pendidikan moral sem 3 (autosaved)

22
PENGENALAN Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak sekolah wajib mengajar Pendidikan Moral kepada semua moral yang bukan islam. Pendidikan Moral memberi tumpuan kepumukan nilai dan membina kekuatan kerohanian dan moral melalui penhayatan dan amalan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama serta budaya masyarakat Malaysia. Pendidikan Moral KSSR pada masa kini memfokuskan kepada 3 domain insan bermoral. Menurut Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, (2006), untuk memperkukuhkan modal insan dan membawa perubahan budaya dan sikap pastinya merupakan satu cabaran utama dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘insan bermoral’ ? Menurut John Wilson (1973), komponen yang perlu ada dalam diri seorang insan bermoral dikategorikan sebagai konsep iaitu peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Selain itu, seorang insan bermoral juga perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya, tahu berinteraksi dengan orang sekelilingnya dan bertindak mengikut

Upload: thivya-raja

Post on 10-Dec-2015

251 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

PENGENALAN

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah dan

sekolah menengah. Pihak sekolah wajib mengajar Pendidikan Moral kepada semua

moral yang bukan islam. Pendidikan Moral memberi tumpuan kepumukan nilai dan

membina kekuatan kerohanian dan moral melalui penhayatan dan amalan nilai-nilai

murni yang terdapat dalam agama serta budaya masyarakat Malaysia.

Pendidikan Moral KSSR pada masa kini memfokuskan kepada 3 domain insan

bermoral. Menurut Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, (2006), untuk

memperkukuhkan modal insan dan membawa perubahan budaya dan sikap

pastinya merupakan satu cabaran utama dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘insan bermoral’ ? Menurut John Wilson (1973),

komponen yang perlu ada dalam diri seorang insan bermoral dikategorikan sebagai

konsep iaitu peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu digunakan dalam tindakan

dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu

konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Selain itu, seorang insan bermoral juga

perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya, tahu berinteraksi

dengan orang sekelilingnya dan bertindak mengikut pertimbangan yang telah

difikirkan atau keputusan yang telah dibuat. Lickona (1991) pula menyatakan untuk

menjadi seorang yang bermoral, seseorang itu perlu mengetahui kebaikan,

menginginkan kebaikan dan melakukan kebaikan. Manakala Walker et.al.

menggambarkan konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan

dimensi moral. Seorang insan yang berakhlak mulia yang seharusnya mengamalkan

ketiga-tiga dimensi moral. Secara amnya, kita boleh membahagikan moral kepada

tiga dimensi, iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

Page 2: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

Dimensi moral

Penaakulan moral Perasaan moral Perlakuan moral

Rajah 1 : Dimensi Moral

Kebelakangan ini, sering dihebohkan di media massa seperti akhbar,

televisyen, internet dan sebagainya mengenai keruntuhan akhlak golongan remaja di

Malaysia, masalah moral pelajar-pelajar di sekolah menengah, vandalisme, masalah

Pemikiran dan pertimbangan

Emosi dan Perasaan

Tingkah laku dan Tindakan

Rasional

Bebas

Normatif

Tepat

Tajam

Kreatif

Inovatif

Kritis

Empati

Simpati

Murah hati

Kasih sayang

Belas kasihan

Sentiment

Berjiwa

Bertanggungjawab

Berdedikasi

Berprihatin

Bekerjasama

Page 3: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

remaja-remaja yang sering berpeleseran di jalan raya. Tidak lupa pula pada kes

pembuangan bayi yang semakin meningkat peratusannya.

Rajah 2 : Menunjukkan contoh – contoh isu moral

Pembuangan bayi

Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini, gejala pembuangan bayi amat

berleluasa di negara kita, Malaysia. Namun, gejala tersebut bukan lagi isu yang

CONTOH - CONTOH ISU MORAL

Membuli

Ponteng sekolah

Penagihan dadah

Gangterisme

Pembuangan bayi

Lumba haram

Page 4: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

hangat lagi kerana telah menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini. Hampir setiap

hari media massa memaparkan berita yang berkaitan dengan gejala pembuangan

bayi, tidak ketinggalan juga di corong-corong radio tempatan yang juga sering

menyampaikan masalah-masalah tersebut. Namun, golongan yang tidak

bertanggungjawab tersebut masih tidak mempunyai kesedaran serta perasaan malu

apabila berita-berita sedemikian disebarkan sehingga setiap lapisan masyarakat

menyaksikan perbuatan kejam yang telah mereka lakukan ke atas golongan yang

tidak berdosa ini. Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan oleh Polis Diraja

Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu.

Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak

67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada

2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada

semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi

dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia. Walaupun mereka telah ditangkap dan

dipenjarakan sehingga terdapat kes yang membawa mereka untuk dijatuhkan

hukuman sampai mati. Hal ini jelas menunjukkan hanya manusia yang tidak

mempunyai nilai moral yang boleh bertindak kejam seperti binatang yang tidak

mempunyai akal fikiran seperti manusia.Bak kata pepatah ‘’janganlah sudah

terhantuk baru tergadah’’.

Gejala gangsterisme

Sejak kebelakangan ini, gejala gangsterisme semakin menjadi-jadi di negara

kita. Perkara ini tidak akan ada penamatnya jika tidak dipandang berat oleh semua

pihak. Gejala ini dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya peningkatan

mengenai kes ini dalam dada-dada akhbar dan perkara sebegini telah

Page 5: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

membimbangkan masyarakat kita. Tegasnya, pelbagai langkah yang proaktif dan

konkrit sewajarnya diambil bagi menangani masalah ini.

Gejala ponteng sekolah

Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan

mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar.Perbuatan ponteng

sekolah merupakan salah laku yang serius oleh pelajar. Terdapat pelbagai faktor

yang menarik mereka untuk terjerumus dalam gejala ini. Gejala ini mendapat

perhatian pihak media, masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, dan sebagainya.

Malah, pihak polis turut turun padang bagi membantu pihak sekolah untuk

mengesan pelajar yang ponteng sekolah.

Kes membuli

Menurut Kamus Dewan edisi- 4, buli didefinisikan sebagai perbuatan

mendera, mempermainkan seseorang. Secara umumnya, buli turut di definisikan

sebagi perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang

lemah. erbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan

memdatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Pembulian

menjadi semakin sinonim di kalangan masyarakat tempatan. Terutamanya di

kalangan kanak-kanak. Kes pembulian ini berlaku ditadika , sekolah dan juga di

rumah. Tanpa mengira masa, statistik kes pembulian yang dilaporkan kini mencecah

1000 kes setiap hari. Jumlah itu tidak termasuk jumlah kes yang tidak dilaporkan.

Page 6: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

Penagihan dadah

Kes penagihan dadah merupakan kesalahan yang diletakkan di bawah Akta

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Masalah ini semakin serius sejak

tahun 1970an sehingga mendorong kerajaan Malaysia mengisytiharkan dadah

sebagai musuh nombor satu negara pada tahun 1983. Agensi Antidadah

Kebangsaan (AADK) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan menangani

permasalahan yang berkaitan dengan dadah. Peranan utama AADK ialah untuk

menentukan segala usaha negara menangani ancaman dadah berjalan secara

terancang, terarah dan selaras dengan matlamat akhirnya untuk mewujudkan satu

masyarakat dan negara yang bebas daripada permasalahan dadah.

Faktor – faktor yang mendorong masalah – masalah akhlak ini berlaku adalah

kekurangan penaakulan moral dalam diri invidu, kestabilan emosi dan tingkah laku

moral yang kurang sihat.

PENAAKULAN MORAL

Penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan

kepada prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan (Abdul

Rahman Aroff & Chang Lee Hoon, 1994). Berkowitz (1964) menyatakan bahawa

ia merujuk kepada kelakuan yang melibatkan pertimbangan atau penaakulan yang

mematuhi norma sosial yang ditetapkan sebagai tingkah laku yang betul.

Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan

tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema moral (Rest 1976). Selain

itu penaakulan moral turut didefinisikan sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang

dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral (Gibbs,

Page 7: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

Basinger dan Fuller, 1992). Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral

menjadi asas bagaimana seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai

murni di dalam kehidupan sehariannya. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai

murni yang diperoleh dalam pendidikan moral, sama ada secara formal atau tidak,

akan dapat mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi. Kekurangan

penghayatan dan amalan nilai murni seperti rasional, normatif, kreatif, inovatif telah

menjadi punca untuk berlakunya masalah berakhlak dalam kalangan remaja pada

masa kini. Kekurangkan nilai-nilai murni dalam diri individu mendorong mereka untuk

terlibat dalam masalah moral seperti penagihan dadah, membuli, ponteng sekolah,

gangsterisme dan sebagainya. Dengan perkataan lain, kekurangan penaakulan

moral bagi seseorang individu akan menyebabkan seseorang individu itu tidak dapat

membuat pertimbangan dan keputusan moral yang matang dan bebas dalam situasi

moral.

EMOSI MORAL

Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati,

simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati. Perasaan yang

bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral. Perasaan ini akan

membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah

penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat

sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan simpati akan

menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa

mengira kepentingan diri sendiri. Namun begitu insan bermoral tidak harus terlalu

mengikut emosi kerana ia akan menjurus kepada perlakuan yang tidak rasional

manakala individu yang terlalu kurang perasaan moralnya pula dilihat kurang insani

Page 8: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

atau bersifat impersonal. Keupayaan dan kesanggupan mengalami emosi moral

adalah prasyarat untuk melahirkan individu bermoral. Sebab itulah, menurut

Kupperman (1983) individu yang melakukan perbuatan tidak bermoral, tidak

semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding orang biasa. Namun begitu,

selalunya individu yang tidak bermoral memang kurang perasaan moralnya, iaitu

tidak peka terhadap pengalaman dan penderitaan mangsanya. Begitu juga menurut

Ewing (1990), kelemahan moral dalam kalangan remaja yang yang melakukan

jenayah bukan disebabkan mereka tidak mengetahui bahawa perkara itu adalah

salah tetapi berpunca daripada tiadanya perasaan terhadap kebajikan orang lain.

Emosi moral dianggap sebagai ‘pembekal tenaga’ (power supply) kepada setiap

pelakuan (Samay, 1986). Emosi moral ini penting untuk mengawal perlakuan dan

menghalang individu daripada melakukan sesuatu yang bersifat anti sosial.

Contohnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu

sentiasa membantu orang miskin tanpa mengira kepentingan diri sendiri. Oleh itu,

insan yang bermoral ialah individu yang boleh menyeimbangkan antara penaakulan

dan perasaan di samping perasaan moralnya. Perasaan kadangkala lebih

berpengaruh daripada fikiran. Bagi orang yang menpunyai keupayaan kawalan

emosi yang agar rendah, emosi mereka mudah dipengaruhi oleh kawan dan

sekelilingnya. Ketika berasa marah, mereka akan melakukan sesuatu seperti

mencontengkan perkataan-perkataan kasar di dinding, atau menulis sesuatu

mengutuk orang mereka benci untuk membantu meredakan kemarahkan. Selain

itu ,tekanan juga adalah salah satu faktor yang mendorong masalah akhlak berlaku.

Antaranya ialah tekanan daripada pelajaran atau tekanan dari perkerjaan. Ini

bermakna jika seseorang tidak ada cara lain untuk melepasi tekanan yang dialami,

mereka sanggup melakukan sesuatu seperti conteng atau menrosakan benda-

Page 9: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

benda awam agar mendapat kesenangan sementara untuk melupakan tekanan-

tekanan yang dihadapi.

TINGKAH LAKU MORAL

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang

individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan

dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau

tidak,secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal

sebarang sikapyang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker

(2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,

secara sedar atau separa sedar. Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph

Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas,

tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar

(glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah

apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999),

menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri

sendiri dan keadaan. Tingkah laku yang kurang bermoral yang terdapat seseorang

individu mencetus kepada berlakunya masalah moral pada masa kini. Tingkah laku

kurang bermoral ini berpunca daripada tidak mempunyai teladan yang baik dari segi

moral dan akhlak. Kebanyakkan orang mempelajari sesuatu tingkah laku melalui

permerhatian seseorang, interaksi dan pergaulan dengan orang lain. Persekitaran

yang tidak terkawal juga mempengaruhi tingkah laku seseorang pada masa kini.

Sebagai contoh, ibu bapa yang membuat perbuatan yang kurang sihat di depan

anak-anak mereka, anak-anak tersebut akan meniru perbuatan tersebut. Selain itu,

kemunculan media massa turut mendorong masalah akhlak ini memuncak dengan

Page 10: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

drastik. Media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media

massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang

terutamanya golongan murid ke arah negatif secara diam. Cerita-cerita yang

berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-

cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang murid untuk meniru aksi-aksi

negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak murid semakin menjadi-jadi. Kelakuan

yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba

pula dalam hati pelajar. Sebagai contoh, ada murid yang dipengaruhi dan tertarik

dengan gaya Hero bergaduh dalam sesebuah filem cuba membuat dalam kelas di

hadapan rakan-rakannya.

CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan boleh diambil untuk mengurangkan masalah

akhlak dan juga untuk membentuk insan yang bermoral. Semasa mengajar

pendidikan moral di sekolah semua guru haruslah menekankan 3 aspek iaitu

penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Bagi menjayakan matlamat

ini, guru seharusnya berperanan mendidik dan mengasuh pelajar selari dengan

kehendak ini. Pelajar bukan sajaha perlu diajar berpandukan kepada sukatan

pelajaran Pendidikan Moral, malah perlu diperkukuhkan dengan penghayatan akhlak

pada tahap yang cemerlang. Seorang guru telah diamanahkan untuk mendidik murid

supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan

aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

Guru harus mendidik dan memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan

kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni

masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai

Page 11: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

kaum di negara ini. Ini dapat membina satu panduan hidup yang menjadi insan yang

bermoral. Guru adalah model yang terbaik untuk dicontohi oleh pelajar. Guru

sentiasa menjadi tontonan pelajar dan bakal diikuti segala tunjuk ajarnya. Ini

kerana guru merupakan sumber kepada murid dalam semua perkara untuk

mendapatkan ilmu dan semangat, juga sumber untuk dicontohi dalam pembinaan

akhlak yang baik. Guru bukanlah sebagai robot atau alat untuk menyampaikan ilmu

tetapi berperanan lebih luas dari itu. Antaranya untuk menanam nilai-nilai insani

melalui keilmuan dan pendidikan bagi menghidupakan potensi-potensi dalaman dan

luaran dalam diri murid supaya dapar berkembang dan berfungsi dengan sebaik-

baiknya. Selain itu, guru juga harus mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Semua guru harus melaksanakan

kaedah atau teknik mengajar yang baharu, efektif dan yang dapat merangsang

minat murid. Guru juga memastikan perkara yang diajar bermakna kepada setiap

murid serta mereka dapat memahami kepentingan topik tersebut dalam kehidupan

mereka. Guru juga melaksanakan pelbagai aktiviti di dalam kelas supaya murid-

murid tidak berasa bosan. Guru juga menerapkan nilai-nilai murni semasa proses

p&p. Para guru juga meningkatkan kadar komunikasi mereka dengan murid.

Kemahiran berkomunikasi berkesan memberi peluang kepada guru bersikap mesra

dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat merasakan

dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Hal ini akan dapat melahirkan pelajar yang

cemerlang dan berakhlak tinggi. Untuk membendung masalah akhlak ini, guru juga

boleh menggunakan teknik token ekonomi dalam kelas. Token Ekonomi adalah

program modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkan tinglah laku

yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini melalui penggunaan

Token (tanda-tanda). Setiap murid akan menerima token setelah menunjukkan

Page 12: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik sekiranya individu

menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Token yang dikumpulkan kemudian

ditukar dengan peneguh (back up reinforce) seperti hadiah atau penghargaan.

Contohnya, guru memberi bintang kepada murid-murid yang berakhlak tinggi di

dalam kelas. Setelah murid berjaya mengumpulkan 15 bintang, dia boleh

menukarkan hadiah seperti kotak pensil daripada gurunya. Sistem ini mendorong

murid untuk berdisiplin dan berakhlak tinggi pada masa akan datang. Seterusnya,

pihak sekolah juga harus melaksanakan bimbingan dan kaunseling pada setiap

minggu. Guru disiplin sesebuah sekolah hendaklah memberikan bimbingan dan

kaunseling kepada semua murid di sekolah. Bimbingan dan kaunseling ini juga

dijalankan secara khas kepada murid-muridnya yang dikenal pasti akan atau telah

mendatangkan masalah di dalam atau luar bilik darjah. Para pendidik juga harus

mempunyai kemahiran kaunseling. Guru patut bijak menggunakan kemahiran

komunikasi yang dimiliki oleh mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

oleh para pelajar. Guru harus mempunyai kesabaran untuk mendengar apa yang

diperkatakan oleh seseorang pelajar dan bersikap responsif dan adil. Salah faham

dan juga pergaduhan dalam kalangan pelajar merupakan contoh kejadian yang

biasa dilihat dalam persekitaran bilik darjah. Guru berusaha menyelesaikan masalah

atau pergaduhan yang timbul dalam kalangan murid.

Page 13: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

Teori – teori etika dan teori perkembangan moral sangat penting kerana

sepanjang kehidupan, manusia akan membuat pelbagai tafsiran tentang perlakuan

moral. Pengetahuan tentang teori – teori etika dan teori perkembangan moral boleh

menjadi panduan kepada setiap manusia untuk membuat keputusan sama ada

sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak dalam situasi tertentu. Teori etika

membimbing setiap orang untuk membuat keputusan dalam situasi tertentu sama

ada perbuatan tersebut bermoral atau tidak bermoral. Selain itu,pandangan-

pandangan daripada teori etika membolehkan kita mendapat iktibar tentang

sekiranya akal dan ilmu yang dipergunakan itu jika tidak dibimbing dengan

kepercayaan agama tidak akan melahirkan prinsip-prinsip moral yang sejagat

walaupun setiap aliran falsafah itu ada pengikutnya. Akal fikiran manusia yang

nampaknya rasional sebenarnya masih terlalu kecil untuk membincangkan hakikat

kehidupan, mencari kebenaran dan menentukan apakah yang benar dan betul yang

sepatutnya dilakukan oleh manusia. Seterusnya, pengamatan kita tentang teori etika

ini menyedarkan kita bahawa apakah yang menjadi fokus dalam konsep kemoralan.

Kemoralan perlu melibatkan diri (peribadi) dan orang lain (masyarakat) serta alam

sekitar di sekeliling kita tentang bagaimana seharusnya manusia bertindak dengan

wajar. Kemoralan melibatkan dimensi akal fikiran (taakulan), perbuatan (tingkah

laku), emosi (perasaan) dan juga niat (tekad yang betul). Di samping itu, teori etika

mendedahkan kita tentang sejauh mana dan sedalam mana pentingnya nilai dalam

kehidupan manusia sebagai anggota masyarakat. Pendidikan akhlak dan moral

mengikut kepercayaan agama tertentu perlu disertakan dalam sistem pendidikan

moden yang banyak memperkayakan seseorang murid dengan ilmu dan kemahiran.

Kebijaksanaan. Jadi, sistem pendidikan di Malaysia yang ingin melahirkan insan

Page 14: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

yang bersepadu dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan kemahiran sosial

adalah sesuatu yang betul dan wajar.

Saya memilih teori pembelajaran moral sosial sebagai panduan kehidupan

seharian saya. Teori-teori ini dipelopori oleh Miller dan Dollard (1941) dan

diperincikan lagi oleh Albert Bandura dan R.H. Walter (1963). Pembelajaran sosial

ini menegaskan bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan meniru orang

lain dan bukan melalui pembelajaran secara formal. Kanak-kanak sentiasa

memerhati tingkah laku, gerak balas, gaya, bahasa, dan sifat-sifat personaliti orang

lain khususnya ibu bapa, guru, rakan sebaya dan watak tertentu atau idola dalam

media massa. Jadi peniruan (model) juga merupakan satu proses pembelajaran

moral. Sebagai seorang bakal guru, saya haruslah menjadi contoh yang baik dari

segi moral dan akhlak kepada orang lain. Seterusnya, saya juga menggunakan

model hidup atau model sombolik untuk memotivasikan perlakuan bermoral dalam

kalangan murid. Saya akan menggunakan teknik simulasi dan main peranan sesuai

untuk melakonkan watak nilai-nilai murni. Perlakuan moral dipelajari melalui

pemerhatian, interaksi dan pergaulan, jadi persekitaran yang sesuai dan terkawal

perlu diwujudkan supaya proses peniruan yang positif berlaku. Saya juga akan

mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan membudayakan moral. Guru

boleh menggunakan ‘modeling’ untuk mengubah tingkah laku pelajar, tingkah laku

yang baik diberi ganjaran dan pujian.

Page 15: Pendidikan Moral Sem 3 (Autosaved)

KESIMPULAN

modal insan adalah aset terpenting kepada organisasi dan negara. jatuh

bangun sesebuah bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya kepada kualiti

yang ada pada modal insan. Justeru, agenda pembangunan modal insan perlu

diutamakan dalam proses pembangunan sesebuah negara kerana ia adalah

pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran bangsa itu.

Pembangunan modal insan ini perlu digerakkan secara produktif dan proses

pendidikan menjadi titik tolak kepada usaha itu. Perlu diingatkan bahawa proses

pendidikan di sini adalah proses berterusan dan perlu dilakukan secara

komprehensif. Unsur kemahiran dan nilai itu diadun bersama agar modal insan yang

bakal mewarnai negara adalah modal insan yang mempunyai nilai dalam erti kata

sebenar. Jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya

kepada kualiti yang ada pada sumber manusianya. Oleh itu kita sebagai

warganegara Malaysia perlu menyemarakkan semangat pembelajaran sepanjang

hayat, sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan melaksanakan kerja

yang terbaik dan berkualiti. Kita juga harus mempraktikkan budaya kerja cemerlang.

tugas kita untuk memastikan negara terus berada di landasan pertumbuhan ekonomi

yang kukuh adalah besar dan mencabar. Namun, kita akan menjadi sebuah negara

yang benar-benar maju dan kaya dengan nilai-nilai murni, jika kita mempunyai

iltizam dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kerajaan telah berusaha dan

melabur dengan banyak dalam pembangunan modal insan. Akan tetapi, tepuk

sebelah tangan takkan berbunyi, masyarakat harus memberi kerjasama yang

sepenuhnya untuk bersama-sama membangunkan modal insan.