kepentingan pj

32
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI NAMA AHLI KUMPULAN ROZAINI BIN ZULKIFFLE AMIRUL IZZAT BIN ABDULLAH MUHAMMAD RIZAL BIN CHE DIN MUHAMMAD FADHLI BIN OTHMAN KURSUS : PJM 3110 KURIKULUM & PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI UNIT : SN / PJ / PI (PISMP SEM 4)

Upload: rzain-zul

Post on 03-Jun-2015

6.069 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan pj

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

NAMA AHLI KUMPULAN

ROZAINI BIN ZULKIFFLEAMIRUL IZZAT BIN ABDULLAHMUHAMMAD RIZAL BIN CHE DINMUHAMMAD FADHLI BIN OTHMAN

KURSUS : PJM 3110 KURIKULUM & PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANIUNIT : SN / PJ / PI (PISMP SEM 4)

Page 2: Kepentingan pj

Pembentangan akan menerangkan mengenai:

Kepentingan Pendidikan Jasmani dari aspek:

- • Pertumbuhan dan perkembangan

fizikal.- Perkembangan Mental.- Perkembangan Emosi.- Perkembangan Sosial.

Page 3: Kepentingan pj

•Pendidikan Jasmani penting bagi semua peringkat umur dan jantina manusia.

•Semua orang harus memahami kepentingan Pendidikan Jasmani yang perlu diamalkan dalam kehidupan harian kita.

Page 4: Kepentingan pj

PERKEMBANGAN

MENTAL

PERKEMBANGAN

EMOSI

PERTUMBUHAN DAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL

PERKEMBANGANSOSIAL

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Page 5: Kepentingan pj

PENDIDIKAN JASMANI

PERTUMBUHAN

(kuantitatif)

PERKEMBANGAN

(kualitatif)

Page 6: Kepentingan pj

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI :: Pertumbuhan (kuantitatif)

Page 7: Kepentingan pj

1. Pendidikan Jasmani dapat merangsang pertumbuhan fizikal .

2. Murid lebih peka kepada kesihatan dan pertumbuhan fizikal diri sendiri.

3. Lebih bijak dalam menguruskan pemakanan mereka.

4. PJ juga dapat menambah kualiti hidup murid-murid.

Page 8: Kepentingan pj

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

:: Perkembangan Fizikal (kualitatif)

Page 9: Kepentingan pj

1. Membangunkan kemahiran pergerakan asas– Murid dapat menguasai kemahiran pergerakan asas

mengikut kemampuan diri mereka.

2. Membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan– Murid akan lebih cergas dan sihat. Mereka tidak

mudah letih dan cedera bila melakukan sesuatu aktiviti.

– murid akan lebih aktif berbanding dengan murid lain – Murid akan mempunyai lebihan tenaga

Page 10: Kepentingan pj

3. Murid peka terhadap kesihatan badan.–Murid lebih mengambil berat tentang kesihatan badan dan

memberi keutamaan untuk meningkatkannya–Berat badan (BMI) murid stabil melalui penjagaan

makanan yang seimbang dan senaman yang berterusan

4. Memberi peluang untuk mengenali dirinya dan mengembangkan bakat atau kemahiran

–Murid dapat menunjukkan potensi dan bakat mereka melalui aktiviti sukan

–cth: kemahiran permainan olahraga, gimnastik, kemahiran sukan

Page 11: Kepentingan pj

5. Murid mempunyai kekuatan Otot dan daya tahan otot yang tinggi

- Kekuatan otot adalah keupayaan otot untukmengatasi rintangan bagi menghasilkan daya

-Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan

- Ini dapat dikuasai oleh murid melalui latihan dan aktiviti fizikal yang berterusan dalam PJ

Page 12: Kepentingan pj

6. Memaksimumkan fungsi fizikal murid.

-semua anggota badan diberi keutamaan semasa melakukan aktiviti sukan dan semua anggota badan dilibatkan secara maksimum semasa melakukan aktiviti sukan

- Ini akan meningkatkan fleksibiliti anggota badan dimana fleksibiliti membenarkan sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum.

Page 13: Kepentingan pj

Perkembangan Mental Dalam Pendidikan Jasmani

Page 14: Kepentingan pj

• Mengembangkan pengetahuan dan keterampilan yang berkaitan dengan aktiviti jasmani dan perkembangan estetika.

• Mengembangkan kepercayaan diri dan kemampuan untuk menguasai keterampilan gerak dasar yang akan mendorong melibatkan diri dalam aktiviti jasmani.

Page 15: Kepentingan pj

• Mengembangkan nilai-nilai peribadi melalui melibatkan diri dalam aktiviti jasmani baik secara kelompok mahupun perseorangan.

• Menikmati kesenangan dan keriangan melalui aktiviti jasmani, termasuk permainan olahraga.

Page 16: Kepentingan pj

Aspek Domain Mental (Kognitif)

Menurut Piaget (1969), golongan ini berupaya melakukan perkara-perkara seperti berikut iaitu (i) menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak; (ii) mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri;(iii) mengaplikasi prinsip-prinsip penyelesaian masalah; (iv) membentuk hipotesis menyelesaikan masalah; (v) skemata atau struktur mental akan bertambah.

Page 17: Kepentingan pj

Menurut Santrock (2007), terdapat beberapa strategi mengajar berdasarkan teori Piaget antaranya:

(i) mewujudkan pendekatan konstruktivisme; (ii) memudah cara; (iii) mengambil kira ilmu pengetahuan dan

pemikiran; (iv) menggunakan penilaian berterusan; (v) mempromosikan suasana intelek pelajar

secara semula jadi; (vi) berkonsepkan penerokaan.

Page 18: Kepentingan pj

McPherson, Curtis dan Loy (1989) melaporkan bahawa senaman mempunyai kesan yang penting ke atas perkembangan kognitif.

Menurutnya, mereka yang aktif dalam kegiatan jasmani mencatatkan perkembangan sebanyak enam kali ganda berbanding dengan kanak-kanak yang tidak aktif.

Kanak-kanak yang aktif dalam sukan juga

menunjukkan daya kefahaman yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak aktif.

Page 19: Kepentingan pj

Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam

PERKEMBANGAN EMOSI

o Ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya.

o Kehebatan dan kesensitifan perasaan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan.

o Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

Page 20: Kepentingan pj

Kepentingan PJ kepada perkembangan emosi

1. Menghilangkan tekanan

Aktiviti dalam pj dapat menghilangkan tekanan akibat daripada aktiviti seharian kita.

Melakukan aktiviti dapat melupakan sebentar tugasan dan masalah yang dihadapi di dalam kelas.

Mengikut Model ekologi Bronfenbrenner, manusia dapat dipengaruhi emosinya berdasarkan beberapa peringkat persekitaran.

Mikrosistem adalah lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung.

Page 21: Kepentingan pj

2. MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Aktiviti yang menjurus kepada tahap kemahiran yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang.

Keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauh mana kita percaya akan kemampuan diri kita.

Seseorang yang tampil dengan kesihatan yang baik & bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di depan khalayak

ramai.

Page 22: Kepentingan pj

3. PENGARUH MENTAL & FIZIKAL

Apabila mental dan fizikal seseorang berada dalam keadaan yang baik, maka emosi juga akan menjadi terkawal.

Tubuh yang sihat mempengaruhi mental yang sihat

seterusnya menerbitkan emosi yang baik.

Page 23: Kepentingan pj

4. PENGARUH SOSIAL

Bentuk perhubungan yang baik ketika melakukan aktiviti akan mempengaruhi kawalan emosi kita.

Sekiranya persekitaran sosial yang tegang, sudah pasti emosi seseorang tidak akan berada dalam keadaan yang baik.

Page 24: Kepentingan pj

5. MEMENUHI KEHENDAK LAHIRIAH

Fitrah manusia terutama kanak-kanak suka akan bermain terutama yang berbentuk hiburan & sosial.

Oleh itu, melalui pendidikan jasmani dapat memenuhi tuntutan lahiriah manusia ini seterusnya menggalakkan perkembangan emosi yang positif

Page 25: Kepentingan pj

KEPENTINGAN PJ DARI ASPEK PERKEMBANGAN SOSIAL

Page 26: Kepentingan pj

DEFINISI SOSIAL

Sosiologi berasal dari bahasa LatinSocius

yang berarti kawan, teman sedangkan Logos bererti ilmu pengetahuan.

Umumnya sosiologi dikenal sebagai • ilmu pengetahuan tentang masyarakat.

Mynard(2008) menyatakan pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza dari aspek sosial.

Perkembangan sosial pelajar perempuan dilihat lebih mudah mesra berbanding dengan peljar lelaki yang lebih bersifat bermusuhan(antagonistik)

Page 27: Kepentingan pj

Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula menjalankan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990; Howes,1992)

Tingkah laku sosial mereka terdiri daripada:i. Meniruii. Bertandingiii. berkawaniv. Bekerjasamav. Bersimpati.

Page 28: Kepentingan pj

Tingkah laku sosial kanak-kanak ketika bermain.

JENIS CIRI-CIRI

PeniruanMeniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya.

PertandinganCuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang.

Berkawan kesetiaan

Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan pada kawan.

Page 29: Kepentingan pj

JENIS CIRI-CIRI

Bekerjasama

Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama tanpa menggangu atau merebut permainan orang lain.

SimpatiMenunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang menyedihkan.

Pengiktirafan sosial

Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.

Tingkah laku sosial kanak-kanak ketika bermain.

Page 30: Kepentingan pj

Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang

dapat membantu dalam pembangunan social

seperti menolong individu menyesuaikan diri

dengan keadaan sekeliling dan masyarakat.

Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya

membantu pembangunan sosial individu serta

menolong individu menyesuaikan diri dengan

keadaan dan ahli masyarakat.

Page 31: Kepentingan pj

Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani

merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial.

Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi

tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti

kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang

boleh diperolehi melalui permainan berpasukan.

Situasi ini jika difahami dan diperjelaskan boleh diaplikasikan

dalam kehidupan seharian.

Page 32: Kepentingan pj

TERIMA KASIH……….