kerja kursus alam belajar

26
Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010 ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka Surat 1 i Prakata 2 2 1.0 Pengenalan 3 3 2.0 Metadologi Kajian 2.1 Pendahuluan 2.2 Reka Bentuk Kajian 2.3 Responden Kajian 5 4 2.4 Lokasi Kajian 2.5 Instrumen Kajian 6 5 3.0 Dapatan Kajian 3.1 Ujian Inventori Gaya Belajar 3.2 Ujian Inventori Personaliti Warna 3.3 Senarai Semak 7 9 10 6 4.0 Hubungkait Perbezaan Individu Dengan Teori- Teori Pembelajaran 11 7 5.0 Rumusan 17 8 Bibliografi 18 9 Lampiran 19 1

Upload: mawar-jerangkong

Post on 15-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat1 i Prakata 22 1.0 Pengenalan 33 2.0 Metadologi Kajian

2.1 Pendahuluan2.2 Reka Bentuk Kajian2.3 Responden Kajian

5

4 2.4 Lokasi Kajian2.5 Instrumen Kajian

6

5 3.0 Dapatan Kajian3.1 Ujian Inventori Gaya Belajar3.2 Ujian Inventori Personaliti Warna3.3 Senarai Semak

7

910

6 4.0 Hubungkait Perbezaan Individu Dengan Teori- Teori Pembelajaran

11

7 5.0 Rumusan 178 Bibliografi 189 Lampiran 19

1

Page 2: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

i. PRA KATA.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya dengan

ikhlas mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Norliza Jaafar kerana

dengan bantuan dan bimbingan yang diberikan dapat saya merealisasikan

kerja kursus yang diberi dengan jayanya. Begitu juga kepada rakan-rakan

sekelas yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta semangat

kepada saya dalam menyelesaikan kerja kursus ini.

Hasil pembelajaran dalam kerja kursus ini menghendaki saya

menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Untuk menghuraikan teori-teori

pembelajaran, saya perlu memilih dan mengaplikasikan pendekatan serta

strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori-teori

pembelajaran.

Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan kerja kursus ini saya perlu

mengaplikasikan pengetahuan tentang gaya pembelajaran dan perbezaan

individu dalam proses pengajaran pembelajaran dengan menggunakan teori-

teori pembelajaran yang bersesuaian dalam usaha membantu murid

berkembang secara optimum.

Adalah diharapkan kerja kursus ini dapat memberi impak yang lebih

mendalam kepada saya dalam melaksanakan dan mengaplikasikan teori-teori

pembelajaran utama didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Juga

diharapkan kerja kursus yang telah diselesaikan ini dapat memenuhi

kehendak serta menepati soalan yang diberikan.

1.0 PENGENALAN

2

Page 3: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

Pembelajaran adalah istilah yang sinonim dengan para pelajar dan guru-guru.

Pembelajaran adalah salah satu objektif penting persekolahan seorang

pelajar. Seringkali pembelajaran menjadi topik penting perbincangan

dikalangan guru-guru dan ibu bapa.

Pembelajaran bukan sahaja sekadar mengetahui sesuatu jawapan dan

memperolehi sedikit pengetahuan. Ia juga tidak boleh diukur melalui gred dan

keputusan peperiksaan. Pembelajaran mestilah bermulasebelum seseorang

kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan dan proses pembelajaran akan

terus berjalan sehingga sampai tempoh tertentu. Dengan kata lain

pembelajaran bermula dari dalam ‘buaian hingga ke liang lahad’(Abdul

Shukor Abdullah, 2000). Pembelajaran adalah sebahagian dari kehidupan

manusia dan proses ini berlaku bila-bila masa dan dimana sahaja sama ada

secara formal atau pun tidak formal.

Dalam proses pembelajaran secara formal, guru haruslah mengenali

jenis personaliti murid untuk menghasilkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Ini adalah kerana setiap murid itu berbeza dan

memiliki sifat yang unik disebabkan oleh suasana persekitaran dan

perwarisan yang berbeza diantara mereka(Norasmah, 2003). Personaliti yang

berbeza ini mewujudkan pelbagai gaya pembelajaran diantara seorang murid

dengan murid yang lain. Guru perlu menyedari hakikat ini supaya mereka

dapat mengenal pasti kecenderungan seseorang murid itu belajar dan

mempelbagaikan gaya pengajaran untuk disesuaikan dengan kepelbagaian

gaya pembelajaran dikalangan murid. Ini akan dapat meningkatkan juga

hubungan baik diantara murid dan guru kerana murid akan merasakan

bahawa diri mereka sentiasa diberi perhatian dan diambil berat oleh gurunya.

(Shahabudin Bin Rohizani, 2003).

Oleh yang demikian, kerja kursus yang diberikan ini mengkehendaki

saya menghuraikan teori-teori pembelajaran untuk memperkukuhkan

pengetahuan pedagogi saya dalam mengaplikasikan proses pengajaran dan

pembelajaran didalam kelas. Untuk menyelesaikan kerja kursus ini saya perlu

mengumpul maklumat tentang perbezaan individu dan alat-alat kajian yang

3

Page 4: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

saya perolehi daripada rujukan ilmiah dan sumber-sumber daripada internet

serta perkongsian bahan dan idea daripada rakan-rakan sekelas.

Pengumpulan maklumat yang telah saya buat banyak membantu saya

memahami sifat,sikap dan perbezaan iniduvidu setiap responden yang saya

pilih. Memahami perbezaan individu amat penting kepada guru untuk

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran supaya objektif

pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan lebih berkesan. Untuk

mengumpul maklumat memahami perbezaan individu saya menggunakan

alat-alat kajian inventori persoanaliti dan inventori gaya belajar.

Saya perlu mengumpul maklumat tentang perbezaan individu yang

meliputu aspek gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai responden,

kecerdasan emosi setiap responden dan gaya berfikir responden. Setelah

saya memperolehi maklumat yang saya perlukan saya menganalisis alatan

kajian yang saya gunakan. Daripada dapatan kajian yang saya perolehi

dapatlah saya memahami perbezaan setiap responden saya.

Dengan memahami perbezaan individu setiap responden saya, saya

percaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan didalam kelas

akan lebih berkesan. Ini kerana saya boleh mengaplikasikan strategi dan

pendekatan mengikut teori-teori pembelajaran utama seperti pembelajaran

behaviorisme, teori kognitif, teori humanistik dan teori pembelajaran sosial.

4

Page 5: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

2.0 METADOLOGI KAJIAN

2.1 Pendahuluan.

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai

metadologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi

menjamin kaedah yang digunakan oleh saya dalam kerja kursus ini adalah

bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-

hipotesis yang digunakan dalam memahami perbezaan individu setiap

responden saya. Metadologi kajian yang saya gunakan banyak membantu

saya memberi panduan dalam saya menyelesaikan kerja kursus ini.

2.2 Reka Bentuk Kajian

Kerja kursus ini, memerlukan saya membuat sedikait kajian terhadap

beberapa orang responden. Kajian ini merupakan kajian kes yang

menggunakan kaedah kuantitatif. Rekabentuk kajian kes ini dipilih untuk

membolehkan saya memahami secara mendalam perbezaan individu setiap

responden saya untuk saya aplikasi kan didalam pengajaran pembelajaran

saya menggunakan teori-teori pembelajaran.

Rekabentuk kajian yang melibatkan pengumpulan data saya lakukan

untuk mengumpul maklumat dan data secara sistematik setiap responden

bagi membantu saya mendapatkan maklumat yang tepat mengenai

perbezaan individu setiap responden saya.

2.3 Responden Kajian.

Responden kajian saya adalah terdiri daripada murid-murid tahun enam.

Saya telah memilih seramai enam orang responden dari murid tahun enam

anggerik terdiri tiga orang perempuan dan tiga orang lelaki. Tujuan saya

memilih murid tahun enam anggerik ini kerana murid-murid ini akan

menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Enam anggerik merupakan

kelas pertama didalam tahun enam, responden saya merupakan murid kelas

tahun enam anggerik yang berada dalam kelompok sederhana.

5

Page 6: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

2.4 Lokasi Kajian

Kajian ini telah dilakukan di Sek. Keb Seri Utama Sungai Besar. Ia melibatkan

murid-murid tahun enam anggerik.

2.5 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah terdiri

daripada ujian inventori gaya belajar dan ujian inventori personaliti. Instrumen

lain yang saya gunakan adalah pemerhatian dan senarai semak.

2.5.1 Ujian inventori gaya belajar

Data dan maklumat yang diperolehi mengenai gaya pembelajaran murid

dibuat melalui ujian inventori gaya belajar yang diedarkan kepada setiap

responden. Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui gaya belajar responden,

iaitu gaya belajar visual, auditori atau pun kinestetik. Santrock (2000)

menganggap gaya ialah salah satu cara seseorang menggunakan

keupayaannya. Gaya belajar bermaksud cara yang digemari seseorang

menggunakan keupayaannya.

2.5.2 Ujian inventori personaliti

Saya telah menjalankan uijian personalti warna kepada setiap responden

saya. Melalui ujian personaliti warna, saya dapat melihat personaliti warna

responden saya berdasarkan warna emas, biru, hijau dan jingga. Selepas

responden menjawab ujian personaliti ini, saya membuat analisis, mentafsir,

dan menginterpretasikan hasil skor responden.

2.5.3 Senarai semak.

Kemahiran mencetuskan idea merupakan suatu kemahiran berfikir yang

penting diperolehi. Analisa ringkas tentang beberapa kerangka mencetuskan

idea telah merangkumi peta minda, teknik morfologi dan senarai semak.

Kerangka berfikir memperluaskan perspektif dan persepsi kita terhadap

sesuatu konsep dan seterusnya membebaskan minda kita dari kebuntuan

idea baru. Adalah diharapkan bahawa gabungan senarai semak dalam

bentuk nemonik dengan penyusun grafik boleh merupakan suatu alat yang

6

Page 7: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

kuat dan berkesan. Oleh itu, saya telah memilih senarai semak sebagai

sebahagian instrument kajian saya.

3.0 DAPATAN KAJIAN.

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang dapat dikenal pasti dan

gaya pembelajaran mempunyai implikasi yang penting terhadap program

perancangan, pengajaran dan pembelajaran (Robert M.Smith, 1983).

Daripada inventori gaya belajar yang saya lakukan terhadap responden saya,

saya dapati setiap murid mempunyai perbezaan gaya belajar diantara

seorang murid dengan murid yang lain.

3.1 Ujian inventori gaya belajar.

Dapatan kajian inventori gaya belajar yang saya lakukan diterjemahkan

seperti jadual dibawah :

Bil Responden

Gaya Belajar

Visual

(%)

Auditori

(%)

Kinestetik

(%)

1. Muhd Aqil B. Saiful Hisham 76.5 57.9 77

2. Muhd Aini B. Zamanuri 77 67.9 72.4

3. Muhd Ariff B. Baharuddin 59.5 56.5 55.3

4. Nur Hanis Najwa Bt Kamaruddin 25 39.3 32.4

5. Saidatul Amirah Bt Ramli 50 61.5 65.3

6. Nur Aisyah Bt Azami 56.5 77.2 69.5

Dapatan daripada jadual diatas menunujukkan gaya belajar visual

yang tertinggi adalah 77% dan yang terendah adalah 25%. Perbezaan 52%

antara responden dan responden lain amat ketara. Ini menunjukkan

perbezaan gaya belajar antara murid jauh berbeza dari seoarang dengan

murid yang lain. Murid yang mempunyai gaya belajar visual tertinggi

sememangnya lebih cenderung belajar secara visual seperti gambar-gambar,

diagram dan peta. Murid ini juga ada kecerdasan naturalis kerana murid ini

sangat peka terhadap isu-isu alam sekitar. Dia berkebolehan tinggi untuk

7

Page 8: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

memerhati corak-corak alam sekitar serta menghargai alam sekitar.

Kecerdasan intrapersonal murid ini juga tinggi kerana dia mempunyai

keyakinan yangg tinggi. Manakala murid yang mempunyai peratus yang

rendah tidak sesuai untuk guru mengajar murid ini dengan cara yang sama

murid yang mempunyai peratus yang tinggi.

Peratus yang tertinggi dalam gaya belajar auditori adalah sebanyak

77.2%, manakala peratus yang terendah adalah 39.3%. Perbezaan antara

yang tertinggi dan terendah adalah tidak begitu ketara, ini ditunjukkan hanya

37.9% sahaja perbezaan yang didapati. Namun begitu masih juga ada

perbezaan antara setiap orang murid yang perlu di beri perhatian oleh guru

yang mengajar.

Murid dengan gaya belajar auditori lebih suka belajar menggunakan

telinga (alat pendengaran). Ini bermaksud murid, murid-murid ini mampu

menyimpan maklumat yang disampaikan melalui lisan seperti ceramah,

pidato atau pun rakaman audio. Murid dengan gaya belajar auditori lebih

minat belajar melalui perbincangan dan perdebatan.

Gaya belajar yang seterusnya ialah gaya belajar kinestetik, peratus

paling tinggi yang dicatatkan dalam gaya belajar kinestetik ialah 77%.

Manakala peratus yang paling rendah ialah 32.4%, perbezaan peratusan

sebanyak 44.6%. Murid dengan gaya belajar kinestetik ini dominan kepada

kecerdasan kinestatik, linguitik dan interpersonal. Kaitan dengan personaliti

murid ini seorang yang agresif, peramah(ekstrovert). Murid kelopmpok ini

merupakan golongan individu sosial yang mana murid ini gemar berkawan

dan mudah menyertai sesuatu organisasi. Manakala dari faktor gaya

pemikiran pula murid ini adalah pragmatik dimana dia suka member idea dan

mencuba teknik baru kerana dia seorang yang praktikal.

8

Page 9: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

3.2 Ujian inventori personaliti (warna)

Muhd Aini Muhd Aqil Muhd Ariff Nur Aisyah Nur Hanis Najwa Saidatul0

5

10

15

20

25

EMASHIJAUBIRUJINGGA

Graf diatas menunjukkan kecenderungan responden mengikut personaliti warna.

Walaubagaimanapun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum

menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai

pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti. Berikut

adalah cirri-ciri individu mengikut warna.

EMAS

Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras

fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan

berperaturan serta menaruh perhatian.

Kata Kunci utama “Peraturan dan saya bertanggungjawab”

HIJAU  (GREEN)

Cenderung dan cekap dalam berbagai lapangan, cenderung merekacipta, cekap

dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami

9

Page 10: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal,

tenag dan sabar, berfalsafah, berfikiran logik.

Kata kunci utama ialah

   “ Mempunyai Perasaan Ingin tahu Yang  Tinggi “

BIRU (BLUE)

Bersifat tulin, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati,unik, berkebolehan,

menyelami fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang

memberi inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan

mempunyai perasaan simpati.

Kata kunci utama  “ Romantis dan Suka  Keharmonian”

JINGGA (ORANGE)

“Suka Mengembara Atau Adventurous”

3.3 Senarai Semak

Dapatan dalam senarai semak saya, yang merangkumi dua kemahiran iaitu

kemahiran berfikir dan kemahiran belajar. Penilaian yang saya lakukan adalah

melalui pemerhatian saya didalam kelas sewaktu responden-responden saya

belajar. Sebelum saya membuat pemerhatian saya telah sediakan senarai semak

mengenai item-item yang hendak saya nilai terhadap responden-responden saya.

Keputusan penilaian yang saya dapati banyak membantu saya mengenali

gaya belajar setiap responden saya. Setelah saya menganalisis keputusan

pemerhatian saya, saya dapati kesemua responden tidak mempunyai masalah untuk

mengnalpasti maklumat dalam pengajaran yang diberikan oleh guru. Responden-

responden saya juga tidak mengahadapi masalah untuk membuat banding beza

semasa membuat tugasan ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Keputusan penilaian pemerhatian senarai semak saya sertakan di

lampiran.

10

Page 11: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

4.0 HUBUNGKAIT PERBEZAAN INDIVIDU DENGAN TEORI-TEORI

PEMBELAJARAN.

Antara tanggungjawab utama para pendidik adalah usaha berterusan untuk

memastikan semua anak murid dapat belajar dengan seberapa baik yang boleh.

Pakar pendidikan dan pengkaji psikologi telah mengemukakan pelbagai teori

pembelajaran seperti teori behavioris, teori kognitif, teori sosial dan humanis dalam

usaha memahami cara mana pembelajaran berlaku. Teori-teori ini telah menolong

para pendidik mengutarakan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran yang

telah dirancang untuk diaplikasikan kedalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Setiap individu mengamalkan gaya pembelajaran yang berbeza dan

tersendiri. Sebilangan pelajar lebih berminat dan cenderung kepada belajar sendiri

sedangkan sekumpulan yang lain lebih cenderung kepada aktiviti dalam kumpulan.

Selain itu, terdapat juga pelajar yang memerlukan panduan yang jelas sebelum

memulakan sesuatu projek dan terdapat juga pelajar yang sedia menerima sesuatu

secara terbuka semasa memperolehi pengetahuan daripada pelbagai sumber.

Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara

pengamatandan pemerosesan maklumat yang berlaku dalam manusia adalah

berbeza-beza. Sesetengah individu hanya boleh melihat sesuatu secara konkrit

manakala sesetengah individu boleh melihat sesuatu secara abstrak. Ini bermakna

setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza.

Didalam dapatan kajian terhadap responden kedua dan ketiga iaitu Muhd

Aini B Zamanuri dan Muhd Ariff B Baharuddin, murid ini mempunyai gaya belajar

yang lebih cenderung kepada gaya belajar visual. Kecerdasan visual-spatial merujuk

kepada kecerdasan menepati ruang, melukis membentuk corak, mewarna, mencipta

dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual. Visual ruang diertikan

sebagai berfikir menggunakan gambar dan mempersepsikan dunia visual secara

tepat, berkebolehan bertikir dalam tiga dimensi dan mencipta semula aspek sesuatu

pengalaman visual melalui imaginasi murid. Murid ini juga mempunyai minat melukis

dan boleh menceritakan apa yang difirkan melalui lukisan, gambar ataupun peta.

Mengikut kajian personaliti warna yang saya lakukan terhadap murid ini,

murid ini mempunyai personaliti yang menyukai ilmu, gemar membaca, tekun,

cerdas dan tabah menghadapi cabaran. Murid ini juga mempunyai personaliti

motivasi yang tinggi, anallitikal tinggi, seorang yang bersistematik dan berstruktur

11

Page 12: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

dalam melakukan kerja, murid ini seoarang yang pendiam tetapi mempunyai prinsip

hidup dan ada ketokohan kepimpinan yang tinggi. Gardner (1983) dalam bukunya

Frames of mind mengenal pasti tujuh jenis kecerdasan manusia yang mana dua di

antaranya, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal.

Responden saya mempunyai kecerdasan intrapersonal, murid boleh

membentuk diri sendiri sebagai model yang sesuai dan dapat menggunakan model

ini beroperasi secara efektif dalam kehidupannya. Di dalam kecerdasan

intrapersonal yang berasaskan ilmu pengetahuan diri sendiri, beliau menambah

daya memperolehi perasaan diri, keupayaan membezakan di antara perasaannya

dan seterusnya membuat pemilihan sebagai panduan untuk tindakan tingkah laku

seterusnya.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid ini, guru perlu

menggalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan

masalah pelajaran yang dihadapi. Guru sebagai fasilitator membimbing murid

menggunakan persepsinya untuk menghubungkait unsur-unsur dalam

persekitarannya. Guru juga perlu menyampaikan pengajaran selangkah demi

langkah mengikut urutan ayng sesuai kerana murid ini lebih memahami

pembelajaran yang berstruktur. Guru juga boleh menggunakan contoh-contoh

khusus yang berkaitan untuk membimbing murid supaya menggunakan celik akal,

demi mendapatkan kesimpulan atau membuat generalisasi. Murid ini perlu

dibekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya murid boleh menggunakan

untuk menyelesaikan masalah.

Wolfgang Kohler (1887-1967) dan rakannya Kuri Koffka (1886-1941), mereka

menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cipanzi

menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di

bumbung. Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan

masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal.

Daripada hasil kajian tersebut, Kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan

kebolehan mental yang mendorongkan manusia mempersepsikan perkaitan unsure-

unsur dalam perkaitan secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah

yang sedang dihadapi.

Dapatan kajian dari responden pertama dan kelima Muhd Aqil B

Saifulhisham dan Saidatul Amirah Bt Ramli, murid ini cenderung kepada gaya

12

Page 13: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

belajar kinestetik. Apabila murid ini cenderung kepada gaya belajar kinestetik murid

ini dominan kepada kecerdasan tubuh kinestetik iaitu kecerdasan gerak badan,

gimnastik kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota badan, sukan permainan

dan mereka cipta gaya menari. Kecerdasan kinestatik juga berkaitan dengan

pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan

badan. Kebiasaan murid ini menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea

dan perasaan.

Murid dengan gaya belajar kinestatik ini juga berkait rapat dengan

kecerdasan linguistik dimana kecerdasan ini merangkumi kecerdasan membaca,

menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka

dan bercerita. Murid ini juga lebih kepada kecerdasan interpersonal, iaitu

kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan

kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap

petanda tersebut. Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan

kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia

bekerja sama.

Mengenai perkaitan personaliti murid ini, murid ini mempunyai personaliti

yang agresif, seorang ekstrovert iaitu seorang yang banyak memberi pendangan

dan seorang yang peramah. Murid ini juga tergolong dalam seorang individu yang

sosial iaitu seorang yang gemar berkumpulan dan tidak suka menyendiri. Personaliti

lain yang boleh didapati dari murid ini ialah seorang yang bertanggungjawab, praktis,

waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem

dan berperaturan serta suka mendapatkan perhatian.

Di dalam kelas guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan

berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa seperti pembelajaran koperatif

iaitu aktiviti yang boleh mengembangkan lagi kecerdasan interpersonal. Guru juga

oleh mengaplikasikan lakonan, aktiviti permainan, simulasi dan main peranan

dimana aktiviti ini akan mengembangkan lagi kecerdasan kinestatik dan kecerdasan

interpersonal murid berkenaan.

Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik

matematik seperti kemahiran-kemahiran menaakul secara logik, membuat kiraan,

membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun

13

Page 14: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

atur atau mentafsir. Murid berkenaan juga boleh diberi aktiviti yang boleh membuat

sistesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis dan rumusan serta

membuat keputusan.

Tokoh terkenal teori pembelajaran humanis, Carl R.Roger berpendapat

manusia dilahirkan dengan potensi mengejar kesempurnaan kendiri. Maka

pembelajaran merupakan naluri manusia semula jadi. Responden kedua ini, sesuai

diberi pengajaran yang mengutamakan strategi berpusatkan murid dan kaedah

individu dimana teori pembelajaran yang dipelopor Carl R.Roger ini amat sesuai di

guna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid ini kerana teori ini

juga mengamalkan konsep pendidikan terbuka.

Bagi responden keempat dan keenam Nur Hanis Najwa Bt Kamaruddin

dan Nur Aisyah Bt Azami, murid ini mempunyai kecenderungan gaya belajar

auditori. Murid dengan gaya belajar auditori lebih suka memproses maklumat

berdasarkan apa yang mereka dengar. Murid ini akan belajar dengan lebih cepat

dengan menggunakan mendengar dari penyampaian guru yang menarik dari segi

ketinggian atau rendah suara guru menyampaikan sesuatu objektif pengajaran.

Murid ini juga gemar mendengar apa yang mereka baca, iaitu mereka suka

membaca dengan nada yang kuat. Di dalam kelas, guru jangan sesekali

menghalang murid ini membaca dengan kuat. Ini kerana mereka boleh mengingat

dengan cara mereka yang tersendiri ini. Melalui rakaman juga murid ini boleh

belajar, murid ini akan lebih fokus apabila belajar dengan mendengar.

Kecerdasan yang perlu dikembangkan terhadapa murid ini ialah kecerdasan

muzik, dimana kecerdasan ini merangkumi kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal,

bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma

dan melodi muzik. Di dalam teori pelbagai kecerdasan, Gardner (1991) berpendapat

bahawa setiap insan mewarisi lapan jenis kecerdasan yang berlainan. Dianataranya

ialah kecerdasan linguistik/verbal. Oleh yang demikian, murid ini yang mempunyai

kecerdasan linguistik yang mana merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan

perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita.

Murid mempunyai kecerdasan ini berupaya menggunakan bahasa secara berkesan,

sama ada secara lisan ataupun tulisan, termasuklah kebolehan memanipulasikan

14

Page 15: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

ayat, gaya bahasa dan pengucapannya dengan baik, tepat serta sempurna.

Implikasinya disini ialah, penggunaan bahasa adalah penting untuk mempelajari

mata pelajaran yang lain.

Dunn, R. dan Dunn, K. (1978) dalam bukunya berjudul Teaching Students

Through Their Individual Learning Styles menyatakan kekaguman mereka apabila

mendapati adanya begitu banyak penulisan pada tahun 1970-an yang menyokong

pendapat bahawa setiap murid belajar mengikut cara-caranya yang tersendiri,

berbeza dengan rakan sebayanya. Manakala mengikut Murnford dan Honey (1986),

gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu aktivis, reflektif,

teoris dan pragmatis.

Murid auditori ini mempunyai gaya belajar yang reflektif. Gaya belajar murid

ini adalah murid yang suka memerhati, memikir dan membuat reflektif kendiri

terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam belajar. Murid ini juga mempunyai

idea serta membuat reflektif sendiri dengan kemahiran berfikir. Antara ciri-ciri lain

murid dengan agaya belajar reflektif ini ialah murid ini mempunyai kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip,

keputusan atau projek serta membuat reflektif kendiri. Murid ini juga mempunyai ciri

sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan perlbagai pilihan dengan

teliti, murid ini juga adalah pendengar yang baik tetapi seorang murid yang lambat

bertindak balas terhadap sesuatu tindakan. Murid ini juga boleh belajar dan

membuat kerja yang bersistematik dan seorang yang tidak terburu-buru apabila

membuat keputusan atau kesimpulan.

Murid yang tergolong dalam kumpulan gaya belajar reflektif ini biasanya minat

terhadap mata pelajaran seperti sejarah, bahasa melayu, dan suka melibatkan diri

dalam aktiviti projek dan kajian luar. Oleh itu, kaedah dan teknik mengajar yang

sesuai digunakan untuk kumpulan murid ini ialah kaedah penyelesaian masalah,

inkuiri penemuan, projek dan perbincangan.

Teori konstruktivisme kognitif Jean Piaget menghuraikan kanak-kanak

terutamanya membina ilmu dan menguasai kemahiran melalui prose tranformasi,

organisasi dan re-organisasi ilmu dan kemahiran yang telah ada dalam struktur

kognitif mereka. Piaget juga menyatakan ilmu dan kemahiran adalah lebih bermakna

15

Page 16: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

dibina berdasarkan usaha individu diri sendiri, dengan ini guru hanya memainkan

peranan sebagai pemudahcara memperincikan lagi kemahiran dan ilmu yang telah

sedia berada dalam struktur kognitif murid itu. Teori ini sesuai digunakan untuk

merancang dan melaksanakan proses pengajaran terhadap murid yang cenderung

kepada gaya belajar reflektif dan auditori ini.

Teori ini juga mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran

dan pembelajaran dan mengutamakan keberkesanan pembelajaran adalah dicapai

melalui penglibatan murid secara aktif dalam proses penyelesaian masalah. Teori ini

juga menekankan prinsip naturalisme dalam pembelajaran iaitu pembelajaran murid

hanya patut dijalankan secara semula jadi dan bukan di bawah tekanan dan

paksaan. Dengan menggunakan teori ini, guru juga boleh membimbing murid

membina alam belajar yang kondusif untuk situasi inkuiri dan penerokaan.

Oleh demikian, seseorang guru mestilah bijak mengenalpasti dan memahami

murid-murid dengan lebih mendalam kerana guru harus mengetahui gaya

pembelajaran dan personality murid bagi manghasilkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang cemerlang.

16

Page 17: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

5.0 RUMUSAN

Pengalaman pembelajaran akan dimaksimumkan sekiranya ia mirip dengan

kekuatan dan kecenderungan gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan

seseorang pelajar berkenaan. Pelajar memiliki pelbagai gaya pembelajaran dan

kecerdasan pasti akan berjaya dalam usaha pembelajarannya. Lantaran

itu,pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan aktiviti-aktiviti

pengajaran dan pembelajaran adalah amat kritikal sekali. Penyebatian kemahiran

berfikir mempunyai beberapa keistimewaan kearah melayan tuntutan-tuntutan

tersebut. Proses kemahiran berfikir, penggunaan pengurusan grafik, pengurusan

lisan menawarkan pembelajaran bestari; ia juga mempunyai jalinan rapat dengan

gaya pembelajaran dan ketrampilan pelbagai kecerdasan.

Golongan guru yang inovatif, kreatif, prihatin, dan optimistik harus meneroka

sebanyak mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya. Satu cara untuk meneroka

adalah dengan mencuba. Tidak dinafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada

peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah corak pengajarannya,

apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-

benar berasaskan gaya pembelajaran murid. Sebagai seorang pendidik seharusnya

berupaya menjadi guru yang tidak memberi jawapan tetapi mendidik murid-murid

untuk mempersoalkan soalan dan jawapan. Untuk itu, kita harus membina insan

murid yang menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir dengan mengikut

gaya, cara, dan rentak pembelajaran murid-murid. Sebenarnya semua tuntutan

perubahan dalam interaksi di bilik darjah itu terserah kepada stail pengajaran guru

itu sendiri.

17

Page 18: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

BIBLIOGRAFI

Shahabudin Hashim, Mahani Razali, Ramlan Jantan. 2008. Psikologi Pendidikan

(Edisi Keempat), PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. 2008. Psikologi Pendidikan & Pedagogi: Murid Dan Alam Belajar

(Edisi Keempat). Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Teori Kecerdasan Pelbagai dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. K. Lumpur: PPK.

Naina. 1999/2000. Jurnal Pendidikan Tigaenf (Jilid 2 Bil : 3) Stail Pengajaran Guru

Dan Gaya Pembeljaran Murid. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article98.pdf

18

Page 19: Kerja Kursus Alam Belajar

Kerja Kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar 2010

LAMPIRAN

19