rps pj (rabu)

18
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT (40 MINIT) Kelas : Prasekolah Pintar Tarikh : 6 Mei 2015 ( Rabu) Masa : 9.00 9.40 Pagi (40 minit) Bilangan Pelajar : 25 Orang Modul : Asas Tema / Tajuk : Merenyuk Tunjang Utama Fokus : Tunjang Fizikal dan Estetika - Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan (PFK) : PFK 1.0 Perkembangan motor halus Standard Kandungan : PFK 1.1 Melakukan kemahiran motor halus Standard Pembelajaran : PFK 1.1.2 Menggunakan tangan untuk merenyuk kertas Kesepaduan Tunjang : PM 12.1.1 Melakukan aktiviti secara berkumpulan BM 1.1.2 Mendengar arahan mudah dan memberi respon dengan bimbingan Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :- 1. Merenyuk kertas menggunakan tangan dengan teknik yang betul sekurang-kurangnya 8 helai surat khabar. Elemen Merentas Kurikulum : Keusahawanan - Kesanggupan melakukan percubaan sehingga berjaya Pengetahuan Sedia Ada : Murid berupaya merenyuk. Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir Fokus MI/KP : Bekerjasama, menunggu giliran, mendengar arahan. : Kinestatik, interpersonal, linguistik : 1. Menjana idea- Murid melihat demonstrasi dalam sesuatu aktiviti dan menjana idea

Upload: elaine-lee-san-san

Post on 25-Sep-2015

332 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Rancangan pengajaran slot Pendidikan Jasmani Prasekolah

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT(40 MINIT)

Kelas: Prasekolah Pintar

Tarikh : 6 Mei 2015 ( Rabu)

Masa : 9.00 9.40 Pagi (40 minit)

Bilangan Pelajar: 25 Orang

Modul : Asas

Tema / Tajuk: Merenyuk

Tunjang UtamaFokus : Tunjang Fizikal dan Estetika - Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan (PFK): PFK 1.0 Perkembangan motor halus

Standard Kandungan: PFK 1.1 Melakukan kemahiran motor halus

Standard Pembelajaran: PFK 1.1.2 Menggunakan tangan untuk merenyuk kertas

Kesepaduan Tunjang : PM 12.1.1 Melakukan aktiviti secara berkumpulan BM 1.1.2 Mendengar arahan mudah dan memberi respon dengan bimbingan

Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :-1. Merenyuk kertas menggunakan tangan dengan teknik yang betul sekurang-kurangnya 8 helai surat khabar.

Elemen Merentas Kurikulum : Keusahawanan - Kesanggupan melakukan percubaan sehingga berjaya Pengetahuan Sedia Ada: Murid berupaya merenyuk.

Penerapan NilaiKemahiran Berfikir Fokus MI/KP

Bahan Bantu Mengajar :: Bekerjasama, menunggu giliran, mendengar arahan.: Kinestatik, interpersonal, linguistik: 1. Menjana idea- Murid melihat demonstrasi dalam sesuatu aktiviti dan menjana idea untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti. 2. Menghubung kait-Murid mengkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru untuk menyelesaikan masalah.

BilBahan Pengajaran dan pembelajaranJumlah

1Skitel4

2Tali1 gulung

3Gelung25

4Baldi4

5Surat khabarSecukupnya

6Komputer1

7Pembesar suara1

Bahagian/ MasaAktivitiFokus PembelajaranPengelolaan/ Strategi PdPCATATAN

Permulaan (5 minit )Bercerita tentang asal usul kertas.

Isu pencemaran dan kesan daripada penebangan pokok yang berleluasa.

Fungsi jari jemari

Guru menceritakan asal usul kertas. Guru meminta murid untuk melihat persekitaran mereka.

Guru mengaitkan dengan isu penebangan pokok yang berleluasa. Murid menyatakan kesan penebangan pokok kepada manusia.

Guru bertanya fungsi jari jemari. Murid: Meramas, mengoyak dan lain-lain. Guru dan murid membuat aktiviti pemanasan jari dengan lagu.

Guru mengarahkan murid untuk berkumpul di hadapan guru dalam bentuk separuh bulatan.

Alatan:KomputerPembesar suara

Nilai:Mendengar arahan

Strategi:Kecerdasan pelbagai

KBKK: Menjana idea.

Perkembangan ( 18 minit )Aktiviti 1 (8 minit ):

Demonstrasi merenyuk surat khabar oleh guru.

Murid merenyuk kertas dengan bimbingan guru.

Aktiviti 2 (10 minit ): Guru membuat demonstrasi aktiviti yang akan dijalankan.

Merenyuk kertas dan memasukkannya ke dalam baldi.

Mengambil surat khabar dengan kedua-dua belah tangan. Jari tangan merenyukan kertas dengan cara genggam dan buka.

Guru mengedarkan surat khabar kepada setiap murid. Guru membimbing murid untuk merenyuk kertas dengan teknik yang betul.

Mata pandang ke arah sasaran. Kaki dibuka seluas bahu. Membengkokkan badan untuk mengambil surat khabar. Mengambil surat khabar dengan kedua-dua belah tangan. Jari tangan merenyukan kertas dengan cara genggam dan buka. Luruskan tangan untuk meletakkan renyukan surat khabar ke dalam baldi.

.

Murid berkumpul dalam separuh bulatan.

B

DC

Petunjuk:

Surat KhabarBaldi

GelungngMurid

\

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan, iaitu kumpulan A, B, C, dan D. Empat gelung diletakkan dalam bentuk segi empat. Murid berjalan mengelilingi gelung tersebut untuk mengambil surat khabar dan merenyukannya. Surat khabar yang direnyukan diletakkan ke dalam baldi. Membuat pusingan dengan mengubah arah mengikut jam.

Alatan:4 baldi, 25 gelung, surat khabar lama, tag baldi.

Nilai: Bekerjasama, menunggu giliran, mendengar arahan.

Strategi:Kecerdasan pelbagai danTGFU

KBKK: Menjana idea, menghubung kait

Kemuncak(12 minit )Permainan KecilMerenyuk sehingga besar.

Guru membuat demonstrasi.

Murid berlari ke arah gelung. Mata pandang ke arah sasaran. Kaki dibuka seluas bahu. Membengkokkan badan untuk mengambil surat khabar. Mengambil surat khabar dengan kedua-dua belah tangan. Jari tangan merenyukan kertas dengan cara genggam dan buka. Murid membawa renyukan surat khabar ke gelung yang seterusnya. Murid meletakkan renyukan surat khabar ke atas surat khabar yang belum direnyuk. Murid merenyuk surat khabar tersebut bersama-sama. Murid melakukan aktiviti yang sama pada gelung ketiga. Murid membawa renyukan surat khabar dan memasukkannya ke dalam baldi.

Petunjuk:

BaldiSurat khabarMuridGelungSkitel

Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki bergerak ke arah gelung yang pertama. Murid dikehendaki mengambil satu surat khabar dan merenyuk surat khabar tersebut. Surat khabar yang telah direnyuk haruslah dibawa di gelung yang seterusnya. Murid meletakkan renyukan surat khabar ke atas surat khabar yang belum direnyuk. Murid merenyuk surat khabar terus bersama-sama menjadi satu renyukan surat khabar. Murid mengulangi langkah tersebut pada gelung yang ketiga. Murid memasukkan hasil renyukan surat khabar ke dalam baldi yang disediakan dan balik ke kumpulan masing-masing. Ahli kumpulan yang seterusnya akan melakukan pergerakan yang sama sehingga masa tamat. Pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan surat khabar yang direnyuk dalam baldi tersebut. Alatan: 4 skitel, 12 gelung, 4 baldi, surat khabar lama.

Nilai:bekerjasama, mendengar arahan, menunggu giliran

Strategi:TGFU

KBKK:Menghubungkait

Penutup (5 minit )Aktiviti menyejukkan badanMurid menyanyi lagu senaman si Tommy sambil melakukan aksi

Semasa menyanyi: Murid diminta berada dalam bulatan Badan tegak Kaki dibuka seluas bahu Murid melakukan aksi mengikut lagu-Tangan kiri ke depan, -ke belakang-Depan belakang, lalu goyangkan -Lakukan seperti ini (membuat bentuk segi tiga menggunakan jari) dan berputar-Pegang tangan kawan dan maju ke hadapan-Langkah seterusnya diikuti dengan tangan kanan-Kaki kanan ke depan-Ke belakang-Depan belakang, lalu goyangkan-Lakukan seperti ini ( membuat bentuk segi tiga menggunakan jari) dan berputar-Pegang tangan kawan dan maju ke hadapanAlatan: Skitel Pembesar suara Komputer riba

Refleksi Pelatih:[permasalahan P&P, kekuatan / kelemahan]

Ulasan Pensyarah / Guru pembimbing:

Penilaian Nama murid:BilIndikatorYaTidak

1. Dapat merenyukkan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dengan tepat.

1. Dapat bekerjasama antara ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal dengan baik.

BORANG MARKAH

KumpulanJumlah surat khabar yang direnyuk

A

B

C

D

ABCD