penerangan skpm

Upload: roszelan-majid

Post on 30-May-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    1/21

    SKPM

    BAB II: PERNYATAAN STANDARD

    Pernyataan Standard ini terdiri daripada dua belas elemen yang

    dikelompokkan kepada empat dimensi.

    Guru Besar atau Pengetua atau orang-orang yang bertanggungjawab ke

    atas pengurusan sekolah hendaklah memastikan kesemua elemen berikut

    diamalkan di sekolah:

    DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN

    Elemen1 : Visi Dan Misi

    Sekolah hendaklah mengadakan visi, iaitu pernyataan yang

    menggambarkan hala tuju sekolah yang cekap menghasilkan murid

    yang sempurna.

    Sekolah hendaklah mengadakan misi, iaitu cara atau pendekatan atau

    kaedah merealisasikan visi tersebut.

    1.1 Penggubalan visi dan misi hendaklah:

    a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan

    2020 dan perkembangan semasa;

    b. mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman,

    potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti

    setempat; dan

    c. dibuat secara kolektif.

    PERNYATAAN STANDARD 8

    8

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    2/21

    SKPM

    1.2 Visi dan misi yang digubal hendaklah:

    a. dihayati oleh warga sekolah;

    b. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan kerja

    harian warga sekolah;

    c. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang

    munasabah;

    d. memberi impak kepada warga sekolah; dan

    e. dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan

    keperluan.

    Elemen 2 : Kepimpinan

    2.1Guru Besar/Pengetua hendaklah menerajui dan menggerakkan

    seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan

    cara:

    a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi

    dan misi;

    b. mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi

    (misalnya dengan mengambil kira latar belakang warga

    sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);

    c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja

    secara sepasukan dengan semangat kekitaan;

    PERNYATAAN STANDARD 9

    9

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    3/21

    SKPM

    d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan konflik;

    dan

    e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir di

    kalangan warga sekolah dengan menyediakan saluran

    pencetus minda di kalangan warga sekolah seperti kajian

    tindakan, pembentangan hasil kajian, perbincangan intelektual

    dan sebagainya.

    2.2 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengamalkan sistem komunikasi

    yang berkesan dengan:

    a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra;

    b. memberi peluang kepada warga sekolah untuk

    mengemukakan pendapat;

    c. merangsang percambahan fikiran di kalangan warga sekolah;

    dan

    d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif.

    2.3 Guru Besar/Pengetua hendaklah memberi motivasi dan doronganyang dapat membina dan membangunkan keyakinan serta daya

    maju warga sekolah secara berterusan dengan cara:

    a. memberi sokongan moral dan material;

    b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan;

    c. membuat penilaian secara adil;

    PERNYATAAN STANDARD 10

    10

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    4/21

    SKPM

    d. menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan

    warga sekolah; dan

    e. memberi teguran dan nasihat membina.

    2.4 Guru Besar/Pengetua hendaklah memainkan peranan yang

    berkesan sebagai pemimpin kurikulum1 dengan:

    a. mengajar sejumlah waktu mengikut Surat Pekeliling2 yang

    sedang berkuat kuasa;

    b. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran3;

    c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti

    pengajaran dan pembelajaran;

    d. menggerakkan dan memantau perjalanan Jawatankuasa

    Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan jawatankuasa-

    jawatankuasa lain yang berkaitan dengannya; dan

    e. memantau kemajuan murid dalam pembelajaran.

    2.5 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengupayakan Guru-guruPenolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang), Ketua

    Panitia dan guru-guru untuk membangunkan diri menjadi pemimpin

    yang berkesan dengan:

    a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;

    1 Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, AGGrafik Sdn. Bhd, 2001, Kuala Lumpur.

    2 Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 (Pind. 82),3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1987.

    PERNYATAAN STANDARD 11

    11

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    5/21

    SKPM

    b. melatih dan memberi kepimpinan;

    c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan mengambil

    tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing;

    d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas yang dilaksanakan;

    dan

    e. memberi bimbingan dan nasihat untuk meningkatkan

    keupayaan kepimpinan.

    DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI

    Elemen 3 : Struktur Organisasi

    Sekolah hendaklah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan

    staf sokongan dengan:

    a. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi;

    b. memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang

    ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program pembangunan

    sekolah dan program pendidikan;

    c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi

    setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan

    d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan.

    Elemen 4 : Perancangan

    PERNYATAAN STANDARD 12

    12

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    6/21

    SKPM

    Sekolah hendaklah mengadakan perancangan strategik, taktikal dan

    operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal

    murid, kewangan, sumber tenaga manusia, bahan kurikulum,

    kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip penambahbaikan

    berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira:

    a. visi dan misi sekolah;

    b. tahap pencapaian semasa [Take-Off Value(TOV)];

    c. peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment(OTI)];

    d. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result(ETR)];

    e. strategi yang bersesuaian;

    f. implikasi sumber; dan

    g. kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program yang

    dilaksanakan.

    Elemen 5 : Iklim

    Sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang sihat dengan:

    a. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;

    b. memastikan persekitaran sosial dan psikologikal yang selamat,

    kondusif, dan harmoni;

    c. mengadakan sistem komunikasi yang berkesan di kalangan

    warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

    PERNYATAAN STANDARD 13

    13

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    7/21

    SKPM

    d. mengadakan permuafakatan di kalangan warga sekolah, ibu

    bapa dan komuniti setempat;

    e. memastikan guru dan staf sokongan mematuhi peraturan dan

    etika perkhidmatan;

    f. memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan;

    g. memberi kebebasan optimum yang terkawal di kalangan warga

    sekolah;

    h. memberi motivasi serta sokongan moral, material dan kepakaran

    kepada warga sekolah; dan

    i. memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah

    atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada

    kemajuan sekolah.

    Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber

    Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu kemudahan dan

    keperluan asas4, kewangan, tenaga manusia dan bahan kurikulum5

    dengan:

    a. merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan

    keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;

    b. menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi

    memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara;

    4Rujuk: Bil (50) dlm UPE (P) 34/1/7 Vol. IX, bertarikh 18 September 1995 : (UPE: UnitPerancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri)

    5Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997

    PERNYATAAN STANDARD 14

    14

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    8/21

    SKPM

    c. menyelenggara pejabat sekolah dengan baik dan berhemah

    d. memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum;

    e. merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan

    mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan

    yang sedang berkuat kuasa;

    f. memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;

    g. menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakan

    bagi memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;

    h. menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara

    optimum sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan,

    kemahiran, pengalaman, bakat dan minat;

    i. menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program

    peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan dan

    kemajuan pendidikan;

    j. menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan

    kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan

    k. menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakansecara optimum.

    Elemen 7 : Pengurusan Maklumat

    PERNYATAAN STANDARD 15

    15

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    9/21

    SKPM

    Sekolah hendaklah mengurus semua data dan maklumat pengurusan

    dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan

    pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan. Data dan

    maklumat hendaklah:

    a. diperoleh;

    b. disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang

    diberikan;

    c. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai;

    d. mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa dan

    tahap keselamatan;

    e. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan;

    f. dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan

    g. dikemas kini.

    DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN

    Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan

    Hal Ehwal Murid

    Sekolah hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan program

    kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan dengan:

    a. mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat

    (kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;

    PERNYATAAN STANDARD 16

    16

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    10/21

    SKPM

    b. merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid

    dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan

    kumpulan sasaran;

    c. mengelola sumber manusia (dengan mengenal pasti, melantik dan

    menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas) dan

    sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan;

    d. melaksana program mengikut perancangan;

    e. memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan;

    f. menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan

    kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan,

    pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan

    g. melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak.

    Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran

    Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pengajaran dan

    pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut:

    a. berdasarkan kurikulum kebangsaan6, sukatan pelajaran, huraian

    sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang

    berkuatkuasa;

    6 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

    PERNYATAAN STANDARD 17

    17

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    11/21

    SKPM

    b. isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur

    kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian

    semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara

    bersepadu;

    c. pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan

    murid secara aktif;

    d. penghayatan ilmu;

    e. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap

    pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;

    f. kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan

    intelek;

    g. pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan iklim

    pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;

    h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan

    mereka;

    i. pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan

    patriotisme; dan

    j. penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaransecara berterusan.

    PERNYATAAN STANDARD 18

    18

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    12/21

    SKPM

    Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid

    Sekolah hendaklah membangunkan sahsiah setiap murid mengikut

    tahap persekolahan dan potensi masing-masing berpandukan perkara-

    perkara berikut:

    a. murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan

    potensinya;

    b. murid diberi peluang, latihan dan bimbingan;

    c. murid diberi motivasi dan galakan;

    d. murid ditunjukkan teladan;

    e. murid disediakan persekitaran dan kemudahan;

    f. pencapaian murid dinilai dari semasa ke semasa;

    g. hasil penilaian digunakan untuk pembetulan dan penambahbaikan;

    h. murid diberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang

    perlakuan yang negatif; dan

    i. murid diberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan yang

    positif.

    PERNYATAAN STANDARD 19

    19

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    13/21

    SKPM

    Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid

    Keberkesanan program pendidikan dinilai melalui pencapaian murid.

    Pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah

    hendaklah:

    a. dinilai secara formatif dan sumatif;

    b. dianalisis untuk mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan kelemahan

    secara spesifik;

    c. direkod dan diulas secara kuantitatif dan kualitatif;

    d. digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan; dan

    e. dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta pihak berkuasa yang

    berkaitan.

    DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID

    Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan

    Sahsiah

    12.1Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah7

    , bersesuaian dengantahap dan potensi, murid hendaklah:

    a. memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri

    yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik;

    7 Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003),

    Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd. Selangor,

    PERNYATAAN STANDARD 20

    20

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    14/21

    SKPM

    b. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

    (untuk murid beragama Islam);

    c. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;

    d. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan

    memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk

    berkomunikasi;

    e. menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul

    untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa

    pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras dengan

    kedudukannya sebagai bahasa pengantar;

    f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian

    selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

    g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan

    kemahiran menyelesaikan masalah;

    h. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran sosial;

    i. memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta

    mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;

    dan

    j. memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk menghargai

    keindahan alam dan warisan budaya.

    PERNYATAAN STANDARD 21

    21

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    15/21

    SKPM

    12.2 Pada akhir peringkat pendidikan rendah8, bersesuaian dengan

    tahap dan potensi, murid hendaklah:

    a. menguasai bahasa Melayu;

    b. menguasai kemahiran asas berbahasa;

    c. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul

    untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa

    pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil;

    d. membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang

    merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis;

    e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam

    kehidupan seharian;

    f. menguasai kemahiran belajar dan berfikir;

    g. menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua;

    h. membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan

    keyakinan diri;

    i. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia;

    j. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;

    k. memahami dan menghargai budaya;

    8 EPRD MOE, Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG GrafikSdn Bhd,Kuala Lumpur.

    PERNYATAAN STANDARD 22

    22

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    16/21

    SKPM

    l. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;

    m. mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri;

    n. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan

    produktiviti;

    o. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan memahami

    makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran (untuk murid

    beragama Islam);

    p. mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan

    mengamalkan nilai-nilai murni;

    q. memupuk semangat patriotisme;

    r. membangunkan bakat dan kreativiti; dan

    s. membangunkan sikap positif.

    12.3 Pada akhir peringkat pendidikan menengah9, bersesuaian

    dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:

    a. meningkatkan kecekapan dan kefasihan berbahasa dalambahasa Melayu dan bahasa Inggeris;

    b. membangunkan dan meningkatkan keupayaan intelektual;

    9 EPRD MOE, Education In Malaysia (2001), A Journey To Excellence, 2001, AGGrafik Sdn Bhd, 2001, Kuala Lumpur.

    PERNYATAAN STANDARD 23

    23

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    17/21

    SKPM

    c. memperoleh ilmu pengetahuan dan membangunkan

    penguasaan kemahiran;

    d. membangunkan kemahiran untuk menangani bidang-bidang

    ilmu dan kemajuan teknologi yang baru;

    e. memperoleh kemahiran yang berfaedah kepada individu dan

    masyarakat;

    f. membangunkan keyakinan diri;

    g. memahami dan menghargai warisan sejarah dan sosiobudaya

    setempat dalam negara;

    h. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik;

    i. membangunkan kesedaran terhadap persekitaran;

    j. memperlihatkan pemantapan nilai;

    k. membangunkan dan memajukan semangat patriotisme;

    l. memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan;

    m. berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga;

    n. memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan

    terhadap diri sendiri dan orang lain;

    o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha terhadap qadak

    dan qadar yang diiringi dengan usaha dan ikhtiar yang

    berterusan;

    PERNYATAAN STANDARD 24

    24

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    18/21

    SKPM

    p. sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat dan

    agama; dan

    q. berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya

    dengan:

    i. keluarga;

    ii. persekitaran;

    iii. alam fizikal;

    iv. kejadian alam; dan

    v. Pencipta.

    _________..............ooooo00000()[]{}[]()00000ooooo.............._________

    PERNYATAAN STANDARD 25

    25

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    19/21

    SKPM

    RUJUKAN

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Pembangunan Pendidikan 2001 2010, 2001, KPM Kuala Lumpur.

    Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan (BPPDP)(1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.

    Undang-Undang Malaysia (1996) , Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),1996, PNB Kuala Lumpur.

    Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan Pendidikan (KurikulumKebangsaan), 1997, Percetakan Nasional Berhad.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan2001-2020, 2001, AG Grafik Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

    Biro Tatanegara, (1991), Wawasan 2020, 1993, Percetakan NasionalBerhad, Kuala Lumpur.

    Surat Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pind. 82).

    EPRD MOE (2001), Education In Malaysia : A Journey To Excellence,2001, AG Grafic Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003),Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd, Ampang.

    International Law Book Services (2003), Perintah-Perintah Am danArahan Pentadbiran (hingga 15hb April 2003), 2003, United PrintProcess Sdn Bhd, Shah Alam.

    International Law Book Services (2003), Arahan Perkhidmatan Bab 1 Bab 8 (hingga 20hb Mac 2003), 2003, Direct Art Company, KualaLumpur.

    Bahagian Sekolah, (1978), Surat Pekeliling Ikhtisas 1969 - 1978, 1979Kementerian Pendidkan Malaysia.

    Bahagian Sekolah, (1983), Surat Pekeliling Ikhtisas 1979 - 1983, 1984,Kementerian Pendidkan Malaysia.

    Bahagian Sekolah, (1987), Surat Pekeliling Ikhtisas 1984 - 1987, 1988,Kementerian Pendidkan Malaysia.

    Bahagian Sekolah, (1990), Surat Pekeliling Ikhtisas 1988 - 1990, 1991,Kementerian Pendidkan Malaysia.

    PERNYATAAN STANDARD 26

    26

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    20/21

    SKPM

    Bahagian Sekolah, (1993), Surat Pekeliling Ikhtisas 1991 - 1993, 1994,Kementerian Pendidkan Malaysia.

    Bahagian Sekolah, (1997), Surat Pekeliling Ikhtisas 1994 - 1997, 1998,Kementerian Pendidkan Malaysia.

    Bahagian Sekolah, (2000), Surat Pekeliling Ikhtisas 1998 2000, 2001Kementerian Pendidkan Malaysia.

    Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000,Percetakan DBP Kuala Lumpur.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kepemimpinan DanPengurusan Kurikulum Di Sekolah, 2001, Pusat PerkembanganKurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penilaian Kendalian Sekolah,2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Aplikasi Teori KecerdasanPelbagai Dalam Pengajaran Dan pembelajaran, 2001, PusatPerkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Akses Kendiri,2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pengajaran Berasaskan KajianMasa Depan, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum KementerianPendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kemahiran Berfikir DalamPengajaran Dan Pembelajaran, 2002, Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Masteri, 2001,Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran SecaraKonstruktivisme, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum KementerianPendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Belajar Cara Belajar, 2001,Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran SecaraKontekstual, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum KementerianPendidikan Malaysia.

    PERNYATAAN STANDARD 27

    27

  • 8/14/2019 penerangan SKPM

    21/21

    SKPM

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah PendidikanKebangsaan, Matlamat dan Misi, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penggunaan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran,2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Bahagian Sekolah, (1998), Amalan Kebersihan Sekolah PanduanAktiviti, 1998, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

    28