minit mesyuarat latihan dalam an

Upload: amiejoan

Post on 06-Apr-2018

324 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Minit Mesyuarat Latihan Dalam an

    1/4

    MINIT MESYUARAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SMK LANGKON PETI SURAT 164,

    89108 KOTA MARUDU TAHUN 2010

    Rujukan : XEA5104/SMKL/LDP/2010/01

    Tarikh : 5 Januari 2010

    MINIT MESYUARAT KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LDP) KALI PERTAMA 2010

    Tarikh : 5 Januari 2010

    Masa : 10.30 pagi

    Hari : Rabu

    Tempat : Pejabat Pengetua

    Agenda :

    1. Ucapan alu-aluan Pengerusi2. Pengesahan Minit Mesyuarat3. Perkara berbangkit4. Lantikan Jawatankuasa Pelaksana Kursus LDP 20105. Penetapan tarikh kursus, tajuk kursus, penceramah dan tempat kursus6. Hal-hal lain

    Kehadiran :

    1. Pn. Solingkoi Sidi2. Pn. Fatimah Binti Jusoh3. Pn. Marjina Muji4. Cik Amie Joan Juanis5. Pn. Nusia Matine6. En. Sharizan Abdullah7. En. Chong Chee Kin8. En. Katom Golumbi9. Pn. Anira Nur Izzaty10.En. Ahmad Khusairi Noordin11.En. Jepirin Ranggangon12.En. Jennedy Pungawon13.Pn. Rajinah

  • 8/3/2019 Minit Mesyuarat Latihan Dalam an

    2/4

    1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

    1.1 Puan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Sebelum memulakan mesyuarat,

    Pengetua meminta semua guru berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

    2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

    2.1 Mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh En. Chong Chee Kin dan disokong oleh En. Jepirin.

    3. PERKARA BERBANGKIT

    3.1 Peruntukan LDP yang tidak habis digunakan pada tahun lalu akan digunakan pada tahun ini untuk kegunaan LDP

    3.2 En. Ahmad Khusairi dipertanggungjawabkan untuk membayar yuran tahunan website sekolah melalui sumbangan

    guru-guru.

    3.3 Kursus laman web akan disambung pada tahun 2010.

    3.4 Penceramah-penceramah kursus LDP pada tahun 2009 akan diteruskan pada tahun 2010 memandangkan penilain

    kursus terhadap penceramah pada tahun 2009 berada pada tahap yang baik.

    3.5 Pada tahun ini, kursus LDP tidak akan diadakan semasa peperiksaan PMR memendangkan kebanyakan guru yang

    mengawas peperiksaan PMR tidak dapat menyertai kursus LDP yang dijalankan.

    3.6 Setiap panitia wajib untuk membuat Perjumpaan/Pemuafakatan Professionalisme (mesyuarat, kursus, taklimat)dimana setiap panitia dikehendaki untuk membuat perjumpaan sebanyak empat kali setahun. Laporan oleh setiap

    panitia perlulah dihantar kepada Penyelaras LDP.

    3.7 Tarikh akan ditentukan kemudian bagi kursus Bina Tata Negara di Malangang, Kiulu Tamparuli.

    3.8 Borang soal selidik akan diuruskan oleh En. Jepirin dan diedarkan kepada guru-guru bagi tujuan kursus LDP pada

    tahun 2010

    4. LANTIKAN JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS LDP 2010

    Rujuk Lampiran

    5. PENETAPAN TARIKH KURSUS, TAJUK KURSUS, PENCERAMAH DAN TEMPAT KURSUS

    5.1 Tajuk kursus akan ditentukan kemudian selepas borang soal selidik LDP diedarkan kepada guru-guru.

    5.2 Kursus LDP tidak akan diadakan semasa peperiksaan PMR berlangsung memandangkan ramai guru yang

    mengawas peperiksaan PMR tidak dapat hadir ke kursus yang dijalankan. Semasa peperiksaan UPSR berlangsung

    kursus LDP akan dijalankan.

  • 8/3/2019 Minit Mesyuarat Latihan Dalam an

    3/4

    5.3 Kursus LDP akan diadakan sekali seminggu bermula pada bulan Mac. Kursus akan diadakan pada setiap hari

    Isnin jam 9 pagi hingga 12 tengahari (3 jam). Kursus dalaman akan diadakan pada hari Selasa.

    5.4 Tajuk kursus bagi penceramah luar akan diselaraskan.

    6. HAL-HAL LAIN

    6.1 Puan Pengetua menyatakan bahawa pada tahun lepas, sekolah telah menerima peruntukan bagi perjalanan kursus.

    Beberapa peralatan kursus seperti fail poket dan pen telah ditempah.

    6.2 Puan Pengetua juga menyatakan bahawa pada tahun lalu, Puan Pengetua, Pn. Fatimah, En. Bijot dan beberapa

    KTBM telah menjalakan lawatan sambil belajar ke SMK Pulau Mutiara, Labuan.Gambar dan laporan perjalanan

    akan diberikan kepada Pn. Marjina.

    6.3 En. Jennedy selaku Pengerusi Kelab Staf menyatakan bahawa Kelab Staf belum boleh menjalankan mesyuarat

    dan hanya dapat menjalankan mesyuarat pada bulan Mac. En. Jennedy juga menyatakan bahawa pihak KTBM

    belum membayar yuran broadband dan memohon untuk yuran broadband tersebut dibayar.

    6.4 En. Jennedy menyatakan bahawa Panita Bahasa Inggeris bercadang untuk membuat perhimpunan yang

    menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sebanyak sekali dalam sebulan. Cadangan juga dibuat,

    waktu rehat diisi dengan aktiviti dimana pelajar membuat persembahan ataupun berucap dalam Bahasa Inggeris.

    PENUTUP

    Mesyuarat tamat pada pukul 11.50 tengah hari dan ditangguhkan pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan

    kemudian.

    Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

    .

    (CIK AMIE JOAN JUANIS) (Pn. Solingkoi Sidi)

    Setiausaha LDP Pengetua

    Dicadang untuk disahkan oleh, Disokong oleh,

    .. ..

  • 8/3/2019 Minit Mesyuarat Latihan Dalam an

    4/4

    JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

    SMK LANGKON PETI SURAT 164, 89108 KOTA MARUDU TAHUN 2010

    Pengerusi : Pn. Solingkoi Sidi (Pengetua)

    Timbalan Pengerusi : Pn. Fatimah Binti Jusoh (PK1)

    Penyelaras : Pn. Marjina Muji (Penyelaras LDP)

    Setiausaha : Cik Amie Joan Juanis

    Jawatankuasa : Pn. Nusia Matine (PK HEM)

    En. Sharizan Abdullah (PK KOKUM)

    En. Shukri B. Mamat (K. Bidang Bahasa)

    En. Johen @ Joehan Gipin (K. Bidang Matematik & Sains)

    En. Chong Chee Kin (K. Bidang Teknik & Vokasional)

    En. Katom Golumbi (Guru Cemerlang)

    En. Bijot Padsok (Kaunselor)

    Pn. Anira Nur Izzaty (Guru Data)

    En. Ahmad Khusairi Nordin (Guru ICT)

    En. Jepirin Ranggangon (Analisis Data LDP)

    En. Jennedy Pungawon ( Pengerusi Kelab Staf)

    Pn. Rajinah (Ketua Pembantu Tadbir)