bhn kk moral sem.7.docx

36
kenapa pelajar tidak berminat dengan pEnd Moral? Pengenalan. Malaysia merupakan Negara berbilang bangsa yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat, kebudayaan, kepercayaan, bahasa dan kegiatan ekonomi. Pada tahun 2012 ini jumlah penduduk telah menjangkau 28.3 juta orang penduduk. Oleh itu, Bagi mewujudkan masyarakat harmonis dan prorgresif, nilai-nilai murni seperti kesederhanaan, hormat menghormati, saling mempercayai, keikhlasan adalah penting dan seharusnya menjadi amalan hidup bagi setiap warga Negara Malaysia. Dengan ini, laporan jawatankuasa kabinet 1979 yang mengkaji dasar pelajaran 1979 (pekara 36) telah mengajukan pendidikan Moral dijadikan satu mata pelajaran wajib bagi pelajar bukan islam manakala pendidikan islam diwajibkan dikuti pelajar beragama islam. Tujuan Pendidikan moral di sekolah adalah untuk membantu pelajar-pelajar mempertimbangkan tingkah laku yang biasa diamalkan kepada kebolehan membuat keputusan, mengambil tindakan moral yang bebas dan tersendiri serta membolehkan mereka bertindak apabila menghadapi satu situasi moral. Pekara. Namun begitu,terdapat ugutan juga daripada murid yang menyatakan pendidikan moral ini bosan, dan kurang berminat telah menjadi persoalan bagaimana boleh terjadi hal seperti itu. Faktor pendorong pertama hal demikian adalah kerana mereka beranggapan bahawa pengetahuan pendidikan moral ini tidak perlu diajar lagi di dalam kelas secara formal mahupun informal ini kerana mereka telah mendapat maklumat awal moral yang telah diterapkan sejak mereka kecil hingga lah dewasa. Disebabkan hal tersebut, Pemikiran sebegini lah menjadikan mereka merasakan yang pendidikan moral dianggap sudah tidak penting diajar di dalam kelas lagi. Selain itu, maklumat pendedahan secara terperinci mengenai tujuan pendidikan moral diajarkan di sekolah juga berkurangan

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 30-Sep-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

kenapa pelajar tidak berminat dengan pEnd Moral?

Pengenalan.Malaysia merupakan Negara berbilang bangsa yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat, kebudayaan, kepercayaan, bahasa dan kegiatan ekonomi. Pada tahun 2012 ini jumlah penduduk telah menjangkau 28.3 juta orang penduduk. Oleh itu, Bagi mewujudkan masyarakat harmonis dan prorgresif, nilai-nilai murni seperti kesederhanaan, hormat menghormati, saling mempercayai, keikhlasan adalah penting dan seharusnya menjadi amalan hidup bagi setiap warga Negara Malaysia. Dengan ini, laporan jawatankuasa kabinet 1979 yang mengkaji dasar pelajaran 1979 (pekara 36) telah mengajukan pendidikan Moral dijadikan satu mata pelajaran wajib bagi pelajar bukan islam manakala pendidikan islam diwajibkan dikuti pelajar beragama islam. Tujuan Pendidikan moral di sekolah adalah untuk membantu pelajar-pelajar mempertimbangkan tingkah laku yang biasa diamalkan kepada kebolehan membuat keputusan, mengambil tindakan moral yang bebas dan tersendiri serta membolehkan mereka bertindak apabila menghadapi satu situasi moral.

Pekara.Namun begitu,terdapat ugutan juga daripada murid yang menyatakan pendidikan moral ini bosan, dan kurang berminat telah menjadi persoalan bagaimana boleh terjadi hal seperti itu. Faktor pendorong pertama hal demikian adalah kerana mereka beranggapan bahawa pengetahuan pendidikan moral ini tidak perlu diajar lagi di dalam kelas secara formal mahupun informal ini kerana mereka telah mendapat maklumat awal moral yang telah diterapkan sejak mereka kecil hingga lah dewasa. Disebabkan hal tersebut, Pemikiran sebegini lah menjadikan mereka merasakan yang pendidikan moral dianggap sudah tidak penting diajar di dalam kelas lagi.Selain itu, maklumat pendedahan secara terperinci mengenai tujuan pendidikan moral diajarkan di sekolah juga berkurangan menjadi salah satu punca mengapa mereka tidak mengambil berat tentang mata pelajaran ini. Tambahan lagi memang terdapat pengaruh daripada rakan sebaya juga telah mendorong kepada penularan tidak berminat dalam mata pelajaran ini. Hal ini kebiasaaannya berlaku dalam satu kumpulan iaitu sekiranya terdapat ketua atau rakan yang tidak mahu pelajari mata pelajaran moral ini, maka pelajar lain pun akan turut serta sekali. Selain itu, silibus Pendidikan Moral yang diajarkan oleh guru hanya mengajarkan pengajaran yang semua pekara serta berulang-ulang dan telah diketahui serta pekara yang berlaku dalam kehidupan seharian.Oleh hal demikian, mereka berasa bosan kerana terpaksa mendengar pekara yang sama setiap kali proses pengajaran berlaku tanpa ada aktiviti yang mencabar minda. Selain itu, pada zaman moden ini, penyampaian dan penerimaan maklumat dengan mudah dan cepat sudah mudah diperolehi tidak kira masa dan tempat. Dengan ini, mereka berfikir bahawa pengetahuan maklumat sebegini boleh dicari dalam kemudahan teknologi iaitu internet Menurut shahrom (2001), dunia sudah memasuki fasa terakhir gelombang ketiga yang bermula seawal 1950-an iaitu gelombang teknologi maklumat (IT ). Ledakan maklumat dan teknologi telekomunikasi merupakan suatu gerakan antarabangsa untuk mewujudkan perkampungan global..jaringan teknologi informasi yang berlaku dalam semua bidang kehidupan telah menjadi sesuatu yang bersifat transparan dan maya, tatlaka tidak ada lagi kategori-kategori moral yang mengikatnya,tatkala tidak ada lagi ukuran-ukuran nilai yang mengikatnyaSelain itu teknik pengajaran yang kurang berkesan dan tidak menarik yang disediakan oleh guru. Chong Yee pei (2000) telah membuat kajian tentang pelaksanaan mata pelajaran pendidikan moral di beberapa sekolah rendah yang dikaji guru telah menggunakan waktu pendidikan moral sama untuk mengajar pelajaran lain atau melaksanakan aktiviti lain bukan akademik . Ini berpunca daripada ramai guru yang mengajar pendidikan moral terdiri daripada mereka yang tidak membuat pengkhususan dan kurang berminat untuk mengajar mata pelajaran atau tidak tahu kaedah yang sebenar. Ini jelas menunjukkan didapati sesetengah guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan moral ini tidak menerima latihan kursus, ini dapat dilihat pada cara pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan iaitu secara sambil lewa dan tidak menitik beratkan bahan pengajaran yang akan diajarkan di dalam kelas, seterusnya menyebabkan keputusan mata pelajaran pendidikan moral jatuh merudun. Kesan jatuhnya markah pelajar ini menjadikan pelajar kurang yakin dengan pengajaran guru, Impaknya, menambahkan lagi tahap kurang berminat pelajar ke atas mata pelajaran ini.Sama juga keadaan apabila guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan moral yang walaupun datangnya daripada guru yang mendapat latihan perguruan tetapi berlainan opsyen, bertujuan bagi memenuhi ruang kosong disekolah. Ini boleh terjadi kerana konsep-konsep yang terkandung di dalam sukatan pelajaran ini adalah abstrak dan guru sendiri akan menghadapi masalah untuk menterjemahkan konsep dan nilai ini kepada pelajar. Malah menurut Nodding (1998) menjelaskan bahawa sestengah guru yang membuat pengkhususan sesuatu mata pelajaran juga kadang-kadang mempunyai pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang masih cetek.Mata pelajaran ini diajarkan khusus untuk pelajar bukan islam yang kebanyakkannya terdiri daripada bangsa cina dan india tetapi guru yang ada kini di pasaran kebanyakan guru berbangsa melayu, Oleh itu penyampaian pengajaran kepada pelajar kemungkinan juga tidak jelas disebabkan ketidakfahaman bahasa secara keseluruhan seterusnya terlepas maklumat konsep penting dalam mata pelajaran ini.Berbanding pula masalah bagi guru yang bukan berbangsa melayu pula menghadapi masalah penggunaan Bahasa Malaysia dengan tersekat-sekat semasa menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar, akibatnya pelajar berasa bosan kerana tidak faham dan kurang berminat untuk mengetahui secara mendalam pengajaran yang disampaikan oleh guru. Dalam perspektif lain konsep pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan menyemai nilai-nilai moral diajarkan secara tradisioanal iaitu hanya berpusatkan guru semata-mata tidak melibatkan pelajar juga menjadikan pengajaran ini semakin membosankan tambahan lagi konsep pengajaran ini sudah ada dalam diri mereka.Guru tidak menggunakan pendekatan secara pengalaman terhadap pembelajaran kerana pengajaran mata pelajaran ini memokuskan pada konsep penting yang menyatukan pembelajaran dan kehidupan dan bukannya hanya berfokuskan topik-topik yang tidak penting dan faedah yang diperoleh hanyalah sedikit oleh pelajar. Menurut Abdul Rafie Mahat (2001) ,kita boleh merancang menghasilkan satu kurikulum yang lengkap dan sempurna tetapi jika guru tidak dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan, maka usaha murni tersebut akan menjadi sia-sia.Langkah mengatasi.Kajian semasa membuktikan bahawa pengetahuan kandungan guru merancang dan mengajar sesuatu pengajaran. Dalam projek penyelidikanThe Knowlwdge in teachingyang dipelopori oleh Shulman dan rakan-rakan meninjau pengaruh pengetahuan kandungan terhadap keberkesanan pengajaran, Shulman (1987) Pelaksanaan pendidikan nilai dalam mata pelajaran di sekolah amat bergantung kepada strategi di bilik darjah. Guru harus mengetahui dan menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran nilai yang sesuai yang baik dibincangkan dalam bidang ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa nilai tidak boleh diajar, tetapi nilai sebagai satu bentuk pengetahuan dan tingkah laku pada umumnya boleh diajar dan perlu dipelajari. Sebagai satu domain efektif, nilai boleh dipelajari dengan pelbagai cara. Jika aktiviti pembelajaran bersifat praktikal dapat dilaksanakan dengan melibatkan pelajar, maka pembelajaran nilai akan menjadi lebih bermakna dan berkesan untuk dikuasai pelajar. Pembelajaran nilai yang bersifat pragmatik melibatkan proses membuat keputusan dan proses menilai yang memerlukan pelajar berfikir secara rasional dan objektif. Tanggungjawab guru pendidikan moral bukan sahaja meningkatkan keupayaan berfikir tetapi meliputi semua potensi pelajar seperti dihuraikan konsep. Dengan ini, guru harus peka kepada keperluan pelajar. Pendekatan dilema moral sebagai contoh akan juga mendedahkan pelajar kepada kecekapan dan kemahiran dalam membuat pertimbangkan dalam membuat keputusan. Pelajar juga dikehendaki prihatin terhadap tindak tanduk mereka, terutama yang melibatkan soal-soal emosi. Pendekatan pembelajaran reflektif, inkuiri penemuan,self-realization,taakulan nilai, kaedah renungan, meditasi, diari kemoralan, penilai kendiri boleh digunakan bagi menimbulakan kesedaran dan keinsafan di kalangan pelajar. Kaedah-kaedah seperti syarahan,brainstorming,kaunseling kelompok, perbincangan kumpulan boleh memberi kesan tertentu kepada pembelajaran afektif dan nilai. Penyampaian mesej yang berkesan tentang maklumat mengenai soal dan isu kemoralan, etika, nilai, dan akhlak amat penting. Ini bagi membolehkan generasi muda mempelajari sesuatu yang bermakna dan bernilai sebagai satu proses pembentukan.Menurut Downey dan Kelly (1982) menengaskan tentang kepentingan guru untuk bertanggungjawab dan memberikan perhatian terhadap apa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, penggubalan bahan meliputi bahan bacaan, bahan rujukan, bahan pengajaran dan bahan pembelajaran yang digunakan oleh guru khususnya pendidikan moral mestilah berubah untuk memantapkan perkembangan pengajaran guru di dalam kelas. Guru seharusnya meluaskan penggunaan pelbagai bahan yang berdasarkan kepada isu-isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat dan Negara. Pengantungan buku teks semata-mata akan menyebabkan guru tidak peka kepada perlunya bahan pengajaran lain untuk membaiki kualiti pembelajaran di sekolah. Ketandusan nilai-nilai murni dan unsur-unsur pengajaran dalam bacaan matapelajaran di sekolah hambar ;fakta-fakta kaku,beku dan tidak menarik perhatian pelajar.Menurut Abdul Rafie Mahat (2001) Kelemahan pengajaran guru pula dipengaruhi oleh pelbagi faktor seperti tahap kecekapan, masalah penilaian moral, kekurangan minat dan komitmen guru, ketidakserasian nilai iaitu masalahincompatibilitiesof valuesdi sekolah dan luar sekolah. Oleh itu, pelbagai cara telah diambil untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru. Misalnya dalam rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) R1996-2000, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk meninggikan tahap kecekapan guru seperti mempertingkatkan semangat berpasukan dan pencapaian guru dengan menyemak semula skim perkhdmatan dan memberikan insentif yang sesuai serta mengenalpasti ganjaran dan pengiktirafan sebagai dedikasi kepada guru-guru untuk meningkatkan kebajikan mereka keseluruhan. (Kementerian Pendidikan Malaysia,1996:hlm.3)

Terdapat sesetengah masyarakat mengatakan bahawa perkembangan konsep-konsep moral serta cara-cara membuat penaakulan kan diperolehi oleh pelajar-pelajar dengan sendirinya menerusi pengalaman yang diterima dirumah dan disekolah. Jika hal itu benar, kenapa kita perlu mengadakan satu program pendidikan moral yang formal disekolah.? Walaubagaimanapun, perubahan gaya hidup di kalangan pelajar kini berlaku dengan ketara kerana pelajar ini dialuri dengan perubahan sosial. Perubahan sosial remaja telah mengubah nilai dan tradisi hidup tradisional. Kemunculan nilai-nilai baru dalam sistem masyarakat remaja telah membentuk satu budaya seronok bertentangan dengan budaya masing-masing. Oleh hal demikian, perubahan terhadap nilai hidup juga telah bertukar gaya pemikiran pelajar terhadap diri dan orang lain di sekelilingnyaKini, betapa penting nilai akhlak dan pendidikan moral hingga boleh menjadi faktor penentu jatuh bagunnya sesuatu kaum, bangsa ataupun Negara. Ia menjadi penentu hala tuju sejagat dan memisahkan sifat-sifat kebinatangan dari nilai kemanusiaan. Petikan sebuah syair berbunyi (Mohd. Kamal,1988) ;Sesuatu bangsa itu tetap hidup selama akhlaknya tetap baik, bila akhlaknya sudahrosak, sirnalah bangsa itu.Sebagai rumusannya, sama ada tahap moral atau akhlak tinggi mahupun adab sopan yang baik, ini semua menggambarkan baik budi dan tinggi peribadi seseorang manusia. Ewing (1990) melaporkan bahawa kelemahan moral di kalangan kanak-kanak dalam melakukan jenayah bukan disebabkan mereka tidak mengetahui bahawa pekara itu salah tetapi berpunca dari tiadanya perasan terhadap kebajikan orang lain. Oleh itu, perlu dipupuk melalui pendidikan terutamanya dalam tahap-tahap awal kehidupan individu itu. Dan manakah lagi tempat yang lebih sesuai selain sekolah disemai benih yang baik iaitu daripada sesebuah insitusi kekeluargaan. Ia seperti melengkapi sebuah kereta kebal lengkap dengan perisai sebelum melangkah ke medan perang.

Rujukan.Abdul Rahman Abd.Rashid (2001) .Nilai-nilai murni dalam pendidikan. Kuala Lumpur :UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd.Abu bakar (2006) Tahap keberkesanan Pendidikan Moral. Perak :Fakulti Sains Kognitif danPembangunan Manusia.Hena Mukherjee (1992) Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Selangor :Fajar BaktiSdn Bhd.Abd.Shatar Rahman (2007). Pengetahuan Kandungan Pedagogi Guru Pendidikan MoralTingkatan Empat Di Sebuah Sekolah.Tesis Doktor Falsafah:Universiti Malaya.

Pendidikan Moral : Fungsi dan kepentingannya

Pengenalan

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi contoh(role model)kepada para pelajarnya. Dalam penghidupan (sosialisasi), seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun pelajar diajar secara langsung(delibrate)cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh pelajar hasil daripada tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Justeru, kepentingan proses sosialisasi pelajar di sekolah terutama dalam mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka memang tidak dinafikan lagi. Oleh sebab itu, mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988), penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral.

Agen Perubahan Sosialisasi Individu

Dalam proses sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama dan media massa.

Seringkali ditimbulkan bahawa faktor keluarga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Ibu bpa yang sentiasa memberi galakkan dan perangsang sehingga menimbulkan minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadai pelajaran. Ibu bapa juga berupaya membentuk pola-pola tingkah laku pelajar. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik anak-anak yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi. Di samping itu, ibu bapa juga dikaitkan sebagai satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sosialisasi khususnya yang berkaitan dengan personaliti dan sahsiah mereka. Tak syak lagi pepatah Melayu mengatakan, jikalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sehubungan dengan itu Mohd. Azhar et.al, (2001) menyatakan bahawa ketika kecil dan dalam keluarga pendidikan asas serta pembentukan keperibadian itu mesti diberikan dasar yang jelas dan kukuh.

Pada diri remaja, pengaruh dalam lingkungan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentkan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman sebaya juga diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seseorang remaja tentang perilakunya (Conger, 1991). Rakan sebaya dilihat mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Raka sebaya di sekolah dapat mempengarui disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan, begitulah juga sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang ndividu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan sebaya juga memainkan peranan penting bagi membentk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun sebaliknya di sisi masyarakat. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya.

Di samping itu, pelajar menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah (institusi) adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, strutur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan perubahan dalam proses sosialisasi mereka. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah turut mempengaruhi perkembangan personaliti pelajar. Sebagai contoh, pengetua atau Guru Besar yang tegas melaksanakan disipln pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan sesuatu tugasan sebaliknya pengetua atau Guru Besar yang tidak tegas menghasilkan kesan yang negatif pula (Rosiadi et.al, 2008).Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati pelajar yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada pelajar yang tidak menghadiri kelas agama. Ramai berpendapat pelajar-pelajar menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang yang percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka. Sekiranya pelajar-pelajar ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di dalam agama Islam.Keadaan ini sekaligus membentuk proses sosialsasi dalam diri individu serta membawa perubahan besar dalam hidup mereka.Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh sosialisasi sama kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh pelajar-pelajar melalui media massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancangan-rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan pertimbangan moral pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar patut digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik pelajar-pelajar supaya mereka tahu memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk mereka.

Peranan Guru Pendidikan Moral

Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.

Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003) di mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme.

Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang memberi fokus kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar). Pedekatan ini banyak membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005) turut menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih tertumpu kepada perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah perkembangan memberi satu gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan andaian mengenai apakah yang dianggap matang dari segi moral (Downey & Kelly (1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).

Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa implikasi terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang berlaku kini. Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja (Loganathan, 1995). Stoll & Beller dalam Loganathan (1995) turut melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan yang lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.

Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini, Guru Pendidikan Moral di sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif pelajar yang bermasalah. Menyentuh pernanan guru dalam menangani masalah vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap guru itu di mana beliau hampir dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu usaha ini akan memberi kesan kepada masalah pelajar kerana tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terlelak di bahu guru di sekolah.

Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral. Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di sekolah.

Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain.[1]Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan pertimbangan moral(moral judgement)Kohlberg (1987) dalam Chang Lee Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.

Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada tanggungjawab ini. Ikrar dalam EPP, .... dengan menyedari betapabesarnya tanggungjawabmembimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan(Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.

Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkanmasyarakat berminda kelas pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan.

Menyentuh tentang konsep Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara di mana telah meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod Etika Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab untuk membangunkan negara. Guru berkenaan harus menjadi teladan(role model)dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang diingini kepada para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan dalam kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi pendidikan dapat dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi Malaysia yang bertanggungjawab dan berwawasan.

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Penyelesaian Konflik

Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu bakal melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, pendidikan berfungsi sebagai alat untuk memenuhi kepeluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial.

Dalam membincangkan proses pendidikan, kita harus memberi fokus akan kepentingan aspek pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan engeluaran idea yang kreatif dalam kalangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain[2]supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif. Antaranya ialah kaedah penyelesian koflik. Di samping itu, peranan guru yang kreatif dan inovatif[3]amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Menurut Abd. Rahim (1999) daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah atau metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Manakala inovatif pula ialah kebolehan seseorang guru memulakan sesuatu yang baru dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan dan sebagainya.

Justeru, guru adalah pemangkin kepada para pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Ungkapan di bawah menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyalur ilmu dan kemahiran kepada para pelajarnya.

As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt be teaching because education is a constant prosess of change. Every single time you teach something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges(Leo Buscaglia & Boon Pong Ying dalam Mok Soon Sang, 2002 )

Pengajaran dan pembelajaran adalah proses yang berterusan dan tidak statik selari dengan perubahan-perubahan di sekeliling kita. Dalam era teknologi moden kini, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran menuntut profesionalisme guru mendalami inovasi dalam pedagogi bagi memperbaiki serta memperkukuhkan kapasiti sebagai seorang pendidik. Bagi mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam menjana idea kreatif para pelajar, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian konflik.

Penyelesaian konflik dalam bentuk sumbang saran(brainstorming)adalah satu bentuk perbincangan yang membolehkan satu kumpulan mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara spontan dan berkelompok.Setiap idea perlu diterima untuk dikaji sama ada sesuai dengan tajuk perbincangan atau tidak. Jangan mengkritik idea-idea pada peringkat awal kerana akan menghalang kelahiran idea-idea baru. Pada akhir sesi idea-idea yang sesuai akan diasingkan dengan idea yang tidak sesuai untuk dibuat rumusan. Rumusan itulah menjadi hasil sesi sumbang saran.

Betapa banyaknya permasalahan moral yang boleh dibincangkan oleh murid kita. Mereka mampu berbincang, mencari punca masalah, kenapa dan mengapa masalah itu terjadi. Mereka berbincang tentang kesan atau akibatnya. Mereka juga mampu untuk menyarankan cara-cara penyelesaiannya. Tetapi bagaimanakah dengan penghayatan dan tindakan mereka? Adakah mereka menghayati apa-apa yang mereka bincangkan dan bertindak sebagaimana yang mereka persetujui dalam perbincangan? Contoh isu-isu yang boleh dibincangkan ialah gejala melepak, lumba haram, menonton televisyen yang keterlaluan, membuang masa yang berharga dan sebagainya. Berikut merupakan model pengurusan grafik bagi teknik perbincangan (sumbang saran) yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian konfik.

Rumusan

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan peranan amat penting dalam menjadi teladan(role model)kepada pelajar di sekolah melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru contoh di sekolah bukanlah mudah ianya memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru lain, pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Namun dalam proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama dan media massa.

Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang dalam semua aspek kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan pendekatan proses pengajaran serta pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian, kaedah penyelesaian konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang kreatif dalam menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka, khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

[1]Nilai-nilai murni merentasi kuriklum di sekolah.[2]umpamanya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan (pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbentuk Komputer (PPBK).[3]Sesuatu perubahan atau pembangunan dari segi idea, alatan atau latihan berbanding dengan keadaan sebelumnya (Bieimans, 1992).

ARKIB : 09/04/1998Pendidikan moral tiga masalah punca kegagalanKajian tiga penyelidik tempatan, Dr. Nor Hayati Abd. Rasid, Nasriah Haji Maghribi dan Asmah Mohd. Taib mendapati, masalah utama dalam menjayakan program pendidikan tersebut datangnya daripada aspek pembelajaran dan pengajaran itu sendiri.Menurut mereka, guru yang terlibat dalam mengajar mata pelajaran berkenaan mengajar dan mengulangi benda yang sama untuk beberapa tahun lamanya, sejak daripada sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.''Keadaan ini mengakibatkan ramai pelajar tidak berminat untuk mengikuti pengajaran di dalam kelas disebabkan cara pengajaran yang statik dan nilai yang hendak disampaikan juga tidak berubah,'' kata mereka dalam kertas kerja sempena Siri Latihan Pengurus dan Kepimpinan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands baru-baru ini.Kertas kerja mereka bertajuk Perbezaan Nilai: Menyelami Amalan Kepimpinan Sekolah Dalam Dua Sistem juga pernah dibentangkan pada Seminar Serantau Mengenai Nilai Pendidikan di ASEAN di Kuala Lumpur tidak lama dulu.Jelas mereka lagi, keadaan ini menjadi bertambah serius disebabkan tidak semua guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan memiliki kepandaian dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menambah minat pelajar.Faktor lain adalah kesukaran untuk melihat keberkesanan program Pendidikan Moral itu sendiri berikutan sukarnya bagi para guru terbabit menilai dan mengukur tabiat dan kelakuan pelajar mereka.Ini kerana walaupun mudah untuk melihat perkembangan minda dan tabiat serta perangai pelajar semasa berada di kawasan sekolah, kesukaran timbul untuk mengukur keberkesanan pendidikan itu selepas pelajar keluar dari sekolah.''Sebabnya, guru tidak berpeluang untuk sering mendampingi murid mereka untuk terus menyalurkan penerapan nilai-nilai itu disebabkan kesuntukan dan keterbatasan waktu dan keadaan.''Tambahan pula, kadang-kadang nilai yang diajarkan di sekolah bertentangan dengan apa yang mereka lihat dan hadapi semasa berada di rumah atau lain-lain kawasan selain daripada sekolah,'' jelas mereka.Misalnya, ketika di sekolah murid dilarang merokok dan mengambil minuman keras kerana tabiat itu tidak baik untuk kesihatan mereka. Tetapi perkara sebaliknya berlaku semasa mereka berada di rumah, di mana ibu bapa mereka yang merokok dan mengambil minuman keras.Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar ini berada dalam dilema kerana meskipun mereka diajar bahawa dua tabiat di atas adalah tidak baik, ibu bapa mereka tetap melakukannya.Selain itu, kesukaran untuk mengawal bahan yang disiar dan diterbitkan oleh media massa juga merupakan faktor kegagalan program berkenaan dalam melahirkan generasi pelajar atau generasi muda negara yang beretika dan mempunyai nilai baik.Kegagalan pihak berwajib mengawal unsur-unsur tidak baik itu telah mendedahkan pelajar-pelajar sekolah dengan pelbagai elemen negatif yang disiar atau diterbitkan oleh pihak media dalam semua peringkat umur dan keadaan.Jelas penyelidik itu lagi, banyak adegan dalam majalah dan rancangan-rancangan televisyen yang tidak sesuai, tetapi tetap disiar dan diterbitkan membantu pembentukan nilai dan sikap yang tidak baik di dalam diri pelajar.Sehubungan itu mereka menggesa pihak berwajib melakukan sebarang tindakan yang sesuai untuk menghentikan atau setidak-tidaknya mengawal penyaluran keluar bahan-bahan dan unsur-unsur yang tidak sihat ini daripada terus tersebar di kalangan pelajar.''Tidak dinafikan program ini sangat penting ke arah pembentukan masyarakat yang bertamadun, tetapi kejayaannya bergantung penuh kepada kerjasama semua pihak bermula daripada sekolah hinggalah kepada masyarakat seluruhnya,'' kata mereka.Oleh: YULPISMAN ASLI

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_04.htm#ixzz39suuFd7C Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, December 30, 2011GURU PENDIDIKAN MORALPENGENALANGURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA demikianlah tema bagi Hari Guru pada Tahun 2011 ini. Tema yang begitu mengharapkan agar golongan pendidik dapat melebarkan akal modal insan yang diasuh supaya menjadi masyarakat yang mampu menjana transformasi di dalam pelbagai bidang kelak. Justeru, sebagai seorang guru sudah tentulah kita mengharapkan dan meletakkan wawasan yang tinggi ke arah pembentukan modal insan terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi yang amat dahagakan para ilmuan, orentalis dan cendekiawan yang segar dengan inovasi terkini menurut peredaran zaman.

Di dalam merencanakan pembangunan sains dan teknologi serantau Bumi Malaysia, harus juga ditekankan kepada pembangunan akhlak, moral dan jati diri dikalangan modal insan agar ilmu yang digendong terus mekar dengan keperibadian mulia bagi menjamin kesejahteraan Negara kita yang kaya dengan pelbagai keturunan anak dan bangsa. Ini selaras dengan Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia iaitu untukmembentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. (Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, 2003).

Justeru, pembangunan modal insan dari segi sahsiah ini amat memerlukan sokongan jitu dari pendidik yang memacu mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Para guru Pendidikan Moral haruslah sentiasa segar dengan ciri-ciri guru yang cemerlang agar dapat menjayakan matlamat ini dengan gemilang.Guru juga haruslah berketerampilan, mempunyai daya tarikan yang dapat mendorong pelajar untuk bermotivasi mendengar dan melaksana ilmu yang diterbitkan olehnya.CIRI-CIRI PERSONALITI GURU PENDIDIKAN MORALBagi merencanakan tugasan ini saya telah memilih dua orang guru bagi mata pelajaran Pendidikan Moral yang dilihat mempunyai ciri-ciri personaliti yang mampu menarik minat pelajar-pelajar dan saya sendiri untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral yang hendak disampaikan.

Personaliti dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain. (Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus. et.all. 2007)

Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang. Ia dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti boleh dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah. Sementara itu, Murugian (1996) pula telah menghuraikan personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran.Personaliti yang baik semestinya diterapkan di dalam diri individu itu. Personaliti yang ada pada seorang guru menjamin kecermerlangan pencapaian akademik secara menyeluruh kerana personaliti yang baik dapat meningkatkan motivasi dan pelajar. Hal ini didokong oleh Barrick dan Mount (1991) ; Hough dan Ones (2001) ; Salgado (1997) yang menegaskan personaliti berupaya untuk menjadi peramal yang sah kepada prestasi kerja individu, terutamanya dalam bidang perguruan.USAHA-USAHA MENINGKATKAN TARAF MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral lazimnya menjadi mata pelajaran minor yang disisihkan di sekolah. Pelaksanaan mata pelajaran ini di sekolah acapkali diambil enteng kerana ia bukanlah daripada sujek teras di dalam peringkat pendidikan sekolah rendah. Pembahagian jadual pelaksanaan sesi pegajaran dan pembelajaran bagi subjek ini juga sering diambil mudah. Rata-rata pentadbir di peringkat Sekolah Rendah menganggap mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran pelengkap jadual waktu sahaja. Lantaran itu, guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral adalah bukan dikalangan guru opsyen. Sering juga guru yang mengajar subjek ini bertukar ganti sepanjang tahun apabila jadual waktu guru bertukar.

Pelbagai usaha telah diambil bagi kedua-dua orang guru yang menerajui mata pelajaran ini bagi menambah dan meningkatkan taraf mata pelajaran Pendidikan Moral ini. Di antara usaha yang dijalankan oleh mereka dan ahli panitia Pendidikan Moral di sekolah ini adalah:

i.menambah sumber pengajaran dan pembelajaranii.mengadakan latihan dan bengkel berkaitan pendidikan moraliii.mengadakan bilik akses bahan pendidikan moraliv.menyediakan suasana pembelajaran yang selesaMENAMBAH SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPada peringkat awal sekolah di buka pada tahun 2005, terdapat pelbagai kekurangan bagi mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Ini kerana pihak sekolah lebih banyak menghabiskan peruntukan yang diberikan bagi menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek-subjek teras. Guru-guru Pendidikan Moral telah berusaha menyediakan bahan-bahan bantu mengajar bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru ini juga mengadakan pelbagai aktiviti pertandingan di kalangan pelajar bagi menambah bahan pembelajaran seperti pertandingan mereka model rumah ibadat, buku skrap dan persembahan power point bagi topik-topik yang diajar di dalam silibus Pendidikan Moral.MENGADAKAN LATIHAN DAN BENGKEL BERKAITAN PENDIDIKAN MORALOleh kerana ramai guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral adalah daripada guru yang bukan opsyen, latihan dalam perkidmatan, perbincangan profesional dan bengkel-bengkel bagi membincangan hal-hal berkaitan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral ini telah diadakan secara berperingkat. Mereka juga cuba mempertahankan agar guru-guru yang telah mengikuti kursus dalam perkhidmatan bagi subjek ini dikekalkan untuk mengajar subjek ini pada tahun-tahun berikutnya.

Latihan, bengkel dan perjumpaan profesional ini diadakan bagi memberikan pengisian kepada guru-guru mengenai kaedah, pendekatan dan teori yang doleh digunakan bagi mengajar subjek ini. Selain dari itu, guru-guru juga akan diberikan taklimat tentang bagaimana menyediakan rancangan mengajar bagi mata pelajaran Pendidikan Moral.MENGADAKAN BILIK AKSES BAHAN PENDIDIKAN MORALSetelah berusaha menghasilkan kertas kerja bagi penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru-guru ini telah berjaya meyakinkan pihak pentadbir sekolah untuk mengendalikan sebuah Bilik Akses bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Antara kandungan di dalam Bilik Akses ini adalah pelbagai jenis buku rujukan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral, kad-kad soalan akses kendiri, dan bahan-bahan pameran bagi subjek ini seperti buku-buku skrap yang telah dihasilkan oleh pelajar dan model-model binaan pelajar. Bilik ini telah dihiasi dengan ceria, cantik dan bermaklumat.MENYEDIAKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG SELESA DAN BERKESAN

Guru-guru ini cuba untuk menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif seperti menyedikan bahan-bahan bantu mengajar yang menarik, menyusun dan mempelbagaikan aktiviti yang menarik minat murid. Selain dari itu susun atur di dalam Bilik Pendidikan Moral juga telah diubahsuai dengan kreatif dan selesa bagi kegunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut:

i.guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan,ii.guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya,iii.pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa, daniv.pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguhULASAN KRITIKAL KEBERKESANAN USAHA PENINGKATAN TARAF MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORALUsaha bagi meningkatkan taraf mata pelajaran Pendidikan Moral adalah amat penting dewasa ini kerana Negara yang terdiri daripada pelbagai generasi dan keturunan ini memerlukan pengisian dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek bagi menjamin kekukuhan perpaduan dikalangan warganya. Justeru Pendidikan Moral di Malaysia merupakan satu jambatan bagi menyalurkan misi perpaduan Negara agar lebih jelas dan seterusnya dapat diperaktikkan oleh warganya. Ini seiring dengan Misi Nasional kina yang memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan Minda Kelas Pertama sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju.(sumber : PIPP, 2006-2010).

Usaha yang diambil bagimenambah sumber pengajaran dan pembelajaranyang dilaksanakan oleh guru-guru ini adalah penting bagi menggapai wahana yang telah direncanakan. Kini sistem pendidikan kian berkembang dengan pesat. Guru yang cakna akan scenario ini akan sentiasa berusaha memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajarannya agar sentiasa segar dengan perkembangan pendidikan semasa. Kepelbagaian bahan pembelajaran adalah penting bagi menarik minat pelajar untuk menerima ilmu yang ingin disampaikan. Justeru, golongan kiai Pendidikan Moral haruslah berusaha memajukan bahan pembelajaran sejajar dengan fokus dan strategi pembangunan modal insan yang dicanangkan iaitu untuk menyediakan infrastruktur dan perkakasan mencukupi bagi pembestarian sekolah.

Kepentingan mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi memastikan pelajar meminati subjek yang diajarkan. Ini juga jelas dinyatakan di dalam Fokus dan Strategi Membangunkan Modal Insan iaitu untuk memantapkan kurikulum dengan meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. (sumber PIPP, 2006-2010).

Cara meningkatkan kualiti dan taraf Pendidikan Moral melalui sesi perbincangan professional, Latihan Dalam Perkidmatan, dan melalui bengkel-bengkelyang dianjurkan juga amatlah penting. Ini sejajar dengan Teras strategik PIPP yang ke-5 iaitu untuk Memartabatkan Profesion Keguruan.Berdasarkan PIPP peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.

Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.

Bagi menjayakan PIPP, adalah penting mengadakan sesi pertemuan di antara guru yang membolehkan pertukan idea, dan bahan mengajar untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti ini guru boleh memperkayakan diri dengan meningkatkan kemahiran menggunakan ICT dengan baik agar dapat diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui latihan-latihan ini guru Pendidikan Moral dapat mengilhamkan inovasi yang dapat membantu di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bilik Akses Kendiri bagi mata pelajaran Pendidikan Moral banyak membantu pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan dan mengakses bahan-bahan bagi menyelesaikan projek, kerja rumah, melengkapkan nota dan tugasan yang diberikan. Usaha ini dapat menaikkan semangat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran ini disamping membantu pelajar meningkatkan kemahiran belajar secara kendiri.

Suasana yang selesa dan kondusif yang telah diaplikasikan di dalam Bilik Pendidikan Moral amatlah bertepatan bagi melahirkan modal insan yang bersemangat waja untuk mempelajaran apa yang hendak disampaikan oleh guru kenyataan ini disokong oleh Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006) yang menyatakan bahawa keadaaan yang selesa dan kondusif ini akan menjadikan guru-guru sentiasa bersemangat untuk memberikan komitmen yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu meningkatkan motivasi pembelajaran.CADANGAN DAN JUSTIFIKASI PELAKSANAAN ALTERNATIF YANGLEBIH BERKESANMengamalkan Budaya Kerja Yang Cemerlang

Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia.(Tan SriMuhyiddin Yassin, 2011. Justeru guru perlu mempunyai budaya kerja yang cemerlang bagi mencapai matlamat ini.Budaya cemerlang telah ditekankan di dalam FPN dan Wawasan 2020. Oleh itu, cita-cita yang besar ini perlu diiringi dengan kerja-kerja yang besar, pengorbanan dan perjuangan. Budaya cemerlang telah dijelmakan melalui Dasar Pandang ke Timur (1982), Bersih, Cekap dan Amanah (1982), Kepimpinan Melalui Teladan (1983) dan Penerapan Nilai-Nilai Islam (1985/86). Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dilancarkan pada 20 November 1989. Penekanan ialah kepada mutu kerja dan produktiviti melalui penerapan nilai-nilai dan budaya kerja koporat . Pada 31 Oktober setiap tahun, iaitubermula dari tahun 1991, ditetapkan sebagai Hari Q perkhidmatan awam. Prestasi dan pencapaian bukanlah suatu yang statik. Manusia tidak boleh berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian yang dicapai. Satu konsep utama untuk membangunkan budaya cemerlang ialah amanah. Menurut Islam seluruh diri dan hidup manusia adalah amanah. Manusia bertanggung jawab untuk melaksanakannya dan penanggungjawabannya yang tertinggi ialah kepada Allah S.W.T. Kecemerlangan mesti dijadikan motto, pegangan dan amalan. Budaya kerja cemerlang yang disarankan olehPerkhidmatan Awam Malaysia mengandungi dua nilai utama dan lima nilai sokongan. Nilai-nilai utama ialah keutuhan (integrity) dan prestasi yang bermutu. Nilai-nilai sokongan pula ialah berorentasikan pelanggan, berorentasikan kemanusiaan, inteletualism, profesionalisme dan daya serta disiplin diri. Sementara itu dalam budaya koporat diutamakan rasa kepunyaan, kesetiaan. partisipasi, komitmen, dedikasi dan kecemerlangan.Memantapkan Organisasi Dan Pentadbiran Kurikulum Sekolah

Guru-guru ini haruslah berusaha memberikan pemahaman kepada pihak pentabdir sekolah agar menganggap mata pelajaran Pendidikan Moral adalah sama penting dengan mata pelajaran lain. Ini kerana jika pihak pentadbir sekolah memainkan peranan yang penting di dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Menurut Wan Liz Ozman (1996), ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang besar dalam mencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan dan keberkesanan organisasi tersebut. Seseorang pemimpin yang tidak mempunyai wawasan yang jelas mengenai objektif dan arah tujuan organisasinya sudah tentu tidak akan dapat mengemudikan organisasi tersebut ke arah matlamat yang tepat. Maju atau mundurnya sesebuah organisasi itu bergantung kuat kepada kualiti dan gaya kepimpinan pemimpin yang memegang tanggungjawab tersebut. Penerimaan ahli organisasi kepada pemimpin akan menentukan kecemerlangan organisasi tersebut.Berkhidmat Dengan IkhlasGuru yang cemerlang dan mampu memberikan impak terhadap pembangunan modal insan haruslah sentiasa meningkatkan prestasi kerja bagi menjamin pembentukan modal insan yang berketerampilan dan cemerlang dari pelbagai bidang. Bekerja dengan jujur, ikhlas demi membangunkan anak bangsa yang bakal menerajui Negara kelak. Golongan hijau ini haruslah dipupuk mindanya agar produktif terhadap pembangunan Negara di masa akan datang.

Pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan direncana dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan untuk memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah. Matlamat akhirnya sudah tentulah untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi apa-apa makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif.(Tan SriMuhyiddin Yassin, 2011)Integriti bukan hanya satu nilai atau amalan yang perlu diamalkan setiap masa bahkan nilai murni itu mesti lahir dari sanubari setiap insan.(Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2007).

Justeru guru pendidikan Moral haruslah mempunyai keazaman yang kukuh, dan keikhlasan yang luhur dalam mendidik para canterik agar cemerlang di dalam bidang pengajarannya.CADANGAN BAGI MENINGKATKAN KEBOLEHAN DAN KEMAMPUAN GURU PENDIDIKAN MORAL YANG LEBIH BERKUALITIMengamalkan Prinsip Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

Menurut Prof. Cr Khadijah Rohani et.all. (2009), Prinsip pembelajaran merujuk kepada dasar-dasar yang menerangkan cara pembelajaran boleh berlaku secara berkesan. Prinsip pembelajaran yang boleh dilaksanakan adalah:

i.Kesediaan pembelajaranPelajar hendaklah mempunyai kesediaan fizikal, mental, emosi sebelum memulakan sesuatu pembelajaran. Guru haruslah memastikan kesediaan belajar pelajar sebelum memulakan sesi P&P.ii.PengalamanMenggunakan konsep pembelajaran secara kognitif iaitu pelajar mempelajari isi pelajaran secara aktif. Pelajar akan belajar melalui membuat iaitu membina pengetahuan baru melalui aktiviti yang dijalankan. Guru perlu menyediakan aktiviti yang dapat dijalankan pelajar untuk membina pengetahuan mereka sendiri.iii.Unsur jenakaMenyelitkan unsur jenaka di dalam sesi P&P supaya pelajar lebih mesra dan berminat untuk belajar. Guru yang peramah dan ceria akan menarik minat pelajar untuk belajar dengannya.iv.MotivasiMemotivasikan pelajar dengan peneguhan positif dan negatif di dalam pembelajaran agar pelajar merasa diri mereka dihargai dan diberi perhatian. Guru yang sering memotivasikan pelajar akan disayangi dan dijadikan sebagai role-model di dalam pembinaan sahsiah dan peribadi mereka.Mengamalkan Ciri-Ciri Guru Yang Berkesan

Guru pendidikan moral juga perlu mengamalkan ciri-ciri guru yang berkesan untuk meningkatkan kebolehan dan kemampuan mereka sebagai guru pendidikan moral yang lebih berkualiti. Antara ciri-ciri guru yang berkesan adalah:Menguasai Pedagogi, Teori dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Menguasai pedagogi Pendidikan Moral adalah amat penting bagi seorang guru Pendidikan Moral Oleh yang demikian, guru Pendidikan Moral harus sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan melaui pelbagai medium seperti pembacaan dan pendidikan kendiri seperti melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pendidikan Moral. Ini kerana guru Pendidikan Moral perlu menggunakan teknik dan strategi pengajaran yang pelbagai bagi menggalakkan pembangunan pelbagai kemahiran pelajar dan tahap di kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan, keperluan, minat, dan latar belakang (Martin et al., 1994).

Guru Pendidikan Moral juga perlu melibatkan pelajar dalam pembelajaran secara kolaberatif dengan menggunakan pelbagai teknik pembelajaran secara berkumpulan serta berkemahiran mengaplikasikan pelbagai alat-alat teknologi dalam mencari maklumat, mengumpul dan memproses data dan mempermudahkan pembelajaran Pendidikan Moral. Di samping itu, guru juga perlu memahami kerangka alternatif pelajar dan berusaha mengubahnya ke arah pemahaman konsep yang sebenar dan menimbulkan persekitaran yang selamat dan menggalakkan pembelajaran (Driver, 1983).

Guru juga perlu menguruskan masa dengan cekap supaya segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan efektif (Behet, 1997; Everston dan Harris; 1992; Ross 1992 dan Palincsar dan Brown 1989).Meningkatkan Prestasi Ke Arah Pembangunan Profesional

Guru Pendidikan Moral secara berterusan perlu berusaha untuk membangun dan berubah secara personaliti mahupun profesional bagi memenuhi pelbagai kehendak pelajar, sekolah, komuniti dan profesyen (Osborne dan Freyberg, 1985). Guru juga perlu mempunyai hasrat dan kecenderungan yang tinggi dalam usaha untuk berkembang dan maju ( Sufean, 1996). Oleh itu, guru Pendidikan Moral seharusnya melibatkan diri secara aktif dan berterusan mencari peluang-peluang untuk mempertingkatkan kemahiran diri seperti bengkel keprofesionalan dan kepimpinan yang berupaya memenuhi kriteria guru sains yang cemerlang (Ogborn, 1977).Amalan Refleksi Di dalam Pengajaran

Pemikiran dan amalan refleksi dianggap sebagai suatu aktiviti kognitif. Dewey (1933) menegaskan bahawa proses refleksi yang melibatkan berlakunya ketakseimbangan dalam struktur kognitif mengakibatkan individu berfikir secara aktif dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bell dan Davis (2000) mendapati proses pemikiran dan amalan refleksi yang dimuatkan dalam sesuatu perisian saintifik dapat menyokong dan membantu merangsang pelajar melakukan aktiviti kognitif bagi memahami dengan lebih jelas sesuatu konsep pembelajaran. Refleksi merupakan suatu proses pembangunan diri dan penambahbaikan berterusan bagi mencapai tahap keprofesionalan dalam kerjaya khususnya kerjaya perguruan (Corcoran dan Leahy, 2003).

Menurut Steffy dan Wolfe (1997), guru yang berkesan perlu membangunkan satu orientasi terhadap kerjanya termasuk proses pembaharuan dan penambahbaikan dalam prestasi pengajaran yang dilaksanakan. Kajian yang dilakukan oleh Mills dan Satterthwait (2000) ke atas guru pelatih tahun pertama di Universiti Queensland bagi mengkaji persepsi guru pelatih terhadap elemen yang perlu ada pada seseorang guru yang efektif mendapati kebanyakkan guru pelatih menyatakan bahawa dengan mengamalkan pemikiran dan amalan refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mereka menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan berkesan.

Mempraktikkan amalan refleksi secara berterusan bagi mengenalpasti cara dan teknik untuk memperbaiki segala kelemahan diri dengan mengumpulkan maklumat daripada pelajar, penyelia, rakan sejawatan serta perbincangan yang dilaksanakan bersama ibu bapa, rakan-rakan dan lain-lain. Keseluruhannya, matlamat pengajaran sains yang berkesan sebagaimana yang telah dibincangkan menjadi asas dan hala tuju yang cuba dicapai dan dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral oleh guru-guru Pendidikan Moral.PENUTUPSelain daripada memperkasakan diri dengan ilmu dan kemahiran di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral seorang guru Pendidikan Moral juga haruslah mempunyai memiliki bakat, minat, panggilan jiwa, dan idealisme sebagai seorang pendidik. Profesionalisme dalam pendidikan memerlukan guru yang mampu mempunyai instinct bagi memahami kerenah pelajarnya. Guru juga harus menguasai secara mendalam di dalam bidang keilmuannya bagi memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Justeru guru haruslah sentiasa bersikap positif agar mampu "membangun" manusia muda dengan penuh rasa percaya akan diri sendiri melalui penambahan ilmu yang sentiasa segar diminda. Ini adalah penting bagi menjamin Pendidikan Moral di sekolah mampu melahirkan cendekiawan yang penuh dengan rasa tanggungjawab, serta mampu mengekalkan kesejahteraan Negara. Jika guru dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik dan jitu maka akan tercapailah visi yang pernah dilahirkan olehAllahyarham Aminuddin Baki, yang mengimpikan satu sistem pendidikan negara yang memaparkan perpaduan kaum sebagai satu usaha utama yang harus dilakukan. Visi ketiga yang ingin diketengahkan ialah, mengutamakan pendidikan moral sebagai satu usaha untuk memelihara warisan ketimuran. Ini kerana masyarakat Tanah Melayu yang berbilang bangsa dan kaya dengan nilai hidup masyarakat.. Nilai-nilai moral ini perlu ada sejajar dengan perkembangan zaman dalam mencapai kemajuan. Bagi mencapai hasrat ini adalah melalui pendidikan, dengan memperkemaskan proses pendidikan agar tujuan tercapai. Ini selaras dengan hasratKPM untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.

Haruslah diingat wahai golongan kiai Negara, peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara. KPM berhadapan dengan cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. Harapan KPM adalah memupuk jati diri melalui kurikulum, program kurikulum dan sukan serta berharap agar sistem pendidikan dapat melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan leberalisasi.

BIBLIOGRAFIAHMAD ZABIDI ABDUL RAZAK.(2006) Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi. Pembelajaran Jurnal Pendidikan 31 3 - 19 3: KPM

Brophy, J. E. dan Good, T. L. (1986). Teaching behavior and student achievement. In M.

C. Wittrock (Ed.), Handbook of research on teaching, 3rd ed., (pp. 328-375).

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Teks ucapan Sambutan Hari Guru 2011Tan Sri Muhyiddin Yassin, 2011.

Halpin, A.W. & Croft D.B. 1963. The organizational climate of school. Chicago: Midwest Administration Center, University of Chicago.

Lederman, N. G., dan Niess, M. (1997). The nature of science: Naturally? School Science and Mathematics. 97(1), 1-2. New York : Macmillan

Noraini Idris, Azis Nik Pa (Nik.).2006.Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia. Jurnal Pendidikan. UTM. Tidak diterbitkan.

Ogborn J. (1977). Practical Work in Undergraduate Student. London:Heinman.

Osborne, R. dan Wittrock, M. (1985). The generative learning model and its implications for learning science. Studies in Science Education. 12, 59-87.

Prf. Dr. Khatijah Rohani Mohd Yunus. 2006. HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN. Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Prf. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali.etl 2005. HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN. Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Rahmad Shukor Abdul Samad. 2006. HBME1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL. Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Rahmad Shukor Abdul Samad. 2007. HBME1203 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1. Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Rahmad Shukor Abdul Samad. 2007. HBME2103 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 2. Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

ROBIAH SIDIN. etl.all. (2001). Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan Jurnal Pendidikan 27 (2001) 35 - 45. Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan di Kalangan Belia di Malaysia. KPM.

Saharudin Suhaidi. 2008. HBME3103 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 4. Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Wan Liz Ozman Wan Omar. 1996. Pengurusan Islam abad ke-21: Revolusi pengurusan untuk keunggulan sektor awam dan korporat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

JADUAL PENENTUAN UJIANBagi Kertas Ujian Pendidikan Moral

Aras kemahiran isi atau kandunganPengeta-huan (5.0%)Kefaha-haman(25%)Aplikasi

(55%)Analisis

(10%)Sintesis

(2.5%)Peni-laian(2.5%)Jumlah

Nilai kebersihanFizikal & mental

Nilai harga Diri

Sayang terhadap keluarga

Tanggung jawab terhadap masyarakat

Cinta akan Negara

Kebersihan & Keindahan Alam Sekitar

1

1

1

1

1

1

4

2

1

1

1

4

11

4

1

3

1

1

2

2

6

20

8

2

Jumlah310224140

Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Contoh jadual ini menunjukkan 2 soalan topik 1 (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi), 20 soalan topik 4 (1 soalan aras pengetahuan, 4 soalan aras kefahaman, 11 soalan aras aplikasi, 3 aras soalan analisis dan 1 soalan aras sintesis) yang perlu disediakan untuk ujian berkenaan.

Pada umumnya dari JPU di atas, peratus taburan soalannya ialah:

5.0% aras pengetahuan25% aras kefahaman55% aras aplikasi10% aras analisis2.5% aras sintesis2.5% aras penilaian

JPU memberi faedah-faedah berikut iaitu:-

menunjukkan ujian bukan dibina secara sembarangan.menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlainan.membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .

Ee Ah Meng (1994)Pendidikan Moral (Elektif)Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.