laporan penuh kajian hbef2303

22
1.0 PENGHARGAAN Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan ini . Tugasan kerja kursus ini telah banyak membantu saya menjadi lebih berilmu pengetahuan dan berfikiran matang. Hal ini kerana sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang guru. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya dan semestinya sangat saya syukuri dan hargai kerana diberikan peluang untuk melalui pengalaman berharga ini. Pengalaman dan pengetahuan yang mendewasakan ini sepatutnya dilalui oleh semua individu. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan melahirkan rasa penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, LETAK NAMA DISINI kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan moral dan sumbangan idea serta tenaga bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. 1

Upload: cikgu-alixius-lasius

Post on 21-Jul-2016

164 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Hbef 2303 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

1.0 PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan

tugasan bagi subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan ini . Tugasan kerja kursus ini telah

banyak membantu saya menjadi lebih berilmu pengetahuan dan berfikiran matang. Hal ini

kerana sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai

pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya

sebagai seorang guru. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini

mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya dan semestinya sangat saya syukuri

dan hargai kerana diberikan peluang untuk melalui pengalaman berharga ini. Pengalaman dan

pengetahuan yang mendewasakan ini sepatutnya dilalui oleh semua individu.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan melahirkan rasa

penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya

kepada pensyarah saya iaitu, LETAK NAMA DISINI kerana beliau telah banyak memberikan

tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya

dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dan

rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan moral dan sumbangan idea serta tenaga bagi

merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir sekali ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang

telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan

sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

1

Page 2: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

2.0 PENGENALAN

Pembangunan dan pembudayaan ICT dalam kalangan rakyat Malaysia telah menjadi satu

aspirasi kerajaan yang perlu didokong dengan perancangan dan pelaksanaan yang telus dan

sistematik agar kesannya dapat dirasai oleh segenap pelusuk masyarakat dan memberikan kesan

kepada kehidupan mereka kelak.

Penubuhan Koridor Raya Multimedia yang mempunyai tujuh aplikasi perdana yang

mempunyai kaitan aktiviti berkaitan ICT dalam pelbagai sector sedikit sebanyak membantu

dalam usaha membangunkan dan membudayakan ICT dalam sistem kehidupan masyarakat serta

pengajaran dan pendidikan khususnya. Salah satu aplikasi tersebut adalah Sekolah Bestari yang

pelaksanaannya menekankan penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi dan pengurusan

sekolah (PIPP, EPRD 2006).

Dalam tugasan ini akan diperjelaskan dengan lebih lanjut tentang pembudayaan

Teknologi Maklumat iaitu dalam bidang pendidikan yang dikenali sebagai Pengajaran dan

Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK).

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) adalah satu pendekatan

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang mendorong pelajar menanam sifat berdikari

sewaktu mereka mempelajari dan meneroka sesuatu bidang ilmu. Perkara ini selaras dengan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar.

Tugasan ini juga akan membincangkan satu aplikasi Android yang dipilih untuk

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang dijalankan dalam

kelas. Aplikasi Android yang dipilih ini akan dikaji dan dianalisis dari aspek kandungan dan

aspek teknikal untuk melihat sejauh mana aplikasi ini sesuai untuk digunakan dalam kelas.

Pandangan dan pendapat guru yang berkaitan dengan subjek yang diajar menggunakan aplikasi

ini akan diselidiki melalui boring penilaian sumatif yang menggunakan boring soal selidik.

Seterusnya laporan dan analisis dapatan kajian soal selidik ini akan dipersembahkan

menggunakan Microsoft Word dan Microsoft excel.

Semoga dapatan kajian dalam tugasan ini membantu para guru untuk melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan tepat dan berkesan.

2

Page 3: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

3.0 PENGENALAN KEPADA ANDROID

3.1 Apa itu Android

Android adalah sistem operasi open-source yang direka untuk digunakan pada telefon

bimbit, e-readers, komputer tablet, dan peranti mudah alih yang lain. Android tersedia dalam

hampir semua telefon pintar pada hari ini. Android menyediakan akses mudah kepada laman

rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, dan YouTube dan diintegrasi dengan produk-produk

Google seperti Gmail, Google Maps, dan Google Calendar. Android telah diguna pakai oleh

beberapa pengeluar telefon mudah alih yang lain seperti, Motorola, Samsung, HTC, dan Sony

Ericsson.

3.2 Pembangunan Android

Sebagai platform mudah alih, Android telah berkembang popular di kalangan pengeluar

perkakasan pengguna telefon pintar. Model pasaran terbukanya membolehkan perisian berdaftar

membangunkan aplikasi untuk peranti mudah alih Android di Java dan menyenaraikannya dalam

pasaran Android tanpa melalui kajian dan menunggu kelulusan. Pengguna boleh memuat turun

banyak aplikasi android dari telefon pintar dalam perkhidmatan Google yang sedia ada.

Fleksibel dan sesuai dengan pelbagai kegunaan, kemudahan Android dalam menyokong antara

muka berasaskan skrin juga telah menjadikan ia OS (operating system) pilihan ramai.

3.3 Kebaikan Android

Sebagai OS mudah alih percuma, Android telah dipilih oleh banyak pengeluar

perkakasan elektronik untuk beroperasi di pelbagai peranti, telefon bimbit termasuklah, tablet, e-

readers, netbook, dan lain-lain lagi. Telefon berasaskan Android boleh didapati dari semua

pembekal selular utama di pasaran AS, bermakna bahawa kebanyakan pelajar boleh memilih

telefon yang menggunakan Android dari penjual, rakan-rakan atau keluarga mereka.

Oleh yang demikian, Android menjadikan telefon pintar dan tablet pilihan utama oleh pelajar dan

fakulti untuk menjadi bahan bantu dalam pengajaran terutamanya pada mata pelajaran kritikal

seperti kimia, biologi dan fizik.

3

Page 4: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

Selain itu aplikasi android juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang membantu

penggunanya menumpukan perhatian kepada perkara yang dilakukannya. Sebagai contoh iaitu

iPhone, peranti Android boleh menarik lebih ramai pengguna berdasarkan kepada faedah dan

fungsi yang dibawakan oleh peranti Android. Telefon Android boleh ditetapkan untuk

mengenalpasti keadaan persekitaran dan mengubahsuai fungsinya secara automatik. Contohnya

apabila pengendali telefon dalam kereta, peranti yang menggunakan android ini bertindak balas

dengan membaca mesej teks diterima dengan kuat dan menerima input suara sahaja.

4.0 PENGENALAN APLIKASI MYSCRIPT CALCULATOR

MyScript calculator adalah salah satu aplikasi yang beroperasi dengan peranti yang

mempunyai Android. Aplikasi android ini hadir dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri menarik

yang menjadikannya salah satu pilihan yang bijak untuk digunakan sebagai bahan pengajaran

dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang berkesan.

MyScript calculator ialah kalkulator yang mempunyai pelbagai fungsi, mempunyai ciri-

ciri menarik dan seronok untuk digunakan. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk

menggunakan jari bagi menulis nombor dan pembolehubah pada skrin sesentuh dan

memberikan jawapan serta merta selepas menuliskan soalan. Pengiraan yang dilakukan adalah

dari operasi asas sehinggalah ke operasi yang lebih rumit dan ketepatan jawapan yang diberikan

bergantung kepada ketepatan tulisan tangan yang dilakukan pada skrin.

Aplikasi kalkulator ini membenarkan pelajar untuk terus mendapatkan jawapan bagi

soalan yang dituliskan. Jika dilihat dari satu sudut, ia tidak melatih murid untuk berfikir. Namun

apabila dilihat pada sudut yang berbeza, ia melatih murid untuk mengingat dan menguasai

penggunaan operasi atau simbol-simbol operasi yang tepat untuk menyelesaikan sesuatu

masalah.

Selain itu, MyScript boleh digunakan pada mana-mana peranti android. Oleh itu capaian

terhadap aplikasi ini mudah dan senang digunakan. MyScript Calculator juga membenarkan kita

untuk melakukan pengiraan matematik menggunakan jari jemari kita seperti menggunakan kertas

untuk pengiraan. Perisisan ini dibina khas untuk beroperasi pada peranti dengan Android.

4

Page 5: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

Aplikasi ini ringkas, mudah digunakan dan fleksibel. Kita cuma perlu menulis soalan

matematik pada skrin dan aplikasi MyScript Calculator ini akan menukarkan simbol serta

nombor yang dituliskan kepada jawapan serta merta. Aplikasi ini memberikan pengalaman dan

suasana yang sama seperti menggunakan kertas bagi membuat pengiraan.

4.1 Ciri-Ciri Dan Kekuatan

a. Boleh didapati pada semua telefon pintar. Mudah digunakan iaitu dengan menggunakan

jari untuk menggunakan kalkulator ini pada telefon android anda. Telefon pintar yang

menggunakan aplikasi android ini ialah, Samsung Galaxy phones, HTC, Motorola, Sony

Xperia, LG Optimus dan banyak lagi.

b. Boleh juga didapati pada tablet yang menggunakan system operasi Android seperti

Lenovo Thinkpad dan Asus Transformer.

c. Gunakan tulisan tangan anda untuk menulis formula matematik

Tulis dan lakukan pengiraan pada masalah matematik menggunakan sebarang cara dan

cara yang anda sukai tanpa menggunakan keyboard.

d. Simbol dan nombor yang ditulis boleh dipadam menggunakan jari dengan mudah.

e. Boleh melakukan pengiraan pada tablet atau telefon pintar secara menegak ( portrait )

ataupun melintang ( landskap).

f. Mempunyai butang navigasi redo dan undo untuk tulisan yang dilakukan pada skrin.

4.2 Operasi Yang Disokong

Operasi asas : +, -, x, ÷, +/‒, 1/x

Misc. Operations : %, √, x!, |x|

Kuasa : ℯx, xy , x2

Kurungan : ( )

Trigonometri : cos, sin, tan

Inverse trigonometry : acos, asin, atan

Logarithma : ln , log

Pembolehubah tetap : π, ℯ, Phi.

5

Page 6: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

4.3 Contoh Antara muka dan Fungsi MyScript Calculator

4.3.1 MyScript Calculator.

4.3.2 Tulisan tangan bertukar menjadi tulisan yang lebih standard dan jawapan diberikan

secara automatik.

4.3.3 Input untuk jenis dan bentuk soalan boleh dilakukan mengikut kehendak kita. Semua

jenis dan bentuk soalan matematik akan diberikan jawapan.

6

Page 7: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

4.3.4 Menerima dan memberikan jawapan kepada soalan yang paling ringkas kepada yang

paling rumit.

4.3.5 Mudah dioperasikan dan mempunyai unsur teknikal yang menarik dan membantu

seperti butang redo dan undo

7

Page 8: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

5.0 BUTIRAN KAJIAN

5.1 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian mengenai aplikasi Android yang dipilih

untuk digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK).

Berikut adalah persoalannya ;

i. Mengenalpasti dan memilih satu aplikasi android yang sesuai digunakan dalam

pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).

ii. Mendapatkan maklumbalas daripada guru terhadap kesesuaian aplikasi yang

dicadangkan untuk digunakan dalam PPBK dari aspek isi kandungan dan teknikal.

iii. Menentukan kesesuaian aplikasi Android yang dipilih untuk diaplikasikan dalam

PPBK yang dijalankan oleh guru.

5.2 Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat dan mendapatkan jawapan

kepada persoalan-persoalan yang ingin dijawab ialah kaedah soal selidik kepada responden

terpilih iaitu golongan guru subjek berkaitan iaitu yang mengajar subjek matematik. Instrumen

yang digunakan dalam kaedah ini ialah borang soal selidik .

Borang soal selidik ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A untuk penilaian dari aspek isi

kandungan dan bahagian B untuk aspek teknikal yang masing-masing membawa 7 dan 10 soalan

setiap bahagian.

Responden perlu menjawab borang soal selidik yang diberikan dengan membulatkan

nombor 1 hingga 4 mengikut tahap setuju berdasarkan item atau penyataan yang diberikan ; 1

Sangat Tidak Setuju, 2 Tidak Setuju, 3 Setuju dan 4 Sangat Setuju .

8

Page 9: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

6.0 BORANG PENILAIAAN SUMATIF

Saudara dan saudari yang dihormati, Saya ingin memohon jasa baik dan kerja sama daripada

pihak tuan/puan/cik supaya melengkapkan borang soal selidik ini berdasarkan pengetahuan,

pandangan dan pengalaman semasa mengendalikan aplikasi MyScript Calculator. Masa yang

diperlukan bagi melengkapkan soal selidik ini adalah lebih kurang 20 minit

1. Borang ini mengandungi bahagian (A) (B), mengandungi sejumlah tujuh belas (17) item

atau pernyataan. Tuan/puan/cik diminta menjawab kesemua item atau pernyataan

tersebut.

2. Sila bulatkan nombor-nombor yang diberikan di hujung setiap item soalan. Nombor-

nombor ini membawa maksud yang berikut: 1 Sangat Tidak Setuju, 2 Tidak Setuju, 3

Setuju dan 4 Sangat Setuju .

3. Jawapan-jawapan yang diberikan tiada yang dianggap betul atau salah. Oleh yang

demikian, jawablah dengan jujur dan iklas. Jawapan tuan/puan/cik adalah RAHSIA.

A. Kesesuaian penggunaan Aplikasi MyScript Calculator Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Berbantukan Komputer Untuk Subjek Matematik Berdasarkan

Aspek Isi Kandungan.

Bil Penyataan Skor

1 Isi kandungan dalam aplikasi ini adalah lengkap dan jelas. 1 2 3 4

2 Isi kandungan dalam aplikasi adalah mengikut sukatan

pelajaran.

1 2 3 4

3 Aplikasi yang digunakan memberikan maklumat yang tepat . 1 2 3 4

4 Isi kandungan disusun dengan teratur. 1 2 3 4

5 Bahasa penyampaian adalah mudah 1 2 3 4

6 Terjemahan istilah adalah tepat. 1 2 3 4

7 Isi kandungan jawapan diterjemahkan dalam bentuk yang

mudah difahami.

1 2 3 4

JUMLAH SKOR _________/ 28

9

Page 10: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

B. Kesesuaian penggunaan Aplikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer Untuk Subjek Matematik Berdasarkan Aspek Teknikal.

Bil Penyataan Skor

1 Arahan skrin mudah difahami. 1 2 3 4

2 Aplikasi yang digunakan mempunyai elemen multimedia

yang menarik.

1 2 3 4

3 Aplikasi ini menggunakan elemen hiasan yang mampu

menarik minat murid.

1 2 3 4

4 Penggunaan latar bunyi dapat menarik minat murid untuk

beralih ke pelajaran yang seterusnya.

1 2 3 4

5 Animasi/simulasi yang membantu proses P&P berjalan

dengan lancar

1 2 3 4

6 Objek yang digunakan adalah menarik 1 2 3 4

7 Saiz huruf dan nombor mudah dibaca 1 2 3 4

9 Lokasi ikon/butang interaktif dalam aplikasi ini

senang/sesuai dicapai.

1 2 3 4

10 Pengguna dapat mengawal masa pergerakan paparan

skrin.

1 2 3 4

JUMLAH SKOR ____________/40

10

Page 11: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

7.0 LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN SOAL SELIDIK .

Laporan ini dihasilkan berdasarkan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik yang

terdiri daripada 10 orang responden. Responden ini terdiri daripada guru matematik dan mereka

yang pernah mengajar kelas matematik.

Analisis ini dilakukan berdasarkan ketetapan yang berikut;

Aspek Penilaian Skor TIDAK mencadangkan

Aplikasi digunakan sebagai

bahan PPBK

Skor mencadangkan Aplikasi

digunakan sebagai bahan PPBK

Isi Kandungan 1 – 14 15 - 28

Teknikal 1 – 20 21 – 40

Keputusan Soal Selidik yang dicatatkan 10 orang responden.

Aspek Penilaian Mencadangkan/tidak mencadangkan Jumlah Responden Memilih

Isi Kandungan TIDAK mencadangkan Aplikasi digunakan

sebagai bahan PPBK

4 orang responden.

Mencadangkan Aplikasi digunakan sebagai

bahan PPBK

6 orang responden.

Teknikal TIDAK mencadangkan Aplikasi digunakan

sebagai bahan PPBK

3 orang responden.

Mencadangkan Aplikasi digunakan sebagai

bahan PPBK

7 orang responden.

Berdasarkan keputusan soal selidik seperti dalam jadual diatas yang dilakukan untuk

mendapatkan maklumbalas daripada guru terhadap kesesuaian aplikasi yang dicadangkan untuk

digunakan dalam PPBK dari aspek isi kandungan dan teknikal dalam subjek matematik, 6 orang

responden mencadangkan aplikasi Myscript Calculator digunakan sebagai bahan PPBK untuk

mengajar subjek matematik dari aspek isi kandungan iaitu dengan skor 15 hingga 28. Manakala

11

Page 12: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

bagi baki 4 orang responden pula, tidak mencadangkan aplikasi digunakan sebagai bahan PPBK

untuk mengajar subjek matematik untuk aspek isi kandungan iaitu dengan skor 1 hingga 14.

Untuk keputusan soal selidik dari aspek teknikal pula, 7 orang responden mencadangkan

Aplikasi Myscript Calculator digunakan sebagai bahan PPBK dalam subjek matematik iaitu

dengan skor 21- 40. Selebihnya iaitu, 3 orang responden pula tidak mencadangkan Aplikasi

Myscript Calculator digunakan sebagai bahan PBPK dalam subjek matematik iaitu dengan skor

1 – 20.

8.0 ANALISIS HASIL DAPATAN KAJIAN SOAL SELIDIK

Aspek Penilaian Jumlah responden tidak

mencadangkan Aplikasi

digunakan sebagai bahan PPBK

Jumlah responden mencadangkan

Aplikasi digunakan sebagai bahan

PPBK

Isi Kandungan 4 orang 6 orang

Teknikal 3 orang 7 orang

8.1 Analisis berdasarkan aspek isi kandungan dan teknikal menggunakan graf bar mudah

Isi Kandungan Teknikal012345678

Jumlah Responden Mencadangkan Aplikasi Dan Tidak Men-cadangkan Aplikasi Myscript Calculator Berdasarkan Aspek Isi

Kandungan Dan Teknikal.

Mencadangkan AplikasiTidak Mencadangkan Aplikasi

Aspek Penilaian

Jum

lah

Resp

onde

n ( o

rang

)

12

Page 13: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

8.2 Analisis berdasarkan aspek isi kandungan menggunakan carta pai.

60%

40%

Peratus Responden Mencadangkan dan Tidak Mencadangkan Ap-likasi Myscript Calculator Digunakan Untuk Bahan PPBK

Berdasarkan Aspek Isi Kandungan.

Mencadangkan AplikasiTidak Mencadangkan Aplikasi

8.3Analisis berdasarkan aspek isi kandungan menggunakan carta pai.

70%

30%

Peratus Responden Mencadangkan dan Tidak Mencadangkan Aplikasi Myscript Calculator Digunakan Untuk Bahan PPBK Berdasarkan Aspek

Teknikal.

Mencadangkan AplikasiTidak Mencadangkan Aplikasi

13

Page 14: Laporan Penuh Kajian Hbef2303

9.0 KESIMPULAN

Pembangunan dan kemajuan teknologi dewasa ini berlaku dengan sangat pantas tanpa

kita sedari. Guru-guru haruslah sentiasa menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran

baru agar tidak ketinggalan sentiasa kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Fenomena di mana guru ketinggalan daripada arus pemodenan tidak seharusnya berlaku kerana

guru adalah elemen pertama atau tempat bergantung kepada murid untuk menyampaikan

maklumat dan mendapatkan maklumat menerusi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di

sekolah. Oleh itu, para guru sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami

bidang teknologi ini. Sikap guru juga mestilah positif dan menerima teknologi ini sebagai satu

perubahan yang positif untuk kecemerlangan pelajar (Galigan, 1997).

Menurut Kulik dan Kulik (1991), kebanyakan pelajar mendapati berlakunya peningkatan

dari segi pencapaian dalam markah-markah peperiksaan dengan menggunakan pakej bantuan

komputer. Dalam ertikata lain ,pengintergrasian teknologi maklumat ini tidak boleh dipisahkan

dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan penyataan diatas guru-guru

terutamanya yang mengajar di sekolah rendah harus mengambil inisiatif untuk membuat kajian

terhadap perisian masa kini yang boleh digunakan untuk dijadikan bahan bantu mengajar dalam

pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan Komputer.

Salah satu bahan bantu mengajar yang dicadangkan dalam tugasan ini adalah aplikasi

android iaitu MyScript Calculator yang boleh membantu di dalam mewujudkan suasana

pembelajaran kondusif dan memudahkan pemahaman murid terhadap subjek matematik

khususnya. Berdasarkan kajian menggunakan kaedah soal selidik dengan instrumen borang soal

selidik, responden yang mengambil bahagian dalam soal selidik ini mencadangkan agar aplikasi

ini digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang

dijalankan dalam kelas berdasarkan kepada ciri dan kekuatan yang terdapat pada isi kandungan

dan teknikal aplikasi ini.

Menyedari akan kewujudan pelbagai aplikasi yang dibangunkan pada masa kini, guru-

guru seharusnya tidak terlalu bergantung kepada aplikasi yang disediakan oleh pihak sekolah

sebaliknya melakukan kajian untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka.

(2563 patah perkataan)

14