esei esaimen pj

14
Semasa fasa persediaan, kedua-dua tangan akan dibengkokkan dan terletak pada paras bahu. Tangan kiri (bukan dominan) dibengkokkan ke atas pada paras bahu sambil memegang bola manakala tangan kanan tidak memegang bola. Untuk menghasilkan pergerakan membengkok, dua jenis otot akan bergerak secara berlawanan yang bermaksud salah satu mengendur dan satu lagi menguncup sama seperti tuas kelas ketiga. Otot-otot tersebut ialah otot triseps braki dan otot biseps braki. Serentak dengan pergerakan otot ini, otot deltoid akan mengecut. Pengecutan otot ini akan menyebabkan tangan diangkat ke hadapan. Pergerakan ini melibatkan sendi lesung di bahu dan menghasilkan pergerakan abduction. Sementara itu, semasa tangan dibengkokkan, otot triseps braki akan mengendur manakala otot biseps braki akan mengecut. Pergerakan otot ini akan menyebabkan tulang radius dan ulna menghampiri tulang humerus. Oleh yang demikian, sendi engsel pada bahagian siku akan digerakkan. Pergerakan ini dinamakan fleksor di mana tangan dibengkokkan. Posisi kedudukan tangan yang dibengkokkan adalah sama seperti sistem tuas kelas ketiga di mana daya terletak di antara beban dan fulkrum. Pada masa ini, siku bertindak sebagai fulkrum,

Upload: muhamad-asyraf-muhamad-ludin

Post on 01-Jul-2015

963 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: esei esaimen pj

Semasa fasa persediaan, kedua-dua tangan akan dibengkokkan dan terletak

pada paras bahu. Tangan kiri (bukan dominan) dibengkokkan ke atas pada paras bahu

sambil memegang bola manakala tangan kanan tidak memegang bola. Untuk

menghasilkan pergerakan membengkok, dua jenis otot akan bergerak secara

berlawanan yang bermaksud salah satu mengendur dan satu lagi menguncup sama

seperti tuas kelas ketiga. Otot-otot tersebut ialah otot triseps braki dan otot biseps

braki. Serentak dengan pergerakan otot ini, otot deltoid akan mengecut. Pengecutan

otot ini akan menyebabkan tangan diangkat ke hadapan. Pergerakan ini melibatkan

sendi lesung di bahu dan menghasilkan pergerakan abduction.

Sementara itu, semasa tangan dibengkokkan, otot triseps braki akan

mengendur manakala otot biseps braki akan mengecut. Pergerakan otot ini akan

menyebabkan tulang radius dan ulna menghampiri tulang humerus. Oleh yang

demikian, sendi engsel pada bahagian siku akan digerakkan. Pergerakan ini

dinamakan fleksor di mana tangan dibengkokkan. Posisi kedudukan tangan yang

dibengkokkan adalah sama seperti sistem tuas kelas ketiga di mana daya terletak di

antara beban dan fulkrum. Pada masa ini, siku bertindak sebagai fulkrum, tangan

sebagai beban dan menghasilkan pengecutan pada otot biseps braki. Oleh yang

demikian, pemain boleh membengkokkan tangan untuk persediaan melakukan servis.

Untuk memegang bola pada tangan kiri pula, otot fleksor karpi radialis dan

fleksor karpi ulnaris akan bertindak secara berlawanan. Tulang yang terlibat dalam

pergerakan ini adalah tulang metacarpal 2, 3 dan 5, pisiform dan hamate.

Pergerakan ini berlaku kerana adanya sendi engsel pada bahagian pergelangan

tangan yang membolehkan pemain membuat pergerakan fleksi dan abduksi. Selain

Page 2: esei esaimen pj

itu, pergerakan tulang carpal dan metacarpal pula disebabkan adanya sendi

gelungsur dan sendi pelana di bahagian ibu jari membolehkan jari pemain

dibengkokkan sedikit dan melakukan pergerakan abduction untuk menggenggam bola

semasa fasa persediaan. Kedudukan pergelangan tangan yang memegang bola adalah

berasaskan kepada sistem tuas kelas pertama. Hal ini kerana sendi (fulkrum) berada

di antara otot (daya) dan bola (beban). Oleh itu, pergerakan ini tidak memerlukan daya

yang banyak namun pergerakannya adalah perlahan.

Semasa fasa ini juga, bahagian kaki diluruskan. Keadaan ini adalah untuk

menampung berat badan dan memberi kestabilan kepada pemain untuk fasa

seterusnya. Ketika ini, otot biseps femoris mengendur, otot kuadriseps iaitu otot

vastus lateralis, otot vastus medialis dan otot vastus intermedius akan mengecut

dan otot di pinggul iaitu gluteus maksimus turut mengecut untuk menarik tulang

femur bagi meluruskan kaki. Selain daripada tulang femur, tulang tibia dan fibula

turut terlibat membantu pemain berada dalam posisi ini manakala tulang tarsel yang

terletak di bahagian tapak kaki digunakan untuk menampung berat badan. Oleh yang

demikian, sendi engsel di bahagian lutut dan di bahagian pergelangan kaki akan

terlibat bagi memastikan lutut dalam keadaan lurus. Pergerakan ini dikenali sebagai

ektensi.

Sewaktu fasa pelaksanaan, pemain akan membengkokkan sedikit bahagian kaki

manakala bahagian badan didongakkan ke atas. Pada kedudukan ini, hampir

keseluruhan otot pada bahagian tubuh badan pemain akan terlibat. Pada waktu yang

sama, kedua-dua tangan dibengkokkan dan kepala pemain akan sentiasa mendongak

ke atas untuk melihat ke arah bola yang melambung tinggi.

Pergerakan seterusnya,adalah pada bahagian leher. Semasa fasa ini, kepala

akan di dongakkan ke atas untuk melihat bola di udara. Oleh yang demikian, beberapa

otot pada bahagian yang terlibat akan terlibat ketika fasa ini berlaku. Otot-otot tersebut

antaranya trapezius dan Stemocleidomastoid . Untuk mendongakkan kepala ke atas,

otot trapezius akan mengecut manakala otot Stemocleidomastoid mengendur.

Apabila otot trapezius mengecut, otot Stemocleidomastoid menagalami

pengenduran seterusnya secara automatik kepala pemain akan mendongak ke atas.

Page 3: esei esaimen pj

Pergerakan ini melibatkan sendi paksi pada bahagian tulang servikal iaitu atlas dan

aksis dan menghasilkan pergerakan hiperekstension. Oleh yang demikian , pemain

dapat mendongakkan kepala ke atas dan dapat memandang bola bagi melakukan

kontak pada bola tampar tersebut.

Seterusnya, tangan dominan (kanan atau kiri) pemain akan diangkat ke atas ke

dalam posisi dibengkokkan. Tangan pemain akan dibengkokkan ketika melakukan fasa

ini. Hal ini kerana tangan yang dibengkokkan membantu memberikan kuasa kepada

bahagian otot-otot badan untuk mengahasilkan daya tolakan kuasa yang maksimum

pada bola. Otot yang terlibat semasa tangan diangkat dan dibengkokkan ke atas

antaranya otot pectoralis , majordeltoid, biseps brakil dan juga trisep brakil.

Page 4: esei esaimen pj

Trisep Brakil

Manakala semasa tangan di angkat ke atas, otot pektoralis major akan

mengalami penguncupan. Penguncupan ini menyebabkan humerus digerakkan ke atas

yang turut melibatkan sendi lesung pada bahu. Oleh yang demikian, tangan

mengalami hiperekstension iaitu keadaan di mana tangan bergerak ke atas.Otot-otot

mengalami pengenduran dan pengecutan ketika tangan dibengkokkan.Semasa otot

Biseps brakil pada lengan mengecut, Otot Trisep brakil akan mengendur serentak

dengan pengecutan otot biseps brakil. Pengecutan otot bisep brakil ini akan

menyebabkan ulna dan radius merapati humerus ketika lengan dibengkokkan.

Semasa tangan dibengkokkan , sendi engsel pada bahagian siku memainkan peranan

bagi membolehkan ianya dibengkokkan. Pergerakan ini dikenali ekstensi.

Kesimpulannya, melalui pergerakan ini pemain dapat menghasilkan daya yang

maksimum untuk melakukan kontak dengan bola.

Page 5: esei esaimen pj

Seterusnya, keadaan tangan adalah sama seperti fasa persediaan sebelum bola

dilambungkan ke udara. Tulang metakarpal dan karpal terlibat ketika melambungkan

bola ke udara dan kedua-dua tulang ini akan melakukan pergerakan ekstensi

menggunakan sendi gelungsur yang terdapat diantara karpal. Setelah bola

dilambung ke udara, tangan kiri akan diluruskan dan diangkat ke hadapan. Otot deltoid

yang berada pada bahagian sisi di hujung bahu akan menguncup bagi membolehkan

tangan kiri diluruskan. Penguncupan otot deltoid anterior membolehkan tulang

humerus diangkat kehadapan. Pergerakan ini melibatkan sendi yang berada pada

bahagian bahu iaitu sendi lesung dan menghasilkan pergerakan abduksi. Otot biseps

brakil dan trisep brakil pula terlibat untuk meluruskan tangan.Otot-otot ini akan

bertindak secara berantagonis dan pengecutan dan pengenduran ini akan

menyebabkan tulang ulna dan radius tertarik ke arah humerus dan sendi engsel

pada bahagian siku bertindak untuk menghasilkan pergerakan fleksi.

Page 6: esei esaimen pj

Sendi engsel Sendi lesung

Page 7: esei esaimen pj

Bahagian seterusnya yang terlibat dalam fasa ini adalah badan ( body) . Pada

masa ini, pemain akan melentikkan badan ke belakang bagi memberikan lebih daya

semasa kontak dengan bola supaya menepati sasaran dan tangan pemain menampar

bola pada bahagian bola yang betul. Oleh itu, semasa badan dilentikkan , bahagian

hadapan badan dan bahagian belakang akan mengalami pengecutan dan

pengenduran. Otot-otot dibahagian hadapan iaitu otot pektoralis major, rektus

abdominis dan eksternal oblik akan mengalami pengenduran. Manakala otot-otot di

bahagian belakang pula iaitu otot Latisimus dorsi dan Trapezius akan mengecut.

Apabila otot-otot bahagian hadapan badan mengalami pengenduran dan

bahagian belakang mengalami pengecutan , tulang belakang yang terdiri daripada

tulang toraksik, lumbar dan sakrum pemain akan mengalami lentikan dan

menyebabkan badan pemain melentik ke belakang. Lentikan badan akan memberikan

pemain lebih daya untuk mengahasilkan kontak pada bola dan membolehkan pemain

menampar bola dengan baik.

Seterusnya, kaki pemain yang dibengkokkan pada fasa ini akan dapat

memberikan momentum yang cukup semasa melakukan kontak pada bola. Berat badan

pemain secara automatik akan ditampung oleh bahagian kaki yang dibengkokkan ketika

itu. Otot-otot kaki akan mengecut dan mengendur samasa kaki dibengkokkan dan otot

yang terlibat sewaktu kaki dibengkokkan ialah otot vastus lateralis, otot vastus

medialis dan otot vastus intermedius . Secara serentak ,otot Hamstring pula akan

mengecut. Ketika kaki dibengkokkan juga , Otot Gluteus maksimus dibahagian

pinggul mengalami pengenduran. Mekanisme pengenduran dan pengenduran otot-otot

ini membuatkan tulang tibia dan febula ditarik menghampiri tulang femur. Oleh yang

demikian, sendi engsel pada bahagian lutut akan bergerak untuk membolehkan kaki

dibengkokkan. Keadaan ini akan menghasilkan pergerakan posterior fleksi anggota

bawah. Justeru itu, kaki pemain akan berada dalam keadaan bengkok yang

membolehkan pemain bersedia melakukan fasa pelaksanaan.

Berat badan pemain secara automatik akan ditampung oleh kaki yang

dibengkokkan ketika fasa kontak pada bola. Antara otot yang terlibat sewaktu

melakukan posisi ini ialah otot Kuadrisep yang terdiri daripada otot vastus lateralis,

Page 8: esei esaimen pj

otot vastus medialis dan otot intermedius akan mengendur. Pada masa yang sama

otot hamstring akan mengecut manakala otot Gastrocnemius di bahagian betis

pemain turut mengecut. Ketika kaki dibengkokkan, otot Gluteus maksimus dibahgian

pinggul mengalami pengenduran. Mekanisme pengecutan dan pengenduran otot-otot

membuatkan tulang tibia dan fibula ditarik menghampiri tulang femur. Oleh yang

demikian, sendi engsel pada bahagian lutut akan bergerak untuk membolehkan kaki

dibengkokkan. Keadaan ini akan menghasilkan pergerakan posterior fleksi pada

anggota bawah. Justeru itu, kaki pemain akan berada dalam keadaan bengkok yang

membolehkan pemain bersedia untuk melakukan fasa pelaksanaan.

Otot yang terlibat

Page 9: esei esaimen pj

Semasa fasa ikut lajak, mata pemain memandang ke arah pergerakan bola

setelah melakukan kontak. Kedua-dua tangan kanan dan kiri akan diluruskan

kehadapan. Tangan kiri akan berada lurus di sisi badan manakala tangan kanan

diangkat lurus dihadapan badan .Tangan kanan berada dalam kedudukan lurus otot-

otot tangan yang berada di humerus akan bertindak secara berantagonis untuk

meluruskan tangan dihadapan badan. Otot deltoid akan mengecut dan pengecutan ini

akan membolehkan humerus bergerak ke hadapan badan. Pergerakan ekstensi

terlibat semasa menggerakkan tangan ke hadapan. Sendi yang terlibat ketika ini ialah

sendi lesung. Otot trisep braki akan mengendur serta pengecutan dan pengenduran

ini melibatkan tulang ulna dan radius dan juga tulang skapula sewaktu tangan

digerakkan kehadapan. Kemudian pergelangan tangan akan berada dalam kedudukan

fleksi dan ikut lajak yang melibatkan tulang karpel, metakarpel dan phalanges.

Tangan kiri berada di sisi badan setelah bola dilambung ke udara. Pergerakan

otot deltoid tengah yang mengalami pengenduran telah menyebabkan tangan dilurus

ke bawah dan berada di sisi badan. Sendi yang terlibat semasa tangan digerakkan ke

bawah ialah sendi lesung yang menggerakkan bahagian bahu dan sendi engsel di

bahagian siku. Serentak dengan itu , otot Biseps brakil dan Otot Trisep brakil akan

mengendur dan otot brakil bertindak secara berlawanan. Pengenduran otot-otot ini

akan menjarakkan tulang humerus dengan tulang radius dan ulna yang

menyebabkan ekstensi berlaku.

Setelah melakukan servis, kedudukan kaki kiri dan kanan berada dalam keadaan

lurus. Kedudukan kaki kanan agak berbeza sedikit dengan kaki kiri keranan seperti

berdiri dihujung kaki. Posisi ini adalah salah satu posisi yang menyamai tuas kelas

kedua. Tuas kelas kedua berlaku apabila beban terletak diantara daya dan fulkrum,

otot kaki sebagai daya dan berat badan badan sebagai beban.

Page 10: esei esaimen pj

Keadaan kaki lurus disebabkan otot Kuadriseps mengecut manakala otot

Gastrocnemius juga akan turut mengecut dan otot dibahagian pinggul iaitu otot

Gluteus maksimus juga mengecut serentak dengan pengecutan dan pengenduran

otot-otot dibahagian kaki. Sendi engsel terlibat dalam keadaan ini dan tulang femur,

tibia dan fibula juga terlibat. Kaki kanan yang berdiri dengan hujung kaki melibatkan

tulang tarsal, metatarsal dan phalanges. Fleksi plantar berlaku dalam keadaan ini.

Page 11: esei esaimen pj

Sendi-sendi utama

Page 12: esei esaimen pj

RUMUSAN

Anatomi dan fisiologi merupakan satu wadah ilmu yang sangat berguna dalam

dunia pendidikan khususnya bagi para pendidik dalam menjalankan sesi pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan. Anatomi berkisarkan kepada benda hidup yang

terdiri daripada organ dan sistem manakala fisiologi yang mencakupi fungsi-fungsi

organ dan system serta apa sahaja yang terdapat pada benda hidup khususnya pada

badan manusia. Hal ini bermaksud anatomi dan fisiologi ibarat muzik dan lagu yang

tidak dapat dipisahkan dan sentiasa menjadi bidang ilmu yang digunapakai oleh setiap

individu bukan sahaja guru malahan doctor dan orang awam juga turut perlu

mengetahui sedikit sebanyak apa itu anatomi dan fisiologi.

Setiap manusia dikurniakan dengan jasad iaitu tubuh badan yang mengandungi

organ dan sistem-sistem yang berfungsi dan saling berkaitan antara satu sama lain.

Setiap individu itu perlu cakna dalam melakukan aktiviti atau pekerjaan agar tidak

menjejaskan organ dan sistem yang wujud. Pengetahuan mengenai anatomi tubuh

badan amat penting kerana melalui pengetahuan inilah kita dapat menyediakan

kehidupan yang sistematik yang selaras dengan fungsi-fungsi dan sistem tubuh badan.

Pelbagai bentuk sukan dan permainan diwujudkan dan setiap daripada

permainan tersebut mengandungi cara permainan itu dijalankan dan setiap jenis sukan

itu juga mengandungi peraturan dan undang-undang yang khusus dan dibentuk

berdasarkan anatomi dan fisiologi tubuh badan manusia itu sendiri. Penggunaan teknik

dan kaedah yang salah di dalam permainan seperti bola tampar akan mengakibatkan

kecederaan kepada anggota badan dan organ tertentu.Pemahaman bagaimana tubuh

badan itu menjalani proses bagi setiap fasa dalam permainan yang dijalankan dari

sebesar tulang hinggalah kepada sehalus sendi atau otot itu perlu diambil kira bagi

memastikan tiada sebarang masalah timbul.

Melalui tugasan ini juga, setiap dari kita mengetahui secara terperinci dan lebih

mendalam tentang anatomi tubuh badan dan fungsi-fungsinya terutamanya dalam

permainan dan sukan di sekolah. Warga pendidik memperoleh ilmu yang berguna dan

dapat menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.