laporanupsr bm

9
Laporan: Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang dijalankan di sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya. Contoh Rangka Karangan : Pendahuluan - temasya sukan kali yang ke-10 - diadakan di padang sekolah Perenggan ke-2 - sehari sebelum; gotong-royong untuk kerja-kerja persiapan terakhir - khemah didirikan dan dihias - papan markah dipasang - bendera-bendera dikibarkan Perenggan ke-3 - cuaca pagi temasya sangat baik - penonton memenuhi ruang tempat duduk - tuan pegawai daerah tiba dan disambut oleh Guru Besar - dimulakan dengan perbarisan lintas hormat - merasmikan temasya Perenggan ke-4 - acara sukan dilangsungkan - berjalan lancar dan teratur - rehat pada pukul 10.00 pagi sebelum disambung semula - larian 400 meter menjadi acara kemuncak - acara selesai; penyampaian hadiah dilakukan oleh pegawai pendidikan daerah - Penutup - rumah kuning johan keseluruhan - temasya tamat - hadirin menghadiri jamuan di kantin sebelum bersurai ** ** ** ** ** **

Upload: kalilullail

Post on 15-Jan-2016

260 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LAPORAN

TRANSCRIPT

Page 1: Laporanupsr Bm

Laporan: Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang dijalankan di sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh Rangka Karangan :

Pendahuluan - temasya sukan kali yang ke-10 - diadakan di padang sekolah

Perenggan ke-2 - sehari sebelum; gotong-royong untuk kerja-kerja persiapan terakhir- khemah didirikan dan dihias- papan markah dipasang- bendera-bendera dikibarkan

Perenggan ke-3 - cuaca pagi temasya sangat baik- penonton memenuhi ruang tempat duduk- tuan pegawai daerah tiba dan disambut oleh Guru Besar- dimulakan dengan perbarisan lintas hormat- merasmikan temasya

Perenggan ke-4 - acara sukan dilangsungkan- berjalan lancar dan teratur- rehat pada pukul 10.00 pagi sebelum disambung semula-  larian 400 meter menjadi acara kemuncak- acara selesai; penyampaian hadiah dilakukan oleh pegawai pendidikan daerah-       Penutup   - rumah kuning johan keseluruhan- temasya tamat- hadirin menghadiri jamuan di kantin sebelum bersurai

** ** ** ** ** **

Page 2: Laporanupsr Bm

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh,                                                                                     16 Mac 2010

..............................................................(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Page 3: Laporanupsr Bm

Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.

Berjimat-cermat Amalan Mulia 

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

Page 4: Laporanupsr Bm

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Tulis faedah menyertai aktiviti kokurikulum.

_____________________________________________________________________________

Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.          Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.          Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.              Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.       Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.  

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka.

Page 5: Laporanupsr Bm

Fakta: Langkah-langkah Mewujudkan Minat Membaca Di Kalangan Para Pelajar Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan minat membaca di kalangan para pelajar. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka Karangan :

Pendahuluan -membaca banyak kebaikannya-mesti dipupuk sejak kecil

Perenggan ke-2 -pihak sekolah memainkan peranan-mengadakan kempen membaca -perpustakaan yang lengkap dan menarik

Perenggan ke-3 -ibu bapa memupuk minat membaca anak-anak-peruntukkan wang untuk buku anak-anak 

Perenggan ke-4 -harga buku berpatutan-semua golongan mampu membeli buku

Penutup -membaca penting-mesti dipupuk sejak di bangku sekolah

***********************************

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, minat membaca di kalangan para pelajar mestilah dipupuk sejak dari kecil lagi.

Antara langkah-langkah untuk memupuk minat membaca di kalangan para pelajar adalah dengan mengadakan kempen membaca terutamanya di peringkat sekolah lagi. Pihak sekolah boleh menjalankan kempen ini dengan mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan mengarang dan sebagainya.

Selain itu, perpustakaan sekolah perlulah selesa serta dilengkapi dengan bahan bacaan dan kemudahan yang mencukupi. Ini akan menarik minat pelajar untuk mengunjungi perpustakaan.

Ibu bapa pula mestilah memainkan peranan untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-anak dengan memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku-buku yang bersesuaian untuk bacaan anak-anak mereka. Jadikan membaca sebagai aktiviti harian keluarga dan wujudkan perpustakaan mini di rumah.

Pihak kerajaan pula perlulah memantau supaya buku-buku yang dijual dengan harga yang berpatutan supaya semua golongan pelajar mampu membeli buku-buku yang mereka perlukan.

Kesimpulannya, membaca amat penting kepada murid-murid. Oleh itu, minat membaca perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.

Page 6: Laporanupsr Bm

Fakta: Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank Ceritakan tentang kebaikan-kebaikan menyimpan wang di bank. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

* * * * *Rangka Karangan :

Pendahuluan -digalakkan simpan wang di bank kerana banyak kebaikannya-buka akaun bank sebelum boleh menyimpan wang-banyak pilihan bank

Perenggan ke-2-simpanan dijamin selamat-kehilangan atau kecurian, tanggungjawab bank-bencana alam, tangungjawab bank

Perenggan ke-3 -menjamin masa hadapan-contoh; membiayai pengajian-perlu menyimpan secara tetap

Perenggan ke-4 -cermat berbelanja-pandai menguruskan wang sendiri-lepas daripada masalah kewangan                            

Penutup   -amalan menyimpan wang perlu diamalkan-kehidupan akan lebih terjamin

**   **   **   **   **

Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank

Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana banyak kebaikannya. Bagi membolehkan kita menyimpan wang di bank, kita perlulah membuka akaun bank di mana-mana bank seperti Bank Simpanan Nasional, MayBank, Tabung Haji dan lain-lain bagi.

Antara kebaikan menyimpan wang di bank ialah simpanan kita dijamin selamat. Kita tidak perlu risau tentang keselamatan wang simpanan kita daripada kecurian dan kehilangan kerana semua itu akan ditanggung oleh pihak bank. Begitu juga jika sekiranya berlaku bencana seperti kebakaran dan banjir, wang kita dijamin selamat di bawah tanggungjawab pihak bank.

Menyimpan wang di bank juga boleh menjamin masa depan kita. Contohnya, kita boleh membiayai perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti daripada wang simpanan tersebut. Oleh itu, kita mestilah menyimpan wang secara tetap supaya boleh digunakan pada masa yang memerlukan.

Selain itu, kita dapat berjimat-cermat apabila menyimpan wang di bank. Kita tidak akan boros berbelanja kerana sebahagian wang akan disimpan di bank. Ini akan melatih kita menjadi seorang yang pandai menguruskan wang perbelanjaan. Amalan perbelanjaan yang baik akan mengelakkan seseorang itu terjebak dalam masalah hutang dan sebagainya.

Kesimpulannya, amalan menyimpan wang di bank haruskan kita amalkan kerana cara ini amat banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk menyimpan wang di bank demi kehidupan yang lebih terjamin.

Page 7: Laporanupsr Bm

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.  

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.