assigmen moral sem 5

56
Perbezaan Antara Tuntutan Agama Dan Adat Tradisional Kaum PERKAHWINAN

Upload: samarina-samon

Post on 23-Dec-2015

72 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Assigmen Moral Sem 5

Perbezaan Antara Tuntutan Agama Dan Adat Tradisional Kaum Melayu

PERKAHWIN

Page 2: Assigmen Moral Sem 5

DARI SUDUT TUNTUTAN AGAMA

Perkara-perkara yang melibatkan amalan agama termasuklah dari segi pinang-meminang,

batasan pergaulan antara kaum lelaki dan perempuan, rukun-rukun nikah, mahar (Mas kahwin),

wali, saksi dan penceraian (Talak).

Laksamana berbaju besi,

Masuk ke hutan melanda-landa;

Hidup berdiri dengan saksi,

Adat berdiri dengan tanda

Merisik

Proses merisik ialah satu kaedah iaitu keluarga lelaki menghantar wakil untuk berbincang

dengan keluarga perempuan. Wakil kedua pihak biasanya ialah ibu bapa atau seseorang yang

sangat dipercayai boleh menyimpan rahsia. Pertemuan diadakan di rumah keluarga perempuan

dan semasa pertemuan diadakan, pihak lelaki membawa sebentuk cincin belah rotan sebagai

tanda.

Page 3: Assigmen Moral Sem 5

Datang berhajat mengukir janji,

Menyunting bunga idaman hati,

Mematri kasih mengikat janji,

Si belah rotan menjadi saksi

Tuntutan Agama

Biasanya merisik dilakukan oleh pihak lelaki.Tujuannya ialah untuk memastikan gadis yang

ingin dikahwini belum berpunya.Untuk mendapatkan maklumat latar belakang gadis,

pengetahuan agamanya, paras rupa, tingkah laku, kemahiran rumahtangga, adab sopan dan

lain-lain.Tujuan merisik boleh mengelakkan daripada meminang orang yang telah berpunya

sesuai dengan ajaran Islam.Selain itu ia bertujuan untuk menjalinkan hubungan keluarga atau

menjalinkan ikatan perkahwinan dengan pihak keluarga yang dirisik.

Adat Tradisional

Page 4: Assigmen Moral Sem 5

Semasa proses merisik dijalankan,pihak lelaki membawa sebentuk cincin sebagai

tanda.Sekiranya cincin itu tidak dibawa, maka semasa majlis pertunangan dijalankan nanti,

pihak lelaki hendaklah membawa 2 bentuk cincin iaitu cincin belah rotan dan cincin

bertunang.Jika risikan berjaya, pertunangan boleh dijalankan namun sebaliknya jika perempuan

yang dirisik itu berpunya, maka hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.

Sekiranya pihak perempuan berasa curiga atas keterangan pihak lelaki atau ingin

menangguhkan persetujuan menerima masuk peminangan, pihak perempuan boleh meminta

tempoh tertentu sebelum memutuskan jawapan setuju hendak menunangkan anak

perempuannya atau pun tidak. Sekiranya sehingga habis tempoh itu, pihak lelaki tidak

menerima apa-apa maklum balas daripada pihak perempuan, ini bermakna pihak perempuan

bersetuju untuk menunangkan anak perempuan mereka dengan anak lelaki pihak lelaki. Tetapi

jika dalam tempoh diberikan oleh pihak perempuan itu, pihak perempuan menziarahi pihak

lelaki dan menyatakan tidak bersedia menunangkan anak perempuan mereka, maka majlis

peminangan dibatalkan. Selain itu, pihak perempuan mesti memulangkan cincin belah rotan

kepada keluarga lelaki.

Melalui proses merisik ini, sekiranya pihak perempuan berpuas hati dan bersetuju atas semua

keterangan semasa perbincangan, pihak perempuan boleh menyatakan persetujuan terus

untuk menunangkan anak perempuan mereka dan seterusnya menerima cincin belah rotan

sebagai tanda jadinya pertunangan yang bakal dilaksanakan itu.

Semasa majlis merisik ini juga disebut soal langkah bendul. Ini berlaku sekiranya anak gadis

keluarga perempuan yang hendak dipinang itu mempunyai kakak, maka pihak lelaki wajar

menyediakan sedikit hadiah berupa sepersalinan baju kepada si kakak bagi menghiburkan hati

kakaknya..

Page 5: Assigmen Moral Sem 5

Cincin belah rotan

Baju sepasang

Page 6: Assigmen Moral Sem 5

Pihak lelaki yang mewakili oleh mereka yang dekat seperti ibu dan bapa saudara sekali lagi ke

rumah pihak perempuan untuk menyatakan persetujuan secara rasmi.Kedua-dua pihak

berbincang tentang tarikh dan masa sesuai untuk pertunangan.

Setelah kata putus dicapai oleh kedua-dua belah pihak dan pihak si gadis bersetuju maka

barulah adat meminang di jalankan. Dalam adat ini biasanya ibubapa si teruna sendiri yang

datang meminang si gadis. Pada kunjungan kali ini lazimnya pihak lelaki akan datang bersama

setepak sirih dan sebentuk cincin belah rotan. Disinilah si belah rotan memainkan peranannya...

Bila sahaja ‘si belah rotan’ ini di terima dan disarungkan di jari manis si gadis maka ini

menandakan secara rasminya si gadis telah di pancang ( diikat ). Maksudnya gadis ini telah

dipinang dan tidak boleh lagi menerima sebarang lamaran dari orang lain.

Proses perbincangan di antara dua belah pihak

Meminang

Page 7: Assigmen Moral Sem 5

“ Merisik “... sudah...” Meminang “...sudah, selepas itu barulah majlis

pertunangan secara rasmi dijalankan

Tuntutan Agama

Tujuan meminang dalam agama Islam ialah untuk memberi peluang kepada si teruna melihat

dengan lebih jelas bakal pasangan hidupnya. Disepanjang waktu meminang inilah Islam

mengalakkan si lelaki melihat dahulu bakal isterinya serta memahami latarbelakangnya. Ia bagi

menjamin kebahagian rumahtangga yang bakal dibina kelak. Rasullulah bersabda seperti yang

telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud:“ Apabila seseorang dari kamu meminang

seorang perempuan , sekiranya dia dapat melihat perempuan itu , hendaklah dia melihatnya

sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan “.

. Wajah-wajah wanita pilihan

Page 8: Assigmen Moral Sem 5

Adat Tradisional

Pihak lelaki membawa bersama tepak sirih semasa proses perbincangan.Adat lebih

diutamakan, bak kata perbilangan, ‘Biar mati anak, jangan mati adat’, lebih-lebih lagi ketika

majlis meminang, bertunang dan pernikahan.Bagi upacara merisik, tunang dan nikah,

masyarakat Melayu menggunakan tepak sireh sebagai pembuka kata. Tidak kurang juga, tepak

sireh dikategorikan sebagai ‘kepala’ atau ‘ibu’ kepada barang hantaran untk majlis pertunangan

dan pernikahan yang lain.

Tepak sirih

Page 9: Assigmen Moral Sem 5

Tuntutan Agama

Hukumnya disebut oleh para ulamak sebagai Sunat, meskipun ada juga ulamak yang

menghukumnya sebagai Harus. Bertunang , ada tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Antara

tujuannya adalah supaya kedua-dua pasangan boleh mengambil sedikit masa untuk bersedia

( mental dan fizikal ) serta mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain, sebelum

melangkah ke alam perkahwinan. Antara lain, tujuan bertunang itu juga adalah supaya keluarga

kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Kita selalu dengar

orang tua-tua menyebut ; apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau

wanita itu sahaja, tetapi kita juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya sekali.

Tuntutan Adat

Rombongan lelaki yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat

berkunjung ke rumah pihak perempuan dengan membawa hantaran.Ada sesetengah

adat,belanja hantaran ada tiga jenis kategori belanja boleh menjadi pilihan sama ada belanja

sama naik iaitu sama-sama mengeluarkan belanja hantaran, belanja hantaran serta serba satu

iaitu sebagai contohnya jika belanja hantaran RM 5000.00, ada hadiah iringan selengkapnya

dan belanja hantaran luar serba satu, luar Mas Kahwin dan luar upah nikah iaitu nilai selain

wang hantaran tidak disebut dalam pertunangan.

Selain itu, dibincangkan jumlah wang belanja yang akan dibawa ke majlis pertunangan sama

ada semua sekali, separuh sahaja atau tidak membawa langsung wang belanja tersebut. Dalam

amalan sesetengah masyarakat Melayu , pihak lelaki akan membawa separuh wang hantaran

sebagai menyatakan komitmen untuk mengikat pertunangan.

Bertunang

Page 10: Assigmen Moral Sem 5

Ada sesetengah adat negeri seperti negeri Pahang,dalam majlis pertunangan, kedua-dua

keluarga boleh menentukan wakil yang akan bercakap dalam majlis bertunang nanti. Namun

begitu, hal-hal berhubung jenis bentuk cincin pertunangan, wang hantaran dan hadiah

sepersalinan yang telah dibincang dalam majlis merisik tidak boleh diubah atau dibincangkan

lagi Perbincangan berhubung tawar menawar jumlah wang hantaran akan dianggap mengaib

dan tidak sesuai dengan budi luhur orang Pahang.

Selain itu, semua perbelanjaan mengadakan majlis pertunangan ditanggung sepenuhnya oleh

keluarga pihak perempuan. Dengan itu, keluarga pihak perempuan akan menentukan jumlah

jemputan ke majlis tersebut mengikut keupayaan kewangannya. Dengan erti kata lain, tidak

semua ahli kariah dijemput menghadiri majlis pertunangan ini. Kebiasaannya ketua keluarga

akan menjemput waris-waris terdekat, ketua kampung dan ahli-ahli agama menghadiri majlis

pertunangan tersebut. Ini bertujuan untuk mengesahkan majlis tersebut adalah majlis yang

sangat penting di dalam sesuatu kampung.

Pelbagai jenis hantaran dibawa ke majlis pertunangan

Page 11: Assigmen Moral Sem 5
Page 12: Assigmen Moral Sem 5

Majlis Pertunangan

Page 13: Assigmen Moral Sem 5

Tuntutan Agama

Akad Nikah

Page 14: Assigmen Moral Sem 5

Akad nikah dijalankan oleh orang yang ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-

masing seperti kadi, imam dan jurunikah. Bagaimanapun wakil pihak pengantin perempuan

boleh melakukan upacara akad nikah dengan kebenaran pihak yang ditauliahkan tadi.Upacara

akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan.

Menurut agama Islam, hukum melakukan perkawinan mengikut sesetengah ulama menjelaskan

: segolongan Fuqoha, yakni jumhur (Mayoritas Ulama) berpendapat bahwa perkawinan itu

hukumnya Sunnah. Golongan Zhahiriah berpendapat bahwa perkawinan itu hukumnya Wajib,

sementara itu para ulam malikiyah mutakhirin berpendapat bahwa perkawinan itu hukumnya

Wajib untuk sebahagian orang, Sunat untuk sebahagian orang, dan Harus untuk segolongan

lainnya. Semua pendapat-pendapatan diatas berdasarkan pada kepentingan permasalahan dan

pendapat-pendapat diatas juga sudah mempunyai alasan-alasan. Sesuai dengan firman Allah

Swt yang menyatakan :

“…Maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika

kamu takut tidak boleh berlaku adil maka kawinilah satu saja ”.

(QS. An-Nisa’ : 3). (Drs. H.M. Rifai, 1978 : 454 ).

Ayat Al-Qur’an,

“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari

jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya

diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar

terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Q.S. Ar-Ruum (30):21).

As-Sunnah

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

” Tiga kelompok yang berhak mendapat pertolongan Allah. Mujahid di jalan Allah, budak yang

ingin merdeka, orang yang menikah yang ingin menjaga kesucian (dari zina)” (HR at-Turmudzi)

Page 15: Assigmen Moral Sem 5

Majlis akad nikah

Page 16: Assigmen Moral Sem 5

Mahar atau Mas Kahwin

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-

sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah

suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab

perkahwinan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa'

- Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada

besi ." ( Riwayat Bukhari ).

Mas kahwin

Page 17: Assigmen Moral Sem 5

Menurut adat

Adat Berinai

Pasangan ditepung tawar.Wakil kedua-dua pihak mencalitkan sedikit inai dan air tawar ke tapak

tangan pengantin serta menaburkan beras kunyit dan bertih di hadapan pengantin dan hadirin.

Berinai di tangan dan kaki pengantin

Page 18: Assigmen Moral Sem 5

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai Hari Bersanding atau Hari Langsung.Pengantin

adalah orang yang diraikan dan menjadi “Raja Sehari”.Banyak persiapan yang perlu dibuat

seperti membina khemah, menyiapkan pelamin, membuat bunga telur, memasak, mendirikan

bangsal penanggah dan lain-lain.Sebelum majlis bermula, Mak Andam menyolek pengantin

perempuan.

Apabila tiba masanya, pengantin lelaki dan rombongannya diiringi oleh paluan kompang

bergerak dari rumah penanggak ke rumah pengantin perempuan.Beras kunyit ditabur untuk

menyambut rombongan lelaki.Pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki dan

selepas itu kedua-duanya duduk di tempat khas di halaman rumah.Persembahan seperti

pencak silat diadakan di hadapan pengantin.Pengantin diiringi ke dalam rumah untuk upacara

bersanding.

Ketibaan Pengantin lelaki

Page 19: Assigmen Moral Sem 5

Pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki

Paluan Kompang

Page 20: Assigmen Moral Sem 5

Majlis persandingan

Page 21: Assigmen Moral Sem 5
Page 22: Assigmen Moral Sem 5
Page 23: Assigmen Moral Sem 5

Semasa bersanding di pelamin, menepung tawar dijalankan oleh sanak-saudara dan para

jemputan.Mereka yang menepung tawar diberikan bunga telur.Hadirin lain juga diberi bunga

telur.Selepas bersanding, majlis makan beradab atau dipanggil majils makan berdamai

diadakan.

Makan beradap

Page 24: Assigmen Moral Sem 5

Dalam ajaran agama Islam, seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru

sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi

baharunya. Namun begitu, tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut

kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.

Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam

sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut

sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.

Dari sudut kelahiran

Page 25: Assigmen Moral Sem 5
Page 26: Assigmen Moral Sem 5

Menurut Agama

Sunat memberi tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat anak. Tujuan: memberi

tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat anak adalah untuk mengeratkan

perhubungan, kemesraan dan ikatan kasih sayang sesama mereka.

Sunat azan dan iqamat

Sunat diazan di telinga kanan bayi dan iqamat di telinga kirinya sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Salah satu hikmat melakukannya adalah supaya

kalimat seruan tentang kebesaran Tuhan

menjadi seruan pertama yang bayi dengar.

Page 27: Assigmen Moral Sem 5

Mengazan dan mengiqamat bayi selepas dilahirkan

Sunat “tahnik” selepas anak dilahirkan

Taknik” ialah mengunyah buah kurma (selalunya dilakukan oleh orang salih dan takwa) dan

diletakkan ke lidah anak yang baru dilahirkan.

Page 28: Assigmen Moral Sem 5

Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapat “ganjaran” benda

manis. Pelaziman ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut

kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan sedap/manis dan bukan kesan tidak menyelesakan.

Page 29: Assigmen Moral Sem 5

Sunat menggunting rambut anak baru dilahirkan

Menggunting rambut anak pada hari yang ke-7 adalah sunat.

Sunat menamakan anak baru dilahir dengan nama yang baik.Menamakan anak boleh dibuat

pada hari pertama dilahirkan atau pada masa lain. Nama-nama yang buruk atau yang

menjatuhkan maruah hendaklah dielakkan.

Page 30: Assigmen Moral Sem 5

Sunat “Aqiqah” anak yang baru lahir

“Aqiqah” bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu dan kambing yang

dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pada hari ketujuh) sebagai tanda kesyukuran

kepada Allah.

Korban ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan banyak faedah lain.Aqiqah

meninggalkan kesan psikologi pada anak yang merasakan dirinya dihargai, diterima, disayangi

oleh kaum keluarga, sanak saudara dan ahli masyarakatnya.

Page 31: Assigmen Moral Sem 5

Sunat “Berkhitan” (khatan/bersunat)

Bagi Mazhab Iman Shafie, berkhatan adalah wajib bagi lelaki. Bagaimanapun, ada ulama yang

menyatakan berkhatan, hukumnya “sunat muakkad” iaitu sunat yang dituntut. Hukum bersunat

bagi perempuan pula adalah harus. Kanak-kanak lelaki pada masa dahulu disunatkan oleh Tok

Mudim. Sekarang amalan berkhatan dijalankan secara moden di klinik/hospital

Page 32: Assigmen Moral Sem 5

Menurut Adat

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan

semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim

perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh

bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang

sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin

dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk

memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau

belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah

bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak

perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah

seperti berikut:

• Tujuh helai kain yang berlainan warna.

• Satu gantang beras.

• Sebiji buah kelapa.

• Beberapa urat benang.

• Satu batang damar.

• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

• Beberapa batang lilin.

• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Page 33: Assigmen Moral Sem 5

Peralatan melenggang perut

Page 34: Assigmen Moral Sem 5

Acara melenggang perut

Page 35: Assigmen Moral Sem 5

MAJLIS BERENDOI

Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk

menidurkan bayi atau kanak-kanakBerendoi adalah bentuk permainan yang berfungsi sebagai

upacara keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu

bapa.

Mengikut sumber, berendoi berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an. Tokoh

berendoi negeri Perlis ialah Ku Zainal Ku Abdullah yang sudah terlibat dalam kesenian ini

selama 15 tahun. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di

tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak.

Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari. Berendoi dimulai dengan

Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi kemudian lagu-lagu lain. Ahli sesuatu

kumpulan berendoi sekurang-kurangnya empat orang. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian

kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang

didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu,

adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana

selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping

ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Hiasan buaian yang menarik semasa majlis berendoi diadakan

Page 36: Assigmen Moral Sem 5

Menanam uri

Selepas selamat bersalin , , tibalah pula masa untuk menguruskan uri yang keluar bersama

bayi itu daripada rahim ibu.Walaupun dunia semakin moden, ada sesetengah masyarakat

melayu menanam uri mengikut adat dan pantang larang orang dulu-dulu.Selain bertujuan

menjamin kesejahteraan bayi tersebut,ianya dapat memelihara seluruh keturunannya dan juga

dipercayai akan kekal terpelihara dan dilimpahi kebaikan.

Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian tempurung

kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri itu.“Tempurung yang telah berisi

uri itu perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman

rumah.“Sebelum lubang dikambus, saya letakkan paku, jarum dan asam keping yang diikat

bersama dan ditanam sekali,”

Page 37: Assigmen Moral Sem 5

Cara tersebut merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah.Tidak

habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri

ditanam.Ia dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perut dan menangis

sepanjang malam.Selain itu, uri yang ditanam mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi

yang baru lahir.

Darah yang terlekat pada uri dibersihkan menggunakan asam keping.

Cara uri ditanam

Page 38: Assigmen Moral Sem 5

Mengikut Ajaran Islam

Mengikut ajaran Islam, adalah menjadi kewajipan orang Islam untuk menguruskan mayat

saudara sesama Islam. Mayat perlu dihormati daripada jasad yang hidup Kedua-dua tangan

kiri jenazah arwah dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan ke atas tangan kiri hingga ke

dada, lalu ditutup dengan sehelai kain dan dibaringkan di ruang tengah dengan kepalanya

dihadapkan ke kiblat.

Mereka yang menziarahi arwah akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran (biasanya ayat

Yaasin) sebagai sedekah. Jamuan tidak diadakan semasa jenazah masih berada di

rumah.Jenazah dimandikan oleh tukang mandi atau kalangan ahli keluarga dengan hormat,

tertib dan cermat. Setelah dimandikan jenazah akan dikapankan. Sebelum ditutup bahagian

Kematian

Page 39: Assigmen Moral Sem 5

muka, ahli keluarga dan muhrim boleh mengucup mayat buat kali terakhir tetapi dilarang

menitiskan air mata pada tubuh jenazah

Page 40: Assigmen Moral Sem 5

Jenazah disembahyangkan dahulu.

Apabila keranda sudah dimasukkan ke dalam liang lahad, siak akan turun membuka papan

tutup keranda dan mengerengkan mayat serta membuka ikatan di kepala. Kepala jenazah akan

disendal dengan tanah dan diazankan di telinganya. Barulah keranda ditutup dan tanah

ditimbus.

Setelah Tok Imam membaca talkin, ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai boleh

menyiram air di atas kubur arwah dari bahagian kepala hingga ke kaki dan menabur bunga

rampai. Batu nisan akan dicacak di atas kubur sebagai tanda

Page 41: Assigmen Moral Sem 5
Page 42: Assigmen Moral Sem 5

Gambar menunjukkan tempat perkuburan kaum Melayu

Menurut Adat

Bacaan doa selamat dan kenduri arwah untuk mendoakan arwah kesejahteraan di alam

barzakh diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh dan pada hari ke-100.

Page 43: Assigmen Moral Sem 5

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan

memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama

hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta

supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun

si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.

Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali

dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun

adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini.

Page 44: Assigmen Moral Sem 5

Semasa Pengebumian

Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan

dibakar.Ini bertujuan untuk menghilang bau yang tidak enak dihidu.Amalan pembakaran

kemeyan ini,kebanyakkannya tidak diamalkan mengikut sesetengah masyarakat.

Pembakaran kemenyan

Page 45: Assigmen Moral Sem 5

Segala puji bagi Allah Tuhan. Alhamdulillah dengan rasa syukur kerana dengan limpah kurnia

rahmatNya saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Moral dengan jayanya. Selain itu juga

saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih pertama sekali

kepada pensyarah Tengku Nor Husna bt Tengku Jamil kerana banyak memberi tunjuk

ajar ,maklumat, bimbingan kepada saya untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek ini.

Sebelum mengikuti kuliah ini saya berasa agak bimbang jika saya tidak dapat mengikut subjek

ini dengan baik kerana agak sukar bagi saya untuk memahami teori setiap maklumat dan isi

pelajaran yang terdapat dalam buku modul . Tetapi setelah saya mengikuti kuliah dan

perbincangan bersama pensyarah,saya berasa bertambah yakin serta lebih berminat untuk

mengetahui dan mempelajari subjek Moral ini.

Pengalaman sepanjang tempoh saya menyiapkan Tugas Kerja Kursus ini, pelbagai masalah

dan kesukaran yang telah saya kenal pasti. Antaranya ialah,kesukaran untuk melakukan

perbincangan bersama rakan sekuliah yang lain memandangkan jarak tempat tinggal yang

jauh antara satu sama lain.Selain itu juga kesukaran untuk memilih keratan akhbar yang

bersesuaian dengan tajuk-tajuk yang diberi.Sebelum itu,saya terpaksa membaca berulang kali

tajuk-tajuk dan modul serta soalan kerana terdapat tiga arahan soalan yang perlu dibuat dalam

satu soalan.Malahan saya terpaksa menghadapi pelbagai masalah seperti masa yang tidak

mencukupi kerana banyak tugas lain di sekolah yang perlu disiapkan dengan segera.Selain itu

juga saya menghadapi masalah untuk menghasilkan hasil yang terbaik untuk dijadikan sebagai

contoh kerana proses untuk menghasilkannya mengambil masa yang agak lama.

Walaubagaimanapun untuk mengatasi masalah tersebut saya dengan sedaya upaya

mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan sekuliah sama ada melalui

Facebook,email,whatsApp atau perbincangan melalui telefon bimbit serta duduk dalam meja

bulat untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus pendek ini.Selain itu juga semasa kuliah saya

dan ahli kumpulan yang lain akan berbincang dan bertanya kepada pensayarah tentang bahan

atau maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan Kerja Kursus ini.

Refleksi

Page 46: Assigmen Moral Sem 5

Sepanjang saya menghasilkan kerja kursus ini terdapat banyak penggetahuan baru yang saya

dapat.Walaupun saya dilahirkan di kalangan bangsa melayu yang hidup penuh dengan

adat,namun ada juga amalan yang saya tidak ketahui seperti adat kematian dimana saudara

terdekat berjalan mengelilingi bawah keranda agar saudara terdekat dapat menghilangkan rasa

rindu kepada si mati.Banyak lagi adat-adat melayu yang pada dahulukala diamalkan tetapi pada

zaman sekarang tidak diamalkan.Ini kerana ada sesetengah adat terdapat unsur yang

menyalahi hukum agama.

Untuk menyiapkan buku skrap ini,saya terpaksa membuat banyak kajian tentang perbezaan

antara adat dan tuntutan agama samada melalui laman social atau melalui buku rujukan dan

rakan-rakan terutamanya ustazah-ustazah di sekolah saya.Tujuannya agar ianya tidak

bercanggah dengan hokum agama dan juga adat.Di sini dapatlah saya simpulkan bahawa adat-

adat yang tidak bertentangan dengan syarak boleh diamalkan selagi ianya tidak mendatangkan

kemudaratan.

Selain itu,pemilihan keratan akhbar yang dipilih juga agak rumit kerana keempat-empat tajuk

yang diberi agak mengelirukan.Alhamdulillah dengan bantuan pensyarah,dapatlah saya memilih

keratan akhbar yang bersesuaian dengan tajuk yang diberi.Dengan ini,dapatlah saya

memahami tentang aliran pemikiran moral iaitu naturalis.emotivis,intuisionis dan rasionalis.

.Sekian,terima kasih.

Page 47: Assigmen Moral Sem 5

Rujukan

1. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 1993. Adat Resam Komunikasi MelayuTradisional:

Satu Pemikiran Semula. Dewan Budaya, Mei: 20-21.

2. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 1995. Adat Resam Melayu Tradisional: Satu Perspektif

Komunikasi Budaya(Tesis Sarjana Persuratan)UKM.

3. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 2002. Komunikasi Budaya: Integrasi Sosial Adat

Resam Melayu, UMS..

4. Abdullah Sidek. 1975b. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia.KualaLumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

5. Abdul Latif Abu Bakar. 1987.Sejarah dan Pemikiran Konsep Kebudayaan di Malaysia.

Dlm. Pertemuan Dunia Melayu ’82: 76. Kuala Lumpur : Dewan Bahasadan Pustaka.

6. Azhar M. Simin. 1983.Seni-Karya Nahu Melayu Kini. Dewan bahasa: 85-89.Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

7. Ahmad Johari Moain. 1989.Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu : Suatu Analisis

Sosiologistik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.