pengenalan proposal

2
1.1 Pengenalan Permainan adalah satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan seseorang. Permainan juga ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan- peraturan tertentu. Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan panca indera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah. Dalam permainan bola baling terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. Antaranya ialah berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, mengelecek bola dengan tangan, mengacah, menjaring, menghadang dan menjaga gol. Walaubagaimanapun terdapat tiga kemahiran asas yang paling utama yang perlu ditekankkan oleh para guru iaitu menghantar bola, menyambut bola dan menjaring bola. Ini kerana jika murid gagal menguasai kemahiran tersebut mereka tidak akan dapat bermain bola baling dengan baik dan tidak akan berpeluang untuk pergi jauh.

Upload: muhamad-hafiza

Post on 30-Sep-2015

218 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

1.1 PengenalanPermainan adalah satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan seseorang. Permainan juga ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan- peraturan tertentu. Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan panca indera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah.Dalam permainan bola baling terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. Antaranya ialah berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, mengelecek bola dengan tangan, mengacah, menjaring, menghadang dan menjaga gol. Walaubagaimanapun terdapat tiga kemahiran asas yang paling utama yang perlu ditekankkan oleh para guru iaitu menghantar bola, menyambut bola dan menjaring bola. Ini kerana jika murid gagal menguasai kemahiran tersebut mereka tidak akan dapat bermain bola baling dengan baik dan tidak akan berpeluang untuk pergi jauh.Dalam permainan bola baling kemahiran menghantar bola adalahasas utamadalam permainan bola baling. Kemahiran permainan ini menyerupai cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti hantaran aras dada, hantaran paras bahu, hantaran lantun, hantaran lompat dan hantaran sisi.