minit mesyuarat 3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
surat panggilan mesyuaratTRANSCRIPT
PKS 15/4
PKS 15/4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, Jalan Batu Bungkal, Ipoh, Perak
Minit Mesyuarat Kali Ketiga Tahun 2008Nama Jawatankuasa : Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Tarikh : 24 Julai 2008
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Cik Rusnani bt. Sharuddin (Pengetua merangkap Pengerusi
Jawatankuasa)
Hadir : 12 orang1Cik Rusnani bt. Sharuddin(Pengerusi-Pengerusi)
2Pn. Zuraida bt. Ariffin(PK Pentadbiran-Timbalan Pengerusi )
3Pn. Hjh. Haslina bt. Abdul Rahim(PK HEM-Naib Pengerusi I)
4Pn. Emsakiah bt. Zulkifli(PK Petang-Naib Pengerusi II)
5Cik Rohaniyah bt. Mohd. Ghazali(PK Kokurikulum- Naib Pengerusi III)
6Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy(Setiausaha)
7
Pn Nor Azizan Bt. Abdullah(Ketua Unit Kecil Smart T&L, Jawatankuasa TMK/ICT)
8Pn. Norlaila bt. Che Murad(Ketua AJK Unit Kecil Rekod Data Pelajar, AJK TMK/ICT)
9En Abu Bakar
10En. TJ Pereira(Ketua Unit Kecil Laman Web, AJK TMK/ICT)
11Cik Suhaila bt. Mohd. Sarad
Pn. Sushil Kaur a/p Narajan Singh
1. En Paramasivam a/l Munusamy
2. Pn. Syzreen Shymee (Penyelaras TMK/ICT)
Tidak Hadir
(Dengan Sebab) :
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Puan Pengerusi merakamkan ucapan terima atas kehadiran semua ahli dalam Mesyuarat TMK Ke-3. Jawatankuasa ini banyak bergerak dari segi meningkatkan kemahiran ICT di dalam P&P. Puan Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada EnTJ selaku tulang belakang bagi meningkatkan lathihan kemahiran ICT di kalangan guru-guru RPS. Perkara utama yang perlu dilihat adalah bagaimana latihan kemahiran ICT menjadi satu kelaziman dan menggerakkkan pelajar.
Tindakan : Makluman
2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 3/2008
2.1 Pengesahan minit mesyuarat dengan pindaan.
Cadangan : Pn. Hjh. Haslina bt. Abdul Rahim Sokongan : Pn. Emsakiah bt. Zulkifli3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Sebut harga anggaran perbelanjaan untuk mengatasi masalah anai-anai masih belum
dapat diberikan.
Tindakan : Pentadbir
3.2 Bilik Multimedia
3.2.1 Bilik Multimedia mesti mempunyai satu jadual penggunaan. Maka setiap guru dari
panitia masing-masing mesti mewujudkan keperluan pelajar menggunakan ICT di
Bilik Multimedia. Ini perlu dilakukan dengan pengawasan guru sepenuhnya.
Tindakan : Pn Anita
/ Pn. Zuraida
3.2.2 Peraturan - peraturan penggunaan Bilik Multimedia juga perlu digariskan dengan
mengambil kira aspek-aspek berikut fizikal makmal, aspek kebersihan dan
penggunaan pelajar hanya dengan pengawasan guru dan bukan merupakan tempat
untuk guru mencetak kertas soalan peperiksaan atau ujian.
Tindakan : Pn Anita
/ Pn. Zuraida
3.2.3 Ahli Kelab Komputer perlu dilatih agar dapat membantu di Bilik Multimedia.
Tindakan : Pn Anita
/ Pn. Zuraida
3.3 Instrumen Soal Selidik berkaitan kompetensi kemahiran ICT guru telah dilakukan.
Dapatan Instrumen Soal Selidik menunjukkan bahawa 80 % guru merupakan
pengguna lazim, 14 % merupakan pengguna yang sanggup belajar dan 6 %
merupakan pengguna yang enggan menggunakan komputer. Microsoft Excel,
Access dan Publisher boleh diberikan sebagai program pengayaan.
Tindakan : Pn Sushil
3.4 Membestarikan Pengurusan Rekod Murid
3.4.1 SMM dan SMA merupakan program yang tersendiri dan maklumat pelajar sukar
diakses tanpa guru data. Tindakan : Makluman
3.4.2 Maka, bantuan profesional perlu diminta agar dapat menyimpan data berasaskan
laman web sekolah. Tindakan : Pn. Norlaila
3.2.3 Senarai nama pelajar dan semua maklumat terperinci juga dapat dimasukkan
dalam fail Microsoft Excel . Selain daripada menyimpan informasi pelajar slip
kemajuan, pendaftaran, surat akuan dan pertukaran pelajar dapat dikemaskinikan
dengan mudah. Satu kata laluan perlu digunakan agar mengelakkan maklumat
pelajar tidak bocor. Tindakan : Pn. Norlaila
3.2.4 Ia juga perlu mempunyai data untuk menyokong sebarang aduan. Ini adalah untuk
membolehkan PK, PKHEM, PK Kokurikulum dan Penyelia Petang dapat
mengakses maklumat apabila mengendalikan kes dengan ibu bapa.
Tindakan : Pn. Norlaila
3.5 Pusat Akses perlu mempunyai jadual penggunaan berstruktur agar semua kelas dapat menggunakan kemudahannya. Penggunaan Internet sebagai sumber pembelajaran tidak ketara di sekolah.
Tindakan : Pn Sushil
3.6 Format laporan kerosakan Makmal Komputer telah dibuat mengikut KewPA
Tindakan : Makluman
4.0 Kandungan Mesyuarat
4.1 Aktiviti ICT untuk pelajar 4.1.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebarang folio yang dihasilkan oleh pelajar
perlu dibuat menggunakan komputer untuk mata pelajaran seperti Geografi dan
Biologi. Tindakan : Makluman
4.1.2 Jawatankuasa ini perlu menggerakkan pelajar untuk menyertai pertandingan
membina laman web dan kem ICT. Tindakan : Penyelaras
4.1.3 Kelas ICTL masih ada pelajar yang tidak hadir terutama dari kalangan pelajar
Tingkatan 1 kerana tiada kemudahan pengangkutan. Surat telah dihantar kepada
ibu bapa pelajar yang gagal menghadirkan diri ke kelas ICTL 3 kali berturut-
turut.
Tindakan : Pn. Emsakiah
4.2 Penggunaan Internet Sebagai Sumber Maklumat P&P 4.2.1 Arahan mesti dikeluarkan kepada setiap panitia untuk membuat perancangan
panitia bagi melakukan internet search. Ini adalah bagi penggumpulan
maklumat berkaitan bidang masing-masing. Guru-guru mata pelajaran perlu
menggunakan maklumat yang ada dalam internet dan mengubah konsep dari
abstrak kepada konkrit.
Tindakan : Pn Zuraida/
Pn Anita
4.2.2 Setiap panitia perlu menyenaraikan laman-laman web yang perlu untuk
pengayaan.
Tindakan : Pn Zuraida /Pn Anita
4.3 Intergrasi internet dalam P&P (Web Interactive)
Panitia perlu meletakkan link dalam bentuk URL kepada laman web sekolah
agar membentuk web interaktif dan memudahkan pelajar mengakses.
Tindakan : En TJ
4.4 Penilaian Berkomputer Pengajaran Guru
Penilaian Berkomputer Pengajaran Guru ditukar kepada bentuk yang mudah
diautomasikan.
Tindakan : Pn. Norlaila
4.5 Keselamatan/ Sekuriti WirelessAspek keselamatan adalah dalam tahap minima. Bantuan perunding dari luar boleh digunakan untuk mengatasi sebarang masalah berkaitan keselamatan wireless. Tindakan : En. TJ
4.6 Intergrasi data (One-stop Access Centre)Telah dibincang dalam perkara 3.4 di atas.
5.0 Hal-hal lain
5.1 En. TJ meminta bantuan perunding dari luar boleh digunakan bukan untuk membeli produk tetapi hanya menggunakan perkhidmatan perundingan.
6.0 Ucapan Penangguhan.
Puan Pengerusi mengucapakan terima kasih dan mengharapkan perkara yang
dirancang akan dicapai agar guru-guru lebih kompetent dalam ICT dan budaya ICT
ditonjolkan di sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.40 petang.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
................
(PUAN ANITA SUGANTHI ) (CIK RUSNANI BT. SHARUDDIN)
Setiausaha Jawatankuasa TMK/ICT Pengetua,
SMK Raja Perempuan, Ipoh
Menjulang Kecemerlangan Di Persada Marcapada
Ruj kami : SMKRPI/AEB2046/
Tarikh : 11/2/2009
Tuan/Puan,
MESYUARAT JAWATANKUASA BESTARI KALI YANG PERTAMAPerkara di atas adalah dirujuk.
2.Sukacita dimaklumkan bahawa meyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut;
Tarikh
: 23 Februari 2009
Masa
: 1.40 petang
Tempat: Bilik Gerakan
Pengerusi: Cik Rusnani bt. Sharuddin
3.Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
1. Ucapan Pengerusi2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara Berbangkit.
5 Kandungan Mesyuarat :
5.3 Pelan Taktikal
5.4 Penggunaan Internet sebagai sumber maklumat P&P
5.5 Intergrasi internet dalam P&P (Web Interactive)
5.6 Penilaian Berkomputer Pengajaran Guru
5.7 Aktiviti ICT untuk pelajar
5.8 Keselamatan/ Sekuriti Wireless
5.9 Intergrasi data (One-stop Access Centre)
6 Hal-hal lain
7 Ucapan Penangguhan.
Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menurut perintah,
............................................................................
( PN. ANITA SUGANTHI A/P KOLANDASAMY )
Setiausaha Jawatankuasa Bestari
Tel: 05-2494830
Faks: 05-2420697
PKS 15/1
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan
Jalan Batu Bungkal
30250 Ipoh
Perak