konsep alam belajar

Upload: personwithheart

Post on 06-Jan-2016

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

alam belajar

TRANSCRIPT

KONSEP ALAM BELAJAR Sejak dari kecil lagi, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran yang berterusan tidak kiralah formal atau tidak formal. Justeru itu, suasana alam belajar yang kondusif pastinya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang dijalankan oleh guru tidak kiralah di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Penglibatan yang aktif dan interaksi yang baik perlu diwujudkan antara guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Alam belajar merupakan keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.

Tiga aspek utama alam belajar :Terdapat tiga komponen penting dalam membantu pembentukan murid yang menyeluruh. Pertama ialah psikososial, kedua iaitu fizikal dan ketiga ialah komuniti pembelajaran. a) Aspek psikososial Faktor pertama iaitu psikososial merangkumi 4 elemen iaitu nada suara yang sesuai, saling berbudi bahasa, tingkahlaku yang diterima dan suasana yang kondusif. Faktor ini lebih memfokuskan kepada perasaan murid-murid yang berhubung dengan aspek keselamatan dan keselesaan mereka dengan persekitaran sekolah. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah-tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.

b) Aspek fizikal Komponen fizikal meliputi semua keadaan fizikal seperti fizikal bilik darjah, bahan-bahan pelajaran, kemudahan dalam alam persekitaran. Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar. Bagi menggalakkan pemikiran kreatif, suasana bilik darjah yang selesa perlu disediakan. Oleh itu, terdapat berbagai-bagai cara penyusunan bilik darjah yang akan mencerminkan gaya pengajaran kita sebagai guru.

Antara cara penyusunan bilik darjah ialah: i. Gaya Auditorium Gaya penyusunan tradisional di mana murid-murid duduk menghadap guru. ii. Gaya Bersemuka iaitu gaya murid-murid duduk menghadap satu sama lain di dalam kumpulan seramai enam atau lapan orang. iii. Gaya Off-setMemerlukan tiga atau empat orang murid-murid duduk pada meja tetapi tidak menghadap sesama mereka. iv. Gaya Seminar Kumpulan murid-murid yang terdiri daripada 10 atau lebih orang duduk dalam bulatan, segiempat sama atau berbentuk-U. v. Gaya Kluster Terdiri daripada 4 hingga 8 orang murid duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat.

c) Aspek komuniti pembelajaranSecara amnya, komuniti memfokuskan sekumpulan manusia yang belajar bersama dalam persekitaran selesa untuk menggalakkan aktiviti berdialog, maklum balas, refleksi dan penurunan kuasa. Ciri-ciri komuniti pembelajaran merangkumi kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif, penglibatan murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan sebaya mereka, sumber jaringan sokongan akademik dan sosial dan yang terakhir fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran. Komuniti mempunyai 4 ciri iaitu keahlian, pengaruh, memenuhi keperluan individu dan berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan. Komuniti Pembelajaran (Teori Ekologi Bronfenbrenner)

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Bronfenbrenner memberi fokus utama kepada konteks sosial iaitu dimana kanak-kanak membesar dan individu yang mampengaruhi kehidupan serta perkembangan kanak-kanak tersebut. setiap individu berbeza kerana konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. Bronfenbrenner telah menggariskan 5 sistem yang mempengaruhi ekologi, iaitu:

i. Sistem Mikro

Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu itu menghabiskan sebahagian besar masanya. Situasi yang dimaksudkan adalah termasuk bersama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau berada di kawasan setaman atau sekampung.Dalam sistem mikro ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan sebaya, guru, jiran dan lain-lain lagi. Bagi Bronfenbrenner, seseorang individu itu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbale balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut.

ii. Sistem Meso

Sistem meso pula melibatkan hubungan antara sisitem mikro. Contohnya, menghubungkan pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; iaitu antara pengalaman bersama ahli keluarga dengan pengalaman bersama guru serta rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam satu sistem mikro yang lain.Contohnya, seorang pelajar yang menghadapi masalah dalam keluarga dengan merasa tersisih, maka pelajar ini akan menghadapi masalah dalam menjalin hubungan yang positif dengan gurunya.

iii. Sistem Ekso

Sistem ekso adalah keadaan dimana pengalaman dalam sesuatu seting (dimana pelajar tidak aktif) akan mempengaruhi pengalaman guru serta pelajar itu sendiri secara langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Perbandaran). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualaiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan pihak tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar tersebut.

iv. Sistem Krono

Sistem ini merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan pelajar. Contohnya, pelajar hari ini hidup dalam banyak perkara pertama yang dilaluinya. Mereka adalah generasi pertama yang mengalami jagaan harian di tempat asuhan kanak-kanak(taska) atau dijaga oleh orang lain atau pembantu rumah. Mereka juga adalah generasi pertama yang yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble), juga generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar.

Ciri-Ciri Alam BelajarAlam belajar yang menunjukkan keserasian perkembangan dan pengalaman dengan keperluan-keperluan unik kanak-kanak mempunyai tiga ciri seperti berikut :

Menggalakkan Penglibatan AktifKanak-kanak belajar dengan melakukannya sendiri. Mereka belajar melalui eksplorasi dan penemuan, menggunakan semua deria. Alam belajar optimum yang menggalakkan penglibatan aktif dan menyediakan banyak peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh.

Bersifat KendiriKeperluan kanak-kanak adalah unik dan bersifat tersendiri. Perbezaan di kalangan kanak-kanak adalah jelas dan perbezaan ini memberi panduan dalam memilih instruksi. Aras perkembangan, gaya pembelajaran, latar belakang keluarga dan minat kanak-kanak adalah di antara faktor-faktor yang membantu dalam memformulasikan alam belajar.Berpusatkan PelajarPendekatan berpusatkan pelajar yang memfokuskan perkembangan kanak-kanak secara total, menyokong pertumbuhan kognitif, sosial, afektif dan fizikal kanak-kanak. Amalan yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak ialah kaedah berpusatkan pelajar.

KONSEP MAINSebagai bakal guru, pernahkah kita terfikir bahawa kanak-kanak amat memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Menurut Choong (2008), main merujuk kepada sesuatu aktiviti yang bermotivasi intrinsik serta menyeronokkan kepada individu yang berkenaan. Kamus Webster dalam Choong (2008) pula menyatakan konsep main sebagai pergerakan laju dan berubah- ubah sebagai contoh, kanak-kanak berpura-pura menjadi jet pejuang, kereta lumba. Konsep kedua menyatakan main peranan adalah satu watak sebagai contoh kanak-kanak berpura-pura menjadi seorang guru, emak, dan sebagainya. Main juga sebagai rekacipta sesuatu iaitu kanak-kanak mencipta kreativiti mereka dengan bermain susunan blok. Main juga dikonsepkan sebagai senaman sebagai contoh bermain ting-ting, konda-kondi dan sebagainya. Ia mencipta keseronokan atau gurauan seperti permainan sorok-sorok, permainan lari ikat kaki, dan sebagainya. Bermain juga mempunyai tiga konsep iaitu main bebas, main terkawal, dan main terarah (Azizi Jaafar, 2009). Menurut Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah (2009), main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik (Fromberg,1987). Main juga ialah sukarela, penglibatan dan pergerakan fizikal aktif serta kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini,1995).

Kepentingan Alam Belajar (Bermain)Terdapat tiga aspek yang dilihat dalam mengkaji kepentingan bermain kepada kanak-kanak iaitu aspek perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal.

a) Perkembangan Intelek-Melalui perkembangan intelek, kanak-kanak dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Kanak-kanak juga akan mempelajari dan mengetahui pelbagai kemahiran sekaligus dapat membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka juga dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan potensi pemikiran kanak-kanak dalam mendedahkan mereka cara menyelesaikan masalah.

b) Perkembangan Sosioemosi -Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi kanak-kanak dengan rakan- rakan mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu bapa. Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa. Mereka akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungin berbeza mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut. Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak- kanak supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain. c) Perkembangan Fizikal - Kanak-kanak perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatan mereka semasa bermain. Pendedahan kepada permainan dalaman (indoor game) dan permainan luaran (outdoor game) perlu diterapkan agar mereka sentiasa diberi peluang untuk menyertai dan menunjukkan bakat yang terpendam. Melalu bermain, kemahiran psikomotor dapat dibina dan ia juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan serta dapat mengeluarkan perasaan takut dan bimbang kepada peringkat sedar.

2.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Teori Pembelajaran BehaviorisTeori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.BURRHUS F. SKINNER (1904 - 1990)Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin(1991), penenguhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan meransangkan otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

JENISTerdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip premack dan pelupusan.

1) PENEGUHAN POSITIFPeneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah adalah seperti memberikan katakata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual 6.3 menunjukkan satu contoh peneguhan positif.

Tingkah LakuKesan / AkibatTingkah laku Masa HadapanPelajar kemukakan soalan dengan baikGuru memuji pelajarPelajar kemukan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan ata respon yang spontan.

2) PENEGUHAN NEGATIFPeneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada ransangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif.

Tingkah lakuKesan / AkibatTingkah laku masa hadapanPelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya.Guru menegur pelajarPelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya

3) DENDAANDendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

Tingkah lakuKesan / AkibatTingkah laku masa hadapanPelajar membuat bising dala kelas.Guru membuat amaran kepada pelajar.Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas

Dendaan boleh dibahagi kepada 2 bentuk iaitu yang pertama ialah dendaan persembahan dan kedua dendaan penyingkiran.

i)DENDAAN PERSEMBAHANDendaan persembahan (presentation punishment), berlaku apabila sesuatu ransangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem dimerit atau guru memberi kerja tambahan.

ii) DENDAAN PENYINGKIRANDendaan penyingkiran (removel punishment), berkaitan dengan penyingkiran ransangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu sebab mereka tidak membuat kerja rumah Sains.

Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya ialah dendaan perlu dilakukan dengan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan. Seterusnya orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum. Dendaan juga dilakukan atas dasar untuk mengubah kelakuan bukan sebagai balasan perlakuan dan yang terakhir hukuman mestilah tekal iaitu si A kena 3 rotan si B juga kena 3 rotan.

Ada setengah pendapat mengatakan denda boleh menghasilkan gangguan emosi serta persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap deraan serta menyebabkan berlakunya tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri, serta mengganggu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang.

4) PRINSIP PREMACKPrinsip premack ialah mengaitkan aktiviti kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang di minati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan, kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran. Sebagai guru, kita boleh menyelangkan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.

5) PELUPUSANPelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini boleh diatasi dengan adanya peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi digunakan serta guru perlu sabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

APLIKASI PRINSIP-PRINSIP SKINNER DALAM BILIK DARJAHPemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah, token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki.a) Sebagai contoh, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjayamenghasilkan lukisan tercantik dalam bilik darjah.

b) Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin ber-ulangnya tingkah laku yang positif.

Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran secara berpering-kat.a) Guru memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidakterlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya.Ia mesti sejajar dengan kebolehan pelajar.

b) Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepaksecara berperingkat-peringkat (seperti burung merpati bermain ping-pong)supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.

Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasiyang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasidengan betul.a) Generalisasi

(i) Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah.Pemindahan pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B.(ii) Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan.(iii) Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaanUPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir samadengan ujian bulanan.(iv) Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudahbiasa membuat ujian bulanan.

b) Diskriminasi rangsangan(i) Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepadarangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih penting dalam proses P&P.(ii) Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektifspesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran.(iii) Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepadamaklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran.(iv) Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasiantara maklumat penting dan kurang relevan.

Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas.a) Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yangdiingini atau tidak diingini oleh guru.b) Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas (rangsangan) pelajar berdiridan mengucapkan Selamat Pagi (gerak balas). Guru pun memuji pelajar.c) Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiapkali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah.

Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan.a) Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuhgerak balas terlazim.b) Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentukpujian untuk kerjanya yang kemas.c) Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru.Pujian Kerja kemas Kerja kemas berterusand) Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positifdengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalanganpelajar.

Motivasi membangkitkan tingkah laku positif.a) Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelummereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendakidalam P&P.b) Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian,hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah lakuyang diingini.c) Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasanapengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Penghapusana) Jika sesuatu tingka laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secaraperlahan-lahan.b) Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajardalam situasi P&P.c) Sebagai contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di hadapankelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat.d) Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulanyang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri.e) Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas.f) Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

Teori Pembelajaran KognitifSehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt) menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt. Antara ahli-ahli psikologi pendidikan yang terkemuka dan berpengaruh terhadap teori pembelajaran kognitif ialah Kohler, Piaget, Bruner, Gagne, dan Ausubel.

Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang aktif. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Seseorang itu tidak belajar secara positif hanya melalui kaedah cuba ralat dalam persekitaran. Murid boleh memilih, membuat keputusan, mempraktik dan mencuba untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada sentiasa menentukan apa yang akan dipelajari, diingati atau dilupakan.

Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik DarjahGuru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.

1- Pembelajaran Isyarata) Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan pembelajaran isyarat.b) Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.

2- Ransangan gerak balasa) Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhanb) Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-masing dengan senyap, guru perlu memberi pujian.

3- Rangkaian motora) Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.b) Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan spesifik.c) Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

4- Prinsip pertalian bahasaa) Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.b) Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.

5- Diskriminasia) Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.b) Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain.c) Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun.d) Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang penting dalam sesuatu kategori.

6- Pembentukan konsepa) Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.b) Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori.c) Sebagai contoh, pelajar dapat membentuk konsep tentang elemen-elemen cuaca seperti berikut :-Cuaca-suhu-kelembapan-hujand) Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandu pelajar untuk membentuk konsep dengan mudah dan jelas.e) Mengikut Tennyson dan Cocciarella (1986), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep, iaitu:Menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri-ciri utama dan penting.Menghuraikan istilah yang penting dalam definisi konsep.Memberi contoh-contoh positif dan negative untuk menghuraikan cirri-ciri utama dalam sesuatu konsep.Memberi contoh-contoh positif dan negatif tambahan mengikut pengelaan yang dibuat oleh pelajar dan mereka menerangkan pengelasan yang telah dibuat oleh mereka.

7- Pembentukan Hukuma) Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.b) Guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dab memfokus kepada aspek-aspek yang penting dalam hukum.c) Pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan.d) Guru perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan ujian.e) Pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu hukum.

8- Penyelesaian masalaha) Dalam proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar.b) Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang perlu diaplikasi.c) Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya sendiri.

d) olya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu :Memahami sesuatu masalahMembuat pelan tindakanMelaksanakan pelan tersebutM enilai hasil dan keputusan pelan

Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & PembelajaranGuru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.

Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.

Teori Pembelajaran KonstruktivisKonstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan & pengalamansedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yg diterima dgn pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.Prinsip Teori Konstruktivisme

-Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna input sensori (deria) untuk membinanya.-Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna.-Sediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan pengalaman langsung.-Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan pembelajaran saling berhubung kait.-Pembelajaran adalah aktiviti sosial ; pembelajaran berkaitan dengan manusia lain , guru, rakan sebaya , dan lain-lain hubungan.

Pelopor Teori Konstruktivismei) Lev Vygotsky

Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal , di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa , rakan atau guru (scaffolding).

Zon Perkembangan Proximal (ZPD)1. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan ( scaffolding).

2. ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa.

3. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakukan kerja tersebut sendiri.

4. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain.

6. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.Konsep Perancah (scaffolding)Konsep scaffolding digunakan sebagai satu metaphor di dalam bilik darjah. Perancah merujuk kepada bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa (misalnya guru) dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan yang berfokous dan interaksi yang bersifat positif.Berikut adalah garis panduan untuk membantu guru dalam melaksanakan peranan sebagai perancah : Sedar tentang pelbagai peranan sebagai seorang guru kepada murid-murid sepanjang proses pengajaran dasn pembelajaran. Misalnya : anda sebagai model kepada murid-murid anda; murid-murid anda meniru tingkahlaku anda; anda akan menghilangkan diri secara beransur-ansur; dan murid-murid menjadi perancah kepada rakan-rakan mereka sehingga kesemua murid telah menguasai kemahiran tersebut. Bilik darjah hendaklah disusun untuk kerja kumpulan agar murid-murid boleh berkolaborasi seama mereka dan bertindak sebagai pengajar kepada rakan sebaya mereka demi penguasaan kemahiran yang dikehendaki.

Teori Pembelajaran SosialPENGENALANDalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.

TEORI PEMODELAN BANDURABandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.

CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA :- Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan- Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan- Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.- Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka.

Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju.

Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.

PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELANBandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.

PemerhatianUntuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.MengingatUntuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.ReproduksiPemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.Peneguhan motivasiKita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.

APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA DI DALAM BILIK DARJAHGuru sebagai role model dan model simbolik.Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.

Modifikasi tingkah laku.Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

Peniruan tidak langsung.Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak.

Contoh dan hasil kerja yang baik.Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.

Permainan dan simulasi.Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Rakan sebaya sebagai model.Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.

2.1PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDEKATAN PENGAJARAN INDUKTIF Konsep pendekatan :

Di dalam konteks pendidikan,konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu,misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.Dengan perkataan lain,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya.

Menurut Edward M.Anthony (1963),pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Berdasarkan kepada huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model,prinsip atau prinsip atau teori pembelajaran,misalnya daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada abstrak,daripada mudah kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada bahagian,daripada umum kepada spesifik(deduktif),daripada spesifik kepada umum(induktif) daripada dekat kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui.

Pendekatan adalah aksiomatik,iaitu kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model,prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran,maka model,prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

Pendek kata,pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

Pendekatan InduktifPendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.

Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan menberikan beberapa contoh yanh khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan,murid-murid dibimbing memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif,guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus,diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu.Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.Guru hanya membimbing murid,melalui aktiviti soal jawab ,mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh contoh khusus yang dikemukakan.Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran,khususnya Matematik,Sains dan Bahasa.kaedah inkuiri-penemuan yang banyak diamalkan apabila mengajar Sains sebagai aktiviti pelajarannya,adalah berlandaskan kepada pendekatan induktif.

Jenis-Jenis Pendekatan Induktif :

Pendekatan induktif mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar pelbagai jenis mata pelajaran contohnya :

-Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu misalnya mencari segitiga yang sama dari pelbagai jenis segitiga.

-Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip gravity daripada ujikaji benda-benda yang dijatuhkan dari atas ke bawah.

-Membentuk satu hokum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada analisis terhadap struktur ayat atau bahasa.

-Membentuk satu teorem daripada aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jjenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

-Mendapat teori daripada satu urutan pemikiran. Contohnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapat satu teori pembelajaran.PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan berikut iaituSebelum memulakan aktiviti p&p guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai iaitu yang boleh membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan juga harus disediakan supaya murid mendapat kesimpulan yang berkenaan

Guru tidak harus memberi penerangan dan menghurikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab.Jenis contoh yang khusus harus dipelbagaikan tetapi mempunyai cirri yang sama serta mudah untuk murid mengenalpastinya.

Selepas contoh dikemukakan , murid digalakkan memberi contoh lain yang serupa.Guru tidak harus mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu persatu supaya dapat menarik minat murid dan membolehkan mereka mengenalpasti cirri pada contoh itu dengan lebih mudah.Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid membuat kesimpulan.Melibatkan penggunaan deria murid seperti penglihatan dan pendengaran.

APLIKASI KAEDAH INDUKTIF DALAM P&P :

Berdasarkan kepada model pengajaran induktif, satu contoh pengajaran dapat dibuat sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran :

Mata pelajaran : bahasa melayu

Tajuk : imbuhan ter

Objektif pelajaran :

Sumber pelajaran : kad-kad ayat yang memakai imbuhan ter.1) Guru memberikan kad-kad ayat yang memakai imbuhan ter kepada pelajar. Contohnya Ali di berikan imbuhan TER makan kepadanya.2) Pelajar berbincang dengan partner mengenai ayat-ayat imbuhan ter yang lain.3) Pelajar mempersembahkan perbincangan mereka kepada guru dan rakan-rakan mereka yang lain.4) Guru memberikan contoh lain bagi ayat imbuhan ter yang lain. Contohnya, Adik telah TERtelan benda kecil sehingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital.

PENDEKATAN PENGAJARAN DEDUKTIFKonsep Deduktif :

Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan didikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang telah diketahui.Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid mempunyai kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, prinsip, hokum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang khusus.

Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini,guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal.Murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip,teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.

Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif :Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

1)Penyelesaian masalah : pendekatan deduktif banya digunakan untuk menyelesaikan masalah. Misalnya setelah murid mendapat fngsi imbuhan ber mereka disuruh membuat ayat dengan menggunakan imbuhan ber .

2)Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif ini dapt digunakan untuk membuat generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga bersudut tegak.

3)Membukti hipotesis : pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan Sesuatu hipotesis melalui sesuatu hokum atau prinsip yang telah dipelajari contohnya selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah

Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif

Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoti yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.Tunjuk Cara Kaedah Deduktif

Berdasarkan model pengajaran secara deduktif, maka satu contoh pelajaran yang menggunakan pendekatan ini sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat :

CONTOH APLIKASI PENDEKATAN DEDUKTIF DALAM P&P.

Mata pelajaran : sains

Tajuk : ciri-ciri haiwan

Objektif : selepas pelajaran murid dapat membentuk generalisasi yang baru berdasarkan generalisasi yang telah diketahui.Generalisasi lama : haiwan yang mempunyai syap boleh terbang

Generalisasi baru : haiwan yang mempunyai sayap dan badannya ringan boleh terbang.Sumber pelajaran : kad-kad gambar dilukis berbagai-bagai haiwan yang mempunyai sayap.1) Guru menunjukkan kad-kad gambar yang dilukis berbagai-bagai haiwan mempunyai sayap seperti burung nuri, burung unta, ayam belanda, lipas.dan rama-rama.2) Guru menerangkan maksud terbang serta menerangkan ciri-ciri haiwan yang boleh terbang.3) Guru memberikan contoh haiwan yang boleh terbang seperti burung nuri mampu terbang kerana ringan manakala memberikan contoh burung unta tidak boleh terbang walaupun mempunyai sayap kerana berat.4) Pelajar mengkaji contoh yang lebih spesifik seperti serangga dan haiwan lain yang berada disekeliling.

PENDEKATAN INTEGRATIF Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang merangsangkan murid-murid kita untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara displin akademik yang berbeza-beza. Pendekatan ini juga merangsangkan pelajar mengjargai unsur kepelbagaian dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama. Berbanding dengan kaedah pengajaran langsung seperti kuliah di mana murid-murid kita dikehendaki duduk dan dengar, pendekatan integratif memerlukan mereka untuk berfikir, mensintesis dan memberi gerakbalas terhadap apa yang diajar.Prinsip-prinsip pendekatan integratif ialah : Tumpuan diberi kepada strategi pemusatan murid. Penggunaan pembelajaran yang aktif. Peranan guru sebagai fasilitator Keutamaan diberi kepada kemahiran asas. Peluang untuk kerja berpasukan Peggunaan teknologi dalam menyiapkan tugas atau projek.

CONTOH APLIKASI PENDEKATAN INTEGRATIF TERHADAP P&P. PENDEKATAN : INTEGRATIF KAEDAH : TERUS, ORAL-AURAL & LINGUISTIK TEKNIK : BERCERITA, BRAINSTORMING, SOAL JAWAB, BERBINCANG & PERMAINAN BAHASA 1. Guru menunjukkan dan menyebut huruf-huruf vokal (a,e,i,o,u) yang berbentuk 3 dimensi bersama kanak-kanak. 2. Kanak-kanak diletakkan dalam 5 kumpulan.3. Guru mengagihkan kad perkataan (pisang, betik, tembikai, rambutan dan durian) kepada setiap kumpulan.4. Satu kumpulan dikehendaki menyatakan ciri-ciri buah yang diwakili. Contoh : durian-mempunyai duri, isi berwarna kuning, dan berbentuk bulat. Kanak-kanak yang lain diminta untuk meneka buah tersebut. 5. Kemudian, ahli kumpulan tersebut menunjukkan kad perkataan kepada kelas. Guru dan pelajar bersoal jawab tentang huruf vokal yang terdapat dalam perkataan tersebut.6. Langkah 4 dan 5 diulang dengan kumpulan yang lain.

2.2STRATEGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STRATEGI BERPUSATKAN GURU. Strategi ini merangkumi pengajaran di mana guru ialah untuk menyampaikan maklumat yang akan dipelajari oleh murid-murid.Prinsip-prinsip strategi berpusatkan guru ialah : Sebagai pakar ilmu, guru mengarah proses pembelajaran dan berupaya mengawal hak murid-murid untuk menerima maklumat. Murid-murid diibaratkan sebagai bekas kosong di mana pembelajaran dilihat sebagai satu proses penambahan ilmu, kemahiran dan nilai. Pengajaran mengutamakanmurid-murid yang sederhana pencapaian akademik Semua murid berkembang mengikut kadar yang sama Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyebaran nilai murni atau perkembangan emosi . Stratergi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan uijan dan peperiksaan Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang berupaya membuat intepretasi. Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian Di bawah stratergi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.

CONTOH APLIKASI STRTEGI BERPUSATKAN GURU DALAM P&P.

MATA PELAJARAN : MATEMATIK TAJUK PELAJARAN : PENAMBAHANKEMAHIRAN : MENAMBAH ANGKA-ANGKA 1-30

1) Guru menyuruh murid membentuk kumpulan dalam barisan.2) Guru menasihatkan murid-murid supaya mengikut arahan.3) Murid-murid beratur megikut 5 barisan.4) Guru membuat tunjuk cara penambahan seperti 15+12 = 27 melalui kaedah bentuk lazim.5) Guru bertanya dan meminta setiap murid melakukan tugasan yang diberikan di papan hitam oleh guru.6) Selepas itu, guru mengarah beberapa orang murid untuk menjawab soalan yang ditulis pada papan hitam.7) Guru memberikan pujian kepada pelajar yang menjawab dengan betul dan memberikan motivasi kepada pelajar yang salah menjawab.8) Guru keluar dari kelas apabila masa sudah tamat.

STRATEGI BERPUSATKAN MURID.Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.

Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

CONTOH APLIKASI BERPUSATKAN MURID DALAM P&P SUBJEK : KEMAHIRAN HIDUPTAJUK : NILAI MATA WANG1) Guru memberikan pelajar beberapa wang kertas tiruan yang bernilai RM10,RM 5,RM1,2) Guru memberikan 3 booth untuk mengadakan jualan.3) Pelajar pergi kepada booth tersebut dan main peranan sebagai peniaga dan menjual barang niagaan mereka.4) Pelajar memberikan pelbagai kata-kata menarik bagi mempromosikan barang jualan mereka.5) Pelajar yang menjadi sebagai pembeli dan penjual dapat memahami nilai mata wang dengan adanya pertukaran dalam baki contohnya barang yang dijual bernilai RM 15 dan pelajar pembeli memberika RM20. Penjual pelajar memberikan RM5 kepada pembeli sebagai baki.6) Selapas masa yang diberikan oleh guru tamat, pelajar diminta memberikan kepentingan mengadakan aktiviti tersebut.serta aplikasi dalam kehidupan.

STRATEGI BERASASKAN BAHAN.Guru mempunyai variasi media dan bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya termasuk bahan audio-visual, buku dan bahan-bahan cetak, dan sebagainya. Guru menggunakan strategi berasaskan bahan adalah bagi membantu memudahkan lagi guru menyampaikan maklumat yang perlu disampaikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran.Strategi berasaskan bahan ini juga mampu memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan serta pelajar dapat memberikan fokus terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.CONTOH BERASASKAN BAHAN.BahanContoh dan Huraian Ringkas

Visual yang bukan berbentuk tayangan Papan hitam- bahan serba boleh yang sedia ada dalam setiap bilik darjah. Papan putih- boleh digunakan sebagai papan tulis; sesuai juga untuk tayangan klip video, OHP, selaid. Papan buletin- ditampal dengan keratan akhbar, maklumat untuk murid-murid.

Multimedia Gabungan video dan audio. Contoh : kit multimedia, modul, pusat pembelajaran, video interaktif dan sebagainya.

Sistem siaran elektronik Menyampaikan bunyi dan gambar jarak kauh melalui radio, TV, teleteks, videoteks.

Buku teks Bahan cetakan utama guru dan murid-murid

CONTOH APLIKASI STRATEGI BERASASKAN BAHAN DALAM P&P.SUBJEK : KAJIAN TEMPATANTOPIK : PENCEMARAN ALAM

1) Guru membahagikan kumpulan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan diwakili oleh 5 orang ahli.2) Guru menyuruh pelajar mereka nama kumpulan masing-masing dalam masa 5 minit mengikut jenis pencemaran udara.3) Selepas itu guru menampal gambar-gambar jenis pencemaran di dinding belakang kelas seperti gambar Udara, Air, dan Bunyi4) Jarak 5m dari dinding, guru telah menyediakan gambar suber-sumber pencemaran.5) Murid dikehendaki menyesuaikan gambar sumber-sumber pencemaran dengan jenis pencemarannya.6) Selepas masa tamat selama 30minit,pelajar diminta memberikan kesan berpanjangan jika kejadian pencemaran masih berterusan,7) Kumpulan yang dapat menyeseuaikan sumber-sumber pencemaran dengan jenis pencemaran dengan betul adalah kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi dan dikira pemenang.

3.0SUASANA PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Pembelajaran yang kondusif begitu penting dalam menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih efektif dan selesa. Oleh itu, guru secara tidak langsung perlulah memainkan peranan untuk mewujudan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan mewujudkan ruang membaca atau ruangan ilmiah untuk para pelajar menambahkan ilmu pengetahuan. Di bahagian ini, guru hendaklah menyediakan bahan bacaan yang berilmiah seperti buku-buku pengetahuan, majalah serta surat khabar. Selain itu juga, keceriaan kelas serta suasana bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar dapat menggalakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru perlulah menghias kelas agar lebih selesa dan kondusif bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai contohnya, guru hendaklah menyuruh pelajar-pelajarnya untuk membalut meja masing-masing dengan menggunakan kertas balutan yang berwarna warni agar pemandangan di bilik darjah tampak lebih ceria dan menarik untuk dipandang. Kreativiti kecerian ini bergantung kepada kemahiran yang terdapat oleh seseorang guru itu dalam melaksanakan perubahan yang lebih dinamik dalam sesebuah kelas. Menurut kajian juga, warna-warna yang menarik yang digunakan dapat meningkatkan daya ingatan seseorang.

Hal ini sekaligus dapat membantu pelajar agar dapat belajar dalam sesebuah pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Sememangnya kewujudan keceriaan kelas yang dihiasi dengan warna-warna yang berwarna warni serta kelengkapan perhiasan yang menarik dapat membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, persekitaran pembelajaran yang kondusif juga perlulah dibentuk melalui kebersihan sesebuah kelas. Justeru, guru perlulah menyediakan jadual bertugas di dalam kelas agar kebersihan sesebuah kelas itu terjamin. Hal ini demikian kerana, . kebersihan kelas mampu memberikan keselesaan kepada pelajar agar keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Jika kelas tidak bersih maka pelbagai penyakit boleh pelajar hidapi seperti selesema, batuk dan asma. Penyakit-penyakit ini sekaligus dapat ditangkis dengan menjalankan aktiviti-aktivit kebersihan seperti menyapu, mengelap dan membuang sampah. Di samping itu, nilai-nilai murni dikalangan pelajar juga dapat dipupuk. Sebagai contohnya, nilai kebersihan di dalam diri serta kebersihan kepada persekitaran kelas dapat diterap melalui aktiviti kebersihan yang dilaksanakan berdasarkan jadual bertugas. Guru juga harus memantau persekitaran kelas terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran. Jika tidak, guru seharusnya menyuruh pelajar-pelajar membersihkan keadaan kelas terlebih dahulu agar kelas menjadi ceria dan selesa. Hal ini demikian kerana, persekitaran yang kotor hendaklah diperbersihkan terlebih dahulu agar proses pembelajaran menjdi lebih selasa dan berkesan. Seterusnya, penyusunan meja kerusi atau susun atur meja hendaklah diambil perhatian oleh guru juga. Hal ini demikian kerana, penyusunan atur meja yang bagus dan bersistematik dapat memberikan suasana yang selesa kepada muri-murid sewaktu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah memainkan peranan dengan memantau penyusunan meja atau kerusi supaya lebih teratur dan kemas. Jika tidak, guru hendaklah menyuruh pelajar-pelajarnya untuk menyusun atur meja dan kerusi terlebih dahulu sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga dapat diterapkan. Sebagai contohnya, nilai kekemasan dapat dilahirkan di dalam diri setiap pelajar sekiranya guru itu melatih pelajar-pelajarnya untuk sentiasa menyusun atur meja dan kerusi agar sentiasa kemas dan lebih teratur. Selain itu juga, pengubahsuaian susunan meja dari semasa ke semasa juga dapat lagi memberikan suasana yang lebih kondusif kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana, susunan atur yang sama pada satu masa panjang dapat memberi kebosanan. Dengan itu, pengubahsuaian dalam susun atur meja hendaklah dilakukan. Sebagai contohnya, guru menyuruh pelajar mengubah susunan gaya auditorium kepada gaya bersemuka.Pencahayaan yang mencukupi seperti membuka tingkap pada waktu awal pagi amatlah penting dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif. Hal ini demikian kerana, pengcahayaan pada waktu awal pagi begitu sesuai untuk aktiviti pengajaran. Selain itu, keadaan pagi lebih segar untuk pelajar-pelajar untuk menerima ilmu kerana ketika itu badan-badan mereka berasa bertenaga dan yakin untuk belajar. Dengan itu, otak juga menjadi cerdas setelah badan menjadi cergas. Hal ini dapat membantu pelajar untuk menelaah ilmu dengan lebih bersemangat untuk menerima ilmu yang diajarkan oleh guru. Di samping itu juga, guru perlulah menyediakan langsir bagi mengelakkan penerimaan cahaya yang terlampau terang. Sebagai contohnya, pengcahayaan yang terang sewaktu tengahari dapat menjejaskan keselesaan pelajar untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sekaligus dapat menganggu konsentrasi pelajar kerans mengalami silau dan tidak berapa jelas perkara yang ditulis di papan hitam. Oleh itu, penyediakan langsir yang sempurna dapat menghalang pencahayaan yang terlampau terang di samping dapat menghiasi kelas dengan langsir yang berwarna-warni mengikut kehendak tema.BibliografiSumber buku :1. Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Sumber internet.http://www.slideshare.net/syireen/teori-behaviorismeDilayari pada 5 Ogos 2010http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:0OxRPgrosywJ:www.islamic-world.net/mkc/secBM-Dilayari pada 6 Ogos 2010http://mabjip.blogspot.com/Dilayari pada 6 Ogos 2010http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/01/mewujudkan-iklim-bilik-darjah-yang.htmlDilayari pada 10 Ogos 2010http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:6Mz9gn-jMeIJ:www.classnetwork.net/foundations/drabdullah/nota4pf2216AAPP_8Sept.doc+pendekatan+induktif&cd=7&hl=en&ct=clnk&gl=myDilayari pada 11 Ogos 2010