pj presentation

22
Pergerakan Lokomotor dan Pergerakan Bukan Lokomotor Chan Bao Yao Tie Xiao Xian Kiing Lin Wong Chiew Yien

Upload: sylvia-wong

Post on 15-Nov-2015

263 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

PJ Presentation

TRANSCRIPT

Pergerakan Lokomotor dan Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan Lokomotor danPergerakan Bukan LokomotorChan Bao Yao Tie Xiao XianKiing LinWong Chiew YienPergerakan LokomotorPergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.Antara kemahiran / tekniknya seperti Berjalan, Berlari, Melonjak,Melompat (hop), Melongsor, Galop ( berlari seperti kuda) & Skip.

Pergerakan Lokomotor BerjalanBerlari MelompatKetingtingSkipBerjalanMerupakan asas bagi berbagai corak langkah.pemindahan badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain.kaki akan sentiasa berada di atas permukaan lantai.

Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

a) Jalan berundur dan kemudian ke hadapanb) Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalanc) Berjalan dengan melakonkan gaya meredah semakd )Berjalan naik tanggaBerlaripergerakan yang lebih pantas daripada berjalan dan memerlukan lonjakan.lebih laju, menolak lantai dengan lebih kuat, berada di udara seketika.

Antara aktiviti berlari yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

a) Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurusb) Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.c) Berlari pantas dan beransur-ansur pelahand) Berlari dan berhenti apabila syarat diberikan dan berhenti apabila isyarat

MelompatLompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan.

Antara aktiviti melompat yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

1. Melompat seperti rusa melompat pagar2. Melompat tali atau garisan di atas lantai3. Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dari paras lantai4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan5. Melompat melakonkan serta meniru cara kanggaru melompat

9KetingtingMerupakan gaya melompat di atas satu kaki. Berat badan adalah di atas kaki dan badan berada di udara seketika. Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat di atas kaki yang sama.

Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:(a)Melompat ketingting setempat tegak di atas sebelah kaki selama empat kiraan(b)Melompat ketingting dan pusing badan ke kiri dan ke kanan(c)Melompat ketingting berarah ke hadapan-ke belakang dan ke kiri dan ke kanan mengikut isyarat(d)Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

SkipGabungan berjalan dan melompat ketingting . Langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting yang sama. Corak pergerakan adalah memindah berat badan di atas kaki berselang-seli.

Pergerakan Bukan LokomotorBermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot- kecil.Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar.Pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Contoh: melambung, membaling, menggolek(menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar( menggunakan kompang).Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Pergerakan Bukan Lokomotor- Memusing- Mengilas- Membengkok- Menolak dan Menarik- MenyokongMemusingMemusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

Contoh pergerakan:- Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang.- Pelajar dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya.- Memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

MengilasMengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar di atas suatu tapak. Mengilas hanya boleh berlaku dalam arah bulatan sahaja. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

MENGILASSAMBIL MENEPUK TANGAN.MENARIK DAN MENAHAN RAKAN

MembengkokMembongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan lahan menegakkan badan

Menolak dan MenarikMenolak dan menarik berlaku apabila daya dilakukan ke suatu arah daripada satu tempat yang khusus. Daya perlakuan menentang suatu objek menjadikan pergerakan menolak dan menarik berbeza daripada perlakuan menunduk dan meregang. Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul. Menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

Menolak

Menarik

Menyokong Sokongan kaki Sokongan sisi Sokongan dua lutut Sokongan pada lantai Sokongan pada bangku Sokongan satu lutut Sokongan dua tangan satu kaki Sokongan belakang Sokongan satu tangan satu kakiSokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong- Menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan- Terdapat beberapa teknik menyokong:

Sekian, Terima Kasih