ang bab 1 alam belajar
DESCRIPTION
Students and learning context.TRANSCRIPT
Murid Dan Alam BelajarEDU 3103
BAB 1ALAM BELAJAR
Konsep alam belajar
Konsep: persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku yang positif.
Persekitaran tersebut termasuk yang berikut:i. Fizikalii. Psikososial iii. Komuniti pembelajaran
i) Aspek Fizikal
Persekitaran atau alam sekeliling kanak-kanak, Prasarana tempat tinggal, Persekitaran rumah, Kemudahan dan kelengkapan, Lokasi sekolah, Kemudahan dan kelengkapan sekolah, Kedudukan bilik darjah dsb. Murid berkembang baik dalam persekitaran
fizikal yang teratur, selamat dan lengkap alatan.
Susunan Fizikal Bilik Darjah
Gaya Auditorium
Gaya Bersemuka
Gaya U
Gaya Seminar
Gaya Kluster
ii) Aspek Psikososial Aspek psikologi dan hubungan sosial
kanak-kanak Hubungan guru-murid, murid-murid Iklim bilik darjah- semangat
bekerjasama, kekitaan, toleransi, penerimaan, penghargaan, selamat.
Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku-hubungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin dan peraturan bilik darjah, komunikasi dan interaksi.
Elemen Psikoso
sil
Nada suara yang
sesuai
Saling berbudi bahasa
Tingkah laku yang
diterima
Suasana yang
kondusif
iii) Komuniti Pembelajaran Insan sosial- setiap individu bergantung
pada individu lain dalam proses pembelajarannya.
Komuniti pembelajaran –sekumpulan manusia yang saling bertindak secara koperatif dan kolaboratif dalam proses belajar.
Melibatkan unsur kerjasama, bantu membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling , persaingan yang sihat dsb.
Komuniti pembelajaran –sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.
McMillan dan Cavis (1986)- 4 ciri komuniti pembelajaran:1. Keahlian2. Pengaruh3. Memenuhi keperluan individu4. Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan
Ahli perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, Ahli kumpulan berpeluang meluahkan perasaan dan pandangan, saling bantu dan mengajar.Guru mengaplikasikan pembelajaran koperatif, pembelajaran dalam kumpulan atau bimbingan rakanPersaingan yang sihat hasil daripada amalan komuniti pembelajaran yang sihat.
Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran)
• Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang memfokuskan pengaruh sistem ekologi kepada perkembangan seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.
Urie Bronfenbrenner
Komuniti pembelajaran dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner :
i. Mikrosistemii. Mesosistemiii.Eksosistemiv. Makrosistemv. Kronosistem
Mikrosistem Adalah seting /persekitaran seseorang individu
menghabiskan sebahagian besar masanya (berrsama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau kawasan setaman atau sekampung.)
Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain.
Individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut
Mesosistem Melibatkan hubungan antara sistem mikro.
Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya.
Pengalaman dalam mikro sistem boleh mempengaruhi pengalaman dalam mikrosistem yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya.
Eksosistem Suatu sistem yang melibatkan
persekitaran luar yang mana kanak-kanak memainkan peranan secara pasif tetapi perkembangan mereka dipengaruhi oleh tindakan ahli-ahli dalam eksosistem ini.
Contoh implimentasi sesuatu program untuk peningkatan pencapaian murid-murid oleh PIBG dengan pihak sekolah
Makrosistem Melibatkan pengaruh yang lebih luas d
yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak : nilai dan adat resam masyarakat,jantina , etnik dan kedudukan sosioekonomi.
Contoh : kemiskinan menghalang perkembangan kanak-kanak dan mengurangkan keupayaan belajar mereka.
Pengalaman Belajar Kanak-kanak
How Children Learn oleh John Holt (1995): 9 prinsip
pembelajaran semula jadi kanak-kanak1. Secara semula jadi mempunyai kekuatan daya ingin
tahu dan berkeupayaan untuk belajar secara langsung tentang dunia sekitarnya.
2. Mengetahui dengan sendirinya cara hendak belajar sesuatu.
3. Memerlukan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir.
4. Tidak takut mengaku tidak tahu dan berani membuat kesilapan.
5. Menghayati nilai-nilai intrinsik dalam perkara yang dihayati oleh mereka.
6. Belajar paling baik tentang hubungan dengan orang lain melalui interaksi dengan pelbagai peringkat umur.
7. Belajar paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung.
8. Memerlukan masa yang mencukupi untuk bersama keluarga.
9. Tekanan akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak.
Pengalaman Belajar
1
Pembelajaran melalui pengalaman langsung.
2
Penglibatan yang aktif.
3
Kebebasan belajar : gaya belajar, gaya berfikir, minat dan masa
Tiga kriteria pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum:
Maka MAIN dikatakan merupakan satu pengalaman belajar kanak-kanak yang
optimum kerana memenuhi kriteria di atas
Peranan Main dalam Proses Pembelajaran
Konsep mainMain merupakan suatu aktiviti yang menyeronok, mengalami
sendiri atau terlibat secara langsung, memerlukan penglibatan aktif secara
fizikal dan kognitif.
Fungsi main : Main Sebagai Kemajuan• Main sebagai proses belajar• Bertujuan untuk menambah baik dan memenuhi keperluan psikologi dan
keperluan sosial.
Main Sebagai Kuasa• Pertandingan melibatkan pasukan lawan, menang atau kalah
Main Sebagai Fantasi• Melibatkan main dalam mengcungkil dan meningkatkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan imaginatif.
Main Sebagai Main. Kualiti main bukan hasil daripada main
Tujuan Bermain :a. Belajar konsepb. Meningkatkan keupayaan kognitifc. Memupuk pemikiran yang inovatif, kritis
dan kreatifd. Membentuk kemahiran sosiale. Membentuk kemahiran fizikalf. Menguasai situasi kehidupan hariang. Melatih proses pembelajaran bahasah. Memenuhi perasaan ingin tahu melalui
penerokaani. Membantu dalam menyelesaikan masalahj. Memupuk sikap bertanggungjawabk. Mempelajari peranan orang dewasa
Kepentingan Bermain
1.Perkembangan Intelek• Dapat ketahui tahap
keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar.
• Dapat mengetahui pelbagai kemahiran.
• Membantu murid-murid berfikir dengan lebih kreatif dan logik.
• Dapat maklumat tambahan.
• Mengembangkan potensi.
• Mendedahkan murid-murid tentang cara menyelesaikan masalah.
2.Perkembangan Sosioemosi• Berinteraksi dengan rakan,
pelajar lain dan guru-guru
• Menyemai sifat tolong menolong dan ambil berat kepada orang lain
• Dapat mengetahui bahawa emosi seseorang mungkin berlainan pada situasi yang tertentu.
• Dapat mengetahui cara untuk mengawal emosi mengikut keadaan.
• Memupuk semangat berani untuk menonjolkan diri, yakin dan tidak malu untuk bersosial dengan orang lain.
3.Perkembangan Fizikal• Kesihatan dan keselamatan
sebagai perkara utama.
• Dedahkan permainan dalaman (indoor game) dan permaianan luaran (outdoor game).
• Diberi peluang untuk menyertai dan menunjuk bakat yang terpendam.
• Dapat pengalaman dan pergerakan dalam permainan dapat mencergaskan fizikal.
Kategori MainDua kategori utama:-
Permainan Sosial
Kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan.
Berlaku berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak dalam proses mengalami alam dewasa.
Bermula seawal kanak-kanak mula mengenali orang lain dalam persekitarannya
Permainan
Kognitif
Bermula seawal usia dua tahun.
Gaya dan jenis main berkembang mengikut tahap umur
6 jenis permainan sosial mengikut Mildred Parten (1932)
adalah seperti berikut:
1)Main Unoccupied• Kanak-kanak
bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain.
2)Main Sendirian (Solitary Play)• Kanak-kanak bermain
sendirian, tidak melibatkan kanak- kanak lain yang duduk berhampiran dengannya.
3)Main Pemerhatian
(Onlooker Play)Kanak-kanak ini memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan
4) Main Selari (Parallel Play)
Kanak-kanak bermain sendirian dan menggunakan cara dan alat- yang sama dengan kawan-kawannya, tanpa berbincang.
5) Main Asosiatif (Associative Play) • Kanak-kanak ini
berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan, terlibat komunikasi antara satu sama lain tetapi tidak bersama dalam aktiviti bermain.
6)Main Koperatif (Cooperative Play)• Kanak-kanak ini
bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.
Main Unoccupied
Main Sendirian (Solitary Play)
Main Pemerhatian (Onlooker Play)
Main Selari (Parallel Play)
Main Asosiatif (Associative Play)
PermainanSosial
PermainanSosial
PERMAINAN KOGNITIFJean Piaget (1962) melihat aspek main dapat membina perkembangan kognitif kanak-kanak. iaitu main diukur dari segi cara kanak-kanak menggunakan bahan atau peralatan itu sendiri.
4 jenis main mengikut Piaget (1962):a) Main Berfungsi (Functional Play)
b) Main Konstruktif (Consructive Play)c) Main Simbolik (Symbolic Play)
d) Main dengan Peraturan (Games with Rules)
1) Main Berfungsi (Functional Play)• Kanak-kanak ini bermain
berupa gerak balas aktiviti otot untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan dan alam sekelilingnya
• Membuat pergerakan dan sebutan berulang-ulang.
• Mula berlaku pada usia 6 bulan.
2)Main Konstruktif (Consructive Play)• Kanak-kanak ini bermain
melibatkan membina pengetahuan, mencipta sesuatu objek atau bentuk mengikut daya kreativiti.
• Tidak menggunakan alat dalam keadaan aslinya tetapi membina sesuatu yang lain.
• Contoh: mainan blok, tanah liat
3)Main Simbolik (Symbolic Play)• Kanak-kanak ini menggunakan objek mainan untuk menggantikan imaginasi sesuatu.
• Kanak-kanak main peranan : menjadi orang dewasa
• Melibatkan pemikiran aras tinggi : kanak-kanak berimaginasi, belajar tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dsb.
• Meningkatkan penggunaan bahasa, membantu kanak-kanak mencapaian pemahaman baru , perkembangan diri dan pembelajaran yang bermakna.
4) Main dgn Peraturan (Games with Rules)Melibatkan pertandingan , pemain dikehendaki mematuhi suatu set peraturan..Kanak-kanak ini bermain melibatkan penerimaan pandangan, penggunaan atau mengubahsuai peraturan dalam permainan.
Ciri-Ciri Maina) Penglibatan aktifb) Motivasi Intrinsikc) Bebas untuk Memilihd) Menyeronokkane) Proses Penyesuaianf) Penerokaang) Simulasih) Tidak Bermatlamat
TERIMA KASIH