kkbi pj sem3

Upload: wei-kai

Post on 17-Jul-2015

3.729 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KERJA KURSUS PENDEK (KKP) ANATOMI DAN FISIOLOGI ANALISIS PERGERAKAN SERVIS TINGGI DALAM BADMINTONNAMA: NURUL ASHIKIN BT MOHAMAD RASHDI NO. KAD PENGENALAN: 860710- 29- 5828 OPSYEN: 3PPPRPET SN2 TAHUN: 2008 KURSUS: ANATOMI DAN FISIOLOGI KOD KURSUS: PJM3106 KOMPONEN: ANALISIS PERGERAKAN NAMA PENSYARAH: EN. ALYES BIN ARIF JABATAN: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

1.0 PENGENALAN

Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang iaitu tentang tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ individu. Fisiologi pula adalah satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ dalam tubuh badan.

Terdapat lebih kurang 206 tulang dalam tubuh orang dewasa dan jumlah berat sistem rangka seorang dewasa merupakan 14 % daripada jumlah berat badannya. Antara fungsi- fungsi tulang ialah untuk pergerakan di mana otot- otot melekat pada tulang dan tulang akan bertindak sebagai tuil untuk menghasilkan pergerakan. Tulang juga bertindak sebagai tempat menyimpan kalsium dan mineral lain. Sumsum merah pada beberapa tulang berupaya menghasilkan sel darah merah, beberapa sel darah putih dan platelet.

Selain itu, fungsi tulang ialah sebagai penyokong tisu- tisu lembut dan memberikan pelekatan kepada banyak otot dan ligament. Banyak organ dalaman dilindungi daripada kecederaaan oleh tulang. Contohnya, otak dilindungi oleh tulang kranium. Sendi adalah tempat pertemuan dua atau lebih tulang dan berfungsi untuk mengerakkan anggota badan.

Walaupun tulang dan sendi membentuk rangka tubuh, namun tulang dan sendi tidak boleh menggerakkan tubuh dengan sendirinya. Gerakan ini dilakukan dengan penguncupan dan pengenduran sel khusus yang disebut otot. Otot berfungsi untuk menghasilkan pergerakan seperti berjalan, berlari dan beberapa gerakan otot yang tidak dapat dilihat seperti denyutan jantun dan gerakan gaster serta usus semasa

proses pencernaaan makanan. Selain itu, fungi otot ialah mengekalkan posisi badan dan postur, menyokong tisu lembut dan mengekalkan suhu badan.

Permainan atau olahraga yang dipilih bagi Kerja Kursus Anatomi dan Fisiologi ini ialah badminton. Namun, kajian lebih terperinci tentang kemahiran asas dalam badminton iaitu servis tinggi. Di sini, kami dikehendaki menkaji otot, tulang dan sendi yang terlibat bagi menghasilkan pergerakan dalam servis tinggi. Servis tinggi biasanya diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan melakukan servis tinggi pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk membalas servis itu. Ini menyebabkan bahagian depan gelangangnya terdedah. Servis tinggi ke belakang juga boleh menyukarkan pihak lawan membuat smesy. Dalam teknik ini, pemain memegang raket cara pepat (forehand). Bulu tangkis dihantar setinggi yang boleh supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam permainan beregu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.

2.0 OBJEKTIF

Mengenalpasti otot- otot yang terlibat dalam servis tinggi badminton seperti trapezius, deltoid, pektoralis major, bisep, trisep, flexor carpi radialis dan latisimus dorsi.

Mengenalpasti tulang- tulang yang terlibat seperti scapula, radius, ulna, humerus dan tulang karpus.

Mengenalpasti sendi- sendi yang terlibat iaitu sendi lesung dan sendi engsel. Melabel dan melukis otot, sendi dan tulang yang terlibat dalam permainan badminton difokuskan kemahiran asas iaitu servis tinggi

Mengenalpasti mekanisme pergerakan yang melibatkan 3 fasa iaitu fasa sebelum servis, semasa servis dan selepas servis.

3.0 Lukis gambarajah dan melabel dengan lengkap bahagian sendi, otot dan tulang yang terlibat dalam pergerakan yang dipilih.

SENDI YANG TERLIBAT Sendi Lesung

Sendi Engsel

TULANG YANG TERLIBAT

OTOT- OTOT YANG

TERLIBAT

Trapezius

Latisimus Dorsi

Menganalisis mekanisme pergerakan 3.1 Fungsi spesifik otot, tulang dan sendi Otot yang terlibat dalam badminton

Otot yang digunakan dalam kemahiran asas Servis Tinggi Trapezius Trisep Deltoid Latissimus dorsi

Bisep Pektoralis major

Flexor carpi radialis

Tulang dan sendi yang terlibat

Sendi yang terlibat Sendi lesung Sendi engsel

Tulang yang terlibat Humerus Skapula Radius

Ulna Tulang karpus 3.2 Analisis mekanisme pergerakan

Satah Pergerakan Kemahiran asas dalam badminton yang melibatkan pukulan servis tinggi terbahagi kepada 2 fasa iaitu sebelum servis, semasa servis dan selepas servis. Kebanyakan aksi pergerakan adalah berlaku pada satah sagital.

Satah Sagital membahagikan badan kepada 2 bahagian iaitu sebelah kiri dan kanan. Pergerakan tangan dalam satah ini ialah fleksi (flexion) dan ekstensi (extension).

Otot, sendi dan tulang yang terlibat

Terdapat pelbagai jenis otot yang digunakan dalam permainan badminton yang kebanyakannya melibatkan bahagian bawah dan bahagian atas anggota badan. Walaubagaimanapun, otot yang paling penting dalam permainan ini ialah trisep, bisep, deltoid dan trapezius. Otot- otot lain seperti pektoralis major dan latisimus dorsi adalah otot yang membantu menggerakkan tangan untuk melakukan servis tinggi dalam permainan badminton.

Dalam fasa persediaan iaitu sebelum melakukan servis, pemain berada dalam keadaan bersedia dan raket dihayunkan ke belakang. Otot- otot seperti trapezius, latisimus dorsi dan pektoralis major akan mengendur atau ekstensi bagi membolehkan lengan dihalakan ke arah belakang. Otot deltoid pula akan merenggang atau abduksi untuk mengangkat lengan ke arah luar dari sisi badan. Selain itu, otot bisep menguncup manakala otot trisep mengendur supaya lengan boleh dibengkokkan. Sendi yang terlibat dalam fasa ini ialah sendi lesung dan sendi engsel. Semasa memegang raket badminton, otot yang terlibat ialah flexor carpi radialis bagi membolehkan tangan menggengam raket tersebut. Dalam situasi ini berat badan dipindahkan ke kaki belakang.

Dalam fasa servis (semasa melakukan servis) pula, raket dihayunkan ke bawah dan kehadapan. Bulu tangkis dilepaskan serentak dengan hayunan raket ke hadapan. Otot- otot seperti trapezius, latisimus dorsi dan pektoralis major menguncup (fleksi) bagi membolehkan lengan dihalakan ke arah hadapan untuk tujuan memukul bulu tangkis. Otot deltoid pula akan merapat atau aduksi supaya lengan dapat diturunkan ke sisi badan. Selain itu, otot bisep akan mengendur manakala otot trisep akan menguncup bertujuan meluruskan lengan semasa memukul bulu tangkis. Fasa ini berbeza daripada fasa persediaan kerana dalam fasa ini, lengan adalah dalam keadaan lurus dan ini bermakna pergerakan ini tidak melibatkan sendi engsel. Pergerakan dalam fasa ini hanya melibatkan sendi bahu atau sendi lesung sahaja. Ini bagi membolehkan tangan dibengkokan ke arah tapak tangan, belakang tangan dan kedua- dua sisi tangan. Sendi ini amat penting dalam permainan badminton terutamanya untuk memukul bulu tangkis. Berat badan dipindahkan ke kaki depan sambil mengilaskan badan untuk menghadap jaring.

Dalam fasa terakhir iaitu selepas servis, pemain perlu ikut lajak bagi memastikan bulu tangkis tepat ke sasaran. Raket terus dihayun ke atas mengikut arah pergerakan bulu tangkis. Raket bergerak tinggi dan melepasi aras bahu. Otot bisep akan mengendur manakala otot trisep menguncup supaya lengan boleh dibengkokkan. Sendi yang terlibat dalam fasa ini ialah sendi lesung dan sendi engsel.

terangkan bagaimana pergerakan yang dipilih itu dihasilkan (Origin dan Insertion)

TRAPEZIUS Origin: Occipital bone and spines of cervical and thoracic Insertion: Clavicle, spines and anterior process of scapula. Aksi pergerakan: Menguncup apabila tangan

dihayunkan ke hadapan dan belakang dan amat penting apabila memukul bulu tangkis dalam permainan badminton.

TRISEP Origin: tubercle below glenoid cavity, and lateral and media surfaces of humerus. Insertion: Olecranon process of ulna Aksi pergerakan: Extensi- meluruskan lengan.

DELTOID Origin: Acromion process and spine of scapula and the clavicle Insertion: Deltoid tuberosity of humerus Aksi pergerakan: Aduksi (merapat) iaitu menurunkan lengan ke sisi badan

dan abduksi (merenggang) iaitu mengangkat lengan ke arah luar dari badan

LATISIMUS DORSI Origin: Spines of sacral, lumbar, and lower thoracic vertebrae, illiac crest and lower ribs. Insertion: Intertubercular groove of humerus Aksi pergerakan: extensi- menarik bahu ke belakang.

BISEP Origin: coracoid process and tubercle above glenoid cavity of scapula Insertion: Radial tuberosity of the radius Aksi pergerakan: Flexi- Membawa lengan ke hadapan dada.

PEKTORALIS MAJOR Origin: Clavicle, sternum, costal cartilages of upper ribs Insertion: Intertubular groove of humerus Aksi pergerakan: Fleksi- membawa lengan ke hadapan dada

6.0 REFLEKSI Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, banyak masalah yang dihadapi. Antaranya ialah penggunaan bahasa. Pada mulanya saya telah menggunakan Bahasa Inggeris untuk menyiapkan tugasan ini. Ini berikutan kebanyakan maklumat yang diperolehi ialah dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun memandangkan bahasa pengantar untuk subjek ini ialah dalam Bahasa Melayu, jadi saya terpaksa menterjemahkan semula apa yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Ini agak sukar kerana saya bimbang maksudnya akan berlainan daripad maksud asal. Oleh itu, saya berusaha mencari semula maklumat- maklumat yang dikehendaki dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tugasan ini juga adalah sesuatu yang baru bagi saya. Dalam tugasan ini kami dikehendaki mengenalpasti tulang, otot dan sendi yang terlibat dalam pergerakan yang dipilih. Pada mulanya saya tidak faham bagaimana untuk menyelesaikan tugasan ini kerana amat sukar bagi saya untuk mengenalpasti bahagian- bahagian tersebut. Walaubagaimanapun, setelah mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah, saya berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki. Tugasan ini sebenarnya banyak membantu saya dalam memahami tajuk anatomi dan fisiologi. Saya lebih memahami fungsi otot, tulang dan sendi dan peranannya dalam menghasilkan pergerakan. Saya juga menyedari bahawa setiap otot, tulang dan sendi bekerjasama antara satu sama lain bagi menghasilkan sesuatu pergerakan. Sekiranya salah satu tidak berfungsi maka pergerakan akan menjadi tidak sempurna.

Melalui tugasan ini juga saya lebih menghargai tubuh badan saya. Setiap anggota tubuh badan adalah tidak ternilai harganya begitu juga dengan otot- otot, tulang- tulang dan sendi- sendi yang memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menghasilkan pergerakan bahkan untuk melindungi organ dalaman, menyokong dan yang paling penting membolehkan kita melakukan aktiviti- aktiviti yang kita gemari tanpa sebarang masalah.

RUJUKAN BUKU: Masood bin Abdul Rashid. 2003. Anatomi dan Fisiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Aziz Mohammed.1993. Badminton. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn Bhd Abdul Hamid bin Abd Rashid. 2000. Anatomi Umum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Wan Patanah bin Wan Yussof. 2003.Badan Manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Gan Wan Yeat. 2003.Sukses Biologi SPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd Gerard J. Tortora.1995. Principle of Human Body (7th edition). New York : Harper Collins College Publishers

INTERNET: Human Anatomy Online. Muscular System (Front View). Dilayari pada tarikh 2 Januari 2008, daripada http://www.innerbody.com/image/musfov.html BrianMac Sports Coach. (02.02.08). Movement Analysis. Dilayari pada tarikh 16 Februari 2008, daripada http://www.brianmac.co.uk/musrom.htm Family Shockwave. (21.12.01). The Joints. Dilayari pada tarikh 16 Februari 2008, daripada http://www.shockfamily.net

Oasis Technology. (2006). Saggital Plane. Dilayari pada tarikh 16 Februari 2008, daripada http://www.asicsamerica.com/asicstech/saggital_plane.htm Muscles in Badminton. Dilayari pada tarikh 21 Februari 2008, daripada http://www.highwire.org.uk/showcase/sc_05_06/hf_pe1/badminton/ba_delt2.html Web Shops. The Human Skeletal System. Dilayari pada tarikh 21 Februari 2008, daripada http://www.anatomy-resources.com/human-anatomy/sh210.htm 4 Functions of Bones. Dilayari pada tarikh 21 Februari 2008, daripada http://sciencefun4all.net/Life_Sci/06Skel_MuscSys/JournalTopics/FunctionBones.html#t op