil juga merupakan punca utama obesiti. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Oleh hal yang demikian, inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, individu yang jarang-jarang bersukan ataupun tidak pernah langsung melakukan senaman ringan, kalori mereka tidak akan terbakar, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi sistem metabolisme kita. Kebiasaannya, orang yang duduk bekerja di pejabat akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Ini adalah kerana mereka kurang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kekurangan aktiviti gerak ini akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, penyakit obesiti ini membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati.

Bagi mengatasi masalah penyakit obesiti ini, individu tersebut mahupun orang ramai perlulah makan makanan yang seimbang. Kita haruslah mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur. Oleh yang demikian, kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan agar hidup lebih sihat. Selain itu, kita juga mestilah makan mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Tambahan pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menguar-uarkan slogan makan secara sihat, sihat sepanjang hayat bagi memastikan rakyat mengamalkan pemakanan yang sihat. Hal ini kerana,kita bukan sahaja sihat malah kehidupan lebih bahagia dan terjamin tanpa penyakit berbahaya sekiranya kita bijak dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang setiap hari.

Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur. Kita perlulahmendisiplinkan diridan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu. Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan kita. Kita tidak seharusnyamenjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak bersenam. Tambahan pula, kini banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah. Dengan itu, kita tetap berpeluang untuk bersenam dan kekal hidup sihat. Jadi, jelaslah bahawa melalui senaman yang teratur akan dapat membantu kita mengekalkan berat badan yang sihat sekali gus mencegah daripada masalah kegemukan,malahan kita seperti menyelam sambil minum air kerana dengan bersenam bukan sahaja badan kita sihat tetapi otak juga lebih cerdas.

Seseorang itu juga harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Pemeriksaan doktor setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang berisiko tinggi. Tindakan ini menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan penyakit akan dapat menghalang seseorang itu menderita dengan lebih teruk.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.

PENYAKITPUNCASIMPTOMCARA MENGATASI

Diabetes

Gambar rajah 1.2 penyakit diabetes menyerang di kaki dan menyerebak sehingga menjadi besar dan teruk. Berat badan berlebihan. Individu yang menghidapi obesiti berisiko tinggi menghidap diabetes Corak pemakanan tidak terkawal.Mengambil makanan dan minuman yang tinggi gula, mudah menghidap penyakit diabetes. Kurang bersenam.Individu yang kurang bersenam akan memudahkan penambahan berat badan dan semakin besar risiko mendapat diabetes Keturunan.Jika ibu bapa ataupun datuk dan nenek menghidap penyakit, kemungkinan anda menghidap diabetes Umur dan jantina.Diabetes lebih banyak dihadapi oleh lelaki berbanding perempuan, umur juga selalunya dipertengahan usia. Paras gula tinggi Dahaga berlebihan dan kerap kencing malam Hilang berat badan secara tiba tiba Sentiasa rasa lapar Luka lambat sembuh Keletihan dan cepat marah Terdedah kepada jangkitan kulat Penglihatan kabur Sensasi pada tangan dan kaki. Kulit merengsa Pemakanan yang sihat.Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat sertaMengikut keperluan umur. Tidur dan rehat secukupnya. Bersenam.Bersenam tiga kali seminggu dalam masa 20 minit. Penjagaan kesihatan.Kerap melakukan pemeriksaan doktor. SupplementAmbil supplement sebagai makanan tambahan.

Penyakit Diabetes

Diabetes berasal dari bahasa Latin. Diabetes atau nama penuhnya diabetes mellitus lebih dikenali dengan penyakit kencing manis di kalangan masyarakat negara kita. Diabetes adalah suatu penyakit yang tidak boleh disembuh tetapi boleh dirawat ataupun dikawal dari terus merebak. Diabetes mellitus ataupun kencing manis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Risiko mendapat diabetes adalah tinggi dalam kalangan orang yang gemuk ataupun lebih dikenali obesiti. Jika mempunyai berat badan yang berlebihan dan sukar untuk mengawalnya, ia mudah untuk diserang oleh diabetes. Pengambilan makanan yang tidak seimbang, iaitu mengambil makanan yang berlemak, bergula dan mengandungi karbohidrat yang berlebihan, berbanding mengambil makanan yang berserat seperti sayur sayuran dan buah buahan, akan mengakibatkan paras gula meningkat secara mendadak dalam darah dan glukosa gagal diproses oleh pankreas. Pengguna kini gemar memakan makanan yang berlemak seperti, burger, majerin, keju dan lain lain lagi. Kekurangan zat makanan di peringkat awal umur dan kelahiran tidak cukup berat juga menyebabkan terjadinya penyakit ini.

Selain itu, punca seseorang itu mendapat diabetes adalah kerana penghidap itu kurang bersenam ataupun mengabaikan aktiviti bersenam. Zaman yang serba moden ini, kita tahu ramai yang sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan. Apabila mereka merasakan diri mereka terlalu sibuk maka, mereka malas untuk bersenam dan menganggap ia tidak penting berbanding mengejar kehidupan yang mewah. Keadaan ini menyebabkan tenaga dalam badan tidak terbakar dan menyebabkan kadar glukosa meningkat dalam darah, akhirnya menyebabkan terjadinya penyakit diabetes.

Keturunan juga boleh menjadi punca seseorang itu menghidap diabetes. Jika ibu bapa anda menghidap penyakit ini, anda haruslah lebih menjaga kesihatan anda supaya mudah dijangkiti penyakit ini. Seterusnya, lelaki mudah menghidap diabetes berbanding wanita. Hal ini demikian kerana, wanita lebih cekap menjaga kesihatan berbanding lelaki. Umur juga mempengaruhi iaitu pertengahan usia. Bukti menunjukkan,terjadinya lebih 90% maut sebelum usia 60 tahun. Tanda-tanda awal penyakit ini yang berlaku kepada penghidap adalah penghidap kerap kencing daripada biasa, penghidap sentiasa dahaga dan lapar, luka yang lambat sembuh dan juga kerap mengalami jangkitan dan kegatalan di bahagian kemaluan. Selain itu, seseorang yang cepat letih atau penat mungkin menghidap penyakit ini. Penyakit seperti hiperglisemia iaitu sejenis penyakit yang terjadi apabila paras glukos dalam darah seseorang lebih tinggi daripada paras biasa atau lebih rendah daripada paras biasa berlaku kepada penghidap diabetes. Penyakit diabetes mengalami masalah pengeluaran insulin yang tidak mencukupi dari pankreas bagi membantu glukos dalam darah memasuki sel-sel badan yang kemudiannya ditukar menjadi tenaga. Akibatnya glukosa terkumpul di dalam darah menyebabkan peningkatan paras glukos di dalam darah. sel-sel badan pesakit kencing manis tidak mendapat tenaga secukupnya daripada glukos darah.

Langkah yang ideal bagi mengawal penyakit diabetes adalah denganmengawal pemakanan. Penghidap diabetes perlu makan makanan seimbang yang terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin, dan lemak. Penghidap diabetes hendaklah mengurangkan makanan yang berlemak dan makanan bergoreng. Makanan yang direbus lebih menyihatkan. Penghidap wajar mematuhi jadual pemakanan agar berat badan dapat dikawal pada paras yang dinasihatkan. Penghidap diabetes juga perlu mengelakkan mengambil makanan selepas makan atau di antara jadual makan yang ditetapkan.

Selain itu, penghidap diabetes juga perlu tidur dan berehat dengan secukupnya. Hal ini adalah untuk menjaga kesihatan kita dari terus mengeluarkan tenaga. Penghidap jjuga wajar dan perlumelakukan senaman atau aktiviti fizikal. Senaman penting bagi meningkatkan taraf kesihatan kerana senaman membantu mengurangkan paras glukosa dalam darah, meningkatkan peredaran darah, mengawal berat badan, menguatkan jantung, mengatasi tekanan perasaan. Senaman yang berkesan adalah senaman yang dilakukan selama 20 hingga 30 minit setiap kali, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Amalan senaman ini sepatutnya berterusan hingga akhir hayat.

Seterusnya, rawatan kesihatan kesihatan juga penting dalam pengamalan gaya hidup sihat terutama kepada penghidap diabetes. Rawatan kesihatan perlu dilakukan secara berkala iaitu tiga kali sebulan. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Perkara ini tidak seharusnya dipandang rendah. Baik yang muda mahupun tua perlu bersama sama menjaga kesihatan. Bagi penghidap diabetes, mereka perlu mengambil suntikan insulin bagi merawat penyakit diabetes itu dari terus merebak.

Kesimpulannya, jika paras glukosa tidak dikawal dengan baik maka, akan mengakibatkan penyakit diabetes itu menjadi lebih serius sehingga boleh membawa maut. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh hal yang demikian, marilah kita bersama sama mencegah dari dijangkiti penyakit diabetes.

PENYAKITPUNCASIMPTOMCARA MENGATASI

Darah Tinggi Penyempitan arteri Isi padu darah yang lebih dari normal Denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya. Cara hidup tidak aktif Umur melebihi 35 tahun Merokok Kegemukan Paras kolesterol tinggi Sejarah keluarga Pengambilan alkohol yang berlebihan Pengambilan garam yang tinggi

Darah yang pekat dan gelap. kepekatan darah meningkat dan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar Kerap rasa letih dan mengantuk. Darah yang tmenjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif Lemah tenaga batin atau mati pucuk. Kerap sakit kepalaatau migrain Penglihatan menjadi semakin kabur Kurangkan berat badan Bersenam Kurangkan pengambilan garam Jangan merokok Amalkan diet Membuat pemeriksaan dengan doktor.

Penyakit Darah Tinggi

Darah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan Darah Tinggi sudah menjadi satu masalah kesihatan berleluasa yang sedang mengancam ramai orang. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga, saudara atau kawan rapat yang telah menghidap masalah tekanan darah tinggi.

Pesakit yang mempunyai sekurang kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Kadartekanan darahtidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jikatekanan darahanda tinggi, doktor anda akan memeriksa semulatekanan darahanda untuk beberapa kali bagi menentukan kadartekanan darahanda yang sebenar. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutanjantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantungberehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukurtekanan darahadalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Punca tekanan darah tinggi adalah disebabkan daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukanplak-plak kolesteroldi dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku. Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterolyang meresap masuk ke dalam dinding saluran darah. Penyebab lain tekanan darah tinggi adalah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya. Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri. Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Selain itu, cara kehidupan seseorang itu mempengaruhi kesihatannya juga. Jika mengamalkan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang seperti melebihkan kandungan garam dan kolestrol yang tinggi dalam makanan akan menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mendapat darah tinggi. Bagi individu yang tidak sayang akan kesihatannya seperti merokok dan pengambilan alkohol merupakan penyebab penyakit darah tinggi. Selain itu, kemungkinan penghidap menghidap penyakit darah tinggi disebabkan faktor keturunan iaitu sejarah keluarga. Kebiasaan sering kita dengar, seseorang yang memiliki ibu bapa atau ahli keluarga yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia akan berisiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Statistik juga menunjukkan bahawa masalah ktekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar seiras berbanding sebaliknya. Hal ini kerana, sebuah penelitian menunjukan gen yang diturunkan menyumbang masalah tekanan darah tinggi. Faktor usia juga tidak boleh dielakkan. Penelitian menunjukkan semakin usia seseorang itu bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Faktor ini sama dengan faktor kurang bersenam. Kurangnya bersenam dan bergerak akan menyebabkan tekanan darah dalam tubuh meningkat. Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal mampu menurunkan tekanan darah tinggi tetapi tidak digalakkan melakukan aktiviti yang berat. Bak kata pepatah ukur badan di badan sendiri, ini bermaksud melakukan aktiviti mengikut kemampuan diri. Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi penyakit tekanan darah tinggi. Antaranya, mengamalkan gaya hidup sihat iaitu ketahui keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan, secara tidak langsung dapat mengurangkan berat badan. Makan 5 7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil. Melebihkan makan makanan yang berserat atau dalam bahasa Inggeris fiber seperti, sayur sayuran yang segar, grains dan nasi perang. Kebiasaannya, masalah kolestrol tinggi turut serta dalam masalah tekanan darah tinggi. Oleh itu, kita seharusnya mengawal tahap kolestrol dan elakkan makan makanan yang berkolestrol tinggi seperti makanan laut, organ organ seperti paru paru, hati dan kurangkan makan makanan yang berlemak haiwan. Dalam pemakanan, kita seharusnya mengurangkan pengambilan garam kepada kurang 2.3 gram sehari. Garam umpama pasir yang serap air dan meningkatkan tekanan darah. Bagaimana untuk mengurangkan pengambilan garam adalah dengan mengurangkan kicap, telur masin, ikan masin, dan jangan menambahkan garam pada makanan yang sudah dihidang. Hal ini kerana, satu sudu kecil yang kita masukkan dalam makanan mengandungi 2.3 gram. Selain itu, jangan merokok.Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa. Seterusnya, kurangkan stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan. Secara konklusinya, penyakit tekanan darah tinggi ini tidak boleh kita pandang enteng. Jika seseorang itu penghidap penyakit darah tinggi perlulah kerap kali membawa penghidap tersebut berjumpa dengan doktor. Melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau kesihatan anda. Walaupun, anda tidak menghidap tekanan darah tinggi perlulah berjumpa dengan doktor sekurang kurangnya setahun sekali. Hal ini adalah untuk langkah langkah pencegahan.

PENYAKITPUNCASIMPTOMCARA MENGATASI

Pneumonia

Rajah 1.2 menunjukkan perbandingan alveoli bagi orang yang sihat dengan penghidap paru paru berair Kegagalan buah pinggang. Kerosakkan hati yang kronik. Pemberian cecair atau darah yang banyak dan terlalu cepat secara introvena. Penyakit tiroid yang terlalu aktif. Penyakit jantung koronari. Penyakit injap jantung mitral yang sempit. Penyakit injap aorta yang bocor. Masalah jantung berlubang yang berpanjangan. Penyakit radang dinding jantung (kardiomyopati). Kekurangan darah merah yang teruk.

Batuk berpanjangan.Kahak berwarna coklat atau berwarna berkarat. Kadangkala penghidap alami batuk berdarah. Selsema Demam panas iaitu 39 celcius Sakit dada. Sukar bernafas Berair mata. Deringan di telinga. Melakukan pemeriksaan sinar-x dada, ujian darah dan pemeriksaan tuberkulosis untuk mengetahui jumlah sel darah, fungsi buah pinggang dan hati serta ujian kahak bagi mengenal pasti kuman. Mendapatkan suntikan vaksin influenza dan pneumokokal.Vaksin influenza bertujuan untuk mencegah pneumonia yang disebabkan influenza, manakala vaksin pneumokokalAdalah untuk memberi perlindungan daripada jangkitan bakteria streptococcus pneumoniae.

Penyakit Pnuemonia

Penyakit Pnuemonia dikenali dalam bahasa melayu ialah penyakit paru paru berair. Paru paru berair ini merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air atau bendalir berkumpul dalam paru paru. Jenis bendalir tersebut adalah berdasarkan punca penyakit paru paru berair. Jika alveoli di paru paru dipenuhi dengan darah ia dikenali sebagai Hemothorax manakala, alveoli yang dipenuhi dengan nanah dikenali sebagai Pyothorax. Darah mengalir ke paru-paru dari jantung kanan untuk mengambil oksigen dan mengembalikan karbon dioksida sebelum kembali ke jantung kiri dan seterusnya ke tisu badan. Bila darah yang mengalir ke paru-paru berlebihan dan tekanan darah dalam saluran darah yang mengalir keluar dari paru-paru ke jantung kiri meningkat, darah akan bertakung dalam paru-paru. Apabila ia berlaku, kita akan lemas dengan darah kita sendiri.

Tanda tanda paru berair bergantung kepada kadar takungan dan jumlah darah yang bertakung. Bila ia berlaku dalam masa yang singkat, pesakit akan sesak nafas yang ketara, batuk teruk dan nafas berbunyi seperti mereka yang diserang lelah. Kahak yang keluar pula mungkin berdarah. Bibir pula akan kebiruan, selain jari jemari yang berpeluh teruk. Pesakit juga sukar untuk baring.

Tetapi, jika takungan berlaku dalam jangka waktu yang panjang, pesakit mudah sesak nafas semasa berjalan, naik tangga atau mendaki bukit malah bersenam ringan. Bila isi padu darah yang bertakung meningkat, pesakit mengadu tidak boleh baring mendatar, memerlukan lebih daripada satu bantal untuk kepala dan sering terbangun pada waktu malam kerana tersedak dan terbatuk-batuk. Selain itu, boleh juga berlaku bengkak atau sembab kaki, takungan air dalam perut (ascitis) dan bengkak hati.

Selain dari batuk, pesakit juga mengalami beberapa simptom lain iaitu, selsema, demam dan kesejukkan. Pesakit kemungkinan juga akan menghidap sakit kepala. Jika demam sampai 102 darjah, pesakit dinasihatkan segera berjumpa dengan doktor dan menerima rawatan. Seterusnya, tanda biasa kepada pesakit yang menghidap penyakit paru paru berair ini adalah mata berair. Individu yang biasanya mempunyai paksaan yang kuat untuk lap mata mereka, mengakibatkan mata berwarna merah, bengkak. Terdapat beberapa cara untuk mengatasi penyakit paru paru berair ini dari terus menjadi lebih teruk. Antaranya, pesakit perlu melakukan beberapa ujian iaitu pemeriksaan sinar-x dada, ujian darah dan membuat pemeriksaan tuberkulosis (tibi). Oleh hal yang demikian ini adalah untuk mengetahui jumlah sel darah, fungsi buah pinggang dan hati dapat berfungsi dengan baik atau tidak. Ujian ujian ini juga, doktor boleh menentukan jenis antibiotik yang boleh diberi kepada pesakit, ini kerana jenis antibiotik bergantung kepada kuman yang menyebabkan paru paru berair. Jenis jenis antibiotik yang diberi ialah penisilin,macrolidesdanfluroquinolones. Antibiotik ini boleh diberi dengan suntikan ataupun pil. Antara yang layak menerima antibiotic ini ialah pesakit berumur lebih dari 50 tahun atau kanak kanak. Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit sakit jantung kongestif.

Seterusnya, pesakit boleh mendapatkan perlindungan daripada vaksin iaitu vaksin influenza dan vaksin pneumokokal. Vaksin influenza diberi setiap tahun adalah untuk mencegah paru paru berair yang disebabkan influenza. Vaksin ini diberi kepada pesakit berumur lebih 65 tahun malah, diberi juga kepada warga emas yang menetap di rumah orang tua. Seterusnya, pesakit yang menghidap penyakit kronik termasuk sekatan pulmonari kronik dan juga pesakit jantung, terutama yang mengalami kegagalan jantung kongestif. Manakala, suntikan pneumokokal memberi perlindungan daripada jangkitan bakteria streptococcus pneumoniae. Bagi kebanyakan orang, vaksin ini hanya perlu diambil sekali seumur.

Kesimpulannya, Pneumonia adalah jangkitan serius dan perlu diberi perhatian segera. Kadar kematian akibat pneumonia di negara kita tinggi iaitu kira-kira 30% yang membabitkan semua peringkat umur. Justeru, apabila anda demam panas dan batuk teruk yang tidak berkurang selepas tiga atau empat hari mengambil ubat, segera jalani pemeriksaan lanjut, terutama bagi pesakit tua dan kanak-kanak. Perkara paling penting ialah mematuhi jadual pengambilan antibiotik yang mesti dihabiskan semuanya. Walaupun pneumonia boleh dicegah dan dirawat, ia jangkitan serius yang boleh membawa maut.

PENYAKITPUNCASIMPTOMCARA MENGATASI

Asthma

Rajah 1.3 menunjukkan perbandingan antara tuib brochul yang normal dengan tuib brochul Alahan pada objek di udara, seperti debunga, mold iaitu sejenis parasite, lipas, hama dan habuk habuk. Jangkitan pernafasan seperti selsema. Pencemaran udara seperti asap rokok, kenderaan, pembinaan rumah. Cuaca sejuk yang melampau Ubat ubatan Alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut. Alahan kepada bau bauan seperti minyak wangi yang terlalu kuat. Alahan kepada bulu haiwan peliharaan Sesak nafas Nafas berbunyi. Batuk yang berterusan. Bibir kebiruan disebabkan kekurang oksigen. Sakit dada. Sukar bernafas. Menjaga cara pemakanan yang seimbang. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma Ambil ubat yang dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Penyakit Asma

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi iaitu satu sistem pertahanan badan yang terdiri dari dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Sistem Pertahanan Badan Primer adalah kulit, mukosa dan silia. Manakala, sekunder adalah melalui fagositosis. Penyakit Asma menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Hal ini adalah kerana, ketika pesakit diserang asma, keradangan pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru paru sempit. Apabila ini terjadi, paru paru akan berkurangan udara. Akhirnya, pesakit akan sesak nafas, pengsan dan lebih teruk membawa maut.

Tanda-tanda awal penyakit asma adalah perubahan yang berlaku sebelum atau pada awal-awal serangan asma. Tanda-tanda ini boleh bermula sebelum tanda-tanda asma yang biasanya terjadi dan ianya adalah tanda-tanda awal bahawa asma anda akan menjadi lebih teruk. Secara umum, tanda-tanda ini belum mencukupi untuk menghentikan anda daripada melakukan aktiviti harian anda. Tetapi dengan mengenal pasti tanda-tanda ini, anda boleh menghentikan serangan asthma atau menghalang seseorang yang menghidapinya daripada menjadi lebih teruk.

Punca utama pesakit diserang asma adalah alahan dari objek di udara, seperti debunga, mold iaitu sejenis parasite, lipas, hama dan habuk habuk. Pencemaran udara seperti asap kenderaan juga penyebab utama seseorang itu menghidap asma. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.

Senaman yang bertenaga seperti berlumba lari, bola sepak dan seumpama dengannya merupakan pencetus penyakit asma sehingga membuatkan seseorang itu termengah mengah. Selain itu, udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga merupakan perangsang pada sesetengah pesakit. Asma boleh dihidapi oleh semua peringkat umur namun ia sering bermula semasa zaman kanak-kanak. Anggarkan 4.5 peratus daripada golongan dewasa adalah penghidap asma manakala kanak-kanak adalah golongan dominan pesakit ini iaitu sebanyak 7.1 peratus di Malaysia.

Cara untuk mengatasi penyakit asma ini, terdapat banyak ubat untuk mengubati asma dan kebanyakkanya adalah secara sedutan. Ubat sedutan adalah cara yang sangat berkesan kerana ubat yang diberi secara sedutan hanya memerlukan dos yang sangat rendah dan ia akan masuk terus ke dalam saluran udara dan bertindak dengan cepat tanpa memberikan kesan sampingan sistemik. Ubat rawatan asma boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ubat sedutan penahan (reliever) dan ubat sedutan pencegah (preventor).

Ubat penahan biasanya mengandungi ubat yang bertindak bagi mengembangkan saluran udara ketika pesakit mengalami serangan akut manakala ubat untuk mencegah (preventor) mengandungi dos steroid yang agak rendah dan berfungsi sebagai anti-inflamasi bagi mencegah serangan akut asma. Kandungan steroid yang rendah dalam sedutan ini tidak akan memberi kesan sampingan yang teruk kepada pesakit sekiranya digunakan mengikut arahan doktor berbanding ubat steroid yang diambil secara oral.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa ubat steroid boleh mengurangkan serangan akut dan juga kematian akibat asma. Ramai orang yang takut menggunakan steroid disebabkan oleh kesan sampingannya tetapi anggapan ini adalah kurang tepat kerana hanya dos yang rendah terdapat di dalam ubat sedutan. Apabila pesakit tidak menggunakan ubat sedutan steroid seperti yang diarahkan, ini akan mengakibatkan kurangnya kawalan terhadap penyakit asma. Ini berbeza dengan ubat menahan (reliever). Jika pesakit kerap menggunakan ubat menahan (reliever), terdapat banyak kesan sampingan dan asma juga tidak dapat dikawal dengan baik. Kajian membuktikan lebih banyak kematian dikesan di kalangan pesakit sekiranya ubat penahan (reliever) digunakan lebih banyak dari ubat pencegah (preventor).

Jika seseorang pesakit asma mengalami serangan asma lebih dari dua kali seminggu, pesakit perlu menggunakan kedua-dua jenis ubat sedutan tersebut. Yang penting adalah penggunaan ubat sedutan pencegah (preventor) setiap hari, walaupun jika tiada tanda-tanda serangan asma dan kekerapan pengambilan ubat mungkin perlu ditingkatkan bergantung kepada kawalan asma pesakit. Kemajuan sains dan teknologi terkini juga telah membawa kepada kombinasi ubat penahan (reliever) dan pencegah (preventor) dalam satu alat sedutan. Di samping itu, terdapat beberapa jenis ubat sedutan dan ubatan biji baru yang sangat berkesan untuk mengawal serangan asma. Selain itu, cara pemberian sedutan (inhaler device) juga telah dipelbagaikan bagi memudahkan pesakit dari setiap peringkat umur menggunakannya.

Secara konklusinya, serangan Asma ini perlulah dititk beratkan. Jika seseorang itu diserang Asma perlulah segera merawatnya dan jika masih berterusan perlulah membawa pesakit berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang lebih lanjut.

21