pengenalan murid & alam belajar

52
EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR 1.0 PENGENALAN Penduduk Malaysia mempunyai semangat kemasyarakatan teguh yang tercermin dalam permainan tradisional serta aktiviti kemasyarakatan mereka. Sememangnya mereka mempunyai semangat kemasyarakatan yang utuh yang tercermin dalam permainan tradisional ini. Beberapa permainan tradisional di masa lapang masih aktif dan terkenal sehingga kini terutama dalam majlis- majlis keramaian. Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada diantara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Ada juga permainan tradisional yang masih dimainkan oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, batu seremban, sepak raga ,gasing dan lain-lain. Bermain meliputi aktiviti yang memberikan kegembiraan dan peluang bagi murid melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan meningkatkan kemahiran. Bermain dapat memberi murid peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Melalui bermai juga dapat memupuk perkembangan kognitid dan psikomotor. Kanak-kanak yang melalui proses bermain akan mendapat pengalaman langsung sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan BM C Page 1

Upload: fitri-ibrahim

Post on 20-Jun-2015

549 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

ASSIGMENT MURID & ALAM BELAJAR

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

1.0 PENGENALAN

  Penduduk Malaysia mempunyai semangat kemasyarakatan teguh yang

tercermin dalam permainan tradisional serta aktiviti kemasyarakatan mereka.

Sememangnya mereka mempunyai semangat kemasyarakatan yang utuh  yang

tercermin dalam permainan tradisional ini. Beberapa permainan tradisional di masa

lapang masih aktif dan terkenal  sehingga kini terutama dalam majlis-majlis keramaian.

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan

yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan

permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang

kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada diantara

permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa

dan datuk nenek kita sahaja. Ada juga permainan tradisional yang masih dimainkan

oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau,

batu seremban, sepak raga ,gasing dan lain-lain.

Bermain meliputi aktiviti yang memberikan kegembiraan dan peluang bagi murid

melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan meningkatkan kemahiran. Bermain

dapat memberi murid peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Melalui

bermai juga dapat memupuk perkembangan kognitid dan psikomotor. Kanak-kanak

yang melalui proses bermain akan mendapat pengalaman langsung sudah pasti akan

memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan. Menurut fromberg

(1987), secara umumnya main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela

dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik. Sering kali main

dikatakan antonim kepada kerja atau belajar. Sebenarnya konsep tersebut kurang tepat

kerana kerja atau belajar yang menikmati kepuasan serta mempunyai empat unsur

berkenaan tergolong dalam konsep main.

Main dapat digolongkan mengikut fungsinya, iaitu main sebagai satu kemajuan,

main sebagai kuasa, main sebagai fantasi dan main sebagai main. (brian sutton-smith

dalam pellegrini 1995). Main sebagai kemajuan melihat main sebagai satu proses

belajar, iaitu proses untuk menambah baik dan memenuhi keperluan psikologi dan

BM C Page 1

Page 2: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

keperluan sosial. Main sebagai kuasa pula merujuk kepada pertandingan yang

melibatkan pasukan lawan,menang atau kalah. Manakala main sebagai fantasi berkait

rapat secara lagnsung dengan main sebagai kemajuan. Kedua-duanya melibatkan

kanak-kanak. Main sebgai fantasi juga melibatkan peranan main dalam mencungkil dan

meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan imaginative dan main sebgai main

mengutamakan kualiti pengalaman main itu sendiri, bukannya hasil daripada bermain.

Kualiti main melibatkan pengalaman intrinsik dalam diri pemain.

Bagi kanak-kanak, main merupakan satu laluan yang membolehkan kanak-

kanak belajar dan mengenali persekitaran dunianya melalui penerokaan, simulasi,

lakonan, prses cuba-jaya dan manipulasi alatan. Main juga boleh dianggap satu proses

semulajadi yang menghubungkaitkan alam fizikal kanak-kanak dengan alam spritual,

pemikiran, kreativiti, perlambangan, idea, peranan serta pengalaman masa depan

kanak-kanak. kanak-kanak belajar melalui proses bermain.

BM C Page 2

Page 3: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

2.0 BATU SEREMBAN

Permainan Batu Seremban adalah salah satu permainan rakyat yang popular dan

menjadi tradisi turun-temurun sehingga masa kini. Permainan ini sering dimainkan pada

waktu lapang. Nama lain bagi permainan ini juga turut dikenali sebagai Permainan Batu

Selambut atau Serembat. Permainan ini adalah satu permainan yang mana batu-batu

kecil dilambung dan kemudiannya disambut kembali dan melibatkan sekurang-

kurangnya dua orang pemain atau turut dimainkan secara berkumpulan seramai dua

hingga empat orang atau lebih. Alat yang digunakan ialah tujuh biji batu kecil atau boleh

juga menggunakan guli kaca, biji getah atau ketulan-ketulan objek yang berbentuk

bulat.

Permainan ini juga boleh dimainkan di mana-mana sahaja dengan syarat

permukan tempat tapak yang ingin bermain perlu rata dan bersih. Antara tempat yeng

sering menjadi tempat peminat permainan ini bermain adalah di serambi rumah, di

dalam rumah atau di mana-mana sahaja. Kebiasaannya permainan ini dimainkan oleh

kanak-kanak perempuan sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

Dalam permainan ini, para pemain perlu duduk di atas lantai dan selalunya duduk

secara bulatan. Ini adalah untuk memudahkan permainan tersebut dimainkan serta

penukaran giliran dalam permainan tersebut juga senang dijalankan.

2.1 Cara-cara bermain

Sebelum bermain, seorang demi seorang diminta menimbang terlebih dahulu buah bagi

menentukan siapa yang akan memulakan permainan tersebut. Cara menimbang buah

adalah dengan cara kesemua buah diletakan di atas tapak tangan. Kemudian buah ini

akan dilambung keudara dan disambut pula oleh belakang tangan. Jumlah buah yang

dapat disambut adalah jumlah mata. Dalam bermain Batu Seremban ini juga terdapat

beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan

peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan

BM C Page 3

Page 4: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas

dinamakan buah tujuh.

Permainan ini bermula dengan kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan

cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu

dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah

dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada

diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah

menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di

dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua

buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Cara buah dua dimainkan adalah

serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak,

Pada lambungan kali ketiga pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Kesemua perlakuan ini perlu serentak apabila buah ibu dilambung ke udara.

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah

untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara

pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut

bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut

dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang

dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang

dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan

semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai,

tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh

atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira

mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain

seterusnya.

BM C Page 4

Page 5: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

3.0 MODEL PENGAJARAN

3.1 Model Sistem Behavioral

i) Pengajaran Langsung

- Berpusatkan guru di mana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung

kepada murid-murid.

- Menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan

serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah.

- Sesuai digunakan untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai untuk

subjek-subjek yang mirip atau hampir dengan penerokaan dan penemuan.

Langkah-langkah untuk mengendalikan pengajaran langsung :

i. Kenalpasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin dicapai.

ii. Rangsangkan minat murid-murid terhadap apa yang akan disampaikan.

iii. Tinjau semula pengetahuan dan kemahiran lalu yang perlu dikuasai bagi memudahkan

kefahaman mereka.

iv. Tinjau semula praktis tersebut melalui kuiz yang akan dijawab oleh mereka.

v. Beri maklum balas ke atas jawapan yang betul dan ajar semula kemahiran-kemahiran

tertentu (jika difikirkan perlu).

BM C Page 5

Page 6: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

vi. Beri tugasan atau kerja rumah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman mereka.

vii. Bagi sesi pengajaran yang selanjutnya, tinjau semula bahan pengajaran dan pastikan

mereka berupaya mengaplikasikan apa yang telah di pelajari di luar bilik darjah.

ii) Pembelajaran Masteri

- Isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan

kepada murid-murid secara individu melalui bahan atau resos pengajaran yang

sesuai mengikut kadar masing-masing.

-Murid-murid akan diuji dengan menggunakan pelbagai bentuk ujian.

-Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai mana-mana unit pengajaran,

mereka akan diberi peluang untuk mengulangi unit yang berkenaan.

-Pembelajaran masteri berasaskan andaian bahawa setiap murid berupaya untuk

menguasai kemahiran-kemahiran penting yang terkandung dalam kurikulum

(peranan guru untuk merealisasikan andaian tersebut).

BM C Page 6

Page 7: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

3.2 Model Sosial

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori

pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini

disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal

respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan.

Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi

keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah

meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses-

proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh

diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah

dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa

pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap.

Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak

mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas

pembelajaran..

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur

3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak

keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau

merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan,

peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang

ditonjolkan oleh orang lain.

BM C Page 7

Page 8: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

3.2.1 CIRI-CIRI TEORI PERMODELAN SOSIAL BANDURA

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi

penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui

peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara

berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu

bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan

(reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational

opportunity). Eksperimen yang dilakukan oleh Bandura pembentukan sesebuah tingkah

laku boleh berlaku melalui beberapa cara, iaitu:

i) Meniru secara langsung

Iaitu melihat model sendiri atau secara tidak lansung iaitu dengan menonton filem,

video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru

ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.

ii) . Peniruan melalui sekat lakuan dan tak sekat lakuan

Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi

tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin

ketika memanggil rakan tidak melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh

murid-murid disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh

menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku. Murid-murid juga meniru melalui

BM C Page 8

Page 9: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

taksekatlakuan. Ini bermakna murid-murid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu

situasi. Contohnya, kalau dia telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak

sesuai dalam kelas tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum,

murid-murid berkenaan akan bermula menjeritkan jawapan. Inilah merupakan peniruan

melalui taksekatlakuan.

iii) Peniruan melalui elisitasi

Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang

dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan

sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu. Contohnya, apabila melihat seseorang

murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita lalu

membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat murid lain

membaca. Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan keinganan Hassan

untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, satu-satu gerak balas seseorang individu

hanya timbul setelah memerhati gerak balas orang lain.

BM C Page 9

Page 10: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

3.3 MODEL BARU - MODEL RANGSANGAN

Secara umumnya, model pengajaran merupakan satu perilaku persekitaran

pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, khursus,dan unit

pengajaran serta penyediaan bahan-bahan pengajaran. Secara keseluruhannya,

terdapat empat kategori model pengajaran antaranya ialah, Model Pemprosesan

Maklumat,Model Behaviorisme,Model Sosial dan Model Personal.

Berdasarkan kepada keempat-empat model pengajaran ini, kami telah memilih

dua daripadanya dan digabungkan untuk membina satu model baru iaitu Model

Behaviorise dan Model Sosial yang akan diaplikasikan di dalam kelas. Bagi model baru

yang telah kami reka ini, kami telah menamakannya sebagai Model Ransangan

Pengajaran.

Model ini lebih bercirikan kepada pembelajaran secara lansung dimana strategi

berpusatkan guru ditekankan. Oleh yang demikian, gurulah yang akan menyampaikan

isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa

pengajaran agar dapat mencapai hasil pengajaran yang telah ditetapkan. Justeru, ini

juga dapat mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi

langkah.

Di samping itu, pengetahuan sedia ada murid terhadap pengalaman kemahiran

yang lalu diambil kira bagi memudahkan kefahaman murid. Guru-guru juga boleh

menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi meransang murid-murid berusaha

untuk meningkatkan sesuatu kemahiran. Bagi alat penilaian, penilaian yang digunakan

untuk mentafsir kemajuan pelajar sama ada secara formatif atau komulikatif.

Berdasarkan penilaian inilah guru dapat menilai tahap pencapaian murid terhadap

sesuatu pembelajaran.

Ciri yang seterusnya berkait rapat dengan pengajaran yang disusun daripada

mudah kepada kompleks. Dengan ini, murid dapat belajar mengikut kadar masing-

masing dan dapat menyesuaikan pengajaran agar memenuhi faktor perbezaan individu

dalam kalangan murid-murid. Penilaian juga boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk

BM C Page 10

Page 11: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

supaya murid-murid ini dapat menguasai setiap unit-unit pengajaran yang diajar dan

akan diberi peluang untuk mengulangi unit pengajaran yang berkenaan.

Model baru ini juga memerlukan guru memberi penekanan terhadap peranan

tingkahlaku koperatif murid-murid terhadap pengajaran yang diajar. Tingkahlaku ini

amat penting bagi merangsang murid-murid secara sosial dan melibatkan intelek. Oleh

yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam interaksi sosial ini. Kerjasama

daripada murid juga amat penting dalam melakukan sesuatu tugasan bagi menjana

pemikiran yang kolektif iaitu dikenali sebagai sinergi. Sikap positif juga perlu diterapkan

dalam budaya sekolah bagi mengembangkan lagi daya interaksi yang lebih produktif

dan berintegrasi. Untuk itu secara tidak langsung aktiviti pembelajaran secara koperatif

dapat berjalan secara aktif. Dengan itu, murid-murid dapat mengaplikasikan interaksi

sosial ini dalam menyiapkan kerja atau tugasan kumpulan yang diberikan di dalam

kelas secara bersama-sama. Secara tidak langsung, penguasaan maklumat, idea dan

kemahiran juga dapat diperoleh bersama.

Dalam sesi pembelajaran, guru juga perlu menggalakkan aktiviti main peranan

yang mana dapat membantu murid dalam melakukan interaksi sosial serta dapat

memahaminya. Ransangan daripada tugasan secara kumpulan inilah dapat membantu

mereka bertindak menguruskan dan mengumpul maklumat mengenai isu-isu sosial,

mengembangkan sifat empati terhadap rakan kumpulannya dan penambahbaikan

dalam interaksi sosial. Contohnya murid dikehendaki melakonkan sesuatu watak

berdasarkan situasi tertentu. Dengan itu mereka dapatlah mengaitkan dengan

kehidupan sosial harian mereka. Oleh itu, murid secara tidak langsung murid lebih

memahami pengajaran yang ingin disampaikan dan cuba berkerjasama sesama

mereka.

Oleh yang demikian, kami dapati model baru kami iaitu Model Rangsangan ini

amat sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran masa kini yang memerlukan

pengajaran secara langsung yang berpusatkan guru. Model ini juga menekankan

pembelajaran secara koperatif dan main peranan. Dengan ini sesi pembelajaran dapat

dikembangkan secara menyeluruh dari segi pembelajaran, kemahiran-kemahiran

tertentu dan interaksi sosial murid dapat dilakukan dalam bentuk kumpulan.

BM C Page 11

Page 12: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

4.0 BORANG SOAL SELIDIK PERMAINAN BATU SEREMBAN

NAMA :

KELAS :

SILA TANDAKAN ( / ) PADA RUANG JAWAPAN YANG BERSESUAIAN

BIL SOALAN TIDAK SETUJU

KURANG SETUJU

SETUJU SANGAT SETUJU

1 Pernahkah anda mempunyai pengalaman bermain batu seremban?

2 Adakah anda mengetahui peraturan permainan batu seremban?

3 Adakah permainan ini menyeronokkan?

4 Adakah permainan ini sesuai untuk dimain oleh kanak-kanak perempuan sahaja?

5 Adakah anda merasakan wujudnya persaingan dengan pihak lawan ketika bermain permainan ini?

SKOR PEMARKAHAN

1 – TIDAK SETUJU

2 – KURANG SETUJU

3 – SETUJU

4 – SANGAT SETUJU

BM C Page 12

Page 13: Pengenalan murid & alam belajar

5.0 JADUAL PENGUMPULAN SKOR PERMAINAN BATU SEREMBAN

SEKOLAH :

KELAS :

UMUR :

SKOR 1 2 3 4 5

ULASAN LEMAHKURANG

MEMUASKAN MEMUASKAN BAIK CEMERLANG

PERKARA YANG DINILAI JUMLAH SKOR

1 2 3 4 5

1. Kecekapan melambung dan menimbang batu.

2. Kecekapan mengelak daripada sentuhan batu ketika bermain.

3. Ketinggian aras batu ketika melambung. (tidak melebihi daripada aras kepala)

4. Kerjasama pemain dalam melakukan strategi dalam kumpulan.

5. Keupayaan pemain mengira jumlah skor yang diperolehi.

6. Keupayaan pemikiran kreatif pemain dalam menyusun strategi memilih batu yang hendak dilambung.

7. Keupayaan cara pemain melambung dan menyambut batu satu sehingga tujuh.

Page 14: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

6.0 PROSES PERMAINAN BATU SEREMBAN

BM C Page 14

Guru memberi penerangan mengenai permainan batu seremban

Guru membuat demonstrasi bermain kepada murid

Murid mula bermain

Page 15: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

BM C Page 15

Murid mula bermain

Murid diminta menjawab soal selidik

Page 16: Pengenalan murid & alam belajar

7.0 Carta pengumpulan data soal selidik permainan batu seremban.

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 50

1

2

3

4

5

6

Page 17: Pengenalan murid & alam belajar

PETUNJUK :

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Soalan 1 : Pernahkah anda mempunyai pengalaman bermain batu seremban?

Soalan 2 : Adakah anda mengetahui permainan batu seremban?

Soalan 3 : Adakah permainan ini menyeronokkan?

Soalan 4 : Adakah permainan ini sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sahaja?

Soalan 5 : Adakah anda merasakan wujudnya persaingan dengan pihak lawan ketika bermain permainan ini?

Page 18: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

7.1 ANALISIS DATA

Berdasarkan carta bar yang dianalisis diatas,kami telah memilih seramai 10

orang pelajar dari sekolah yang berhampiran untuk menjawab soal selidik yang telah

disediakan. Dalam borang tersebut kami telah menyediakan lima soalan berkaitan

dengan permainan tradisional yang dipilih iaitu batu seremban. Untuk soalan yang

pertama, seramai empat orang pelajar mengakui bahawa mereka mempunyai

pengalaman bermain permainan ini. Manakala untuk skor tidak setuju, kurang setuju

dan setuju, masing – masing mendapat dua markah. Ini mungkin kerana pelajar-pelajar

tersebut lebih cenderung bermain permainan lain.

Bagi soalan kedua pula, empat orang pelajar setuju dengan soalan ini dan hanya

seorang pelajar sahaja yang sangat setuju denganya. Ini menunjukkan bahawa pelajar

yang bermain permainan ini memahami serta mengaplikasikan peraturan tersebut

semasa permainan dijalankan. Untuk soalan ketiga pula, sama ada permainan ini

menyeronokkan atau tidak, jumlah skor yang paling banyak kurang bersetuju dengan

soalan ini. Ia menunjukkan seramai empat orang pelajar kurang berminat terhadap

permainan ini. Manakala seorang pelajar tidak berminat langsung dengan permainan.

Bagi sesetengah permainan, kebiasaanya kanak-kanak perempuan lebih

monopoli permainan tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan kajian yang telah dilakukan,

seramai empat orang pelajar sangat bersetuju dengan soalan keempat yang mana

permainan batu seremban ini hanya sesuai untuk dimain oleh kanak-kanak perempuan

sahaja. Ini kerana mereka berpendapat, permainan yang penuh dengan kelembutan

dan kesenian ini tidak sesuai dimainkan oleh pelajar lelaki.

Apabila disebut tentang permainan, sudah pasti akan ada kalah dan menangnya.

Dari sinilah akan wujudnya persaingan diantara para pemain. Ini terbukti apabila

seramai lima orang pelajar sangat bersetuju dengan soalan nombor lima. Ini kerana di

dalam setiap permainan sama ada bermain secara indivudu atau berkumpulan

persaingan itu penting untuk penambahbaikan kemahiran sedia ada yang dimilikinya.

BM C Page 18

Page 19: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

Melalui soal selidik ini juga dapat dinyatakan implikasinya terhadap pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas melalui persekitaraan psikoosial bilik darjah. Ini

kerana ia memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi murid. Kesan

yang kedua pula guru perlu menentukan matlamat yang spesifik. Guru tersebut

mestilah memastikan matlamat akhir proses pembelajaran diterangkan dengan jelas.

Matlamat itu juga hendak logik dan mampu dicapai.

Menyediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra juga merupakan salah satu

implikasi dalam perlaksanaan model untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Ini kerana wujudnya amalan rutin belajar, keceriaan dan juga dinamika

kumpulan. Selain itu, ia juga harus mempunyai peraturan bilik darjah yang positif. 

Pembelajaran juga berlaku secara koperatif dan kolaboratif. Justeru, guru hendaklah

banyakkan aktiviti latihan, ulang kaji serta pengukuhan dalam keadaan yang

menyeronokkan.

BM C Page 19

Page 20: Pengenalan murid & alam belajar

8.0 Carta pengumpulan data skor permainan batu seremban

soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 5 soalan 6 soalan 70

1

2

3

4

5

6

Page 21: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

PETUNJUK :

KUMPULAN 1

KUMPULAN 2

SKOR 1 2 3 4 5

ULASAN LemahKurang

memuaskan Memuaskan Baik Cemerlang

Soalan 1 : Kecekapan melambung dan menimbang batu.

Soalan 2 : Kecekapan mengelak daripada sentuhan batu ketika bermain.

Soalan 3 : Ketinggian aras batu ketika melambung.(tidak melebihi daripada aras

kepala)

Soalan 4 : Kerjasama pemain dalam melakukan strategi dalam kumpulan.

Soalan 5 : Keupayaan pemain mengira jumlah skor yang diperolehi

Soalan 6 : Keupayaan pemikiran kreatif pemain dalam menyusun strategi memilih batu

yang hendak dilambung.

Soalan 7 : Keupayaan cara pemain melambung dan menyambut batu satu sehingga

tujuh.

8.1 ANALISIS DATA

BM C Page 21

Page 22: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

Berdasarkan carta pengumpulan data skor permainan batu seremban di atas,

kami telah membuat kajian terhadap dua buah kumpulan yang bermain permainan ini.

Melalui pemerhatian ini, skor paling tinggi telah dikumpul oleh kumpulan kedua

manakala kumpulan pertama mendapat skor terendah. Hal ini kerana, kumpulan kedua

lebih cekap menguasai melambung dan menimbang batu. Mereka dapat menguasai

prinsip latihan dengan baik iaitu koordinasi mata dan tangan.

Soal selidik yang telah dijalankan mendapati permainan ini dimonopoli oleh

kanak-kanak perempuan. Bagi permainan ini, setiap kumpulan mempunyai kanak-

kanak lelaki dan perempuan yang sama banyak bilanganya. Justeru, setiap kumpulan

hanya dapat skor memuaskan bagi kecekapan mengelak daripada sentuhan batu ketika

bermain. Kawalan terhadap ketinggian aras batu merupakan salah satu peraturan yang

telah ditetapkan. Dalam pemerhatian ini, kami mendapati kumpulan dua sangat lemah

kawalannya. Ini kerana mereka merasa kurang selesa jika melambung batu rendah dari

ketinggian kepala mereka.

Permainan yang melibatkan kumpulan sudah tentu mempunyai kerjasama

sesame ahli. Dalam skor ini, kami juga mengkaji tentang kerjasama sesama mereka

dan hasilnya mendapati kedua-dua kumpulan mempunyai kerjasama yang baik dalam

kumpulan. Mereka menyedari bahawa dengan kerjasama yang baik akan dapat

membentuk satu kumpulan yang mantap. Bagi para pemain yang dipilih, mereka

menyatakan yang mereka agak lemah dalam penguasaan dan pengiraan nombor.

Justeru, hasilnya kurang memuaskan untuk soalan nombor lima. Mereka tidak dapat

menguasai keupayaan pemain mengira jumlah skor yang diperolehi

Permainan ini juga bukan sahaja mengambil kira kalah dan menangnya tetapi

juga dalam kreativiti pemain semasa menyusun strategi. Kumpulan kedua ternyata

cemerlang dalam penyusunan strategi yang kreatif semasa memilih batu untuk yang

hendak dilambungkan. Keupayaan cara pemain melambung dan menyambut batu satu

sehingga tujuh juga turut dinilai di dalam borang skor ini. Melalui penilaian ini, kedua-

dua kumpulan mendapat markah skor yang sama iaitu ditahap memuaskan. Ini kerana

kedua-dua kumpulan mempunyai keupayaan melambung dan menyambut dengan

begitu baik.

BM C Page 22

Page 23: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

Implikasi perlaksanaan model pengajaran ini terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran guru ialah Aplikasi hukum latihan. Melalui hukum latihan ini guru akan

menyediakan banyak pengulangan dan juga latih tubi yang pelbagai. Sambil itu, guru

juga dapat membantu murid – murid mengaplikasikan permainan dengan cara yang

betul.. Kesan yang kedua pula ialah guru perlu menyediakan suasana bilik darjah yang

mesra murid supaya murid-murid berasa selesa serta tidak bersikap negatif. Bahkan

seorang guru juga perlu menyediakan suasana pembelajaran yang boleh membawa

kepada perasaan rasa berjaya untuk mendorong murid.

9.0 PENAMBAHBAIKAN BERDASARKAN MODEL BARU

BM C Page 23

Page 24: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

Berdasarkan model baru yang telah kami bina, terdapat beberapa cadangan

dan penambahbaikan yang kami rasa perlu dititikberatkan untuk mengaplikasi model ini

di dalam pengajaran dan pembelajaran. Penambahbaikan ini perlu dalam memupuk

minat pelajar untuk belajar.

Pembelajaran secara langsung memerlukan perancangan dan pelaksanaan

yang terperinci. Pengajaran ini berpusatkan guru dan mengikut satu struktur tetap

dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar kearah mencapai hasil

pembelajaran yang eksplisit. Kami berpendapat bahawa bukan guru sahaja yang

perlu memainkan peranan, malahan murid-murid sendiri mempunyai peranan

masing-masing.Murid-murid yang sudah mampu menguasai dan

berkemahiran dalam sesuatu mata pelajaranmereka bertanggungjawab mengajar

rakan-rakan lain yang masih belum dapat menguasai sesuatu kemahiran tersebut.

Dengan itu, mereka juga dapat membina perhubungan yang berkualiti dan

ker ja  berkumpu lan  dapa t  d iwu judkan  sesama mereka .  Me la lu i  

ak t i v i t i sebeg in i , mereka juga dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman

yang lebih jelas dan mereka tidak malu untuk bertanyakan sesuatu masalah

kerana kanak-kanak lebih mudah berinteraksi dengan rakan yang sebaya dengan

mereka.

Se la in i tu ,un tuk  memast i kan  mur id -mur id   t idak  bosan  dengan  

penga ja ran ,   cadangan  yang   ing in  kami  nya takan   ia lah  guru  per lu

merancang pengajaran mereka supaya lebih sistematik dan menarik. Tunjukkan

bahan-bahan pengajaran yang konkrit supaya mereka lebih faham dan

penggunaan  Advance Organizer  amat digalakkan bagi menambahkan lagi minat dan

pemahaman mereka dalam pelajaran. Guru perlulah memulakan pelajaran yang

disusun daripada mudah kepada kompleks. Hal ini dapat memudahkan murid

untuk memahami setiap pengajaran guru dan murid juga tidak bosan ketika

proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan contoh yang banyak dan

bahan sumber yang bermakna dapat membantu murid membuat perkaitan dan

membina pemahaman baharu.

BM C Page 24

Page 25: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

Di samping itu juga, pembelajaran koperatif juga memerlukan penambahbaikan.

Antara kelemahan koperatif adalah terdapat murid yang aktif dan murid yang pasif.

Murid aktif kerana dia telah mengetahui apa yang telah diajar oleh guru manakala murid

yang pasif ini tidak dapat memahami pengajaran guru. Oleh yang demikian, guru

hendaklah memberikan tumpuan kepada murid yang pasif. Hal ini dapat menggalakkan

murid itu berminat dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, sebagai guru, kita bukan sahaja perlu mendengar suara hati

murid-murid dan memahami fitrah mereka sebagai kanak-kanak, malahan kita juga

perlu sama-sama menyelami dunia mereka supaya setiap pengajaran yang kita

sampaikan akan bertambah menarik dan menyeronokkan.

BM C Page 25

Page 26: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

10.0 PENUTUP

Melalui tugasan ini, kami dapat menguasai konsep alam belajar dengan

baik,pelbagai teori pembelajaran, mengetahui implikasi faktor perbezaan individu. Di

samping itu kami dapat memahami pendekatan dan strategi yang dapat digunakan di

dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui model-model pembelajaran

. Setelah dikaji, konsep alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut

pandangan yang berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan

melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat

kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar

berdasarkan hubungan guru dan murid.

Kepentingan alam belajar sememangnya memberi peranan yang penting dalam

perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana aktiviti belajar dapat memberi ruang kepada

kanak-kanak untuk menyampaikan perasaan,karya dan keupayaan mereka dalam

pelbagai cara. Di samping itu, dalam alam belajar dapat mengalakkan murid-murid

untuk berfikir. Misalnya, selepas melakukan penyelesaian masalah, mereka akan

belajar untuk memperbaiki kelemahan diri serta meningkatkan prestasi dengan lebih

baik selepas mempelajari sesuatu perkara. Oleh itu, mereka akan berpuas hati dengan

hasil yang mereka jalankan. Selain itu, pembelajaran berlaku apabila manusia termasuk

murid dari semasa ke semasa mengubah kefahaman dalaman mereka tentang dunia

semasa mereka menemui bukti luaran yang bercanggah dengan kefahaman awal

mereka. Lima model pembelajaran iaitu model behavioris,model pembelajaran

sosial,model personal dan model pemprosesan maklumat ini masing-masing berkaitan

dengan proses pembelajaran iaitu kesediaan,corak pengamatan,persepsi,ingatan dan

lupaan serta pemindahan pembelajaran.

Di samping itu, perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di

kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan.Di dalam pembelajaran kepelbagaian murid

dapat dilihat dari segi tahap prestasi,kadar belajar, gaya

pembelajaran ,etnik,budaya,kelas sosial,bahasa di rumah,jantina dan bakat serta minat.

Di dalam pembelajaran,motivasi juga dianggap sebagai satu unsur yang penting yang

membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif selain menjadikan proses

BM C Page 26

Page 27: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

pembelajaran berlansung dengan lebih bermakna. Pendekatan merujuk kepada cara

bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya manakala

strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan kebijaksanaan memilih, menyusun,

dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh menghasilkan pencapaian yang

optimum.Oleh itu, pendidik yang bijak memilih pendekatan dan strategi yang baik di

dalam setiap pengajaran dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan

meransang pelajar ke tahap pembelajaran maksimum.

BM C Page 27

Page 28: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

11.0

REFLEKSI

BM C Page 28

Page 29: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

NAMA : FARAH FAZRIYANA BINTI BASRI

OPSYEN : PISMP SEM 2 PENGAJIAN MELAYU C

NO.KP : 910716-10-5020

REFLEKSI TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK EDU 3103

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sepanjang melakukan tugasan

ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai tajuk Alam Belajar dan

pengajaran dan pembelajaran yang berkait rapat dengan tajuk ini. Oleh itu, saya dapat

mengenalpasti bagaimana alam belajar memberi kepentingan yang mendalam kepada

perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

Setelah mendapat tugasan ini, kami telah membahagikan ahli-ahli kumplan

bersama rakan-rakan sekelas lain. Saya berkumpulan bersama Nor Azrina bt Mohd

Zainol, Fitri Norlida Bt Ibrahim dan Nur Afifah bt Ahmad. Selepas mendapat tugasan ini,

kami terus membahagikan tugasan masing-masing dengan adil dan saksama.

Kemudian, kami mencari bahan-bahan rujukan di perpustakaan, internet dan buku-buku

ilmiah.

Dalam tugasan ini saya telah mempelajari pelbagai perkara termasuk

kepentingan model-model pembelajaran yang terdapat dalam tajuk Alam Belajar.

Model-model pembelajaran ialah model pembelajaran sosial,model pemprosesan

maklumat,model behaviorisme dan model personal. Melalui model ini, saya

mempelajari bahawa setiap guru mempunyai peranan penting dalam menyediakan

murid dengan pengalaman yang akan membantu mereka membina kefahaman yang

lebih tepat tentang bagaimana persekitaran dan dunia berfungsi.Guru perlu memahami

cara pembelajaran murid dan setiap perbuatan murid,guru perlu melihat samada murid

mengikut sesuatu pelajaran dengan cara baik atau sebaliknya. Melalui model-model

pembelajaran ini, guru hendaklah memberi sokongan dan mengambil berat,serta

BM C Page 29

Page 30: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan

cara tertentu.Apabila menjadi guru kelak, saya dapat mengamalkan model-model ini di

dalam bilik darjah di mana saya perlu mengambil berat terhadap murid khususnya

mereka yang memerlukan perhatian guru dan mereka masih banyak perkara yang perlu

dipelajari sama ada aktiviti individu atau berkumpulan.Di samping itu, saya juga

mempelajari melalui model-model ini iaitu sebagai seorang guru, perlu memberi

sokongan serta motivasi kepada murid kerana murid yang lemah dari segi pelajaran

kurang berminat untuk belajar dan mereka lebih berminat bermain untuk murid lelaki

dan berinteraksi atau berbual bagi perempuan.

Berdasarkan model-model yang dipelajari,saya dapat mengenalpasti bahawa

peringkat perkembangan kanak-kanak merupakan faktor paling penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan model yang sesuai memainkan peranan

penting untuk menyampaikan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan

berkesan.Murid-murid seronok apabila menjalankan aktiviti pembelajaran dengan

menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

Sebagai kesimpulan, model-model yang dipilih iaitu model behaviorisme dan

model sosial digabung dan dijadikan model baru iaitu Model Ransangan.Melalui model

baru ini dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran kerana guru memainkan peranan

yang penting dalam mendidik murid dan guru perlu memberi perhatian kepada pelajar

supaya mereka mempunyai minat dan keyakinan untuk belajar.Guru juga perlu

memahami murid yang bermasalah dalam pelajaran dan masalah keluarga mereka.

Jika guru dapat membimbing murid yang bermasalah,mereka merasa diri mereka

dihargai dan dapat menumpukan kepada pembelajaran.

BM C Page 30

Page 31: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

Nama: Nur Afifah Binti Ahmad

Kelas: Bahasa Melayu C (PISMP SEMESTER 2)

REFLEKSI

Saya Nur Afifah Ahmad bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini

pada masa yang ditetapkan. Pada mulanya, setelah mendapat soalan kerja kursus ini,

saya tidak memahami kehendak soalan . Selepas berjumpa dengan pensyarah

pembimbing iaitu Encik Yeap Teik Wei, beliau banyak memberi panduan dan tunjuk ajar

sehingga saya dan ahli kumpulan benar-benar faham apa yang dikehendaki oleh

soalan tugasan.

Terdapat beberapa kekangan dalam menyiapkan tugasan ini. Saya dan ahli

kumpulan kekurangan bahan rujukan. Bahan rujukan di perpustakaan juga sangat

terhad dan tidak mencukupi. Hal ini menyebabkan saya dan rakan-rakan sukar untuk

mencari maklumat dan sedikit sebanyak mencari dalam internet.

Selain itu juga, kami berdepan dengan masalah untuk mengaplikasikan

permainan rakyat di Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Kami perlu memilih sepuluh orang pelajar untuk mengaplikasikan permainan rakyat

tersebut. Masalah timbul kerana kami hanya diberikan satu kelas sahaja dengan murid

seramai 30 orang. Bilangan tersebut tidak mencukupi untuk bermain setiap permainan

rakyat yang telah dirancang.

Di samping itu juga, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi

mengenai model-model pembelajaran dan cara untuk mencipta model baru. Model-

model ini penting bagi seorang bakal guru untuk mendidik anak bangsa di masa akan

datang.

Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan

yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang saya

peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru

kelak. Semoga tugasan ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang

membacanya.

BM C Page 31

Page 32: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

REFLEKSI

( NOR AZRINA BINTI MOHD ZAINOL )

Sepanjang menjalankan Kerja Kursus Pendek Murid dan Alam Belajar ini,

saya lebih memahami tentang model pengajaran yang telah diaplikasikan tersebut

dengan lebih terperinci. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih

mendalam tentang model – model pengajaran yang perlu diketahui oleh seorang bakal

guru.

Saya telah mencari bahan rujukan mengenai tugasan ini dengan pelbagai

sumber. Antaranya membuat rujukan di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru

Malaysia Kampus Perlis dan Pusat Sumber Awam di Alor Setar Kedah. Di sana saya

telah mencari buku-buku mengenai soalan-soalan tugasan ini dengan menggunakan

‘OPAC’ yang disediakan oleh pusat sumber bagi memudahkan saya untuk mencari

maklumat buku-buku yang di cari. Pada masa yang sama, saya tidak lupa untuk

mendapatkan sumber maklumat melalui media elektronik iaitu internet.

Sepanjang melaksanakan Kerja Kursus Pendek ini, saya telah melalui pelbagai

kekangan, namun saya tetap menanamkan sikap tidak mudah berputus asa. Dalam

tempoh menyiapkan tugasan ini pelbagai cabaran yang terpaksa saya harungi, iaitu

salah satunya ialah kesuntukan masa. Ia agak terganggu dengan keadaan dimana

semasa minggu menghantar tugasan ini saya mempunyai pelbagai aktiviti sama ada

aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum yang memang tidak dapat dielakkan. Seperti

jadual yang agak padat sudah tentu menyukarkan kami untuk membuat kajian terhadap

kanak – kanak sekolah. Justeru, masa untuk saya menyiapkan tugasan adalah terhad.

Disamping kesukaran untuk memperolehi maklumat dan informasi daripada media

elektronik lantaran untuk melayari rangkaian internet. Hal ini kerana rangkaian internet

hanya boleh dilayari pada waktu berkerja sahaja. Selain itu, kami juga menghadapi

masalah dengan pensyarah bimbingan untuk kkp ini. Ini kerana kelas kami tidak

mempunyai pensyarah bimbingan lantaran Pensyarah yang terdahulu telah ditukarkan

ke IPG yang lain. Namun itu tidak menjadi masalah kepada saya untuk menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna.

BM C Page 32

Page 33: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

Melalui tugasan ini juga saya lebih memahami tentang implikasi faktor perbezaan

individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi gaya pembelajaran

terhadap pemilihan dan pengaplikasikan pendekatan dan strategi pengajaran

pembelajaran.Dalam soalan tugasan ini, kami dikehendaki memilih satu permainan

rakyat dan menjalankan kajian terhadap beberapa orang murid sekolah. Melalui kajian

yang dibuat dapat saya perhatikan perkembangan kognitif dan mental kanak-kanak

dalam golongan umur tersebut adalah berbeza.

Pada mulanya memang agak sukar untuk saya memahami kehendak soalan

kerana ia memerlukan seseorang itu mempunyai tahap pemikiran yang tinggi.

Walaubagaimanapun, saya cuba untuk mengatasi masalah itu melalui pembacaan

bahan-bahan yang berkaitan dari buku-buku rujukan, sumber internet dan juga

mengadakan kolaborasi dengan pensyarah pembimbing. Setelah semua maklumat

dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu

tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi

kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus

ini dengan jayanya.

Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan

terhadap diri saya. Ia telah membuka pemikiran saya terhadap bidang ilmu pendidikan.

Saya berharap ilmu ini dapat saya aplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion

perguruan. Akhir kata terima kasih saya ucapkan kepada En. Yeip diatas segala tunjuk

ajar yang diberikan. InsyaAllah, saya akan gunakan ilmu yang ada ini dengan sebaik-

baiknya.

BM C Page 33

Page 34: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

NAMA : FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

NO.K/P : 910409-08-5074

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dan ahli kumpulan saya

akhirnya berjaya juga menjalankan tugasan Kerja Kursus Pendek Murid dan Alam

Belajar (EDU 3103) ini pada masa yang ditetapkan.

Ketika pertama kali saya dan ahli kumpulan mendapat soalan tugasan ini,kami

kurang faham dengan kehendak soalan. Tambahan pula, pensyarah yang mengajar

kami pindah dan tidak sempat memberi penerangan yang lebih lanjut. Kami juga turut

menghadapi masalah dalam penerangan pensyarah yang berbeza-beza. Namun

begitu, kami tetap cuba menjalankan tugasan dengan sebaik mungkin seperti yang

dikehendaki soalan tugasan.

Alhamdulillah kami tetap bersyukur kerana berdasarkan cabutan undi yang

dibuat antara kumpulan lain, kami telah mendapat tajuk pembentangan kumpulan

saya di dalam kelas ketika kuliah dijalankan. Tajuk tersebut ialah berkaitan

permainan batu seremban. Jadi, sedikit sebanyak ia dapat membantu kami.

Oleh itu, kami hanya memerlukan pemahaman tentang model pengajaran yang sebenar

untuk membentuk model kami yang tersendiri.

Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk menjelaskan

konsep dan ciri-ciri model baru yang dikehendaki w a l a u p u n b a n y a k

m a k l u m a t b o l e h didapati di mana-mana sumber tetapi kami perlu menunjukkan

keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. Begitu juga dengan penjelasan

tentang cadangan baru untuk penambahbaikan model baru kami.

BM C Page 34

Page 35: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

Oleh yang demikian, melalui tugasan ini saya dan ahli kumpulan

secara tidak langsung lebih memahami perkaitan model-model

pembelajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran kelak. Kami

juga turut memahami tentang aspek-aspek yang diperlukan dalam sesuatu

pengajaran dan perlu mengikut langkah yang tertentu seperti dari mudah

kepada kompleks selain daripada pengajaran secara langsung dan

memerlukan bahan pengajaran yang sesuai dan memerlukan penilain

tertentu. Akhir sekali, saya dan ahli kumpulan amat berharap tugasan ini

dapat memenuhi criteria tugasan yang baik dan apa yang paling penting

ialah semoga segala yang saya perolehi bersama rakan kumpulan dapat

diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak.

.

BM C Page 35

Page 36: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

BIBLIOGRAFI

Choong Lean Keow. (2010). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Kumpulan Budiman

Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying.(2009).Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam

Belajar.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

gengpemsdbez.blogspot.com/.../model-pemprosesan-maklumat.html.Diakses

pada 10 Ogos 2011

jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/teori2011.pdf. Diakses pada 6 Ogos 2011

BM C Page 36

Page 37: Pengenalan murid & alam belajar

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

LAMPIRAN

BM C Page 37