pj tutorial.pptx

23
BAB 4: PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL Peraturan–peraturan permainan tradisional Pengurusan pertandingan tradisional KEE WEE YONG

Upload: kee-wee-yong

Post on 20-Nov-2015

262 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BAB 4: PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL

BAB 4: PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONALPeraturanperaturan permainan tradisionalPengurusan pertandingan tradisional KEE WEE YONG

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pertandingan permainan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang termaktub tidak dinyatakan secara jelaslebih bergantung kepada situasi semasa di tempat pertandingan dan peserta yang mengambil bahagian.

PT biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan.

Contoh:penyertaan individu yang ramai pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan sesuai dalam bentuk kalah mati. pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga

seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali sahaja. Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan meneruskan pertandingan sehingga diisytiharkan sebagai johan

4

Galah PanjangDimainkan di luar rumah.Cara Bermaindimainkan secara berkumpulan terdapat dua kumpulan dalam satu permainan.Kumpulan penyerang kumpulan bertahan

Setiap kumpulan akan mempunyai pemain tidak kurang dari empat orang dan biasanya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu zum dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan mematikan pasukan sama ada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain akan ditentukan terlebih dahulu. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak.

Sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, sama ada secara individu atau beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit atau dicuit oleh pasukan bertahan. Pasukan bertahan adalah cuba menghalang (mencuit atau menangkap) setiap penyerang di sepanjang garisan permulaan dan garisan jagaannya Jika salah seorang pasukan penyerang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan PermainanKesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dihalang oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati jika melakukan demikian. Pasukan penyerang juga dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut.

PENGURUSAN PERTANDINGAN TRADISIONAL

PT bertujuan mendapat kepuasan, keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti PT biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Aktiviti permainan yang dipilih pula adalah secara sukarela dan tanpa paksaan atau tekanan. Kebiasaannya dicetuskan dari pengalaman kehidupan sendiri seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan.

Peralatan: tidak memerlukan alat yang khusus. Selalunya alatan yang digunakan boleh diperolehi di alam sekeliling yang berdekatan sama ada dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah atau bahan kitar semula. Syarat dan peraturan permainan sukan tradisional ini lebih terarah kepada persetujuan pemain di antara dua pihak. Peraturannya juga berbeza mengikut keadaan sesuatu tempat, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain. PT boleh dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa serta wujud dalam bentuk sejagat. tidak mempunyai masa yang piawai.

SISTEM UNDIAN DALAM PERMAINAN TRADISIONALSebelum sesebuah permainan dimulakan, undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan, ketua, giliran dan sebagainya.Jenis undian yang digunakan adalah mengikut jenis permainan yang akan dimainkan.Tujuan undian dijalankan adalah untuk memudahkan serta melancarkan permainan dan pada masa yang sama menentukan keadilan sewaktu bermain.

Jenis-jenis undian Melambung DuitUndian ini digunakan untuk menentukan:Pemain atau pasukan yang akan memulakan permainan Tempat permainanBahan yang digunakan ialah duit syiling

Cara undian: Sebelum undian dijalankan, pemain atau pasukan perlu memilih muka duit syiling: kepala atau ekorSeorang pengadil menjadi tukang melambung duit.Pemain atau pasukan perlu berdiri berhadapan untuk melihat duit syiling yang jatuh.Muka duit syiling yang menghadap ke atas ialah pemenang undian.Lambungan dibuat sekali sahaja.

Lai Lai Li Tham PlomDalam undian ini pemain akan menggunakan tapak tangan dan bahagian belakang tangan

Cara undian Pemain membentuk satu bulatan dalam keadaan berdiri dan menghadap antara satu sama lain.Pemain akan bersama menyanyi lagu Lai lai li tham Plom.

Pemain menyembunyikan tangan di belakang sambil menyanyi dan menghulurkan tangan serentak apabila menyebut perkataan plom.Selain daripada itu terdapat juga pemain menyanyi sambil menterbalikkan tapak tangan dan berhenti apabila menyebut perkataan plom.Pemain yang melambangkan tangannya berlainan dengan pemain-pemain lain akan menjadi tukang jadi.

Mencabut lidiUndian ini digunakan untuk menentukan:Membahagi Kumpulan giliran bermainPemain yang memulakan permainan

Bahan yang digunakan untuk membuat undian:lidi penyapuranting kayu kecillalang.

Cara undian Bahan yang digunakan adalah antara 3-5cmJumlah bahan bergantung kepada bilangan pemain.Seorang menggenggam bahan dan pastikan bahagian atas kelihatan sama.Untuk pembahagian kumpulan, bahan undian disediakan di dalam 2 ukuran.Pemain yang mendapat bahan yang terpanjang atau terpendek akan memulakan permainan.

RUJUKANPengurusan Permainan Tradisional. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/pengurusan-permainan-tradisional.html diakseskan pada 20 Mei 2013.Galah Panjang. http://pmainantradisionl.blogspot. com/2007/09/galah-panjang.html diakseskan pada 11 September 2007.

TERIMA KASIH