minit mesyuarat taklimat skpm

Upload: mohd-izzatt-tazali

Post on 04-Jun-2018

593 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Minit Mesyuarat TAKLIMAT Skpm

    1/7

  • 8/13/2019 Minit Mesyuarat TAKLIMAT Skpm

    2/7

    23. Pn. Suraiza binti Abdullah

    24. Pn. Wan Hayazi binti Wan Abdullah

    (Guru Prasekolah)

    25. En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe

    26. En. Yusrizal bin Yusoff

    (Penyelaras ICT)

    Tidak Hadir Bersebab:

    1. Pn. Hartina binti Rosdi

    (SU Pentadbiran)

    2. Pn. Hasnah binti Wahab

    3. Pn. Nur Nasihah binti Abdullah

    (Guru SAL)

    4. En. Rohisyam bin Abidin

    (SU Kokurikulum)

    5. Pn. Sharizah binti Abdullah

    (SU Peperiksaan)

    6. Pn. Suriany binti Idris

    (SU HEM)

    1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

    1.1 Ucapan AluanPengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

    1.2 SKPM ada dua versi, 2003 & 2010. SKPM 2010 terdapat 5 standard yang dinilai

    dengan skor 6 adalah skor tertinggi dan perlu diberi justifikasi yang jelas.

    2.0 UCAPAN / TAKLIMAT OLEH EN. MOHD NADZARI BIN BAHAROM.

    2.1 Pengumuman

    1. Pertandingan WEB 15-31 Oktober 2013

    Tindakan :EN. YUSRIZAL BIN YUSOFF

    2. Sila isi Ujian Kompetensi Guru secara on-line sebelum 2 Oktober 2013.

    3. Salinan akujanji perlu dimasukkan dalam buku ringkasan mengajar.

    4. Penilaian terbaru terhadap prestasi PPP akan menggunakan instrument Penilaian

    Bersepatu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bermula 2013 dan akandigunakan sepenuhnya pada 2015, untuk mendapat maklumat lanjut guru-guru

    boleh melayari laman sesawang berkaitan di http://apps.moe.gov.my/smg/10/.

    Walaubagaimanapun satu taklimat berkaitan akan diadakan pada 4 Oktober 2013

    jam 3 petang.

    5. Guru kelas hendaklah melengkapkan data murid di APDM.

    6. Rekod kedatangan murid secara on-line, guru pertama masuk ke kelas mesti

    menghantar slip kehadiran ke pejabat.

    7. Buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu dilengkapkan dengan refleksi.

    8. Laporan ke Sektor Pengurusan Akademik akan dihantar selewatnya 8 haribulan

    setiap bulan, meliputi analisis pencerapan PdP, semakan buku murid dan analisis

    penghantaran Buku Rancangan Mengajar guru.

    Tindakan : SEMUA GURU

  • 8/13/2019 Minit Mesyuarat TAKLIMAT Skpm

    3/7

    2.2 Taklimat SKPM

    1. Terdapat 5 Standard yang dinilai. Skor 6 adalah skor tertinggi bagi setiap aspek

    dinyata dengan diskripsi yang jelas.

    2. Setiap aspek dalam SKPM 2010 lebih memfokuskan kepada keberhasilan murid

    berbanding SKPM Versi 2003 yang lebih menumpukan kepada aspekpengurusan guru.

    3. STANDARD 1 : KEPIMPINAN DAN HALA TUJU, terdapat 8 aspek, antara

    aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:

    1.1 Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk

    menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat

    sekolah.

    1.2 Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi menjadi hala tuju seluruh

    warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan.

    1.3 Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk

    perkongsian idea dan maklumat.

    1.4 Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik untuk

    mencapai matlamat dan objektif sekolah.

    1.5 Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan

    kualiti kerja.

    1.6 Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

    untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah

    1.7 Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan mewujudkan

    persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar1.8 Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi

    memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.

    4 STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASIterdapat 8 aspek, antara

    aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:

    2.1 Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja warga sekolah.

    2.2 Kemudahan prasarana diurus untuk memastikan keselesaan dan

    keselamatan warga sekolah.

    2.3 Kewangan, aset alih dan aset tidak alih kerajaan diurus untuk memastikansetiap perbelanjaan memberi pulangan yang optimum.

    2.4 Data dan maklumat diurus supaya mudah diakses dan dimanfaatkan.

    2.5 Sumber pendidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi diurus bagi

    menyokong peningkatan kualiti pembelajaran.

    2.6 Persekitaran dan suasana yang kondusif diwujudkan bagi memastikan

    kesejahteraan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab.

    2.7 Permuafakatan strategik diwujudkan untuk memperoleh sumbangan dan

    sokongan pelbagai pihak bagi manfaat sekolah.

    2.8 Asrama diurus untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan

    perkembangan sahsiah murid.

  • 8/13/2019 Minit Mesyuarat TAKLIMAT Skpm

    4/7

    5 STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM,

    SUKAN DAN HAL EHWAL MURID : 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM

    terdapat 5 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:

    3.1.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan

    kurikulum kebangsaan.

    3.1.2 Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan

    pengajaran.3.1.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus untuk menyokong

    peningkatan prestasi murid.

    3.1.4 Jadual waktu disediakan bagi membolehkan pembelajaran dan pengajaran

    dilaksanakan dengan teratur.

    3.1.5 Peperiksaan awam, pentaksiran dan penilaian diurus untuk mengesan

    pencapaian dan masalah pembelajaran murid.

    6 STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM,

    SUKAN DAN HAL EHWAL MURID : 3.2 PENGURUSANKOKURIKULUM DAN SUKANterdapat 6 aspek kritikal yang perlu dinilai

    adalah seperti berikut:

    3.2.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan

    kokurikulum dan sukan.

    3.2.2 Kelab dan Persatuan diurus untuk memastikan penglibatan murid secara

    menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran di bilik darjah.

    3.2.3 Badan Beruniform diurus untuk memastikan penglibatan murid secara

    menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan perwatakan

    murid dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

    3.2.4 Program Sukan untuk semua diurus untuk memastikan penglibatan murid

    secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pengetahuan,

    kemahiran dan pembangunan sahsiah murid.

    3.2.5 Program sukan untuk kecemerlangan diurus untuk mengesan dan

    memperkembangkan bakat serta potensi murid ke arah peningkatan

    pencapaian sukan sekolah.

    3.2.6 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan diurus untuk mengesan

    pencapaian murid.

    7 STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM,SUKAN DAN HAL EHWAL MURID: 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL

    MURIDterdapat 4 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:

    3.3.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan

    Hal Ehwal Murid (HEM)

    3.3.2 Disiplin murid diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif murid.

    3.3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disediakan untuk membantu dan

    membimbing murid dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan kerjaya

    murid.

    3.3.4 Perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan keselamatan disediakan untukmemastikan kesejahteraan murid.

  • 8/13/2019 Minit Mesyuarat TAKLIMAT Skpm

    5/7

    8 STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN:

    Aspek 4.1 Penglibatan murid - Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya

    pembelajaran berkesan.

    Aspek 4.2 Penguasaan pembelajaran murid - Penguasaan pembelajaran murid

    selaras dengan objektif yang ditetapkan.

    Aspek 4.3 Hasil kerja murid - Hasil kerja murid yang berkualiti dapat

    mengukuhkan pembelajaran.Aspek 4.4 Perancangan dan persediaan guru - Perancangan dan persediaan yang

    rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran.

    Aspek 4.5 Kaedah Penyampaian - Kaedah penyampaian yang sesuai

    meningkatkan pencapaian objektif pelajaran.

    Aspek 4.6 Kemahiran Komunikasi - Komunikasi berkesan memudahkan

    pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.

    Aspek 4.7 Penggunaan Sumber Pendidikan - Penggunaan sumber pendidikan

    yang berkesan membantu mengukuhkan pembelajaran murid.

    Aspek 4.8 Penilaian - Penilaian yang berterusan meningkatkan keberkesanan

    P&P.

    Aspek 4.9 Teknik Penyoalan - Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan

    pemahaman murid.

    Aspek 4.10 Penguasaan Isi Kandungan - Penguasaan isi kandungan yang

    mendalam membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas

    dan tepat.

    Aspek 4.11 Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/Padang) -

    Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif

    untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

    Aspek 4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan - Pematuhan etika kerja danamalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan

    murid terhadap guru.

    9 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID : 5.1 KEMENJADIAN MURID

    PRASEKOLAHterdapat 6 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti

    berikut:

    5.1.1 Peratus murid yang menguasai Tunjang Komunikasi dalam tahun terkini.

    5.1.2 Peratus murid yang menguasai Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai dalam

    tahun terkini.5.1.3 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Sains dan Teknologi dalam

    tahun terkini.

    5.1.4 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Kemanusiaan dalam tahun

    terkini.

    5.1.5 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Fizikal dan Estetika dalam

    tahun terkini.

    5.1.6 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Ketrampilan Diri dalam

    tahun terkini.

    10 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID: 5.3.1 KEMENJADIAN MURID

    SEKOLAH RENDAH PKSterdapat 3 aspek kritikal yang perlu dinilai

    adalah seperti berikut:

  • 8/13/2019 Minit Mesyuarat TAKLIMAT Skpm

    6/7

    5.3.1.1 Peratus murid menguasai sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata

    pelajaran Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) (Peperiksaan Akhir Tahun)

    terkini.

    5.3.1.2 Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKS

    (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini.

    5.3.1.3 GPS dinyatakan dalam bentuk peratus bagi PKS (Peperiksaan Akhir

    Tahun) terkini.

    11 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID: 5.3.2 KEMENJADIAN MURID

    SEKOLAH RENDAH UPSRterdapat 3 aspek kritikal yang perlu dinilai

    adalah seperti berikut:

    5.3.2.1 Peratus murid menguasai sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata

    pelajaran UPSR terkini.

    5.3.2.2 Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran UPSR

    terkini.

    5.3.2.3 GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam UPSR terkini.

    12 Setiap jawatankuasa telah menepati aspek-aspek SKPM, walaubagaimanapun

    usaha untuk memperlengkapkan eviden harus dipertingkatkan.

    13 Setiap program yang dilaksanakan mesti mempunyai kertas kerja, instrument

    penilaian keberkesanan program dan laporan.

    14 Perlu lihat instrumen dan buat tindakan untuk membentuk budaya pelajar.

    15 Strategi untuk meningkatkan pencapaian SKPM antaranya memperbanyakkan

    aktiviti berbentuk pertandingan sama ada aktiviti badan beruniform, kelab dan

    persatuan dan sukan permaianan agar lebih ramai murid terlibat dan mencapai

    kejayaan sekurang-kurangnya di peringkat sekolah.

    16 Rekod penglibatan murid dan sijil pencapaian murid perlu difailkan.

    17 Peruntukan Bantuan Kokurikulum (BKK) dan Bantuan Tambahan Persekolahan

    (BTP) boleh digunakan oleh persatuan ko-akademik untuk menjalankan aktiviti.

    18 Sahsiah murid termasuk sikap murid, mengamalkan ketepatan masa, pergerakan

    kumpulan dan menjaga harta benda sekolah.

    19 Semua data perlu dilengkapkan sebelum 30 November.

    Tindakan : SEMUA GURU

    3.0 HAL-HAL LAIN

    3.1 Anugerah sekolah adalah anugerah untuk semua.

    3.2 Ucapan cikgu Chatri;

    a. Aisyah Hazwani murid tahun 6 telah menyertai Story Telling di Melaka

    mewakili negeri Perlis peringkat kebangsaan diiringi oleh Pn. Nur Nasihah.

    b. Mengucapkan terima kasih kepada Panitia Bahasa Inggeris di atas lawatan ke

    Siam.

    c. Panitia Bahasa Melayu membuat lawatan ke Sungai Petani.

    d. Thanakwud telah dipilih wakil untuk menyertai Jambori Pengakap peringkatantarabangsa.

    MAKLUMAN

  • 8/13/2019 Minit Mesyuarat TAKLIMAT Skpm

    7/7

    4.0 UCAPAN PENANGGUHAN

    Mesyuarat / taklimat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang dengan ucapan terima kasih dan

    Salam.

    Disediakan oleh: Minit ini dicatat oleh:

    ..

    SALIHAH BINTI ABD KADIR SALIHAH BINTI ABD KADIR

    Setiausaha Kurikulum Setiausaha Kurikulum

    Sek. Keb. Guar Nangka, Perlis. Sek. Keb. Guar Nangka, Perlis.