alam belajar

99
PERKEMBANGAN SOSIAL Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak- kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. · Kemahiran Berinteraksi Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan menjalankan hubunagn sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990; Howes,1992). Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan mereka dan lebih suaka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan (Cassidy,1992; Dunn,Brown & Magure,1995; Gardner,Jones & Miner,1994). 1

Upload: adrine-sapari

Post on 17-Jun-2015

740 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alam belajar

PERKEMBANGAN SOSIAL

Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar

berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan

budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan

perhubungan sosial.

Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan,

diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan

masyarakat apabila mereka besar.

Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi dengan orang

lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. 

·                     Kemahiran Berinteraksi

Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan menjalankan

hubunagn sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu

sama lain (Garvey,1990; Howes,1992).

Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan

mereka dan lebih suaka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam

kumpulan (Cassidy,1992; Dunn,Brown & Magure,1995; Gardner,Jones & Miner,1994).

Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding, berkawan,

bekerjasama dan bersimpati. Berikut adalah tingkah laku sosial kanak-kanak ketika

bermain.

1

Page 2: Alam belajar

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan

yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin

kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara

hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan

rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi

hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang

masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu

termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

JENIS CIRI-CIRI

Peniruan Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya.

Pertandingan Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang.

Berkawan kesetiaanSenyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan

pada kawan.

Bekerjasama

Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat bersama

dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama tanpa menggangu atau

merebut permainan orang lain.

SimpatiMenunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang

menyedihkan.

2

Page 3: Alam belajar

Pengiktirafan sosial Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.

·                     Perkembangan Kendiri

Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang

kompleks. Secara umumnya, knsep kendiri bermaksud

anggapan menyeluruh tentang diri sendiri. Sebagai contoh,

seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang keluarga,

bangsa dan agamanya sendiri.

Seperti bola yang mempunyai sifat yang tertentu

seperti dapat bergolek dan bergerak, begitu juga dengan

kendiri kanak-kanak yang ada kualiti dan sifat tertentu

seperti kemahiran berjalan dan perasaan malu atau berani.

Berikut merupakan komponen dalam pembentukan kendiri

kanak-kanak:

KOMPONEN KATEGORI

KENDIRI

CIRI-CIRI

Barangan saya (material me) Tubuh, pakaian, keluarga, rumah dan segala hak milik

Pergaulan saya (social me)Siapa diri kita pada pandangan orang lain yang mempersepsi

kita dengan pelbagai cara

Kerohanian saya (spiritual me)

Trait personaliti seperti sikap, nilai, keyakinan,

kepercayaan,persepsi sosial, kebolehan, kecekapan dan

sebagainya

Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak pertengahan (6-11 tahun).

·                Konsep kendiri menekankan ‘ciri-ciri personaliti’

·               Penghargaan kendiri menurun apabila membuat perbandingan, kemudian

3

Page 4: Alam belajar

naik semula.

·               Perhubungan persahabatan menekankan kepercayaan dan bantuan.

·               Strategi penyelesaian maslah yang teliti, berpandu kepada keperluan

khusus sesuatu masalah.

·               Menekankan kecekapan dalam pergaulan sosial. 

Walau bagaimanapun, konsep kendiri kanak-kanak pada peringkat prsekolah

sangat terhad kepada pemikiran dan perbuatan yang nyata dan khusus (Stipek, 1992).

Fikiran yang kukuh tentang diri juga membenarkan kanak-kanak untuk bekerjasama

buat kali pertama dalam menyelesaikan masalah kecil semasa bermain (Brownnell &

Carriger, 1990 ; Caplan,1991).

Apabila ditanyakan tentang siapa diri mereka, kanak-kanak sudah dapat

melabel dirinya dengan berbagai-bagai cara selain namanya seperti menyatakan

jantinanya dan saiz badannya, samada besar atau kecil.

Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya untuk meluahkan

penerangan diri fizikal dan perasaan mereka serta bercakap tentang diri mereka atau

‘kendiri saya’ (Harter,1998). Apabila konsep-kendiri saya ini semakin berkembang,

mereka akan menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri dan penilaian sifat

kendiri. Mereka akan mempunyai konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan,

kelakuan, sifat dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang

berlainan daripada orang lain.

Mereka mula mengira, lebih banyak mengetahui hal sekolah, memanjat,

bermain lompat tali dan juga mempunyai ramai kawan. Namun begitu mereka belum

mengetahui kelemahan mereka.

Selepas memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri

kanak-kanak menjadi semakin abstrak. Salah satu daripada aspek ini ilah gambaran

4

Page 5: Alam belajar

kendiri yang menjadi lebih signifikan. Contohnya mereka melihat diri mereka tidk

sekadar seorang yang pintar tetapi membandingkan keblehan sendiri dengan rakan-

rakan (Ruble & Dweck,1995 ; Ruble & Flett,1988 ; Pomerantz,1995). Kanak-kanak

prasekolah mula membayangkan cita-cita mereka seperti ‘hendak menjadi doktor

apabila besar nanti’.

Menurut Eric Erikson (1963), perkembangan konsep kendiri kanak kanak yang

berumur 6 hingga 11 tahun, konflik yang akan dihadapi adalah ketekunan lawan

rendah diri. Kanak-kanak belajar membentuk ketekunan dan usaha menjayakan

sesuatu aktiviti dari rumah serta sekolah. Kanak-kanak yang telah menguasai sesuatu

kemahiran akan berasa penghargaan kendiri apabila mampu melakukan sesuatu

tugasan. Sebaliknya, mereka berasa rendah diri apabila mereka tidak berjaya

menghasilkan sesuatu. 

·                     Persahabatan

Konsep kanak-kanak tentang persahabatan amat berbeza daripada konsep

orang dewasa. Orang dewasa memandang berat nilai persahabatan kerana bagi

mereka sahabat adalah teman setia yang berada di sisi semasa suka duka. Kanak-

kanak pula mengangap sahabat bagi mereka sebagai rakan sepermainan sahaja.

Mereka tidak begitu mementingkan nilai persahabatan. Menurut Damon (1977), ciri-ciri

persahabatan kanak-kanak ketika berumur 6 hingga 11 tahun ialah :

·        Seorang kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan rumahnya,

mempunyai banyak alat permainan serta berminat pada aktiviti-aktiviti yang

sama.

·        Persahabatan dieratkan lagi melalui perkongsian dan pemberian barang-

barang permainan.

·        Hubungan persahabatan senang dimulakan. Contohnya seorang kanak-

kanak bertemu jirannya yang suka bermain bola sepak lalu sebentar

5

Page 6: Alam belajar

kemudian menjadi kawan baik.

·        Persahabatan tidak tahan lama dan mudah dihapuskan. Contohnya

apabila kanak-kanak itu jarang bertemu, bertengkar atau seseorang kanak-

kanak lain enggan berkongsi barang permainan, maka kanak-kanak itu

bukan sahabatnya lagi.

·         Setelah masuk alam persekolahan, persahabatan merupakan satu

hubungan dua hala iaitu saling membantu dan mempercayai antara satu

sama lain.

·        Jangkaan kanak-kanak terhadap sahabat meningkat pada peringkat ini.

Sahabat dianggap seorang teman yang setia, dapat dipercayai serta dapat

diharapkan untuk membantu mereka pada bila-bila masa.

·         Hubungan persahabatan lebih sukar dimulakan. Keikhlasan dan

kejujuran penting untuk mengeratkan tali persahabatan dan akan terputus

selepas hilang kepercayaan. 

 

Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanak-

kanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah

membentuk hubungan yang rapat dengannya (Hartup,1983).

Pengaruh sahabat penting dalam memperkembangkan tingkah laku sosial

seseorang kanak-kanak. Tidak dinafikan kanak-kanak yang kurang sahabat akan

cenderung menjadi anti sosial dan tidak dapat menyesuaikan diri apabila berinteraksi

dengan orang lain.

Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial

kanak-kanak untuk menawarkan rasa selamat kepada anak manakala rakan sebaya

membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta kemahiran

6

Page 7: Alam belajar

penyesuian dengan orang lain.

Kemahiran motor halus kanak-kanak sekolah (7-11 tahun)

Semasa kanak-kanak mulai masuk kea lam perseklahan, otot mata dan tangan

mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, ,membaca, mengira

dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.

Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah

terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan,

seperti menulis dan  menjahit dapat dikawal dengan lebih sempurna.

PERKEMBANGAN MENTAL

Perkembangan mental kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir dibahagikan

kepada 3 bahagian:

Perkembangan persepsi kanak-kanak

·     Deria sentuhan

Pada peringkat prasekolah, deria sentuhan kanak-kanak sudah cukup

berkembang sehingga membolehkan mereka membezakan objek yang kasar dengan

yang halus, panas dengan yang sejuk dan sebagainya.

·       Deria rasa dan bau

7

Page 8: Alam belajar

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa sekunder,

misalnya manis gula berbeza daripada manis kicap atau masam limau dengan masam

cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh membezakan antara bau yang lebih rumit

seperti bau rempah dan cili.

·        Deria pendengaran

Kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu balajar dan menumpukan kepada

maksud perkataan. Sekiranya mereka dibiasakan dengan aktiviti mendengar cerita dan

menyanyi, kebolehan mengingat perkara baru akan meningkat. Seperti contoh, mereka

sudah pandai menghafal dan menyanyikan laku penyanyi pujaan mereka.

·        Deria penglihatan

Manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding deria-deria yang lain

semasa meneroka persekitaran mereka. Menurut Elanor dan James Gibson,

kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi sistem penglihatan

dan sistem motor.Teori differensiasi menerangkan bagaimana kanak-kanak

membezakan symbol tulisan. Mereka mula mengenal huruf dalam pasangan. Huruf-

huruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F, selalu mengelirukan mereka

(Gibson,1970). Penulisan huruf yang sngsang adalah kebiasaan yang berlaku di

kalangan kanak-kanak. Pembacaan buku yang banyak dapat meningkatkan kepekaan

persepsi kanak-kanak dalam mengesan perkataan bertulis.

Perkembangan Intelektual Kanak-Kanak

Perkembangan intelektual kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan

8

Page 9: Alam belajar

kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar

mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanak-kanak mengalami tahap perkembangan

intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran

logik yang terhad kepada objek maujud. Mereka mula memahami konsep pengekalan

objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu objek tidak berubah walaupun diubah bentuk,

susunan atau bekas. Mereka juga boleh menerima pendapat orang lain mungkin

berbeza daripada pendapat mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini

seperti berikut:

·          Kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan memahami konsep

pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab musabab dan isipadu.

Misalnya, sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang berlainan saiz atau

9

Page 10: Alam belajar

bentuk tidak akan berubah isipadunya.  

·          Desentrasi, iaitu keupayaan menumpukan perhatian kepada lebih daripada satu

aspek dan tidak terhad maklumat persepsi sahaja.

·          Keupayaan mengklasifikasi objek dengan mengambil kira dua kelas yang

berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi sebagai merangkumi beberapa kelas

yang lebih rendah.

·          Keupayaan menyusun bjek dengan menumpukan kepada lebih daripada satu

dimensi contohnya dari segi saiz, bentuk dan warna.

·          Kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut turutan

misalnya daripada pendek ke panjang dan sebaliknya.

·          Berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental.

·          Keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, berkebolehan

mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. Kebolehan ini membantu

kanak-kanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang mewakili

persekitaran biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut atau perspektif.

·          Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak dapat memberikan gambaran yang

tepat tetapi tidak tersusun tentang persekitaran biasa. Pada usia 6-7 tahun,

mereka dapat membayangkan peta mental secara tersusun manakala kanak-

kanak yang berumur 9-10 tahun melukis peta mental yang lengkap yang

mengandungi tanda peta dan jalan yang berhubungan.

·          Perkembangan mental kanak-kanak berlaku secara dekalag horizontal, iaitu

penguasaan konsep logikal meningkat mengikut turutan. Kefahaman mengenai

pengekalan nombor akan berlaku sebelum pengekalan cecair. Seterusnya

mereka menguasai konsep pengekalan kwasan atau ruang, dan akhirnya disudahi

dengan pengekalan berat. 

10

Page 11: Alam belajar

Kanak-kanak yang didedahkan kepada komputer pada umur satu tahun

berkebolehan menggunakan komputer tersebut secara berkesan pada umur

prasekolah dan menghasilkan program yang ringkas pada usia 8 tahun dan program

yang lebih kompleks pada usia 12 tahun. Seterusnya mereka juga suka menggalakkan

adiknya yang lain dalam permainan komputer.

Persekitaran dan cara didikan daripada ibu bapa juga akan mempengaruhi tahap

intektual kanak-kanak. Perhatian daripada kedua-dua ibu bapa semasa bermain akan

meningkatkan proses pembelajaran anak mereka.

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui

bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan

orang lain secara berkesan.

Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan

hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep

tentang alam  dan manusia di sekelilingnya (Rice & Woodsmall, 1988).

Terdapat 4 komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak:

 

1.       Perkembangan Fonologikal : pemahaman dan pengeluaran bunyi bahasa

pertuturan. Ciri-ciri : 

11

Page 12: Alam belajar

·       Memahami penekanan khas yang membezakan maksud perkataan ‘sebatang

pensel’ dan ‘batang kayu’.

·       Penukaran penekanan apabila perkataan berubah daripada perbuatan kepada

nama.

·       Memahami senikata lagu atau puisi.

 2.            Perkembangan Semantik : pemahaman makna perkataan dan kombinasi

perkataan. Ciri-ciri :

·        Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan.

·        Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan

·        Memahami cerita lisan atau yangdibaca dalam buku

·        Memahami dan menghafal senikata lagu atau puisi

·        Dapat mengubah suai senikata lagu atau puisi. 

 3.            Perkembangan Tatabahasa : bentuk atau struktur bahasa Ciri-ciri :

·        Pada peringkat sekolah, kanak-kanak dapat membentuk cerita yang

panjang (satu muka surat yang terdiri daripada sepuluh ayat) dan tepat

mengenai sesuatu pengalaman atau peristiwa yang pernah dilalui oleh

mereka.

·        Pada hujung peringkat sekolah, mereka dapat mencipta seni kata lagu

dan puisi serta menceritakan tentang peristiwa atau pengalaman secara

kompleks dengan menambah ulasan, tafsiran atau pengajaran yang

didapati daripada peristiwa tersebut.

12

Page 13: Alam belajar

 

 4.            Perkembangan Pragmatik :  gaya sesuatu perkataan digunakan dalam

sesuatu

perbualan, mengikut konteks dan budaya. Ciri-ciri:

·         Boleh menggunakan speech registers seperti ‘apa khabar’ atau

‘tumpang lalu’ secara berkesan.

·         Pandai mengubah topik perbualan atau perbincangan secara

beransur-ansur mengikut keadaan.

·         Dapat bertanya balik apabila disoalkan. 

Dengan perkembangan ini, mereka mula mampu untuk mengendalikan dunia secara

simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lambang,

objek dan perkataan.

Permainan tradisi adalah hasil ciptaan nenek-moyang kita pada masa dahulu. Malangnya, banyak permainan tradisi yang telah dilupakan. Jika tiada usaha ke arah memartabatkannya, warisan ini akan menjadi peninggalan sejarah yang akan tenggelam bersama arus kemodenan.

Manakala permainan moden lebih cenderung kepada permainan perseorangan seperti kereta kawalan jauh, kapal terbang kawalan jauh, permainan video, permainan komputer dan sebagainya. Kesemua permainan ini tidak melibatkan ramai pemain. Malah ianya lebih kepada mementingkan diri sendiri. Bagaimana mereka dapat belajar berinteraksi, cara bergaul dan sebagainya?

Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama. Walaupun begitu, pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di sekolah kerana ianya lebih kepada ekspresi diri. Pembelajarannya adalah secara praktikal seperti:

Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga, masyarakat) Sedia bertolak-ansur (menghapus perasaan hasad dengki) Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing) Berani membuat keputusan (sifat usahawan berdaya maju)

13

Page 14: Alam belajar

Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam) Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain) Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran) Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat) Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri)

Memiliki semangat kerjasama (menghakis perasaan bangga diri)

Kesan Permainan Tradisional Kepada Sasiah Pelajar

Permainan tradisonal merupakan salah satu khazanah warisan negara yang perlu

diabdikan supaya tidak luput ditelan zaman. Antara permainan yang terkandung dalam

ketegori permainan tradisional ialah permainan wau, gasing, congkak, teng-teng, dan '

toi '. Permainan tradisional ini banyak memberi kesan baik kepada golongan remaja.

Antara kesan baik tersebut ialah, dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan

perpaduan sesama remaja. Jadi, masalah dalam golongan remaja yang sering berlaku

dapat diselesaikan.

Seterusnya, daripada permainan tradisional ini, para remaja terutama golongan

pelajar dapat menyemai semangat cintakan negara dalam diri mereka. Sifat ini dapat

dipupuk melalui proses pencarian maklumat oleh pelajar.

Selain itu, sikap menghargai khazanah warisan bangsa dapat dipupuk. Hal ini terbukti

apabila ramai pelajar yang semakin minat untuk menceburi minat dalam permainan

tradisional. Juga terdapat di beberapa sekolah yang menyediakan kelab permainan

tradisional yang banyak menyedarkan para pelajar akan kepentingan menghargai

permainan tradisional dan sejarahnya.

Permainan tradisional ini juga dapat memupuk semangat bertolak ansur dan

bertoleransi antara pemain di dalam kumpulan seperti sepak raga.

_______________________________________

http://samplekerjakhusus.blogspot.com/

14

Page 15: Alam belajar

http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saayah.pdf

83

PELAKSANAAN AKTIVITI BELAJAR

MELALUI BERMAIN DI TADIKA-TADIKA KAWASAN MELAKA TENGAH

MELAKA

SAAYAH BT. ABU

Jabatan Ilmu Pendidikan

Maktab Perguruan Islam

ABSTRAK

Kertas projek ini meninjau tentang perlaksanaan kaedah belajar melalui

bermain di lima jenis tadika dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini termasuk meninjau kepentingan, kefahaman , perancangan dan

perlaksanaannya..Sampel kajian terdiri daripada 25 orang guru yang

ditemubual, di samping memberi respon soal selidik.Seramai 810 orang

kanak-kanak telah diperhatikan untuk melihat bagaimana aktiviti bermain

dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.. Tadika-tadika yang

terlibat ialah Kemas, Jaim, Perpaduan, Swasta dan Kementerian Pendidikan

Malaysia. Data-data dipungut berdasarkan soal selidik,temu bual,

pemerhatian dan pendapat responden . Keputusan kajian menunjukkan guruguru tidak faham konsep

15

Page 16: Alam belajar

belajar melalui bermain .Mereka juga dapati sukar

untuk melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain kerana masih kurang

jelas tentang pendedahan dalam kaedah ini.

PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat

perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam

perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di

rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk

golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki

pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum

Prasekolah, 1998).

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan 84

dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan

bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan

penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan

kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping

16

Page 17: Alam belajar

dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.

Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan

kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan

lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kadkad

bergambar, catur dan sebagainya.

Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran

untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri

mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari

segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanakkanak

melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy

bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).

Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut;

“Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk

kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada

kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus 1995,2).

Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.

Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam

pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan

17

Page 18: Alam belajar

tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal 85

situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi

proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”. (Spodek et al. 1987, p. 181).

Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanakkanak menggunakan

kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman.

Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh

menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh

menjadikan mereka kreatif.

Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa.

Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai,

mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan

bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga

akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu.

Pernyataan Masalah

Bagi kanak-kanak ‘main’ merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui

aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya.

Malangnya ibu bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada

pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap ‘main’ tidak mendatangkan

18

Page 19: Alam belajar

faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Guru-guru harus peka dan memahami

pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak secara total

dan menyeluruh dari aspek mental, fizikal, sosial dan emosi terutama bagi mereka yang

berumur di antara 4 – 6 tahun. Menurut Vygotsky, (1966), main merupakan satu cara kanakkanak

belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain.

Mereka juga suka mencari dan mendapatkan maklumat dari diri mereka dan alam sekeliling.

Mereka belajar dari tindakan mereka sendiri. Kanak-kanak juga suka mengikut contoh orang 86

dewasa. Satu daripada strategi yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah belajar

melalui bermain .

Objektif Kajian

i. Guru memahami kepentingan pendekatan aktiviti belajar melalui

bermain dan pelaksanaanya di tadika-tadika.

ii. Menerangkan teknik-teknik yang digunakan oleh guru dalam menguruskan aktiviti

belajar melalui bermain .

iii. Mengenal pasti kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti kaedah bermain.

iv. Mengenal pasti kesesuaian latihan yang diperolehi oleh mereka.

Soalan Kajian

19

Page 20: Alam belajar

Dalam melihat pernyataan masalah dan objektif kajian kertas projek ini, maka wujudlah

beberapa persoalan yang boleh dipersoalan seperti berikut;

1. Apakah persepsi guru tentang faedah pengajaran belajar sambil

bermain ?

2. Apakah teknik-teknik yang digunakan oleh guru?

3. Apakah kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti melalaui kaedah bermain?

4. Adakah guru prasekolah mendapat latihan secukupnya tentang

kaedah belajar melalui bermain?

Kepentingan Kajian

Berdasarkan masalah kajian dan objektif kajian di atas, perlulah kajian dibuat tentang

pelaksanaan pendekatan aktiviti belajar melalui bermain yang telah disarankan.

Belajar melalui bermain akan mendatangkan keseronokkan dan hiburan serta merangsang

individu mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif dalam cara yang tidak formal. 87

Selain itu ia dapat mempercepatkan pembelajaran serta memperkukuhkan lagi pembentukan

konsep, di samping mempertingkatkan perkembangan individu mengikut kemajuan masingmasing

terutama murid-murid lemah akan dapat bantuan dari pelajar yang lebih pintar.

Melalui permainan juga dapat memupuk kepimpinan murid dan menghilangkan rasa

kekecewaan atau kegelisahan. Justeru itu dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

20

Page 21: Alam belajar

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 muka surat 260 telah menghuraikan Pendekatan

Belajar Melalui Bermain yang menjadi asas konsep dan prinsip pendidikan prasekolah.

Penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain menjadi fitrah

kanak-kanak. Aktiviti ini mengembirakan dan memberi peluang kepada kanak-kanak

membuat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Permainan bebas dan terancang.

Tidak ‘rigid’ iaitu mempunyai kelonggaran masa disamping memberi peluang mencuba idea

sendiri dan memberi peluang membuat pemerhatian dan tumpuan bagi mencari sesuatu

jawapan.

Batasan Kajian

Data kajian ini diperolehi melalui cara temuramah dan pemerhatian ke atas guru-guru dan

pembantu serta pentadbir Tadika. Sampel kajian seramai 810 orang kanak-kanak meliputi 25

buah tadika, seperti tadika JAIM, KEMAS, PERPADUAN, KERAJAAN DAN SWASTA di

Daerah Melaka Tengah, Melaka. Pengumpulan maklumat adalah secara pemerhatian dan

temubual.

Definisi Frasa dan Istilah

Sepanjang kajian ini bebarapa frasa dan istilah akan digunakan iaitu, 88

Perlaksanaan

21

Page 22: Alam belajar

Kamus Dewan (2002) mendefinisikan perlaksanaan sebagai hasil daripada melaksanakan

( mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya).

Pendekatan

Pendekatan membawa maksud kaedah iaitu cara-cara atau langkah-langkah yang diambil bagi

memulakan serta melaksanakan tugas bagi menggatasi masalah.

Belajar melalui bermain

Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main

merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan

sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran

di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja

kanak-kanak.

Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak ke tahap yang

optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan

pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui

bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada

murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.

Proses Pembelajaran

22

Page 23: Alam belajar

Menurut Kamus Dewan (1970), Pembelajaran ialah proses belajar dan menerima

pengetahuan daripada pengajaran guru. Melalui pembelajaran secara formal seorang kanakkanak akan

mengguna dan menajamkan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan 89

sentuh. Mereka juga dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya sesuai dengan minat dan

daya kreatif mereka.

Prasekolah

Prasekolah dikenali juga dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak termasuk istilah

‘kindergarten’ serta ‘nursery’. Dalam Kamus Dewan (2002) menyatakan prasekolah ialah

situasi di mana kanak-kanak sebelum memasuki sekolah atau tadika/tabika.

Kesimpulan

Berdasarkan huraian dalam bab ini, permainan merupakan aktiviti yang paling penting untuk

kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak belajar melalui permainan kerana permainan

merupakan cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Ada pelbagai

teori tentang tujuan dan fungsi permainan. Melalui permainan, mereka dapat mempelajari

peranan-peranan individu mereka. Kedua, telah didapati kanak-kanak mempunyai tenaga

yang berlebihan dan kita dapati kanak-kanak sentiasa bermain sama ada di dalam ataupun di

luar tadika. Menurut teori cathartic, adalah dipercayai kanak-kanak menggunakan permainan

sebagai cara menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta mengurangkan ketegangan.

23

Page 24: Alam belajar

Menurut Piaget pula, permainan memainkan peranan asimilasi, iaitu kanak-kanak boleh

menerima maklumat yang membantu perkembangan melalui permainan.

TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Terdapat banyak kajian berkaitan dengan pengajaran guru telah dijalankan di sekolah rendah

dan di sekolah menengah di Malaysia terutamanya dalam mata pelajaran Matematik,

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada lagi kajian 90

telah dijalankan tentang pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain di peringkat prasekolah

khasnya di peringkat tadika.

Antara kajian yang telah dijalankan di sekolah rendah ialah kajian oleh Ghulam,

S.A.M. (1993) telah mengkaji strategi pengajaran dan pembelajaran Alam dan Manusia di

sekolah rendah dan mendapati majoriti guru menggunakan teknik pengajaran didaktif,

perbincangan dan penerangan dengan banyuan carta, gambar dan rajah, manakala video dan

slaid tidak pernah digunakan langsung. Md. Idris (1975) telah membuat perbandingan antara

kaedah pengajaran syarahan dan rentetan guru mendapati kaedah rentetan berjaya

meningkatkan darjah pembelajaran pelajar di bandingkan dengan kaedah syarahan kerana

pelajar belajarr melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai deria. Pusat

Perkembangan Kuirkulum (1992) telah menjalankan kajian tentang amalan pengajaran guru

yang berkesan dalam Matematik di sekolah rendah dan mendapati bahawa faktor pentadbir

24

Page 25: Alam belajar

sekolah rendah, guru, murid dan bahan memainkan peranan penting dalam meningkatkan

pencapaian murid dalam Matematik.

Md. Radzi (1997), yang telah mengkaji strategi pengajaran aqidah Tahap 2 sekolah

rendah; Tan Chai Tin (1995), yang telah membuat kajian perbandingan tentang pengajaran

Matematik KBSR di dua buah sekolah rendah di Petaling Jaya, Yip Yoke Chew (1996), yang

telah mengkaji amalan perbezaan gender dalam bilik darjah di sebuah sekolah rendah di

Petaling Jaya dan Hon Yew Pin (1996) yang telah mengkaji penggunaan bahan sumber

dalam pengajaran Bahasa Cina di sekolah Cina.

Di peringkat prasekolah pula, kajian-kajian yang ada dijalankan banyak menumpu

kepada kanak-kanak dan tidak kepada amalan dan pelaksanaan guru. Segaran a/l Appoo

(1996) telah menjalankan kajian tentang identifikasi kanak-kanak rendah kesediaan

pembelajaran di peringkat prasekolah. Khatijah Rohani (1992) mendapat pusat-pusat

pendidikan prasekolah banyak menyediakan program yang bersifat akedemik yang

membuatkan kanak-kanak tertekan dan hilang minat dalam pembelajaran. Walau

bagaimanapun, mengikut Halim (1989)), kanak-kanak yang telah mengikuti pendidikan 91

prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan

menunjukkan pencapaian akedemik yang lebih baik semasa di Tahun 1 persekolahan.

25

Page 26: Alam belajar

Walau bagaimanapun Asma (2001), telah membuat kajian perlaksanaan main di tadika

Brunei. Sample kajian ialah 12 orang guru tadika dan 16 orang kanak-kanak. Kaedah kajian

ialah secara temuduga dan pemerhatian. Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60%

guru-guru tadika tidak bersetuju dengan kaedah ini. Mereka berpendapat kaedah ini tidak

memberi sumbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Pada keseluruhannya

kesemua guru tadika yang dikaji iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa kanak-kanak ini

perlu diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran setiap hari, ‘calk and talk’ dan

pengajaran secara kelas. Ini sangat penting bagi tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun

satu. Aktiviti bermain cumalah mengisi masa yang terluang sahaja. Selain itu mereka

membenarkan aktiviti ini hanya sebagai alat untuk mengawal keadaan kelas yang terlalu

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Pendidikan prasekolah telahpun mempunyai kurikulum yang sesuai serta strategi

pengajaran dan pembelajaran yang secocok dengan perkembangan kognitif, afektif, fizikal

dan sosial kanak-kanak.

Kurikulum bukan sahaja meliputi mata-pelajaran dan pengalaman terancang yang

berlaku dalam kelas tetapi meliputi juga semua kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan

dan interaksi sosial yang dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah

kelolaan sekolah (Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).

26

Page 27: Alam belajar

Ling Chu Poh (1990) menyatakan kurikulum prasekolah perlu menitikberatkan

pengalaman melalui aktiviti terutama yang berbentuk permainan. Sebahagian daripada

contoh permainan itu ialah aktiviti permainan berbentuk projektif, imaginatif dan fantasi,

main peranan, tiruan, tematik dan interaktif.

Penggubalan kurikulum yang bersesuaian perlu melalui suatu pendekatan yang

bersepadu dan mengambil kira perkembangan kanak-kanak di semua bidang: fizikal, emosi, 92

sosial dan kognitif (Almy, 1975; Biber, 1984; Elkine, 1986; Forman & Kuschner, 1983;

Skeen, Garner & Cartwright, 1984; Spodek, 1985). Dalam merancang kurikulum, penekanan

perlu diberi kepada pembelajaran sebagai suatu proses interaktif. Guru perlu menyediakan

persekitaran untuk kanak-kanak belajar melalui penerokaan yang aktif, interaksi yang

bermakna dengan orang dewasa, kanak-kanak lain dan dengan bahan-bahan (Biber, 1984;

Fein, 1979; Fromberg, 1986; Goffin & Tull, 1985; Kamii, 1985; Lay-Dopyera & Dopyera,

1986).

Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah

Seperti yang kita sedia maklum pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang

penting dalam dunia persekolahan seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan

pembelajaran yang berkesan , bermakna dan menyeronokkan dapat memperkembangkan

kemahiran keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki ke alam

27

Page 28: Alam belajar

persekolahan formal.

Justeru itu pengajaran guru yang berkesan perlu mengambil kira gaya pembelajaran

kanak-kanak. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak-kanak

prasekolah. Menurut Teori Pembelajaran Sosial (Bandura, 1977), salah satu pembelajaran

yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Di

peringkat prasekolah proses permodelan atau percontohan adalah amat baik untuk mencapai

matlamat yang abstrak.

Khadijah Rohani (1992) mendapati program prasekolah yang menekankan akedemik

menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan

ini akan menjadikan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan

masalah pembelajaran di bilik darjah. Katz (1985) menyatakan pendedahan akedemik atau

kemahiran asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan

perkembangan minat belajar kanak-kanak. Pendapat ini selari dengan dapatan-dapatan dari

kajian-kajian ‘longitudinal’ yang dijalankan oleh Karnes, Schwedel dan Williams (1983);

Miller dan Bizzell (1983); Schweinhart, Weikart dan Larner (1986) dan Walberg (1984). 93

Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri

daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Kanakkanak perlu

bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum

28

Page 29: Alam belajar

mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor (Almy, 1975; Evans, 1984;

Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986).

Oleh itu penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina

oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak

berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak

menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan

membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa.

Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri. Piaget (1950, 1972),

Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine (1986) dan

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan,

keupayaan dan minat perlu dirancang supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam

pembelajaran dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang

bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu Pusat Perkembagan Kurikulum (2003,ms

260) mensyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi

pendidikan prasekolah iaitu :

i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain

29

Page 30: Alam belajar

ii. Pendekatan Bertema

iii. Pendekatan Bersepadu

iv. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran 94

Walau bagaimanapun semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

adalah digalakkan keempat-empat pendekatan ini disepadukan.

Belajar Melalui Bermain

Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Puasat Perkembangan Kurikulum,

(2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada

murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar

melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kerana mealaui bermain mereka denagan gembira dan senang hati membuat penerokaan,

penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi.

Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk

meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar danmotor halus, serta

meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pusat Perkembangan

Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan,

melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran, melibatkan

30

Page 31: Alam belajar

percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan

perhatian dan kelonggoran masa bermain.

Mengikut Vygotsky (1967), “ Play is helpful in the development of language and

thougt. Mental structures are formed through the use of signs and tools and play helps in this

formation. Play also frees the child from the constrains of the real world that surround the

child. In this way play gives children greater control over situation than they would have in

reality. Children play with meanings as well as with objects as a result of being freed from

reality. They are thus allowed to engage in higher order thought processes through play.”

(Spodek. Et.al, 1989,ms 181).

Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain bagi kanakkanak kerana dengan

bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka 95

di samping menyuburkan tubuh dan mengutkan otot-otot. Beliau juga menyatakan bermain

boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar.

Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan

mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu

sesuai dan berfaedah kepada perkembagan murid. Bahan konkrit, benar dan bermakna

disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang terpenting sekali ialah

permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid.

31

Page 32: Alam belajar

Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep

pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan

kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga

dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal,

menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan di harap

kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.

Kesimpulan

Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai pendekatan yang boleh

diamalkan oleh guru prasekolah untuk membentuk sahsiah, kemahiran sosial, perkembangan

kognitif dan afektif kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa guru perlu peke terhadap

perkembangan diri kanak-kanak untuk perkembangan kognitif, afektif , sosial dan emosi bagi

membolehkan guru merancang dan memilih strategi pengajarannya dengan lebih berkesan

dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran kanak-kanak tersebut. Oleh kerana peranan

amalan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengukuhkan kemahiran serta

menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak prasekolah penting, maka kajian yang

akan dijalankan ini akan difokuskan kepada pemerhatian pengajaran guru prasekolah untuk 96

melihat pendekatan-pendekatan yang dijadikan amalan mereka dalam mendidik kanakkanak.

Walaubagaimanapun, dalam pelaksanaan kaedah ini perlu pemantauan yang

32

Page 33: Alam belajar

berkesan daripada guru besar. Pegawai dari Jabatan Pendidikan Daerah dan Jabatan

Pendidikan Negeri, serta pegawai-pegawai lain yang terlibat sama bagi meninjau

perlaksanaan kaedah ini. Guru besar perlu meluangkan masa memantau guru-guru ini samada

melaksanakan atau tidak pendekatan tematik, dan pendekatan bersepadu selain daripada

belajar melalui bermain di laksanakan atau tidak disekolah ataupun tadika-tadika .

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Kertas projek ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain

dilaksanakan di tadika-tadika yang terdapat di daerah Melaka Tengah, Melaka.

Pengkaji akan menerangkan bagaimana pelaksanaan kajian ini dijalankan yang melibatkan

pemilihan subjek kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan analisis kajian.

Sampel Kajian

Sampel kajian ini ialah 10 orang guru tadika yang terdiri dari anjuran KEMAS, JAIM,

PERPADUAN, Swasta dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Taburan data seperti dalam

Jadual 1 di bawah.

Jadual 1, Sampel kajian jenis tadika dan bilangan kanak-kanak.

Nama Tadika Bilangan Guru 97

KEMAS

33

Page 34: Alam belajar

JAIM

PERPADUAN

Swasta

Kementerian Pendidikan Malaysia

2

2

2

2

2

2

JUMLAH 10

Seperti jadual di atas pengkaji telah memilih 5 buah jenis tadika . Responden

KEMAS pertama terletak di kawasan pinggir bandar. Alamat nya Tabika Al-Hakim,

Kampung Duyung, Melaka. Terdiri daripada seorang pembantu masyarakat dan seorang

pembantu. Seramai 45 orang kanak-kanak berada di tadika ini.

Responden KEMAS kedua beralamat Tabika KEMAS Suratulan KEMAS, Taman Sri

Duyung. Terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu. Tabika ini mempunyai

seramai 35 orang kanak-kanak.

34

Page 35: Alam belajar

Responden ketiga dan keempat ialah Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Beralamat Kampung Permatang Duyung. Mempunyai 4 orang guru. Hanya dua orang sahaja

guru yang dilibatkan dalam kajian ini. Mempunyai 40 orang kanak-kanak.

Responden kelima ialah Tadika PERPADUAN. Beralamat di Taman Desa Duyung.

Terdiri daripada seorang guru dan pembantu. Jumlah kanak-kanak 30 orang.

Manakala responden keenam merupakan tadika PERPADUAN juga. Beralamat

Taman Desa Duyung. Seksyen 1. Terdiri daripada seorang guru dan pembantu. Jumlah

kanak-kanak 37 orang. 98

Responden ketujuh ialah Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Sekolah

Kebangsaan Air Molek. Mempunyai seorang guru dan seorang pembantu. Jumlah murid

seramai 25 orang.

Di ikuti responden kelapan dari Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu

Sekolah Kebangsaan Air Molek juga. Jumlah kanak-kanak 25 orang juga.

Responden kajian kesembilan dari agensi Swasta iaitu Tadika Al-Irsyed, No. 1,

Lorong 1, JSE B, Taman Seri, Telok Mas, Melaka. Bilangan kanak-kanak 20 orang.

Responden kajian terakhir iaitu yang kesepuluh ialah Tadika Wawasan beralamat di

Lorong Pandan, Melaka. Mempunyai 20 orang kanak-kanak di kelas tadika tersebut.

Jumlah keseluruhan responden ialah 10 orang.

35

Page 36: Alam belajar

Instrumen Kajian

Menurut Walker & Burnhill (1988), pengumpulan data melalui temubual boleh dilaksanakan

dalam pelbagai kajian tinjauan. Maklumat dan data ini diperolehi melalui temubual pengkaji

dengan responden. Pemerhatian juga dibuat untuk mendapatkan maklumat tambahan dan

mengukuhkan maklumat temubual. Maklumat-maklumat dan data-data tersebut dikumpulkan

sendiri oleh pengkaji dengan menggunakan borang catatan yang mengandungi soalan-soalan

kajian berkenaan.

Pengkaji telah menyediakan tiga borang soal selidik untuk tujuan mengumpul

maklumat tentang latar belakang tadika dan guru-guru, dan amalan iaitu perlaksanaan

pengajaran guru prasekolah di dalam kelas. Borangsoal selidik ini terdiri daripada borang

pemerhatian pengajaran dan pembelajaran, senarai semak , dan temubual .

(I) Borang Pemerhatian (Lihat Lampiran 1) 99

Borang ini mengumpul maklumat tentang amalan pelaksanaan

pengajaran merangkumi strategi pengajaran yang digunakan, kemudahan

fizikal kelas yang disediakan dan bahan bantu mengajar dan belajar yang

digunakan.

(2) Senarai Semak (Lihat Lampiran 2)

36

Page 37: Alam belajar

Borang ini mengumpul maklumat tentang amalan kefahaman dan

pengetahuan guru dalam aktiviti belajar melalui bermain, di samping

memahami perkembangan kanak-kanak, minat dan keperluan mereka dan

bahan bantu mengajar yang digunakan.

(3) Borang Temu Bual Dengan Guru Tadika (Lihat Lampiran 3)

Borang ini mengumpul maklumat tentang persediaan dan

perancangan, tempoh waktu aktiviti belajar melalui bermain, pendapat ibu

bapa melalui guru tadika dan kos bahan bantu mengajar yang melibatkan

aktiviti main dan belajar.

(4) Borang latarbelakang guru (Lihat Lampiran 4)

Ini merupakan borang latarbelakang dan maklumat tambahan bagi pengkaji

dalam kajian ini.

Prosedur kajian

Dalam tempoh lawatan, pengkaji telah menjalankan perkara-perkara berikut iaitu (i)

memberi penerangan tentang prosedur kajian kepada responden yang terlibat, (ii)

menemubual guru tadika bagi mengumpul maklumat tentang latarbelakang tadika dan guruguru tadika

tersebut dan (iii) menjalankan pemerhatian pengajaran guru untuk melihat 100

strategi pengajaran guru, bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dan kemudahan

37

Page 38: Alam belajar

fizikal bilik darjah.

Selain itu kebenaran telah diperolehi dari Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah

yang terlibat. Setelah itu, hubungan yang baik antara pihak sekolah dengan pengkaji

terutama guru dan kanak-kanak supaya mereka selesa dengan kehadiran pengkaji.

Pemerhatian dalam kelas

Pemerhatian dilakukan semasa kanak-kanak melalui proses belajar melalui bermain dalam

kelas. Pemerhatian dalam konteks kajian ini membolehkan pengkaji mengesan perkaraperkara yang

mungkin dianggap kebiasaan bagi mereka yang terlibat. Oleh itu, setiap

tingkahlaku kanak-kanak dan perbualan mereka semasa melakukan aktiviti belajar melalui

bermain perlu dicatatkan selepas dibuat pemerhatian.

Temubual dan soal selidik

Temu bual dan soal selidik merupakan satu keperluan dalam kajian kualitatif. Melalui cara

ini, pengkaji dapat gambaran yang mendalam tentang sesuatu situasi, disamping menjelaskan

lagi perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dalam kajian ini,

gambaran tentang belajar melalui bermain boleh diperolehi melalui temubual.

Soalan temubual dan soal selidik telah disediakan oleh pengkaji berdasarkan pengalaman

mengajar, buku-buku rujukan dan rakan sejawat yang mengajar prasekolah. Walau

bagaimanapun, temubual biasanya bergantung kepada jawapan yang diberikan oleh subjek

38

Page 39: Alam belajar

kajian. Temubual dan soalselidik biasanya dilakukan selepas kelas.

Analisis data

Maklumat dan data hasil temubual guru dan pemerhatian pengajaran guru di bilik darjah di

buat secara diskriptif. Oleh itu, dapatan-dapatan kajian dipersembahkan secara kualitatif. 101

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Dalam bab ini pengkaji akan membuat analisis tentang data-data yang telah dikumpul hasil

daripada temu bual dengan guru-guru tadika yang terlibat dalam pengajaran dan pemerhatian

pengajaran guru di kelas. Data-data yang diperolehi dari kelima-lima tadika tersebut

dianalisis mengikut kategori : latar belakang tadika Prasekolah, persepsi guru tentang faedah

belajar melalui bermain, teknik-teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

di tadika, masalah yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan kaedah belajar melalui

bermain, dan mengenalpasti kesesuaian latihan yang diperolehi oleh guru-guru.

Persepsi guru tentang kefahaman dan faedah belajar melalui bermain

Pengkaji telah meninjau mengenai persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain.

Analisis jawapan menunjukkan bahawa 7 orang guru faham tentang main sambil belajar dan

3 orang guru sederhana faham . Hal ini dapat ditunjukkan melalui Jadual Graf 2.

Kebanyakkan guru (70 peratus) mengatakan faham tentang pendekatan belajar melalui

bermain. Manakala 30% guru sederhana faham. Ini menunjukkan guru-guru faham tentang

39

Page 40: Alam belajar

faedah dan kepentingan belajar melalui bermain.

Jadual 2 102

0

1

2

3

4

5

6

7

O

R

A

N

G

Sangat Faham Faham Sederhana

Persepsi guru tentang kefahaman dan faedah belajar melalui bermain

Sehubungan dengan itu apabila ditemubual , tiga orang di antara mereka mengatakan mereka

40

Page 41: Alam belajar

faham dan merancang aktiviti melalui aktiviti kumpulan, tiga di antara mereka pula membuat

perancangan belajar melalui bermain melalui kaedah bertema, dua responden lagi melalui

aktiviti kelas dan yang akhir sekali mengatakan melalui pengetahuan sedia ada kanak-kanak.

Sebaliknya pada pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji , didapati aktiviti belajar

melalui bermain tidak dijalankan, lapan tadika yang dikaji didapati kanak-kanak

menjalankan aktiviti di dalam buku kerja yang disediakan mahupun lembaran kerja yang

aktivitinya mewarna, hanya dua tadika sahaja yang 3 orang kanak-kanak nya bermain itu pun

mereka tidak mengendahkan aktiviti bersama guru iaitu menulis nombor empat di dalam

buku aktiviti. Tadika seterusnya di mana kanak-kanak dibenarkan bermain hanya setelah siap

menjalankan tugasan yang diberi kepada mereka.

Seterusnya pengkaji dapati persepsi ibu bapa melalui pandangan guru tentang kaedah

belajar melalui bermain adalah sederhana faham. Di sini cabaran yang di hadapi iaitu lapan

tadika mengatakan ibu bapa faham, tetapi rungutan di belakang meyatakan rasa tidak selesa 103

dengan belajar melalui bermain yang telah dipraktikan di tadika anak-anak mereka. Hanya di

dua tadika sahaja menyatakan ibu bapa tidak bersetuju dan mahukan anak-anak mereka

belajar dan cepat membaca.

Ini dapat diperjelaskan lagi dalam carta pie di bawah di mana masa yang digunakan

41

Page 42: Alam belajar

disetiap tadika bagi amalan biasa ialah rutin 20%, pengurusan kelas 30% dan pengajaran

kelas 50 %. Ini amalan dan pelaksanaan biasa yang dijalankan walaupun terdapat sekali

sekala aktiviti kumpulan tetapi menjalankan aktiviti yang sama di mana kedudukan murid

sahaja dalam kumpulan yang berlainan.

Jadual 3

pengajaran

kelas

50%

pengurusan

kelas

30%

rutin

20%

pengajaran

kelas

pengurusan

kelas

rutin

42

Page 43: Alam belajar

Pengajaran dan pembelajaran di tadika

Walaupun hakikatnya mereka memahami perkembangan kanak-kanak, minat mereka dan

keperluan kanak-kanak, tetapi pemerhatian pengkaji mendapati pengajaran kelas secara

formal seperti murid tahun satu ataupun tahun dua.

Masalah guru menjalankan aktiviti belajar melalui bermain 104

Pengkaji telah meninjau dan membuat pemerhatian tentang pelaksanaan guru tentang kaedah

belajar melalui bermain. Dalam masalah guru melaksanakan kaedah belajar melalui bermain

pengkaji dapati strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu kepada aktiviti

menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaan strategi

pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM, DAN SWASTA terdapat pada

pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk rancangan pelajaran yang disediakan

dan interaksi guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Carta Bar di bawah menerangkan kefahaman guru di mana menguasai dan memahami

perkembangan dan minat kanak-kanak disamping keperluan mereka.

Jadual 4

0

1

2

43

Page 44: Alam belajar

3

4

5

6

7

8

O

R

A

N

G

K.Faham Sederhana Faham S.Faham

Perkembangan

kanak-kanak

Minat sebelum

bina bahan

Keperluan kanakkanak

Kefahaman guru tentang perkembangan, minat dan kepeluan kanak-kanak

44

Page 45: Alam belajar

Terdapat 20% guru kurang faham tentang perkembangan kanak-kanak, 10% sederhana, 60%

faham dan 10% sangat faham. Tentang minat kanak-kanak pula sederhana faham 20%, 70%

faham dan 10% sangat faham. 105

Jelas ini menunjukkan kefahaman guru-guru tentang kanak-kanak tetapi bila

peringkat amalan pelaksanaan nya guru-guru tidak menjalankkannya kerana menghadapi

beberapa masalah.

Jadual 5

Faham

60%

2

S.Faham

20%

Sederhana

20%

6

2

Sederhana

45

Page 46: Alam belajar

Faham

S.Faham

Faedah Bahan Bantu Mengajar

Gambarajah di atas menunjukkan tahap kefahamn guru tentang bahan bantu

mengajar yang boleh memberi faedah kepada kanak-kanak dalam pelaksaan aktiviti belajar

melalui bermain ini. 60% guru faham. 20% guru sangat faham dan 20% guru sederhana

faham tentang kepentingan bahan bantu mengajar.

Dapatan kajian menujukkan walaupun 60% faham dan 20% sangat faham dalam

penggunaan bahan bantu mengajar tetapi mereka tidak dapat melaksanakannya, ini

disebabkan ada beberapa faktor seperti kekeruangan peralatan, kewanagan yang tidak

mencukupi, ruangan kecil di mana murid terlalui ramai, bahan juga tidak mencukupi dan

guru kurang latihan dalam pendekatan ini. 106

Latihan yang diperolehi oleh guru dalam pelaksanaan tentang kaedah belajar melalui

bermain

Pengkaji telah meninjau dan membuat pemerhatian tentang tugas-tugas guru dalam

melaksanakan aktiviti pembelajaran di bilik darjah. Hasil tinjaun menunjukkan bahawa

guru-guru menghadapi masalah untuk melaksanakan tugas-tugas yang bersabit dengan

aktiviti ini.

46

Page 47: Alam belajar

Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan aktiviti ini, pengkaji menemui faktor

utama masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui bermain. Mereka

kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan aktiviti belajar melalui

bermain. Menurut nereka lagi, masalah ini berpunca daripada perkembangan yang pesat

dalam pendidikan prasekolah. Guru-guru yang ditemubual mengatakan mereka berkeyakinan

bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika mereka diberi peluang mengadakan

perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar, pentadbir dan penyelidik pendidikan

prasekolah.

Menyentuh hal tersebut, pengkaji mendapat maklumat daripada guru-guru yang

mengatakan terdapat beberapa perkara penting berkaitan dengan masalah kekurangan

pengetahuan dan kemahiran iaitu:

a) kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti,

b) kurang yakin dengan pengajaran,

c) kurang memahami psikologi kanak-kanak,

d) kurang mahir membuat alat bantu mengajar,

e) kurang faham dengan kurikulum prasekolah kebangsaan, dan

f) kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa guru-guru berupaya menjalankan

47

Page 48: Alam belajar

aktivit-aktiviti dengan lancar dan berkesan walaupun tidak menampakkan

pembaharuan dan ciri-ciri kekratifan dalam penyampaian aktiviti yang dijalankan. 107

Pengkaji juga dapat melihat bagaimana guru-guru yang berpengalaman menunjukkan

kematangan dan kemahiran menjalankan aktivit. Melalui pemerhatian juga didapati

guru yang berumur boleh mengawal tingkahlaku kanak-kanak yang lebih baik

berbanding dengan guru-guru yang baru dan lebih muda.

Jadual 6

0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

4

O

R

48

Page 49: Alam belajar

A

N

G

K.Faham Sederhana Faham S. Faham

Intergrasi enam komponen bidang pengalaman dalam kaedah belajar melalui bermain

Graf di atas menunjukkan kefahaman guru untuk mengintergrasikan belajar melalui

bermain dalam semua bidang pengalaman iaitu Perkembangan Bahasa, Perkembangan

Fizikal, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Kerohanian dan Moral Perkembangan

Sosioemosi dan Perkembangan Estetika Dan Daya Kreatif. 10% guru kurang faham, 30%

guru sederhana faham, 40% menunjukkan faham dan 20% menunjukkan sangat faham. 108

Kesimpulan

Berdasarkan dari keputusan dapatan kajian yang telah dibuat kebanyakan sampel

menyatakan bahawa semua guru menyedari betapa pentingnya belajar nelalui bermain

dilaksanakan dan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain

ialan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari dan

bersesuaian dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen

iaitu komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif,

49

Page 50: Alam belajar

Perkembangan Fizikal, Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kreativiti dan

Estetika dan Perkembangan Sosioemosi.

Boleh dikatakan guru-guru prasekolah memahami dan berpengalaman dalam

pengurusan dan pengendalian tadika, tetapi bahan bantu mengajar tidak mencukupi. Mereka

boleh menggunakan bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativiti guru sendiri dalam

mengolah bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis, cawan plastik, botol

plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakan sebagi bahan

bantu mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain.

Walaubagaimanapun usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan betul.

Sebagai rumusannya, para guru telah mengetahui tugas-tugas menjalan dan

menyampaikan aktiviti ini walaupun tidak sepenuhnya. Mereka merasakan tetap bermasalah

untuk bertugas kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran.

109

PENUTUP DAN PERBINCANGAN

Pendahuluan

Perbincangan dalam bab ini akan merumuskan hasil kajian berpandukan kepada aspek-aspek

utama yang telah diperolehi dalam dapatan kajian. Huraian-huraian akan tertumpu kepada

50

Page 51: Alam belajar

perkara-perkara penting seperti berikut:

a. Persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain,

b. teknik-teknik atau amalan yang digunakan oleh guru-guru tadika

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

c. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan aktiviti

kaedah belajar melalui bermain .

d. Mengenalpasti mengenai kesesuaian latihan dan kursus yang

diperolehi oleh guru.

a. Persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain

Pendidikan tadika adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-kanak, selepas

pendidikan yang diperolehi daripada keluarga. Oleh sebab itu, guru tadika haruslah

memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha

mengajar kanak-kanak itu, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-mata

tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan

dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid kerana ia boleh menghilangkan

minat mereka untuk belajar. Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi

peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain .

Sehubungan dengan itu tugas-tugas menyampaikan aktiviti ini memerlukan

51

Page 52: Alam belajar

kepakaran. Aktiviti yang dijalankan perlulah mempunyai perancangan yang perlu disediakan.

Ini sesuai dengan pendapat Mc Cutcheon (1990) bahawa persediaan yang telah dirancang

perlu dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan teratur. 110

Berhubungkait dengan kajian ini, didapati tujuh daripada 10 orang guru faham

kepentingan belajar melalui bermain dan 3 orang sangat faham. Ini menunjukkan mereka

berkemahiran dalam tugasan mereka, tetapi bila dapatan kajian melalui pemerhatian yang

dibuat di kelas tadika yang menjadi subjek kajian, dapatan aplikasinya kaedah tersebut tidak

dijalankan kerana beberapa sebab dan alasan dan di antaranya ialah murid terlalu ramai dan

tidak cukup ruang untuk menjalankan sesuatu aktiviti misalnya 45 orang kanak-kanak dan

tiada pembantu untuk membantu guru melaksanakan aktiviti beljara melalui bermain yang

memrlukan pembantu membantu guru.

b. Teknik-teknik atau amalan yang digunakan oleh guru-guru tadika dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Sehubungan tentang teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran telah dapat menyaksikan

guru-guru masih kurang menjalankan kaedah belajar sambil bermain, sedangkan belajar

sambil bermain berperanan menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak (Robinson, 1977).

Ini jelas dapat diperlihatkan dalam perkembangan motor di mana dengan adanya

keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan membolehkan kanakkanak itu

52

Page 53: Alam belajar

melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling optima.

Seperti yang telah diperjelaskan guru perlulah peka dengan minat, keperluan dan

memahami perkembangan kanak-kanak bagi mempermudahkan untuk merancang sesuatu

aktiviti contohnya aktiviti belajar melalui bermain. Ada di antara guru yang baru

menyatakan sukar bagi mereka untuk memikirkan tentang kaedah-kaedah bagaimana hendak

menjalankan aktiviti kanak-kanak di samping bagaimana untuk memperkembangakan

seluruh potensi mereka.

Dapatan kajian juga menyokong fakta di atas di mana mereka memahami minat

kanak-kanak, keperluan kanak-kanak dan mempelajari dan mengetahui perkembangan

mereka, tetapi di peringkat aplikasi sukar untuk dilaksanakan kerana faktor-faktor

kebolehan guru itu sendiri menguasai pengetahuan, teori pengajaran dan pembelajaran dan 111

aplikasikannya di samping sikap ibu bapa yang telah hilang kepercayaan akibat ativiti belajar

melalui bermain yang bagi mereka hanya membuang masa sahaja.

c. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan aktiviti kaedah belajar

melalui bermain .

Dapatan kajian menunjukkan ada di antara mereka masih kurang faham Huraian Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan 2003. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan kebolehan

53

Page 54: Alam belajar

mental dan fizikal murid. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap

pelajaran yang hendak dijalankan supaya menjadi lebih berkesan.

Turut dikenalpasti ialah masalah yang berkaitan dengan penyediaan bahan

pengajaran. Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadika masing-masing perlu

disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan tahap umur dan

pencapaian kanak-kanak. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenal pasti tahap-tahap

pencapaian kanak-kanak seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut.

Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan kanak-kanak

beraktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang sering

digunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan keceriaan sekolah

tidak dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya. Menurut Hussein Ahmad

(1987) terdapat banyak kelas atau bangunan di mana kelas ini dijalankan tidak begitu selesa

dan kurang menggalakkan dari segi pembelajaran kanak-kanak tabika. Contohnya, terdapat

sebahagian tadika yang begitu sempit, tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai

untuk keselamatan kanak-kanak.

Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai dan

membuat ‘dendaan’. Ini penting kerana seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai

kemahiran mengendalikan kelas di samping menjadi pembombing, penasihat, pengajar,

54

Page 55: Alam belajar

pentadbir, iu dan lain-lain lagi kepada kanak-kanak ini. 112

Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan berkisar kepada

penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka, model-model, doh serta bahan

lakonan kurang dititik beratkan. Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkan

kurang kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan peralatan. Ini

dikuatkan lagi dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah kalangan guru tersebut.

Berkaitan dengan penilaian, jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan

penilaian di kalangan guru-guru masih di tahap asas. Konsep penilaian yang melibatkan

pemerhatian, temuduga, ujian dan persepsi masih belum difahami sepenuhnya oleh

sesetengah guru-guru. Umumnya kemahiran pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih

ditahap yang minima.

Seterusnya, masalah tentang hubungan ibu bapa dan guru telah dapat dikesan.

Walaupun tidak timbul masalah peribadi tetapi wujud masalah keyakinan ibu bapa terhadap

kewibawaan guru-guru yang mengajar dan mendidik anak-anak mereka. Di pihak guru pula

mempunyai masalah yang berkaitan dengan kurangnya peranan dan daya usaha ibu bapa

dalam menangani proses pendidikan anak-anak mereka untuk lebih berjaya dan maju.

d. Mengenalpasti mengenai kesesuaian latihan dan kursus yang diperolehi oleh

guru.

55

Page 56: Alam belajar

Guru memainkan peranan dalam mencetak atau melahirkan individu yang baik, berguna dan

bersepadu. Mereka merupakan jambatan atau agen langsung yang mendidik kanak-kanak.

Oleh itu guru memerlukan latihan seperti kursus atau bengkel yang sesuai dengan falsafah

dan matlamat pendidikan prasekolah amnya.

Beberapa kursus dan bengkel dicadangkan untuk meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran guru-guru. Latihan yang perlu ialah mengenai pemahaman kurikulum, kaedah

pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pengajaran mikro, psikologi perkembagan kanakkanak,

pengukuran dan penilaian, pengurusan tingkah laku kanak-kanak dan membina dan

menggunakan bahan bantu mengajar. 113

Selain itu guru-guru tadika perlu mahir dalam pengajaran mikro termasuk menentu

dan memilih objektif, bahan-bahan pengajaran, kaedah mengajar, ukuran-ukuran pencapaian

dan penilaian, tindak balas kanak-kanak dan kawalan bilik darjah.

Di samping itu mereka berperanan menerapkan nilai-nilai murni dan bersepadu

semasa di dalam bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru tadika

mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Ini penting bagi mempengaruhi

pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya. Tambahan pula harapan ibu bapa

dan masyarakat sekitar terhadap tadika begitu tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang

sempurna.

56

Page 57: Alam belajar

a) Guru Tadika perlu memahami dengan secukupnya Falsafah Pendidikan Negara,

hasrat yang dikandunginya dan matlamat yang ditujuinya. Kefahaman perlu diiringi dengan

kesedaran serta keinsafan, amalan dan penghayatan. Mereka harus mendokong penuh paksi

pendidikan iaitu paercaya dan patuh kepada Tuhan.

b) Guru Tadika perlu menghayati konsep bersepadu yang meletakkan ilmu dan

amal dalam satu kesatuan kental yang menjalinkan antara rohani, akal dan jasmani dalam diri

supaya wujud keselarsan, keseimbangan, keserasian dan keharmonian.

c) Guru tadika adalah pencinta ilmu yang mahukan pengetahuan yang berterusan. Ia

merupakan gedung ilmu bagi kanak-kanak, pencetus serta pemupuk semangat belajar dalam

diri anak-anak didiknya.

d) Guru Tadika perlu memastikan ilmu yang disampaikan kepada murid-muridnya

menemui bukti-bukti jelas dan kebenaran. Guru Islam perlu mendidik dan mengingatkan

manusia hendaklah bersih, ikhlas dan jujur kerana takutkan Allah. Perlu disedari bahawa

tanggungjawab mengajar adalah amanah Allah yang wajib kita laksanakan. 114

e) Guru Tadika perlu menampilkan diri sebagai keibubapaan(parenting) kepada muridmuridnya. Mereka

kaya dengan kasih sayang, menjaga dan prihatin terhadap perkembangan

kanak-kanak. Justeru itu akan terbentuk hubungan harmonis yang dilimpahi dengan ciri

hormat, taat, kasih sayang dan keberkatan.

57

Page 58: Alam belajar

f) Guru Tabika adalah model yang hampir dengan anak didik. Guru

menjadi suri teladan yang baik kepada mereka. Ini dimanifestasikan pada budi bahasa,

penguasaan bahasa yang baku, kesempurnaan kerja, rupa diri, kesesuaian pakaian, amanah,

rajin dan cekap bekerja.

g) Guru Tabika perlu mempertingkatkan penguasaan dan menjiwai Bahasa Malaysia

sebagai bahasa ilmu.

Rumusan kajian

Adalah suatu tanggapan yang salah sekiranya mengatakan bahawa pendidikan prasekolah

hanya sebagai tempat bermain dan mengisi masa lapang kanak-kanak sebelum memasuki

alam persekolahan formal. Sewajarnya pendidikan prasekolah merupakan satu keperluan

untuk semua kanak-kanak. Di sini ia menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara

menyeluruh serta membolehkan kanak-kanak itu mendapatkan kemahiran prabaca,

pramenulis dan pranombor. Melaui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, mereka akan melalui

proses pembelajaran di samping dapat memenuhi naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi

motor kasar dan motor halus di semua bahagian anggota badan, menggunakan daya kreatif,

memupuk semangat bergaul, mengukuhkan sifat hormat menghormati dan berdisiplin serta

membina keyakinan diri.

Sehubungan itu pendidikan prasekolah merupakan satu sistem pendidikan yang

58

Page 59: Alam belajar

separuh formal di mana proses pembelajaran tidak berlaku secara ‘rigid’ dengan terpaksa

mengikut sukatan pelajaran, menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang tetap

dan khusus serta menghadapi peperiksaan sebagai penilaian kemajuan mereka. Sebaliknya

pendidikan prasekolah mempunyai strategi pengajaran dan pembelajaran yang sering 115

berubah mengikut keperluan, lebih kepada membuat aktiviti bermain di dalam dan di luar

kelas yang mengembirakan di samping pada masa yang sama kanak-kanak dapat

berkembang dari segi psikomotor, kognitif dan afektif.

Jelas menunjukkan terdapat satu ‘keistimewaan’ dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran pendidikan prasekolah berbanding dengan persekolahan formal di tahap satu.

Keistimewaan ini memerlukan perancangan yang banyak bergantung kepada daya kreativiti,

imaginasi serta usaha yang dijalankan oleh guru bahawa bermain di kalangan kanak-kanak

adalah kehendak tabii dalam diri mereka, maka konsep belajar melalui bermain’ di beri

penekanan sebagai kunci pembelajaran dan pengajaran.

Guru-guru tadika sewajatnya peka dengan perbezaan individu untuk menguasai

konsep atau sesuatu pengetahuan. Mereka perlu menyedari bahawa kanak-kanak datang dari

pelbagai latar belakang dan sosio budaya, suasana rumahtangga, keadaan fizikal dan

kedudukan sosio ekonomi.

Implikasi kajian dan saranan

59

Page 60: Alam belajar

Jelas di sini menunjukkan bahawa kepentingan aktiviti belajar melalui bermain. Bagi kanak –

kanak berumur 5 hingga 6 tahun. Mereka berpendapat bahawa kanak – kanak yang berada di

tahap ini adalah perlu belajar menulis, mengira dan membaca. Walaupun cara pemegangan

pensel masih tidak betul, tetapi yang paling penting adalah tahu mengira, menulis dan

membaca. Selain itu, juga didapati bahawa guru – guru adalah sederhana memahami

perkembangan kanak – kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Ini akan menimbulkan

masalah semasa menyediakan aktiviti untuk kanak – kanak. Seterusnya, didapati juga

bahawa guru adalah sebagai pemerhati apabila kanak – kanak melakukan aktiviti. Mereka

tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Ini akan menjadikan kanak – kanak kurang aktif

dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Guru juga akan memanggil kanak – kanak lain atau

memberi bantuan segalanya kepada kanak – kanak yang bermasalah apabila melakukan

sesuatu aktiviti. Guru tidak hanya memberi tunjuk ajar sahaja, tetapi memberi jawapan terus

kepada mereka. 116

Tetapi, dari kajian ini juga, didapati bahawa guru adalah memahami keperluan kanak

– kanak. Tetapi, mereka hanya tidak mencari satu cara yang dapat memenuhi kesemua

keperluan kanak – kanak. Selain itu guru juga memahami tentang bahan bantuan mengajar

yang boleh memberi faedah kepada kanak – kanak dan guru juga faham akan minat kanak –

kanak. Ini telah menunjukkan bahawa guru – guru yang diperhatikan adalah memahami akan

60

Page 61: Alam belajar

kanak – kanak yang mereka ajar.

Persoalan penting yang wujud adalah adakah guru sanggup atau mempunyai masa

yang banyak dalam sehari untuk menyediakan aktiviti belajar melalui bermain yang

memerlukan masa yang panjang untuk membuat persediaaan.

Menurut Kathleen Manning, beliau telah menyatakan bahawa guru memainkan

peranan secara aktif dan teliti semasa merancang, melaksana, mengelola, mengendali dan

membimbing kanak-kanak di dalam aktiviti main. Tetapi, apa yang didapati melalui kajian

adalah guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati sahaja. Mereka tidak melibatkan

diri mereka secara langsung dalam aktiviti yang disediakan. Jelas di sini menunjukan bahawa

sebagai seorang perancang, guru prasekolah bertanggungjawab menyediakan persekitaran

yang memberangsangkan dan berkesan sesuai dengan peringkat umur kanak – kanak.

persekitaran yang disediakan seharusnya dapat membantu perkembangan kanak – kanak di

dalam semua aspek perkembangan. Persekitaran adalah suatu sistem kehidupan yang berubah

– ubah. Tetapi, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru tidak mengambil berat

langsung dalam persekitaran semasa menjalankan aktiviti. Mereka hanya merancangkan

aktiviti yang boleh “dimuatkan” dalam persekitaran yang sedia ada.

Tetapi, guru – guru yang diperhati adalah memahami dan boleh menggunakan alat

bantuan mengajar (ABM) yang sesuai untuk kanak – kanak. Pemilihan bahan bantu mengajar

61

Page 62: Alam belajar

adalah penting, jika salah memilih nya, maka aktiviti yang dijalankan menjadi sia – sia

sahaja. 117

Secara ringkasnya, bolehlah dikatakan guru-guru yang mempunyai kelayakan

akademik dalam pendidikan awal kanak-kanak lebih memahami strategi belajar melalui

bermain yang sepatutnya dijalankan berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai

kelayakan akademik.

Cadangan- cadangan untuk insan guru prasekolah

1. Guru perlu lebih aktif dan kreatif

Guru menggunakan bahan terbuang dalam membuat bahan Bantu mengajar yang mudah

didapati dipersekitaran. Ianya menjimatkan kos dan kanak-kanak lebih biasa dengan bahan

tersebut. Selain itu, guru perlu membuat persediaan awal dalam membuat perancangan

aktiviti, supaya pemilihan bahan bantu mengajar untuk sesuatu aktiviti dapat membantu

kanak-kanak untuk mencapai tahap perkembangan mereka.

2. Guru mesti melibatkan diri bersama-sama dengan kanak-kanak

Aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak mestilah mendapat perhatian dari guru.

Maksudnya, guru bukan berfungsi sebagai pengarah tetapi lebih kepada pembimbing.

Mereka mesti ada bersama-sama kanak-kanak dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk

memastikan kanak-kanak membuat aktiviti Belajar Melalui Bermain mencapai objektif

62

Page 63: Alam belajar

yang diharapkan.

3. Guru perlu menyertai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

Bagi memastikan guru lebih memahami konsep belajar melalui bermain , guru perlu

didedahkan dengan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

Konsep pendidikan secara tradisional dapat digantikan dengan konsep belajar melalui

bermain jika sekranya kaedah tersebut dapat memberi kefahaman yang lebih jelas

kepada guru.

4. Peranan majikan yang lebih berkesan 118

Bagi tadika swasta, majikan tidak sepatutnya mementingkan keuntungan semata-mata.

Mereka perlu peka dengan keperluan guru mereka semasa menyediakan bahan bantu

mengajar supaya dapat disesuaikan dengan konsep belajar melalui bermain .

5. Kesediaan guru prasekolah terhadap pendidikan awal kanak-kanak

Guru prasekolah yang dipilih seharusnya dari mereka yang memang meminati bidang

pendidikan awal kanak-kanak. Secara tidak langsung, mereka akan sentiasa bersedia untuk

memahami sebarang keperluan dan perkembangan diri kanak-kanak dari masa ke semasa

tanpa paksaan. Dengan ini, mereka akan lebih melibatkan diri secara lebih aktif untuk

membantu kanak-kanak dalam aktiviti Belajar Melalui Bermain .

Penutup

63

Page 64: Alam belajar

Di peringkat prasekolah, tumpuan pendidikan kepada kesediaan belajar. Aktiviti yang

dijalankan berpandukan konsep belajar melalui bermain iaitu proses pembelajaran secara

tidak formal tetapi berstruktur, terancang dan ada tujuan tertentu. Unsur mudahubah atau

‘fleksible’ ditegaskan semasa menjalankan aktiviti prasekolah. Belajar melalui bermain ,

memainkan peranan penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan individu secara

menyeluruh dan seimbang.

Guru-guru prasekolah hendaklah merancangkan aktiviti supaya kanak-kanak dapat

belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Menerusi permainan, kanak-kanak

dapat menyiasat benda-benda, mencipta, meruntuh dan membina.

Selain itu, secara tidak langsung mereka mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti

kemahiran sosial, bahasa dan berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan

jasmani. 119

RUJUKAN

Azizah Lebai Nordin. 1995. Pengaran Pembelajaran Prasekolah.

Masalah Pendidikan 19, 11-25

Atan Long. 1969/70. “Masalah Kelemahan Pelajaran Bacaan di Sekolah

Kebangsaan dan Cadangan Mengatasinya’. Masalah Pendidikan. Vol.2, No.1.

September 1969/70, 288-297

64

Page 65: Alam belajar

Almy, M. 1984. A child right to play.In J.F. Brown (ED).Administrating

for young children. Washington: NAEYC.

Anne G. Dorsey & Dorothy June Sciarra.1997. A child care center.

Delmar Publishers. Washington.

Bongtsson, A. 1970. Environmental planning for children’s play London:

Crosby Lockwood & Son Ltd.

Carol E. Catron & Jan Allen.1992. Early Childhood Curriculum A

Creative-Play Model. Merrill. New Jersey, Columbus, Ohio.

Cosby S. Rogers and Janet K. Sawyer, 1834. Play in The Lives of

Children,National Association for the Education of Young Children, Connecticut

Avenue, N. W. Washington.

Fagen R.1981. Animal Play Behaviour, Oxford University Press.

Fatimah Salleh,Khadijah Zon dan Zurida Ismail.1993/94. Kurikulum

Pendidikan Awal : Ke Arah Pendidikan Holistik. Pendidik dan Pendidikan 12, 33-44

Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur.

Fajar Bakti Sdn. Bhd. 120

Kathy H. Barclay & Camille Brenheny .1993. Letting the Children Take

Over More Of Their Own Learning: Collaborative Research in the Kindergarten

65

Page 66: Alam belajar

Classroom.

Katz, L.C. 1987. Early Education:What Should Young Children Be

Doing? In Kagan, S & Zigler, E. 1987. Early Childhood: The National Debate: Yale

University Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka

Lilian G. Katz. 1984. The Professional Early Childhood Teacher, Young

Education.

Margaret Lay-Dopyera & John Dopyera. 1993. Becoming a teacher of

young children. Graw-Hill Book Co.New York.

Nani Menon & Mohd. Sharani & Rohani Abdullah. 2003. Panduan

kurikulm prasekolah. Cergas (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Rohaty Mohd Majzub.1989.Beberapa dimensi pendidikan prasekolah

menjelang abad ke-21 dan selepasnya’. Aliran dan awalan pendidikan menjelang

abad ke-21. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Problem-Finding and Solving in Play: The Teacher’s Role by Deborah W.

Tegano, Janet K. Sawyers and James D. Moran, III Creative Problem

Solving Through Music Activities by Randy Hitz.

66

Page 67: Alam belajar

Spodek.B. (ed). 1983. Handbook of Research in Early Childhood Education. New York:

The Free Press.

PERMAINAN TRADISIONAL

MAIN ACI DUDUK

Peringkat Usia : 6 tahun ke atas

Bilangan Pemain : Antara 4 hingga 8 orang

Tempat bermain : kawasan lapang

Peralatan : Tiada

Kaedah dan peraturan permainan:

1. Dengan membuat undian , seorang pemain akan menjadi pengejar.

2. Pengejar akan cuba mengejar dan menangkap pemain – pemain yang lari

berkeliaran di kawasan lapang tersebut.

3. Pemain yang mendapati dirinya hampir kena tangkap oleh pengajar boleh

menyelamatkan dirinya dengan duduk bercangkung.

4. Pengejar tidak dibenarkan mengejar dan menangkap pemain tersebut sehingga

ia diselamatkan oleh pemain lain.

67

Page 68: Alam belajar

5. Pemain –pemain lain boleh menyelamatkan pemain tersebut (yang sedang

bercangkung) dengan menyentuhnya. Pemain yang disentuh akan terus berdiri

dan terus berlari untuk mengelakkan daripada ditangkap oleh pengejar.

6. Pengejar pula akan berusaha menangkap salah seorang pemain.

7. Jika terdapat salah seorang pemain yang ditangkap maka ia akan pula menjadi

pengejar.

8. Kaedah bermain tersebut diteruskan dan permainan ini boleh diberhentikan pada

bila – bila masa sahaja ia dipersetujui oleh kesemua pemain.

Aci Sorok

Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan individu ini dan mereka bermain bersama-sama.

Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari. Manakala pemain lain dikenali sebagai awak-awak.

Tiang atau pokok dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan.

Pencari memulakan permainan dengan cara menutup matanya sambil membuat kiraan dari 1 hinggalah ke-100.

Sejurus selesai membuat kiraan, pencari memulakan pencariannya.

Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan 'ibu' apabila berjaya menjumpai salah seorang pemain.

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Undian secara ‘wan to som’ dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

Permainan Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba

68

Page 69: Alam belajar

menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

Permainan Kedua

Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.

Permainan Ketiga

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

http://resam-melayu.com/2009/12/permainan-tradisional-melayu-konda-kondi.html

http://permainantradisi.com/

http://tradisional-bib.blogspot.com/

69