laporan inovasi tujuan projek inovasi proses...

16
“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI” AIPBT PERAK 2017 : MAJLIS BANDARAYA IPOH 1 LAPORAN INOVASI TUJUAN PROJEK INOVASI Projek inovasi ini dicipta bagi menangani masalah kekurangan lori tangki bagi menjalankan kerja penyiraman landskap di kawasan sekitar bandaraya Ipoh. Kekurangan aset ini mengakibatkan jadual operasi terganggu dan akan menyebabkan kehijauan landskap tidak dapat dikekalkan. PROSES PELAKSANAAN INOVASI Multipurpose Water Container adalah inovasi yang dicipta dari gabungan 4 tong dram yang disambung secara unik membentuk satu set takungan yang boleh digunakan untuk kerja siraman dengan memuatkan diatas lori terbuka atau mana-mana kenderaan yang sesuai untuk mengangkut set takungan ini. Set takungan ini tidak hanya digunakan untuk tujuan siraman landskap sahaja malah boleh dipelbagaikan kegunaannya seperti kerja pembersihan seperti mencuci longkang, pasar-pasar, papan tanda jalan dan lain-lain. Pembinaan inovasi ini dilakukan oleh kumpulan inovasi dari Bahagian Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan yang mana di Bengkel Majlis terdapat banyak simpanan tong dram yang tidak digunakan lagi dan ianya merupakan bahan utama untuk penghasilan inovasi ini. Kerja-kerja kimpalan untuk sambungan setiap tong dram dilakukan oleh unit kimpalan dari anggota Bahagian Mekanikal. Kepakaran yang terdapat pada anggota digunapakai sebaiknya dan ditambah lagi Bengkel Majlis mempunyai peralatan serta kelengkapan yang sesuai untuk menghasilkan inovasi ini. PROSES SEBELUM DAN SELEPAS Sebelum penciptaan inovasi Multipurpose Water Container, Jabatan Landskap kerap mengalami masalah untuk menggandakan kekerapan operasi siraman semasa musim kemarau berikutan kekurangan lori tangki. Pendekatan sebelum ini ialah dengan membeli sebuah tangki air P.E dan dimuatkan di atas lori terbuka untuk kerja siraman namun idea ini kurang selamat berikutan air

Upload: lexuyen

Post on 26-Mar-2019

350 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 1

LAPORAN INOVASI

TUJUAN PROJEK INOVASI

Projek inovasi ini dicipta bagi menangani masalah kekurangan lori tangki bagi

menjalankan kerja penyiraman landskap di kawasan sekitar bandaraya Ipoh.

Kekurangan aset ini mengakibatkan jadual operasi terganggu dan akan

menyebabkan kehijauan landskap tidak dapat dikekalkan.

PROSES PELAKSANAAN INOVASI

Multipurpose Water Container adalah inovasi yang dicipta dari gabungan 4

tong dram yang disambung secara unik membentuk satu set takungan yang

boleh digunakan untuk kerja siraman dengan memuatkan diatas lori terbuka

atau mana-mana kenderaan yang sesuai untuk mengangkut set takungan ini.

Set takungan ini tidak hanya digunakan untuk tujuan siraman landskap sahaja

malah boleh dipelbagaikan kegunaannya seperti kerja pembersihan seperti

mencuci longkang, pasar-pasar, papan tanda jalan dan lain-lain.

Pembinaan inovasi ini dilakukan oleh kumpulan inovasi dari Bahagian

Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan yang mana di Bengkel Majlis terdapat banyak

simpanan tong dram yang tidak digunakan lagi dan ianya merupakan bahan

utama untuk penghasilan inovasi ini. Kerja-kerja kimpalan untuk sambungan

setiap tong dram dilakukan oleh unit kimpalan dari anggota Bahagian

Mekanikal. Kepakaran yang terdapat pada anggota digunapakai sebaiknya dan

ditambah lagi Bengkel Majlis mempunyai peralatan serta kelengkapan yang

sesuai untuk menghasilkan inovasi ini.

PROSES SEBELUM DAN SELEPAS

Sebelum penciptaan inovasi Multipurpose Water Container, Jabatan Landskap

kerap mengalami masalah untuk menggandakan kekerapan operasi siraman

semasa musim kemarau berikutan kekurangan lori tangki. Pendekatan

sebelum ini ialah dengan membeli sebuah tangki air P.E dan dimuatkan di atas

lori terbuka untuk kerja siraman namun idea ini kurang selamat berikutan air

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 2

mudah berkocak dan menyebabkan lori bergoyang dan sukar untuk membrek

berikutan momentum air yang terhasil dari pergerakan lori.

Penggunaan inovasi MWC adalah lebih selamat dan cepat kerana ianya

dimuatkan di atas lori terbuka dan ianya boleh diubahsuai saiznya mengikut

saiz lori yang digunakan. Kocakan air tidak terhasil kerana takungan air ini

duduk didalam pecahan setiap tong dram dan menjadikan lori yang membawa

inovasi ini lebih stabil dan selamat semasa bergerak. Setiap dram yang berisi

air ini boleh diibaratkan sebagai baffle plat yang dipasang di dalam tangki air

pada lori tangki dan tujuannya adalah mengurangkan kocakan air yang berlaku

di dalam tangki semasa lori tangki ini bergerak. Inovasi ini juga menggunakan

pam air yang boleh menyedut dan menyemburkan semula air yang mana pihak

Jabatan operasi telah menggunakan air takungan semulajadi seperti tasik,

lombong dan kawasan tadahan untuk tujuan operasi siraman landskap.

IMPAK INOVASI

Selaras dengan dasar penjimatan, inovasi ini menepati konsep “Best Value For

Money” di mana pihak Majlis dapat menjimatkan kos pembelian lori tangki

yang dianggarkan dalam RM 300, 000 seunit. Inovasi ini bersesuaian untuk

agensi yang tidak mempunyai bajet yang besar untuk membeli aset lori tangki

tetapi boleh menggunakan inovasi ini sebagai pilihan yang menjimatkan

memandangkan kos pembinaannya yang mudah dan murah.

Penggunaan inovasi ini boleh meningkatkan imej Majlis dimana kehijauan dan

kesegaran landskap dapat dikekalkan walaupun bandaraya dilanda musim

kemarau. Padang-padang rekreasi juga boleh digunapakai dengan maksima

untuk pelbagai aktiviti tanpa ada sekatan kerana sebelum ini jika padang

mengalami kerosakan landskap ianya akan dikuarantin untuk tempoh yang

lama bagi memulihkan rumput yang telah mati, tanah kering dan lain-lain

kerosakan akibat kemarau.

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 3

ELEMEN INOVATIF/KREATIVITI

i. Bersifat leading edge

a. Menjadi peneraju utama dalam pelaksanaan inovasi

Multipurpose Water Container membantu membuat penyiraman

lanskap & membuat kerja pembersihan. Kerja pembersihan seperti

mencuci longkang & jalan.

Multipurpose Water Container : Diaktifkan menggunakan pam air

yang disambungkan kepada tong drum terpakai & lori terbuka yang

sedia ada.

Perkhidmatan teras Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia

adalah menguruskan penyiraman lanskap & pembersihan longkang

dan jalan. MBI menterjemahkannya melalui slogan iaitu “Ipoh Bersih,

Hijau dan Membangun”. Selain daripada itu, penciptaan

Multipurpose Water Container adalah selari dengan dasar kerajaan

yang menggalakkan inisiatif Bandar Hijau (Green City) di seluruh

Negara.

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 4

Dalam konteks pengurusan penyiraman, kerja-kerja tidak hanya

tertumpu pada aktiviti penyiraman lanskap & pembersih tetapi MBI

hendaklah memastikan kerja penyiraman & pembersihan juga

berada di dalam keadaan baik mengikut jadual. Dengan itu,

penciptaan Multipurpose Water Container adalah sangat bertepatan

kerana ia bukan sahaja meningkatkan perkhidmatan lanskap &

pembersihan yang lebih efektif dan efisyen di seluruh kawasan

pentadbiran MBI malah telah menjadi peneraju utama dalam

pelaksanaan inovasi di MBI, PBT, Negeri, Negara dan Antarabangsa

kerana inovasi ini tiada di pasaran dan masih belum ada di peringkat

industri pada masa kini.

b. Rujukan oleh PBT /agensi lain (Benchmark)

Bagi menunjukkan Multipurpose Water Container yang dihasilkan

benar-benar mempunyai nilai penciptaan yang tinggi, MBI telah

menerima maklumbalas yang positif dari agensi kerajaan yang dan

swasta bagi perkongsian idea dan maklumat mengenai inovasi ini.

Antara pengisian program untuk mempromosikan inovasi ini adalah

dengan memperkenalkan penciptaan ini dengan mengambil

bahagian pada pameran inovasi sempena hari pertandingan AIPBT

bagi projek-projek lain. Pendedahan ini membolehkan inovasi ini

mendapat maklumbalas dan pengkongsian idea sesame PBT lain

selain menghebahkan pembudayaan ivovasi yang diterapkan oleh

pihak majlis.

c. Melebihi sekarang dan memenuhi keperluan masa depan

Sebelum Multipurpose Water Container dicipta, MBI menghadapi

masalah penyiraman & pembersihan yang tinggi menyebabkan

jadual operasi terganggu dan mengakibatkan tanggapan negatif oleh

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 5

warga kota terhadap perkhidmatan Majlis melalui peningkatan

aduan.

Daripada analisa kajian yang dibuat, didapati punca utama adalah

disebabkan faktor kekurangan lori tangki semasa operasi

penyiraman & pembersihan menyebabkan kerja-kerja tertangguh.

Melalui penciptaan Multipurpose Water Container, terbukti dapat

menyelesaikan masalah secara total kerana penumpuan

penyelesaian masalah tidak lagi ada aduan daripada masalah

penyiraman. Dalam bentuk teknikal (teknologi kejuruteraan) yang

mana merupakan sesuatu yang baharu dan tiada terdapat di

pasaran sekaligus memenuhi keperluan masa depan, negara dan

antarabangsa.

Situasi ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci di dalam kerja

operasi penyiraman yang mana memerlukan penggunaan lori tangki

yang kerap. Penciptaan alatan Multipurpose Water Container ini

sememangnya telah memenuhi keperluan semasa di mana mampu

menyelesaikan kekurangan kerana kerosakan lori tangki majlis.

Kecekapan adalah matlamat utama didalam perindustrian landskap

negara. Sebagai contoh, apabila lori tangki tidak dapat beroperasi ,

jabatan landskap masih boleh beroperasi melakukan penyiraman

seperti biasa. Manakala penyiraman berjalan seperti biasa

menggunakan lori terbuka. Punca kerosakan pada lori tangki adalah

disebabkan berlakunya penggunaan yang lasak tanpa kitaran jadual

kenderaan yang mencukupi. Biasanya, kerosakan berlaku yang

pada lori tangki ketika operasi masalah clutch, system brake, fuel

system & berbagai lagi.

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 6

ii. Merangkumi perubahan menyeluruh dan sistematik

a. Seluruh bahagian/unit dalam PBT (Kolaborasi semua unit/

bahagian)

Jabatan Landskap & Rekreasi merupakan pelanggan utama

Bahagian Mekanikal yang mana mereka menjalankan operasi

penyiraman menggunakan lori tangki. Semua kenderaan yang

terlibat dalam operasi penyiraman hendaklah diselenggara oleh

Bahagian Mekanikal agar operasi yang dijalankan oleh Jabatan

Landskap & Rekreasi dapat berjalan dengan lancar, teratur dan

sempurna.

Dengan itu, Bahagian Mekanikal dan Bahagian Perkhidmatan

Bandar telah menjalinkan kerjasama (kolaborasi) bagi mengumpul

data dan maklumat berkaitan jadual kutipan sampah, jumlah lori

sampah (kompaktor) yang diperlukan pada satu-satu masa,

maklumat kerosakan lori sampah (kompaktor) dan lain-lain.

Selain daripada itu, anggota di Bahagian Mekanikal yang berlainan

unit turut terlibat dengan menyumbang idea dan kepakaran agar

masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah.

b. Penerimaan/ penglibatan anggota organisasi

Setelah terciptanya Multipurpose Water Container, Bahagian

Mekanikal telah mengadakan sesi penerangan dan taklimat kepada

Pengurusan Tertinggi Majlis dan pengguna (pemandu-pemandu)

dari Bahagian Perkhidmatan Bandar.

Hasil daripada sesi tersebut, pelbagai komen positif telah diterima

daripada pengguna, pegawai dan anggota Majlis. Selain daripada

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 7

itu, Pihak Pengurusan Tertinggi Majlis turut memberikan

penghargaan terhadap penciptaan inovasi ini.

Gambar sesi taklimat/ penerangan

Dengan terhasilnya inovasi ini, dapat membantu Jabatan Landskap

dalam pelaksanaan operasi harian dengan lebih efektif dan efisien.

Oleh yang demikian, inovasi ini telah mentransformasikan budaya

kerja secara menyeluruh dan sistematik dengan mewujudkan

kolaborasi di antara jabatan di dalam Majlis.

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 8

c. Mempunyai sistem menyeluruh dan difahami secara terperinci

Multipurpose Water Container merupakan sistem yang ringkas,

mudah difahami dan boleh dipasang oleh mana-mana orang awam.

Ini disebabkan atas beberapa faktor:

i. Tidak memerlukan kepakaran mekanik yang tinggi (kepakaran

dalaman);

ii. Tidak memerlukan pengubahsuaian yang besar atau rumit;

iii. Boleh diguna pada lori terbuka yang lain

iv. Penyelenggaraan yang murah dan mudah.

d. Sistem yang canggih dan terkini

Pihak Bahagian Mekanikal telah membuat kajian mengenai asset

yang diperolehi oleh PBT yang lain yang mana kebanyakkan PBT di

luar bandar tidak mempunyai aset alih yang mencukupi dan hal ini

mengehadkan pembelian kenderaan jenis lori tangki untuk kerja-

kerja penyiraman landskap. Maka dengan langkah penyeselaian

yang drastik PBT boleh mengambil langkah untuk memaksimumkan

penggunaan lori sedia ada dengan memuatkan inovasi ini di atas lori

terbuka sekaligus dapat menyegerakan operasi siraman landskap

tanpa membeli tambahan aset khususnya lori tangki.

e. Idea baru / penambahbaikan

Penciptaan reka bentuk komponen merupakan idea baharu di mana

tiada di pasaran dan masih belum ada di peringkat industri yang

menggunakan bahan terpakai untuk pembuatan alat takungan air.

Inovasi ini akan ditambahbaik pada aksesori tambahan yang

berfungsi seperti berus pencuci yang disambungkan pada hos air

untuk kegunaan kerja pembersihan perabot jalan seperti papan

tanda sebagai contohnya.

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 9

f. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang tinggi

Penggunaan inovasi ini boleh ditambahkan jumlah kapasiti

simpanan air dengan menambahkan bilangan set tong dram yang

boleh disambung melalui paip sambungan yang telah direkakan

mengikut kehendak pengguna dan kesesuaian operasi.

iii. Mempunyai elemen value creation

a. Mempunyai nilai cemerlang dan merangkumi semua bahagian

Inovasi Multipurpose Water Container mempunyai nilai penciptaan

yang tinggi kerana ia boleh dipasang pada mana-mana kenderaan

contohnya Lori Tipping Terbuka.

Pada masa ini, penggunaan inovasi Multipurpose Water Container

di MBI tertumpu kepada Jabatan Landskap & Rekreasi. Ini berikutan,

bahagian tersebut merupakan pelanggan dalaman kepada Bahagian

Mekanikal

b. Nilai tambah yang diperakui terbaik

Bahagian Mekanikal dengan kerjasama Pejabat Korporat selaku

urusetia telah mengadakan sesi demostrasi mengenai operasi

pengendalian Multipurpose Water Container untuk pihak dalaman

Majlis dan pihak luar seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan dan Pameran AISA bagi memberi pendedahan yang lebih

jelas mengenai inovasi Multipurpose Water Container selain

memperlihatkan pengendalian Multipurpose Water Container lebih

dekat.

Untuk pengujian keselamatan dan sokongan, inovasi ini telah

mendapat perakuan pengujian daripada Jabatan Landskap Datuk

Bandar Ipoh.

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 10

c. Kos rendah

Keunikan penciptaan Multipurpose Water Container terletak pada

penggunaan kos yang rendah sebagai mana maklumat berikut:

BIL PERKARA KUANTITI KOS (RM)

1. Tong drum terpakai 8 120.00

2. Pam air 1 800.00

3. Paip bar 4 inci 1 30.00

4. Klip paip 4 20.00

JUMLAH KESELURUHAN 970.00

ELEMEN KEBERKESANAN

i. Mempunyai faedah yang nyata

a. Faedah yang berterusan

Penciptaan Multipurpose Water Container juga telah meningkatkan

motivasi anggota Jabatan Landskap kerana dapat meneruskan

kerja-kerja penyiraman ketika lori tangki rosak. Manakala anggota

yang terlibat dalam operasi penyiraman dapat melaksanakan tugas

mengikut jadual dan zon seperti yang telah ditetapkan.

b. Faedah yang disanjung tinggi dan tidak membebankan

pengguna (perkhidmatan yang diberikan lebih cekap, cepat,

tepat dan mudah)

Dengan terhasilnya inovasi ini, MBI dapat meningkatkan

perkhidmatan agar lebih efektif dan efisien di mana warga kota turut

mendapat manfaat dan faedah. Ini berikutan kehijauan pokok dapat

di kekalkan walaupon lori tangki mengalami kerosakan. Secara tidak

langsung, ia merupakan satu pengiktirafan kepada MBI terhadap

perkhidmatan yang diberikan .

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 11

ii. Menunjukkan keberkesanan dari segi hasil yang mampan

a. Mampu menyelesaikan masalah atau menambah baik

perkhidmatan sedia ada.

Dengan terhasilnya inovasi ini, MBI mampu menyelesaikan masalah

penyiraman air pada pokok – pokok yang kering dan hampir mati

dan telah berjaya mentransformasikan satu cara kerja yang lebih

efektif dan efisien yang mana meningkatkan penyampaian

perkhidmatan serta kebertanggungjawaban ke atas keberhasilan

yang menjadi tunjang dan keutamaan kepada masyarakat.

iii. Meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasar

a. Tahap kepuasan kumpulan sasar

Sistem yang dibangunkan ini terbukti dapat menyumbangkan

kepada cara kerja yang lebih cekap, cepat, tepat, mudah dan benar-

benar menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh Majlis dan sesuai

diguna pakai oleh lain-lain PBT di seluruh Malaysia. Inovasi yang

dihasilkan ini telah mengambil kira persekitaran semasa yang dapat

memenuhi kehendak dan ekspektasi warga kota Ipoh bagi

meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan untuk menjadi

sistem yang lebih efisien dan teratur.

b. Pengurangan dalam bilangan aduan pelanggan

Projek inovasi ini juga telah berjaya mengurangkan masalah

kekurangan lori untuk operasi penyiraman pokok kerana berjaya

walaupon kadar kerosakan lori tangki meningkat.Ia juga dapat

meningkatkan perkhidmatan pada seluruh warga kota Ipoh selaras

dengan slogan Ipoh Bersih, Hijau dan Maju.

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 12

c. Kajian yang menyeluruh sebelum dan selepas pelaksanaan

inovasi.

Sebelum Inovasi

i. Jabatan Landskap dan Rekreasi menghadapi masalah

kekurangan bilangan lori tangki untuk operasi penyiraman

pokok di seluruh kawasan MBI apabila lori tangki mengalami

kerosakan.

ii. Kos selengggaran di Bahagian Mekanikal meningkat terutama

yang melibatkan kos pembelian komponen pam air pada lori

tangki .

iii. Moral dan kecekapan anggota yang terlibat dengan

pengurusan penyiraman berada ditahap yang rendah kerana

kerosakan pada lori tangki boleh dielakkan dan anggota boleh

memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang lain.

iv. Aduan dan rungutan oleh warga kota Ipoh meningkat akibat

kegagalan pengurusan penyiraman pokok yang efektif dan

efisien.

Selepas Inovasi

i. Penggunaan Multipurpose Water Container secara langsung

dapat mengurang bilangan kerosakan lori sampah (kompaktor)

disebabkan oleh kerosakan pam hidraulik dan Bahagian

Perkhidmatan Bandar juga dapat mengoptimakan penggunaan

bilangan lori sampah (kompaktor) pada satu-satu masa

mengikut jadual operasi. .

ii. Moral dan kecekapan anggota yang terlibat dengan

pengurusan penyiraman pokok / kawasan landskap dapat

dilakukan dengan sempurna dan ini secara langsung dapat

meningkatkan imej MBI.

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 13

iii. Seluruh warga kota Ipoh berpuas hati dengan mutu

perkhidmatan landskap dan ini dapat mengurangkan aduan

serta rungutan terhadap MBI.

ELEMEN SIGNIFIKAN

i. Signifikan dan memaparkan keberhasilan yang penting

a. Penting kepada perkhidmatan awam/ organisasi/ bahagian/

seksyen/ unit

Sejak Multipurpose Water Container dipasang sebagai percubaan

pada pertengahan tahun 2014, ia mula menampakkan keberhasilan

yang ketara seperti berikut:

Pengurusan pembaikan kenderaan lebih baik dan teratur;

Efektif dan efisien;

Meningkatkan produktiviti anggota;

Meningkatkan kepuasan pelanggan dalaman (Jabatan

Landskap & Rekreasi);

Meningkatkan tahap kesedaran pemandu terhadap

kepentingan dan tanggungjawab menjaga kenderaan yang

digunakan untuk tujuan operasi penyiraman berterusan.

ii. Berimpak tinggi di mana terdapat penjanaan hasil yang ketara atau

menjimatkan kos

a. Impak kepada PBT

i. Penciptaan Multipurpose Water Container ini juga boleh

menjadi hasil pendapatan kepada MBI sekiranya dapat

dikomesilkan secara meluas.

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 14

ii. Kos penyediaan dan pembuatan Multipurpose Water Container

ini adalah murah, mudah dan hanya menggunakan kepakaran

dalaman.

iii. Penggunaan Multipurpose Water Container pada lori open

MBI telah menjimatkan kos selenggaraan dan masa .

iv. Selaras dengan dasar penjimatan, inovasi ini menepati konsep

“Best Value For Money” di mana pihak Majlis dapat

menjimatkan kos pembelian lori tangki yang dianggarkan

dalam RM300,000 seunit.

ELEMEN RELEVAN

i. Relevan dengan arus perdana dan memenuhi agenda nasional

Negara

Inovasi yang dihasilkan ini adalah relevan dengan arus perdana dan

memenuhi agenda nasional sejajar dengan saranan YAB Perdana

Menteri melalui 4 tonggak utama iaitu gagasan 1Malaysia “Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan

(GTP), Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Salah satu elemen kepada empat tonggak berkenaan ialah pemikiran

kreatif dan inovatif. Inilah dasar yang dipegang oleh Majlis dalam

menangani isu masa kini serta merealisasikan hasrat kerajaan.

Pendekatan yang diguna pakai adalah penciptaan nilai membabitkan

penilaian semula pemikiran tahap lama bagi mencari kaedah yang lebih

baik. Dengan tercetusnya inovasi ini, MBI telah berjaya

mentransformasikan satu kaedah kerja yang lebih efektif dan efisien,

meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta

kebertanggungjawaban ke atas keberhasilan yang menjadi tunjang dan

keutamaan kepada masyarat.5

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 15

Di dalam ucapan Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Majlis Perdana

Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (Mappa Xiii) pada 11 Mac 2013

(Isnin), 11:00 Pagi Di Dewan Plenari Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya di mana anggota Perkhidmatan Awam perlu

menyedari bahawa cabaran pada masa kini amat berbeza sekali

berbanding cabaran pada masa lalu. Kini, rakyat atau stakeholders

semakin hari semakin menuntut perkhidmatan yang lebih cepat, cekap,

telus dan efektif. Dengan demikian penjawat awam perlu

melaksanakan tugas dan amanah tersebut dengan penuh

tanggungjawab dan berkesan. 6 Prinsip yang diilhamkan oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Cepat, Tepat dan Integriti (CTI)

serta Produktif, Kreatif dan Inovatif (PCI) akan menjadi pegangan

utama di semua peringkat Kerajaan terutama di peringkat ‘front-line’

iaitu di PBT. Pengamalan nilai-nilai tersebut secara holistik adalah

penting bagi memastikan Perkhidmatan Awam kekal relevan dan

kompeten sepanjang masa. Dengan cara ini, Perkhidmatan Awam

akan dapat sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang

kepada rakyat bagi memenuhi keperluan dan aspirasi mereka.

Justeru itu, penciptaan Multipurpose Water Container ini adalah

relevan di dalam konteks inovasi dan penyampaian perkhidmatan

secara terus kepada warga kota Ipoh secara khususnya dan rakyat

secara umumnya sejajar dengan hasrat dan matlamat kepimpinan

perkhidmatan awam yakni KSN dan Perdana Menteri Malaysia. Ia juga

melengkapkan kemahiran anggota terkini (emerging skills) bagi

memastikan kita dapat memberi perkhidmatan yang relevan dan

berkualiti kepada rakyat.

“INSPIRATIF INOVASI, PENERAJU TRANSFORMASI”

A I P B T P E R A K 2 0 1 7 : M A J L I S B A N D A R A Y A I P O H 16

ii. Mengambil kira persekitaran semasa sama ada diperingkat tempatan

atau pun global

Inisiatif inovasi yang dihasilkan telah mengambil kira persekitaran semasa

yang dapat dilihat dari aspek keupayaan memenuhi ekpektasi, kehendak

dan keadaan semasa. Idea serta pendekatan baru yang mungkin lebih

radikal telah dicipta dan MBI perlu berani untuk berubah serta mencuba

pendekatan penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif ke arah

menepati kehendak pelanggan masa kini.

Inovasi Multipurpose Water Container ini merupakan satu alternatif

kepada kaedah sedia ada yang berupaya mengurangkan karenah

birokrasi (inter-departmental) dan urusan dapat diselesaikan dengan

cepat dalam satu masa. Rekacipta atau peralatan yang dibangunkan ini

terbukti dapat menyumbangkan kepada cara kerja yang lebih cekap,

cepat, tepat, mudah dan benar-benar menepati ciri-ciri yang diperlukan

oleh Majlis dan sesuai diguna pakai oleh lain-lain PBT di seluruh Malaysia

hatta di peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh :

Nama Pegawai / Unit Terlibat : EN. AMIR ANUAR BIN ZAMRI

BAHAGIAN MEKANIKAL,

JABATAN KEJURUTERAAN

MAJLIS BANDARAYA IPOH

TEL. : 05-243 9328 (PEJABAT)

013-282 4265 (H/P)

E-MEL : [email protected]