minit mesyuarat bm

4
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA TAHUN 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LINGGI Tarikh : 7.1.2015 Hari : Rabu Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Gerakan SKKL Kehadiran: 1. Tuan Haji Hamdan Bin Adam - Guru Besar 2. En. Khahar Bin Jaafar - GPK HEM SKKL 3. Tn. Haji Rosli Bin Abdullah - Ketua Panitia Bahasa Melayu 5. En. Hamid Bin Atan - Guru Bahasa Malaysia 6. En. Rizman Bin Abdullah - Guru Pemulihan Khas 7. Pn. Jamilah Binti Ahmad Mokhtor - Guru Bahasa Malaysia 8. Pn. Noorazwa Binti Idris - Guru Bahasa Malaysia 1. UCAPAN PENGERUSI: TN. HAJI ROSLI BIN ABDULLAH 1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu atas kehadiran mereka ke mesyuarat kali ini. 1.2 Pengerusi memohon maaf kerana mesyuarat panitia ditunda ke hari ini. 1.3 Pengerusi turut mengalukan kedatangan Puan Noorazwa ke Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi. 2. UCAPAN PENTADBIR: TUAN HAJI HAMDAN BIN ADAM 2.1 Pentadbir mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru pada hari ini. 2.2 Memaklumkan kepada guru mata pelajaran Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia dan harus akur dengan keputusan pihak atasan. 2.3 Beliau turut mengingatkan guru-guru bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah memasuki era pelaksanaan dan kitalah agen pelaksana tersebut.

Upload: jamilah

Post on 20-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

KALI PERTAMA

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA TAHUN 2015SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LINGGITarikh: 7.1.2015Hari: RabuMasa: 9.00 pagiTempat: Bilik Gerakan SKKLKehadiran: 1. Tuan Haji Hamdan Bin Adam- Guru Besar2. En. Khahar Bin Jaafar- GPK HEM SKKL3. Tn. Haji Rosli Bin Abdullah- Ketua Panitia Bahasa Melayu5. En. Hamid Bin Atan - Guru Bahasa Malaysia6. En. Rizman Bin Abdullah- Guru Pemulihan Khas7. Pn. Jamilah Binti Ahmad Mokhtor- Guru Bahasa Malaysia 8. Pn. Noorazwa Binti Idris- Guru Bahasa Malaysia

1. UCAPAN PENGERUSI: TN. HAJI ROSLI BIN ABDULLAH

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu atas kehadiran mereka ke mesyuarat kali ini.1.2 Pengerusi memohon maaf kerana mesyuarat panitia ditunda ke hari ini.1.3 Pengerusi turut mengalukan kedatangan Puan Noorazwa ke Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi.

2. UCAPAN PENTADBIR: TUAN HAJI HAMDAN BIN ADAM

2.1 Pentadbir mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru pada hari ini.2.2 Memaklumkan kepada guru mata pelajaran Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia dan harus akur dengan keputusan pihak atasan.2.3 Beliau turut mengingatkan guru-guru bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah memasuki era pelaksanaan dan kitalah agen pelaksana tersebut.2.4 Berharap agar semua guru dapat menjalankan kerja dengan sedaya upaya dan amanah.

3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALUPencadang : En. Rizman Bin Abdullah Penyokong : En. Hamid Bin Atan

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Penambahbaikan keputusan Bahasa Melayu pada tahun ini harap dapat dipertingkatkan. 4.2 Menyediakan lebih banyak latih tubi dan latihan penulisan kepada murid-murid tahap 2.

5. PEMBAHAGIAN KELAS5.1 Semua guru telah sedia maklum kelas yang akan diajar pada tahun ini.5.2 Cadangan pertukaran jadual waktu melibatkan Puan Noorazwa agar beliau dapat mengajar tahap 1 kerana tiada pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia tahap 2.

Tindakan: Tn Haji Rosli (Ketua Panitia Bahasa Malaysia)

6. AGENDA PERBINCANGAN PROFESIONAL6.1 Perancangan Strategik Bahasa Melayu 2015 perlu dihantar sebelum 9 Januari 2015.6.2 Peruntukan PCG bagi Panitia Bahasa Melayu pada tahun ini adalah sebanyak RM 528.00. Para guru boleh berbelanja serta merancang pembelian secara berhemah dan segala urusan tentang peruntukan PCG boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir.6.3 Memastikan pada hari pertama persekolahan semua guru lengkap dengan Huraian Sukatan Pelajaran (KBSR), Dokumen Standard Kandungan Pembelajaran (DSKP) dan Rancangan Pengajaran Tahunan.6.4 Semua dokumen perlu lengkap dan disimpan dalam fail panitia untuk dikemas kini.6.5 Program MBIMBM perlu dijalankan mengikut garis panduan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, tahun lepas program ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya disebabkan bilangan komputer yang tidak mencukupi dengan nisbah murid yang ramai dalam satu-satu kelas.6.6 MBIMBM juga dapat dilaksanakan dengan menggalakkan penggunaan Kamus Dewan dalam kalangan guru dan murid serta menerapkan bacaan luas bukan sahaja tertumpu kepada buku teks semata-mata.6.7 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang diajar 1 waktu seminggu (30 minit) perlulah ditulis dalam rekod mengajar guru-guru.

7. POST MORTEM UPSR 2014 (TN HAJI ROSLI BIN ABDULLAH) 7.1 Keputusan UPSR 2014 mengalami peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti. 7.2 Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman) sebanyak 97.5% manakala Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan) sebanyak 92.5%. 7.3 Pada tahun ini, diharapkan peratusan lulus dapat ditingkatkan dan guru-guru yang mengajar tahun 6 perlu mengatasi kelemahan murid terutamanya dalam aspek penulisan.

8. LINUS/PEMULIHAN KHAS/PROTIM (EN. RIZMAN BIN ABDULLAH) 8.1 LINUS - Murid-murid LINUS pada tahun ini diwajibkan membeli buku khas LITERASI yang berharga RM 19.90. 8.2 Pemulihan Khas - Bagi sesi persekolahan 2015 murid pemulihan khas adalah seramai 4 orang iaitu 3 orang dari tahun 2 dan 1 orang dari tahun 3. 8.3 PROTIM - Beliau memaklumkan bahawa seorang sahaja murid yang akan mengikuti program ini iaitu Nur Farajihah dari tahun 4 Bestari.

9. HAL-HAL LAIN9.1 Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang akan bersara pada tahun ini iaitu En. Hamid Bin Atan.9.2 En. Rizman menyatakan bahawa waktu dia bersama dengan murid pemulihan tidak melibatkan semua waktu Bahasa Melayu. Murid perlu berada di dalam kelas juga untuk terlibat dengan pengajaran guru tersebut.7.3 En. Hamid memberi cadangan agar semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 untuk menggunakan buku garis tiga supaya tulisan lebih kemas dan mudah dibaca.7.4 Pn Jamilah mengingatkan tentang minggu Panitia Bahasa Melayu pada 26 Januari 2015 dan setiap hari selasa guru Bahasa Melayu yang terlibat perlu mengendalikan bacaan di tapak perhimpunan.7.5 Tn Haji Rosli berharap agar tahun ini Panitia Bahasa Melayu akan menyertai lebih banyak pertandingan seperti deklamasi sajak, bercerita dan pantun.

10. PENUTUP Akhir sekali pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru dalam menjayakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2015 ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. .(PN JAMILAH BT AHMAD MOKHTOR) (TUAN HAJI ROSLI BIN ABDULLAH) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa MelayuSK Kuala Linggi