201406170716_hbef 3603 laporan inovasi p& p

24
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI / 2014 HBEF 3603 T1A3

Upload: ruslinah-idzsang

Post on 21-Jul-2016

640 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Sampel Laporan Kajian

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI / 2014

HBEF 3603

T1A3

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

1.0      REFLEKSI P & P YANG LALU

Program Linus adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk membantu

murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam menguasai

satu-satu kemahiran. Perkara ini turut disokong oleh Jamilah (1999), yang mengatakan

bahawa pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi

murid-murid yang didapati menghadapi masalah sama ada dalam Mata Pelajaran Bahasa

Melayu ataupun Matematik. Oleh kerana masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka

berbeza-beza, maka guru hendaklah menggunakan kreativitinya untuk mempelbagaikan

teknik atau kaedah pengajaran mengikut minat dan kebolehan murid (Meng, 1994).

Berdasarkan dapatan pengkaji dalam sesi pembelajaran dalam pengajaran yang lalu,

pengkaji mendapati murid Linus sering menghadapi masalah mengeja perkataan yang

mempunyai huruf konsonan bergabung (digraf). Digraf merupakan gabungan dua konsonan

yang ditulis secara berturutan untuk melambangkan suatu bunyi tertentu seperti ng, ny, kh,

dan sy. Perkataan-perkataan seperti ‘nyonya’, ‘nyanyi’, ‘tanya’, ‘khamis’, ‘nyala’, ‘nganga’,

‘telinga’, ‘singa’, tidak dapat dieja dan dibaca oleh pelajar.

Oleh kerana itu mereka satu alat penggunaan bahan bantu mengajar seperti kad perkataan

dan kad huruf dalam pengajaran kemahiran mengeja perkataan digraf. Bahan bantu belajar

itu menggunakan teknik pengajaran latih tubi yang dinamakan Pohon Bahasa yang akan

digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam tindakan kajian ini sebagai

intervensi bagi mengatasi masalah kesukaran murid Linus mengeja perkataan yang

mempunyai huruf digraf

2.0     OBJEKTIF KAJIAN

1

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

1.3 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenal pasti teknik yang boleh membantu penguasaan kemahiran

mengeja perkataan yang mengandungi digraf dalam kalangan murid

Linus tahun 3.

1.4.2 Aplikasi teknik Pohon Bahasa dapat membantu murid Linus

menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi

digraf dalam kalangan murid Linus tahun 3.

1.4.3 Mengkaji keberkesanan aplikasi teknik Pohon Bahasa untuk

meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi

digraf dalam kalangan murid Linus tahun 3.

1.4 Persoalan Kajian

1.3.1 Apakah teknik yang boleh membantu penguasaan kemahiran mengeja

perkataan yang mengandungi digraf dalam kalangan murid Linus

tahun 3?

1.3.2 Adakah aplikasi teknik Pohon Bahasa dapat membantu murid

membaca perkataan digraf dengan betul dalam kalangan murid

Linus tahun 3?

1.3.3 Adakah aplikasi teknik Pohon Bahasa berkesan dalam membantu

meningkatkan kemahiran membaca perkataan digraph dalam kalangan

murid Linus tahun 3?

1.5 Kepentingan Kajian

2

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

Kepentingan kajian ini dibuat ialah;

i) Kajian ini dapat memberi cadangan, panduan dan penjelasan kepada

guru tentang teknik yang boleh membantu penguasaan kemahiran

mengeja perkataan yang mengandungi digraf dalam Bahasa Malaysia.

ii) Kajian ini dapat mengenal pasti masalah-masalah yang

dihadapi murid Linus dalam menguasai kemahiran membaca perkataan

yang mengandungi suku kata digraf . Oleh yang demikian, melalui

kajian ini, guru dapat merancang usaha-usaha yang perlu dilakukan

bagi mengatasi masalah tersebut.

.

iii) Kajian ini juga dapat menjelaskan keberkesanan aplikasi teknik Pohon

Bahasa berpusatkan bahan dalam membantu penguasaan kemahiran

membaca perkataan yang mengandungi suku kata digraph dalam

kalangan murid Linus. Oleh itu, perancangan pembelajaran

hendaklah mengambil kira faktor tersebut.

3.0     KUMPULAN SASARAN

Kajian yang dijalankan ini terhad kepada 10 orang responden yang terdiri daripada murid

Tahun 3 Linus di Sekolah Kebangsaan Batu Payong, Tawau. Memandangkan sampel yang

digunakan di dalam kajian ini adalah terhad, maka hasil kajian ini tidak semestinya mampu

dijadikan kesimpulan bagi seluruh sekolah pada peringkat yang sama di negara ini.

Kajian ini hanya dilakukan di sebuah sekolah kawasan luar bandar. Borang senarai semak

kemahiran yang digunakan hanya mengandungi 24 item yang digunakan dalam 4 peringkat

ujian pra dan pasca. Kajian ini memilih responden dalam kalangan murid Tahun 3 yang

merupakan murid Linus yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran Linus yang tidak

sama.

3

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

4.0   PELAKSANAAN INOVASI P & P

4.1.1 Mengenal pasti isu/masalah

Pengkaji mendapati murid pemulihan sering menghadapi masalah mengeja suku kata yang

mempunyai huruf konsonan yang bergabung (digraf). Masalah yang sering pelajar hadapi

apabila membaca perkataan yang mempunyai suku kata mempunyai digraf dimana pada

kebiasaannya mereka sukar untuk mengeja perkataan tersebut. Kegagalan pelajar menguasai

kemahiran menyebut suku kata yang mempunyai konsonan bergabung ini pastinya akan

menghasilkan sebutan yang tidak betul dan seterusnya mengganggu proses kelancaran bacaan

murid.

4.1.2 Merancang

Teknik yang pengkaji gunakan untuk membantu murid pemulihan mengatasi masalah ini adalah

dengan pelaksanaan aplikasi teknik latih tubi Pohon Bahasa. Teknik ini merupakan salah satu

teknik pengajaran yang melibatkan bahan dan murid semasa pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan di mana murid akan mendengar bunyi perkataan dan kemudian mengeja dan

menyebut perkataan yang didengari. Dalam bahagian ini juga, saya telah memilih tiga instrumen

penting yang sejajar dengan objektif kajian. Instrumen tersebut adalah senarai semak,

pemerhatian berstruktur dan temu bual.

4.1.3 Tindakan 1

Saya menyediakan senarai perkatan yang mengandungi konsonan bergabung mengikut

kumpulan perkataan digraf kepada murid serta meminta mereka mengeja perkataan yang

pengkaji sebut . Ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah sebenar mereka dalam kemahiran

mengeja dengan lebih mendalam mengikut kumpulan perkataan digraf kepada murid serta

meminta mereka mengeja perkataan yang pengkaji sebut . Ini bertujuan untuk mengenal pasti

masalah sebenar mereka dalam kemahiran mengeja dengan lebih mendalam.

4

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

Tindakan 2

Guru melaksanakan intervensi inovasi kajian pdp dengan dipantau oleh guru pembimbing. Guru

menyediakan papan gulung Pohon Bahasa Digraf. Terdapat gambar pokok yang mempunyai

ranting perkataan yang dikosongkan. Murid disediakan kad huruf yang mengandungi suku kata

digraf seperti “ng” dan “ny”dan membentuk perkataan yang disebut guru dengan betul . Jika

mereka dapat mengeja dan menyebut dengan betul, murid diberi ganjaran sebagai

motivasi.Seterusnya murid akan melekatkan perkataan yang disusun itu pada Pohon Bahasa .

Kemudian guru membimbing murid untuk mengeja dan menyebut perkataan yang terhasil

daripada kad huruf yang disusun dan seterusnya murid sendiri mengeja suku kata yang telah

diajar oleh guru. Murid yang tidak dapat menyebut dengan betul dikehendaki menulis suku kata

tersebut di dalam buku latihan dan mengejanya berulang kali sehingga dapat mengeja suku kata

itu dengan betul.

Intervensi ini dilakukan secara berperingkat sebanyak 4 kali. Intervensi pertama focus pada

perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’ sahaja sebanyak 6 perkataan. Intervensi kedua

perkataan yang mengandungi digraf ‘ny’. Seterusnya intervensi berfokus perkataan yang

mengandungi digraf ‘sy’ dan akhir sekali intervensi perkataan yang berfokus digraf ‘kh’.

Rakaman video serta gambar sebagai bukti pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada

intervensi pertama dan kedua. Rakaman video juga dihantar ke laman web Epic Oum untuk

menunjukkan pdp inovasi kajian yang dilakukan.

5

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

5.0      LAPORAN PERLAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN

6

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

5.1.1 Tindakan 1

Pengkaji melakukan pengumpulan data kajian dengan menggunakan instrumen senarai semak,

pemerhatian berstruktur dan temu bual. Analisis daripada dapatan yang diperoleh telah

digunakan bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mengeja murid. Maklumat ini juga

menentukan keberkesanannya teknik yang digunakan oleh pengkaji.

5.1.2 Tindakan 2

Berdasarkan analisis yang telah diperolehi, pengkaji melakukan refleksi berkaitan keseluruhan

tindakan yang telah dijalankan. Refleksi ini digunakan untuk menghasilkan konklusi dan

penambahbaikan bagi memperkukuhkan kesahan kajian yang dijalankan.

5.1.3 Mengumpul data

Sewaktu menjalankan tindakan, pengkaji menggunakan instrumen senarai semak untuk

mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mengeja dalam kalangan murid pemulihan.

Seterusnya, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur bagi menilai dan

mengesan kefahaman murid serta keberkesanan teknik pemulihan yang dijalankan.

Selanjutnya, temu bual dijalankan antara pengkaji dengan murid bagi mengetahui keberkesanan

aplikasi tekniklatih tubi Pohon Bahasa untuk menguasai kemahiran mengeja suku kata yang

mengandungi digraf dalam kalangan murid pemulihan.

7

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

5.1.4 Membuat refleksi

Refleksi dibuat setelah kajian habis dijalankan. Hasil dari pembuatan refleksi ini akan

memberikan konklusi dan penambahbaikan bagi memperkukuhkan kesahan kajian yang

dijalankan.

Jadual 5.1 Analisis Markah Senarai Semak Sebelum dan Selepas Intervensi 1

Digraf ( ng )

Responden Sebelum

(%)

Selepas

(%)1 66 1002 50 833 50 834 66 835 66 1006 50 837 50 1008 66 839 50 10010 83 100

Jadual 5.2 Analisis Markah Senarai Semak Sebelum dan Selepas Intervensi 2

Digraf ( ny )

Sebelum

(%)

Selepas

(%)1 50 832 33 663 50 834 33 835 66 1006 50 837 50 1008 33 669 66 10010 83 100

8

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

Jadual 5.3 Analisis Markah Senarai Semak Sebelum dan Selepas Intervensi 3

Digraf ( sy )

Responden Sebelum

(%)

Selepas

(%)1 50 1002 33 833 50 834 33 835 66 1006 50 837 50 1008 33 83

9

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

66

50 50

66 66

50 50

66

50

83

100

83 83 83

100

83

100

83

100 100

DIGRAF : 'ng' Sebelum Selepas

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

9 66 8310 50 100

Jadual 5.4 Analisis Markah Senarai Semak Sebelum dan Selepas Intervensi 4

Digraf ( kh )

Responden Sebelum

(%)

Selepas

(%)1 50 832 33 663 50 834 33 835 66 1006 50 837 50 1008 33 669 66 10010 66 100

6. 0    LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI

TARIKAH /

PELAKSANAAN

1. Membuat ujian diagnostik ke atas subjek kajian untuk mengesan kelemahan kemahiran responden kajian.

2. Ujian Pra dijalankan ke atas subjek kajian

3. Ujian pra disemak dan data direkodkan

10

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

4. Senarai semak (pemerhatian) dibuat ke atas subjek kajian sebelum intervensi dijalankan.

5. Intervensi 1 : a) Intervensi pertama menggunakan Pohon Bahasa. dijalankan.b) Senarai semak pemerhatian pertama dijalankan.

6. Intervensi 2: a) Intervensi kedua menggunakan Pohon Bahasa dijalankan.b) Senarai semak pemerhatian yang kedua dijalankan

7. Intervensi 3: a) Intervensi ketiga menggunakan Pohon Bahasa dijalankan.b) Senarai semak pemerhatian yang ketiga dijalankan.

8. Intervensi 4: a) Intervensi keempat menggunakan Pohon Bahasa. dijalankan .b) Senarai semak pemerhatian yang ketiga dijalankan.

9. Ujian pasca dijalankan ke atas subjek kajian

10. Analisis secara kasar dibuat

LAMPIRAN A

UJIAN DIGNOSTIK

Nama Responden :________________________________

11

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

Tandakan ( √ ) sama ada murid menguasai ataupun tidak menguasai.

BIL PERKATAAN MENGUASAI

TIDAK

MENGUASAI

1. Khidmat

2. Khemah

3. Syampu

4. Syor

5. Nyamuk

6. Nyiru

7. Kering

8. Kerang

9. Senget

10. Bingit

LAMPIRAN B

Rubrik PermarkahanPeratus Tahap

8-10 Cemerlang6-7 Baik4-5 Sederhana0-3 Lemah

UJIAN PRA / UJIAN PASCA

Nama Responden :________________________________

12

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

Tandakan ( √ ) sama ada murid menguasai ataupun tidak menguasai.

BIL PERKATAAN MENGUASAI

TIDAK

MENGUASAI

1. Khemah

2. Khayal

3. Khat

4. Khidmat

5. Syiling

6. Syarat

7. Syor

8. Syurga

9. Nyala

10. Sunyi

11. Nyanyi

12. Nyaman

13. Ngantuk

14. Bangau

15. Angkut

16. Angpau

LAMPIRAN C1

INSTRUMEN 2: SENARAI SEMAK PERKATAAN

NAMA: ____________________ TARIKH: ______________

KEMAHIRAN: Membaca perkataan yang mengandungi digraf ( Kh ).

No. Senarai Perkataan Sebelum Selepas

13

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

M / TM M / TM

1. Khamis

2. Khemah

3. Khat

4. Khabar

5. Khas

6. Khuatir

(Diubahsuai dari : Modul Program Pelaksanaan Pemulihan Khas)

Rubrik Permarkahan

Peratus Tahap6 Cemerlang

4-5 Baik2-3 Sederhana0-1 Lemah

LAMPIRAN C2

INSTRUMEN 2: SENARAI SEMAK PERKATAAN

NAMA: ____________________ TARIKH: ______________

KEMAHIRAN: Membaca perkataan yang mengandungi digraf ( Sy ).

14

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

No. Senarai Perkataan Sebelum

M / TM

Selepas

M / TM

1. Syampu

2. Syiling

3. Syarat

4. Syor

5. Syer

6. Syurga

(Diubahsuai dari : Modul Program Pelaksanaan Pemulihan Khas)

Rubrik Permarkahan

Peratus Tahap6 Cemerlang

4-5 Baik2-3 Sederhana0-1 Lemah

LAMPIRAN C3

INSTRUMEN 2: SENARAI SEMAK PERKATAAN

15

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

NAMA: ____________________ TARIKH: ______________

KEMAHIRAN: Membaca perkataan yang mengandungi digraf ( Ny ).

No. Senarai Perkataan Sebelum

M / TM

Selepas

M / TM

1. Nyanyi

2. Nyonya

3. Sunyi

4. Nyaman

5. Bunyi

6. Penyapu

(Diubahsuai dari : Modul Program Pelaksanaan Pemulihan Khas)

Rubrik Permarkahan

Peratus Tahap6 Cemerlang

4-5 Baik2-3 Sederhana0-1 Lemah

LAMPIRAN C4

INSTRUMEN 2: SENARAI SEMAK PERKATAAN

NAMA: ____________________ TARIKH: ______________

KEMAHIRAN: Membaca perkataan yang mengandungi digraf ( Ng ).

No. Senarai Perkataan Sebelum

M / TM

Selepas

M / TM

16

HBEF 2803RUSLINAH BINTI IDZSANG

710820125746001

1. Nganga

2. Singa

3. Bunga

4. Sungai

5. Wangi

6. Ungu

(Diubahsuai dari : Modul Program Pelaksanaan Pemulihan Khas)

Rubrik Permarkahan

Peratus Tahap6 Cemerlang

4-5 Baik2-3 Sederhana0-1 Lemah

17