penilaian dalam pj

25
PENGENALAN Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Penilaian merupakan suatu proses yang digunakan untuk mengukur pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran termasuk pendidikan jasmani. Penilaian dalam pendidikan jasmani tidak popular kerana saiz kelas yang besar (40-50) menyebabkan penilaian sukar untuk dilakukan. Faktor masa juga merupakan halangan kepada seseorang guru untuk menjalankan penilaian tersebut. Pendidikan jasmani di sekolah rendah diperuntukkan dua waktu setiap minggu. Dengan kemasukkan komponen kesihatan dalam pendidikan jasmani, waktu untuk Tahap I ( Tahun I, II dan III) telah ditambahkan kepada tiga waktu. Dalam masa yang terhad itu, sesorang guru menghadapi masalah untuk menjalankan penilaian ke atas pelajar-pelajarnya. Walau bagaimanapun, alasan-alasan itu tidak seharusnya menjadi batu penghalang untuk menjalankan usaha penilaian memandangkan penilaian memberi banyak kelebihan. Mungkin apa yang diperlukan oleh seseorang guru ialah format penilaian yang ringkas tetapi memenuhi objektif penilaian yang dihasratkan.

Upload: elovsha90

Post on 19-Jun-2015

3.072 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: penilaian dalam PJ

PENGENALAN

Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

Penilaian merupakan suatu proses yang digunakan untuk mengukur

pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran termasuk pendidikan

jasmani. Penilaian dalam pendidikan jasmani tidak popular kerana saiz kelas

yang besar (40-50) menyebabkan penilaian sukar untuk dilakukan. Faktor masa

juga merupakan halangan kepada seseorang guru untuk menjalankan penilaian

tersebut. Pendidikan jasmani di sekolah rendah diperuntukkan dua waktu setiap

minggu. Dengan kemasukkan komponen kesihatan dalam pendidikan jasmani,

waktu untuk Tahap I ( Tahun I, II dan III) telah ditambahkan kepada tiga waktu.

Dalam masa yang terhad itu, sesorang guru menghadapi masalah untuk

menjalankan penilaian ke atas pelajar-pelajarnya. Walau bagaimanapun, alasan-

alasan itu tidak seharusnya menjadi batu penghalang untuk menjalankan usaha

penilaian memandangkan penilaian memberi banyak kelebihan. Mungkin apa

yang diperlukan oleh seseorang guru ialah format penilaian yang ringkas tetapi

memenuhi objektif penilaian yang dihasratkan.

Page 2: penilaian dalam PJ

Konsep-Konsep Asas

Ujian

Ujian ialah suatu instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat-

maklumat berkenaan prestasi individu. Ia boleh mengambil beberapa bentuk

soalan yang dicetak, soalan dalam bentuk temu duga, pemerhatian berkenaan

prestasi fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semaka atau rekon

anekdot.

Pengukuran

Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat. Melaksanakan ujian kepada

pelajar ialah sebahagian daripada proses pengukuran.

Penilaian

Penilaian ialah suatu proses menentukan nilai maklumat atau data yang dikutip.

Ia meliputi ujian dan pengukuran.

Page 3: penilaian dalam PJ

Tujuan Pengukuran Dan Penilaian

TUJUAN PENGUKURAN & PENILAIAN

Penentuan Status

Pengklasifikasi individu mengikut

kumpulan

Tujuan pemilihan

Motivasi

Pengekalan mutuMembekalkan maklumat -maklumat

Mengendalikan kajian

Page 4: penilaian dalam PJ

Penentuan status

Mengikut Kirkendall, Gruber & Johnson (1987), penentuan status meliputi

pemberian gred, mengecualikan pelajar dari sesuatu aktiviti, memberi maklum

balas untuk meningkatkan prestasi pelajar, menetap sesorang individu di dalam

kumpulan tertentu atau menentukan aktiviti tertentu.

Pengklasifikasian individu mengikut kumpulan

Pelajar-pelajar yang menghadirkan diri di dalam kelas pendidikan jasmani

memiliki pelbagai kebolehan. Demi memenuhi tujuan pengajaran yang lebih

berkesan, mereka perlu diasingkan mengikut kebolehan masing-masing.

Penilaian membolehkan mereka dikumpulkan ke dalam kumpulan yang sesuai

dengan kebolehan mereka.

Tujuan pemilihan

Penilaian digunakan untuk tujuan membuat pilihan wakil daripada kumpulan

pelajar yang besar.

Motivasi

Penilaian boleh memberi maklum balas prestasi kepada sesorang individujika

penilaian dilaksanakan dengan baik dan diinterpretasikan dengan betul, maka ia

memberi kesan positif kepada pelajar berkenaan. Sebaliknya, jika keputusan

penilaian disalahgunakan, maka kesan negatif akan timbul dan ini akan

menyebabkan sesorang itu menjadi hampa dan putus asa.

Page 5: penilaian dalam PJ

Pengekalan mutu

Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program

pendidikan jasmani. Penilaian memberi maklum balas samaada program tertentu

berkesan atau tidak berkesan untuk memberi faedah kepada pelajar. Sekiranya

program tersebut tidak memberi manfaat, ia boleh diubah untuk memastikan

objektif yang dirancang dapat dicapai.

Membekalkan maklumat

Penilaian membolehkan sesorang itu mengetahui diri sendiri, misalnya tahap

kecergasannya. Ia membolehkan sesorang itu mengetahui kelemahan dan

kelebihan masing-masing. Bagi pihak guru pula, penilaian digunakan untuk

mengetahui sama ada kaedah pengajarannya berkesan atau sebaliknya. Guru

boleh mengetahui kelebihan dan kekurangan dalam penyampaian

pengajarannya.

Mengendalikan kajian

kajian memerlukan maklumat yang tepat dan penilaian yang dilaksanakan

dengan prosedur yang betul boleh memberi maklumat untuk tujuan tersebut.

Page 6: penilaian dalam PJ

Prinsip-Prinsip Penilaian

Penilaian yang selaras dengan falsafah institusi

Dalam keadaan sekolah, jika polisi sekolah berkehendakkan seseorang guru

memberi gred kepada pelajar, maka sesorang guru itu seharusnya menjalankan

tugasnya untuk memberi gred seperti yang dikehendaki. Sebaliknya jika seorang

guru tidak bersetuju dengan piolisi sekolah, maka bererti guru itu perlu berubah

mencari jalan utnuk mengatasi masalah yang timbul ataupun tukar pekerjaan.

Penilaian berdasarkan objektif yang ditetapkan

Objektif sesuatu program perlu dinyatakan secara eksplisit supaya ia boleh

diukur. Objektif yang dinyatakan pula seharusnya boleh dinilai.

Penilai mestilah dinilai

Selepas penilaian dilaksanakan, maklumat-maklumat itu mesti dianalisakan

untuk mendapat nilai penilaian tersebut. Maklumat yang dikutip seharusnya

digunakan sama ada untuk memperbaiki program atau memberi maklumat

kepada individu. Penilaian tanpa interpretasi tidak memberi erti dan hanya

membuang masa sahaja.

Penilaian diawasi oleh pakar yang dilatih

Guru bukan sahaja mesti berkemampuan melaksanakan penilaian tetapi juga

mesti mahir dalam menginterpretasikan maklumat yang dikutip melalui penilaian

yang dijalankan. Pengetahuan yang mendalam adalah penting supaya maklumat

boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.

Page 7: penilaian dalam PJ

Penilaian membantu membuat keputusan

Walaupun penilaian boleh dilakukan secara subjektif, namun begitu keputusan

itu sentiasa menimbulkan tanda tanya. Untuk membuat keputusan secara

professional, penilaian perlu digunakan untuk menjelaskan keputusan yang

dibuat.

Page 8: penilaian dalam PJ

Penilaian Subjektif

Dalam keadaan tertentu, penilaian subjektif atau teknik kualitatif adalah perlu

kerana banyak ciri tidak boleh diukur dengan teknik-teknik kuantitatif yang

bersifat objektif. Kualiti penilaian subjektif bergantung kepada latihan dan

pengalaman seseorang guru. untuk meningkatkan kualiti penilaian subjektif,

Frank & Deutch (1973) mencadangkan beberapa soalan dijawab sebelum

penilaian tersebut dibuat.

1. Apakah komponen –komponen yang perlu dinilai?

2. komponen yang manakah perlu dinailai secara subjektif?

3. Skala kadar manakah yang akan digunakan?

4. Bagaimanakah setiap poin dalam skala kadar itu ditakrifkan?

5. Berapa ramaikah pelajar yang akan dinilai pada satu masa?

6. Di dalam keadaan apakah skala itu dilakukan?

7. Apakah jenis borang skala yang digunakan?

8. Berapa ramai penilai akan digunakan?

Page 9: penilaian dalam PJ

Jenis-jenis penilaian

Penilaian sumatif dan formatif

Penilaian jenis sumatif adalah penilaian yang dijalankan selepas

selesainya satu unit, satu kursus, satu semester atau setahun. Penilaian

ini berdasarkan pengumpulan maklumat dalam jangka masa yang agak

panjang.

Penilaian jenis formatif adalah penilaian yang memberi maklumat untuk

setiap hari atau setiap sub-unit yang diajar. Penilaian ini dianggap lebih

penting berbanding dengan penilaian sumatif kerana ia memberi maklum

balas serta-merta. Ini membolehkan pembetulan dilakukan di peringkat

individu atau peringkat program dalam jangka masa yang pendek.

Penilaian secara hasil (product) dan proses

Penilaian secara hasil menitikberatkan hasil terakhir yang ditunjukkan.

Apa yang berlaku sebelum itu tidak diambil kira atau tidak dititikberatkan.

Sebagai contoh, kita melihat acara merejam lembing; penilaian secara

hasil di sini ialah mengambil kira jarak rejaman yang dilakukan.

Bagaimana cara sesuatu lembing direjam ( tidak salah dari segi

peraturan) tidak dipentingkan.

Penilaian secara proses pula memberi penekanan kepada keseluruhan

proses yang terlibat. Hasil terakhir merupakan sebahagian sahaja

daripada penilaian tersebut. Sebagai contoh, kita rujuk kepada acara

merejam lembing; kesemua fasa yang terlibat dalam acara ini iaitu fasa

lakuan sedia, larian landas, menghulur tangan ke belakang, mengilaskan

badan, merejam dan pulihan akan diambil kira dalam penilaian secara

proses.

Page 10: penilaian dalam PJ

Penilaian rujukan criterion dan rujukan norma

Penilaian rujukan criterion berasaskan satu piawaian yang telah

ditetapkan. Sebagai contoh, seseorang guru menetapkan 50% sebagai

markah lulus dan mengharapkan seseorang pelajar markah itu untuk

lulus.

Penilaian rujukan norma pula berasaskan norma yang telah ditetapkan

iaitu pencapaian seseorang individu itu dibandingkan dengan individu

yang lain.

Page 11: penilaian dalam PJ

Aspek–Aspek Yang Dinilai

Psikomotor

Penilaian psikomotor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian

kecergasan fizikal dan penilaian kemahiran motor.

a) Penilaian Kecergasan Fizikal

Pada lazimnya beberapa ujian diadakan untuk pelajar sekolah rendahiaitu

larian 1600m, pengukuran kelembutan, kekuatan atas badan dan perut.

b) Penilaian Kemahiran Motor

Penilaian kemahiran motor boleh dilakukan secara kualitatif dan

kuantitatif. Pada amnya penilaian kemahiran motor memberi skor

kuantitatif seperti bilangan bola yang menyentuh sasaran. Mengikut

Graham (1992) terdapat trend baru yang mengalakkan cara memukul bola

seperti di atas tidak kira sama ada perlakuan itu betul dari segi

biomekanikal atau tidak. Pada amnya, penilaian kemahiran motor secara

kuantitatif agak sukar untuk dijalankan tetapi untuk melaksanakan

penilaian kuantitatif pula, ia lebih rumit lagi kerana ia memakan masa

yang panjang.

Komponen kecergasan Item ujian

Daya tahan

kadiovaskular/ aerobLarian 1600m

Kelembutan Duduk jangkau

Kekuatan bahagian atas Mendagu atau mendagu

ubahsuaian

Kekuatan perut/ abdomen Bangkit tubi

Page 12: penilaian dalam PJ

Graham (1992) mencadangkan penilaian dilakukan dalam beberapa cara

untuk menjimatkan masa. Cadangan-cadangan itu adalah seperti yang berikut:

a) Penilaian kendiri iaitu menilai diri sendiri.

b) Penilaian berpasangan iaitu mendapatkan pertolongan kawan.

Untuk memastikan penilaian ini berjalan dengan baik, seseorang guru perlu

memberi penerangan pelakuan ujian dengan tepat dan ringkas. Borang tertentu

atau kad tertentu boleh digunakan.

Penilaian kognitif

Penilaian ini boleh dalam bentuk:

1. Ujian di Dalam Kelas atau Ujian Kertas dan Pensil.

Cara yang berkesan ialah mengunakan ujian itu dalam beberapa minit

sahaja.

2. Ujian Kilat di Dalam Gimnasium

Ini boleh dilakukan secara bergilir-gilir dari sudut yang ditetapkan.

Contoh soalan:

Untuk menangkap sebiji bola dengan betul, anda harus;

a) Bengkokkan siku.

b) Luruskan tangan dan kekal.

c) Pusingkan kepala ke kiri.

d) Saya tidak tahu.

3. Penilaian Kefahaman

cara ini adalah cepat kerana guru hanya mengemukakan soaan seperti

“Tunjuk kepada cikgu kedudukan tangan sebagai persiapan untuk

menangkap bola”.

Page 13: penilaian dalam PJ

Penilaian afektif

Domain afektif menitikberatkan perhubungan sosial dengan murid, sikap dan

minat murid terhadap pendidikan jasmani dan sukan serta peribadi, keyakinan

dan lain-lain lagi.penilaian ini boleh dijalankan melalui dua cara biasa seperti

berikut:

1. Penilaian Kertas dan Pencil

Contoh soalan:

a) Di sekolah, saya memang suka menghadiri kelas pendidikan jasmani.

Ya Tidak

b) Saya lebih suka bersenam daripada menonton televisyen.

Ya Tidak

2. Mengunakan Muka Kartun Berperasaan

A. Muka gembira } Dibekalkan dan dibuat

B. Muka neutral } daripada kertas keras

C. Muka masam

Arahan: Pilih A, B atau C dan masukkanya ke dalam kotak yang disediakan

mengikut perasaan.

Contoh soalan:

“bagaimanakah perasaan anda terhadap pelajaran hari ini”

Page 14: penilaian dalam PJ

Contoh Borang Penilaian

Page 15: penilaian dalam PJ

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

NAMA MURID : TARIKH :

KEMAHIRAN : 1.1 Melakukan pergerakan motor kasar 1.1.1 Lokomotor dan bukan lokomotor

1.1.1.1 Murid boleh berjalan

Arahan Guru : Guru mengarahkan murid berjalan di atas permukaan yang rata.

Aktiviti Murid : Murid boleh berjalan di atas permukaan rata.

Aktiviti Ya Tidaka. Murid boleh berjalan di atas garis lurus sejauh 5 Meter.

b. Murid boleh berjalan di atas tali sejauh 5 meter.

c. Murid boleh berjalan sisi ke hadapan dan belakang dalam jarak 5 meter.

d. Murid boleh berjalan undur belakang sejauh 5.

e. Murid boleh berjalan sambil mendepangkan tangan sejauh 5 meter.

Ulasan Guru : _____________________________________________________

_______________________________________________________

Page 16: penilaian dalam PJ

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

NAMA MURID : TARIKH :

KEMAHIRAN : 1.1.1.2 Murid boleh berlari

Arahan Guru : Guru mengarahkan murid berlari di atas permukaan rata sejauh10 meter.

Arahan Murid : Murid dapat berlari di atas permukaan rata sejauh 10 meter.

Aktiviti Ya Tidak

a. Murid boleh berlari di kawasan lingkungan 10 meter.

b. Murid boleh lari pecut dalam jarak 10 meter.

c. Murid boleh lari ulang-alik dalam jarak 10 meter.

d. Murid boleh berlari skip dalam jarak 10 meter.

e. Murid boleh lari laju dan perlahan mengikut tiupan wisel guru dalam jarak 10 meter.

Ulasan Guru : _________________________________________________

__________________________________________________

Page 17: penilaian dalam PJ

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

NAMA MURID : TARIKH :

KEMAHIRAN : 1.1.1.5 Murid boleh mengimbang

Arahan Guru : Guru mengarahkan murid melakukan imbangan badan.

Arahan Murid : Murid boleh mengimbangkan badan mengikut arahan guru.

Aktiviti Ya Tidak

a. Murid boleh mengimbang badan dengan berdirisebelah kaki kanan atau kaki kiri.

b. Murid boleh mengimbang badan secara bermain

ketingting.

c. Murid boleh mengimbang badan dengan berjalan diatas bangku.

d. Murid boleh mengimbang badan dengan mengayuhbasikal.

e. Murid boleh berjalan dengan mengimbang bola diatas kepala.

Page 18: penilaian dalam PJ

Ulasan Guru : _______________________________________________

________________________________________________

RUJUKAN

1. Wee Eng Hoe. (2005) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Shah

Alam : Karisma Publication Sdn, Bhd.

2. Majlis Belia Dan Sukan. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (1996)

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan : Panduan Penilaian. Kuala Lumpur :

Kementerian Belia dan Sukan

3. Buku Panduan Pendidikan Pergerakan : Pendidikan Pergerakan. Kuala

Lumpur. DBP

4. http.www.penilaian dalam pj.edu

Page 19: penilaian dalam PJ

KANDUNGAN

Pengenalan…………………………………………...1

Konsep-Konsep Asas………………………………..2

Tujuan Pengukuran dan Penilaian………………….3

Prinsip-Prinsip Penilaian……………………………..6

Jenis-Jenis Penilaian…………………………………9

Aspek-Aspek Yang Dinilai…………………………..11

Page 20: penilaian dalam PJ

Contoh Borang Penilaian……………………………14

Rujukan……………………………………………….18