laporan inovasi

22
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH SOALAN-RESPON “5W1H” DALAM MENINGKATKAN MINAT MURID TAHUN 2 UNTUK MEMBINA AYAT YANG BERMAKNA BERPANDUKAN GAMBAR: KAJIAN DIJALANKAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU,JOHOR SITI SARIPAH BINTI MASHUD INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU 1

Upload: qistinafarhan

Post on 18-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

LAPORAN INOVASI

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH SOALAN-RESPON 5W1H DALAM MENINGKATKAN MINAT MURID TAHUN 2 UNTUK MEMBINA AYAT YANG BERMAKNA BERPANDUKAN GAMBAR: KAJIAN DIJALANKAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU,JOHOR

SITI SARIPAH BINTI MASHUD

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU

LAPORAN PROJEK INOVASI. 1. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA1.1 Pengenalan Analisis DataBahagian ini membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan instrument yang telah digunakan dalam kajian ini. Analisis data digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peserta dan Soalan-Respons 5W1H melalui gambar.Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif berdasarkan statistik deskriptif iaitu himpunan data mentah yang diperoleh dan dikumpul oleh pengkaji. Data ini disusun dalam bentuk mudah untuk tujuan membuat interpretasi.1.2 Analisis UjianUjian digunakan sebagai instrument untuk mengumpul data pencapaian responden sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Terdapat dua jenis ujian yang dilaksanakan dalam kajian ini iaitu ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi. Kedua-dua pencapaian peserta kajian dalam ujian-ujian ini akan dibandingkan bagi mendapatkan keberkesanan kaedah ini. Setelah dapatan dan pemerhatian.Tindakan susulan diambil dengan meletakkan pelajar ini dalam satu kumpulan Eksperimen. Seterusnya akitiviti pengajaran dan pembelajaran kaedah kontruktivisme dijalankan kepada pelajar selama 2 minggu. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru Konstruktivisme merupakan satu pendekatan yang didapati sesuai dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran .Dalam pendekatan ini murid dianggap telah mempunyai idea yang tersendiri tentang sesuatu konsep yang belum dipelajari. Idea tersebut mungkin benar atau tidak.1.2.1 Ujian Sebelum Intervensi Bagi instrumen ujian yang pertama iaitu ujian sebelum intervensi, peserta kajian diminta untuk membina ayat majmuk berdasarkan gambar bersiri yang diberi. Matlamat gambar bersiri diberi ialah untuk memudahkan pelajar pada peringkat ini. Gambar bersiri membolehkan pelajar mendapat lebih informasi dan urutan cerita dapat dikawal. Gambar bersiri memperluaskan skop pemikiran pelajar. Di dapati 5 orang peserta telah membina ayat tunggal iaitu sebanyak 50%. Mereka tidak boleh membina ayat majmuk. Hasilnya 5 orang peserta kajian mendapat markah 0/5 iaitu peserta kajian 1, peserta kajian 2, peserta kajian 4, peserta kajian 7 dan peserta kajian 9. Dua orang peserta kajian mendapat markah 20% iaitu hanya betul 1 soalan iaitu peserta kajian 3 dan peserta kajian 8. Seorang peserta kajian 10 mendapat 40% iaitu hanya dapat membina ayat majmuk 2/5 ayat. Sementara itu 2 orang peserta kajian mendapat markah 60% iaitu boleh membuat 3/5 ayat majmuk peserta kajian 5 dan peserta kajian 6. Peserta 1, peserta kajian 2, peserta kajian 4 dan peserta kajian 7 dan peserta kajian gagal untuk membina ayat majmuk berdasarkan gambar bersiri yang diberi. Peserta 3 dan 8 hanya boleh menjawab 1 daripada 5 ayat yang dikehendaki iaitu sebanyak 20%.1.2.2Latihan Semasa IntervensiLatihan semasa intervensi telah dijalankan untuk melatih murid membina ayat menggunakan teknik soalan-respon 5W1H. Intervensi ini telah dijalankan dan murid telah dilatih membina ayat menggunakan teknik soalan-respon 5W1H ini. Hasil dapatan adalah pencapaian ujian selepas intervensi yang dijalankan ke atas peserta kajian menunjukkan peserta kajian-peserta kajian telah menunjukkan peningkatan markah bagi setiap peserta kajian. Dua orang peserta kajian iaitu peserta kajian 2 dan peserta kajian 5 dapat menjawab 3 soalan iaitu 60%. Empat orang peserta kajian iaitu peserta kajian 1, peserta kajian 7 dan peserta kajian 10 dapat menjawab 4 soalan iaitu mendapat 80% dan 4 orang peserta kajian iaitu peserta 3, peserta 5, peserta 8 dan peserta 9 dapat menjawab kelima-lima soalan ayat majmuk iaitu mendapat 100%. Peserta kajian 3 , 6, 8,dan 9 didapati telah meningkat iaitu peserta kajian telah dapat membina ayat majmuk sepenuhnya. Hal ini bermaksud semua peserta kajian mengalami perubahan markah yang lebih baik pada ujian selepas intervensi ini. Hasil analisis mendapati keseluruhan peserta kajian memperolah peningkatan walaupun sekadar 0.5 atau pun sama seperti ujian sebelum. Ini menunjukkan peserta kajian mempunyai peningkatan dalam setiap intervensi yang dilakukan. Ini bermakna, hanya peserta kajian 6 sahaja yang boleh membina ayat majmuk dengan baik. Bagi peserta kajian yang lain hanya boleh membina ayat tunggal sahaja. Peserta kajian 1, 2, 3 dan 7 berjaya mendapat membina ayat majmuk 2, 1, 2, 2. Ini menunjukkan peserta kajian ini berada pada aras lemah atau tahap minimum dalam skor markah. 1.2.3 Ujian Selepas IntervensiMelalui ujian selepas intervensi, pengkaji dapat menilai dan mengukur keberkesanan Kaedah soalan-respon 5W1H yang digunakan dalam kajian ini. Dua ujian telah dijalankan. Ujian sebelum intervensi dijalankan di awal kajian untuk menguji dan menentukan tahap kebolehan murid dan pencapaian peserta kajian dalam membina ayat gramatis. Manakala ujian selepas intervensi dijalankan untuk melihat keberkesanan pengajaran melalui soalan-respon5W1H. Peserta kajian 1, peserta kajian 4 dan peserta kajian 7 mendapat markah 0% sebelum intervensi dan mendapat markah 80% selepas intervensi. Ini menunjukkan peningkatan markah sebanyak 80%. Kajian peserta 2 hanya mendapat markah 0% sebelum intervensi dan mendapat markah sebanyak 60% selepas intervensi. Ini menunjukkan peserta kajian 2 mendapat peningkatan markah sebanyak 60%. Kajian peserta 3 dan kajian peserta 8 mendapat markah 20% sebelum intervensi dan meningkat kepada 100% selepas menjalani ujian intervensi. Ini menunjukkan kajian peserta 3 dan kajian peserta 8 mendapat peningkatan markah sebanyak 80%. Peserta kajian 5 mendapat markah 60% sebelum ujian intervensi dijalankan dan mendapat 60% juga selepas ujian intervensi. Ini menunjukkan peserta kajian 5 tidak menunjukkan sebarang peningkatan markah iaitu 0%.Peserta kajian 6 mendapat markah 50% sebelum intervensi dan mendapat markah 100% selepas ujian intervensi. Ini menunjukkan kajian peserta 6 berjaya meningkatkan markah sebanyak 50%. Peserta kajian 9 mendapat markah 0% sebelum intervensi dan telah mendapat markah 100% selepas ujian intervensi. Ini menunjukkan perserta kajian 10 telah mendapat peningkatan markah sebanyak 40% sahaja. Dua orang peserta iaitu peserta kajian 5 dan peserta kajian 10 menunjukkan peningkatan markah di bawah 50%. Lapan peserta kajian iaitu peserta kajian1, peserta kajian 2, peserta kajian 3, peserta kajian 4, peserta kajian 6, peserta kajian 7, peserta kajian 8 dan peserta kajian 9 telah menunjukkan peningkatan markah lebih daripada 50%. Berdasarkan Rajah dan Jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa selepas kaedah soalan-respon5W1H ini dijalankan, terdapat perubahan dalam pencapaian prestasi setiap peserta kajian. Ini dapat dibuktikan dengan melihat perbandingan peratus kenaikkan markah yang dibuat oleh peserta kajian semasa Ujian sebelum intervensi dan Ujian selepas intervensi. Hasil analisis yang dilakukan, menunjukkan peserta kajian 3, peserta kajian 6, peserta kajian 8,dan peserta kajian 9 mendapat 100% peningkatan markah daripada Ujian sebelum intervensi. Ini bermakna secara keseluruhannya, markah peserta kajian mengalami peningkatan semasa ujian sebelum intervensi selepas rawatan dengan menggunakan Kaedah soalan-respon5W1H berdasarkan gambar.Pencapaian ujian selepas intervensi yang dijalankan ke atas peserta kajian menunjukkan peserta kajian-peserta kajian telah menunjukkan peningkatan markah bagi setiap peserta kajian. Markah minimum peserta kajian menunjukkan peserta kajian mendapat 1 markah bagi ayat yang dibina. Peserta kajian 3 , 6, 8, dan 9 didapati telah meningkat iaitu peserta kajian telah dapat membina ayat majmuk sepenuhnya. Hal ini bermaksud semua peserta kajian mengalami perubahan markah yang lebih baik pada ujian selepas intervensi ini. Melalui ujian selepas intervensi, pengkaji dapat menilai dan mengukur keberkesanan Kaedah soalan-respon5W1H, yang digunakan dalam kajian ini. 1.2.4Perbezaan Pencapaian Ujian sebelum intervensi dan Ujian selepas intervensi.

Dua ujian telah dijalankan. Ujian sebelum intervensi dijalankan di awal kajian untuk menguji dan menentukan tahap kebolehan murid dan pencapaian peserta kajian dalam membina ayat gramatis. Manakala ujian selepas intervensi dijalankan untuk melihat keberkesanan pengajaran melalui soalan-respon5W1H. Kaedah soalan-respon5W1H ini dijalankan, terdapat perubahan dalam pencapaian prestasi setiap peserta kajian. Ini dapat dibuktikan dengan melihat perbandingan peratus kenaikkan markah yang dibuat oleh peserta kajian semasa Ujian sebelum intervensi dan Ujian selepas intervensi. Peserta kajian 1, peserta kajian 4 dan peserta kajian 7 mendapat markah 0% sebelum intervensi dan mendapat markah 80% selepas intervensi. Ini menunjukkan peningkatan markah sebanyak 80%. Kajian peserta 2 hanya mendapat markah 0% sebelum intervensi dan mendapat markah sebanyak 60% selepas intervensi. Ini menunjukkan peserta kajian 2 mendapat peningkatan markah sebanyak 60%. Kajian peserta 3 dan kajian peserta 8 mendapat markah 20% sebelum intervensi dan meningkat kepada 100% selepas menjalani ujian intervensi. Ini menunjukkan kajian peserta 3 dan kajian peserta 8 mendapat peningkatan markah sebanyak 80%. Peserta kajian 5 mendapat markah 60% sebelum ujian intervensi dijalankan dan mendapat 60% juga selepas ujian intervensi. Ini menunjukkan peserta kajian 5 tidak menunjukkan sebarang peningkatan markah iaitu 0%.Peserta kajian 6 mendapat markah 50% sebelum intervensi dan mendapat markah 100% selepas ujian intervensi. Ini menunjukkan kajian peserta 6 berjaya meningkatkan markah sebanyak 50%. Peserta kajian 9 mendapat markah 0% sebelum intervensi dan telah mendapat markah 100% selepas ujian intervensi. Ini menunjukkan perserta kajian 10 telah mendapat peningkatan markah sebanyak 40% sahaja. Dua orang peserta iaitu peserta kajian 5 dan peserta kajian 10 menunjukkan peningkatan markah di bawah 50%. Lapan peserta kajian iaitu peserta kajian1, peserta kajian 2, peserta kajian 3, peserta kajian 4, peserta kajian 6, peserta kajian 7, peserta kajian 8 dan peserta kajian 9 telah menunjukkan peningkatan markah lebih daripada 50%. Berdasarkan Rajah dan Jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa selepas kaedah soalan-respon5W1H ini dijalankan, terdapat perubahan dalam pencapaian prestasi setiap peserta kajian. Ini dapat dibuktikan dengan melihat perbandingan peratus kenaikkan markah yang dibuat oleh peserta kajian semasa Ujian sebelum intervensi dan Ujian selepas intervensi. Hasil analisis yang dilakukan, menunjukkan peserta kajian 3, peserta kajian 6, peserta kajian 8,dan peserta kajian 9 mendapat 100% peningkatan markah daripada Ujian sebelum intervensi. Ini bermakna secara keseluruhannya, markah peserta kajian mengalami peningkatan semasa ujian sebelum intervensi selepas rawatan dengan menggunakan Kaedah soalan-respon5W1H berdasarkan gambar. Hasil analisis yang dilakukan, menunjukkan peserta kajian 3, 6, 8, dan 9 mendapat 100% peningkatan markah daripada Ujian sebelum intervensi. Ini bermakna Secara keseluruhannya, markah peserta kajian mengalami peningkatan semasa ujian sebelum intervensi selepas rawatan dengan menggunakan Kaedah soalan-respon5W1H berdasarkan gambar.1.3 DAPATAN KAJIAN1.3.1 PengenalanSemua data yang diperolehi semasa kajian dijalankan telah dianalisis. Analisis terhadap pemerhatian dan borang senarai semak dapat mengenal pasti keberkesanan kaedah ini dalam membina ayat majmuk berpandukan bahan gambar. Analisis terhadap ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi pula dapat mengetahui sama ada kaedah soalan-respon5W1H berdasarkan gambar boleh membantu meningkatkan penguasaan murid tahun dua dalam membina ayat majmuk atau pun tidak. Manakala, analisis terhadap borang soal selidik dapat mengenalpasti keberkesanan Kaedah soalan-respon5W1H berdasarkan gambar dalam membantu murid tahun dua membina ayat majmuk dengan betul. Semua hasil dapatan kajian dibincangkan berdasarkan persoalan dan objektif yang dibentuk.

7.2Apakah teknik yang sesuai digunakan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid semasa membina ayat majmuk berpandukan gambar.Pengkaji telah menjalankan temu bual lisan kepada peserta kajian dan juga guru-guru Bahasa Melayu di sekolah pengkaji. Dapatan daripada temu bual tersebut, pengkaji dapati bahawa peserta kajian jarang didedahkan dengan kaedah untuk memahami sesuatu aspek bahasa. Peserta kajian juga tidak pernah didedahkan dengan kaedah soalan-respon 5W1H berpandukan gambar. Kesalahan-kesalahan ini dapat dilihat melalui semakan buku latihan dan ujian sebelum intervensi yang dilakukan oleh pengkaji. Namun begitu Peserta menunjukkan perubahan setelah sesi intervensi dijalankan. Kaedah latih-tubi soalan-respon 5W1H berpandukan gambar bersiri telah membantu mereka mencari idea atau dapat mengembangkan isi yang terkandung dalam gambar. Begitu juga kaedah latih tubi soalan-respon 5W1H menggunakan gambar tunggal. Gambar tunggal itu juga membantu peserta mengembangkan idea dan juga dapat menguji kemahiran berfikir para peserta ke tahap yang lebih tinggi. Di samping latih-tubi teknik soalan-respon 5W1H berpandukan gambar dengan menggunakan kata hubung yang diberi. Teknik ini bertujuan membimbing peserta membina ayat majmuk dalam penulisan dengan mempelbagai kata hubung yang sesuai. Kaedah i-think kata hubung juga digunakan bagi menambahkan kefahaman peserta. Kad-kad perkataan dan gambar tunggal berwarna juga digunakan. Ini menarik minat peserta untuk membina ayat majmuk menggunakan teknik soalan-respon 5W1H berpandukan gambar.7.3 Adakah pelajar berasa seronok dan dapat meningkatkan pemahaman mereka semasa menggunakan teknik soalan-respon5W1H berdasarkan gambar ?Dapatan daripada kajian yang dijalankan, kesemua peserta kajian berasa seronok apabila mereka diperkenalkan dengan teknik soalan-respon 5W1H berpandukan gambar. Mereka bukan sahaja seronok diperkenalkan dengan teknik soalan-respon 5W1H berpandukan gambar, malah mereka juga berasa seronok apabila dapat memahami dan membina ayat majmuk dengan betul . Mereka juga dapat membina ayat lebih gramatis ditambah dengan pengunaan kata hubung. Selain itu, mereka juga berasa seronok apabila pengkaji memberiakan penerangan menggunakan ICT. Hal ini turut dinyatakan oleh pengkaji lepas dalam kajian beliau.Inovasi yang sedia ada dalam kajian lepas ini ialah penggunaan ICT, iaitu powerpoint yang dilakukan oleh pengkaji Siti Nur Hamizah Binti Ismail (2013). Pengkaji ini menggunakan ICT untuk membantu murid menguasai membina ayat majmuk berdasarkan gambar.7.4Sejauh manakah teknik soalan-respon 5W1H berpandukan gambar dapat mengatasi masalah ini?Persoalan dalam kajian ini ialah Adakah Wujud Peningkatan Tahap Penguasaan Murid Setelah Menggunakan Teknik soalan-respon 5W1H berpandukan gambar?. Bagi menjawab persoalan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah Ujian sebelum intervensi dan Ujian selepas intervensi. Data yang diperoleh daripadanya ini telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan markah peserta kajian daripada markah 0% kepada markah 80%. Pengkaji boleh merumuskan bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam ujian selepas intervensi yang dijalankan. Kaedah soalan-respon 5W1H ini berkesan dalam membantu mereka menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan bahan gambar. 6 orang peserta kajian menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 30% dengan menggunakan kaedah soalan-respon 5W1H ini. Hal ini bererti konsep yang digunakan oleh pengkaji menerusi Kaedah soalan-respon 5W1H ternyata berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid tahun dua membina ayat majmuk. Berdasarkan kajian daripada pengkaji terdahulu iaitu A. Rahman Haron dan rakan-rakan (2012), di dalam kajiannya bertajuk Teknik soalan-respon 5W1H Dalam Menjana Idea Membina Ayat Dengan Cepat dan Efektif, juga menunjukkan murid tahun satu dapat membina ayat beransur maju daripada mudah hinggalah kepada ayat yang lebih kompleks. Ayat yang dibina tidak kelihatan stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain. Tambahnya lagi, ayat yang gramatis perlu dilatih di peringkat awal dengan penerangan dan garis panduan oleh guru kepada murid. Setelah murid faham pembinaan ayat dengan teknik ini ia akan jadi mudah dan menyeronokkan.Menurut Zahratulnadhirah binti Ibrahim (2009), di dalam kajian tindakannya yang bertajuk Kesan Rumus WAT Dalam Membantu Murid Tahun Lima Membina Ayat Gambar Tunggal Bahasa Melayu menjelaskan, kaedah pembinaan ayat menggunakan rumus WAT membantu murid dalam membantu murid membina ayat daripada gambar tunggal. Peserta kajian yang terlibat menunjukkan kemajuan dari segi sikap iaitu peserta kajian lebih fokus terhadap bahan yang diberi. Perkara ini juga memberi manfaat kepada murid-murid lain. Oleh yang demikian, tindakan pengkaji menggunakan teknik soalan-respon 5W1H berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat majmuk. Oleh itu, persoalan kajian Adakah Kaedah soalan-respon 5W1H dapat meningkatkan tahap penguasaan murid membina ayat gramatis berdasarkan bahan grafik telah pun terjawab. Manakala objektif kajian iaitu membantu pelajar membina ayat yang majmuk berdasarkan gambar juga telah tercapai.Dapatan Kajian telah membuktikan bahawa, kaedah pengajaran dan pembelajaran kata hubung dalam menguasai kemahiran tatabahasa membina ayat majmuk tidak dapat dipertikaikan lagi. Pencapaian peserta kajian meningkat kerana pemahaman yang lebih mendalam tentang kemahiran tatabahasa membina ayat dan juga kerana terbinanya tahap keyakinan diri yang tinggi. Kajian ini sangat berguna kerana ia menawarkan cara yang berkesan bagi guru- guru yang selama ini menghadapi jalan buntu untuk meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan pelajarnya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini telah dapat memenuhi keperluan pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut. Ramai pelajar merasa kecewa dan tidak berminat lagi untuk belajar Bahasa Melayu khasnya kemahiran tatabahasa kerana sebelum ini mereka merasakan ianya sesuatu yang amat sukar. Inilah yang telah menghancurkan semangat mereka untuk belajar Bahasa Melayu Penulisan. Bagaimanapun, kaedah pengajaran dan pembelajaran kata hubung dan teknik soalan-respon 5W1H dalam meningkatkan pembinaan ayat majmuk ini telah memecahkan kebuntuan guru dan juga pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut. Ianya lebih berjaya pelajar untuk lebih aktif, bekerjasama, menarik dan menyeronokkan. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2004) merumuskan prinsip asas ini mempunyai banyak kebaikan terhadap pencapaian pelajar dan ianya dijelaskan kepada beberapa huraian iaitu pembelajaran melibatkan pembinaan makna. Makna perlu dibina oleh pelajar daripada apa yang dilihat dan didengar oleh mereka. Kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran kata hubung dan teknik soalan-respon 5W1H ini tetap merupakan salah satu kaedah yang terbaik dan terbukti telah dapat meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan di kalangan murid-murid tahun 2 Gigih, SK Kangkar Pulai.

1