hbef2303 teknologi maklumat dlm pendidikan

21
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS Fakulti Pendidikan dan Bahasa HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN SOALAN b) dan a) JANUARY 2015 SEMESTER NAMA : M. JAMALUDDIN BIN MOHD. DAWI NO. MATRIKULASI : 730529015865001 NO. KAD PENGNEALAN : 730529015865 NO. TELEFON : 012 7181340 E-MEL : [email protected]

Upload: braderjay-md-dawi

Post on 04-Sep-2015

389 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

assignment teknologi maklumat

TRANSCRIPT

SENI DALAM PENDIDIKAN

HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

Fakulti Pendidikan dan BahasaHBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKANSOALAN b) dan a)JANUARY 2015 SEMESTER

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1.ABSTRAK

32.PENGENALAN

33.RASIONAL

5

4.MATLAMAT

5

5.OBJEKTIF

66.TEMA

6

7.TARIKH

6

8.SASARAN

6

9. TENTATIF DAN CADANGAN PROGRAM

7

10.CADANGAN PROGRAM

8

11CADANGAN PERKAKAS DAN BAJET

12

12.RUMUSAN

14

13.BIBLIOGRAFI

1514.SOALAN (a) INTERNET DAN ICT TIMELINE

16

KERTAS KERJA PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID TAHUN 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR TENGAH, MUAR1.0 ABSTRAK

Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT pada abad ini adalah semakin penting sejajar dengan perubahan zaman era ICT. Penggunaan ICT terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran ataupun pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) banyak memberi kemudahan dan kebaikan bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada pelanggan pendidikan iaitu para pelajar. Sepertimana menurut Thompson dan Jogensen (1989) yang menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) menyediakan situasi pembelajaran secara aktif serta dapat meningkatkan pengetahuan yang dialami, dibina, dimanipulasi, diuji dan diteroka oleh pelajar secara langsung. Pembelajaran aktif berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognitif mereka. Maka justeru itu, kertas kerja ini menumpukan usaha untuk menggunakan teknologi mudah alih dan ciri-ciri multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas. Dengan menggunakan e-pembelajaran ini maka boleh membawa kepada perubahan dan anjakan paradigma dalam pedagogi pengajaran dan seterusnya berpotensi untuk dijadikan wadah baru dalam bidang pendidikan konvesional di sekolah.2.0 PENGENALAN

Abd. Rahim (2005) menyebut bahawa globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion perguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke-21. Munurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecommunication dan networks) Sesuatu yang nyata(tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya perisian.Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat manusia. Proses pembelajaran juga berlaku di mana-mana tempat pada sebarang masa. Kamus Dewan pula mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperolehilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Hjetland (1995) menyatakan teknologi boleh membuatkan kehidupan kita lebih mudah. Tugasan dan rutin harian akan dipermudahkan. Beliau juga menyatakan bahawa teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran.

Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisa data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional dengan menyogok nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru serta diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Jensen (1996) manyatakan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) lebih baik, daripada pelajar yang tidak menggunakan perisianpengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Menurut Hinich (1993) pula beliau menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik serta menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik. Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga berupaya berinteraksi secara terus dengan pengguna. Kelebihan ini akan membolehkan guru mempunyai masa lebih untuk memberikan pemulihan kepada pelajar-pelajar tertentu serta menanam minat pengguna untuk belajar Sebagai contoh perisian Microsoft PowerPoint dan Adobe Photoshop mampu menjana idea dan kreativiti pengajar dan pelajar.

Guru juga perlu membangunkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang memberikan impak kepada para pelajar dan proses pengajaran pembelajaran itu sendiri. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah dapat menyampaikan maklumat, mesra pengguna sepertimana yang disebut oleh Beattie dan Perason (1990) iaitu perisian yang mesra pengguna ialah perisian yang membolehkan pengguna mengawal perisian secara individu, tanpa bantuan fasilitator. Menurut Chua (2002), ciri-ciri mesra pengguna yang lain termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh pengguna dan arahan-arahan yang jelas serta ringkas. Ia juga mempunyai butang arahan yang tetap, teratur dan piawai bagi memudahkan pengguna.3.0 RASIONALUntuk memudahkan aktiviti pengaksesan internet di samping mempelbagaikan P&P guru di peringkat sekolah, maka unit ICT juga berhasrat untuk memenuhi seruan Inovasi pihak sekolah. Jadi beberapa tindakan telah dirancang sempena dengan seruan INOVASI ini. Diharap apa yang kami rancang mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru, pihak pentadbir dan PIBG sekolah.Inovasi ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya kalangan. guru dan pelajar SK Pt. Bakar Tengah, Muar.4.0 MATLAMAT

4.1 Melahirkan guru-guru yang lebih inovasi.

4.2 Murid boleh melayari laman web interaktif terutamanya bagi subjek Bahasa Malaysia.

4.3 Guru-guru lebih berani menggunakan cara P&P yang sesuai dengan duniaICT.

4.4 Warga sekolah lebih senang mengakses internet dengan wireless dipasang ke setiap

pelusuk sekolah kelak.

4.5 Pelajar-pelajar lebih berminat datang ke sekolah.

4.6 Membantu pelajar yang kurang mampu/miskin untuk mengakses internet percuma.

4.7 Dapat menikmati dunia internet tanpa bayaran.

4.8 Memetik bahan-bahan yang disediakan oleh guru dalam blog melalui internet.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Meluaskan pengalaman ICT di kalangan guru dan pelajar.

5.2 Membina keyakinan diri berinteraksi dengan komputer.

5.3 Memperdekatkan guru terutama sekali pelajar dengan dunia ICT

5.4 Melahirkan guru yang elit dengan blog dan laman web.

5.5 Mencungkil bakat ICT pelajar yang terpendam.6.0 TEMA"INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENUJU KE ABAD KE-21"

7.0 TARIKHSepanjang tahun 2015

8.0 SASARAN7.1 49 orang pelajar Tahun 6 Pintar dan 6 Cerdas.

7.2 6 orang guru subjek teras Tahun 6

9.0 TENTATIF DAN CADANGAN PROGRAMSebelum menjelaskan berkaitan cadangan program dan tentatif guru-guru hendaklah mempunyai pengetahuan terlebih dahulu berkaitan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer ini (PPBK) antaranya:

9.1 Pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah diprogramkan oleh guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi. Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya mengandungi:

Kemahiran Permainan dan simulasi Analisis statistik Mendapatkan maklumat9.3 Pengajaran Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:

1. Tutorial2. Latihtubi dan latihan/ujian3. Simulasi4. Permainan5. Tunjuk cara

9.4 Dengan ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya dalam menghasilkan BBM. Sebelum kita melihat lebih jauh lagi contoh- contoh BBM yang boleh dihasilkan, terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan penggunaan lembaran kerja kepada seseorang guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:1. Penjimatan masa2. Pemaparan maklumat lebih menarik3. Pemupukan budaya berfikir4. Agen motivasi10.0 CADANGAN PROGRAM

10.1 Melayari dan mengkses laman sesawang ZOOM A dengan bayaran murah setahun RM20.00 sahaja.

10.2 Murid membuat penerokaan dan membuat latihan kendiri melalui blog-blog secara

percuma samada di sekolah ataupun di rumah.

10.3 Pemasangan internet secara wireless merangkumi seluruh kawasansekolahdengan

pemasangan router tanpa wayar agar warga sekolah boleh mengkases internet secara

percuma di kawasan sekitar sekolah.Dengan adanya kemudahan ini maka semakin

mudahlah para pelajar dan guru menggunakan peranti tanpa wayar seperti komputer

peribadi dan tablet untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer dan ICT.

Dengan adanya router tanpa wayar ini maka segala kemudahan komunikasi seperti muzik, gambar, email, kemudahan berchatting, perkongsian data dapat dilakukan dengan lebih lancar bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT.

11.0 CADANGAN PERKAKASAN DAN BAJETNYA.

Bil.NAMA ALATANGGARAN HARGA (RM)

1.SERVER

1200 - 3500

Dari lelong.com

Bil.NAMA ALATANGGARAN HARGA (RM)

2.KABEL NETWORKING (LAN)

30 METER RM 60.00 x 3 = RM180.00Dari lelong.com

3. ROUTER WIRELESS

Sebuah RM 65.00 x 6 =RM 390

4.LCD PROJEKTOR

Sebuah RM 800.00 - RM 1500

5.

PENCETAK 3 DALAM 1

Model Canon MG3170 3-in-1 WiFi Colour Printer with CISSRM 310.00

12.0 RUMUSAN

Komputer memainkan peranan penting dalam membangunkan perisian PPBK. Ciri interaktif yang ada pada sesebuah komputer berpotensi untuk meningkatkan motivasi belajar jika ia digunakan dalam pendidikan. Teori-teori pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi dari mazhab behaviouris, kognitif dan konstruktivis perlu dijadikan dasar utama untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sesuatu perisian pendidikan. Mengaplikasikan teori-teori pembelajaran semasa membangunkan sesuatu perisian PPBK juga perlu untuk memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Rekabentuk untuk membina sesuatu pengajaran berdasarkan perisian PPBK perlu menarik, objektif perlu ada supaya pelajar mempunyai gambaran apa yang akan berlaku. Ciri-ciri tutorial dan latih-tubi pula menetapkan maklumbalas perlu diberi setelah konsep baru diperkenalkan dan ia mestilah membantu pelajar untuk mencapai objektif. Latihtubi pula berfungsi untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar dengan latihan yang berulang-ulang.Tentang kebolehan memori pula, maklumat yang memberi makna tertentu adalah lebih mudah untuk dipelajari dan diingati. Maklumat baru tersebut juga perlu dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar supaya mereka dapat belajar dengan lebih mudah dan efektif. Dalam rekabentuk perisian PPBK, guru dan pelajar boleh menggunakan aplikasi lebih ringan dan mesra pengguna sepertimana yang terdapat di dalam perisian android. Guru dan murid boleh berkongsi maklumat dan data dengan menggunakan perisian lebih ringan seperti WhatsApp, WeChat, Skype, Facebook, Tweeter dan lain-lain lagi.Disediakan oleh, (M. JAMALUDDIN B. MOHD. DAWI)

Penyelaras Bestari

SK. Pt. Bakar Tengah, MuarBIBLIOGRAFIIsmail Zain. 2002. Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Ismail Zain. 2002. Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Billings, D., & Kowalski K. (2004). Teaching Learners from Varied Generations. The Journal of Continuing Education in Nursing, 35(3), 104-105.

Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur, 27 November.

Mobile

Internet Access

NAMA: M. JAMALUDDIN BIN MOHD. DAWI

NO. MATRIKULASI : 730529015865001

NO. KAD PENGNEALAN : 730529015865

NO. TELEFON: 012 7181340

E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA

Google Search Engine launced

1st web page created

1st commercial dial-up

Internet access

Domain name system was created

IBM's 1st comercial scientific computer being build

Rajah 2: Laman Sesawang Zoom-a

Rajah 3: Menu zoom-a yang boleh diakses oleh pelajar

Terdapat kandungan dan latihan bagi semua subjek teras

Rajah 4: Blog percuma Tatabahasabm.tripod.com

Rajah 5 & 6: Ada penerangan dan latihan topikal percuma di Tatabahasabm.tripod.com

Rajah 7: Belajar dan bermain permainan Bahasa Inggeris kendiri di

http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en/kids-games

Rajah 8: Router tanpa wayar

Rajah 9: Kemudahan dan perkongsian yang boleh dicapai dengan adanya router tanpa wayar internet.

OUM JANUARI 20152

_1253083327.bin