laporan guru dan budaya inovasi

6
Laporan Bengkel Guru dan budaya inovasi Bengkel Guru Inovasi telah disampaikan oleh Encik Lau Siew Tung dari SJK Kwang Chien, Sarikei. Beliau adalah Guru Cemerlang Sains gred DG 48. Perkongsian beliau bertemakan Guru dan Budaya Inovasi. Dalam ceramahnya, beliau turut menekan prospek dan peluang cerah yang terdapat dalam pendidikan dari aspek kenaikan pangkat dan menikmati gred gaji yang lebih tinggi. Menurut beliau, seorang pendidik yang berinovasi perlu mengamalkan budaya inovasi yakni sentiasa kreatif dan berpandangan jauh. Fokus dalam inovasi adalah berusaha mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dengan kaedah yang lebih menarik dan berkesan. Beliau telah berkongsi bahan inovasi yang beliau cipta dalam pengajaran sains. Bahan inovasi tersebut sungguh menarik dan banyak membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep sains dengan lebih jelas. Pengalaman secara langsung yang dilalui oleh murid melalui bahan inovasi tersebut telah memberi impak yang amat positif terhadap kefahaman sains murid berkaitan topik yang sukar diajar. Bahan inovasi yang YII TIEW SENG PPG SAINS 1 AMBILAN JUN2011

Upload: sam-yii

Post on 21-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Laporan BIG Fasa 4

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Guru Dan Budaya Inovasi

Laporan Bengkel Guru dan budaya inovasi

Bengkel Guru Inovasi telah disampaikan oleh Encik Lau Siew Tung dari SJK

Kwang Chien, Sarikei. Beliau adalah Guru Cemerlang Sains gred DG 48.

Perkongsian beliau bertemakan Guru dan Budaya Inovasi.

Dalam ceramahnya, beliau turut menekan prospek dan peluang cerah yang

terdapat dalam pendidikan dari aspek kenaikan pangkat dan menikmati gred gaji

yang lebih tinggi. Menurut beliau, seorang pendidik yang berinovasi perlu

mengamalkan budaya inovasi yakni sentiasa kreatif dan berpandangan jauh. Fokus

dalam inovasi adalah berusaha mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi

oleh pelajar dengan kaedah yang lebih menarik dan berkesan.

Beliau telah berkongsi bahan inovasi yang beliau cipta dalam pengajaran

sains. Bahan inovasi tersebut sungguh menarik dan banyak membantu pelajar

dalam memahami sesuatu konsep sains dengan lebih jelas. Pengalaman secara

langsung yang dilalui oleh murid melalui bahan inovasi tersebut telah memberi

impak yang amat positif terhadap kefahaman sains murid berkaitan topik yang sukar

diajar. Bahan inovasi yang dilaksanakan tidaklah memakan kos yang tinggi malah

menggunakan bahan-bahan yang terbuang.

Selain daripada perkongsian bahan-bahan inovasi ciptaan beliau, beliau turut

menekan penggunaan teknologi moden dalam pengajaran berkesan. Banyak bahan-

bahan dapat diakses melalui internet dan proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih menarik serta selari dengan minat dan kecenderungan murid-murid

abab ke -21. Beliau menerangkan penggunaan dan keistimewaan Google dalam

membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran.

YII TIEW SENG PPG SAINS 1 AMBILAN JUN2011

Page 2: Laporan Guru Dan Budaya Inovasi

Laporan Bengkel Guru dan budaya inovasi

Selain menekankan pengajaran berkesan berorientasikan teknologi, beliau

turut menitikberatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) selaras dengan

kurikulum terkini Kementerian Pendidikan. Beliau menjelaskan bahawa murid tidak

perlu banyak menghafal tetapi perlu memahami konsep sains dan banyak

melibatkan aplikasi sains.

Kesimpulannya Encik Lau amat menggalakkan para pendidik untuk

mengamalkan budaya inovasi sebab melalui inovasi, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

murid akan dapat dikembangkan dengan berkesan. Teknik dan kaedah pengajaran

perlu selari dengan perkembangan semasa. Setiap pengajaran yang dilaksanakan

haruslah berkesan agar setiap individu akan belajar setiap kali mereka hadir ke

sekolah.

YII TIEW SENG PPG SAINS 1 AMBILAN JUN2011

Page 3: Laporan Guru Dan Budaya Inovasi

Laporan Bengkel Guru dan budaya inovasi

Refleksi

Nama : YII TIEW SENG

No. Matrik : PPG 1316

Unit : PPG SAINS 1 AMBILAN JUN 2011

Pensyarah : CIK YEO NGA PIING

Tarikh : 13 MAC 2015

Saya amat berterima kasih dan menghargai kerjasama semua pihak

terutamanya pihak IPG Rajang, rakan-rakan sekuliah, pihak sekolah SJK Kwang

Chien dan Encik Lau Siew Tung kerana telah menjayakan bengkel ini. Penghargaan

tidak terhingga turut disampaikan kepada pihak sekolah saya dan keluarga saya

kerana memberi sokongan penuh terhadap program yang telah dijalankan.

Melalui bengkel ini, banyak pengetahuan dan input terkini yang berguna saya

timba dalam usaha mempertingkatkan kualiti dan teknik pengajaran saya.

Penerapan budaya Guru Inovasi yang dikongsikan telah memotivasikan saya untuk

berusaha lebih kreatif untuk mencipta suatu teknik dan kaedah pengajaran yang

berkesan.

Selain itu, perkongsian kemahiran menggunakan bahan-bahan teknologi telah

memberi keyakinan kepada saya untuk menggunakan teknologi sebagai asas

pengajaran. Keistimewaan teknolgi yang dikongsikan telah memberi saya aspirasi

baharu untuk melibatkan lebih banyak penggunaan teknologi dalam pengajaran

kerana terlalu banyak bahan yang boleh diakses melalui internet yang mampu

memudahkan saya untuk menerapkan konsep sains kepada murid.

Walau bagaimanapun, teknologi yang digunakan agak canggih dan tidak

semua sekolah mampu menyediakannya. Di samping itu terdapat banyak masalah-

masalah teknikal yang mungkin menjadi penghalang seperti kemahiran

menggunakan aplikasi tersebut, kos dan kemudahan prasarana. Kos

penyeleranggaraan mungkin juga tinggi dan bagi sekolah-sekolah di pedalaman,

YII TIEW SENG PPG SAINS 1 AMBILAN JUN2011

Page 4: Laporan Guru Dan Budaya Inovasi

Laporan Bengkel Guru dan budaya inovasi

semua masalah ini sukar diatasi. Dengan sistem elektrik yang kurang stabil,

kerosakan pada alat-alat canggih ini tidak dapat dielakkan.

Namun pihak-pihak atasan perlu memikirkan suatu pendekatan agar sekolah

pedalaman turut menikmati kemajuan teknologi. Dalam penggunaan alat-alat

berteknologi, sistem dan capaian internet maupun 3G perlu di tahap yang

memuaskan. Justeru itu, pihak tertentu perlu memastikan cakupan internet wujud

terlebih dahulu sebelum implimentasi teknologi dilaksanakan. Peralatan yang

dibekalkan ke sekolah-sekolah perlulah mencukupi dan mencapai standard iaitu

tidak mudah rosak dan mesra pengguna.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran sememangnya suatu pendekatan

yang mampu menyumbang kepada pengajaran yang berkesan. Di samping itu perlu

difikirkan juga bahawa teknologi turut menyumbang kepada gejala negatif jika

disalahgunakan. Oleh yang demikian pihak tertentu perlu mempunyai suatu

mekanisme yang dapat menbendung gejala ini daripada berlaku.

YII TIEW SENG PPG SAINS 1 AMBILAN JUN2011