kertas kerja pj

18
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011 1.0 PENGENALAN Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas dan produktif. Konsep pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan. Ini dapat memudahkan murid-murid untuk memahami dan mengetahui asas bagi konsep tersebut. Konsep pergerakan melalui aktiviti dan permainan mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang pelbagai jenis pergerakan badan. Konsep pergerakan asas dibahagikan kepada empat iaitu yang pertama ialah kesedaran tubuh badan. Kita perlu tahu yang tubuh badan kita ini boleh bersifat elastik seperti mengilaskan badan, melentik dan lain-lain lagi. Badan terdiri daripada pelbagai anggota badan dan boleh bentuk pelbagai bentuk seperti bulat, lebar, sempat, terkilas, simtri, tak simtri dan lain-lain. Konsep yang kedua ialah konsep kesedaran ruang. Ia melibatkan lokasi, arah, aras, laluan, dan ekstensi. Lokasi terdiri daripada ruang khas dan ruang am manakala arah adalah seperti atas, bawah, kiri – kanan, depan – belakang dan lain- lain. Aras pula terbahagi kepada tiga iaitu aras rendah, sederhana dan tinggi. Bagi laluan pula, ia terdiri daripada lurus, melengkung dan zig-zag. Ekstensi terbahagi kepada dua iaitu besar – kecil dan jauh – dekat. 1

Upload: fitri-ibrahim

Post on 05-Dec-2014

256 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi pertumbuhan dan

perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas dan produktif.

Konsep pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh

dilakukan. Ini dapat memudahkan murid-murid untuk memahami dan mengetahui asas

bagi konsep tersebut. Konsep pergerakan melalui aktiviti dan permainan mendedahkan

murid-murid dengan peluang untuk meneroka pergaulan dan membina pemahaman

tentang pelbagai jenis pergerakan badan.

Konsep pergerakan asas dibahagikan kepada empat iaitu yang pertama ialah

kesedaran tubuh badan. Kita perlu tahu yang tubuh badan kita ini boleh bersifat elastik

seperti mengilaskan badan, melentik dan lain-lain lagi. Badan terdiri daripada pelbagai

anggota badan dan boleh bentuk pelbagai bentuk seperti bulat, lebar, sempat, terkilas,

simtri, tak simtri dan lain-lain.

Konsep yang kedua ialah konsep kesedaran ruang. Ia melibatkan lokasi, arah,

aras, laluan, dan ekstensi. Lokasi terdiri daripada ruang khas dan ruang am manakala

arah adalah seperti atas, bawah, kiri – kanan, depan – belakang dan lain-lain. Aras pula

terbahagi kepada tiga iaitu aras rendah, sederhana dan tinggi. Bagi laluan pula, ia

terdiri daripada lurus, melengkung dan zig-zag. Ekstensi terbahagi kepada dua iaitu

besar – kecil dan jauh – dekat.

Konsep yang ketiga ialah beban. Beban akan mempengaruhi sesuatu

pergerakan dan kekuatan sesuatu pergerakan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu

masa, daya, dan aliran. Manakala konsep yang keempat pula ialah perhubungan. Ia

boleh dibahagikan kepada dua iaitu perhubungan dengan objek dan perhubungan

dengan manusia. Perhubungan dengan objek ialah atas – bawah, dekat- jauh ,keliling,

sisi, bertemu – berpisah. Manakala dengan manusia pula ialah solo, berpasangan,

berkumpulan dan lain-lain.

1

Page 2: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

Terdapat empat komponen dalam pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor,

pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan lokomotor merupakan

sesuatu pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat

yang lain. Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut

pergerakan. Contoh pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat , melompat ketingting,

skip, merangkak dan lain-lain lagi.

Manakala bagi pergerakan bukan lokomotor pula, pergerakan kategori ini

melibatkan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.

Contohnya, berdiri, duduk, mengilas badan, dan lain – lain lagi.

Komponen pergerakan asas yang terakhir ialah manipulasi alatan. Kemahiran ini

merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari

kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi

kacang, bola, gelung, tali dan alatan sukan yang lain.

2

Page 3: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

2.0 MATLAMAT

Kertas kerja ini bertujuan bagi merancang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

dengan memanipulasikan alatan seperti yang telah dipilih. Kertas kerja ini juga dijadikan

sebagai panduan untuk menghadapi ujian amali pergerakan asas.

3.0 OBJEKTIF

Pada akhir penyediaan kertas kerja ini, kami dapat :-

i. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan melalui pergerakan lokomotor dan

pergerakan bokan lokomotor.

ii. Meningkatkan daya kreativiti semasa proses menjana idea dalam menghasilkan

pelbagai bentuk pergerakan asas.

iii. Meningkatkan keupayaan dalam memanipulasikan alatan bersama-sama

pergerakan yang dihasilkan.

iv. Meningkatkan tahap koordinasi melalui perlaksanaan pergerakan yang

melibatkan gabungan anggota badan.

v. Meningkatkan kesedaran kesefahaman mengenai tubuh sebagai perantaraan

untuk pergerakan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid sekolah rendah tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun 3.

3

Page 4: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

5.0 PANDUAN PERLAKSANAAN DEMONSTRASI

5.1 Prosedur Perlaksanaan Demonstrasi

PERGERAKAN KEMAHIRAN AHLI AKTIVITI

1 Bukan Lokomotor

AMembongkokkan badan, kaki kangkang dan lurus sambil menggolekkan bola kanan ke kiri di atas lantai.

2 Lokomotor ABerjalan sambil memutar bola menggunakan kedua belah tapak tangan.

3 Bukan Lokomotor

A+BMengilaskan badan ke kanan dan ke kiri, dalam posisi melutut sambil meleret bola di atas lantai ke arah pasangan.

4 Lokomotor A+BBerlari sisi bersama pasangan sambil melantun dan menyambut bola dengan menggunakan sebelah tangan.

5 Bukan Lokomotor

B+CMembongkokkan badan, kaki kangkang dan lurus sambil menggolek bola di atas peti lombol ke arah pasangan.

6 Lokomotor CMerangkak di atas tilam sambil melantun bola menggunakan sebelah tangan.

7Bukan

Lokomotor CBerdiri, kedua belah kaki di buka luas sambil memutar gelung di leher

8 Lokomotor CBerlari tendang belakang sambil menghayun gelung dalam bentuk lapan di hadapan badan dengan sebelah tangan.

9 Bukan Lokomotor

CBerdiri atas sebelah kaki sambil memutar gelung di hadapan muka dengan menggunakan tapak tangan.

10 Lokomotor CBerjalan mengelilingi skitel sambil menggolekkan gelung di atas lantai.

Berdiri atas kedua belah lutut sambil

4

Page 5: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

11 Bukan Lomotor

C+D melambung dan menyambut gelung bersama pasangan dengan menggunakan sebelah tangan.

12 Lokomotor DBerjalan di atas bangku sambil memutar gelung di hadapan badan.

13 Bukan Lokomotor D

Berdiri, kedua kaki dibuka luas sambil melambung dan menyambut tali dengan tangan kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

14 Lokomotor DMerangkak melepasi tangga sambil menggolekkan bola di atas lantai.

15 Bukan Lokomotor

A+B+DA+D membengkokkan badan, sebelah kaki depan dan sebelah kaki di belakang sambil menggoyangkan tali bersama, B berdiri meletak dan mengangkat kaki sambil memutarkan tali di sisi badan.

16 Lokomotor B+ Di) Skip lompat sambil memutar tali

bersama pasangan di sisi dan melepasi badan dengan sebelah tangan.

ii) Gallop berlari sambil memutar tali bersama pasangan di sisi badan dengan sebelah tangan.

17 Bukan Lokomotor

BBerdiri silang kaki sambil menghayun tali dalam bentuk lapan dari kanan ke kiri.

18 Lokomotor BBerlari sambil memutar bola mengelilingi badan.

19 Lokomotor BMelompat di atas papan anjal sambil melambung dan menyambut bola.

20 Bukan Lokomotor

A+B+C+DA+B+C+D berdiri di atas sebelah kaki dan mengilas badan sambil melambung dan menyambut bola bersama rakan-rakan.

5

Page 6: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

5.1.1 Jenis-jenis Pergerakan

Pergerakan-pergerakan yang terlibat ialah pergerakan lokomotor dan bukan

lokomotor dengan memanipulasikan tiga jenis alatan tangan seperti berikut:

6

Alatan Gambar

Bola

Gelung

Tali

Page 7: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

AKTIVITI / PERLAKSANAAN GAMBAR

1. Bukan Lokomotor (individu)

Membongkokkan badan, kaki kangkang dan lurus sambil menggolekkan bola kanan ke kiri di atas lantai.

2. Lokomotor (individu)

Berjalan sambil memutar bola menggunakan kedua belah tapak tangan.

3. Bukan Lokomotor (berpasangan)

Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri, dalam posisi melutut sambil meleret bola di atas lantai ke arah pasangan.

7

Page 8: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

4. Lokomotor (berpasangan)

Berlari sisi bersama pasangan sambil melantun dan menyambut bola dengan menggunakan sebelah tangan.

5. Bukan Lokomotor (berpasangan)

Membongkokkan badan, kaki kangkang dan lurus sambil menggolek bola di atas peti lombol ke arah pasangan.

6. Lokomotor (individu)

Merangkak di atas tilam sambil melantun bola menggunakan sebelah tangan.

8

Page 9: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

7. Bukan Lokomotor (individu)

Berdiri, kedua belah kaki di buka luas sambil memutar gelung di leher.

8. Lokomotor (individu)

Berlari tendang belakang sambil menghayun gelung dalam bentuk lapan di hadapan badan dengan sebelah tangan.

9. Bukan Lokomotor (individu)

Berdiri atas sebelah kaki sambil memutar gelung di hadapan muka dengan menggunakan tapak tangan.

9

Page 10: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

10. Lokomotor (individu)

Berjalan mengelilingi skitel sambil menggolekkan gelung di atas lantai.

11. Bukan Lokomotor (berpasangan)

Berdiri atas kedua belah lutut sambil melambung dan menyambut gelung bersama pasangan dengan menggunakan sebelah tangan.

12. Lokomotor (individu)

Berjalan di atas bangku sambil memutar gelung di hadapan badan.

10

13. Bukan Lokomotor (individu)

Berdiri, kedua kaki dibuka luas sambil melambung dan menyambut tali dengan tangan kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

14. Lokomotor (individu)

Merangkak melepasi tangga sambil menggolekkan bola di atas lantai.

15. Bukan Lokomotor (bertiga)

A+D membengkokkan badan, sebelah kaki depan dan sebelah kaki di belakang sambil menggoyangkan tali bersama, B berdiri meletak dan mengangkat kaki sambil memutarkan tali di sisi badan.

16. Lokomotor (berpasangan)

i) Skip lompat sambil memutar tali bersama pasangan di sisi dan melepasi badan dengan sebelah tangan.

Page 11: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

5.2 Pelan Kedudukan Ujian Amali Pergerakan Asas

11

Page 12: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

6.0 RUMUSAN

Dalam proses menyediakan kertas kerja ini kefahaman kami terhadap

pergerakan asas menjadi lebih mendalam serta terperinci. Dengan menggunakan

pengetahuan sedia ada dan maklumat tambahan, kami berjaya merancang rangkaian

pergerakan untuk menghadapi ujian amali yang bakal kami hadapi kelak. Penyediaan

kertas kerja ini juga telah membantu kami untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.

Walaubagaimanapun, kami menyedari wujudnya kekurangan dan kelemahan dalam

diri kami sepanjang tempoh merancang dan melaksanakan rancangan penyediaan

kertas kerja ini.

Dalam proses menyediakan rangkaian pergerakan ini, kami juga agak keliru

dengan kemahiran melompat setempat iaitu sama ada ia tergolong dalam komponen

pergerakan lokomotor atau pergerakan bukan lokomotor. Kekeliruan kami ini akhirnya

dapat diatasi dengan tunjuk ajar dan bimbingan pensyarah kami iaitu Pn. Lily Rozita

Binti Mohamad.

Terdapat pelbagai kelebihan dan juga manfaat yang telah kami perolehi setelah

meneliti serta mengkaji baik buruk dalam usaha menyiapkan kertas kerja. Dari segi

manfaat luarannya secara tidak langsung kami telah memahami objektif serta matlamat

adanya matapelajaran Pergerakan Asas ini sebagai salah satu matapelajaran minor

kami.

Di samping itu, kami juga dapati bahawa pengetahuan dan kemahiran yang kami

perolehi terutamanya berkaitan dengan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Kami juga telah berusaha mencari maklumat, mengumpul ilmu yang berkaitan,

mengambil foto sebagai bahan bukti bersama dalam kumpulan dan secara tidak

langsung dapat mengeratkan talian persaudaraan antara kami. Kertas kerja ini juga

dapat memupuk sifat jujur dalam diri kami serta bersikap amanah terhadap

tanggungjawab yang diberi serta melahirkan sifat kerjasama dalam kalangan rakan-

rakan kumpulan dan seperjuangan.

12

Page 13: Kertas kerja pj

PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011

Selain itu, dalam usaha mereka dan mencipta serta memilih gerakan yang

sesuai untuk dipersembahkan semasa ujian amali telah menjadikan kami lebih kreatif

dalam mencipta pergerakan yang sesuai bagi kumpulan kami. Kami juga telah berjaya

mencuba untuk mengelaskan pelbagai gerakan yang yang dilakukan dan dibahagikan

mengikut jenis pergerakan samada lokomotor ataupun bukan lokomotor.

Kesimpulannya, setelah kami melakukan tugasan ini secara tidak langsung kami

semakin lebih memahami konsep pergerakan asas ini, kami percaya bahawa kami

dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan untuk sesi pengajaran di

sekolah kelak. Oleh yang demikian, kami berharap agar kertas kerja ini dapat

memenuhi segala kehendak pensyarah dan kriteria yang diberikan. Akhir sekali, kami

juga amat berharap agar kami dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pelajaran yang

dipelajari dari subjek pergerakan asas sewaktu berada di sekolah kelak.

13