laporan inovasi esmartlearning

20
1.0 Pengenalan Dunia telah menerima perkembangan teknologi internet bermula era 1970-an. Teknologi internet telah berkembang dengan pesat dari hari ke hari. Dari era menggunakan mesin komputer , teknologi internet telah berubah dari komputer peribadi sehinggalah kepada peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan aksesori peribadi seperti jam tangan. Di dalam bidang pendidikan juga, aplikasi pembelajaran menggunakan internet bukanlah suatu yang asing bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Penggunaan internet dalam pembelajaran atau dikenali sebagai e-pembelajaran (E-Learning) telah lama diadaptasi terutama di institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, mempertingkatkan jalan masuk untuk ke pendidikan dan kursus, mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan meningkatkan keberkesanan pendidikan. Kebanyakan universiti menggunakan sistem E-Learning yang dibangunkan sendiri, menggunakan sistem terbuka (open Source) atau Learning Management System (LMS) yang berlesen. Ternyata setelah sekian lama diadaptasi dalam pendidikan tinggi, penggunaan sistem E- Learning begitu membantu di dalam sistem pendidikan kita. Malah pihak kerajaan telah mula menerapkan penggunaan sistem E-Learning ini kepada sistem pendidikan di sekolah seperti menggunakan aplikasi FROG pada program 1bestari.net. Memandangkan keberkesanan penggunaan E-Learning ini begitu baik dan meyakinkan, suatu usaha telah dilakukan untuk menerapkan konsep penggunaan E-Learning ini dalam sistem pendidikan Kolej Komuniti. Usaha ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar Kolej Komuniti terutama

Upload: cokek

Post on 18-Nov-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Laporan Inovasi Esmartlearning

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanDunia telah menerima perkembangan teknologi internet bermula era 1970-an. Teknologi internet telah berkembang dengan pesat dari hari ke hari. Dari era menggunakan mesin komputer , teknologi internet telah berubah dari komputer peribadi sehinggalah kepada peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan aksesori peribadi seperti jam tangan. Di dalam bidang pendidikan juga, aplikasi pembelajaran menggunakan internet bukanlah suatu yang asing bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Penggunaan internet dalam pembelajaran atau dikenali sebagai e-pembelajaran (E-Learning) telah lama diadaptasi terutama di institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, mempertingkatkan jalan masuk untuk ke pendidikan dan kursus, mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan meningkatkan keberkesanan pendidikan.Kebanyakan universiti menggunakan sistem E-Learning yang dibangunkan sendiri, menggunakan sistem terbuka (open Source) atau Learning Management System (LMS) yang berlesen. Ternyata setelah sekian lama diadaptasi dalam pendidikan tinggi, penggunaan sistem E-Learning begitu membantu di dalam sistem pendidikan kita. Malah pihak kerajaan telah mula menerapkan penggunaan sistem E-Learning ini kepada sistem pendidikan di sekolah seperti menggunakan aplikasi FROG pada program 1bestari.net.Memandangkan keberkesanan penggunaan E-Learning ini begitu baik dan meyakinkan, suatu usaha telah dilakukan untuk menerapkan konsep penggunaan E-Learning ini dalam sistem pendidikan Kolej Komuniti. Usaha ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar Kolej Komuniti terutama Kolej Komuniti Jempol di dalam bidang Sijil Komputer & Sokongan kepada sistem pembelajaran secara E-Learning secara asasnya. Selain itu, para belajar juga di dedahkan kepada perkongsian maklumat di atas talian secara kumpulan di samping dapat mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam bidang penggunaan internet.Akhir kata, selain dari perkara yang telah dibincangkan sebelum ini, implementasi E-Learning ini dengan kelebihan-kelebihan yang ada padanya dapat mempercepatkan lagi proses pembangunan modal insan yang sangat dituntut oleh pihak Kerajaan Malaysia kerana modal insan yang bestari ini akan berupaya menangani segala cabaran dalam merealisasikan Wawasan 2020 yang akan tiba nanti.

2.0 Pernyataan MasalahDi dalam pernyataan masalah ini, saya hanya mengambil kajian kes kepada situasi dan permasalahan yang berlaku di Kolej Komuniti Jempol sahaja. Berikut merupakan di antara permasalahan yang ada dan menyebabkan usaha inovasi ini dilakukan.2.1 Kos penggunaan alat bantu mengajarSaban tahun kos pembelian bahan untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) semakin meningkat. Ini tidak dapat dielakkan lagi kerana ia seiring dengan peningkatan kadar inflasi di Negara kita. Penggunaan kertas, dakwat pencetak dan mesin pencetak yang amat kerap di dalam PdP sebenar menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan. Aktiviti penilaian PdP seperti kuiz, ujian, peperiksaan akhir sememangnya memerlukan kita menggunakan peralatan seperti yang diterangkan sebelum ini.2.2 Kekurangan sumber perkongsian matlumatMaklumat merupakan salah satu elemen terpenting dalam proses penyampaian ilmu. Namun keterbatasan waktu dan ruang sebenarnya menghalang dari sumber dapat dicapai atau diberikan dengan mudah. Kekurangan platform untuk perkongsian matlumat merupakan antara faktor lain membawa kepada masalah ini. Jika pengajar dan pelajar mempunyai satu platform yang boleh dijadikan sumber untuk berbincang, berkongsi matlumat dan melakukan penilaian, maka proses PdP menjadi lebih berkesan dan mudah.2.3 Penyebaran virus dan cecacing melalui Pendrive atau thumb drivePendrive atau thumb drive merupakan salah satu peranti yang digunakan untuk menyimpan atau memindahkan data. Oleh kerana harganya yang murah dan mudah untuk dibawa kemana-mana, ia menjadi pilihan utama pelajar. Namun ianya mempunyai keburukan iaitu pendrive menjadi penyebar program jahat seperti virus atau cecacing. Virus dan cecacing seperti yang kita ketahui sememangnya akan membawa masalah besar kepada kita dan sistem komputer.2.4 Penggunaan komputer dan internet yang tidak dioptimumkanKomputer dan internet seperti tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian kita kini. Seperti di Kolej Komuniti, sememangnya telah disediakan beberapa makmal komputer lengkap dengan penyambungan rangkaian internet. Penggunaan internet di kolej selalunya tertumpu kepada pencarian maklumat dan digunakan untuk aplikasi media sosial sahaja. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika kita menambah sedikit elemen di dalam penggunaan internet seperti E-Learning atau forum berbentuk pembelajaran.

3.0 Ciri-ciri InovasiSebelum proses membangunkan aplikasi E-SmartLeaning ini , beberapa faktor telah diambil kira hasil dari pemerhatian yang telah dijalankan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sedia ada bagi menetapkan ciri-ciri yang perlu ada di dalam aplikasi ini. Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi E-smart learning:i. Direka bentuk mengikut keperluan pelajar dan memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran.ii. Pembelajaran berlaku mengikut kadar kendiri pelajariii. Pembelajaran mengikut kehendak dan keperluan pelajar dalam bentuk arah kendiri. iv. Boleh dicapai di mana-mana tempat yang mempunyai akses internet.v. Boleh dicapai oleh lebih ramai pelajar dalam masa yang sama.

Selain itu, kami juga telah mengenalpasti komponen-komponen yang terlibat di dalam penggunaan E-smart learning ini. Komponen-komponen tersebut adalah:i. Infrasturktur / perkakakasan Makmal komputer, talian rangkaian dan internet, komputer desktop / ribaii. Perisian serta aplikasi e-pembelajaraniii. Bahan kandungan pembelajaran secara elektronike-modul, video dan audio, nota kuliah secara elektronikiv. Kaedah komunikasie-mail, forum, chat, email group, chat groupv. Polisi dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap / amalan pengguna

4.0 Cara Operasi dan Pengendalian4.1 Kaedah Pengoperasian sistem E-SmartLearning4.1.1 Pengunaan sistem di atas talian On-lineDi dalam perlaksaan sistem E-Learning ini, perkara yang paling mustahak yang perlu ada pada setiap peringkat (admin,pensyarah,pelajar) ialah kebolehan untuk On-line. Ini kerana setiap operasi di dalam e-learning ini memerlukan pengguna sentiasa berada di atas talian.4.1.2 Perkakasan / peranti berinternetPeranti seperti komputer desktop, komputer riba dan tablet juga diperlukan bagi menjalankan sistem. Ini kerana pengguna perlu memasukkan input atau melakukan operasi muat turun daripada sistem.4.1.3 Domain untuk meletakkan sistemDomain Name Server (DNS) merupakan salah satu elemen penting dalam sistem E-Learning. Kegunaan DNS adalah untuk meletakkan alamat E-Learning dan sekaligus menjadi pengkalan data bagi sistem. Di dalam sistem ini kami menggunakan domain www.amirzainal.com/elearn sebagai domain.4.2 Pengendalian sistem E-SmartLearningDi dalam sistem SmartLearning ini, terdapat tiga peringkat pengguna yang boleh mengendali sistem. Tiga peringkat tersebut merupakan Administrator (pentadbir), Pengajar dan Pelajar.4.2.1 AdministratorAdministrator merupakan seseorang yang dilantik sebagai pengurus atau pentadbir bagi sistem. Tugas tugas pentadbir ialah seperti berikut:-a) Menambah pengguna seperti pentadbir bahagian, pengajar, pelajar dan pelawat.b) Mereka bentuk antara muka sistem E-Learning.c) Melakukan selenggaraan pada sistem.d) Membuang atau mengolah pengguna.e) Menjaga keselamatan sistem.

4.2.2 PengajarPengajar merupakan salah satu pengguna yang menjalankan dan mentadbir sistem. Tetapi kuasanya lebih terhad berbanding Administrator. Di antara tugas pengajar ialah :-a) Mencipta modul baharu yang akan diajar.b) Menambah pelajar di dalam modul yang di ajar.c) Membuat soalan kuiz atau ujian online.d) Membuat pengumuman atau berbual secara online.e) Memuat naik sumber atau fail untuk perkongsian.

4.2.3 Pelajar

Pelajar merupakan pengguna yang paling ramai di dalam sistem. Kuasa pelajar adalah lebih terhad daripada pengajar. Di antara tugas pengajar adalah:-a) Melakukan kuiz atau ujian online.b) Memuat turun fail yang dikongsikan pengajar.c) Menggunakan khidmat sembang online.d) Menggunakan khidmat forum online.

5.0 Gambarajah Inovasi/konseptual5.1 Alamat dan antara muka sistemSetiap pengguna yang hendak menggunakan sistem ini harus meletakkan www.amirzainal.com/elearn pada address bar browser internet.

Gambarajah 1: Address bar yang telah diisi dengan alamat e-learning

Kemudian paparan muka hadapan sistem akan di paparkan seperti di bawah

Gambarajah 2: Antara muka hadapan SmartLearning5.2 Paparan antaramuka Administrator

Gambarajah 3:Administrator diberi hak untuk menambah pengguna5.3 Paparan antaramuka bagi pengajar

Gambarajah 4: Pengajar boleh mencipta kursus baharu5.4 Paparan antaramuka untuk pelajar

Gambarah 5: Antaramuka bagi kursus untuk pelajar5.5 Contoh antaramuka penilaian melalu online

Gambarajah 6: Pelajar boleh melakukan kuiz secara on-line5.6 Perkongsian fail secara online

Gambarajah 7: Perkongsian fail di dalam kursus5.7 Paparan perbualan chat online

Gambarajah 8: Pelajar boleh berbual chating apabila On-line

5.8 Templat untuk membuat soalan penilaian

Gambarajah 8: Pengajar mencipta soalan penilaian secara on-line

6.0 Impak Inovasi6.1 Perlaksanaan sistem E-SmartLearning di Kolej Komuniti JempolSetelah sistem telah dipasang pada DNS, E-SmartLearning telah diimplementasi pada kelas Sijil Modular Kebangsaan Rangkaian Komputer (Pembangunan Server) di Kolej Komuniti Jempol Negeri Sembilan pada 14 Ogos 2013. Setelah itu penggunaan SmartLearning telah diimplementasi pada Program Sijil Sistem & Sokongan iaitu pada kursus Baikpulih dan Senggaraan Sistem Komputer dan Sistem Komputer. Sehingga kini SmartLearning masih digunapakai untuk tujuan PdP untuk kedua-dua subjek.Perlaksaan untuk peringkat tahun pertama saya hanya menumpukan penggunaan SmartLearning untuk tujuan:-a) Kuiz secara Onlineb) Perkongsian fail (nota,tugasan dan amali)c) Pengumumand) Chat Online

Gambarajah 9:Para pelajar sedang di beri latihan penggunaan SmartLearning

Gambarajah 10: Pelajar sedang menjawab Kuiz secara Online di E-SmartLearning

6.2 Impak inovasi kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)Sepanjang setahun penggunaan sistem SmartLearning ini, saya sebagai tenaga pengajar merasakan penggunaan sistem ini telah menyelesaikan beberapa masalah di dalam PdP iaitu:-a) Pengurangan penggunaan kertas.Jika sebelum ini untuk melakukan penilaian seperti kuiz atau ujian, kertas yang siap bercetak diperlukan untuk menjalankan proses penilaian. Namun setelah menggunakan SmartLearning masalah untuk menyediakan kertas bukan lagi suatu masalah. Malah pelajar juga boleh mendapatkan nota secara memuat turunnya dari E-SmartLearning.b) Menjimatkan masaSelain menjimatkan penggunaan kertas, SmartLearning begitu membantu dalam aspek penjimatan masa. Sebagai contoh para pelajar boleh melakukan kuiz secara online pada waktu selepas kelas. Ini dapat menjimatkan masa di dalam PdP dan pengajar dapat menggunaan waktu tersebut untuk aktiviti lain.c) Mengurangkan masalah virus pada komputerPerkongsian perkakasan storan seperti pen-drive sememangnya banyak mengundang masalah. Masalah yang seringkali berlaku adalah penyebaran virus pada komputer di makmal komputer. Jika sumber seperti nota dan tugasan hanya perlu dimuat turun dari SmartLearning maka risiko penyebaran virus pada komputer dapat dikurangkan.d) Pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan mengujakanPenggunaan SmartLearning sememangnya menjadikan proses PdP lebih menyeronokkan. Dengan menggunakan pendekatan pembelajaran di atas talian, ianya pasti mengujakan para pelajar kerana sebelum ini pelajar tidak pernah didedahkan dengan teknik PdP ini.

7.0 Cadangan penambahbaikan7.1 Menjadi one stop centre untuk kursusBuat masa ini, penggunaan E-SmartLearning hanya digunakan untuk penilaian seperti kuiz, perkongsian fail dan chating on line. Penggunaan yang lebih meluas seperti merekod kehadiran, merekod markah dan melakukan penilaian akhir. Ini sememangnya akan memberi impak yang besar kepada pembelajaran di Kolej Komuniti.7.2 Antaramuka lebih menarik dan mesra penggunaKekurangan masa dan skill dalam bidang pengurusan sistem laman web menyebabkan rekabentuk untuk SmartLearning tidak begitu menarik dan kurang mesra pengguna. Diharap pada masa hadapan antaramuka SmartLearning dapat dinaiktaraf dan lebih mesra pengguna.