minit mesyuarat jk disiplin 2-2014

3
SK ULU RIBU 33600 ENGGOR, PERAK DARUL RIDZUAN KOD SEKOLAH: ABA 4044 NO. TEL: 05-7761324 MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA DISIPLIN & LEMBAGA PENGAWAS BIL 3/2014 TARIKH : 18/06/2013 (RABU) MASA : 1.30 ptg TEMPAT : KANTIN SEKOLAH. KEHADIRAN: 1. En Zainal B Abd Rahman 2. En Mohd Fahrur Rozi B Ismail 3. Pn Syarifatul Laili Bt Jumain 4. En Amirruddin B Mohd Lazim 5. Pn Rosy Maizatulakmal Bt Yahya 6. En Ahmad Ridzuan B Kamaruddin 1. Ucapan Pengerusi 1.1. Pengerusi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar selaku penasihat dan semua AJK kerana hadir mesyuarat J/Kuasa Disiplin kali kedua ini. Pengerusi berharap semua AJK mematuhi standard SKPM dalam melaksanakan tanggungjawab bidang disiplin dan juga urusan dokumentasi. 2. Ucapan Penasihat Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK dan tahniah atas tanggungjawab yang diterima setiap ahli. Guru Besar menyampaikan amanat dan saranan penting berkaitan dasar KPM terutamanya berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Beliau menasihatkan agar semua guru membaca maklumat tersebut di dalam laman sesawang rasmi KPM. Guru Besar memaklumkan sepanjang beliau berada di sekolah ini, tiada sebarang masalah atau kes disiplin yang besar berlaku selain tidak hadir ke sekolah dan kehadiran lewat. Akhirnya, Guru Besar berpesan agar guru mematuhi MMI yang telah digariskan sesuai dengan transformasi Pendidikan Negara.

Upload: amiruddin-mohd-lazim

Post on 09-Apr-2016

436 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

contoh minit mesyuarat disiplin

TRANSCRIPT

SK ULU RIBU

33600 ENGGOR, PERAK DARUL RIDZUAN

KOD SEKOLAH: ABA 4044 NO. TEL: 05-7761324MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA DISIPLIN & LEMBAGA

PENGAWAS BIL 3/2014

TARIKH : 18/06/2013 (RABU)

MASA : 1.30 ptg

TEMPAT : KANTIN SEKOLAH.

KEHADIRAN:

1. En Zainal B Abd Rahman2. En Mohd Fahrur Rozi B Ismail3. Pn Syarifatul Laili Bt Jumain4. En Amirruddin B Mohd Lazim5. Pn Rosy Maizatulakmal Bt Yahya6. En Ahmad Ridzuan B Kamaruddin

1. Ucapan Pengerusi

1.1. Pengerusi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar selaku penasihat dan semua AJK kerana hadir mesyuarat J/Kuasa Disiplin kali kedua ini. Pengerusi berharap semua AJK mematuhi standard SKPM dalam melaksanakan tanggungjawab bidang disiplin dan juga urusan dokumentasi.

2. Ucapan Penasihat

Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK dan tahniah atas tanggungjawab yang diterima setiap ahli. Guru Besar menyampaikan amanat dan saranan penting berkaitan dasar KPM terutamanya berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Beliau menasihatkan agar semua guru membaca maklumat tersebut di dalam laman sesawang rasmi KPM. Guru Besar memaklumkan sepanjang beliau berada di sekolah ini, tiada sebarang masalah atau kes disiplin yang besar berlaku selain tidak hadir ke sekolah dan kehadiran lewat. Akhirnya, Guru Besar berpesan agar guru mematuhi MMI yang telah digariskan sesuai dengan transformasi Pendidikan Negara.

SK ULU RIBU

33600 ENGGOR, PERAK DARUL RIDZUAN

KOD SEKOLAH: ABA 4044 NO. TEL: 05-77613243. Pengesahan Minit Mesyuarat Disiplin Bil. 1/2014.

Pengerusi mempersilakan setiausaha untuk membentangkan minit. Pengerusi seterusnya membuka ruang untuk semakan dan soalan.

Pencadang : En Ahamad Ridzuan B Kamaruddin

Sokongan : En Fahrur Rozi B Ismail..

Tindakan: J/Kuasa Disiplin

4. Maklum Balas Minit Mesyuarat Bil 1/2014.

4.1. Setiausaha membacakan maklum balas yang tercatat. Semua maklum balas telah diambil tindakan.

Tindakan: Guru Disiplin

5. Post Mortem Kehadiran dan salah laku murid sehingga Mei 2014.

5.1. Setiausaha memaklumkan bahawa data ponteng dan salah laku murid telah dikemaskini. Sehingga Mei 2014, hanya kesalahan ponteng atau ketidakhadiran melebihi 20%. yang dicatatkan dan telah diambil tindakan.

5.2. Murid yang tersebut ialah Mohd Fazrul Iqram B Jamal Harif. Tindakan yang telah diambil ialah memberi amaran lisan diikuti dengan Surat Tunjuk Sebab. Namun tiada jawapan balas yang diterima. Tindakan susulan tidak dilaksanakan kerana murid berkenaan telah berpindah sekolah ke SK Felda Lasah.

5.3. Bagi salah laku lain, tiada kesalahan yang berlaku dan direkodkan.

Tindakan: Makluman

SK ULU RIBU

33600 ENGGOR, PERAK DARUL RIDZUAN

KOD SEKOLAH: ABA 4044 NO. TEL: 05-7761324

6. Lantikan Pengawas Percubaan Sesi 2014/2015.

6.1. Setiausaha memaklumkan bahawa JK Disiplin telah menyediakan senarai pendek calon sebagai pengawas percubaan bagi mengganti dan menjalankan tugas pengawas tahun 6 bagi memberi laluan kepada mereka untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran.

6.2. Calon-calon tersebut ialah:

a. Nur Ain Natasya Bt Roseli

b. Siti Nur Syafiqah Aina Bt Syed Abu Hassan

c. Khaizatul Shima Bt Khairul Jamel.

d. Nur Syafini Bt Ahmad Syafawi

Calon-calon telah diterima sebulat suara.

7. Penangguhan mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

___________________________ __________________________

(AMIRRUDDIN MOHD LAZIM)