laporan reflektif big

9
MUHAMMAD SHAFIK BIN SAMSUDIN T1MT LAPORAN REFLEKTIF Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada penuntut PISMP Tahun 1 Matematik IPG Kampus Pulau Pinang telah membuat satu khidmat masyarakat yang bertempat di Rumah Anak Yatim Perempuan di Pulau Pinang. Kumpulan perserta ini terdiri daripada gabungan dua buah kelas iaitu kelas Matematik dan juga kelas Tesl. Khidmat masyarakat ini diadakan pada 9 Mac bersamaan dengan hari Ahad. Aktiviti ini dijalankan di rumah anak yatim tersebut bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 1 tengahari. Aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihkan kawasan asrama, menyediakan permainan dan berbual mesra bersama penghuni asrama tersebut. Ceramah Bina Insan Guru diadakan bagi memberi informasi kepada para pelajar tentang nilai-nilai estetika. Para peserta telah memberikan kerjasama dan komitmen yang padu pada setiap aktiviti. Saya juga ingin berterima kasih kepada ahli jawatankuasa dan juga para pensyarah kerana telah bersama-sama menjalankan aktiviti ini dengan sempurna dan berjalan lancar. KELEBIHAN Dapat bekerjasama dengan rakan seperjuangan Saya amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan rakan seperjuangan saya. Ahli kumpulan saya terdiri daripada semua kaum

Upload: isma-daniel

Post on 18-Nov-2015

840 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

MUHAMMAD SHAFIK BIN SAMSUDINT1MTLAPORAN REFLEKTIFSeramai 30 orang peserta yang terdiri daripada penuntut PISMP Tahun 1 Matematik IPG Kampus Pulau Pinang telah membuat satu khidmat masyarakat yang bertempat di Rumah Anak Yatim Perempuan di Pulau Pinang. Kumpulan perserta ini terdiri daripada gabungan dua buah kelas iaitu kelas Matematik dan juga kelas Tesl. Khidmat masyarakat ini diadakan pada 9 Mac bersamaan dengan hari Ahad. Aktiviti ini dijalankan di rumah anak yatim tersebut bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 1 tengahari. Aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihkan kawasan asrama, menyediakan permainan dan berbual mesra bersama penghuni asrama tersebut. Ceramah Bina Insan Guru diadakan bagi memberi informasi kepada para pelajar tentang nilai-nilai estetika. Para peserta telah memberikan kerjasama dan komitmen yang padu pada setiap aktiviti. Saya juga ingin berterima kasih kepada ahli jawatankuasa dan juga para pensyarah kerana telah bersama-sama menjalankan aktiviti ini dengan sempurna dan berjalan lancar.KELEBIHANDapat bekerjasama dengan rakan seperjuanganSaya amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan rakan seperjuangan saya. Ahli kumpulan saya terdiri daripada semua kaum iaitu Melayu, dan India. Namun aktiviti yang disediakan dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang yang berbeza antara satu sama lain. Antara aktiviti yang memupuk semangat kerjasama ialah membuat mural dan membuat taman matematik dan sekitarnya. Saya amat suka kepada aktiviti ini. Hal ini kerana walaupun kami datang daripadapelbagai jenis latarbelakangdan kreativiti masing, namun ianya tetap berjhasil dan dapat menghasilkan taman matematik yang menarik dan lukisan mural yang menarik perhatian.Berkenalan dan Mengeratkan silaturahimAktiviti yang telah disediakan telah banyak memberi kesan kepada setiap ahli kelas. Aktiviti gotong royong memberikan pengalam baharu kepada saya iatu kami bekerjasama dalam menyiapkan taman matematik dan membuat mural. Sepanjang aktiviti berlangsung, kami dihidangkan dengan pelbagai lawak jenaka dan membuatkan kami tidak kering gusi dan tidak merasa penat. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah pengiring kerana sudi memberi idea tatkala kami sudah buntu akal fikiran disebabkan faktor cuaca. Selain itu, kami dapat mengeratkan silaturahim sesame pensyarah pengiring. Hal ini kami jarang berjumpa dan masa yang diperuntukkna untuk sesi mentoring di maktab tidak mencukupi. Justeru kami menggunakan waktu yang ada untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan pensyarah iaitu mentor kepada kami. Pensyarah pengiring Encik Faizul juga amat memberikan kerjasama dan memberikan idea dan kontigensi plan tatkala masa yang diperuntukkan hampir tamat. Idea yang diberikan telah membantu kami menyiapkan taman matematik demgan sempurna. Selain itu, kami juga dapat berkenalan dengan warga sekolah dengan lebih rapat. Sebagai contoh, Guru besar Sekolah Felda Lawin Selatan telah berkongsipengalam dan nasihat untuk kami aplikasikan ketika belajar dan menjadi guru kelak. Walaubagaimanapun, hubungan dengan keluarga angkat tidak boleh dilupakan. Pada mulanya, ia memberikan rasa kekok pada pertemuan pertama kami, namun ianya dapat diatasi telah saya dapat menerima suasana tersebut dan keluarga angkat juga bersabar dan bersedia untuk menerima saya sebagai anak angkat.

Dapat menimba pengalaman baharu.Aktiviti yang disediakan banyak memberi saya pengalaman yang baharu. Hal ini kerana saya berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti masyarakat felda dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, keluarga angkat juga telah membawa saya meneroka seluruh kawasan felda. Hal ini memberikan saya rasa yang tenang dari kesibukan kota Pulau Pinang. Tambahan itu, saya juga menimba pengalaman baharu dalam mebuat taman matematik iaitu cara untuk mengekalkan warna cat pada dadu yang saya reka. Nasihat yang diberikan rakan saya iaitu Mohamad Safwan telah membantu saya untuk membaik pulih dadu yang saya cipta. Dapat infomasi yang lebih terkini dan suntikan semangatPada hari penutupan, saya telah mendapat nasihat dan informasi yang berguna daripada para tetamu. Di samping mereka memberikan nasihat, mereka juga memberikan informasi yang terkini mengenai sistem pendidikan. Tambahan mereka juga telah menyuntik semangat kami untuk menjadi guru yang dapat mendidik anak bangsa dengan berjaya kelak.

KELEMAHANPengeleloaan yang kurang memuaskanDalam program Bina Insan Guru pada kali ini, pengelolaan program kurang memuaskan. Hal ini keran aterdapat banyak perselisihan faham. Antaranya semasa program bersama tahun 5. Secara kasar, rakan sekelas akan bertugas mengikut apa yang telah dirancang sebelum bertolak ke Felda Lawin Selatan. Namun, apa yang mengecewakan di sini adalah, terdapat ahli jawatankuasa yang telah menukar plan asal dan membuatkan rakan yang lain tidak dapat informasi yang terkini berkenaan dengan program tersebut. Saya yan ditugaskan untuk menjadi fasilitatior pada program itu telah diberikan tugas yang sepatutnya kepada orang lain. Namun saya tidak curi tulang. Saya telah mengadakan sesi regangan bersama pelajar tahun 5 selepas mereka menjawab soalan bagi melepaskan bebanan yang dihadapi ketika menjawab soalan. Yang kedua adalah pengelolaan Malam Kebudayaan bersama penduduk Felda Lawin Selatan kurang memberangsangkan. Hal ini kerana kami tidak menepati jadual dan masa yang ditetapkan. Malam Kebudayaan telah bermula lewat seperti yang telah dirancang.PELUANGDapat merasai kehidupan didesaProgram pada kali ini memberikan pengalam yang berbeza iaitu merasai sendiri kehidupan dikampung dan merasai pelbagai hidangan juadah yang disediakan oleh orang kampung. Masakan mereka ternyata berbeza kerana menggunakan resepi sejak turun temurun. Saya juga telah mencuba sendiri makanan yang sukar dijumpai dibandar iaitu cempedak goreng. Hal ini kerana saya dilahirkan dibandar dan sukar untuk mendapatkan makanan seperti yang terdapat dikampung. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mendekati dan mencurahkan ilmu yang ada kepada murid Sekolah Felda Lawin Selatan. Hal ini kerana inilah kali pertama saya menghadrikan diri ke sekolah kurang murid. Ternyata suasana yang dirasai amat berbeza dengan sebelum ini kerana saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di bandar. Hal ini memberikan saya peluang untuk mendekati masyarakat desa di samping melihat sendiri cara mereka menjalani kehidupan seharian.

Dapat mengeratkan silaturahim dan mengenali antara satu sama lainAktiviti gotong royong bersama masyarakat kampung telah mengeratkan hubungan silaturahim walalupun kami hanya menginap di sana selama tiga hari. Walalupun singkat tetapi hubungan silaturahim tetap terjalin. ANCAMANBagi saya, faktor cuaca adalah ancaman pada program Bina Insan Guru pada kali ini. Hal ini kerana faktor cuaca yang mendung dan hujan telah membantutkan aktiviti kami seperti melukis mural dan juga membina taman matematik. Namun begitu, kami bersyukur kerana cuaca pada hari itu telah memberikan udara yang nyaman dan sejuk serta ianya memberikan ketenangan kepada kami.

PENAMBAHBAIKANApa yang dapat disimpulkan disini ialah kesemua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan dan perkara yang tidak diingini berlaku. Penambahbaikan yang ingin dicadangkan adalah rakan seperjuangan mesti mematuhi arahan ketua. Di samping itu, setiap rakan sekelas perlu mematuhi waktu yang ditetapkan. Hal ini supaya perkara yang telah terjadi tidak berlaku lagi kerana kita adalah sebagai guru harus menepati waktu agar ianya dapat diaplikasikan ketika menjadi guru kelak.

REFLEKSISaya telah menyertai Program Bina Insan Guru di Felda Lawin Selatan. Program kali ini memberikan pengalaman yang bereza kerana kami perlu masuk kepedalaman untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat di sekolah.. Saya berasa seronok kerana telah menghadirkan diri bersama rakan-rakan dalam program khidmat masyarakat ini. Terdapat banyak kenangan dan memori yang terpahat dalam minda dan sukar untuk dilupakan. Kenanganlah merupakan perkara yang sangat penting.Saya juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang telah disediakan. Saya juga telah banyak memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Saya juga telah banyak menimba pengalaman dari segi memasang khemah. Hal ini kerana saya amat kurang memahami cara untuk memasang khemah dengan kukuh dan betul. Saya juga memperoleh pengetahuan ini daripada rakan saya yang telah pergi ke kem pengakap. Ilmu yang telah dikongsikan oleh mereka dapat saya aplikasikan ketika mengelola aktiviti perkhemahan kelak. Program kali ini juga melibatkan program anak angkat di mana ianya melibatkan penduduk kampung untuk mengambil anak angkat daripada kalangan rakan sekelas. Apa yang saya perhatikan mereka tidak takut dan bermurah hati untuk menerima kami. Layanan yang telah diberikan kepada kami akan kami kenang sampai bila-bila. Pada mulanya saya agak sedih kerana keluarga angkat saya tidak hadir pada hari itu. kemudian, terdapat seorang mak cik yang ingin mengambil saya menjadi anak angkat. Mak cik tersebut telah membawa saya pulang kerumah dan saya memanggilnya mak. Layanan yang diberikan tidak putus-putus. Hampir setiap masa ibu angkat saya telah datang ke sekolah untuk melihat aktiviti yang dilakukan. Saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana dikurniakan keluarga angkat seperti ibu angkat saya. Adik angkat saya juga telah membawa saya ke salah satu tempat pelancongan iaitu Lata Lawin. Lata Lawin merupakan sungai yang menjadi tempat perkhemahan. Air sungai yang mengalir begitu sejuk dan saya berasa gembira kerana dapat mandi bersama adik angkat dan juga rakan-rakan yang lain serta masyarakat kampung.Sebelum pulang, ibu angkat telah memberikan buah tangan kepada saya sebagai tanda ingatan. Saya juga berhasrat untuk melawat mereka pada suatu hari nanti. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pengiring dan juga semua ahli jawatankuasayang telah bertungkus lumus untuk menjadikan program ini berjaya dan berjalan lancar. Saya telah banyak menimba pengalaman yang berharga. Saya berasa sayu untuk meninggalkan Felda LAwin Selatan kerana terdapat banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan.