kumpulan 17 oren- pengurusan murid (kesediaan belajar)

21
KUMPULAN OREN ROSHAMIRA BT MUDA D20131064575 AISYAH BINTI HEDRA @ HIDRAH D20131063949 NOOR EZIATI BINTI MOHD NORDIN D20131063941 AZUIN SOFIA BINTI ABU BAKAR D20131063943

Upload: miera84

Post on 22-Jan-2018

662 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

KUMPULAN OREN

ROSHAMIRA BT MUDA D20131064575

AISYAH BINTI HEDRA @ HIDRAH D20131063949

NOOR EZIATI BINTI MOHD NORDIN D20131063941

AZUIN SOFIA BINTI ABU BAKAR D20131063943

PENGURUSAN MURID:

KESEDIAAN BELAJAR

• 1. APAKAH MAKSUD KESEDIAAN BELAJAR ?

• 2. APAKAH MAKSUD PENGAJARAN?

• 3. NYATAKAN JENIS-JENIS KESEDIAAN

• 4. JELASKAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

• 5. BAGAIMANA JENIS KESEDIAAN AFEKTIF MMPENGARUHI

SESEORG DALAM PROSES P&P?

• 6. APAKAH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR.

• 7. SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN JENIS KESEDIAAN

PSIKOMOTOR KPD PELAJAR (MULTIPLE INTELLIGENT).

• 8. HURAIKAN IMPLIKASI/ KESAN KESEDIAAN BELAJAR TERHADAP

P&P.

• 9. NYATAKAN PERANAN GURU DALAM MEWUJUDKAN KESEDIAAN

BELAJAR

• 10. APAKAH LANGKAH MEMBANTU KESEDIAAN BELAJAR PELAJAR.

RUMUSAN

MAKSUD KESEDIAAN BELAJAR

• KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

• Kesediaan : Perihal sedia, kesanggupan atau kerelaan

• Belajar : berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan atau

menuntut ilmu pengetahuan

• KESEDIAAN BELAJAR dpt didefinisikan sbg keadaan status diri

individu yang sudi menerima maklumat atau ilmu pengetahuan dari

persekitaran dengan berfikiran terbuka.

• KESEDIAAN BELAJAR juga bermaksud keadaan dalaman individu

yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan

tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.

• TIGA AHLI PSIKOLOGI menyatakan pendapat mereka mengenai

kesediaan belajar mengikut teori pembelajaran tertentu

• JEROME SEYMORE BRUNER (1966) : kesediaan belajar adalah

merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara

berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat

perkembangan

• JEAN WILLIAM FRITZ PIAGET (1896-1980) : mengaitkan

kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut

perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu :

PERKEMBANGAN KOGNITIF

KANAK-KANAK

UMUR

i) Peringkat deria motor 0 – 2 tahun

i) Peringkat pra operasi 2 – 6 tahun

i) Peringkat operasi konkrit 7 – 12 tahun

i) Peringkat operasi formal Selepas 12 tahun

EDWARD LEE THORNDIKE (1874-1949) : telah

mengemukakan Hukum Kesediaan (1913) yang dirumuskan secara ringkas seperti berikut :

TAHAP KESEDIAAN EMOSI

i) Individu bersedia untuk melakukan

sesuatu tindakan dan dapat membuatnya.

Berasa puas

i) Individu bersedia untuk melakukan

sesuatu tindakan dan tidak dapat

membuatnya.

Dukacita

i) Individu belum bersedia dan dipaksa untuk

membuatnya.

Dukacita

MAKSUD PENGAJARAN

Ee Ah Meng (1989) :

Pengajaran sebagai satu sains iaitu sistem

aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-

murid dengan tujuan untuk membawa

perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

Jenis pengajaran :

• Tradisional

• Pengajaran terkini

• CIRI-CIRI BERLAKUNYA PROSES

PENGAJARAN

a. Ada guru dan murid

b. Guru sebagai pengajar

c. Murid sebagai pembelajar

d. Berlaku proses pembelajaran

e. Melibatkan proses pemikiran dan

penggunaan bahasa atau simbol

f. Proses yang melibatkan interaksi dua hala

JENIS-JENIS KESEDIAAN

Kesediaan afektif

• Pelajar yang mengalami kesediaan afektif ini akan menunjukkan perbezaan tingkah laku sepanjang tempoh persekolahan

• Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mengajar isi kandungan pelajaran berdasarkan perasan afektif.

Kesediaan kognitif

• Kesediaan mental pelajar bagi aktiviti yang berkaitan dengan berfikir, menaakul, menganalisis, dan menilai.

• Menurut teori piaget yang dianggap bahawa lebih menyeluruh walaupun ada yang masih menyoal dan tidak menyetujuinya.

• Seseorang pelajar memang akan mendapatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada hasil interaksi yang tinggi, melihat kekuatan dalam dirinya dan suasana kehidupan untuk memastikan unsur-unsur kognitif terus berkembang.

Kesediaan psikomotor

• Kesediaan psikomotor yang bertindak sebagai tindakan fizikal pelajar itu sendiri.

• Kesediaan psikomotor dan fizikal kasar serta halus pelajar ini bagi menjalani latihan yang menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama

• Pergerakan ini melibatkan otot, tulang dan pengawalan serta penyelarasan pergerakan badan.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

konstruktivisme ini merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu(dan sosial) membina makna contoh seperti dia belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran.

Konstruktivisme juga berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu.

Murid-murid akan membina makna bagi setiap fenomena di sekelilingnya melalui refleksi. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar memahami dunia sekeliling seperti dalam rumah, sekolah dan komuniti hidup seharian.

Dengan itu, pembelajaran mereka dipengaruhi oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru-guru dan kualiti pengalaman yang ada pada murid-murid.

BAGAIMANA JENIS KESEDIAAN AFEKTIF MEMPENGARUHI SESEORANG DALAM PROSES P&P.

• KESEDIAAN AFEKTIF merujuk kepada perlakuan iaitusikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakansesuatu aktiviti pembelajaran.

• Mengikut hukum Thorndike (1913) iaitu apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberikan kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, maka akan timbullahperasaan dukacita dan jika dia terpaksa melakukannya, maka pembelajaran yang terhasil akan menjadi tidaksempurna.

• Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik. MOTIVASI INTRINSIK dapat didefinisikan sebagai ransangan dalaman yang wujud apabila seseorang pelajar merasakan keperluan asas dan keinginannya dipenuhi

FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR.

• 1.Baka

Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan

persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dari

segi kebolehan, minat dan kawalan emosi.

• 2. Kematangan

Kematangan fizikal

• Setiap manusia yang normal akan menjalani corak

pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam lima

peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, dan tua.

• Hubungan antara kematangan fizikal dalam menentukan

kesediaan belajar untuk melaksanakan aktiviti

pembelajaran adalah sangat penting bagi mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran guru.

Kematangan emosi

• Darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan dan kepuasandengan gangguan dalaman terhadap pelajaran.

Kematangan intelek

• Perkembangan yang berlaku pada otot apabila umurseseorang telah meningkat. Oleh itu, kesediaan untuk menerima pelajaran yang luas abstrak boleh diterima kerana otot telah bersedia untuk menerimanya.

3. Pengalaman kanak-kanak

Sangat bergantung kepada latar belakang keluarga, kebudayaan masyarakat dan alam sekelilingnya.

Mengikut kajian Rosen (1958), keluarga yang berasaldaripada kelas menengah ialah keluarga yang banyakmemberikan sumbangan dalam kasediaan belajar anak-anak mereka.

SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN JENIS KESEDIAAN BELAJAR (MULTIPLE INTELLIGENCES)

Konsep Multiple Intelligences

Gardner mengungkapkan bahawa kecerdasan bukanlah sesuatu yang

bersifat tetap, dan bukanlah unit kepemilikan tunggal. Kecerdasan

merupakan serangkaian kemampuan dan keterampilan yang dapat

dikembangkan. Kecerdasan ada pada setiap manusia tetapi dengan tingkat

yang berbeza-beza.

Terdapat 10 kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu :

1. Linguistik

2. Matematis Logis

3. Spasial

4. Kinestetis

5. Musikal

6. Interpersonal

7. Intrapersonal

8. Naturalis

9. Spiritual

10. Eksistensial

IMPLIKASI@KESAN KESEDIAAN BELAJAR TERHADAP P&P.

• Implikasi dari segi bahasa bermaksud kesan, akibat, hasil,ekoran dan pengaruh.

• Kesediaan belajar bermaksud keadaan status diri individuyang sudi menerima maklumat dari persekitaran denganfikiran terbuka.

• Kesediaan belajar memberikan beberapa implikasiterhadap proses pengajaran guru dan pembelajaranpelajar.

1. Guru dapat menyelesaikan masalah perbezaan yang timbul di kalangan pelajarnya dengan baik.

2. Guru dapat mengambil langkah yang sewajarnyadengan memberi fokus terhadap beberapa perkarapenting :

a. Merancang isi kandungan pembelajaran

b. Pemeringkatan isi pelajaran yang ingin diajar

c. Mempelbagaikan alat bantuan mengajar

PERANAN GURU DALAM MEWUJUDKAN KESEDIAAN BELAJAR

• Guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kesediaan belajar dalam diri pelajar.

• Guru juga perlu menyediakan rancangan pengajaran harian yang berkesan untuk mewujudkan kesediaan belajar pelajar

• Menarik perhatian pelajar dengan penggunaan teknologi yang canggih.

• Mengikut pembelajaran gagne, mesti ada pembelajaran prasyarat sebelum pembelajaran yang seterusnya iaitu membuat pemeringkatan isi kandungan pelajaran.

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU KESEDIAAN BELAJAR PELAJAR.

• Guru haruslah memilih isi kandungan

yang sesuai bagi kelas yang berlainan.

• Kaedah belajar dalam bermain ini dapat

diguna pakai dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

• Memenuhi keperluan-keperluan pelajar

KESIMPULAN

• Kesediaan belajar amat penting bagi seseorang pelajar agar mereka dapat bersedia dengan sebaiknya sebelum meneruskan proses menimba ilmu.

• Dapat memastikan pelajar tersebut boleh menerima setiap isi pembelajaran ketika berada di dalam kelas, dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan memproses ilmu yang diterima dengan sebaiknya.

• Kesediaan belajar juga dapat membantu seseorang guru untuk lebih memahami pelajarnya dengan baik dan menyediakan bahan yang sepatutnya, mengajar dengan menggunakan teknik yang betul agar ia sesuai dengan tahap yang boleh diterima oleh pelajar.

• Guru dapat mencapai objektif pembelajaran dan pengajarannya ketika di dalam kelas.

Video

SEKIAN. TERIMA KASIH.