pentaksiran dalam pj

22
TAJUK 8: PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI SUBTAJUK: PEMBENTUKAN FOLIO DAN PENTAKSIRANNYA DISEDIAKAN OLEH: NORHAZLINA BINTI AZMI KHAIRUNNISA MAHAT NURUL SATIQAH MD ISA NORAIZA MOHD AZHAR NAQIAH HANIM NAZARI PISMP BM/PJ/KH SEMESTER 4

Upload: hazlina-azmi

Post on 26-Jul-2015

1.198 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Dalam PJ

TAJUK 8:PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

SUBTAJUK:PEMBENTUKAN FOLIO DAN

PENTAKSIRANNYA

DISEDIAKAN OLEH:

NORHAZLINA BINTI AZMI

KHAIRUNNISA MAHAT

NURUL SATIQAH MD ISA

NORAIZA MOHD AZHAR

NAQIAH HANIM NAZARI

PISMP BM/PJ/KH SEMESTER 4

Page 2: Pentaksiran Dalam PJ

Pentaksiran adalah daripada perkataan Latin yang

bermaksud “ duduk bersama” dengan pembelajar dan mengesahkan respon adalah bermaksud dengan apa yang dimaksudkan.

Menurut David Payne(2003), pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu DAN membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat

Pengukuran

Penilaian

Pentaksiran

Page 3: Pentaksiran Dalam PJ

Apa yang boleh ditaksir?

PENGETAHUAN

SIKAP

KEMAHIRAN

Page 4: Pentaksiran Dalam PJ

Perancangan Pentaksiran hendaklah:

1. Bebas daripada bersifat berat sebelah atau dipengaruhi oleh… (bias)

2. Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya) diajar dan dipelajari

3. Menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajaran (pengajaran/kurikulum)

4. Memaklumkan ketidaksefahaman

* Dipetik dari Adapted from Champagne, Lovitts and Calinger (1990). Assesement in the Service of Instruction. Washington, AAAS

Page 5: Pentaksiran Dalam PJ

MENGAPA GURU PERLU TAHU MENGENAI PENTAKSIRAN?

Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid

Memantau kemajuan murid Memberi dan menetapkan penggredan Menentukan keberkesanan pengajaran Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap

keberkesanan pendidikan Menilai guru dan pendidik Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan

pembelajaran

Page 6: Pentaksiran Dalam PJ

JENIS PENTAKSIRAN

PENTAKSIRAN

KOGNITIF

PENTAKSIRAN

PSIKOMOTOR

PENTAKSIRAN AFEKTIF

Page 7: Pentaksiran Dalam PJ

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

KESIHATAN

Page 8: Pentaksiran Dalam PJ

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

JASMANI

Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.

Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran

Page 9: Pentaksiran Dalam PJ

Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang .

Pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.

Penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip.

Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Pengukuran

Penilaian

Pentaksiran

Page 10: Pentaksiran Dalam PJ

TUJUAN PENILAIAN DALAM PJ

Memfokuskan kepada setiap individu

Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

Memilih wakil

Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

Page 11: Pentaksiran Dalam PJ

Menentukan status semasa

Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi : 

a) Pemberian gred

b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti

c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi

d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu

e) Menentu aktiviti tertentu.

Page 12: Pentaksiran Dalam PJ

Memotivasikan individu

Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan maka kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.

Menilai pengajaran dan program Pendidikan Jasmani

Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.

Page 13: Pentaksiran Dalam PJ

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

UJIAN RUJUKAN KRITERIA

UJIAN RUJUKAN NORMA

PENILAIAN FORMATIF

PENILAIAN SUMATIF

UJIAN KECERDAS

AN

UJIAN KECERGAS

AN FIZIKAL

Page 14: Pentaksiran Dalam PJ

UJIAN RUJUKAN KRITERIA

Digunakan untuk menilai tahap prestasi kemajuan murid. Keputusan yang diperolehi melalui ujian ini tidak akan

dibandingkan dengan murid lain. Selalunya digunakan bagi menilai tahap kecergasan

berkaitan kesihatan. Melibatkan pengukuran terhadap seseorang murid yang

diasaskan dari jangkaan prestasi yang ada kepada murid yang dinilai.

Page 15: Pentaksiran Dalam PJ

UJIAN RUJUKAN NORMA

Digunakan apabila guru ingin mentafsir kemajuan prestasi dalam satu-satu ujian.

Berupaya membandingkan keputusan dalam kalangan murid dalam satu darjah atau kumpulan.

Sering digunakan oleh guru untuk menentukan gred yang diperolehi oleh murid dalam satu-satu ujian.

Page 16: Pentaksiran Dalam PJ

PENILAIAN FORMATIF

Digunakan untuk mengenal pasti perkembangan pembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa mereka mengikuti sebarang kelas pengajaran.

Berupaya menjelaskan sama ada objektif pembelajaran pada suatu peringkat telah tercapai atau pun tidak.

Mempengaruhi corak P & P seterusnya. Ujian kriteria merupakan sub kepada penilaian formatif

Page 17: Pentaksiran Dalam PJ

PENILAIAN SUMATIF

Digunakan pada peringkat akhir sesuatu topik pengajaran.

Dilaksanakan pada akhir penggal persekolahan atau peringkat akhir persekolahan.

Tujuannya adalah untuk mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid bagi satu kelas atau kumpulan.

Berbentuk pemarkahan yang mengutamakan aras gred. (ujian kriteria & norma)

Page 18: Pentaksiran Dalam PJ

UJIAN KECERDASAN

Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian yang digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.

Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini

Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon.

Page 19: Pentaksiran Dalam PJ

Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai.

Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut.

Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi.

Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

Page 20: Pentaksiran Dalam PJ

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:

➢ Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan

➢ Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor

  

 

KESIHATAN KEMAHIRAN MOTOR

Komposisi Badan Fleksibiliti Daya Tahan Kardiovaskular Kekuatan Otot Daya Tahan Otot

Kelajuan Koordinasi Ketangkasan Kuasa Imbangan Masa Reaksi

Page 21: Pentaksiran Dalam PJ

BIBLIOGRAFI

Allesandro Albert. (t.t). Penilaian Dan Pentaksiran Dalam Pendidikan Jasmani. Dicapai pada 7 Julai 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/62005687/Penilaian-Dan-Pentaksiran-Dalam-Pendidikan-Jasmani

Pengendali@. (2007). Teori Pentaksiran Asas. Dicapai pada 7 Julai 2012 daripada http://kheru2006.i8.com/Teori_Pengukuran_Asas.htm

Norkhalid Salimin. (2011). Perkaitan teori pembelajaran dan pentaksiran komprehensif. Dicapai pada 7 Juilai 2012 daripada http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/perkaitan-teori-pembelajaran-dan.html

Page 22: Pentaksiran Dalam PJ

Norkhalid Salimin. (2011). Pendidikan Jasmani di Malaysia: Penilaian dan Pentaksiran Satu Proses Berterusan. Dicapai pada 7 Julai 2012 daripada http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/02/pendidikan-jasmani-di-malaysia.html

Afdhal Yusoff. (2010). Pentaksiran dalam pendidikan jasmani kesihatan. Dicapai pada 7 Julai 2012 daripada http://afdhalgenji.blogspot.com/2010/08/sistem-latihan.html