laporan projek inovasi mbmmbi 8.doc

Download LAPORAN PROJEK INOVASI MBMMBI 8.doc

Post on 11-Feb-2016

100 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

LAPORAN PROJEK INOVASI

LAPORAN PROJEK INOVASI

BILIK PEMULIHAN DAN LINUSNAMA

: ROBEAH BINTI SALMANNO MATRIK

: J43809SEKOLAH

: SJK (T) KAJANG

NAMA PENYELIA: EN. OMAR MAMAT

1. Nama Inovasi

Bilik Pemulihan dan Linus

2. Pendahuluan

Bilik Pemulihan dan LINUS ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif . Untuk menjadikan pelajar suka akan ilmu, guru harus bijak memainkan peranan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan sesuai untuk pelajar pemulihan lebih berminat untuk belajar. Untuk itu, aspek kebersihan, keceriaan, dan keselamatan di sekolah harus juga dititikberatkan. Guru perlulah kreatif dalam memotivasikan murid untuk belajar di sekolah. Misalnya, guru boleh menyediakan bilik darjah yang ceria dengan bahan-bahan ABM atau BBM yang berwarna-warni serta menarik, suasana sosioemosi kelas yang mesra dan ceria serta persekitaran yang ideal untuk murid menimba ilmu. Dengan ini, pdp yang bermakna dan berkesan dapat diwujudkan.

3. Objektif projek inovasi

4. Memupuk kesedaran dan minat murid terhadap subjek bahasa Malaysia melalui kaedah, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran.5. Penggunaan Bilik Pemulihan yang optimum dalam kalangan warga SJK (T) Kajang dapat mendedahkan dan meminati Bahasa Melayus.6. Membentuk suasana bilik pemulihan yang ceria dan selesa untuk kemudahan warga SJK (T) Kajang.

7. Dapat melahirkan murid yang cintakan serta dapat memartabatkan Bahasa Melayu.

8. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk murid pemulihan SJK (T) Kajang menimba ilmu.

9. Memupuk keyakinan murid untuk belajar.

3. MatlamatMemastikan Bilik Pemulihan dan Linus sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Melayu supaya murid dapat memanfaatkan bilik yang disediakan.

4. Strategi yang digunakan/Kumpulan sasaran4.1 Murid-murid Pemulihan dan LINUS SJK (T) Kajang.

5. Pelan tindakan yang diambil/tatacara kerja

5.1 Pembentangan kertas kerja kepada Guru Besar dan juga pentadbir sekolah yang lain. Lulus pada 27 Mac 2015.5.2 Mengadakan mesyuarat penyebaran kertas kerja kepada kakitangan sekolah terutamanya guru mengenai tujuan utama dan juga informasi mengenai Bilik Pemulihan pada 01 April 2015.

5.3 Membahagikan tugas tugas kepada ahli jawatankuasa pada tarikh yang sama iaitu

01 April 2015.5.4 Memulakan projek dengan mengecat BILIK Pemulihan pada 04 April 2015.5.5 Mencari dan menyusun meja pada 04 April 2015.5.6 Menceriakan bilik 13 hingga 28 April 2015.6. Output

Dari projek inovasi yang telah dilaksanakan, murid-murid pemulihan kelihatan amat seronok dan teruja apabila bilik pemulihan ini wujud. Guru pemulihan dan guru yang mengajar murid-murid PROTIM Tahun 4 juga sering membawa para pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik ini. Dengan adanya bilik pemulihan ini, murid pemulihan dapat belajar dengan lebih baik.

7. Outcome

7.1 Kos

Anggaran perbelanjaan kos untuk menghias dan menceriakan projek inovasi.

BILPERKARAKUANTITIANGGARAN HARGACATATAN

1.Papan kenyataan2 kepingRM 150.00Guna papan kenyataan sekolah

2.Meja 12 buah-Guna meja sekolah

3.Cat 5 literRM 80.00Sumbangan

4.Tikar 8 gulungSumbangan Guru Pemulihan

5.Kertas A4 (Pelbagai warna)6 pekRM 30.00

6.Langsir-Sumbangan

8. Aplikasi Ilmu

Melalui projek ini, pelbagai manfaat telah penulis perolehi, Antara yang paling penting penulis rasakan adalah murid berasa sangat teruja dengan keceriaan Bilik Pemulihan dan merupakan satu suasana yang baharu bagi mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penulis juga berpuas hati apabila murid mula suka berada di Bilik Pemulihan itu dan memberikan manfaat kepada mereka untuk belajar.9. Kreativiti

Pelbagai perkongsian ilmu dan juga cadangan dari guru-guru lain telah diterima terutamanya mengenai bahan yang ingin dihias dan ditampal pada Bilik Pemulihan tersebut. Antara idea kreatif yang dikongsikan ialah membuat pelbagai kad bacaan suku kata dan ayat dalam pelbagai bentuk yang menarik. Cadangan yang diberi telah pun penulis ikuti bagi melengkapkan lagi Bilik Pemulihan ini.

10. Inovasi

Boleh dikatakan bahawa projek inovasi ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada pihak sekolah terutamanya bagi warga SJK (T) Kajang. Dari sebuah bilik yang kosong kini menjadi semakin ceria dan murid mula menunjukkan sikap menjaga kebersihan dan keceriaan bersama untuk memastikan Bilik Pemulihan ini sentiasa bersih dan cantik. Selain itu, murid mula bebas belajar membaca di dalam bilik ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Murid boleh membaca pelbagai bahan bacaan di dalam bilik ini.11. Lampiran

BILIK SEBELUM

BILIK YANG TELAH DI INOVASIKAN

Laporan Disediakan oleh;

.

ROBEAH BINTI SALMANJ43809