pj-nota hoki

16
Pengenalan Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSS) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk murid-murid. Hoki juga popular di sekolah-sekolah menengah, kelab, institut/maktab, universiti dan persatuan-persatuan. Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak takraw, khasnya di luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik dan alatan bermain yang mahal berbanding dengan bola sepak dan sepak takraw. Guru dan jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di lihat handal yang cukup bermotivasi untuk mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana penduduk Malaysia mempunyai bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai susuk badan yang sesuai. Walau bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat bahawa badan besar orang Eropah adalah kelebihan yang nyata, terutamanya dari segi kekuatan. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan. Pasukan Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun, pasukan wanita kurang

Upload: kucingmalas

Post on 21-Jun-2015

1.134 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: pj-nota hoki

Pengenalan

Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSS) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk murid-murid. Hoki juga popular di sekolah-sekolah menengah, kelab, institut/maktab, universiti dan persatuan-persatuan.

Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak takraw, khasnya di luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik dan alatan bermain yang mahal berbanding dengan bola sepak dan sepak takraw. Guru dan jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di lihat handal yang cukup bermotivasi untuk mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana penduduk Malaysia mempunyai bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai susuk badan yang sesuai. Walau bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat bahawa badan besar orang Eropah adalah kelebihan yang nyata, terutamanya dari segi kekuatan. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan.

Pasukan Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun, pasukan wanita kurang berjaya, walaupun satu ketika dahulu mereka adalah yang terbaik di Asia.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar HokiHoki - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki

Page 2: pj-nota hoki

SEJARAH HOKI: Pengenalan, Asal Usul Hoki, Perkembangan Hoki

Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Page 3: pj-nota hoki

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar HokiBas-reliefs - http://en.wikipedia.org/wiki/ReliefShinty - http://en.wikipedia.org/wiki/ShintyPrince of Wales - http://en.wikipedia.org/wiki/Prince_of_Wales

PERALATAN SUKAN i. Padang hoki

Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu gol diletakkan di atas garisan belakang.

Rajah 1.1: Padang hoki

ii.Pintu gol Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar(crossbar). Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna putih.

Page 4: pj-nota hoki

Rajah 1.2: Pintu gol

iii. Jaring Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyai“mesh” berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.

iv. Tiang bendera Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

Rajah 1.3: Posisi tiang bendera

v. Bola Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanyapermukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah diantara 156 g – 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g – 235 g.

Rajah 1.4: Bola hoki

vi. Kayu hoki Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagian

Page 5: pj-nota hoki

bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang berbentuk “J” atau “U”. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

Rajah 1.5: Ukuran kayu hoki

Rajah 1.6: Gelung bagi diameter kayu hoki

vii. Alatan penjaga gol

Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola.

Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

Page 6: pj-nota hoki

Rajah 1.7: Kelengkapan alatan penjaga gol

viii.KasutPemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yang mempunyai tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain di atas permukaan sintetik di mana membenarkan pemain mempunyai tempat berpijak yang baik.

Rajah 1.8: Kasut tetungku getah

KEMAHIRAN ASAS

Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan, kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dan kemahiran-kemahiran asas. Kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada pemain untuk mempamerkan kreativiti dan gaya individu. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainan hoki, iaitu:

i. MenggelecekMenggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila di kawal oleh pihak lawan. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu:

Menggelecek longgar Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihak lawan dan memiliki bola sambil bergerak.

Page 7: pj-nota hoki

Rajah 1.10: Menggelecek longgar

Menggelecek rapat Ia digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak.

Rajah 1.11: Menggelecek rapat

Menggelecek “lndian” Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat melepaskan diri daripada pihak lawan.

Rajah 1.12: Menggelecek Indian

Page 8: pj-nota hoki

Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menggelecek:

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan.

Badan- bongkok sedikit dan lutut dibengkokkan. Mata- memandang pada bola semasa membuat tolakan. Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Pastikan kedudukan kayu

hoki adalah lebih kurang 450 dari tanah.

i. Memukul Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki. Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran memukul:

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satu bentuk “V” dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua- dua tangan adalah selari dengan kayu hoki.

Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kaki bersudut tegak dengan bahu. Berat badan seimbang semasa hayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasa hayunan ke bawah.

Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu kayu hoki.

ii. Menolak Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihak lawan terutamanya untuk“clearance” dan jaringan gol. Kelebihan kemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawan sukar menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menolak:

Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.

Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan kepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolak bola.

Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di belakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah mana bola bergerak.

iii. Menguis Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menguis:

Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.

Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas sedikit.

Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan

Page 9: pj-nota hoki

Rajah 1.12: Menguis

iv. . Menahan/menyerkap Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam permainan hoki. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menahan:

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan.

Mata- memandang pada arah bola Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan badan

membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.

Rajah 1.13: Menyerkap

v. Merebut (tackle) Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan dengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu: Tackle jab

Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk(jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.

Tackleforehand Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan pemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri di hujung kayu dan tanagan kanan di bahagian tengah kayu.

Page 10: pj-nota hoki

Rajah 1.14: Tackle forehand

Tackle reverse stick Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain penyerang berlari melepasi bola.

Rajah 1.15: Tackle reverse stick

Berikut adalah perkara yang perlu diketahui dalam kemahiran merebut: Mata sentiasa memerhati ke arah bola Kekalkan kayu hoki di atas tanah supaya mengurangkan jaraknya dari bola

dan penahan dapat bergerak dengan cepat apabila mendapat peluang. Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya

penyerang melakukan kesilapan. Berdiri dengan sebelah kaki berada di hadapan supaya dapat bergerak dan

bertukar arah dengan mudah dan cepat.

i. Sudut penalti Kemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana kebanyakan bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti. Perkara yang perlu dipastikan semasa mengambil sudut penalti adalah:

Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan bola mesti diberhentikan di luar kawasan D. Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan berada dalam kawasan D semasa sudut penalti

Pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan gol sehingga bola di tolak masuk oleh penyerang.

Page 11: pj-nota hoki

Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalam kawasan bermain.

Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan kawasan D sehingga bola di tolak masuk

Peraturan permainan

Olahraga Hoki adalah permainan yang dipertandingkan oleh 2 (dua) regu, yang terdiri atas 11 orang dari masing-masing regu. Seperti dimaklumi satu regu yang terdiri atas 11 pemain adalah :

1. Penjaga gawang 2. Back kanan3. Back kiri4. Gelandang kanan5. Gelandang tengah6. Gelandang kiri7. Kanan luar8. Kanan dalam9. Penyerang tengah10. Kiri dalam11. Kiri luar

Peraturan Umum dari permainan Hoki adalah sebagai berikut :

Seorang pemain dilarang untuk :

Mengangkat stick di atas pundaknya bilamana dapat membahayakan. Melakukan permainan yang dapat membahayakan Memukul bola ke udara, mengangkatnya Menendang atau menahan bola dengan kaki (kecuali penjaga gawang sesuai

peraturan) Memukul, menggigit atau menahan stick lawan Menghalangi lawan dengan badan atau stick, mendorong, menahan atau menjatuhkan

menyandung lawannya.

Seorang pemain diperbolehkan untuk :

Menahan bola dengan tangan (sesuai peraturan yang berlaku), sepanjang bola tersebut jatuh dengan segera, jadi bukan menangkap bola melainkan menahan bola dengan telapan tangan yang terbuka.

Di dalam D (Striking circle) hanya penjaga gawang diperbolehkan bermain dengan kakinya, menendang dan menahan bola dengan bahagian tubuh badan yang mana saja, tetapi ia tidak bolah berbaring di atas atau di depan bola.

Page 12: pj-nota hoki

Hukuman yang dapat diberikan adalah :

i. Free hit/pukulan bebasPukulan bebas dilakukan pada tempat dimana pelanggaran terjadi

ii. Penalty corner – short cornerPenalty corner dapat dilakukan di atas garis pinggi gawang regu yang mendapat hukuman di sebelah mana saja, namun sekurang-kurangnya 2,75 m dari tiang gawang yang terdekat.Penalty corner ini diberikan bilamana seorang diketahui dengan jelas menyentuh bola disebelah daerah gawangnya atau disebabkan sesuatu hal yang dilakukannya di dalam D atau striking circle.

iii. Penalty StrokePenalty stroke diberikan disebabkan kesalahan yang dilakukan dalam D atau striking circle bila seorang pemain yang bertahan dengan jelas menghalangi sebuah bola yang akan masuk dengan cara yang tidak dibenarkan.Penalty stroke dilakukan dari jarak 7,31 m dari depan gawang.Pemain-pemain lainnya harus berada di belakang garis 25 yard. Bilamana penjaga gawang dapat menahan bola maka regu yang bertahan diberikan pukulan bebas (free hit) dari suatu titik 14,63 m dari gawang.

iv. Corner hit – long cornerCorner hit diberikan bilamana seorang pemain dengan tidak sengaja memukul atau memainkan bola ke belakang garis gawangnya dari jarak kurang dari garis 25 yard.Corner hit tersebut dilakukan dari jarak 9,14 m dari tiang gawang terdekat. Untuk hit ini pemain-pemain dari regu yang menyerang harus berada di belakang garis D atau striking circle.

v. OffsideOffiside adalah bilamana seorang pemain melampaui 2 pemain lawan di depannya apabila berada di daerah lapangan lawan.

vi. Hit – in – pukulan ke dalamBilamana seorang memukul atau menyentuh bola dengan sticknya melampaui garis pinggi, hit ini dilakukan di atas garis oleh seorang pemain lawan dari tempat dimana bola itu keluar lapangan. Pemain-pemain lain dengan sticknya harus berada sekurang-kurangnya dalam jarak 4,55 m dari yang memukul bola. Apabila bola yang dipukul oleh seorang penyerang melampaui garis gawang maka hitnya atau free hit dilakukan dari suatu titik 14,63 pada arah dimana bola tersebut meninggalkan atau keluar lapangan.