minit mesyuarat pjk2 2011

5
SEKOLAH KEBANGSAAN LENDU 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI KEDUA 2011. Tarikh : 20 Jun 2011 Hari : Isnin Tempat : Bilik Gerakan Masa : 1.30 tengah hari Kehadiran : 1. Pn Hjh Jamaliah Bt Abd Rashid GPK KOKU 2. En. Amiza b. Ibrahim Ketua Panitia 2. En. Mohd Azmawi Bin Mat Yacob Setiausaha 3. En. Mazli b. Malek AJK 4. En. Saiful Bahari Bin Mohd Sukri AJK 5. Pn Anasuzza Bt Kamarudin AJK 6. Pn Rosilahwati Bt Ahmad AJK Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi Majlis : En. Amiza b. Ibrahim Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk panitia yang dapat menghadirkan diri bagi mesyuarat kali ke 2 sesi 2011. Mengalu-alukan kesudian GKP KOKU dapat meluangkan masa dan sudi merasmikan mesyuarat pada kali ini. Menyatakan agenda yang akan dibincangkan pada hari ini berkenaan analisa Ujian Pertengahan Tahun khususnya bagi matapelajaran PJK dan keputusan ujian Segak yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu.

Upload: awien1980

Post on 15-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat pjk

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN LENDU

SEKOLAH KEBANGSAAN LENDU

78000 ALOR GAJAH, MELAKA.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI KEDUA 2011.

Tarikh

: 20 Jun 2011

Hari

: Isnin

Tempat : Bilik Gerakan

Masa

: 1.30 tengah hari

Kehadiran :

1. Pn Hjh Jamaliah Bt Abd Rashid

GPK KOKU

2. En. Amiza b. Ibrahim

Ketua Panitia

2. En. Mohd Azmawi Bin Mat Yacob

Setiausaha

3. En. Mazli b. Malek

AJK

4. En. Saiful Bahari Bin Mohd Sukri

AJK

5. Pn Anasuzza Bt Kamarudin

AJK

6. Pn Rosilahwati Bt Ahmad

AJK

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi Majlis : En. Amiza b. Ibrahim

Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk panitia yang dapat menghadirkan diri bagi mesyuarat kali ke 2 sesi 2011.

Mengalu-alukan kesudian GKP KOKU dapat meluangkan masa dan sudi merasmikan mesyuarat pada kali ini.

Menyatakan agenda yang akan dibincangkan pada hari ini berkenaan analisa Ujian Pertengahan Tahun khususnya bagi matapelajaran PJK dan keputusan ujian Segak yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu.

Pengerusi majlis juga mengharapkan kerjasama yang berterusan bagi menjayakan pelbagai aktiviti dan program yang dirancang bagi tahun semasa.

2.Ucapan GPK Kokurikulum : Pn Hjh Jamaliah Bt Abd Rashid

Merakamkan ucapan terima kasih kerana dijemput untuk merasmikan mesyuarat pada kali ini.

Juga kepada semua guru yang dapat hadir pada petang ini dan semoga perjalanan mesyuarat akan berjalan lancar seperti apa yang dirancangkan.

Berkenaan ujian segak, beliau mengharapkan agar semua laporan hendaklah dihantar kepada Unit Sukan tepat pada masanya dan hendaklah dilengkapkan dengan betul.

Ini kerana ada sebahagian kecil sekolah yang masih belum menghantar laporan segak kepada jabatan. Syabas dah tahniah kepada pengurusan panitia PJK kerana dapat menyiapkan dan menghantar laporan SEGAK tepat pada masanya kepada Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Melaka.

Selaras dengan dasar baru kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang menggariskan setiap murid wajib mendalami 1 jenis sukan yang ada di sekolah. Oleh itu semua guru PJK dimestikan menguasai sukan teras sekolah dan menjadi pembimbing kepada guru-guru lai.

Selepas itu, pengerusi menyuruh semua ahli panitia membaca minit mesyuarat kali pertama dan jika tiada sebarang pindaan hendaklah disahkan terlebih dahulu.

.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat.

Cadangan : Pn Rosilahwati Bt Ahmad

Sokongan : En Mazli Bin Malek

4Ujian SEGAK dan Laporan PKBS 1

4.1 Ujian SEGAK

Ketua Panitia telah mengedarkan laporan ujian SEGAK kepada semua ahli panitia. Ujian ini diadakan pada awal bulan April yang lepas melibatkan semua murid tahap 2.

Hasil yang diperolehi menunjukkan sebilangan kecil murid di tahap 2 SK Lendu adalah tergolong dalam kalangan obesiti. Walaupun peratusannya sangat kecil, ianya boleh memberi gambaran gaya hidup yang kurang sihat.

Walaubagaimanapun, kesimpulan umum menunjukkan peratusan murid yang lulus ujian SEGAK masih lagi di tahap yang sangat baik. Hanya sebilangan kecil sahaja yang gagal dalam beberapa siri ujian segak.

Terdapat sedikit kesukaran semasa menjalankan ujian segak terutamanya kepada murid di tahun 4. Ini kerana mereka perlu diberi penjelasan dan tunjuk ajar yang agak mendalam kerana baru pertama kali menjalankan ujian ini.

4.2 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun (PKBS 1)

Setiausaha Panitia mengedarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan tahunn bagi matapelajaran PJK kepada GPK Kokurikulum dan semua ahli.

Ketua Panitia menjelaskan dan menerangkan tentang keputusan bagi ujian tersebut kepada semua yang hadir.

Secara umumnya keputusan tersebut adalah sangat baik. Walaubagaimanapun jurang skor markah bagi pelajar yang berada di kelas A sedikit ketara dengan pelajar di kelas B peratusan lulus yang ditunjukkan juga masih lagi di atas 80%.

Antara kelemahan ketara yang dikenalpasti ialah pelajar kurang input berkaitan pendidikan kesihatan kerana penekanan lebih kepada aktiviti di padang walhal solan yang dikemukakan adalah agak seimbang.

Bagi mengatsi masalah ini, pelajar mesti memperbanyakkan aktiviti pengukuhan dan menjawab soalan yang terdapat di dalam buku kerja yang telah dibekalkan di awal tahun.

5. Hal-hal lain.

.

Pn Hjh Jamaliah mengingatkan kepada semua guru yang mengajar PJK supaya mengajar dengan menggunakan kaedah yang betul dan memastikan setiap murid mengikuti aktiviti di padang selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM.

Ketua Panitia mengumumkan duit dari tabung panitia masih lagi ada dan mencadangkan duit tersebut digunakan untuk membeli beberapa alatan yang sudah rosak seperti bola sepak, bola baling dan net bola baling. Perkara ini dipersetujui sebulat suara.

Pn Jamaliah juga mengingatkan kepada guru yang mengajar PJK tahun 6 supaya menjalankan aktiviti tersebut seperti biasa di padang sehingga jadual anjal dibuat dan diedarkan kepada semua guru terlibat.

Berkenaan KSSR tahun 1, beliau berharap semua dokumen dan bahan-bahan untuk menjalankan pentaksiran disediakan dan dijalankan mengikut apa yang telah ditaklimatkan sebelum ini.

6. Penutup

Pengerusi berharap segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.15 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan Oleh,

....

(MOHD. AZMAWI BIN MAT YACOB ) ( AMIZA BIN IBRAHIM)

Setiausaha Panitia PJK 1

Pengerusi Panitia PJK 2011