minit-mesyuarat kkp

of 24/24
MINIT MESYUARAT PELANTIKAN AJK

Post on 25-Jan-2016

355 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARATPELANTIKAN AJK

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT SEKOLAH 201510 SEPTEMBER 2015

Minit Mesyuarat Kali 1/2015Tarikh: 13 OGOS 2015Masa: 2 petangTempat : Bilik Mesyuarat Cempaka

Kehadiran :1. Mohd Firdaus bin Razali2. Cik Nurul Farahain Bt Zamri3. Nur Shaziana Bt Mohd Salahudin4. Nur Sheyra binti Mohd Solleh 5. Mohd Daniel Afiq Bin Danny6. Nur Syafiqa Binti Syamil7. En. Muhammad Izuan B, Rejab8. Pn. Duzaimah Bt Kamaruddin9. Pn. Panitha A/P Rajinram10. Pn. Zaida Bt Mat Yasin11. En Abdul Kadir B Idris12. Pn. Jamaliah Bt Karim13. Ustaz Razak Bin Baba 14. En. Zakaria Bin AhmadTidak Hadir: -

Agenda: 1.Ucapan dan taklimat pengerusi2.Pengesahan Pelantikan AJK 3.Agihan Jawatankuasa Kecil3. Agenda Mesyuarat:3.1 Ucapan pengerusi3.1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi dan ucapan selamat petang kepada semua ahli mesyuarat.3.1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat pertama bagi tahun 2015 bersama penaung program iaitu guru besar SK Kedai Buloh II, En. Husin Bin Deraman. Tindakan : Semua JK

3.2 Pengesahan Pelantikan3.2.1 En. Husin Bin Deraman mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Bercerita 2015. Tindakan : Semua JK

3.3 Pengagihan Tugas Jawatankuasa Kecil1. JK Perasmian & Persembahan2. JK Banner & Brosur3. JK Perakam & Dokumentasi4. JK Bacaan Doa5. JK PA Sistem

Tindakan : Semua JK

3.5 Hal-hal lain3.5.1 En. Husin Bin Deraman meminta supaya Setiausaha program menyiapkan segera kertas kerja bagi memudahkan urusan membuat anggaran perbelanjaan program. Setiap setiausaha kelas perlu menyediakan satu fail JK yang kemas dan mempunyai divider.3.5.2 Tarikh perjumpaan kedua bersama penaung En. Husin Bin, pada 16 Ogos (Ahad) jam 2.00 petang di bilik mesyuarat. 3.5.3 Pengerusi memaklumkan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Semua JK perlu cakna terhadap perubahan atau pertambahan tugas masing-masing dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Tindakan : Semua JK pengelola

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua JK yang hadir dan berharap semua JK akan memberikan kerjasama bagi menjayakan pertandingan bercerita pada tahun ini.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..(NUR SHAZIANA MOHD SALAHUDIN) (MOHAMAD FIRDAUS RADZALI)Setiausaha, Pengerusi,Pertandingan Bercerita 2015, Pertandingan Bercerita 2015,SK Kedai Buloh II SK Kedai Buloh II

MINIT MESYUARAT PERBINCANGAN AKTIVITI DAN PROGRAM

Minit Mesyuarat Perbincangan dan Aktiviti ProgramTarikh: 16 Ogos 2015Masa: 2 petangTempat : Bilik Mesyuarat Chempaka

Kehadiran: 1. Mohd Firdaus bin Razali2. Cik Nurul Farahain Bt Zamri3. Nur Shaziana Bt Mohd Salahudin4. Nur Sheyra binti Mohd Solleh 5. Mohd Daniel Afiq Bin Danny6. Nur Syafiqa Binti Syamil7. En. Muhammad Izuan B, Rejab8. Pn. Duzaimah Bt Kamaruddin9. Pn. Panitha A/P Rajinram10. Pn. Zaida Bt Mat Yasin11. En Abdul Kadir B Idris12. Pn. Jamaliah Bt Karim13. Ustaz Razak Bin Baba 14. En. Zakaria Bin AhmadAgenda:1. Ucapan pengerusi2. Menyiapkan kertas kerja dan pelan tindakan4. Perbincangan secara mendalam mengenai skop-skop tugasan bagi setiap JK Pengelola5. Perbincangan tema pertandingan bercerita

.Agenda Mesyuarat :1.1 Ucapan pengerusi1.1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi dan ucapan selamat petang kepada semua ahli mesyuarat.1.1.2 Pengerusi memaklumkan tentang agenda perjumpaan.1.1.3 Pengerusi berharap agar semua AMT dapat bersama-sama memberi kerjasama dalam perbincangan yang akan dilakukan dan memberi cadangan serta idea yang bernas. Tindakan : Semua AMT JK Pengelola

1.2 Menyiapkan kertas kerja dan pelan tindakan1.2.1 Setiausaha membahagikan tugas dengan naib setiausaha untuk pembahagian membuat kertas kerja, minit mesyuarat dan pelan tindakan.1.2.2 Sebarang perubahan di dalam pelan tindakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Tindakan : Setiausaha dan naib setiausaha

1.3 Perbincangan secara mendalam mengenai skop-skop tugasan bagi setiap JK Pengelola1.4.1 Pengerusi berbincang bersama AMT lain mengenai skop-skop tugasan bagi setiap JK Pengelola dengan lebih mendalam dan menyeluruh. 1.4.2 Barisan AMT lain bersama-sama menjana idea membantu pengerusi membahagikan tugasan-tugasan kepada setiap JK Pengelola.Tindakan : Semua AMT JK Pengelola

1.5 Perbincangan tema pertandingan bercerita.1.5.1 Semua AMT berbincang dan memberi idea bagi tema untuk pertandingan bercerita pada tahun ini.1.5.2 Semua AMTbersetuju untuk membuka peluang kepada JK Pengelola untuk memberi sumbangan idea untuk tema.1.5.3. Setiap tema akan dinilai oleh AMT dan pengerusi menetapkan tarikh terakhir untuk cadangan tema adalah pada hari Selasa, (18/8/2015, petang) Tindakan : Semua AMT dan JK Pengelola

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..(NUR SHAZIANA MOHD SALAHUDIN) (MOHAMAD FIRDAUS RADZALI)Setiausaha, Pengerusi,Pertandingan Bercerita 2015, Pertandingan Bercerita 2015,SK Kedai Buloh II SK Kedai Buloh II

MINIT MESYUARAT PERBINCANGAN KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BERCERITA SEPTEMBER 2015SK KEDAI BULOH IIMinit Mesyuarat Perbincangan Kertas Kerja Pertandingan Bercerita SKKB IITarikh: 18 OGOS 2015Masa: 2 PetangTempat : Bilik Mesyuarat Chempaka

Kehadiran :1. Mohamad Firdaus Bin Radzali2. Cik Nurul Farahain Bt Zamri3. Nur Shaziana Bt Mohd Salahudin4. Nur Sheyra binti Mohd Solleh 5. Mohd Daniel Afiq Bin Danny6. Nur Syafiqa Binti Syamil7. En. Muhammad Izuan B, Rejab8. Pn. Duzaimah Bt Kamaruddin9. Pn. Panitha A/P Rajinram10. Pn. Zaida Bt Mat Yasin11. En Abdul Kadir B Idris12. Pn. Jamaliah Bt Karim13. Ustaz Razak Bin Baba 14. En. Zakaria Bin AhmadTidak Hadir: - Agenda:1. Ucapan aluan pengerusi dan naib pengerusi 12. Sesi perbincangan skop tugas.3. Hal-hal lain

Agenda Mesyuarat :1.1 Ucapan aluan pengerusi1.1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi, Mohamad Firdaus Bin Radzali kepada semua ahli mesyuarat.1.1.2 Pengerusi memaklumkan tentang agenda perjumpaan. Pengerusi menyatakan bahawa sebarang makluman mengenai pertandingan bercerita ini akan dimaklumkan melalui Group Whatspp. Semua JK Pengelola diminta supaya sentiasa mengikuti perkembangan.1.1.3 Naib pengerusi, Cik Nurul Farahain Bt Zamri mengharapkan agar suasana kerja akan datang adalah dalam keadaan santai, tenang dan efisien. Setiap JK perlulah saling bantu membantu JK yang memerlukan bantuan. AMT dan JK pengelola perlulah sentiasa berhubung akan perkembangan bidang tugas masing-masing agar tidak ketinggalan dan supaya gerak kerja berjalan dengan lancar dan teratur. Jika pihak AMT ada melakukan kesilapan, pihak JK lain perlu menegur, dan begitu juga sebaliknya.1.1.4 Pengerusi berharap agar KBP tahun ini berjalan lancar dan berjaya. Pengerusi juga berharap agar tiada jurang perbezaan kaum dalam barisan JK Pengelola dan memohon maaf jika terdapat sebrang kesilapan sepanjang beliau memegang jawatan Pengerusi KBP pada tahun ini. Tindakan : Semua JK Pengelola

1.2. Sesi perbincangan skop tugasan.1.2.1 Setiap wakil JK Pengelola membentangkan dan semua orang memberi maklum balas yang baik mengenai skop tugasan masing-masing. Tindakan : Semua JK Pengelola

1.3. Hal-hal lain1.3.1 Setiausaha, Nur Shaziana Bt Mohd Salahudin mengharapkan agar semua JK Pengelola tahu akan tanggungjawab masing-masing untuk hadir ke setiap perjumpaan. Setiap mesyuarat adalah penting untuk setiap JK Pengelola.1.3.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua JK yang hadir dan berharap agar semua JK Pengelola bersama-sama menjayakan Pertandingan Bercerita 2015 SK Kedai Buloh II. Tindakan : Semua JK Pengelola

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..(NUR SHAZIANA MOHD SALAHUDIN) (MOHAMAD FIRDAUS RADZALI)Setiausaha, Pengerusi,Pertandingan Bercerita 2015, Pertandingan Bercerita 2015,SK Kedai Buloh II SK Kedai Buloh II

MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN UNTUK MMBERI TAKLIMAT PROGRAM KESELURUHAN

PERTANDINGAN BERCERITA SEPTEMBER 2015SK KEDAI BULOH IIMinit Mesyuarat Taklimat KeseluruhanTarikh: 17 Januari 2015Masa: 9.00 malamTempat : Bilik JPP

Kehadiran :1. Mohamad Firdaus Bin Radzali2. Cik Nurul Farahain Bt Zamri3. Nur Shaziana Bt Mohd Salahudin4. Nur Sheyra binti Mohd Solleh 5. Mohd Daniel Afiq Bin Danny6. Nur Syafiqa Binti Syamil7. En. Muhammad Izuan B, Rejab8. Pn. Duzaimah Bt Kamaruddin9. Pn. Panitha A/P Rajinram10. Pn. Zaida Bt Mat Yasin11. En Abdul Kadir B Idris12. Pn. Jamaliah Bt Karim13. Ustaz Razak Bin Baba 14. En. Zakaria Bin AhmadTidak Hadir: - Agenda:1. Ucapan aluan pengerusi 2. Taklimat Keseluruhan oleh pengerusi3. Hal-hal lain

Agenda Mesyuarat :1.1 Ucapan aluan pengerusi1.1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi, Mohamad Firdaus Bin Radzali kepada semua ahli mesyuarat.1.1.2 Pengerusi menegaskan supaya semua JK pengelola membuat perincian tentang skop tugasan setiap JK. Tindakan : Semua JK Pengelola1.2. Taklimat Keseluruhan oleh pengerusi1.2.1 Pengerusi, Mohamad Firdaus Bin Radzali meneruskan lagi agenda mesyuarat kali ini dengan memberi taklimat keseluruhan kepada semua JK yang terlibat. 1.2.2 Segala permasalahan dan soalan diajukan semasa sesi ini. Tindakan : Semua JK Pengelola

1.3. Hal-hal lain1.3.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua JK yang hadir dan berharap agar semua JK Pengelola bersama-sama menjayakan Pertandingan Bercerita 2015 SK Kedai Buloh II.1.3.2 Tarikh perjumpaan terakhir iaitu tentang mengenai kerja-kerja akhir serta bermasalahan yang timbul sebelum pengelolaan bersama pengerusi akan berlangsung pada 1 September (Selasa) jam 2.00 petang di bilik mesyuarat. 1.3.3 Pengerusi memaklumkan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Semua JK perlu cakna terhadap perubahan atau pertambahan tugas masing-masing dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Tindakan : Semua JK Pengelola

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..(NUR SHAZIANA MOHD SALAHUDIN) (MOHAMAD FIRDAUS RADZALI)Setiausaha, Pengerusi,Pertandingan Bercerita 2015, Pertandingan Bercerita 2015,SK Kedai Buloh II SK Kedai Buloh II

MINIT MESYUARAT PERSIAPAN TERAKHIR SEBELUM PENGELOLAAN

PERTANDINGAN BERCERITA SEPTEMBER 2015SK KEDAI BULOH IIMinit Mesyuarat Persiapan Terakhir Sebelum PengelolaanTarikh: 1 September 2015Masa: 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Chempaka

Kehadiran :1. Mohamad Firdaus Bin Radzali2. Cik Nurul Farahain Bt Zamri3. Nur Shaziana Bt Mohd Salahudin4. Nur Sheyra binti Mohd Solleh 5. Mohd Daniel Afiq Bin Danny6. Nur Syafiqa Binti Syamil7. En. Muhammad Izuan B, Rejab8. Pn. Duzaimah Bt Kamaruddin9. Pn. Panitha A/P Rajinram10. Pn. Zaida Bt Mat Yasin11. En Abdul Kadir B Idris12. Pn. Jamaliah Bt Karim13. Ustaz Razak Bin Baba 14. En. Zakaria Bin AhmadTidak Hadir: - Agenda:1. Ucapan aluan pengerusi 2. Perbincangan dan persiapan terakhir sebelum pengelolaan3. Hal-hal lain

Agenda Mesyuarat :1.1 Ucapan aluan pengerusi1.1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi, Mohamad Firdaus Bin Radzali kepada semua ahli mesyuarat.1.1.2 Pengerusi menegaskan supaya semua JK pengelola membuat perincian tentang skop tugasan setiap JK. Tindakan : Semua JK Pengelola1.2. Perbincangan dan persiapan terakhir sebelum pengelolaan

1.2.1 Sesi perbincangan ini diketuai oleh naib pengerusi iaitu Nurul Farahain Binti Zamri. Segala permasalahan yang timbul diketengahkan dan dibincangkan bersama-sama.1.2.2 Semua Jk yang terlibat membentang hasil kerja sebelum pengelolaan untuk dibincangkan dan dibuat kerja-kerja akhir. Tindakan : Semua JK Pengelola

1.3. Hal-hal lain1.3.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua JK yang hadir dan berharap agar semua JK Pengelola bersama-sama menjayakan Pertandingan Bercerita 2015 SK Kedai Buloh II dan mengharapkan kerja-kerja pengelolaan berjalan dengan lancar.

Tindakan : Semua JK Pengelola

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..(NUR SHAZIANA MOHD SALAHUDIN) (MOHAMAD FIRDAUS RADZALI)Setiausaha, Pengerusi,Pertandingan Bercerita 2015, Pertandingan Bercerita 2015,SK Kedai Buloh II SK Kedai Buloh II