laporan tato box inovasi

Upload: siti-noor-liyana-ibrahim

Post on 10-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Inovasi IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM TATO BOX DAPAT NO 8

TRANSCRIPT

LAPORANPERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKANINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2015

1. TAJUK INOVASITaTo Box

2. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKANFokus inovasi ini dilaksanakan adalah bagi membantu murid melakukan operasi tambah dan tolak dengan mudah dan tepat. Sebelum kami melaksanakan inovasi ini, kami telah melakukan ujian pra berbentuk bertulis bagi mengesahkan murid bermasalah dalam kemahiran tambah atau tolak. Ujian ini telah dilaksanakan di dua buah sekolah yang mempunyai perbezaan latar belakang murid iaitu Sekolah Kebangsaan Desa Putra (SKDP) dan Sekolah Kebangdasaan Bukit Tampoi (A) (SKBT). Di SKBT, 3 orang murid yang dipilih sebagai responden dikenal pasti melalui cadangan guru Matematik di sekolah tersebut. Manakala bagi SKDP pula, responden dipilih melalui hasil analisis dokumen iaitu buku latihan Matematik mereka. Kami telah memfokuskan kemahiran tambah bagi responden dari SKBT dan kemahiran tolak bagi responden dari SKDP.3.masalah-masalah yang dihadapiHasil daripada ujian pra tersebut, markah keseluruhan yang diperoleh adalah :RESPONDENSEKOLAHKEMAHIRANMARKAH UJIAN PRA

R1SK BUKIT TAMPOI (A)TAMBAH0/0

R23/6

R30/6

R4SK DESA PUTRATOLAK0/6

R54/6

R66/6

Daripada ujian yang dilakukan, kami telah mengenal pasti beberapa masalah dalam kemahiran tambah dan tolak ini :i. Asas pengiraan terlalu lemah (tambah)Umumnya, murid orang Asli amat lemah dalam subjek Matematik terutama pengiraan asas. Walaupun menggunakan gundal untuk mengira, mereka masih melakukan kesalahan. Mereka kelihatan mudah panik apabila nilai yang dikira adalah melebihi 10. Untuk R1, gundal yang dilukis kelihatan tidak seragam dengan nombor. Jawapan yang diberikannya juga seolah-olah sebarangan dan tidak membawa erti apa-apa. Bagi R2 pula, gundal yang dilukis adalah tepat dengan nombor. Namun hasil jawapan yang diberikan masih salah. HASIL KERJA R1 DAN R2ii. Sukar mengenal pasti nilai tempat (tambah)Di sekolah SK Bukit Tampoi (A), murid dibiasakan dengan penyelesaian soalan tambah dalam bentuk lazim. Penyusunan digit dalam bentum lazim perlulah selari mengikut nilai tempat. Mengikut hasil jawapan yang diberikan oleh R3, murid tidak dapat menentukan nilai tempat. Murid ini juga dilihat mempunyai generalisasi sendiri apabila murid menyusunnya dengan paten atau pola yang hampir sama pada setiap soalan seperti hasil R3 di bawah ini.

HASIL KERJA R3iii. Murid cenderung untuk menolak digit yang lebih besar terlebih dahulu tanpa mengira susunan (tolak)Semasa menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi tolak, murid gemar menggunakan bentuk lazim. Untuk murid SKDP, mereka tiada masalah dalam penyusunan nombor dalam bentuk lazim. Namun, apabila digit di atas kurang nilainya daripada digit di bawah, mereka tidak melaksanakan proses peminjaman dari nilai nombor sebelah. Mereka akan terus menolak nombor yang dilihat lebih besar dengan nombor yang lebih kecil seperi yang dilakukan oleh R4 dan R5 di bawah. HASIL KERJA R4 dan R5iv. Murid menggunakan teknik yang memakan masa (tolak)Berbanding tambah, tolak adalah kemahiran yang kurang digemari oleh murid-murid. Terdapat murid yang tidak yakin untuk menolak dalam bentuk lazim. Maka, mereka akan menggunakan teknik gundal yang amat memakan masa walaupun untuk nombor yang nilainya sangat besar. Walaupun R6 berjaya mendapat markah penuh menggunakan teknik ini, dia juga merupakan responden yang terakhir menyiapkan ujian ini. Hal ini amat tidak sesuai untuk mereka kerana lingkungan had nombor yang dipelajari akan semakin besar dari tahun ke tahun. Berikut merupakan teknik gundal yang digunakan oleh R6.

HASIL KERJA R64. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKANA) Hubungkait inovasi dengan teras-teras dalam dasar KPMa) Dasar KPM Bagi memenuhi menambah baik dan menyusun semula kurikulum sedia ada, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2011. Dalam KBSR, hanya tiga kemahiran sahaja yang difokuskan iaitu membaca, mengira dan menulis. Namun, dalam KSSR, satu kemahiran ditambah bagi memenuhi kemahiran abad ke-20 yang menjadi keperluan untuk bersaing dalam arus pemodenan ini. Kemahiran yang ditambah adalah menaakul. Jika murid berjaya menguasai kemahiran menaakul, murid akan mampu membuat keputusan berdasarkan akal logik serta membezakan antara perkara positif dan negatif. Murid juga dapat menceritakan sebab bagi sesuatu konsep. Justeru, dalam memenuhi dasar ini, inovasi ini memberikan ruang fleksibiliti kepada murid untuk menyelesaikan soalan tambah dan tolak. Murid digalakkan untuk menceritakan semula langkah-langkah penyelesaiannya kerana algoritma yang digunakan antara murid mungkin berbeza. Seandainya murid menceritakan langkah-langkah penyelesaian tanpa sebarang unsur penaakulan, guru boleh menguji kognitif murid dengan bertanyakan soalan-soalan yang memerlukan murid menceritakan sebab-sebab pemilihan penyelesaian tersebut. b) Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)Proses menyelesaikan soalan tambah dan tolak menggunakan teknik ini agak berbeza dengan teknik konvensional yang sering digunakan oleh guru-guru di Malaysia. Sekiranya sebelum ini, proses penambahan membawa konsep kuantiti yang semakin bertambah, inovasi ini mengetengahkan konsep mencukupkan bilangan 10. Oleh hal yang demikian, kesukaran dalam mengira yang melibatkan jumlah yang terlalu banyak melebihi nilai 10 dapat dielakkan dan digantikan dengan konsep mencukupkan bilangan 10. Maka kemahiran yang diperlukan adalah pengiraan dalam lingkungan 10. Manakala, untuk konsep penolakan pula, konsep yang lazim digunakan adalah pengurangan kuantiti. Kebiasaannya murid tidak bermasalah apabila pengurangan kuantiti tidak melibatkan proses peminjaman. Proses peminjaman sering kali mendatang kekeliruan kepada murid dan membuatkan murid cenderung untuk memberikan jawapan yang salah. Justeru, inovasi ini membawakan konsep penolakan dalam dimensi yang lain iaitu perbezaan. Sebagai contoh, untuk ayat matematik 7-3, kebiasaan konsep yang difahami adalah mengurangkan 3 daripada 7. Namun dengan inovasi ini, 7-3 memberikan definisi mencari perbezaan antara 7 dengan 3. B )Deskripsi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan baru Kotak ini dibina hasil pengalaman lawatan ke Thailand untuk melihat dan memerhati sistem pendidikan projek rintis yang menggunakan buku daripada Jepun. Inovasi yang dibina telah diubahsuai dengan budaya dan persekitaran pendidikan di Malaysia yang mana KSSR diperkenalkan yang bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif, kritis, inovatif dan memiliki kemahiran berfikir aras tinggi. Pendidikan dilihat sebagai wahana yang dapat melahirkan insan dan warga yang berketrampilan, berkemahiran dan sedia menghadapi cabaran masa n termasuk di peringkat global. Ini bersesuaian dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan menjanjikan rakyat yang berpendapatan tinggi. Tato Box ini membantu murid untuk mengenal pasangan nombor 10. Selain daripada penggunaan bola ping-pong, butang magnet juga membantu untuk mengira pasangan nombor dan memberi pengukuhan bagi murid mengingati pasangan nombor dengan baik dan jelas. C) Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasii) Bidang pendidikana.Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif dan bermakna. b.Berpusatkan murid dan menarikc.Bahan yang digunakan dapat melahirkan dorongan daya kreativiti kepada murid mahupun guru. d.Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.

D) Jumlah kos yang terlibati. Bilangan anggota:6 orangii. Jumlah kos operasi:a) Kotak air mineral jenama Spritzer: -b) Kertas A4 warna : -c) Mounting board:RM 10.00d) Plastic PVC:RM 5.00e) Tape kain:RM 6.80f) Perekat jernih :RM 3.00g) Foam :RM 6.00h) Bola ping pong: ---------------- RM 30.80----------------

E) Keadaan Masalah (Penyelesaian dicapai) selepas pelaksanaan inovasi : Sangat sukar memasukkan bola ping pong yang banyak ke dalam lubang TaTo Box. Masa banyak dihabiskan untuk mengutip bola yang tercicir. Kami telah mengatasi masalah ini dengan membina corong besar menggunakan plastik PVC.

5.Faedah-faedah dari inovasi yang telah / akan diperkenalkan

Setelah inovasi diperkenalkan, kami juga telah melaksanakan ujian pos bagi mengumpul data berkenaan keberkesanan inovasi ini. Berikut merupakan perbandingan antara markah ujian pra dan ujian pos.

RESPONDENSEKOLAHKEMAHIRANUJIAN PRAUJIAN POS

R1SK BUKIT TAMPOI (A)TAMBAH0/64/4

R23/64/4

R30/64/4

R4SK DESA PUTRATOLAK0/66/6

R54/66/6

R66/66/6

Merujuk kepada markah jadual ujian pra dan ujian pos, murid berjaya mendapat markah yang penuh dalam ujian pos berbanding dalam ujian pra. Melalui inovasi ini, faedah-faedah yang akan diperoleh oleh murid adalah : Murid tidak perlu melakukan pengumpulan semula lebih daripada nilai 10 bagi operasi tambah. Murid cenderung melakukan kesalahan apabila melakukan proses penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Melalui inovasi ini, murid tidak lagi perlu risau dengan penambahan nombor besar yang rata-ratanya memerlukan pengumpulan semula. Hal ini disebabkan murid hanya perlu membiasakan diri dengan kemahiran mencukupkan 10 atau pasangan nombor sahaja.

Murid tidak perlu melakukan proses peminjaman daripada nilai nombor sebelah apabila ingin menyelesaikan soalan penolakan. Proses peminjaman sering kali menjadi satu kekeliruan untuk murid-murid kerana banyak langkah yang terlibat dalam proses ini. Dengan inovasi yang dilakukan, murid tidak perlu risau dengan peminjaman ini kerana murid hanya perlu mencari perbezaan nilai antara dua nombor yang ingin ditolak. Apabila menyebut perbezaan, mereka hanya perlu mencari nilai yang sama dan menyingkirkannya sehingga tinggal nilai yang mewakili perbezaan antara dua nombor.

Proses pengiraan menjadi lebih mudah dengan menggunakan inovasi ini. Murid yang kurang cekap mengira sering kali bermasalah apabila mengira nilai lebih daripada sepuluh (kemahiran tambah) dan mengira dalam turutan menurun (kemahiran tolak). Melalui inovasi ini, murid hanya perlu memahirkan diri mengira dalam lingkungan sepuluh sahaja kerana nombor yang besar tersebut telah dimudahkan dengan mewakilkannya dengan nilai sepuluh-sepuluh.

Masa untuk menyelesaikan soalan operasi tambah dan tolak menjadi lebih jimat berbanding teknik gundal yang memerlukan murid mengira batang satu per satu. Hal ini kerana murid banyak menyelesaikan soalan ini secara sepuluh-sepuluh. Murid berasa amat gembira kerana berjaya menyelesaikan soalan dengan mudah dan tepat. Secara tidak langsung, mereka berasa bersemangat dan bermotivasi untuk menyelesaikan soalan operasi tambah dan tolak. Hasil temu bual dan pemerhatian, murid lebih berminat untuk menyelesaikan soalan tambah dan tolak selepas menggunakan teknik inovasi ini berbanding semasa peringkat sebelum ini.

LAMPIRAN

GAMBAR SEMASA PROSES MEMBINA TATO BOX

Proses mengukur saiz skrin Skrin siap dipotong

Membalut bahagian kotak dengan kertasberwarnaMeletakkan plastik PVC sebagai penutup skrin

Menyiapkan bahagian dalam kotakMembina asas sokongan papan condong

Menghasilkan papan condong daripada kotak terbuangMenghias bingkai

TATO BOX YANG TELAH SIAP DIHIASKAN

UJIAN PRA RESPONDEN DARI SKBT Responden 1 menjalani ujian pra

Responden dari SKBT sedang menjalani ujian pra

Responden 3 menjalani ujian pra

Responden 2 menjalani ujian pra

UJIAN PRA RESPONDEN DARI SKDP Responden 4 menjalani ujian praResponden dari SKDP sedang menjalani ujian pra

Responden 6 menjalani ujian praResponden 5 menjalani ujian pra

HASIL UJIAN PRA RESPONDEN DARI SKBT (KEMAHIRAN TAMBAH)

Responden 1 (R1)

Responden 2 (R2)

Responden 3 (R3)

HASIL UJIAN PRA RESPONDEN DARI SKDP (KEMAHIRAN TOLAK)

Responden 4 (R4)

Responden 5 (R5)

Responden 6 (R6)

PELAKSANAAN INOVASI TERHADAP RESPONDEN Responden menyelesaikan soalan tambah menggunakan inovasi Proses pelaksanaan inovasi (tambah)

Responden menyelesaikan soalan tolak menggunakan inovasi Proses pelaksanaan inovasi (tolak)

ANTARA HASIL UJIAN POS RESPONDEN SKBT (TAMBAH)

ANTARA HASIL UJIAN POS RESPONDEN SKBT (TOLAK)

16