contoh minit mesyuarat staf bil2 2011

22
MINIT MESYUARAT STAF BIL.2/2011 PEJABAT PELAJARAN DAERAH BINTULU Tarikh : 23 Jun 2011 (Khamis) Masa : 8.00am – 12.30pm Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu Kehadiran : BI L NAMA JAWATAN STESEN BERTUGAS 1 Cikgu Tan Kiang Tuang Pegawai Pelajaran Daerah Bintulu PPD Bintulu 2 Cikgu Abdul Mu’in Bin Haji Abdul Kassim Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah PPD Bintulu 3 Cikgu Chapun Anak Dawin Ketua Unit Pengurusan Maklumat PPD Bintulu 4 Cikgu Fred Anak Entau Ketua Unit Pembangunan PPD Bintulu 5 Cikgu Ismawi Bin Hj. Bujang Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Bintulu 6 Cikgu Jambai Anak Sayong Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan PPD Bintulu 7 Cikgu Law Siong Lee Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Bintulu 8 Cikgu Ling King Thiing Ketua Unit Bekalan PPD Bintulu 9 Cikgu Maimunah Binti Yunus Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Bintulu 10 Cikgu Mordiana Binti Hj. Nawi Ketua Unit Psikologi & Kaunseling PPD Bintulu 11 Cikgu Yusuf Bin Piee Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu 12 Cikgu Yusup Bin Hj. Harbi Ketua Unit Perkhidmatan PPD Bintulu 13 Cikgu Fatin Izzati Wong Abdullah Pegawai Khas Kurikulum (Fasilinus) PPD Bintulu 14 Cikgu Rozalani Bin Raini Pegawai Khas Kurikulum (Fasilinus) PPD Bintulu 15 Cikgu Dyg Jamina @ Dyg Mudiana Hj Awg Mahbi Pegawai Khas Kurikulum (Fasilinus) PPD Bintulu 16 Cikgu Nafisah Binti Rosli Pegawai Khas Kurikulum (Fasilinus) PPD Bintulu 17 Cikgu Muhd Safwan Abdullah Pegawai Teknologi Pendidikan (PKG) PPD Bintulu 18 Cikgu Dyg Halimah Binti Unus Penolong Penyelia PPD Bintulu 19 Cikgu Ibrahim Bin Ismail Penolong Penyelia PPD Bintulu 20 Cikgu Mohd Hamzah Bin Abd Majid Penolong Penyelia PPD Bintulu 21 Cikgu Nancy @ Jupei Anak Taiek Penolong Penyelia PPD Bintulu 22 Cikgu Saldan @ Sarbini Bin Mairat Penolong Penyelia PPD Bintulu 23 Cik Fuada Binti Junior Penolong Pegawai Tadbir PPD Bintulu 24 Cik La’uyah Binti Hj Gani Penolong Pegawai Tadbir PPD Bintulu 25 Cikgu Hj. Azman Bin Hj. Idris Pengetua SM Teknik Bintulu 26 Cikgu Abdul Rahman Bin Tair PK1 SMK Asyakirin 27 Ustaz Mohammad Rosli Bin Ahmad PK1 SMK Bandar Bintulu 28 Cikgu Albariah Binti Hj Mustapha PK1 SMK Baru Bintulu 1

Upload: rassya

Post on 13-Nov-2015

259 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

c

TRANSCRIPT

1

MINIT MESYUARAT STAF BIL.2/2011

PEJABAT PELAJARAN DAERAH BINTULU

Tarikh: 23 Jun 2011 (Khamis)

Masa

: 8.00am 12.30pm

Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu

Kehadiran :

BILNAMAJAWATANSTESEN BERTUGAS

1Cikgu Tan Kiang TuangPegawai Pelajaran Daerah BintuluPPD Bintulu

2Cikgu Abdul Muin Bin Haji Abdul KassimTimbalan Pegawai Pelajaran DaerahPPD Bintulu

3Cikgu Chapun Anak DawinKetua Unit Pengurusan MaklumatPPD Bintulu

4Cikgu Fred Anak EntauKetua Unit PembangunanPPD Bintulu

5Cikgu Ismawi Bin Hj. BujangKetua Unit Pembangunan KemanusiaanPPD Bintulu

6Cikgu Jambai Anak SayongKetua Unit Penilaian & PeperiksaanPPD Bintulu

7Cikgu Law Siong LeeKetua Unit Pengurusan SekolahPPD Bintulu

8Cikgu Ling King ThiingKetua Unit BekalanPPD Bintulu

9Cikgu Maimunah Binti YunusKetua Unit Pengurusan AkademikPPD Bintulu

10Cikgu Mordiana Binti Hj. NawiKetua Unit Psikologi & KaunselingPPD Bintulu

11Cikgu Yusuf Bin PieeKetua Unit Pendidikan IslamPPD Bintulu

12Cikgu Yusup Bin Hj. HarbiKetua Unit PerkhidmatanPPD Bintulu

13Cikgu Fatin Izzati Wong AbdullahPegawai Khas Kurikulum (Fasilinus)PPD Bintulu

14Cikgu Rozalani Bin RainiPegawai Khas Kurikulum (Fasilinus)PPD Bintulu

15Cikgu Dyg Jamina @ Dyg Mudiana Hj Awg MahbiPegawai Khas Kurikulum (Fasilinus)PPD Bintulu

16Cikgu Nafisah Binti RosliPegawai Khas Kurikulum (Fasilinus)PPD Bintulu

17Cikgu Muhd Safwan AbdullahPegawai Teknologi Pendidikan (PKG)PPD Bintulu

18Cikgu Dyg Halimah Binti UnusPenolong PenyeliaPPD Bintulu

19Cikgu Ibrahim Bin IsmailPenolong PenyeliaPPD Bintulu

20Cikgu Mohd Hamzah Bin Abd MajidPenolong PenyeliaPPD Bintulu

21Cikgu Nancy @ Jupei Anak TaiekPenolong PenyeliaPPD Bintulu

22Cikgu Saldan @ Sarbini Bin MairatPenolong PenyeliaPPD Bintulu

23Cik Fuada Binti JuniorPenolong Pegawai Tadbir PPD Bintulu

24Cik Lauyah Binti Hj GaniPenolong Pegawai TadbirPPD Bintulu

25Cikgu Hj. Azman Bin Hj. IdrisPengetua SM Teknik Bintulu

26Cikgu Abdul Rahman Bin TairPK1 SMK Asyakirin

27Ustaz Mohammad Rosli Bin AhmadPK1 SMK Bandar Bintulu

28Cikgu Albariah Binti Hj MustaphaPK1 SMK Baru Bintulu

29Cikgu Ananthan A/L SubramaniamPengetua SMK Bintulu

30Cikgu Gani Anak EgitPK1 SMK Kemena

31Cikgu Then Chew NyiewPengetua SMK Kidurong

32Cikgu Ujai Anak SambauPengetua SMK Sebauh

33Cikgu Umpang Anak KelingPengetuaSMK Tatau

34Cikgu Kho Khar GekGuru Besar SJK Chung Hua Bintulu

35Cikgu Hee Su TshingGuru Besar SJK Chung Hua Bintulu II

36Cikgu Cheng Sai LengPK1 SJK Sebiew Chinese

37Cikgu Samuel Lau Ing TiengGuru Besar SJK Siong Boon

38Cikgu Suut Bin TahirGuru Besar SK Agama

39Cikgu Mordiana Binti Hj. AmirPK1 SK Asyakirin

40Cikgu Zemrud Binti ZainudinGuru Besar SK Bintulu

41Cikgu Jonathan LaboGuru Besar SK Desa Lavang

42Cikgu Helen Chai Siew LianGuru Besar SK Kampung Baru

43Cikgu Betty Kumari Binti Basir KhanPK1 SK Kampung Jepak

44Cikgu Baharizan Bin SitamGuru BesarSK Kampung Nyalau

45Cikgu Chil Bin PeniGuru Besar SK Kem Batu 18

46Cikgu Sim Anak ChandangPK1 SK Kidurong

47Cikgu Sepia Binti Mohd JanahPK1 SK Kidurong II

48Cikgu Abg Zainal Abidin Bin Abg ZainiGuru Besar SK Kuala Nyalau

49Cikgu Abidah Binti SemailGuru Besar SK Orang Kaya Mohamad

50Cikgu Lucy Geran NyalunGuru Besar SK St. Anthony

51Cikgu Francis Ganoh DrisGuru Besar SK Sungai Selad

52Cikgu Naing Anak NgumbangGuru Besar SK Sungai Setiam

53Cikgu Jemat DollahGuru Besar SK Sungai Setulan

54Cikgu Akun MeringGuru Besar SK Sungai Silas

55Cikgu Yusop Bin YunusGuru Besar SK Sungai Tisang

56Cikgu Leo Sebli BuyongGuru Besar SK Tanjung Batu

57Cikgu Magdalena Anak YusopPK1 SK Ulu Segan

Tidak Hadir

1Cikgu Hapsah Binti Hj. AhmadPenolong PenyeliaPPD Bintulu

2Cikgu Mohd Khaidir Bin Mohd. ArebiPenolong PenyeliaPPD Bintulu

3Cikgu Teo Heng KerPenolong PenyeliaPPD Bintulu

4Cikgu Weston Anjut @ AnjotPenolong PenyeliaPPD Bintulu

5Cik Norzian Binti MohamadPenolong Akauntan PPD Bintulu

6Encik Gunggang AK ChendanPembantu Akauntan PPD Bintulu

7Cikgu Lim Leong HuaPengetuaSM Kai Dee

1.Kata-kata Aluan Pengerusi.1.1Ucapan terima kasih daripada Pegawai Pelajaran Daerah Bintulu atas kehadiran semua Pengetua, Guru Besar dan staf Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu .

1.2 Ucapan tahniah atas Kenaikan Pangkat Pengetua SMK Bintulu, Cikgu Anathan A/L Subramaniam dari Pengetua Cemerlang DG52(KUP) ke Gred DG54 (KUP) mulai 15 Mac 2011. Untuk makluman bahawa Pengetua SMK Baru Bintulu, Cikgu Then Chew Nyiew telah ditukarkan ke SMK Kidurong. Manakala, Pengetua SMK Kidurong, Cikgu Rohani Binti Haji Daud telah ditukarkan ke SMK Baru Bintulu.1.3 Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua staf dalam menjayakan aktiviti-aktiviti pertandingan peringkat Bahagian dan Negeri.

1.4Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada semua staf dalam mengelolakan Perayaan Hari Guru Peringkat Bahagian pada 17 hingga 20 Jun 2011.

1.5Semua sekolah diminta bersedia untuk Penilaian Star Rating yang akan dilaksanakan oleh pihak MAMPU.

1.6Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

1.6.1 Semua sekolah di daerah Bintulu perlu mengadakan aktiviti ini pada 02 Julai 2011.

1.6.2Pihak sekolah perlu menghantar seramai boleh penyertaan supaya dapat mencipta Malaysian Book Of Record.1.6.3Keselamatan para pelajar hendaklah diutamakan. Tiada peruntukan kewangan disediakan.1.7Pelaksanaan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP).

1.7.1SIP hendaklah diteruskan dan dijadikan agenda utama dalam meningkatkan prestasi sekolah.

1.7.2 Dua Inisiatif telah diperkenalkan iaitu :

i) School Improvement Partner

Diurusetiakan oleh SJQ untuk membimbing dan membantu Pengetua dan Guru Besar Band 6 dan 7.

ii) School Improvement Specialist Coaches (SISC)

Diurusetiakan oleh SPA untuk membantu guru dalam meningkatkan pencapaian gred mata pelajaran. 1.7.3Pencapaian SIP telah dijadikan KPI KPM. Sehubungan itu, pemantauan ke PPD dan sekolah bagi melihat pelan tindakan strategik akan dijalankan dalam masa terdekat.

1.8Program PERMATApintar.

Seramai 35 orang murid di Bahagian Bintulu terlibat dalam Ujian UKM2 yang akan diadakan pada 5 Julai 2011 di SMK Kidurong.

1.9Program Penutur Jati Bahasa Inggeris.

1.9.1Di bawah Dasar MBMMBI, program ini diperkenalkan untuk Projek Peningkatan Kapasiti Guru Bahasa Inggeris 2010 hingga 2013.

1.9.2Program ini memberi fokus kepada KSSR. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan keupayaan guru BI dalam P & P.

1.10Isu Murid Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen.

1.10.1 Semua pihak perlu memastikan murid-murid yang tiada dokumen dibantu supaya dapat bersekolah melalui program eDaftar.

1.10.2Isu murid bukan warganegara perlu dikawal bermula dari Tahun Satu lagi. Pengetua dan Guru Besar memastikan tidak mengambil keputusan secara tergesa-gesa hanya kerana ada desakan dari pihak luar.

1.11Audit Dalaman KPM 2010.

Pemantauan ke atas perkhidmatan makanan bermasak, kawalan keselamatan dan pembersihan kawasan akan diteruskan. Semua pihak perlu mematuhi segala garis panduan yang terdapat dalam dokumen kontrak.

1.12Mengukuhkan Barisan Hadapan

Sekolah dan PPD merupakan barisan hadapan yang paling hampir dengan masyarakat sekaligus mencerminkan imej KPM. Oleh sebab itu, semua guru dan kakitangan pejabat perlu mengamalkan etika dan budaya yang baik setiap kali berurusan dengan pelanggan.1.13Persaingan yang sihat

Persaingan penting untuk mengetahui di mana kedudukan kita berada. Kategori band bagi sekolah-sekolah di daerah Bintulu adalah seperti berikut:i) Sekolah Rendah

Band 1(1 buah), Band 2(1 buah). Band 3(13 buah) , Band 4(8 buah) dan Band 5(1 buah)

ii) Sekolah Menengah

Band 5(5 buah)

1.14Masalah Disiplin Guru dan Kakitangan Pendidikan1.14.1Semua Pengetua dan Guru Besar perlu memperingatkan semua warga sekolah supaya sentiasa mengambil pendekatan yang tepat berdasarkan Akta, Surat Pekeliling dan surat siaran yang telah dikeluarkan dari semasa ke semasa.

1.14.2Semua pihak perlu patuhi kesulitan sekiranya perkara ini masih dalam siasatan.

1.15 Isu Guru bertugas pada hujung minggu Pastikan tiada sekolah melaksanakan program atau aktiviti pada hujung minggu melebihi 2 kali sebulan.

1.16Kebenaran mengadakan Program dan Membuat Kajian oleh Agensi Luar.

Sila patuhi syarat-syarat seperti berikut :

i) Mendapatkan kelulusan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.ii) Permohonan hendaklah mempunyai tarikh luput.

iii) Permohonan menjalankan kajian adalah memadai jika diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).

iv) Data-data murid, guru dan sebagainya tidak boleh diberikan kepada agensi luar tanpa kebenaran bagi mengelakkan data-data tersebut dimanipulasikan.

1.17PSKPP 2011.

1.17.1 PSKPP peringkat negeri akan diadakan di Sarikei pada 28 hingga 31 Julai 2011. Manakala, peringkat bahagian akan diadakan di Sebauh pada 1 hingga 2 Julai 2011. Pemilihan wakil PPD perlu dijalankan dengan telus dan tiada unsur hanya memilih kawan yang dikenali.

1.17.2 Yuran PSKPP tahunan sebanyak RM3 seorang perlu dikutip dan dihantar ke PPD dengan segera.

1.17.3 Untuk makluman pendaftaran sebagai ahli PSKPP adalah tidak wajib. Sesiapa yang sudah mengisi borang secara automatik menjadi ahli seumur hidup.

1.17.4 Bukan ahli PSKPP tidak boleh menyertai aktiviti PSKPP.

1.18Agihan Ganjaran New Deals.

Ditetapkan oleh KPM bahawa ganjaran hanya diperuntukkan kepada 95% daripada guru sekolah berkenaan sahaja.

1.19Pergerakan guru dan tuntutan perjalanan.

Semua tuntutan perjalanan guru yang diarahkan akan dibayar berdasarkan pekeliling sedia ada. Sekiranya peruntukan tidak mencukupi, guru-guru perlu dimaklumkan dan tindakan perlu diambil bagi mengelakkan rasa tidak puas hati.

1.20Latihan `Fire Drill

1.20.1 Semua sekolah perlu mengadakannya dari semasa ke semasa dan perlu direkodkan.

1.20.2 Sila maklumkan kepada pihak PPD dengan segera melalui SMS atau telefon sekiranya berlaku kebakaran.

1.21 Kemasukan ke Sekolah Seni secara atas talian

1.21.1 Semua sekolah rendah diminta mempromosikan.

1.21.2 Laman web rasmi untuk permohonan adalah http://www.moe.gov.my1.22Majlis Ramah Tamah Rumah Terbuka Hari Gawai 2011

1.22.1 Akan diadakan pada 28.6.2011 jam 3.30 petang di PPD Bintulu.

1.22.2 Semua Pengetua dan Guru Besar adalah dijemput hadir.

Makluman

2.Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit Mesyuarat Staf PPD Bintulu Bil.1/2011 dicadang disahkan oleh Cikgu Yusop Bin Yunus, Guru Besar SK Sungai Tisang dan disokong oleh Cikgu Zemrud Binti Zainudin, Guru Besar SK Bintulu.

3.Laporan Pelaksanaan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Cikgu Mohd Hamzah Bin Abdul Majid.3.1Panduan Pelaksanaan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.3.1.1 Tarikh yang telah ditetapkan ialah 2 Julai 2011 dan ia akan bermula pada jam 7.45 pagi. 3.1.2Jarak larian ialah sekurang-kurangnya 1.5km / 1500 meter atau lebih, mengikut kemampuan pihak yang terlibat.

3.1.3Setiap penyertaan adalah percuma. Semua warga JPN, PPD, sekolah, IPGM, Matrikulasi dan ahli masyarakat digalakkan untuk menyertai larian tersebut. JPN, PPD, sekolah, IPGM, Matrikulasi boleh menentukan bilangan dan penglibatan ahli masyarakat yang difikirkan sesuai. 3.1.4Peserta-peserta boleh terdiri daripada : Murid / pelajar termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah swasta, guru, anggota khidmat sokongan dan ahli keluarga. Ibu bapa dan ahli keluarga murid / pelajar.

Bekas murid / pelajar.

Ikon sukan

VVIP / VIP (Menteri, Menteri Besar, Ahli Parlimen/ADUN)

Organisasi / Agensi setempat (Warga Pejabat Negeri, Warga Majlis Daerah, Agensi Kerajaan dan Syarikat Swasta).

3.1.5Beberapa buah JPN, PPD, sekolah, IPGM, Matrikulasi yang berhampiran boleh dikumpulkan di satu tempat yang sesuai untuk pelancaran dan larian serentak. Pihak yang terlibat hendaklah melaksanakan pelancaran dan larian serentak pada hari dan waktu yang sama anjuran masing-masing.3.1.6Dari segi trek larian hendaklah memilih trek padang JPN / PPD / sekolah / IPGM / Matrikulasi, trek merentas desa, padang awam, taman rekreasi atau trek larian yang sesuai dan selamat. Setiap trek hendaklah mengutamakan keselamatan terutamanya untuk para pelajar.3.1.7Semua peserta perlu didaftarkan dalam borang penyertaan mengikut kategori masing-masing. Borang penyertaan boleh diperolehi dengan memuat turun melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my/bsukan mulai 1 Mei 2011.3.1.8Hanya borang penyertaan murid atau pelajar sekolah sahaja yang perlu diemelkan kepada Cikgu Mohd Hamzah Bin Abdul Majid selewat-lewatnya pada 23 Jun 2011.

3.1.9 Murid / pelajar sahaja yang akan diberi nombor peserta yang bermula daripada nombor 0001 dan nombor seterusnya dengan menggunakan format nombor yang sama iaitu empat angka. Peserta kategori lain tidak perlu diberi nombor peserta.

3.1.10Nombor peserta murid / pelajar hendaklah dipamerkan di baju (bahagian hadapan atas) peserta semasa larian.3.1.11Pengesahan jumlah penyertaan murid / pelajar hendaklah dibuat oleh Pengetua atau Guru besar dengan menurunkan cop rasmi dan tandatangan pada borang penyertaan tersebut. Makluman

4.Laporan dari Unit Psikologi dan Kaunseling Cikgu Mordiana Bt. Hj. Nawi

4.1Laporan Kehadiran Bulanan

4.1.1Setiap laporan kehadiran guru dan kakitangan sekolah walaupun pulangan kosong perlu dihantar ke PPD Bintulu pada minggu pertama bulan berikutnya. 4.1.2 PPD Bintulu merupakan PPD pertama mengadakan pemantauan kehadiran guru dan staf setiap bulan. Pemantauan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2009 lagi.

4.2Maklumat Guru atau Pegawai Bermasalah.

4.2.1Laporan Guru atau Pegawai bermasalah perlu dihantar ke PPD Bintulu dengan segera. Tarikh tutup ialah 30 Jun 2011.4.2.2Guru yang bermasalah atau melanggar etika sebagai seorang guru adalah seperti tidak hadir bertugas, tidak masuk kelas, tidak menghantar buku panduan mengajar, tidak memaklumkan pihak sekolah semasa mengambil cuti dan sering mengambil cuti sakit.4.2.3 Pengetua dan Guru Besar perlu mengesahkan laporan guru atau pegawai yang bermasalah ini sebelum dihantar ke PPD Bintulu.4.2.4Setakat ini, 5 buah lagi sekolah iaitu SM Teknik, SMK Asyakirin, SK Sungai Setiam, SK Sungai Selad dan SK Sungai Setulan belum menghantar borang maklumat tentang guru atau pegawai bermasalah.

4.2.5Semua sekolah yang telah menghantar borang maklumat tentang guru atau pegawai bermasalah tidak ada sebarang kes kecuali sekolah-sekolah seperti berikut:

SMK Bandar Bintulu

- Kesihatan SMK Kidurong

- Kesihatan / Disiplin

SMK Kemena

- Kesihatan

SK Orang Kaya Mohamad- Kesihatan

SK Kampung Jepak

- Kesihatan

SK Kidurong 2

- Kesihatan

SJK Sebiew Chinese

- Kesihatan

SK Sungai Tisang

- Kesihatan / Disiplin

Makluman

5.Laporan dari Unit Pengurusan Akademik Cikgu Maimunah Bt Yunus.

5.1NKRA Pendidikan - Amanat Dato Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

5.1.1 Mulai tahun 2011, KPPM telah menetapkan bahawa keputusan peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM sebagai Petunjuk Prestasi Utama (PPU/KPI) beliau.

5.1.2SPA dan JPN adalah sektor yang bertangungjawab untuk merealisasikan sasaran ini.

5.1.3Bagi memastikan PPU tercapai, SPA dan PPD perlu :i) Melaksanakan pemantauan bagi melihat perkembangan pencapaian murid dari semasa ke semasa.

ii) Wujudkan kerjasama pintar dalam mengoptimumkan program yang terbukti berjaya dalam meningkatkan potensi pelajar.

5.2Pembentangan Analisis SPM 2010

5.2.1SPM 2010 merupakan yang terbaik sejak tahun 2007. Gred Purata Sekolah (GPS) adalah seperti berikut : 2007 (5.6)

2008 (5.51)

2009 (5.34)

2010 (5.19)- Layak dapat sijil adalah 91.20% dan peratus cemerlang adalah 2.28%.

5.2.2Sasaran SPM 2011 adalah GPS 5.18. Layak dapat sijil adalah 94.20% dan peratus cemerlang adalah 2.78%.

5.3Pembentangan Analisis Ujian Bulan Mac (UPSR, PMR, SPM & STPM) 2011.

5.3.1Data pencapaian murid untuk Ujian Bulan Mac dikutip berdasarkan Ujian Setara JPN atau Ujian Berasaskan Sekolah.

5.3.2Data menunjukkan pencapaian bagi semua negeri berada jauh daripada sasaran yang ditetapkan.

5.3.3Sasaran GPS yang ditetapkan bagi tahun 2011 adalah : UPSR- 2.29

PMR- 2.72

SPM- 5.18

STPM- 2.35

5.3.4Tarikh-tarikh penting bagi penghantaran data peperiksaan ke BPSH adalah seperti berikut : Peperiksaan Pertengahan Tahun UPSR & PMR

- 16 Jun 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun SPM & STPM

- 30 Jun 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun (Tahun 4, 5, Tingkatan 2, 4 dan 6 Rendah) 30 Jun 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR & PMR

- 19 Sept 2011

Peperiksaan Percubaan SPM & STPM

- 14 Okt 2011

Peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 4, 5, Tingkatan 2, 4, dan 6 Rendah) 12 Dis 2011

5.4Perkongsian Maklumat Tingkatan 6

5.4.1Seramai 210,914 orang murid telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian ke Tingkatan 6 tahun 2011.

Aliran Kemanusiaan - 148,320 orang Aliran Sains

- 51,089 orang Aliran Agama

- 11,507 orang5.4.2Bahasa Iban diambikira untuk kemasukan Tingkatan 6 bagi aliran kemanusiaan mulai 2011.

5.4.3Sasaran PNGK STPM 2011 ialah 2.35

5.4.4Sistem modular akan menggantikan sistem terminal mulai sesi kemasukan 2012/2013.

5.4.5Kadar yuran dan caj peperiksaan untuk calon pensendirian dinaikkan kerana kos operasi meningkat :

Yuran Asas

- RM175.00

Yuran MP (Ada Kerja Kursus)

- RM90.00

Yuran MP (Tiada Kerja Kursus)

- RM75.00

Jumlah Yuran 4 mata pelajaran

- RM535.00

Jumlah Yuran 5 mata pelajaran (jika semua ada kerja kursus)

- RM625.00

5.4.6Kursus Jurulatih Negeri untuk Program PPGT6 tahun 2011 anjuran BPG bagi negeri Sarawak akan diadakan pada 6 hingga 8 Julai 2011. Ia melibatkan 2 pegawai penyelaras Tingkatan 6 JPN dan 20 guru PK Akademik T6.

5.4.7Pemantauan Tingkatan 6 akan dijalankan oleh JPN.

5.5Pelaksanaan School Enhancement Programme (SEP)

5.5.1Usaha membantu melonjakkan kecemerlangan sekolah-sekolah yang berada dalam Band 3, 4 dan 5.

5.5.2JPN dan PPD merancang aktiviti untuk sekolah-sekolah berkenaan melalui program sedia ada.

5.5.3SPA dilantik sebagai peneraju dan dibantu oleh SPS, SJQ dan sektor-sektor lain. SPA diminta juga mengenalpasti seorang pegawai untuk menyelaras SEP peringkat JPN dan PPD.

5.5.4Semua pegawai meja mata pelajaran menjadi AJK Jawatankuasa SEP.

5.5.5Mekanisme JPN adalah :

Kenalpasti kekuatan, kelemahan dan keperluan sekolah melalui School Improvement Tool (SIT).

Masukkan sekolah tersebut dalam program JPN/PPD sedia ada.

JPN bebas pilih sekolah berdasarkan Band tetapi sekolah Band 5 diberi keutamaan.

5.5.6Bilangan sekolah yang dipilih adalah 5,520 buah sekolah Band 3, 4, 5 di seluruh negara. Sasaran BPSH 2011 adalah 819 buah sekolah (14.835%).

5.5.7Pelaporan pencapaian SEP bagi JPN dihantar sebanyak 3 kali setahun iaitu bulan April, Julai dan Oktober. Borang pelaporan disediakan oleh BPSH.

5.5.8SPA akan mengenalpasti seorang pegawai sebagai penyelaras SEP JPN/PPD.

5.6Penggunaan Novel Interlok sebagai teks KOMSAS

5.6.1Melibatkan JPN Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

5.6.2Pengguguran dan penggantian perkataan dan frasa dengan persetujuan penulis iaitu :

Kasta paria (m/s 211)

- golongan yang sama

Kasta (m/s 216)

- golongan

Kasta Brahma (m/s219)- golongan Brahmin

Tuhan (m/s214/230)

- Dewa

Berkulit hitam

- Orang India

5.6.3Penggantian adalah menggunakan kaedah tampalan. Lampiran akan dihantar ke semua sekolah di negeri-negeri terlibat.

5.6.4Semua JPN/PPD diminta memaklumkan tentang pelaksanaan penggantian dan pengguguran perkataan dan frasa tersebut di negeri masing-masing.

5.7 Program LINUS

5.7.1 Setakat ini, pencapaian LINUS Tahun 1 untuk Daerah Bintulu adalah seperti berikut:

PROGRAM LINUSSASARAN KPMPERDANALINUSTEGAR

LITERASI90%61.87%23.61%14.52%

NUMERASI90%77.43%17.06%5.51%

5.7.2 Setakat ini, pencapaian LINUS Tahun 2 untuk Daerah Bintulu selepas saringan ke-4 adalah seperti berikut:

PROGRAM LINUSSASARAN KPMPENCAPAIAN

LITERASI100%97.2%

NUMERASI100%98.8%

5.7.3Sekolah-sekolah yang pencapaian LINUS (Literasi) Tahun 1 di bawah 60% adalah seperti berikut:

SK Orang Kaya Mohamad

SK Kampung Jepak

SK Kampung Baru

SK Kidurong 2

SK Desa Lavang

SK Kampung Nyalau

SK Sungai Silas

SK Kem Batu 18

SK Ulu Segan

SK Sungai Setiam

SK St Anthony

SJK Sebiew Chinese

SJK Siong Boon

5.7.4 Cuma tinggal SK Sungai Setiam sahaja belum melepasi 60% bagi pencapaian LINUS (Numerasi) Tahun 1.

5.8 KSSR & PBS Tahun 2

Jadual kursus adalah seperti berikut:

BILMATA PELAJARANTARIKH KURSUSTEMPAT KURSUS

1Bahasa Malaysia11 - 15 Julai 2011Makmal 1, SK Kidurong 2

2Bahasa Inggeris11 - 15 Julai 2011Makmal 2, SK Kidurong 2

3Pendidikan Jasmani18 - 22 Julai 2011Makmal 1, SK Kidurong 2

4Matematik18 - 22 Julai 2011Makmal 2, SK Kidurong 2

5Dunia Sains dan Teknologi25 - 29 Julai 2011Makmal 1, SK Kidurong 2

6Pendidikan Kesihatan25 - 29 Julai 2011Makmal 2, SK Kidurong 2

7Dunia Seni Visual8 - 12 Ogos 2011Makmal 1, SK Kidurong 2

8Dunia Muzik8 - 12 Ogos 2011Makmal 2, SK Kidurong 2

9Pendidikan Islam 15 - 19 Ogos 2011Makmal 1,SK Kidurong 2

10Pendidikan Moral15 - 19 Ogos 2011Makmal 2, SK Kidurong 2

11Bahasa Iban22 - 26 Ogos 2011Makmal 1, SK Kidurong 2

12Bahasa Arab22 - 26 Ogos 2011Makmal 2, SK Kidurong 2

13Bahasa Cina SK22 - 26 Ogos 2011SJK Chung Hua Bintulu

14Bahasa Cina22 - 26 Ogos 2011SJK Chung Hua Bintulu

Makluman

6.Laporan dari Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Cikgu Ismawi Bin Hj. Bujang

6.1Umum

6.1.1Program pemuliharaan dianjurkan oleh Jabatan Forestry di Taman Negara Semilajau akan berlangsung pada 9 Julai 2011. Ia melibatkan 2 buah sekolah iaitu SK Bintulu dan SK Orang Kaya Mohamad.

6.1.2Pihak sekolah perlu memberikan surat pelepasan ibu bapa kepada pelajar untuk diisi oleh ibu bapa.

6.1.3Seramai 20 0rang pelajar dan seorang guru pengiring akan mengikuti program tersebut.

6.1.4Jabatan Kesihatan akan memberikan ubat penyakit untut kepada 2 buah sekolah rendah iaitu SK Desa Lavang dan SK Kuala Nyalau.

6.2Tabung Ehsan6.2.1Tabung Khairat telah ditukarkan dengan nama baru iaitu Tabung Ehsan. Penjenamaan baru dilakukan adalah untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan warga guru dan staf pendidikan dengan Tabung Khairat Hari Guru.

6.2.2Tujuan penubuhan Tabung Ehsan

6.2.2.1

Membantu meringankan beban ahli dan waris si mati

6.2.2.2Menyatukan warga guru dan staf pendidikan untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlakunya sesuatu kematian.

6.2.2.3Memupuk semangat kerjasama dan keprihatinan antara warga guru dan staf pendidikan tanpa mengira agama serta fahaman masing-masing.

6.2.3Syarat-syarat Keahlian Tabung Ehsan

Sila rujuk kertas konsep yang yang telah diedarkan semasa mesyuarat.6.2.4Yuran

Sila rujuk kertas konsep yang yang telah diedarkan semasa mesyuarat.6.2.5Sumbangan kepada Waris Si mati apabila berlakunya kematian

Sila rujuk kertas konsep yang yang telah diedarkan semasa mesyuarat.6.2.6Akaun

6.2.6.1Akaun bank yang sedia ada di Bank Muamalat akan dikekalkan sebagai akaun bank Tabung Ehsan. Penanda tangani akaun sedia ada iaitu Cikgu Abdul Muin B. Abdul Kassim, Cikgu Rosli B. Salleh dan Sani B. Suhaili akan digantikan kepada Cikgu Abdul Muin B. Abdul Kassim, Cikgu Ismawi Bin Hj. Bujang dan Cikgu Fred Ak Entau.

6.2.6.2 Penyata kira-kira akan dibuat setiap hujung tahun dan akan disahkan oleh pemeriksa kira-kira. Penyata kira-kira akan dibentangkan dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan yang akan diadakan sebelum 31 Mac tahun berikutnya.

6.2.7 Keputusan Ahli Mesyuarat

6.2.7.1 Semua ahli mesyuarat diminta untuk mengkaji semula kertas konsep yang telah dibentangkan oleh Cikgu Ismawi Bin Hj Bujang. Kelulusan untuk pelaksanaan Tabung Ehsan akan dibuat kemudian.6.2.7.2 Cikgu Ismawi Bin Hj Bujang akan mendapatkan maklum balas dari semua sekolah.

6.2.7.3 Kutipan yuran belum boleh dibuat lagi untuk sementara waktu sehingga tabung ini dilancarkan.6.3Program Shield

6.3.1Lawatan AADK ke semua sekolah menengah di Bahagian Bintulu adalah dari 5 hingga 29 Julai 2011.

6.3.2Semua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah akan terlibat bersama.

6.3.3Untuk makluman, AADK cawangan Bintulu telah beroperasi di Wisma Persekutuan. Pegawainya ialah Encik Helmi. No telefon ialah 316540.6.4Pelupusan Buku Teks Bahasa Inggeris Tahun 1 SK (Edisi Asal)

6.4.1 Pelupusan perlu mengikut prosedur iaitu secara jualan sisa.

6.4.2 Dapatan wang dari pelupusan mesti masuk ke dalam hasil kerajaan bukan akaun SUWA.6.5 Lawatan untuk SPBT(Kajian Buku Teks)

Lawatan akan diadakan dari 17 hingga 20 Julai 2011 ke SJK Sebiew Chinese, SK Agama, SK Asyakirin, SK Kidurong, SK Kem Batu 18, SMK Asyakirin, SMK Kidurong dan SM Teknik.

6.6 Data SMM seperti pada 30.6.2011

Perlu dihantarkan ke PPD Bintulu pada atau 6.7.2011.

6.7Kem Motivasi Kesihatan

6.7.1Akan diadakan di SMK Kemena dari 20-22 Julai 2011.

6.7.2Ia melibatkan 14 buah PPD di zon utara.

6.7.32 orang guru dan 8 orang murid dari daerah Bintulu akan menyertai kem ini.

Makluman

7.Laporan dari Unit Pembangunan Cikgu Fred Ak. Entau

7.1Pelaksanaan Projek

7.1.1Pembangunan Pendidikan RMK ke-9 KPM iaitu projek khas penyelenggaraan untuk tandas sekolah dan padang sekolah.

7.1.1.1

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah :

SK Kampung Jepak

- Padang Sekolah

SK Kem Batu 18

- Tandas Sekolah

SK Sebauh

- Tandas Sekolah

SK Rumah Keseng

- Tandas Sekolah

7.1.1.2

Kontraktor yang bertanggungjawab adalah Syarikat Cahaya Bumi.

7.1.1.3Pihak JPN akan mengirimkan plan pembinaan tandas dan padang tersebut. Pihak kontraktor perlu mengadakan lawatan tapak sebelum projek bermula.

7.1.2Sebut Harga Penyelenggaraaan melalui peruntukan Menteri melibatkan 5 buah sekolah iaitu SK Sg, Selad, SK Sg. Tisang, SJK Sebiew Chinese, Sk Ulu Segan dan SK Kampung Nyalau.

7.2Untuk makluman bahawa baki perbelanjaan peruntukan penyelenggaraan setakat Jun 2011 ialah RM469.00. Oleh yang demikian, pembaikan kerosakan kecil di sekolah boleh menggunakan peruntukan LPBT.7.3Peruntukan Bantuan Modal Sekolah Agama dan SJK

7.3.1Sekolah yang terlibat ialah SK Agama, SK St Anthony, SJK Chung Hua Bintulu, SJK Chung Hua Bintulu 2 dan SJK Siong Boon.

7.3.2Laporan Kemajuan Prestasi Pelaksanaan Projek perlu dihantar terus ke JPN awal bulan berikutnya mengikut format yang telah diberikan. Salinan perlu dihantar ke PPD Bintulu Makluman

8.Laporan dari Unit Perkhidmatan Cikgu Yusup B. Hj. Harbi

8.1Cuti Rehat8.1.1Cuti rehat bagi Guru Besar cuba elakkan dari mengambil lebih dari 1 minggu semasa hari persekolahan.8.1.2Cuti Rehat Khas (CRK) tidak boleh digunakan untuk memanjangkan cuti sekolah. Pengetua atau Guru Besar adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas CRK yang telah diluluskan.

8.1.3 Daripada laporan analisis dari bulan Februari hingga April 2011, terdapat 25 orang guru dari SK Bintulu dan SK Kampung Jepak mengambil CRK pada waktu persekolahan.

8.1.4 Selepas Hari Krismas, dinasihatkan permohonan cuti rehat bagi AKS jangan disokong. Mereka perlu berada di sekolah bagi persediaan awal sesi persekolahan baru.8.2Ketidakhadiran guru dan staf sokongan kerana digunakan oleh jabatan-jabatan lain8.2.1Perlu diluluskan oleh PPD Bintulu. 8.2.2Pihak sekolah perlu menulis surat kepada guru atau staf sokongan yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan selepas 3 hari tidak hadir berturut-turut untuk bertugas tanpa sebab.

8.2.3Pengetua dan Guru Besar perlu menyemak buku rekod kehadiran setiap hari. Pastikan rekod kehadiran adalah mengikut urutan masa yang betul.

8.3Guru berpencen

8.3.1 Bagi guru yang akan bersara perlu mengisi borang pencen 12 bulan sebelum persaraaan. 8.3.2 Ada senarai semak untuk diisi bagi 12 bulan pertama dan 6 bulan terakhir.

8.4Pemantauan Berfokus untuk sekolah rendah8.4.1Keseluruhan prestasi sekolah rendah di daerah Bintulu ialah 80.28%.

8.4.2Terdapat 3 buah sekolah iaitu SK Setiam, SK Sg. Selad dan SK Sg Silas lemah dari segi pengurusan. Manakala, terdapat 2 buah sekolah iaitu SK Kem Batu 18 dan SK Sg Selad lemah dari segi P & P.8.5Sekolah Berprestasi Tinggi

Maklumbalas dari SK Agama telah diterima. Semoga berjaya.

Makluman9.Laporan dari Unit Pendidikan Islam Cikgu Yusuf Bin Piee

9.1Kem Kemanisan Iman untuk sekolah menengah di Bintulu akan berlangsung pada tarikh 24 hingga 25 Jun 2011 di UPM Bintulu. 8 buah sekolah menengah dan seramai 80 peserta akan terlibat.9.2Kem Kemanisan Iman peringkat sekolah rendah pula akan berlangsung pada 1 hingga 2 Julai 2011 di SMK Kemena. 21 buah Sekolah Rendah dan seramai 90 orang peserta akan terlibat.

9.3Aktiviti J-Qaf peringkat Bahagian telah berlangsung pada 23 Jun 2011 di PPD Bintulu. Seramai 21 orang guru J-Qaf dan 3 orang Jurulatih Utama terlibat.9.4Laporan prestasi perbelanjaan Kem Bestari Solat, Kem Bina Juara, Kem Literasi Al-Quran dan Khatam Al-Quran 2011 perlu dihantar ke PPD Bintulu. Sekolah yang ada Sistem Gran, wang perlu dimasukkan terus ke akaun sekolah. Bagi sekolah yang tidak ada Sistem Gran perlu memohon dengan PPD Bintulu.9.5Ujian kemasukan ke SK Agama Bintulu telah diedarkan ke semua sekolah rendah. Maklumbalas mengenai borang penyertaan tersebut hendaklah dihantar dalam bentuk soft copy dan hard copy.

9.6Kelas Taranum anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu dengan kerjasama JAIS Bintulu telah berjalan iaitu hari Selasa untuk sekolah menengah dan hari Khamis untuk sekolah rendah dari jam 2.00pm hingga 4.30pm.

Makluman

10.Laporan dari Unit Pengurusan Maklumat dan ICT Cikgu Chapun Ak. Dawin

10.1Kutipan data seperti pada 30 Jun 2011 perlu dikemaskini selewat-lewatnya pada 7 Julai 2011. Pemantauan secara online akan dilakukan oleh KPM, JPN dan PPD. Pengetua dan Guru Besar perlu menyemak data yang telah dikemaskinikan oleh guru data sekolah sebelum dihantar.

10.2Satu aplikasi untuk menyemak ralat telah diwujudkan supaya ralat di peringkat sekolah dapat dipantau. Ralat yang dikesan akan diedarkan ke sekolah-sekolah berkenaan untuk diperbetulkan.

10.3Pengagihan komputer riba 1Malaysia telah diedarkan ke SM Teknik sahaja. 10.4Tarikh pengagihan komputer riba ke SMK Sebauh dijangkakan pada 30 Jun 2011. Manakala, tarikh pengagihan komputer riba ke SMK Kemena dijangkakan pada 1 Julai 2011. SMK Sebauh akan menerima 500 unit komputer riba. Manakala, SMK Kemena akan menerima 350 unit.

10.5Tarikh pengagihan bagi sekolah menengah lain akan ditetapkan kemudian. Jumlah komputer yang akan diterima oleh sekolah menengah lain adalah seperti berikut: SMK Bintulu - 900 unit, SMK Asyakirin - 500 unit, SMK Kidurong - 700 unit, SMK Bandar Bintulu -700 unit dan SMK Baru Bintulu - 700 unit.

10.6 Schoolnet 10.6.1 Bagi sekolah menengah, waran diturunkan terus ke sekolah. 10.6.2 Bagi sekolah rendah, waran diturunkan melalui PPD Bintulu. Untuk makluman, waran telah diterima di PPD Bintulu. Makluman

11.Laporan dari Unit PKG Cikgu Muhd Safwan Abdullah

11.1Surat mengenai Penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards(SSQS) Tahun 2011 telah diedarkan ke sekolah pada 10 Jun 2011. Pelaporan pengisian data ini adalah secara online di URL iaitu http://ssqs.moe.edu.my/ssqs.php atau http://pnp.moe.edu.my/ssqs/index.php. Tarikh untuk mengisi secara online ialah dari 13 Jun hingga 3 Julai 2011.11.2Lanjutan berkenaan SSQS Ranking sekolah untuk bahagian Bintulu boleh dilihat dari rumusan pada surat yang diedar semasa mesyuarat. Ucapan tahniah kepada semua sekolah yang telah mengisi 100% pada 2010.

11.3Program Membaca 1Malaysia pada 2010 dan Program READ2010 telah disertai oleh semua sekolah. Sekolah sekolah yang menghantar laporan bergambar, video pendek pengesahan penyertaan dan bertulis melalui emel ke pihak Scholastic Sdn Bhd telah diberi penghargaan dengan menyumbangkan 50 set buku Bahasa Inggeris untuk kegunaan Pusat Sumber Sekolah.11.4Program `Sayembara Bicara Berirama akan diadakan pada 11 Julai 2011 jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu. Semua sekolah menengah di Bintulu serta SMK Bakun dan SMK Belaga akan terlibat.

11.5Buat masa ini, penyelenggaraan ICT belum lagi diperturunkan peruntukan untuk daerah Bintulu dan Tatau. Manakala, bagi daerah Sebauh sedang dalam proses urusan sebutharga. Walau bagaimanapun, sekolah dikehendaki mengisi sebarang aduan kerosakan peralatan ICT dalam tahun 2011 secara `Log In ke dalam portal Support Ticketing System(STS). Makluman juga kepada semua sekolah untuk closed tiket yang masih ada bagi tahun 2010.

Makluman12. Laporan dari Unit Pengurusan Sekolah Cikgu Law Siong Lee

12.1 Umum12.1.1 Laporan Tindak Susul/Maklumbalas Minit Mesyuarat Staf PPD Bintulu Bil.2/2011 diharapkan dapat dihantar ke PPD Bintulu pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.Makluman12.1.2 Penolong Kanan 1 perlu memastikan urusan pengemaskinian data di Sistem e-operasi dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan. Semua data maklumat guru sama ada mereka akan memohon pertukaran atau tidak perlu dikemaskinikan. Pengetua atau Guru Besar perlu memastikan data yang dikemaskinikan oleh PK 1 adalah betul sebelum membuat pengesahan. Website ialah: http://apps.moe.gov.my/eoperasi atau http://apps.moe.gov.my/epgoTindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar12.1.3 Sila pastikan guru-guru yang berjawatan naik pangkat dan guru cemerlang dikemaskinikan. Makluman12.1.4 Sila maklumkan kepada semua guru yang berjawatan naik pangkat dan guru cemerlang supaya tidak memohon pertukaran melalui sistem e-GTukar. Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

12.1.5 Tarikh permohonan e-GTukar bagi Januari 2012 dijangkakan dari 1.9.2011 hingga 30.9.2011. Pastikan borang permohonan (2 set untuk antara negeri dan antara daerah manakala 1 set untuk dalam daerah) yang telah disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar dan dokumen sokongan (2 set untuk antara negeri dan antara daerah manakala 1 set untuk dalam daerah) dihantar ke PPD Bintulu (u/p: Cikgu Saldan Bin Mairat bagi Sekolah Rendah dan Cikgu Law Siong Lee bagi Sekolah Menengah) pada atau sebelum satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.Tindakan : Semua Pengetua di Daerah Bintulu sahaja dan Guru Besar

12.1.6 Sila maklumkan kepada semua guru biasa supaya memberi maklumat yang lengkap semasa memohon pertukaran secara atas talian. Permohonan yang tidak lengkap (terutamanya kelas dan subjek yang diajar) tidak akan disokong untuk pertukaran.Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

12.1.7 Pastikan semua pelajar adalah mengikut kohort umur.

12.2Menengah12.2.1Data OPMEN seperti pada 30.4.2011 telah selesai dikutip.

12.2.2Permohonan pertukaran pelajar kelas KRK sama ada dalam daerah atau antara daerah mestilah dihantar dari sekolah ke SPS, JPNS(U/P: Unit Menengah).

12.3Rendah- Data DORS

12.3.1Surat edaran bertarikh 2 Februari 2011 telah diedarkan ke semua sekolah rendah.

12.3.2 4 kali kutipan setahun seperti di bawah:

Data seperti pada : a. 31/1/2011 hantar pada atau sebelum 9/2/2011

(sudah selesai & terima kasih)

b. 30/4/2011 hantar pada atau sebelum 6/5/2011

(sudah selesai & terima kasih)

c. 31/7/2011 hantar pada atau sebelum 8/8/2011

d. 1/10/2011 hantar pada atau sebelum 7/10/2011

12.3.3

Mohon kerjasama semua sekolah untuk menghantar Lampiran A1 Untuk SK dan Lampiran A2 untuk SJK tepat pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan

Makluman12.4 GSTT/Guru Ganti

12.4.1Syarat Pengambilan GSTT

12.4.1.1Calon GSTT mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 kredit dalam SPM termasuk BM.

12.4.1.2 Subjek yang diajar mestilah kredit.

12.4.1.3 Calon GSTT baru mestilah terdiri daripada bekas GSTT yang pernah berkhidmat pada Tahun 2010.Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

12.4.2 Syarat Pengambilan Guru Ganti Tahun 2011

12.4.2.1 Perkhidmatan Guru Ganti hanya dibenarkan sehingga 14.10.2011 (Sila rujuk surat bil. JPS(W)/SK2P(Perj)/153/08/05/08/02/Jld.2(28) bertarikh 13.1.2011.

12.4.2.2 Calon Guru Ganti mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 kredit dalam SPM termasuk BM.

12.4.2.3 Subjek yang diajar mestilah kredit.

12.4.2.4 Tempoh masa diganti mestilah sekurang-kurangnya 30 hari bekerja.

12.4.2.5 Perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Pelajaran Sarawak (SK2P). Pihak sekolah rendah haruslah menghantar permohonan ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk ditandatangani oleh Pegawai Pelajaran Daerah sebelum dipanjangkan ke Jabatan Pelajaran Sarawak. Manakala permohonan daripada pihak sekolah menengah boleh ditandatangani oleh pengetua dan difax terus ke Jabatan Pelajaran Sarawak (SK2P).

12.4.2.6 Selepas mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Sarawak(SK2P), pihak sekolah menengah perlu menghantar sesalinan ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengeluarkan surat penempatan dan surat tawaran.

12.4.2.7 Pengetua juga perlu memohon peruntukan ke Sektor Pengurusan Sekolah di JPNS.Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

12.4.3 Semua calon Guru Sandaran Tidak Terlatih dan Guru Ganti haruslah ditemuduga oleh Panel Temuduga PPD sebelum ditempatkan.

12.4.4 Pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan yang lengkap bagi pengambilan guru GSTT atau Guru Ganti setiap kali.

Makluman12.5Murid Bukan Warganegara12.5.1Sila ambil maklum bahawa denda/penalti boleh dikenakan kepada Pengetua/Guru Besar yang menempatkan Murid Bukan Warganegara di sekolah tanpa pendaftaran kemasukan yang sah dan tanpa pas pelajar berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Murid ke Sekolah, Penyimpanan daftar dan Syarat bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998. Sila rujuk surat JPNS, JPS(W)/SK2P(Perj)/153/08/05/08/02/Jld.2(28) bertarikh 31.5.2011 yang telah diedarkan ke semua sekolah pada 21.6.2011.Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

12.5.2 Sila pastikan semua pelajar bukan warganegara ada kelulusan JPN dan Pas Pelajar sebelum diterima masuk ke sekolah.

12.5.3 Pihak sekolah tidak digalakkan menandatangani borang permohonan kemasukan murid bukan warganegara(warna merah jambu) jikalau sekolah memang menghadapi masalah kesesakan atau tiada kekosongan lagi. Murid bukan warganegara tidak diberi prioriti untuk memilih sekolah yang mereka minat.

12.5.4 Status Kewarganegaraan seorang kanak-kanak boleh diketahui dari Jabatan Pendaftaran Bintulu. Sekiranya ada sebarang keraguan tentang status kewarganegaraan seseorang kanak-kanak / pelajar, pihak sekolah boleh tulis secara rasmi ke Jabatan Pendaftaran Bintulu. No. telefon adalah 332211.

12.6 Prasekolah 12.6.1Karnival Prasekolah akan diadakan di SK Asyakirin pada 6.7.2011.12.6.2Sekolah-sekolah berikut diminta mengambil bahan-bahan sumbangan dalam bentuk buku dari Sinar Suci daripada Cikgu Hapsah atau Encik Maini.12.6.2.1 SK Desa Lavang

12.6.2.2 SK Sungai Setiam

12.6.2.3 SK Sungai Setulan

12.6.2.4 SK Sungai Silas

12.6.2.5 SK Ulu Segan

12.6.3 Sistem Maklumat Murid Prasekolah (SMPK) untuk Prasekolah perlu dikemaskini oleh Guru Prasekolah dan dipantau oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.12.6.4 Laporan bergambar tentang bangunan dan peralatan bagi peluasan Prasekolah Tahun 2011 perlu dihantar dalam bentuk `soft copy (CD) kepada Cikgu Hapsah pada atau sebelum 24.6.2011(Jumaat).

12.7Pendidikan Khas

12.7.1LINUS bagi murid-murid Kelas Pendidikan Khas dijangkakan akan bermula awal Julai 2011. Murid-murid yang sudah belajar di Kelas Pendidikan Khas sekurang-kurangnya genap satu tahun sahaja diberi saringan LINUS. Umur murid adalah di antara 8 hingga 12 tahun.12.7.2 Taklimat mengenai perkara ini akan diadakan untuk semua Guru Pendidikan Khas sekolah rendah pada 23.6.2011(Khamis) jam 2.30 petang di SK Asyakirin.Makluman12.7.3 Murid-murid yang dicadangkan ke Kelas Pendidikan Khas perlu disertakan Borang Khas (Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah dalam Pembelajaran) yang diisi oleh Guru-guru Pemulihan Khas di sekolah selain daripada Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-kanak Keperluan Khas (0-18 Tahun). Permohonan perlu dihantar ke Unit pendidikan Khas, JPNS melalui PPD Bintulu.Makluman13. Hal-hal lain

Tiada hal-hal lain dibangkitkan.

14. Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang.

Dicatat oleh :

.

[LAUYAH BINTI HJ GANI]Penolong Pegawai TadbirPejabat Pelajaran Daerah BintuluDisemak oleh:

Disahkan oleh:

..

[LAW SIONG LEE]

[TAN KIANG TUANG]

Ketua Unit Pengurusan Sekolah

Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu

Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu

Tarikh: 24.6.2011

PAGE 1