minit mesyuarat disiplin & pgawas 2 2015

6
BADAN DISIPLIN SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 3(F) 72200 BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN. MINIT MESYUARAT AGUNG DISIPLIN & PENGAWAS KALI KEDUA 2015 Tarikh : 22 April 2015 Masa : 2.05 Pm Tempat : Bilik PBS Kehadiran : Semua guru Disiplin dan pengawas 1. Ucapan Pengerusi (Tn. Hj. Ahmad Kamal Bin Ismail) Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu- alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara berikut:- 1.1 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula dengan disiplin. Mesyuarat pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan kepada disiplin murid sepenuhnya. Tindakan : Makluman 1.2 Beliau menyatakan guru adalah role model kepada murid. Justeru itu, sebelum mendisiplinkan murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri..Segala tindakan guru menjadi contoh kepada murid. Tindakan : Makluman 1.3 Pengerusi mengingatkan ahli-ahli meyuarat supaya mesyuarat pada tahun ini diadakan sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali Tindakan : Setiausaha Disiplin 2. Pengesahan minit mesyuarat badan disiplin dan pengawas sekolah 2.1 En. Wan Zuraimi Bin Wan Mat telah mencadangkan agar minit mesyuarat badan disiplin dan pengawas kali pertama 2015 disahkan. Disokong oleh Pn. Zakiah Bt Abdul Aziz. 3. Perkara berbangkit 3.1 Pengerusi memaklumkan program pemantapan disiplin akan dilaksanakan bagi membentuk sahsiah dan disiplin yang baik bagi murid SK Pasoh 3 (F) Tindakan : Makluman 3.2 Buku Log Pemantauan Murid Lewat dikendalikan oleh guru bertugas harian,pengawas dan juga pengawal keselamatan. Tindakan : Setiausaha Disiplin 3.3 Guru bertugas harian bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap murid yang datang lambat dengan melakukan kerja amal seperti mengutip sampah dan membersihkan surau atau bilik khas. Tindakan : Guru bertugas 3.4 Murid yang hadir selepas jam 7.30 pagi iaitu selepas loceng pertama dibunyikan akan dianggap lewat hadir ke sekolah ini kerana sesi pembelajaran akan dimulakan pada pukul 7.45 pagi. 1

Upload: ungu-violet

Post on 27-Jan-2016

1.710 views

Category:

Documents


316 download

DESCRIPTION

contoh minit mesyuarat disiplin & pengawas

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Disiplin & Pgawas 2 2015

BADAN DISIPLINSEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 3(F)

72200 BATU KIKIRNEGERI SEMBILAN.

MINIT MESYUARAT AGUNG DISIPLIN & PENGAWAS KALI KEDUA 2015

Tarikh : 22 April 2015Masa : 2.05 PmTempat : Bilik PBSKehadiran : Semua guru Disiplin dan pengawas

1. Ucapan Pengerusi (Tn. Hj. Ahmad Kamal Bin Ismail)Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara berikut:-

1.1 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula dengan disiplin. Mesyuarat pada hari ini  adalah khusus untuk ditumpukan kepada disiplin murid sepenuhnya.

Tindakan : Makluman

1.2 Beliau menyatakan guru adalah role model kepada murid. Justeru itu, sebelum mendisiplinkan murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri..Segala tindakan guru menjadi contoh kepada murid.

Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi mengingatkan  ahli-ahli meyuarat supaya mesyuarat pada tahun ini  diadakan sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali

Tindakan : Setiausaha Disiplin

2. Pengesahan minit mesyuarat badan disiplin dan pengawas sekolah2.1 En. Wan Zuraimi Bin Wan Mat telah mencadangkan agar minit mesyuarat badan disiplin dan

pengawas kali pertama 2015 disahkan. Disokong oleh Pn. Zakiah Bt Abdul Aziz.

3. Perkara berbangkit3.1 Pengerusi memaklumkan program pemantapan disiplin akan dilaksanakan bagi membentuk

sahsiah dan disiplin yang baik bagi murid SK Pasoh 3 (F)

Tindakan : Makluman

3.2 Buku Log  Pemantauan Murid Lewat dikendalikan oleh guru bertugas harian,pengawas dan juga  pengawal keselamatan.

Tindakan : Setiausaha Disiplin

3.3 Guru bertugas harian bertanggungjawab  mengambil tindakan  terhadap murid yang datang lambat dengan melakukan kerja amal seperti mengutip sampah dan membersihkan surau atau bilik khas.

Tindakan : Guru bertugas

3.4 Murid yang hadir selepas jam 7.30 pagi iaitu selepas loceng pertama dibunyikan akan dianggap lewat hadir ke sekolah ini kerana sesi pembelajaran akan dimulakan pada pukul 7.45 pagi.

Tindakan : Makluman

3.5 “Spot Check” telah dilaksanakan beberapa kali dan akan dilakukan lagi dari semasa ke semasa. Aktiviti ini memerlukan sokongan dan kerjasama guru- guru agar dapat mendidik murid SK Pasoh 3 (F) menjadi insan yang cemerlang.

1

Page 2: Minit Mesyuarat Disiplin & Pgawas 2 2015

Tindakan : Setiausaha Disiplin

3.6 Ketua Guru Pengawas  menjelasan semua pengawas sudah maklum tugasan masing-masing . Senarai tugas sudah ditampal pada papan kenyataan pengawas bermula bulan Februari .

Tindakan : Makluman

4. Hal-hal lain4.1 Kebajikan pengawas

Pengerusi menyatakan hasrat beliau supaya pada tahun ini kebajikan pengawas tidak diabaikan. Beliau juga berharap pengawas yang telah dilantik akan lebih berketrampilan agar lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan rakan-rakan dari sekolah lain.

Tindakan : Semua guru pengawas

4.2 Pengerusi mengarahkan  supaya GPK Kurikulum  meneliti semula jadual waktu mengajar guru disiplin dan guru pengawas bagi memastikan tugas yang dijalanan berjalan lancar

Tindakan : GPK Kurikulum  

4.3 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru yang meghadapi masalah murid yang sering tidak menyiapkan kerja rumah supaya mengumpulkan murid tersebut dan menghantarnya ke bilik guru besar pada bila-bila masa untuk tindakan yang sewajarnya.

Tindakan : Semua guru

4.4 Kekemasan rambut Pn. Zakiah menyatakan fesyen rambut yang agak keterlaluan oleh murid semakin menjadi-

jadi, mohon semua guru menegur murid yang memotong rambut yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh badan disiplin sekolah.

Tindakan : Setiausaha Disiplin

Penutup

Tn. Hj. Ahmad Kamal Bin Ismail mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan usaha gigih guru disiplin dan pengawas sekolah di atas usaha memantapkan disiplin serta akhlak murid dan mendoakan semoga segala kerja yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas ini diberkati Allah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.05 petang

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

........................................ ..........................................EN. MOHD ZAIDI B. MOHD ZAWAWI TN. HJ. AHMAD KAMAL B. ISMAILSETIAUSAHA BADAN DISIPLIN & PENGAWAS GURU PENOLONG KANAN HEMSK PASOH 3 (F) SK PASOH 3 (F)

2

Page 3: Minit Mesyuarat Disiplin & Pgawas 2 2015

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Nama Mesyuarat : Mesyuarat Badan Disiplin & Pengawas kali kedua 2015Tarikh : 22 April 2015Tempat : Bilik PBSPengerusi : Tn. Hj. Ahmad Kamal Bin Ismail

Muka Surat

Para Perkara Tindakan Maklum Balas

1 3 Perkara-perkara berbangkit

3.2 Buku Log  Pemantauan Murid Lewat dikendalikan oleh guru bertugas harian, pengawas dan juga  pengawal keselamatan.

Setiausaha disiplin Buku Log pemantauan murid lewat akan dikendalikan oleh guru disiplin dan diurusksn oleh pengawas bertugas sekolah bagi memudahkan pengurusan disiplin.

1 3 3.3 Guru bertugas harian bertanggungjawab  mengambil tindakan  terhadap murid yang datang lambat dengan melakukan kerja amal seperti mengutip sampah dan membersihkan surau atau bilik khas.

Guru bertugas Dilaksanakan dengan baik dan jayanya oleh guru bertugas mingguan.

1 3 3.5 “Spot Check” telah dilaksanakan beberapa kali dan akan dilakukan lagi dari semasa ke semasa. Aktiviti ini memerlukan sokongan dan kerjasama guru- guru agar dapat mendidik murid SK Pasoh 3 (F) menjadi insan yang cemerlang.

Setiausaha disiplin Telah dilaksanakan secara berkala dan mengikut kesesuaian masa.

3

Page 4: Minit Mesyuarat Disiplin & Pgawas 2 2015

Muka Surat

Para Perkara Tindakan Maklum Balas

2 4 Hal-hal lain4.1 Kebajikan pengawas

Pengerusi menyatakan hasrat beliau supaya pada tahun ini kebajikan pengawas tidak diabaikan. Beliau juga berharap pengawas yang telah dilantik akan lebih berketrampilan agar lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan rakan-rakan dari sekolah lain

Semua guru pengawas

Jawatankuasa pengawas sentiasa menjaga kebajikan pengawas dengan memberi panduan, latihan dan bantuan yang diperlukan oleh pengawas dalam menjalankan tugas.

2 4 4.2 Pengerusi mengarahkan  supaya GPK Kurikulum meneliti semula jadual waktu mengajar guru disiplin dan guru pengawas bagi memastikan tugas yang dijalanan berjalan lancar

GPK Kurikulum   Akan dipertimbangkan jika jumlah tenaga guru mencukupi.

2 4 4.3 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru yang meghadapi masalah murid yang sering tidak menyiapkan kerja rumah supaya mengumpulkan murid tersebut dan menghantarnya ke bilik guru besar pada bila-bila masa untuk tindakan yang sewajarnya.

Semua guru Kebanyakan murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah sudah dikumpulkan dan dihantar untuk kaunseling di bilik guru besar.

2 4 4.4 Kekemasan rambut Pn. Zakiah menyatakan fesyen rambut yang agak

keterlaluan oleh murid semakin menjadi-jadi, mohon semua guru menegur murid yang memotong rambut yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh badan disiplin sekolah.

Setiausaha disiplin Telah diberi amaran dan ada murid yang diambil tindakan dengan memotong jambul serta ekor rambut yang panjang.

4

Page 5: Minit Mesyuarat Disiplin & Pgawas 2 2015

5